Tuesday, June 17, 2008

Kamek dah sampei saghawak…

Inilah pesawat baru Air Asia...Airbus
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan….

Alhamdulillah, mlm 15 Jun yang lalu, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Saya bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Air Asia yang baru, Airbus siri 320, sejuk dalam dia, air-cond dia berasap-asap. Kira untung la sebab kadang2 naik Air Asia tekena pesawat lama seperti Boeing siri 300 yang dibeli secara 2nd hand dari syarikat penerbangan yang lain. Pesawat yang paling besar yang saya naik ialah pesawat MAS jenis Boeing siri 700 yang lebih besar. Hidangan makanannya lebih antarabangsa, kerusinya yang lebih luas. Dengan formasi tempat duduknya sebaris 2-5-2, Boeing siri 300 dan Airbus siri 320 pula hanyalah kerusinya 3-3 dan dipintu kecemasannya 2-2.

Tebing sungai Sarawak di Kuching..Antara tempat yang mula dilawati ketika sampai di bumi Sarawak suatu ketika dahulu...
Sopan Santun

“Assalamualaikum”
“Selamat petang, boleh serahkan IC pada saya??”
“Kerja atau belajar di sana….”
“Belajar bersungguh2 ya..”

Itulah antara sapaan peramugari bertugas di kuanter daftar masuk. Rasanya dah lama saya tak jumpa peramugari yang seramah itu. Kebanyakkan yang saya jumpa di kuanter semuanya sombong2 dan tidak ambil kisah akan kepentingan pelanggan mereka. Rasanya yang paling banyak tidak bersopan ialah petugas Air Asia. Namun nak buat mcmana itu sahaja pilihan yang paling murah yang saya ada.

Pada saya tidak ada ruginya jika mereka ramah dengan pelanggan, bahkan jika itu dilaksanakan, pelanggan akan lebih hormat dan sanjung pada perkhidmatan mereka. Bahkan mereka harus tahu bahawa jika tanpa pelanggan, siapalah mereka. Namun, disebabkan Air Asia tiada saingan syarikat tambang murah dalam Malaysia, maka pelbagai cara mereka lakukan untuk “menyembelih” pelanggan mereka. Dengan terma2 dan syarat2 yang jika tidak dihalusi, anda akan terperangkap dan memberikan mereka wang secara percuma.

Pusat Pengajian Islam, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan..Tempat halaqoh ilmu warganya...
Lapangan Terbang yang pernah Landing

1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Lama), Alor Setar, Kedah
2. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (yang Baru), Alor Setar, Kedah
3. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kuala Lumpur
5. Terminal Tambang Murah (LCCT), Kuala Lumpur
6. Lapangan Terbang Antarabangsa, Senai, Johor
7. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kuching Sarawak
8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
9. Lapangan Terbang Tawau, Tawau, Sabah

Syukran

Terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang banyak membantu saya sepanjang cuti sem yang lalu. Tanpa jemu sentiasa menemani saya ke program2 yang jauh, memerlukan pengorbanan dan sudah tentunya masa waktu malam perlu dikorbankan akibat pulang lewat dan kadang kala terpaksa tidur di tempat berkenaan. Terima kasih pada Che Mo, Nawwar, Abg Farid Din, Khairul Fikri, Ucop (saiful) dan ramai lagi.



Sudah tentu, penghargaan yang paling besar ditujukan pada Ayah dan Mak, yang tak pernah bantah kemana sahaja program yang perlukan komitmen saya. Terima KAsih kerana memahami dan memberikan sokongan, Ayah dan Mak memberi sumbangan pada perjuangan Islam dengan cara tersendiri, dan itu menyebabkan saya malu jika saya tidak mampu menyumbangkan sesuatu untuk agama Allah. Tidak ada ilmu yang hendak disampaikan melainkan semangat dan kesedara beragama yang ingin dikongsikan bersama anak2 muda serta generasi muda. Andaikata ada hasil pahala serta ganjaran dari perjuangan yang sekelumit ini, saya hadiahkan pada ayah dan mak yang memahami perjuangan anaknya. Nasihat dan teguran sentiasa akan dijadikan panduan dan dorongan dalam hidup.

Gerak kerja bermula

Setelah berehat dirumah hampir 3 minggu (berehat ke?), maka sudah tiba di sini, maka gerak kerja dakwah dan islamiah di bumi Sarawak harus dimulakan semula, walaupun masa yang ada agak terhad akibat daripada kekangan masa dan tumpuan pada akademik yang perlu diberi lebih pada sem ni. Moga2 saya mampu hadapi sem ini dengan penuh mujahadah. Mencari semula sinar hidup yang makin hari makin kelam. Harus dicerahkan semula. IPGM Kampus Tun Abdul Razak akan disemarakkan dengan syiar Islam !!!!

-Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 Jun

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin