Showing posts with label Cikgu Faridah Akma. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Faridah Akma. Show all posts

Tuesday, July 8, 2008

Malam yang Menjana Hidup

Kuliah Subuh oleh Ustaz Saiful pada Qiam baru2 ini...

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan…

Kehidupan sebagai pelajar di awal usia 20 an memang menuntut pada pengorbanan yang tinggi. Tambahan lagi bilamana kita memilih dan “mengundi” ajaran Islam, Biah Solehah dan Hukum Allah sebagai cara hidup. Tambah lagi fitrah manusia pada masa kini yang sudah lari daripada fitrah sebenar.

Fitrah manusia secara mudahnya adalah rasa untuk beragama. Rasa untuk bertuhan dan rasa untuk melaksanakan kebaikan. Inilah antara tuntutan Nabi Muhamad saw kepada kita penganutnya, namun sejak sekian lama Islam bertapak di muka bumi, khalifah bertukar khalifah, pemimpin bertukar pemimpin, ajaran Islam makin diputar belit, makin ditambah dikurang, makin dikaji dengan niat yang cukup hina, untuk menyesuaikan Islam dengan zaman. Sistem ini system padang pasir, sekarang zaman teknologi, kena sesuaikan.

Akhirnya doktrin demikian, menjadi darah daging, menjadi cara hidup, bahkan menjadi lagu untuk didodoikan pada anak-anak. Dan tanpa disedari, ia telah menjadi fitrah tempelan pada insan dan seterusnya the way of life pada kehidupan manusia.

Seharusnya kita akui dan tidak dapat lari, buat masa sekarang, tugas sebagai pelajar Islam amat memerlukan pengorbanan pada diri kita. Saya cuma ingin berkongsi, kehidupan saya pada semester ini dan semester lepas amat membebankan, amanah Allah yang diuji, Usrah, jawatan, siri jelajah, jemputan pengisian, pimpinan pada adik2 dan group sendiri, membuatkan pengurusan masa saya semakin berterabur dan kadang2 “mencemaskan” saya bilamana terpaksa berhadapan tugasan akademik dan gerak kerja dakwah dalam satu masa.

Pernah satu ketika, dalam 3 hari berturutan, saya perlu memberikan pembentangan di 3 tempat berbeza dan juga tajuk yang berbeza. Sudah tentu ia benar2 menguji saya, kerana pengetahuan sedia ada memang tidak membantu. Maka kajian dan rujukan perlu dibuat. Zaman goreng-menggoreng sudah berlalu. Akhirnya keletihan, bebanan tugas akademik pula menunggu. Dan walaupun berjaya dihantar pada pensyarah, maka akibatnya, demam dan lenguh badan.

Muhasabah ringkas , renungan ringkas pada suatu hari di buat. Lemahnya aku.baru bergerak sket dah lemah, tak larat. Sedangkan tuntutan dakwah masih banyak. Diri juga tak sempurna namun takkan kita nak tunggu diri kita sempurna baru kita nak berdakwah. Saya merujuk dan minta pandangan kawan2 dan juga cikgu2 di Maahad dulu.

Cikgu Faridah Akma menyarankan serah tugas sebentar pada rakan2 dan berkurung di maktabah hingga selesai tugas. Dan dalam masa yang sama jangan putus hubungan pada Allah iaitu selaluh berqiamulaill. Cikgu Akmal Puteri pula membalas masej saya dengan satu masej berbentuk sindiran yang perlu difikir,

“Mungkin terlalu penat, tiap2 hari perlu muhasabah, kadang2 terjadi bgtu bukan apa, ALLAH nak TEGUR KITA, siapa yang beri kekuatan & semangat kpd kita? Allah kata AKU pencipta..”

“Apakah kau ingat kekuatan mu selama ni adalah datang dari diri mu, tidak perlu menghadap Allah sepertiga malam untuk meminta panduan, Apa kau tak perlu minta dari ku”

Selepas Qiam kami sarapan bersama..
Juga diminta juga pendapat rakan2 yang lain. Dan kebanyakkannya menasihatkan perkara yang sama, iaitu intipatinya ialah solat malam sebagai satu sumber kekuatan, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :-

“Hiduplah sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi kamu akan mati, dan cintailah apa sahaja yang kamu cintai, kami akan berpisah dengannya, dan beramalah dengan apa jua amalan, kamu akan menanggung setiap amalan itu, dan ketahuilah, kemuliaan seseorang manusia, pada bangun malamnya, dan kehebatan manusia ialah tidak bergantung kepada manusia yang lain.”

Dari hadis ini dapatlah kita mengetahui bahawa betapa pentingnya qiam dalam menjana kekuatan rohani dan juga kekuatan dalaman bagi seseorang muslim dan tambahan lagi qaul nabi “waqlam” yang bermaksud “dan ketahuilah”, di mana Nabi saw nak sangat2 memberitahu bahawa kehebatan muslim itu adalah pada qiam atau bangun malam.

Apatah lagi jika kita mampu melaksanakan qiam secara menyendiri, di tengah malam hari ketika mana insan lain sedang tidur, kita mampu bangun, berwuduk membasahkan anggota wuduk dan takbir untuk 2 rakaat tahajjud, solat malam, berjumpa, mengadu serta mengharap pada Allah swt.

Terus terang saya katakan, jarang sekali saya mampu lakukan demikian. Bahkan, hanya bila terdesak sahaja. Umpamanya di saat peperiksaan. Itulah sikap manusia, bila terdesak, bila tersangkut. Cepat sekali Allah menjadi rujukan, menjadi tempat aduan. Merujuk pada satu siri kuliah Sheikh Aminuddin Abdul Rahim, paling cantik bagi seorang Muslim ialah mampu qiam paling tidak seminggu sekali.

Tahniah diucapkan pada sahabatku, Ustaz Syahid kerana mengaturkan Qiam untuk Usrah dan opsyen SMPPA 1107 untuk bulan ini. Paling tidak, tak mampu laksanakan seorang diri. Kita laksanakan secara berjamaah.

Moga2 kita mampu ubah paradigma diri kita dan kembali kepada fitrah Islam dan manusia yang sebenar. Kembali pada jalan Allah yang sebenar. Ayuh.. Bangun wahai para pemuda.. Kita sama-sama bangunkan malam kita.. Cari kekuatan untuk memperjuangkan agama Allah swt..

- Dakwah Itu Perlu Hikmah –
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 8 Julai

Saturday, June 7, 2008

Jelajah 2008 : Menjadi anak Soleh

Adik2 kecil yang pelbagai ragam
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan

Pelbagai aktiviti telah diisi sepanjang cuti yang masih berbaki lagi seminggu ni. Hafizul Amin (Ketua Pengawas Maahad sekarang) telah meminta saya untuk menghadirkan diri memberi tazkirah di Masjid Al-Mahmudi, Kampung Padang Lalang malam kelmarin.

Terkesima

Sedikit terkesima apabila diberitahu bahawa masjid itu adalah masjid kampung dan mereka tidak mampu untu menyediakan LCD untuk saya. Agak risau kerana sudah sekian lama ceramah saya dipengaruhi kelancarannya dengan peranan yang dimain LCD. Bertambah risau bilamana mengetahui bahawa peserta program adalah diantara tahun 4 hinggalah tingkatan 1. Sudah tentu riuh rendah nanti memandangkan daya tumpuan adik2 ini memangnya secara umum tidak tinggi. Saya selalu menggunakan tayangan video bagi menarik perhatian mad’u yang seusia mereka. Saya fikir, barangkali ini ujian Allah. Dakwah ini perlu hikmah. Itulah moto saya.

Walaupun tanpa Teknologi, dakwah tetap dijalankan kerana "DAKWAH ITU PERLU HIKMAH"
Imbau Sejarah

Seingat saya ketika di tingkatan dua saya sudah berada di medan ini. Hinggalah tingkatan 6 di Maahad. Saya berjaya berdakwah hanya dengan berbekalkan “air liur” sahaja. Dan berceramah menggunakan teknologi hanya baru saya kuasai setahun setengah yang lalu (hujung 2006), jadi saya mmg biasa dengan cara lama saya. saya harus cuba dan lapangkan dada bahawa dakwah itu perlu Hikmah. Anak2 di kawasan kampung harus didekati agar mereka juga tidak terlepas dari arus dakwah dan tarbiah di dalam negara.

Dengaq ni apa Ustaz nak cakap...
Golongan di sukai Allah..

Saya memulakan ceramah pada adik2 dengan sepotong hadith yang bermaksud

“Abu Said al-Khudri bertanya kepada Rasulullah saw, apakah amalan yang paling disukai Allah, jawab Nabi, Solat pada waktunya, kemudian? Berbuat baik kepada kedua ibu bapa, Kemudian wahai Nabi, Jihad di Jalan Allah.”

Selepas menghuraikan hadith ini saya sentuh juga peranan anak soleh dan akhlak yang perlu ada pada anak yang soleh. Saya akhiri perkongsian hampir 1 jam 15 minit itu dengan bercerita kepada adik2 kisah pengembala kambing yang sayangkan Islam. Nak cerita di sini panjang la pula. Apa pun Alhamdulilah, penerimaan mereka amatlah baik. Cuma agak letih mengawal mereka atau lebih tepat lagi mengawal perhatian mereka. Anak kepada guru saya Cikgu Faridah Akma juga hadir. Agak banyak bertanya juga serta mudah ketawa. Unsur2 kecindan yang sesuai turut saya sertakan. Moga2 mereka menjadi anak yang soleh.

Bersama Abg Razak (Kanan saya) dan adik2 Maahad, pemuda yang cekal...


Minggu Ihya Masjid.

Sebenarnya program ini diadakan bersempena Minggu Ihya Masjid al-Mahmudi. Program ini dianjurkan hasil usaha keras dua orang anak kampung ini yang juga bekas pelajar Maahad iaitu Firdaus Yusof (sama batch dengan saya) dan juga Abg Razak (Tua setahun). Antara pengisiannya ialah Khemah Ibadah, pertandingan Futsal. Hari terbuka masjid, Pameran, ceramah perdana sheikh Badaruddin Hj Ahmad serta Forum perdana yang salah seoranh ahli panelnya tokoh yang saya kagumi, Ust Yusof Haji Ahmad. Saya secara peribadi kagum pada mereka berdua kerana berjaya melaksanakan program sebegini di kampung mereka. Bukan kerja mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang2 tua kampung dan juga pihak penaja seperti rakan muda dan juga Majlis Agama Islam. Moga saya juga dapat melakukannya. Sudah banyak ceruk rantau saya jelajah, Sarawak, Sabah, Kedah, Langkawi, Perak, Perlis, Kelantan, Pulau Pinang, Khutbah Jumaat juga berpeluang di pelbagai masjid. Harapnya satu hari kelak saya dapat menyumbang sesuatu untuk anak2 muda dan adik2 Telok Bagan. Insya Allah….

Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda Teluk Bagan 7 Jun

Tuesday, May 6, 2008

Terkenang Pada Cikgu Faridah Akma

Kenangan Aidil Fitri 2007, aku, zool, kamil dan firdaus pi ziarah cikgu sekeluarga sempena open house depa...


Assalamulaikum,

Pertama sekali tahniah buat Cikgu Faridah Akma Abdul Wahid (cikgu Biologiku semasa di maahad) atas lantikan Suaminya YB Abdul Ghani Bin Ahmad (Adun Air Hitam Parlimen Jerlun) sebagai timbalan yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kedah. Gambaq ni masa pi ziarah sempena Aidil Fitri 2007. Jadi jangan ada yang wat kontrovesi atau polemic politik pula. Masa tu tak pilihanraya lagi. Rasa bangga juag, tak sangka org yang aku jumpa berjaya dalam pilihanraya. Apapun akta 174 membataskan aku untuk sembang hal ni. Belum sampai masanya. Masih aku simpan msg cikgu pada aku bila minta semangat dari dia:-


“Insya Allah..Selagi lebai ada di kepala, selagi itu insyaAllah akhlak kita terpelihara..kerana itu syiar kita sebagai mukmin. Cikgu doakan kita semua istiqomah..Selamat la anaknda InsyaAllah..”

tak pe2..jadi pejuang mmg masa penuh terisi..suami cikgu pun buat rumah mcm hotel ja sbg tmpat tidor..cikgu syukur sangat suami cikgu di pilihNYA untuk mewarisi perjuangan Rasulullah..”

Itu dalam semangat tarbiah, namun dalam Baitul Muslim, pernah juga cikgu pesan..

“..Qiam adalah ibadah utama untuk di laksana sebagai seorang dae..cinta adalah anugerahNYA..Cuma kekadang manusia tidak tahu meletakkan di tempat yang sewajarnya..apapun Cinta pada Allah dan Rasul adalah paling agung.. jika sudah sampai masenya dan solehah calonnya, eloklah dipanjangkan pada orang tua..kerana jika dibiarkan takut hati tak dapat d jaga, ingatlah bahawa syaitan mampu menyerupai apa sahaja untuk meperdaye kite..”

Itu antara semangat yang pernah dia bagi.. Bab baitul Muslim tu ada hajat di hati nak nukil sesuatu.. Tapi masih tak mampu dan keterbatasan waktu..Moga pesanan cikgu aku dapat ambil ihtimam Jiddan!!!!


Nak tengok cikgu Faridah Akma masuk TV

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080505145313/Article/index_html

Berita YB Abdul Ghani Ahmad

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14279&Itemid=95

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_06.htm

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080505234352/Article/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin