Showing posts with label Maahad Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Maahad Mahmud. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Baitul Muslim June 2012... Mabruk A'laikum....

Tahniah buat sahabat di IPG Kampus Tun Abdul Razak, Hasdi Hassan @ Abe.... Moga berbahagia hingga ke syurga.....
Mabruk juga buat akhi Muhaimin dari IPG Kampus Perlis atas baitul muslim yang di bina... Moga gerak kerja di medan dakwah ini akan terus mekar dengan hadirnya sayap kiri perjuangan....

 Ustaz Idris, seorang tokoh yang tak perlu lagi diperkenalkan dalam medan dakwah mahasiswa tanah air.... Moga terus istiqomah dalam perjuangan bersama zaujah....
 Tahniah juga buat akhi Mahzan... Dari IPG Kampus Tengku Bainun.... Moga terus istiqomah dalam perjuangan...
 Suhaimi Ahmad @ lebih dikenali warga Maahad Mahmud sebagai Pak Lang.... Tahniah atas perkahwinan Pak Lang kita...
 Perkahwinan Sapinah Ismail.... Teman semasa sekolah rendah dulu.... Tahniah
Mabruk juga buat Ustazah Suhana dari IPG Kampus Batu Lintang.... Moga anda berdua dirahmati Allah....
Tahniah juga buat akhi Salman.... Teman sepengajian di Maahad Mahmud dulu.... Moga anda semua bercinta hingga ke syurga.... Insya Allah..

Monday, January 23, 2012

Walimah Sahabat2 Penghujung 2011

Perkahwinan Syahrir Azfar bersama isterinya..... Teman di Maahad Mahmud dulu.. Terlibat dalam Lembaga Pengawas sekali dan juga pernah diam di rumah sewa yang sama.... Graduan UIAM yang petah berkata-kata...
Perkahwinan Akhi Murshid Shafie bersama isterinya bakal doktor... Keduanya masih lagi berada di bumi Mesir untuk menuntut ilmu... Barakallah...
Perkahwinan orang kuat Kem Bina Shahsiah.. Ustaz Kamal bersama pasangannya yang berasal dari Kuala Terengganu...
Perkahwinan Saudara Ahmad Fikri... Rakan di IPTAR, Sarawak...
Perkahwinan Ustazah Farina... Rakan sekuliah di IPTAR, Sarawak.... Dilaksanakan dengan penuh adat tradisi Bajau, Sabah....
Perkahwinan Cikgu Azlan... Rakan guru yang mengajar sekali dengan saya di SK Kedaik....
Perkahwinan Ustaz Izzat Amin... Senior Maahad Mahmud...
Perkahwinan Cikgu Hishamuddin... Teman serumah di SK Kedaik...
Perkahwinan Akhi Ibrahim.... Sahabat yang dikenali di UiTM Kota Samarahan... Moga Allah memberkati kalian semua... Selamat bercinta hingga ke syurga...

Sunday, May 22, 2011

Jelajah 2011 : Motivasi Remaja @ SMK Seri Panching

Dijemput oleh beberapa teman di Kuantan untuk menyampaikan ceramah motivasi di SMK Sri Panching, Kuantan pada 26 Februari yang lalu..
Bersama pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bersemangat...
Turut di bantu oleh Dr. Khairul Fikri..Senior saya semasa di Maahad Mahmud dulu..
Kita semua sedia berubah....
Moga kejayaan milik anda semua...Insya Allah...

Tuesday, March 23, 2010

Baitul Muslim..Mabruk-Anda memilih yang halal

Saudara Fakrurazi...Ex Maahad..Tak sempat nak pergi..ketika walimah saya berada di sarawak...Dengar cerita berkhemah-khemah kenduri...almaklumlah..selebriti kahwin..Moga ada Barakah..Insya Allah...
Tahniah juga buat Ashraff..Sama batch dengan saya di Maahad..Merupakan bekas YDP JPP IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang...Akhirnya hang jumpa juga "ustazah" yang hang cari...hehe..
Pasangan secocok Ustaz Adli Alimi dan Dr. Nurhidayah...Kenal akhi Adli ni masa KPLI di IPTAR...dan maaflah Dr. Hidayah..saya ganggu bulan Madu anda berdua untuk Tamrin "Man Ana" di IPTAR..Memang hebat..demi Islam mereka tinggalkan seketika bulan madu untuk tarbiah generasi muda di Sarawak... Bagi lepasan Maahad, Adli Alimi ni merupakan Abang kepada pimpinan BDK Maahad iaitu Adli Azimi (Gambar : Sebelah Pengantin tu)
Pasangan Ideal, Al-Aiman dan juga Suhanis..Moga berbahagia ke anak cucu.. Suhanis mcm redha ja nak isi borang posting ke Sabah...
Juga Tahniah buat sahabat sekuliah saya, Ustaz Meor bersama pasangannya Ukhti Intan Solehah... Moga pernikahan antum semua mampu menjadi contoh dan tauladan buat sahabat-sahabat di luar untuk memilih jalal yang HALAL, Insya Allah...
----------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Serian 23 Mac 2010

Thursday, January 14, 2010

Salam dari Jauh

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Tiada apa lagi yang nak dikatakankan… Blog yang telah berusia 2 tahun ini hamper BERSAWANG kerana tidak di update.. Syukran pada semua yang masih sudi berziarah.. Seingat saya sejak November 2009 saya sudah tidak isi karya di blog ini.. Yang saya update cumalah gambar dan isu yang dikira menarik untuk saya.

November & Disember yang singkat

Saya pulang ke kampung dari Samarahan ni dengan hati yang berdebar. Saya tidak dapat menjawab peperiksaan dengan begitu baik..Apatah lagi ujian Syafawi Hafazan al-Quran juga ada sangkut2.. Di samping itu penghujung 2009 saya telah membuat keputusan yang PENTING dalam hidup saya. Walaupun buruknya macam banyak, namun ia penting untuk hidup saya. Pulang dalam keyakinan diri terganggu seketika, saya memilih untuk bersama keluarga 2 minggu pertama cuti. Habiskan masa berbual dengan ayah dan mak.. Alhamdulillah.. Kami gunakan peluang itu dengan sebaiknya.. Sempat juga berjalan2 dengan keluarga.. Saya sedaya upaya jika mak dan ayah ajak berjalan ke mana-mana saya tidak akan tolak kerana saya tahu, masa yang ada harus dimanfaatkan..Ibu dan ayahlah segalanya dan saya pernah membatalkan program atau jemputan jika ada ajakan dari mak dan ayah.. Sempatlah kami sekeluarga berjalan-jalan di waktu cuti yang lepas.

- Berhari Raya di Bayan Lepas, Gunung Semanggol dan terus ke Seremban 2 beraya di rumah Abang.
- Memasuki wilayah Padang Besar sebelah Thailand untuk membeli belah
- Berkenduri kendara hinggalah ke Ipoh, melawat Muzium Sejarah Pasir Salak dan terus ke Sabak Bernam.

Moga masa yang dihabiskan dengan keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Tahniah juga buat ayah dan mak.. Hampir 30 tahun berkahwin, mereka memilih untuk “Bulan Madu” mungkin di Bukit Tinggi & Padang Indonesia.

Saya Buat Apa Yang Saya Suka

Saya tiada ilmu tentang dakwah, apatah lagi ilmu agama.. Namun keduanya menjadi darah daging saya sekian lama.. Bermula dari saya kecil di bawa ayah ke majlis2 ilmu terutamanya kuliah Ustaz Shamsuri di Masjid Sultanah hinggalah ke majlis2 siasah di Negeri Kedah. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi Mederator program.

- Terima kasih kepada YB Haji Abdul Ghani Ahmad dan Majlis Ketua Kampung (MKK) Dun Air Hitam atas peluang mengendalikan program Explorace Bermotorsikal 2 hari 1 malam di Titi Hayun Yan, juga buat akhbar Sinar Harian yang membuat liputan.

- Terima kasih buat Hj Abdullah, Pengarah Syarikat Abqorisyam Sdn. Bhd serta semua tenaga kerja Belantara Elite Campsite, Kuala Nerang kerana menjemput saya memberi ceramah motivasi penutup untuk ibu bapa dan peserta Kem Anak Soleh Penyejuk Hati Ibu Bapa sebanyak 3 siri berturut-turut.

- Terima kasih juga buat Syarikat Continental Sime Tyres, Biro Agama, Plant Department, IT Department serta pengurusan Hotel Seri Malaysia atas peluang dan kerjasama dalam membentu saya mengendalikan Kem Jiwa Murni yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

- Jazakallah buat semua tenaga kerja Kem Bina Sahsiah Siri 6. Peluang bertindak sebagai Unit Bimbingan sepanjang program digunakan semaksima mungkin. Jazakallah buat YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, YB. Dr Ismail Salleh, Unit Amal Malaysia yang telah meraikan kami tenaga kerja KBS. Hingga beberapa kali jamuan penghargaan di buat.

- Dan ramai lagi..Jazakkallah buat semuanya

Buat yang berkenduri hari tu, selamat berkenduri, yang mana sempat saya sampai tu..sampailah… Dan Alhamdulillah.. Keputusan exam melebihi dari apa yang dijangka…

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 Januari 2010
Kota Samarahan
* Internet yang slow x support untuk upload gambar...

Tuesday, December 8, 2009

Baitul Muslim : Mabruk buat Antum

Ni nak kata baru pun tak baru juga...tapi tak sempat hadir hari tu..Tahniah buat Aisyah dan pasangannya..Ore Kelate tu...Ustazah Aisyah ni rakan sekelas saya di 4,5 dan 6 Sukses (masa sek. Rendah) di Sekolah Kebangsaan Tebengau dulu.. Alhamdulilah..ada 'orang baru' nanti kena maklumkanlah...
Akmal Solihi merupakan antara figura yang terkenal di Maahad dulu, seorang yang aktif dalam Lembaga Pengawas dan tatatertib, Badan Dakwah, Skuad Harimau Kumbang (Perahu & Bola Sepak) dan lain-lain
Moga Bahagia..
Akad Nikah di Masjid Putra, Putra jaya
sampai juga serunya...
Tahniah juga buat pimpinan Mahasiswa ini...cukup terkenal dengan tazkirahnya yang menusuk jiwa...rasanya semua kenal dengan Ustaz Dzulkhairi (Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-GAMIS)
-------------------------
- Pinjam kata-kata Ustaz Saiful- Bila dah kahwin ni..hilang semua masalah yang dekatkan kita dengan zina....Tajam tu..renung-renungkan dan selamat beramal...

----------------------
::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 8 Disember 2009
Teluk Bagan

Walimatul Urus- Hazwan MMAS


WALIMATULURUS HAZWAN & LAILY TARIKH NIKAH : 1 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 18 DISEMBER 2009 TARIKH KENDURI (P) : 1 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 18 DISEMBER 2009 TARIKH KENDURI (L) : 23 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 9 JANUARI 2010 JEMPUT DATANG SEMUA... TERIMA KASIH DAUN KELADI...

Saturday, November 14, 2009

Jelajah 2009 : Moderator Kem Anak Soleh 2009

Menyampaikan Taklimat kepada Waris mengenai perjalanan Kem Anak Soleh 2009.. Jazakallah atas sokongan...
Suasana pendaftaran masih rancak berlangsung...
Kehadiran peserta dan waris ketika taklimat....
Minum petang beramai-ramai
Mulakan dengan suapan pada member sebelah...
Ustaz Hassan Basri selaku penceramah pertama dengan pengisiaannya yang bertajuk Pelajar Gemilang Muslim Cemerlang....
Makan jangan tak makan...
Begitu tekun adik2 pu3 memberikan perhatian...
Ustaz Hassan Basri Abdullah menerima cenderamata daripada Moderator program.. Timbul kekaguman di diri ini, walaupun mempunyai ilmu yang tinggi..Boleh sahaja Ustaz Hassan memberikan pengisian yang tidak membosankan kepada pelajar sekolah rendah
Bersama Team Disiplin dan Keselamatan Kem Anak Soleh 2009
LDK Muslimat...
LDK Muslimin
Slot Hening Malam bersama Ustaz Nazmi
Slot Qiamullail bersama Ustaz Syahid
Kuliah Subuh bersama Ustaz Fazrull
Kuliah Dinihari...
Riadhah pagi bersama Cikgu Saiful...Dengan Modul Tai-Chi, Bunga dan juga Aktiviti penyeimbang otak...
Saya tidak ketinggalan....
Bunga teratai kata mereka...
Kekuatan Minda daripada Badan Yang Sihat
Bersedia Untuk Slot Seterusnya

Lagi LDK....
Ustaz Abdul Rahman Abidin dengan pengisian "Tanggungjawab diri + membentuk diri = ANAK SOLEH".. Syukran atas kedatangan Ustaz...
Ucapan wakil Urusetia Kem Anak Soleh 2009 ketika majlis penutupan...
Ucapan Pensyarah Penyelaras Program....
Sessi penyerahan peserta kepada ibu bapa dikendalikan oleh Ustaz Nazmi
Kasih sayang adalah KUASA Perubahan
Hadirin yang hadir..
Moga kesedaran ini berkekalan...Bukan momentum sementara.. Tetapi Turning Point selamanya...
Terpaksa melayan waris yang ingin berjumpa...maka makan tengah hari saya dan AJK terpaksa dilewatkan....
-----------------
Anjuran
- Persatuan Pengajian Islam, IPGM Kampus Tun Abdul Razak
Tempat
- Pusat Pengajian Islam, IPGM Kampus Tun Abdul Razak.
Bayaran
- PERCUMA
---------------- - Alhamdlulillah..Program yang dirancang dalam masa yang agak singkat ini berjaya dilaksanakan.. Jazakallah buat teman-teman yang bertungkus lumus membantu melancarkannya.. Tidak dilupakan kepada Ibu bapa yang memberi sokongan, kami hanya sasarkan 80 peserta, namun kita menerima lebih 92 orang peserta (Kem sebelum ni sasar 80, terima 130...-pening juga tu) - Buat adik2 persediaan yang banyak membantu juga diucapkan terima kasih. - Terima Kasih juga pada pihak pentadbiran, Baitumal Negeri Sarawak yang menaja sepenuhnya program ini. - Idea melibatkan waris pada majlis penutup tercetus semasa mesyuarat dan saya dipetanggungjawabkan untuk mengendalikannya... Tabik buat para Mahaguru saya di Kedah yang memberikan Idea bagaimana mengandalikan peserta dan juga waris secara serentak (Kredit Buat Cikgu Zulkifli, Ckgu Sukarno, Cikgu Faridah Akma, Cikgu Akmal Puteri)..Juga pada sifu yang sedang menyambung PHD, Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Kassim..Taklama lagi nak jadi doktor dah... - Moga ada manfaatnya daripada pelaksanaan Kem Anak Soleh 2009 ini.
--------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 November 2009
Kota Samarahan 7.48 pm

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin