Tuesday, May 26, 2009

Wahai Ustaz Yang Berselimut..Bangunlah

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Alhamdulillah. Seinfiniti pujian dirafaq sembah kepada Tuan punya dunia dan segala isinya. Selawat dan Salam didedikasikan buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah, Walhamdulillah, Summa Alhamdulillah..
Bersyukur pada Allah Taala, hari ni berakhirlah pertempuran saya buat semester ini bagi menggapai segulung Ijazah dunia. Yang mana jika rezeki saya bersama ijazah itu, ia merupakan pintu dakwah yang saya harus gunakan dengan sebaiknya. Pendidik adalah pendakwah. Pendidik, pengajar, guru, Ustaz, Tok Guru, Sensei, cikgu atau apa sahaja yang semaksud dengannya adalah pendakwah. Yang bakal menjalankan serta meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh para Rasul.

Astaghfirullah…
Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya, jaga hati saya. Perkara yang hendak dibicarakan ini barangkali terkena pada orang agama seperti saya. Saya juga pohon Allah hindarkan sikap riak dan ujub dari membenih pada diri sendiri. Perihal orang agama adalah perkara pokok yang hendak diperbincangkan.

LANGKAH MULA

Saya mula menjadi fasilitator untuk program2 motivasi mahupun khemah ibadah ketika saya berada di tingkatan 2, Maktab Mahmud, saya masih ingat tempat pertama saya ditaklifkan untuk bertugas, Masjid Sungai Nonang, Mukim Tebengau. Dan perkara tersebut saya terus lakukan hinggalah sekarang. Dan saya bukan lagi fasilitator sepenuh masa dalam setiap program seperti dulu. Saya cuba ubah. W’alam samada cabaran ataupun saranan. Abg Zulazwan (Amir Badan Dakwah Maahad) pernah berkata pada saya,

Nta sampai bila nak jadi fasi.. Takkan sampai tua berumur pun masih nak jadi fasi? Orang dah tak panggil abang fasi dah, depa panggil pak cik fasi nanti”

Ternyata, nadanya bergurau dan saya langsung tidak berfikir mengenainya. Saya tingkatan enam ketika itu. Ketika itu dalam otak hanya nak hadir program. Tak kisah di mana. Pernah ke Langkawi dengan duit poket sendiri demi menguruskan program untuk adik-adik Maahad Mahmud Cawangan Langkawi. Baling, Sik, Padang Terap. Hampir satu Kedah saya dan rakan setarbiah dah jelajah. Saya masih tak berfikir tentang satu hal.

Bilamana dah sampai ke Sarawak. Negeri ini kurang subur dengan program sedemikian. Dua tahun pertama saya merana. Tidak ada program. Tidak ada tarbiah yang saya mahukan. Hanya ada usrah kecilan. Bermula tahun 2007 saya mula bergerak sendiri. Hasil beberapa perkenalan. Ust S menjemput saya berceramah di sekolah zaujahnya. Sekolah asrama penih. Ceramah Maulidurrasul. Saya membuat persediaan. Slaid dicipta. Stail Sir Azman dan kreatifnya cikgu sukarno menjadi ikutan. Bila dah sampai di sekolah tersebut. Allah. Hadirinnya +/- 800 orang murid. Campur non muslim dan muslim.

“Nak cerita hal Nabi macam mana ni??” Getus saya.
Nta buat slaid untuk muslim saja ke? Sekolah ini muridnya campur”, jawab Ust S.

Beberapa penambahbaikkan dan pemurnian di buat dan Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar. Dan selepas itulah saya mula bergerak di bumi Sarawak ni. Setiap kali program. Timbul persoalan yang sama. Persoalan yang sama.

SAYA KECEWA

Peserta yang dah dimuhasabahkan, yang dah dipulihkan, yang dah disedarkan. Ke mana mereka selepas ini? Mereka kurang ilmu agama. Mereka tak pandai solat. Mandi wajib tak betul dan bermacam-macam lagi. Saya tidak pandai Fiqh. Ya, saya seorang ustaz. Ustaz Maktab macam saya orang panggil ustaz pedagogi. Barangkali saya saja yang belajar Maktab yang tak pandai agama sangat kot.

Saya hanya mampu berceramah Isu Remaja, Isu Palestine, Isu semasa. Bahas ilmiah, bahas agama, saya tak pandai. Cuma, takkanlah masyarakat yang disedarkan,Budak sekolah yang di sedarkan, hanya nak tahu ilmu tu. Mereka perlu di ajar lagi. Saya juga perlu belajar. Saya banyak yang lemah. Baca Quran masih berterabur. Bila saya fikirkan perkara ni. Masyarakat perlukan ustaz “muktabar” untuk rawat mereka.

Namun bila lihat sebahagian besar ustaz dan ustazah yang ada.. Saya ulang SEBAHAGIAN BESAR.. SAYA KECEWA. Bukan calang-calang, balik Jordan, Balik Mesir, keluar UIA, UKM dan macam-macam lagi. Saya kecewa. Saya kecewa. Saya kagum pada sebahagian KECIL ustaz-ustaz yang berusaha berdiri di medan dakwah yang berduri ini. Namun kecewa pada yang lain. Yang balik Mesir hanya main Futsal pada hujung minggu, Yang balik Jordan sibuk dengan urusan dunia, yang balik itu yang balik ini tak jaga aurat dan pergaulan. Ya, saya tidak hina mahasiswa mesir mahupun yang lain. Antum orang hebat. Saya bukan hebat. Namun inilah reality ustaz-ustaz yang ada. Bahkan kalau ada perempuan lalu. Ust dulu yang mencebik bibir.

JANGAN BERSELIMUT

Ustaz dan para agamawan harus tunjuk akhlak. Akhlak yang baik. Mula dari sekecil benda. Kita pegang kelas. Kita ada kuasa dalam kelas. Asingkan murid-murid lelaki dan perempuan. Walaupun mereka masih tahun 1. Bila bersukan, mintalah anak didik kita menutup aurat. Walaupun dia tahun 2. Murid-murid suka bersalaman. Hormatnya mereka pada guru. Tegah murid perempuan dari bersalam dengan ustaz. Walaupun dia tahun 4. Suruh dia senyum dan ucap salam saja. Bila ada murid perempuan tahun 6 yang kita mengajar. Kumpul mereka. Ajar tentang haid dan cara bersuci serta mandi hadas. Masyarakat kita otak songsang. Budaya didahulukan, Hiburan diutamakan. Ustaz. Janganlah berselimut!!

Jarang ustaz-ustaz sentuh perkara ini di sekolah. Bila murid-murid perempuan nak main bola sepak . Dasar sukan kebangsaan tak halang murid perempuan main bola sepan. Apa tugas ustaz?? Persetankan dasar itu. Sudah tidak adakah permainan lain yang boleh di main?? Bila dah jadi ustaz sekolah menengah. Ada murid dalam kelas terang-terang bercouple. Halanglah dia. Terang pada dia. Apa yang haram dan yang halal. Kalau dia tak mampu kawal. Ustaz berbincanglah. Jumpa kedua orang tua pelajar tersebut. bagi menikah. Janganlah ustaz pula yang support dalam kelas. Ustaz janganlah galakkan murid bercouple. Ustaz.. Janganlah berselimut.


SAYA PULA

Kalau saya mampu. Saya nak buat banyak benda. Saya nak ajar masyarakat. Saya nak ada consultant. Saya nak ada tempat program saya sendiri macam Rimba Taqwa. Saya nak ajar feqah, tauhid dan apa sahaja. Saya nak guna kitab besar. Namun saya tak mampu. Saya tetap terus belajar hingga hari ini. Nak tambah ilmu. Namun ustaz yang balik jauh-jauh masih berselimut. Dah ada bini cantik. Dah jadi penjawat awam. Terus bergomol di rumah. Ustaz, Masyarakat perlukan ustaz. Kami yang tak ada ilmu ni tak ada apa yang boleh beri pada masyarakat. Kami cuma ada semangat. Ayuh Ustaz. Janganlah berselimut.

TEGURAN INI

Terimalah teguran ini ustaz. Saya seorang manusia kecil. Tak layak dipanggil pendakwah. Terbukalah ustaz. Janganlah kerana seorang anak muda tegur ustaz. Ustaz tenyeh dia hingga tersembam tak dapat bangun lagi. Ustaz punahkan idea dia, semangat dia, kepimpinan dia. Sayang, dia orang muda. Idea dia segar, harapannya tinggi, semangatnya waja. Namun dah kecut. Dah mati. Semangatnya padam. Jiwanya mati. Segalanya dah terkubur. Siapa yang lakukan. Ustaz yang balik jauh . Ustaz yang masih berselimut. Bangunlah.

PENJAWAT AWAM.

Janganlah para ustaz gunakan alasan penjawat awam sebagai halangan untuk berdakwah. Saya bukan suruh ustaz berpolitik. Saya cuma harap ustaz berdakwah. Tak da kena mengena dengan penjawat awam. Biarlah ulama Pas macam Tuan Guru, biarlah Ulama UMNO macam (???) yang berpolitik. Kita berdakwah. Kalau rasa dah mampu berpolitik. Letak jawatan dan berpolitiklah.

USTAZ MUDA

Ternyata ramai ustaz muda pada hari ini. Maksud saya insan-insan yang masih belajar ilmu agama. Usahalah supaya kita beragama. Janganlah ilmu kita sahaja yang agama. Turunlah ke medan ini. Biarkan masa muda kita. Kenapa kita nak isi dengan keseronokkan? Sedangkan keseronokkan abadi sudah ada. Biarlah kita nampak tua dari usia kita. Ayuh ustaz muda. Jika tidak barangkali kita juga akan diselimutkan. Jadilah kita ustaz yang sedang berselimut.

TALQIS

Mungkin apa yang saya tulis ini di ulit emosi. Saya minta maaf. Jika tak bersetuju boleh tinggalkan komen di bawah. Saya cuma bercakap soal reality. Saya juga berdoa. Hindarkanlah diri saya juga. Janganlah hari ini saya bersemangat. Esok lusa sayalah orang yang berselimut. Moga Allah bantu. Saya dedikasikan coretan ini buat ustaz-ustaz yang dah jadi pensyarah, dah jadi ulama, dah jadi YB, masih di mesir, Jordan, UIAM, UKM, IPGM dan sewaktu dengannya. Bukan ustaz saja yang berdakwah. Tapi artikel ini buat para ustaz. Ana sayangkan antum. Orang yang akalnya dipinjamkan Allah ilmu agama. Ayuh. Bangunlah. Janganlah berselimut lagi…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 26 Mei 2009
Kota Samarahan 7.08 pm

8 comments:

Razak said...

Salam ustaz, apa yang ustaz tulis tu byk kebenarannya, pengalaman menjemput ustaz berceramah di masjid sering mendapat jawapan pada awalnya bersetuju, namun bila sampai waktunya saya cuba peringatkan kembali menerusi SMS kepada mereka, akhirnya sms tidak berjawab, dan saya terkapai-kapai mencari usaha lain utk memenuhi program.

Muhammad Zurhain Ismail said...

Salam ustaz, ana junior ustaz di maktab mahmud, skrang melanjutkan pelajaran di mesir dalam bidang kedoktoran. Mmg ana x nafikan apa yg ustaz kata tu mmg btul.SEBAHAGIAN us n ustzh yg ana tgk kat sini hanya luaran shja. mereka hanya memikirkan tntg diri sndri tnpa mmentingkan dakwah pada masyarakat walaupun ilmu agama melimpah. Tp bukan smuanya mcm tu. Apa yg ana cuba fikirkan bagaimana nk ubah pemikiran mereka. Klau mcm pelajar sekolah menengh n rendah mungkin mereka akan dgr nasihat ttp ini golongn yg bnyak ilmu. Ana dlm keadaan buntu dlm mencari pnyelesaian dlm masalah ni.. jemput us ziarah blog ana.. zurhainismail.blogspot.com

Ustaz Nazmi said...

To Razak..

Sebab itulah para ustaz confirm betul2..berdasarkan yang kita mampu..jika tak mampu cakap tak mempu dan berikan alternatif..perkenalkan ust2 lain pula..agar majlis ilmu tersebut tidak terhenti..

Ustaz Nazmi said...

To Zurhain..

Insya Allah..ana akan ziarah..di sinilah pentingnya semangat keterbukaan sesama ulama dan umara..tidak ada masalah saling menegur demi kesedaran dan kesinambungan islam,,,

takkompom said...

salam.abg nzmi.mnat kta sma.ana mnat sirah,siasah,fiqh n bhsa arab.tp xdaya,klu stakt ilmu kt IPG mmg xleh p mna.rsanya silibus al azhar kt ma'had dlu lg mntap dri kt IPG ni.wlupon skang bru PP,tp dh tbayang mcmana la nk ngajaq bdak2 kt skolh nt dgn ilmu yg xsbeqapa..sdih =(

Kenali saya said...

assalam..sy dulu pernah mengajar di SRK Sg kenyah semasa Gb Madehi.Pn.Habibah dll..teruskan usaha anda semoga 'ROH KEISLAMAN' terus subur kepada anak murid dan orang kampung di sana..

Kenali saya said...

assalam..dulu saya pernah bertugas di SRK Sg kenyah..semasa GB Madehi,GPK1 Pn.Habibah dll..teruskan tiup 'ROH KEISLAMAN' di sana..

Nazmie Samarahan said...

Kenali Saya : Syukran kerana berkunjung... Saya ke SK sungai Kenyah untuk memenuhu jemputan ceramah di sana....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin