Showing posts with label Jelajah 2010. Show all posts
Showing posts with label Jelajah 2010. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Jelajah 2010 : Program terakhir 2010 @ Air Hitam

Program ini dilaksanakan atas jemputan masjid an-Najah, Air Hitam, Jerlun , Kedah... Saya sendiri pun dah tak ingat tarikhnya....kekangan liputan internet membuatkan saya agak lambat update sebarang perkembangan....
Dengan bantuan Fasilitator...Cuba memperbetulkan antara perkara yang paling asas dalam kehidupan Mukmin...Iaitu Solat..
Modul digerakkan secara santai...
Antara peserta yang hadir...
Moga kita semua berjumpa lagi...Insya Allah...

Monday, February 28, 2011

Jelajah 2010 : Islam sebagai Penyelesaian @ Kuantan

Bersama warga Kolej Komuniti Rompin
Program ini dijalankan sekitar bulan 12 Tahun 2010 yang lalu...Baru berkesempatan Update....
Dan tak sangka, hari ini saya berkhidmat di daerah rompin...
Moga ada manfaatnya...

Friday, January 7, 2011

Jelajah 2010 : Rahsia Kewujudan Alam @ KBS

Pada tanggal 1 Disember 2010 yang lalu saya berpeluang untuk bersama-sama dengan peserta Kem Bina Shaksiah (KBS) Siri 3 anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KBS ini dijalankan di Kompleks Pendidikan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena selama 21 hari 20 malam....
Tajuk yang diberikan pada saya ialah "Rahsia kewujudan Alam" yang mana skop perbincangannya berkisar sains dan al-Quran...Secara peribadi...Tajuk ini amat mencabar..saya sudah meninggalkan aliran sains hampir 6 tahun yang lalu...
Dengan berbekalkan buku yang di tulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, saya membedah 6 isu sains dan Islam..Buat kajian hampir seminggu, mencari artikel, cari gambar yang bersesuaian serta video2 You Tube yang berkaitan...
Teori Bumi Bulat dan kaitannya dengan ayat al-Quran..Cuba membawa minda pelajar ke arah Islam ini sebenarnya masih relevan dengan zaman ini...
Barisan fasilitator yang mantap...
Melawan rasa sakit ketika ceramah ini...Baru saja di timpa sakit pinggang yag bersangatan...
Peserta Muslimat yang hadir...
Moga menjadi serikandi pembela agama....
Moga kita berjumpa lagi...Insya Allah...

Sunday, January 2, 2011

Jelajah 2010 : Ziarah Langkawi lagi dengan 3 Slot

Amat tidak di sangka...dalam tempoh 5 hari...dua kali saya ke Langkawi...Kali ini juga ke tempat yang sama..Madrasah Baqiyatussolihat juga...Kali ini memenuhi jemputan Kem Bina Insan untuk pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut..Peserta sekitar 70 orang sahaja.
Pada malam yang pertama, 28 Nov 2010 saya menyampaikan Motivasi bertajuk remaja harapan Ummah...Di bawa secara santai memandangkan slot saya ini adalah pada hari ke dua KBI..Rata2 peserta kelihatan agak letih...Jadi pembawakan yang ringan diperlukan...
Antara pelajar lelaki yang hadir.
Keesokkan harinya pula pada 29 Nov 2010 pula diteruskan dengan slot yang kedua yang bertajuk "Kembali Ke Jalan yang Lurus"... Saya sedaya upaya cuba berkongsi maklumat yang sama dengan peserta bahawa hidup di dunia ini adalah persediaan untuk hidup yang lebih abadi selepas mati....
Di sambung dengan sesi "Tanyalah Ustaz" pada tengaharinya...Kebanyakkan soalan yang ditanya pada saya berkisar isu keluarga, perkahwinan dan ibadah...Tepat jam 12 Tengahari saya terus bergerak ke jeti Kuah dan terus pulang ke Alor Setar...Moga dapat ketemu dengan Langkawi lagi selepas ini..Insya Allah...Aminn.

Saturday, January 1, 2011

Jelajah 2010 : Serehan Peserta KAS @ SAIF

Bersama akhi Shuhaimi mengendalikan sesi penyerahan peserta kepada waris selepas majlis penutupan Kem Anak Soleh (KAS) yang dilaksanakan di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) pada 25 November 2010 yang lalu...
Moga peserta menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka...
Moga ada perubahan yang dilakukan...Janganlah pada hari penutupan sahaja....
30 minit yang bermakna....
Moga kita berjumpa lagi dalam Kem Anak Soleh (KAS) yang akan datang... Terima Kasih buat kerajaan Negeri Kedah atas inisiatif mewujudkan program yang bermanfaat sebegini...

Jelajah 2010 : Motivasi Anak Soleh @ Tikam Batu

Pada 25 November yang lalu telah memenuhi jemputan di Surau Tikam Batu untuk menyampaikan motivasi kepada peserta Kem Anak Soleh anjuran Pihak Surau...Saya dimaklumkan...ini adalah kali yang ke 5 penganjuran..Tahniah kepada pihak surau...
Antara peserta yang hadir....adik umur 6 tahun pun ada....
Bersama peserta
Menulis isi penting...
Nak juga dengar respons mereka....Alhamdulillah...kebanyakkan dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik...Moga kita berjumpa lagi...Insya Allah...

Jelajah 2010 : Motivasi Anak Soleh @ Langkawi

Pada 24 November 2010 yang lalu saya telah memenuhi jemputan Pembangunan Insan, Kerajaan Negeri Kedah untuk menyampaikan motivasi yang bertajuk "anak soleh harapan Ibu Ayah" di Madrasah ad-Diniah al-Baqiyatussolihat, Langkawi..Program ini merupakan sebahagian daripada Kem Anak Soleh yang dijalankan di 4 tempat secara serentak..Alhamdulillah...
Hampir 200 orang peserta sekolah rendah telah hadir...Sememangnya mencabar bilamana berinteraksi dengan pelajar-pelajar dalam umur2 yang sebegini...
Cuba memberikan pendedahan awal mengenai kepentingan aurat kepada mereka...Satu kesilapan masyarakat kita..Isu aurat hanya ditekankan apabila kanak-kanak sudah sampai usia remaja...Itu satu pendekatan yang salah...
Alhamdulillah....mendapat respons yag baik dari peserta..
Sebahagian peserta puteri...Didoakan anda semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga di akhirat...Insya Allah...

Monday, December 20, 2010

Jelajah 2010 : Solat Tugasan Agama @ KAS

Bersama dengan peserta-peserta Kem Anak Soleh (KAS) yang begitu bersemangat sepanjang slot motivasi solat ini dijalankan.....
KAS ini merupakan Kem anjuran Kerajaan Negeri Kedah untuk pelajar yang berada di Tahun 4, 5 dan 6....
Menjadi kebiasaan saya...apabila berinteraksi dengan pelajar sekolah rendah...Ceramah hanyalan 50% dan aktiviti perlu 50%..Ini kerana daya tumpuan mereka agak kurang berbanding pelajar sekolah rendah...Aktiviti sebegini juga dapat membantu saya untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka supaya penyampaian saya tidak terlalu melalut dan boleh diterima dengan tahap pemikiran peserta....
Antara pelajar putera yang hadir,....
Moga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan dan di doakan kita semua dipilih oleh Allah swt untuk menjadi anak soleh harapan ibu ayah....Insya Allah...

Jelajah 2010 : Iman Mutiara @ Kem Bina Insan

Pada 22 November yang lalu saya telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk "Iman adalah Mutiara" kepada peserta Kem Bina Insan (KBI) di Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Kem ini melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3... Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Ibu bapa dan waris.. Inilah salah satu satu program berbentuk "kesejahteraan" yang dianjurkan oleh Exco Pembangunan Insan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman....
Pelajar puteri tidak ketinggalan untuk menyertai KBI kali ini..Mereka datang daripada sekolah yang berbeza..Moga-moga ada perkongsian pintar sesama mereka....
Masih menggunakan Method Teknologi dalam penyampaian....
Moga kita berjumpa lagi dan anda semua menjadi remaja yang istiqomah dalam mengamalkan suruh perintah Allah....Insya Allah

Thursday, December 16, 2010

Jelajah 2010 : Kem RESAM @ Sungai Lumut, Santubong

Program ini merupakan yang terakhir saya sertai di Sarawak sebelum berangkat pulang ke Semenanjung....Dijalankan di Surau Sungai Lumut, Santubong...
Kem RESAM @ Kem Remaja Sayang Masjid ini bertujuan untuk mendekatkan generasi muda dan remaja di kawasan ini dengan surau mereka...Kem RESAM ini dijalankan selama 2 hari 1 malam...
Antara LDK yang dijalankan....membina pulau impian...
Mula mencipta Transfomers...
Pengerusi Surau,...
Tiga Tranfomers yang dah mula siap disolek....
Masa makan pun kita berukhwah juga.....
Riadhah petang....
Anak-anak Santubong....
Motivasi perdana oleh Ustaz Syahid Adam...Jazakallah buat ustaz atas kesudian hadir ke Kem ini.....
Menyampaikan kuliah Subuh pada hari kedua dengan tajuk "Insan yang dikasihi Allah swt"
Moga mendapat manfaat
Ketika riadhah pagi...Kampung Sungai Lumut mempunyai view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Santubong....
Membawa "Bayi'
Riadhah bermodul....Bukan sekadar seronok...
Motivasi 2 yang disampaikan oleh Tn Hj Yasmin....
Menyampaikan motivasi Ibu Bapa dan Peserta pada majlis penutup...
Gunakan setiap peluang yang ada....
Moga menjadi anak yang soleh dan solehah...
Antara Ibu Bapa yang hadir...
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak surau...Moga kita dapat berkerjasama lagi....
Moga berjumpa lagi warga Sungai Lumut....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin