Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Permisi Seketika

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..
Maaf menyepi seketika..Selepas seminggu berada di jelapang padi..Kini saya dah berada di bumi kenyalang semula.. Insya Allah..saya akan cuba aktifkan blog ini seberapa segera.. Masalah teknikal menguruskan Blog telah di atasi.. Namun sekarang masalah Laptop pula... Laptop yang berusia lebih pada 4 tahun ini semakin lemah dalam kelajuan dan memproses maklumat.. Harapnya dengan bantuan beberapa orang yang bolehlah dipanggil "Doktor IT" akan membantu saya menyelesaikan masalah ini.. Paling tidak, laptop yang dah banyak berjasa ini akan mampu bertahan setahun dua lagi...Insya Allah..

Sunday, August 9, 2009

Aku Rindukanmu...

Tahun 2007 tahun kehilangan buat saya.. Kembalinya ke rahmatullah dua insan yang dekat dengan diri saya. Dalam tarikh yang dekat-dekat sahaja. Bermula dengan kembalinya Tok Cik (Rodiah Bt Rejab-31 Julai 2007) dan Wan Umaq (Omar Bin Rejab-Ogos 2009). Tok Cik ialah insane yang menjaga saya dan mendidik saya sewaktu emak dan ayah keluar bekerja. Wan Omaq adalah datuk sebelah mak.. Kedua-duanya rapat dengan saya.

Tok Cik.

“Putih Tok ni”, antara kata tok cik yang masih saya ingat sewaktu saya kecil lagi. Kata-kata itu juga sering di ucap oleh arwah Wan Mat (suaminya-pulang kerahmatullah pada 1994). Barangkali untuk ambil hati saya yang berkulit “gelap” berbanding yang lain. Bagaikan ibu yang ke dua bagi kami adik beradik. Sejak dari PASTI saya akan berjalan kaki berulang alik ke rumahnya, tidur di sana, petang-petang berjalan mengekori ke mana sahaja dia pergi. Ya lah.. Orang tua. Jalan lambat, maka saya akan berlari-lari anak, sekejap ke depan sekejap ke belakang..

Zaman tadika zaman yang banyak saya habiskan masa bersama dengannya.. Tok Cik bukan orang senang, saya selalu ikut ke mana sahaja tok cik pergi. Kami pernah berjalan kaki ke Tandop. Menunggu bas, ke Bandar alor Setar, ke rumah Tok Ngah, ke batu 17 bahkan ke mana sahaja yang dia bawa. Bila dah pandai berbasikal, selalu di suruh untuk membeli keperluan dapur untuknya. Dapatlah upah 2 kupang (RM0.20).
Sekolah rendah.

Sedari usia 7 tahun, saya mengayuh basikal dalam jarak hampir satu batu pergi dan satu batu balik untuk ke sekolah. Hari pulang awal, terus sahaja saya makan di rumah tok cik. Dan menjadi rutin wajib ketika itu untuk mengambil si’a (mangkuk bertingkat) yang dah di isi lauk untuk di bawa pulang oleh saya ke rumah untuk mak dan ayah serta adik beradik lain yang pulang lewat dari sekolah. Pada usia muda begitu, seringkali rumah tok cik menjadi tempat saya menumpang tidur, kadangkala malam, kadangkala tengah hari. Bila petang berjalan kaki pulang ke rumah semula. Kalau nak mandi, saya mandi di sana, dulu, belakang rumah tok cik berhampiran dengan hutan nipah ada “koq”. Sejuk airnya…

Sekolah Menengah.

Anak tunggal tok cik dah kahwin. Saya pun dah di Maahad. Ketika ini saya dah tak lagi tidoq di rumahnya. Dah makin faham. Saya faham. Tok cik pun paham. Kami tak ada hubungan keluarga. Jadi tak cantiklah saya tidoq di sana. Namun kerap berziarah sebagai ahli keluarga. Hari raya, rumah tok cik yang akan saya pergi dulu dengan basikal. Nak duit raya. Tak sebanyak mana. Tapi saya simpan. Saya salam, peluk dan cium tok cik..

Mendapat kejayaan dalam PMR detik manis buat diri, saya bernazar, cukur kepala, selepas mak dan ayah saya beritahu, terus saya ke rumah tok cik.
“Tok cik, Tok Cik, Cek dapat 8A!”
Dia bagi saya RM 5. Tak banyak, tapi bernilai dari yang bagi RM 100.. Kasih sayang nilai di dalamnya.

Bermusafir ke Sarawak

Terpaksa tinggalkan semuanya. Tok cik antara yang hadir hingga ke detik akhir saya di rumah sebelum berangkat. Bagi kata semangat.

“Hang mengaji elok-elok, Tok Cik tak dak duit nak bagi, ni saja tok cik boleh bagi kat hang”

Walaupun hanya sehelai kain pelikat. Saya terus gunakan hingga hari ini. Kerana warnanya yang agak gelap. Matching dengan semua baju Melayu dan jubah yang saya ada, saiznya besar dari biasa dan selesa maka kerap saya memakainya ketika Khutbah Jumaat..


Mula Sakit

Penghujung 2006, Tok Cik mula sakit, sekejap sembuh sekejap sakit. Saya sempat ziarah bila pulang bercuti. Tahun 2007, cuti semester 1. Kenduri di rumah pak long. Tak silap kenduri tu sebelum saya pulang ke Sarawak. Saya jumpa tok cik di dapur rumah Pak Long. Macam-macam kami sembang, pelajaran, jodoh, nasihat dan masa depan. Saya sendiri rasa bahawa saya sembang lama. Lama sangat. Sembang perpisahan. Sukar untuk kami berdua berhenti hinggalah masuk waktu Asar. Saya minta pulang. Saya cium tangan tok cik. Kali terakhir saya cium tangan, lihat wajah dan dengar suara tok cik.

Bila dah berada di Sarawak. Mula dengar-dengar tok cik sakit lagi, saya telefon, Tok cik penat, tak mampu bercakap. Anak dia bercakap dengan saya. Beberapa kali saya hubungi. Tetap keadaan sama. Mak Long (menantu Tok cik) bagitau,

“ Tok Cik nak cakap dengan mi, tapi dia penat, pas tu dia tak mau hang ghisau pasai dia”

Sehinggalah petang 31 Julai 2007, saya ada Gerko (Kokurikulum), Handset di bilik. Bila saya pulang ada banyak panggilan masuk dari ayah. Terus saya hubungi ayah,

“Sabaqlah, Tok Chik baghu tak dak, ptg tadi, hang bacalah apa yang patut, simpan esok pagi…”

Saya tamatkan perbualan dengan ayah. Terkedu, terbayang wajah tok cik… Terbayang saat bila tok cik beritahu pada saya dia dah lama tak tengok bendang (sawah) belakang Kg Tengah. Saya yang baru pandai bawa motor, gunakan Honda C70 bawa dia meronda….

Saya rindu. Rindu banyak benda. Tapi rindu juga pada yang ini. Tok cik kerap berjalan kaki ke rumah saya. Jauh juga. Saya rindu kalimah ini..

Ami, ambik ayaq ais kat tok cik sat…”
Kerinduan ini memang tidak akan terbalas. Aku untung pernah rasa kasih sayang mu. Moga Tok Cik sejahtera di sana . al-Fatihah

…. Dengan linangan air mata,

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 9 Ogos 2009

Wednesday, May 13, 2009

Jadual Exam SMPPA 1107

20 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

21 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Pengurusan Sumber & Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam (PIM 3109)

25 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Penilaian Dalam Pendidikan Islam (PIM 3110)

26 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Bahasa Arab (BAM 3110)

26 Mei 2009 (2.30-5.00 petang)
Taranum al-Quran (PQE 3103)

Thursday, April 16, 2009

Diari 2008 : Boleh Bah Kalau Kau (DAY 1)

3 jam penerbangan yang meletihkan segala urat dan sendi....

Pulau Labuan yang kelihatan dari jauh...

Dah nampak daratan dah...


Mendarat sudah!!! Mendarat di Terminal 2 Airport KK


Masjid Likas di kejauhan

Bangunan Yayasan Sabah..Gambar dari Tanjung Lipat ni

Segalanya bermula bila saya call ayah, selepas beberapa ketika berbual…
“Ayah, chek ingat nak pi sabah la hujung taun(tahun) ni, saja, chek nak jalan2..Boleh dak??? ”

Ntah bila bermula, tapi saya rasakan saya lebih teliti hal izin ibu bapa ini berbanding perempuan (mungkin tak kot).. Sepanjang berada di sini, ke mana saja saya pergi saya akan call, bagitau dan minta izin ayah dulu, nak ke Bandar kuching, rehlah, usrah, nak ke tempat ceramah, program rasmi Institut, saya sakit, saya demam, saya sedih, saya seronok, segalanya saya akan bagitau ayah dan mak.. Hati saya tenang begitu, saya berprogram dalam keadaan selesa. Saya memerlukan Dakwah, Saya juga perlukan mak dan ayah dan Alhamdulillah, bila mana izin diminta dan diperkenan, segalanya lancar dan mudah.. Saya ulangi, yang penting hati TENANG..

Selepas saya call ayah, ayah call saya semula,
“Ayah ingat kami nak ikt juga la..lagipun mak ngah nor ad asana, bulih kita ziarah dia”

Wah.. Bercuti sakan kita tahun ni..maka berbincang lah saya dengan ayah tarikh yang sesuai.. Tarikh harus disusun dengan baik..saya tersepit antara KBS,Kem Anak Soleh, dan juga Aidil Adha.. Kami pilih di tengah-tengah. Penerbangan tambang murah saya pilih, Air Asia. Kos yang agak murah. 4 beranak pergi balik RM2000. Kalau MAS, bermimpi 6 kali baru dapat harga serendah itu untuk pergi balik.
---------------------------
Pada cuti hujung tahun, saya pulang ke Kedah dulu, memberi pengisian di beberapa program, seterusnya pulang ke Gunung Semanggol untuk beberapa kenduri dan terus sahaja ke Pulau Pinang. Akan bertolak di sana untuk penerbangan terus ke Kota Kinabalu.

“Ala mak, kasut chek ni getah ja, kita bli kasut baghu la..”, ayat bodek untuk dapatkan sandle baru secara PERCUMA!!
“Ok, jom kita singgah Quennsbay”…

Bermalam di rumah Makchak malam tu….
--------------------------
Sebelum bertolak lagi saya dah mencari beberapa laman web pelancongan Sabah, untuk tahu tempat yang menarik.. Tak dapat tidak..Cari tempat yang ada orkid dulu..Kegemaran mak tu..
------------------------

Berhampiran Pintu Masuk UMS....
Antara jualan yang femous di pasar Filipine iala ayam panggang...
Bergambar dengan laut...
Antara yang di jual di sini...Gambar Bakso tak sempat..sbb dah habis makan baru ingat..
Depa pun bergambaq juga....
Ikan kat sini warna warni...
Penerbangan ke Sabah memang lama..Ya lah..penerbangan terus tanpa transit di mana-mana. Hampir 3 jam perjalanan. Boring??? Mmg boring… mujurlah Peramugaranya bijak berceloteh.. Apabila meLIMPAS (sama makna dengan lintas) Pulau Labuan, penumpang di beritahu, maka sempatlah ambik gambar barang sesnap dua.

Sampai ke Airport ke 2 KK kira2 jam 1 tengahari.. Mak Ngah nor dah tunggu. Maka bertolaklah kami ke rumah dia di Sepanggar. Makan tengahari..Solat..Rehat..dan petangnya terus saja ke Kota Kinabalu (Selepas ini disebut KK). Singgah saja di pasar Filipine..Untuk melihat suasana dulu.. Saya memesan pada Mak..

“Jangan memborong lagi..kita ada banyak hari lagi..kita jalan-jalan dulu”

Di bahagian belakang pasar, ada jual makanan ala-ala pasar malam. Makan la sikit.. Makan Bakso..Kuah toyu(kicap) dia asli dari indon punya..dan beli juga barang dapur..Ya lah, kita duk rumah orang..kena la beli barang sikit..
--------------------------
Dalam pada itu..Saya dah menghubungi Tok Moh (tourist guide a.k.a rakan seinstitut), untuk berbincang tempat yang boleh dilawati di sabah..Tok Moh hanya dapat datang pada hari ke tiga..Esoknya hari isnin..kerja..mak ngah nor tak dapat tolong..maka sayalah yang akan membawa keluarga pusing2 di KK..Alhamdulillah..ada pengalaman datang KK dulu..maka tiada masalah untuk berjalan2…

……bersambung….

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 April

Friday, April 3, 2009

Makluman

Assalamulaikum wtb...
Dah masuk minggu ke dua praktikum...dah jadi pendidik dah..jadi agak sibuk sikit..Insya Allah..akan cuba update sekerap yang mungkin...

Monday, March 23, 2009

Diari 2009 : "Pebret" Chek di Kedah

Kalau balik Kedah..Ni la pebret saya.. LAKSAM Teluk Bagan.. belum ada yang boleh 'chelen'...

Mee Abu Tandop turut diminati oleh orang ramai.. Sampai org KL pun mai Cari...

Friday, March 20, 2009

Gambar Hari Ini : "Buroq" kesayanganku sakit..

Buroq ni tak bulih nak start..pomen dah cek macam2..last2 kena operate juga..

Operasi bedah siasat dah mula..pasaipa la tak bleh nak start..

Masa ni perbincangan sedang dijalankan...mcm2 pendapat keluaq..

Mula2 ingat ini yang rosak...

Rupanya benda alah ni (kuning).. CDI yang rosak..seketul kecik tu boleh tahan juga harganya..tp takpalah..demi buroq yang banyak berjasa

Wednesday, March 18, 2009

Penafian : Ustaz Nazmi ada album??

Yang dikatakan "album" Ustaz Nazmi...
Assalamulaikum wtb …
Alhamdulillah..dah ada di negeri Kedah hampir 5 hari yang lalu..Akibat kenduri dan hal lain yang agak bnyak..masa untuk memblog makin terbatas..Harap semua pengunjung dapat bersabar.

Terlalu banyak SMS dan panggilan talefon saya terima kebalakangan ini. “Nazmi..VCD nta cramah ada di pasaran”, “Wah..dah jadi artis..siap ada VCD lagi”.. Huh..apa pulak ni..Setelah saya siasat dan tilik..baru lah faham… kini di kedai2 buku agama dan VCD ceramah agama..terdapat VCD ceramah Lim Jooi Soon.. Seorang kristian yang kini Islam..saya pernah mengikuti Kursus Dakwah dalam masyarakat majmuk.. dan jika ada permintaan, itu merupakan salah satu modul yang saya gunakan.. Tetapi di muka depan VCD tersebut terpampang gambar saya bersama Lim.. Sedangkan yang ceramah di dalamnya Lim dan beberapa orang sahabatnya..saya juga ada gambar yang hampir sama.dan barangkali gambar tersebut dari kamera Lim.. tentang rakaman ceramah saya..ada pihak yang merakam..samada video mahupun MP3. Namun tak pastilah dipasarkan atau tidak..namun jika pandai mencari..ada di ruang maya ini.. Jadi saya menafikan bahawa saya berceramah bersama Lim..siapalah saya nak buat “album”..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 18 Mac 2009
Telok Bagan

Wednesday, March 4, 2009

Ustaz Yusof..Mengalir air mata ku..

Assalamualaikum….

Badan tidak berapa sihat..minggu yang panjang dalam keadaan cuaca di Kota Samarahan masih tidak stabil.. Dalam menyelesaikan KKBI untuk semester ni..saya menerobos ke beberapa blog sahabat2.. Terjumpa link manusia antara manusia yang saya hormati..Ustaz Yusof Ahmad..Guru penasihat LPTTMM.. Yang kini bertugas di Majlis Agama..banyak kenangan dengan ustaz..Terus terang.. Mengalir airmata saya..4 tahun tak bersua muka dengan ust akibat kejauhan..Tiap kali cuti cuba untuk berjumpa..namun sentiasa ada halangan..Moga saya berpeluang..

Teringat lagi di kala saya masih memilih samada untuk ke sarawak atau teruskan pengajian di Maahad untuk mengambil STAM dan seterusnya meneruskan harapan ust untuk saya Mesir, saya ikut ust ke sesi Ceramahnya di Gurun..Banyak benda yang kami perbincangkan..walaupun di hujungnya saya berada di IPGM..namun banyak nasihat ustaz yang menjadi pegangan saya.. Bahkan, jika yang menyedari, hasil titipan seorang rakan yang pernah berkata, “gaya anta berceramah ana rasa banyak dipengaruhi oleh gaya Ustaz Shamsuri dan Ustaz Cup (ustaz Yusof)”.. W’alam..kerdil diri dibandingkan dengan mereka..

Membaca Blog Ustaz Yusof..adakalanya saya tertawa..ternyata gaya bahasa yang ditulis itu adalah gaya dia bercakap..penuh hikmah..peneuh ketegasan..penuh prinsip..namun berbudi bahasa.. saya tertarik dengan dua artikel dari ust..mgkin anda boleh membacanya…
-------------
Artikel 1

Kedah FM. 5.30 pm - 21/12/2008

Assalamualaikum....sahabat...

Pertemuan setengah jam di ruang udara KedahFM hari ini 21/12/2008, saya mengulas berkenaan isu Mertua. Insan yang sebenarnya punya jasa yang besar ini kekadang dilihat menjadi penghalang kepada kebahagiaan anak menantu.

Sebagai menantu, kita sepatutnya menghargai kehadiran ibu dan ayah mertua kita. Apa tidaknya..? Bukankah mereka yang menjadi sebab lahirnya suami yang kita cintai atau isteri yang kita sayangi.. Ketika kita menyayangi dan menghormati ayah dan ibu sendiri kenapa tidak kita berikan juga hak ini kepada ayah dan ibu mertua kita? Adalah sangat malang bila melihat dua insan yang sepatutnya diraikan seperti ibu dan ayah sendiri, tiba-tiba dipinggirkan.

Memang tidak kita nafikan terdapat sebilangan ibu atau ayah mertua yang tidak membantu menyelesaikan masalah yang berlaku antara suami isteri, sebaliknya campur tangan mereka lebih memburukkan keadaan. Akibat masing-masing kurang atau cetek ilmu agama, ditambah dengan ego sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam, akhirnya mahligai bahagia yang dibina tersungkur menyembah bumi. Yang menjadi mangsa bukan sahaja kita yang menjadi suami dan isteri yang terpaksa berpisah, tetapi yang lebih perit adalah anak-anak yang tidak berdosa kehilangan kekuatan untuk mendepani cabaran hidup!

Fikir-fikirkan...

-----------------
Artikel 2

KedahFM 18/12/2008 - MEREKA BOLEH MENJADI MUSUH...

Assalamualaikum...

Hari ini, saya menggantikan tempat al-fadhil Ustaz Haji Aminuddin abdul Rahim yang telah menggantikan tempat saya sebelum ini. Hari ini saya bercakap tentang bagaimana sebahagian suami/isteri dan anak-anak kita boleh bertukar menjadi musuh.

Sahabat-sahabat yang dikasihi...
Ketika mereka yang mendirikan rumahtangga mengimpikan pasangan hidup yang sanggup bersama dalam susah dan senang..berkongsi suka dan duka...sanggup menghadapi segala bersama, berapa ramai yang kemudiannya kecewa bila pasangan hidupnya berubah....cinta beralih arah, khianat, berakhlak buruk dan sebagainya. Gejala nusyuz, syiqaq dan dharar menjadi igauan buruk dan mimpi ngeri yang menyeksa tangkai hati!

Ketika mereka yang dikurniakan cahayamata mengharapkan kelahiran orang baru dalam keluarga akan hanya menambah seri keluarga, lahirnya anak soleh penyejuk mata ayah dan bonda, berapa ramai yang kemudiannya kecewa bila anak yang diharap menjadi pembela orang tuanya di hari muka, rupanya petualang yang hanya tahu melukakan!...Malim Kundang! anak derhaka!

Dalam Surah At-Taghabun ayat 14 AllahSWT berfirman:

يا أيها الذين آمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم فاحذروهم

Yang bermaksud : Wahai orang2 yang beriman; sesungguhnya ada di antara isteri2 kamu dan anak2 kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah dan berwaspadalah terhadap mereka.

-------------------
- Boleh kunjungi blog Ustaz Yusof di sini…
-------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Mac 2009
Kota Samarahan

Monday, March 2, 2009

Nasrul..kau mendahului ku...


Beberapa Ikhwah mahasiswa Universiti al-Azhar Mesir YM saya semalam..terkejut dengan berita yang mereka khabarkan..Berita tentang sahabat saya.. satu susuk yang Insya Allah.. Warga Maahad di era kami pasti akan mengenalinya.. Seorang yang zuhud dan mempunyai tahap tawakal pada Allah yang cukup tinggi.. Amat kasihkan ilmu Allah.. Sanggup menumpang, berjalan kaki mahupun berlari untuk ke mana-mana majlis ilmu.. Anak Kubang Rotan yang cukup gigih.. sentiasa menjadi rujukan saya dalam bidang ilmu tajwid.. sesungguhnya bacaan al-Quran saya bukan lah molek sangat...Faiz Johan, Azrul, Najih Irsyad.. inilah sahabat2 yang YM saya... Nasrul.. anta dah mendahului ana.. Mabruk.. Nasrul hari ini sudah bergelar sebagai seorang suami, Insya Allah..moga zaujahnya di pelembahan Nil serta bumi anbia itu juga solehah sepertinya.. Moga dengan Baitul Muslim yang di bina itu.. Nta mampu meningkatkan lagi kualiti amal ibadah dan juga taqwa pada Allah.. Di akhir YM, ramai bertanya, Nazmi.. Nta bila.. dah ramai mendahului nta.. Apa yang mampu dijawab melainkan tersenyum dan senyuman itu ada pertanyaan...

Sunday, March 1, 2009

Penat

Ya Allah,
Amat penat berjalan di "jalan" Mu,
Amat letih Ya Allah...
Seringkali aku berfikir....
Cemburu benar rasanya hati ini....
Melihat teman yang seumur dan sebaya...
Mereka isi usia muda dengan cara muda..
Aku bagaikan menduhului zamanku..
Entah apa yang ingin aku gapai..
Penat dan letih di jalan Mu Ya Allah...
Tak wajar aku bermonolog begini..
Ampunkan aku Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan...
Tiada sumbangan lain yang dapat ku berikan..
Melainkan perjuangan di jalan ini..
Biarpun berseorangan...
Biarpun tanpa teman dan sahabat perjuangan..
Kenapa perjuangan ini ada letihnya...
ada teruknya..
Kerana syurga itu manis..
Ada RedhaNya...
-Nazmie-
Kota Samarahan
3 Mac

Sunday, February 22, 2009

Aku benci ...

Ini adalah antara perkaran yang aku benci dalam dunia ni. Malaysia masih mengamalkan kasta dalam masyarakat.Kalau kita baca sejarah dunia berkenaan India, budaya kasta dipraktik di sana sekitar zaman dulu. Sekarang dah pun terhakis walaupun masih ada saki baki budaya kasta dalam masyarakat di India. Rakyat dalam kasta rendah kena hormat kepada orang kasta atas. Orang kasta rendah tak boleh guna kemudahan yang disediakan khas untuk orang kasta atasan.Di Malaysia masih ada amalan kasta, atau sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berminda kasta dalam masyarakat. Rakyat biasa seperti petani, boroh, pekerja kilang di golongkan sebagai rakyat biasa. Pegawai kerjaan peringkat tinggi, wakil rakyat, golongan istana dalam golongan VIP. Kemudian ada pula kasta yang lebih tinggi yang di cipta, iaitu VVIP.

Wednesday, February 18, 2009

Bantu saya untuk memilih..


MyVi yang mantap dan luas ruang dalamnya..adakah sesuai untuk saya????
ATAU?????

Proton Exora yang baru ni...luas tak pasti lagi..yang pasti bleh naik ramai sket...

Monday, February 16, 2009

Perihal Solat

Assalamualaikum wtb Salam perjuangan..

Solat merupakan antara perkara pertama yang akan di soal oleh Allah.. Namun pada hari ini bukanlah definisi solat yang hendak saya perkatakan.. Cuma nak kongsi kisah diri melihat manusia yang tekun dalam solat untuk mencari redha Allah…Moga apa yang hati saya kagum pada mereka adalah benar..

BERZIKIR DAN BERDOA

Ayah memang seorang lelaki yang saya kagumi..Ya..dia hanya manusia, tidak sempurna..namun bagi saya, ayah adalah hero saya..bukan untuk angkat dirinya..namun saya sebagai anak kadangkala malu dengannya.. Ayah seorang yang menjaga solat di awal waktu..namun sesibuk manapun dia.. solatnya pasti akan bermula dgn iqomah..Jika saya makmum..saya lah yang iqomah.. jika dia solat seorang diri maka dialah yang iqomah..Selepas solat bagaikan sudah di latih diri.. Ada zikir tertentu yang sesibuk mana pun dirinya dia tetap akan ungkapkan dan disudahi dgn doa.. Malu juga, bila berjamaah dgn ayah di kala saya semakin dewasa.. Ayah kerap menyuruh saya yang membaca doa selepas solat.. Doa anak muda.. pendek sajalah..doa ayah panjang dan bersungguh-sungguh…dan selepas itu ia akan berteleku seketika di atas sejadah..klu di rumah, saya dah di depan tv atau laptop dah masa tu..harap, istiqomah ayah mampu turun kpd kami anak2…

DI HUJUNG KANAN DAN HUJUNG KIRI

bagaikan sudah di tempah tempat ini di Pusat Pengajian Islam IPTAR.. Ruang hadapan sebelah kanan dan juga sebelah kiri… Sebelah kiri Pusat Islam sentiasa di isi oleh seorang pak cik yang kudung kaki kanannya.. setiap solat jumaat.. awal sampainya..solat sunatnya banyak sekali..saya sentiasa lihatnya..tidak pernah tidur ketika khutbah..bersusah payah dia alihkan badan..menghadap khatib yang sedang berkhutbah.. selepas solat dia akan memakai semula kaki palsunya… Sebelah kanan pula diisi oleh seorang lelaki yang berbadan gempal..saya cukup kenalnya.. Tuan Haji Azizir.. mantan Ketua Jabatan R&D IPTAR.. Itulah posisi kedudukannya samada solat jumaat ataupun Tarawikh..datang awal..sentiasa tersenyum..badannya yang besar ternyata menyukarkannya untuk pergerakkan tertentu dalam solat..namun tetap dilakukan bersungguh-sungguh.. Allah..saya juga berbadan besar..tetapi solat bagaikan tidak bersungguh-sungguh.

AWAL WAKTU..

Alhamdulilah.. tahun ini bilik kuliah saya di Pusat Islam IPTAR..Bersyukur juga..barangkali tarbiah daripada Allah.. Solat Jamaah saya terjaga..solat dhuha juga dah ada peningkatan..Quran juga kerap.. Saya rasa saya sibuk..ada yang lebih sibuk.namun kagum pada beberapa individu yang saya hormati yang menjaga solat jamaah mereka.. En Mazlan, Hj Khambali, Hj Ahmadi, En Samni, En Zul, En Nasir, En Hasnan, En Kamaruddin dan ramai lagi..mereka ini pensyarah saya..Bukan bidang agama.. Namun..solat Jamaah mereka terjaga..ada hikmahnya ..mereka ini pemurah..wajah bersih..rasanya dengan pengalaman hidup yang ada..hati kita dapat berkata.. “Masya Allah..bersihnya wajah org itu”..

ORANG BESAR

Tuan Haji Mohd Zain, mantan Pengarah IPTAR..saya kagum padanya, pada kelembutannya, pekanya dia pada guru pelatih hingga ingat nama saya, kebetulan mantan NYDP zamannya.. Namun lebih kagum pada komitmennya untuk bersolat berjamaah.. hingga kami guru pelatih menjadi segan padanya.. Ya lah.. Jawatan tinggi..tugasan kerja juga banyak.. bila datang ke Pusat Islam..dia bagaikan bukan pengarah.. Tiada tali leher, tiada blazer..sujud bersama orang bawahan pada tuhan yang ESA..ya Allah.. Perbanyakkanlah pemimpin seperti ini untuk memimpin organisasi umat Islam.

SOLAT DHUHA

Ketika di Maahad..bagaikan di latih..Pimpinan pengawas dan BDK berlumba-lumba mengejakan solat sunat Dhuha..Abg Zul, Abg Shah, Sobri, Nasrul, Ucop dan ramai lagi..rasanya belum pernah saya melihat hari mereka dilalui tanpa Dhuha..dan Alhamdulillah..keberkatan dhuha ada pada mereka..Abg Zul di Yaman, Abg Shah, nasrul dan Ucop di bumi Anbia Mesir, sobri di UM..dan hingga hari ini mereka di bawah pemeliharaan Allah..walaupun jauh..kami berhubung dan berbual..teserlah akhlak Islamiah dikalangan mereka.. Semenjak di IPTAR pula..Ada beberapa individu yang menjadikan dhuha sebagai kewajipan mereka..Hjh Khamsiah (bertukar ke BPG), Hjh Adibah, Hj Khambali, En Brahim, Hj Musah dan beberapa yang lain..dalam kesibukan sebagai pensyarah..mereka memberikan peluang kepada dahi mereka untuk bersujud pada Allah..Allah hu Akhbar..kerdilnya amalan saya dikalangan mereka.

-------
Tulisan ini bukan lah untuk mengangkat mana-mana pihak, namun sebagai renungan kita bersama dan juga renungan diri saya sendiri…W’alam

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 Febuari 2009

Thursday, February 12, 2009

Renungan Buat Kita..

Allah swt berfirman dalam surah taubat ayat 24 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Sama-samalah kita saling mengingati bahawa hanya ada dua golongan di akhirat kelak, penghuni syurga dan penghuni neraka. Tidak ada istilah pengundi atas pagar. Tidakada yang duduk luar syurga tapi tak masuk neraka. Tidak ada yang duduk luar neraka tapi tak masuk syurga. Sesiapa yang tak dapat masuk syurga akan masuk neraka. Siapa yang tidak berada dalam neraka dialah sebenarnya penghuni syurga.

Dalam keadaan kehidupan dunia hari ini mungkin ada setengah penyokong atau pengundi akan berdiam diri atau sengaja memekak telinga atau membutakan mata atas segala kepincangan yang berlaku disekeliling kita. Namun janganlah kita lupa, setiap detik kezaliman yang berlaku di atas muka bumi sekeliling kita tidak akan terlepas melainkan akan disoal dan diletak dibahu kita. Marilah kita renungkan dan bermuhasabah apakah kita menyayangi keluarga kita lebih dari mencintai ALLAH?, apakah kerja kita lebih kita cintai dari ALLAH? Apakah perniagaan kita lebih kita sayangi dan cintai dari ALLAH. Takut dibuang kerja?Takut tak dapat biasiswa?Takut tak dapat bantuan?Takut?takut?

Ingatlah mula pagi kita celik mata hingga malam kembali pejamkan mata kita senantiasa diberi belas kasihan oleh ALLAH swt. Kita bernyawa, makan minum dan segalanya mampu, selagi diizinkan ALLAH.

Dan ingatlah firman ALLAH surah taubah ayat 38:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Wednesday, February 11, 2009

Persoalan suami Isteri..

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

-------------------------
- Sekadar renungan bersama.. Hasil nukilan Ustaz Hasrizal…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 11 Februari 2009
Kota Samarahan

Saturday, February 7, 2009

Patik di Dangau.. Tuanku di Istana

Ampun tuanku, sembah patik harapkan diampun. Ampun tuanku kerana patik tidak biasa menyusun patah-patah bahasa istana untuk diucapkan kepada tuanku. Ampunkan patik kerana meluahkan isi hati patik secara maya. Ini kerana patik tidak mungkin berpeluang mengadap tuanku di istana. Patik hanya mampu melihat dari jauh akan kehebatan istana tuanku. Begitu tersergam indah berbanding dengan dangau patik di hujung kampung.

Tuanku, izinkan patik meluahkan rasa sayu dan rasa hiba yang teramat sangat perihal negeri ini pada hari ini. Perihal akan ketentuan yang tuanku telah putuskan. Perihal yang tuanku putuskan atas bicara tuanku. Patik tergamam lesu letih lemah longlai dengan keputusan tuanku. Dan sebentar tadi patik maghrib dan isyak bersama bayangan keputusan tuanku. Patik sayu dan menangis di sejadah Allah. Patik yang begitu sukar mengalirkan air mata boleh menangis kerana keputusan tuanku petang tadi. Patik tidak menyangka begitu sekali keputusan tuanku.

Tuanku, patik teringat zaman sekolah. Cikgu patik semasa mengajar pernah memberitahu bahawa semua rakyat yang berusia atas 21 tahun layak mendapat kuasa menentukan sesebuah kerajaan pusat atau negeri melalui undinya dalam pilihanraya. Rakyat lebih berkuasa daripada pemimpin pada waktu itu. Pemimpin yang menang majoriti akan diistiharkan sebagai wakil rakyat. Kumpulan majoriti wakil rakyat ini akan memilih seseorang di kalangan mereka untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Apabila seseorang Menteri Besar telah dilantik secara sah oleh istana, maka tempoh jawatannya hanya akan berakhir jikalau dia meninggal dunia, meletakkan jawatan, kalah dalam usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri ataupun setelah tuanku memperkenankan pembubaran DUN. Cikgu patik juga memberitahu bahawa budi bicara sultan hanya boleh digunakan apabila terdapat sebarang keraguan yang tidak boleh diselesaikan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jikalau peruntukan undang-undang itu telah sedia ada, maka undang-undang itu hendaklah diguna pakai. Itulah yang dimaksudkan dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berperlembagaan.

Tuanku, setelah patik mendapat perkhabaran akan keputusan tuanku ini, patik menung, patik murung. Cikgu patik mengajar tidak betul. Cikgu patik dangkal ilmunya. Cikgu patik telah membohongi patik dan rakan-rakan patik. Patik dan rakan-rakan patik telah memanjangkan pembohongan cikgu patik ini kepada marhaen di maya ini. Patik malu kerana telah berbohong akan maksud Raja Berpelembagaan itu. Cikgu patik tidak layak menjadi cikgu. Sepatutnya cikgu patik mesti mengajar dan memberitahu patik bahawa sultan berkuasa mutlak menentukan nasib hidup rakyat di negeri ini.

Tuanku, di hati nurani patik terfikir kenapa tuanku tidak izinkan pembubaran DUN seperti yang dipohon oleh memanda tuanku. Jikalau pembubaran DUN boleh disamakan dengan membuang masa atau satu pembaziran, apakah jaminan kerajaan yang mengganti ini akan stabil atau semakin tidak dihormati oleh majoriti rakyat tuanku. Jikalau tuanku berat hati untuk membubarkan DUN Perak, tuanku boleh mengistiharkan kekosongan di tiga DUN Bebas. Ini tentu adil untuk kedua-dua pihak iaitu BN dan PR untuk dihakimi kembali oleh rakyat. Jikalau BN menang, PR akan menghormati kemenangan itu.

Tuanku, keputusan tuanku hari ini seolah-olah memperlihatkan bahawa tuanku lebih menyebelahi BN. Kasihan PR seolah-olah dilihat sebagai rakyat kelas kedua. Tolonglah tuanku. Patik merayu kepada tuanku sementara masa masih ada lagi untuk tuanku mengubah keputusan menangguhkan dahulu perlantikan Menteri Besar baru. Sekiranya tuanku tidak berkenan akan exco bukan Melayu yang lebih ramai bilangannya daripada Melayu, ia boleh diperbetulkan semula. Patik yakin PR akan terus menjunjung kedaulatan tuanku.

Ampunkan patik tuanku. Patik tidak beradab kepada tuanku. Patik sekadar meluahkan isi hati sedih dan kecewa yang entah bila akan kembali ceria.

Patik memohon mengundur diri. Ampun tuanku. Daulat tuanku.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Februari 2009

Hancurkan Insan yang zalimi ibu tua ini..

"Dia manja dan tak pernah meninggikan suara pada mak" itulah yang sering disebutkan oleh Puan Saoda ibu kepada Mat Sah Mohd Satray ( nenek Suhaib sebelah abahnya). Tahun 2009 ini, Mat Sah ditahan di bawah ISA cukup 7 tahun lamanya.

Setiap kali kami(saya dan Suhaib) menziarahi beliau di Kg Pandan, nenek akan menangis. Beliau selalu bertanya, bila Abah Suhaib akan dibebaskan. Kami tidak dapat menjawab soalan itu dan biasanya hanya meminta beliau bersabar dan berdoa supaya anaknya (Mat Sah) segera di bebaskan.

Sebelum ditahan dibawah ISA 7 tahun yang lalu, setiap kali pulang dari kerja, beliau akan singgah dirumah ibu bapanya di Kg Pandan, kemudian barulah pulang kerumah kami di Keramat.Mat Sah dan ibunya jarang berjauhan. Sudah tentu perpisahan ini amat menyakitkan kerana ibu yang sudah tua itu tidak mampu untuk pergi ke Kemta setiap bulan bagi menziarahi Mat Sah.Keadaan semakin kritikal kerana ibu Mat Sah mengalami kerosakan buah pinggang dan beliau terpaksa menjalani dialisis untuk terus menyambung hidup.

Tidak diketahui, bilakah penyeksaan ini akan berakhir....

Note:Gambar terbaru Mat Sah dan ibunya diambil pada 23 Nov yang lalu di PRC.Ketika itu SB memberitahu ibu Mat Sah bahawa beliau akan dibebaskan dalam bulan itu juga, tetapi ternyata, Mat Sah masih lagi dikurung di Kem kamunting hingga hari ini.....
----------------------
* Saya dengan ini menyatakan bahawa saya 100% membantah kewujudan akta ZALIM ISA kerana bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.. Pada mana2 pihak yang tidak bersetuju.. Luncurkan kepada saya hadis dan ayat al-Quran yang menyokong akta Zalim ini…Adakah salah saya bersuara?? Adakah semua kakitangan kerajaan perlu jadi pak turut dan tukang angguk.. Bila jadi dasar.. kena laksana.. tak boleh bersuara.. Itubukan BODOH tapi Baghal namanya…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Februari 2009
Kota Samarahan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin