Showing posts with label diari 2009. Show all posts
Showing posts with label diari 2009. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Kembara Haramain Syarifain & Perlembahan Nil : Siri AKHIR

Ini adalah Sa'e saya yang pertama ketika berada di Masjidil Haram..Ketika ini tempat sa'e masih di dalam pembinaan dan penambahbaikkan...Dijadikan 4 tingkat hingga ke bumbung Masjidil Haram...
Kalau di Malaysia suasana ini tentulah selepas solat Jumaat.. Namun ini adalah suasana selepas solat Subuh... Bersesak-sesak untuk solat subuh....
Usai zohor...Bersama ayahanda menghadap Baitullah....
Suasana pada waktu tengah hari.. Jamaah dari Asia Tenggar sukar untuk tawaf pada ketika ini kerana suhu pada waktu ini 45 darjah celcius..Selalunya saya akan menunaikan Umrah pada waktu malam ataupun awal pagi (sekitar jam 1 pagi)
Bermiqot bersama ahli keluarga di Tan'naim...
Pintu utama Masjidil Haram...
Ziarah....
Jabal Rahmah....
Kenangan....
Bergambar kenangan dengan Akhi Ehsan Nadjafi daripada Iran.. Seorang jurutera Kimia...Persoalan yang kami bincang ialah ukhwah Islamiah, isu semasa dunia, nuklear Iran dan juga kehebatan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan.. Najib?? Sorry, dia tak kenal....
Berjalan-jalan di bazar....
Merpati yang jinak...
Kelas al-Quran di Masjidil Haram...
Suasana Baitullah pada waktu malam....
Sujud menyembah Allah yang esa...
Bonda bergambar kenangan....
Ketika dalam perjalanan pulang...Kenangan Masjid Terapung di Jeddah..
Berlatar belakangkan laut merah...
Bersedia untuk penerbangan pulang ke Malaysia..Akan transit di Kaherah...
Membaca....
Sampai juga di Bangkok dari Kaherah.. Meneruskan penerbangan ke Hatyai dan masuk ke Malaysia semula melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.....
----------------------------
- Sekadar pengalaman saya, tak sempat nak taip panjang-panjang sebagaimana artikel yang lepas... sekadar gambar yang mampu menceritakan pelbagai perkara... W'Alam
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Serian 19 April 2010

Thursday, January 14, 2010

Salam dari Jauh

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Tiada apa lagi yang nak dikatakankan… Blog yang telah berusia 2 tahun ini hamper BERSAWANG kerana tidak di update.. Syukran pada semua yang masih sudi berziarah.. Seingat saya sejak November 2009 saya sudah tidak isi karya di blog ini.. Yang saya update cumalah gambar dan isu yang dikira menarik untuk saya.

November & Disember yang singkat

Saya pulang ke kampung dari Samarahan ni dengan hati yang berdebar. Saya tidak dapat menjawab peperiksaan dengan begitu baik..Apatah lagi ujian Syafawi Hafazan al-Quran juga ada sangkut2.. Di samping itu penghujung 2009 saya telah membuat keputusan yang PENTING dalam hidup saya. Walaupun buruknya macam banyak, namun ia penting untuk hidup saya. Pulang dalam keyakinan diri terganggu seketika, saya memilih untuk bersama keluarga 2 minggu pertama cuti. Habiskan masa berbual dengan ayah dan mak.. Alhamdulillah.. Kami gunakan peluang itu dengan sebaiknya.. Sempat juga berjalan2 dengan keluarga.. Saya sedaya upaya jika mak dan ayah ajak berjalan ke mana-mana saya tidak akan tolak kerana saya tahu, masa yang ada harus dimanfaatkan..Ibu dan ayahlah segalanya dan saya pernah membatalkan program atau jemputan jika ada ajakan dari mak dan ayah.. Sempatlah kami sekeluarga berjalan-jalan di waktu cuti yang lepas.

- Berhari Raya di Bayan Lepas, Gunung Semanggol dan terus ke Seremban 2 beraya di rumah Abang.
- Memasuki wilayah Padang Besar sebelah Thailand untuk membeli belah
- Berkenduri kendara hinggalah ke Ipoh, melawat Muzium Sejarah Pasir Salak dan terus ke Sabak Bernam.

Moga masa yang dihabiskan dengan keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Tahniah juga buat ayah dan mak.. Hampir 30 tahun berkahwin, mereka memilih untuk “Bulan Madu” mungkin di Bukit Tinggi & Padang Indonesia.

Saya Buat Apa Yang Saya Suka

Saya tiada ilmu tentang dakwah, apatah lagi ilmu agama.. Namun keduanya menjadi darah daging saya sekian lama.. Bermula dari saya kecil di bawa ayah ke majlis2 ilmu terutamanya kuliah Ustaz Shamsuri di Masjid Sultanah hinggalah ke majlis2 siasah di Negeri Kedah. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi Mederator program.

- Terima kasih kepada YB Haji Abdul Ghani Ahmad dan Majlis Ketua Kampung (MKK) Dun Air Hitam atas peluang mengendalikan program Explorace Bermotorsikal 2 hari 1 malam di Titi Hayun Yan, juga buat akhbar Sinar Harian yang membuat liputan.

- Terima kasih buat Hj Abdullah, Pengarah Syarikat Abqorisyam Sdn. Bhd serta semua tenaga kerja Belantara Elite Campsite, Kuala Nerang kerana menjemput saya memberi ceramah motivasi penutup untuk ibu bapa dan peserta Kem Anak Soleh Penyejuk Hati Ibu Bapa sebanyak 3 siri berturut-turut.

- Terima kasih juga buat Syarikat Continental Sime Tyres, Biro Agama, Plant Department, IT Department serta pengurusan Hotel Seri Malaysia atas peluang dan kerjasama dalam membentu saya mengendalikan Kem Jiwa Murni yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

- Jazakallah buat semua tenaga kerja Kem Bina Sahsiah Siri 6. Peluang bertindak sebagai Unit Bimbingan sepanjang program digunakan semaksima mungkin. Jazakallah buat YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, YB. Dr Ismail Salleh, Unit Amal Malaysia yang telah meraikan kami tenaga kerja KBS. Hingga beberapa kali jamuan penghargaan di buat.

- Dan ramai lagi..Jazakkallah buat semuanya

Buat yang berkenduri hari tu, selamat berkenduri, yang mana sempat saya sampai tu..sampailah… Dan Alhamdulillah.. Keputusan exam melebihi dari apa yang dijangka…

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 Januari 2010
Kota Samarahan
* Internet yang slow x support untuk upload gambar...

Friday, November 13, 2009

Diari 2009 : Bercuti di Sematan

Pantai Sematan yang menggamit rasa....
Putera-Puteri SMPPA 1107 merangkap ahli Persatuan Pengajian Islam
Ustaz sedang menunjukkan kemahiran 7 petala langitnya
Tengah tunggu nak bersarapan ni....Mula makan orang dah...
Barbeku beramai-ramai (menu, Wings ayam, udang, ikan pari, hati pari, sosej)
Chele penginapan Utama
Akibat ustaz-ustaz tak berpengalaman, kami amik masa 1 jam setengah nak menghidupkan bara...ditambah pula suasana hujan..namun saya belajar ilmu baru, panggang ja arang dulu di dapur gas..bagi dapat bara...yang tahu..tahulah...
Abg Sopian menunjukkan cara memasak ayam pansuh (ayam dimasak di dalam buluh dengan ramuan hutan...Tak guna air pun dalam buluh..tapi bila masak, akan jadi mcm sup sebab buluh mengaluarkan airnya..rasanya..MANTOP)

---------------------
Program
- Ikatan Mahabbah
Tempat
- Holiday Chalet Sematan
Anjuran
- Persatuan Pengajian Islam, IPGM Kampus Tun Abdul Razak
Asbab Anjuran
- Tujuannya nak memenuhi silibus di samping release tension, namun bila kami sembang, fuhhh.. hebat...release tension dulu, pas tu baru exam...selalu exam dulu...
Gambar yang tiada
- Gambar ketika mandi swiming Pool dan juga mandi laut...sebabnya..semua hero dok dalam laut..tak dak orang nak pegang kamera...
----------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 November 2009
Kota Samarahan 8.04 pm

Monday, October 26, 2009

Aidil Fitri Anak Kedah Di Sarawak

Bersama Ustaz Abdul Rahman...Ulama Muda Kedah yang segar berbudi pada jalan dakwah di Sarawak
Antara hadirin Muslimin yang hadir
Tetamu VIP yang hadir, dari kiri, Rosli Azmi, Musoddak Ahmad dan YB Dr. Hamdan Khalib

Muslimat yang hadir...
Ucapan pendahuluan oleh En Najib, Pengerusi Anak-anak Kedah di Sarawak
Ucapan saudara Musoddak Ahmad (Pegawai Khas Belia YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman)
Ucapan perasmian oleh YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai)
Tega bersama marhain..Exco senang bersila makan bersama rakyat walaupun ada meja dan kerusi yang disediakan...
Bergambar kenangan seusai majlis Aidil Fitri Anak Kedah di Sarawak
---------------------
-Majlis ini dihadiri lebih 100 orang anak-anak Kedah di Sarawak bersama ahli keluarga masing-masing yang tinggal di sekitar bahagian Kuching.
- YB Dr Hamdan memperingatkan anak-anak Kedah agar menyumbangkan sesuatu yang mampu menambahkan lagi citra dakwah dan Tarbiah di negeri Allah tanpa mementingkan semangat Asobiah.
- Terima kasih pada semua yang hadir
--------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 26 Oktober
Kota Samarahan

Friday, October 23, 2009

Diari 2009 : Bantuan & Ifthor Muallaf di Pedalaman

Kampung Muallaf pertama yang kami singgah..
Antara barangan yang di bawa...
Jalan ni hanya 4x4 ja yang dapat lalu dengan laju...
Antara yang menyambut kehadiran...
Terus punggah barang...
Ucapan wakil penduduk kampung...
Ucapan Wakil USK (Unit Saudara Kita)
Bergambar bersama penduduk kampung Muslim
Antara Muslimat yang hadir
Bergerak ke kampung Kandaie (Dah dekat sempadan Indon ni)
7 biji 4x4 semuanya
Tiba di Surau kampung kandaie
Tahlil sebelum ifthor
Berbuka dengan tamar
Wajah2 anak Kandaie
Orang Kuat JPN dan Bahagian
------------------
Tarikh : Penghujung Ramadhan
Anjuran : Sektor Pendidikan Islam Negeri, Guru2 GPI Kuching & Samarahan,
Kerjasama : USK & HIKMAH
------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 23 Oktober 2009
Kota Samarahan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin