Showing posts with label Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Show all posts

Saturday, June 20, 2009

Buku-buku ku Mei, Jun, Julai 2009

Buku ini dibeli di bazar sebelah Bukit Marwah di Masjidil Haram.. Saya suka sebab penerangannya bergambar.. Sejarah Madinah serta tempat yang sesuai untuk diziarah..ada di dalamnya..
Sejarah ringkas mengenai bumi Mekkah secara bergambar..Asalnya dalam bahasa Arab dan di terjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia..
Suka baca kisah orang lain yang berjaya dengan harapan..kita juga mampu mengukir kejayaan dalam bidang yang diceburi...

Nukilan pengalaman Zaujah Tuan Guru pahit getir menjadi isteri seorang tokoh masyarakat.. Peribadi Tuan Guru dari kacamatanya juga di catatkan di dalam buku ini...

Buku catatan ringkas oleh setiausaha Politik Tuan Guru mengenai peristiwa hidup, Pahit getir, halangan serta kejayaan Tuan Guru sepanjang memerintah Kelantan dari tahun 1990 hinggalah sekarang..

Karya Ustaz Hasrizal yang ke dua.. Kesinambungan ATN 1.. Tak habis lagi baca ni.. Harapnya dapat diselesaikan dengan segera...

Sebuah buku fiqh yang ditulis oleh Guru saya di Maahad, Syeikh Aminuddin Bin Abdul Rahim (Ust Din Tok Guru), penyampai bimbingan Fardhu Ain di Radio Kedah FM. Etika muslimah di luar rumah.. Sesuai untuk semua tak kira lelaki mahupun perempuan.. Setiap isu disertakan hadith beserta pendapat peribadinya..

Pengalaman Ustaz Hasrizal sepanjang perantauannya di Bumi U'rdan (Jordan) beserta bagaimana tarbiah di sana yang membentuk diri serta pemikirannya.
Sebuah lagi Karya Abdul Latip Talip..Kisah sejarah Islam.. Tokoh kali ini panglima tentera Islam zaman Umar al-Khattab..Entah mengapa saya begitu minat terhadap karya tulisannya..

Persiapan untuk menjadi orang dewasa kot..? Namun di dalam buku ini adalah soal tarbiah dan dakwah..Bukan sekadar Cinta...

Monday, April 6, 2009

Politik Sebahagian diri

POLITIK SEBAHAGIAN DIRI

Politik itu seni.

Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.

Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.

Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.

Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.

Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.

SEKADAR DI PINGGIRAN

Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran
.

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]

Politik dan dakwah bergerak seiringan.

Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.

Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawah circle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.

Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.

Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.

Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.

SEKUNDER KEPARTIAN

Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.

Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.

Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.

Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.

Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.

Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.

Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.

Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.

Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.
Sebahagian Artikel Abu SAIF..Rujuk di sini.

Dapatkan segera !!



Moga sahabat2 dapatkan segera karya Abu Saif ini..Moga dapat manfaatnya..

Wednesday, February 11, 2009

Persoalan suami Isteri..

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

-------------------------
- Sekadar renungan bersama.. Hasil nukilan Ustaz Hasrizal…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 11 Februari 2009
Kota Samarahan

Friday, August 15, 2008

Buku-buku ku bagi bulan Julai dan Ogos

Memandangkan pada semester ini mempunyai subjek yang berkaitan Ulum Hadith dan Ulum Quran.. Ternyata kitab yang ditulus oleh Dr Rosmawati ini amat membantu.. Namun kerana agak ilmiah.. maka bila membacanya hanyalah di "tebuk2" sahaja.. Moga2 saya istiqomah dalam mendalami ilmu ini .

Novel ini dibeli ketika merayau2 di MPH Spring, Kuching.. Sudah lama mengikuti penulisan Zaid Akhtar di dalam blognya.. Dan dia juga ada mengulas buku baru ini yang pada saya penuh dengan nilai dan biah Islam...

Atas saranan Ustaz Hasrizal @ saifulislam.com bahawa ini adalah buku yang perlu dibaca oleh semua remaja, pemuda dan juga orang dewasa.. Tak dapat nak ulas.. belum habis membacanya...

Satu lagi karya Ust Riduan Mohd Nor.. Buku ini merupakan tribut kepada tokoh yang saya kagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Menceritakan perihal kehidupan Tuan Guru.. Sarat dengan maklumat...

Buku ini dibeli ketika merayau2 di MPH juga dan ia juga merupakan karya Ust Riduan Mohd Nor.. Penuh dengan analisis.. Takut membaca?? Pada saya tidak.. Ini hanyalah analisis dan keputusannya sudah diketahui satu negara.. dan hak saya sebagai pengundi dilindungi perlembagaan...

Mudah faham bila membacanya.. Method yang digunakan oleh Dr Mustapha adalah ringkas namun ada kesannya.. Sesuai untuk dibaca dan ia mampu menambahkan kefahaman dan juga CINTA kita kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW...

Salah satu lagi buku akademik milik saya yang ditulis oleh Ustaz Ahmad Mohd Salleh.. Dan buku ini khas untuk PISMP , Pra dan juga KPLI.. Bagi student IPG dalam kursus pengajian Islam mahupun bahasa Arab.. Dapatkan ia.. banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan kuliah, Tutorial dan juga ISL.


Sudah lama melihat buku ini, namun tidak minat untuk membeli.. Cukuplah sekadar sudah melihat filemnya.. namun atas desakan Jim dan G-Man, yang mengatakan bahawa membaca adalah baik daripada melihat filem.. maka atas bantuan sahabat saya Aisyam.. maka saya membelinya.. Moga ada masa untuk menghabiskan bacaan novel ini.. Pengisiannya tak perlu ulas,, sudah tentu semua kita dah tahu...

Sebagai guru yang dilatih untuk menjadi jurulatih BSMM, maka ilmu perubatan dan pertolongan cemas perlulah ada.. masih dalam pembacaan dan juga praktikal.. Harap dapat membantu dalam perkhemahan peringkat zon nanti...
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 15 Ogos

Monday, July 28, 2008

Sekitar Slot Aku Terima Nikahnya oleh Abu Saif


Penyampaian yang bertenaga, berkualiti dan berkesan dari Abu Saif..

Reunion geng2 Izzuddin Shah..membincangkan maslahah Ummat..

Penggerak Muslimin..

Penggerak Muslimat
Kepada yang inginkan rakaman Aku Terima Nikahnya dalam bentuk video boleh dapatkan dari saya. Dalam format MP3 pun turut ada, begitu juga bagi rakaman ceramah Isra dan Mikhraj (hanya MP3 yang ada)..

Wednesday, July 23, 2008

Makluman Aktiviti Pusat Islam

Ceramah Bulanan (Julai 2008)
Penceramah : Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil
Tarikh : 25 Julai 2008
Tempat : Pusat Pengajian Islam, Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Masa : Selepas Solat Maghrib

Biodata Penceramah
Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil, lebih dikenali sebagai Abu Saif, Merupakan pengendali laman atas talian www.saifulislam.com . Popular dengan motonya “Erti Hidup Pada Memberi” serta pengarang buku motivasi kehidupan Best Seller , “Aku Terima Nikahnya”

Pengalaman Belajar
- Sekolah Izuddin Shah, Perak.
- Universiti Mu’tah , Jordan (B.a)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (M.a)

Pengalaman Hidup & Bekerja.
- Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion, Belfast Islamic Centre , Ireland Utara (dibiayai al-Maktoom Foundation ), UAE.
- Penggubal Modul Fitrah Perkasa bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
- Penceramah jemputan ceramah umum, motivasi sekolah, team building agensi kerajaan dan juga sering muncul di RTM 1, rancangan Selamat Pagi Malaysia dalam Slot Islam Hadhari.
- Kini bertugas sebagai Kaunselor Jemputan Institut Jantung Negara (IJN)
:: MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR ::

Sunday, June 29, 2008

Apa Kono ee Jang??? : Kenangan KAGUM 2008

Urusetia yang hanya rajin di depan lensa kamera...
Assalamualaikum Wtb Salam Perjuangan

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafaqkan ke hadrat Allah. Setelah seminggu berkampung di Noghori Adat Pepatih akhirnya pulang juga ke Sarawak. Saya sebenarnya menghadiri KAGUM Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari 22 hingga 27 Jun yang lalu. Kotinjen IPGM kampus Tun Abdul Razak diwakili 50 Peserta, 5 Urusetia, dan 9 Pegawai. Saya bertindak sebagai urusetia di sana. Program ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah BPG dan juga Perasmian Penutupnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran .

Bergambar dengan peserta IPGM kampus Kent, Tuaran, Sabah...
Unit beruniform yang terlibat ialah Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri Kadet (PPK), dan juga Pergerakan Pengakap. Ini adalah antara unit beruniform yang ada di Institut Perguruan sebagai salah satu bentuk persediaan kepada guru pelatih di masa hadapan untuk menjalankan aktiviti Kokurikulum di sekolah yang bakal mereka ditempatkan.

IPTAR ku Gemilang....Khemah yang hanya ala2 kadar..
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Alhamdulillah, sebagaiaman di sekolah menengah, di IPG pun saya dipilih menyertai BSMM, dulunya dikenali PBSM namun selepas penjenamaan semula (rebranding) yang telah dilakukan, namanya ditukar kepada BSMM. Kalau dahulunya baju T-Shirt nya berwarna putih. Sekarang ditambah satu lagi baju iaitu berwarna Merah yang juga boleh dipakai ketika Operasi.

Dari pemerhatian saya BSMM adalah satu organisasi yang bergerak bebas membantu ketika bencana alam. Jarang di dengar unit2 beruniform lain yang menghantar pasukannya ketika membantu bencana alam. Kebanyakkan mereka hanya berkisar kepada latihan untuk pelajar sekolah sahaja. BSMM juga mendidik ahlinya untuk mengetahui cara memberikan bantuan mula jika berlaku kecemasan. Bertindak ala-ala doctor la. Ya la, pernah bercita2 menjadi doctor, namun tak berjaya, jadi ahli penyelamat pun boleh la…..


Dakwah Itu Perlu Hikmah.. Dari kanan Steven, Tan (Cina Baling) dan juga Surria...
Sub Camp 1

Perkhemahan ini melibatkan hampir 1500 peserta. Dibahagikan kepada 5 camp dan bagi BSMM, peserta dibahagikan kepada 5 Sub Camp, IPGM kampus Tun Abdur Razak (Sarawak) berada di Sub Camp 1 bersama2 IPGM Kampus Temenggung Ibrahim (Johor), IPGM Kampus Darul Aman (Kedah), IPGM Kampus Ampuan Afzan (Pahang), dan IPGM Kampus Keningau (Sabah).

Rasanya Sub Camp 1 adalah subcamp yang palin best kerana anggotanya meliputi dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang terdiri dari Zon Utara, Zon Selatan Dan Zon Pantai Timur. Banyak sahabat2 yang diperolehi. Bersama2 dalam banyak perkara dalam mendirikan khemah, bantuan kecemasan dan juga lari ke belakang hutan untuk mandi air terjun (tak dibenarkan oleh urusetia, mana tahan, 6 hari air terjun lalu tepi khemah).


Inilah rakan2 IPGM ku yang turut serta..sebelum membuat persembahan Kemanusiaan..


Sebagai Urusetia

Bagi BSMM, Urusetia dari 27 IPGM telah bergabung untuk membentuk satu jawatankuasa dan saya telah diamanahkan untuk memegang Biro Kerohanian dan Moral. Pembantu saya ialah kak Chik (lupa nama la) Guru pelatih KPLI dari Institut Perguruan Islam (IPIs) Bangi. Tugasnya pakat2 paham la,bab2 solat dan juga tazkirah. Itu tugas rasminya, namun yang tak rasminya banyak sangat2.

Urusetia ni ditadbir oleh saudara Arfino, Guru Pelatih KPLI dari IPGM Kampus Batu Lintang ( Sarawak ) seorang yang sempoi dan suka2 hati bila membuat pengumuman menggunakan dialek Melayu Sarawak yang pekat dan menyebabkan ramai yang terpinga2 tidak paham apa yang diumumkan. Terpaksa la saya translete untuk kesejagatan bersama. Apapun, dalam aktiviti yang separa padat telah memberikan kecerian kepada Camp BSMM


Bersama sahabat lama, Rizal dari IPGM Kampus Gaya, Sabah...
Kerohanian

Sekoyong-koyongnya amatlah tidak berkenan dengan situasi peserta di sana. Begitu tidak memperdulikan soal solat. Saya telah mengambil pelbagai inisiattif seperti membuat pengumuman akan waktu solat, agar ada pelatih untuk hadir ke surau untuk solat berjamaah. Namun tidak begitu dihiraukan. Kalau solat di khemah rasanya boleh diterima, namun didapati ramai yang tidak begitu mengambil berat soal solat. Setiap kali tiba waktu solat, penganjur menyediakan ruang yang cukup, namun masa yang diberi lebih dihabiskan dengan berbual2 , makan dan juga tidur. Wahai sahabat2 ku, bangunlah, kita bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa, pastikan hubungan kita dengan Allah swt sentiasa maintain.
Ghadaffi atau lebih femous di Maahad sebagai Ghadap....
Namun, tahniah juga pada rakan2 yang terus memberikan sokongan dengan hadir aktiviti solat berjamaah dan juga sessi tazkirah pada setiap hari. Banyak juga perkara yang negative berlaku di sini, namun tak perlulah saya ceritakan. Cukuplah dengan saya berazam, andaikata aku jadi guru pada masa kelak, jangan ulangi kemungkaran yang sama. Setiap aktiviti yang dijalankan haruslah ada konsep wiqoyah (pencegahan) di dalamnya.

Jejak Kasih

Program sempena 6 hari ini sebenarnya telah menemukan saya dengan ramai sahabat2. Ada diantaranya hanya dikenali ketika mewakili IPG untuk MTQ dan Syarahan. Dapat kami berjumpa kembali di sini. Sahabat2 Maahad seperti Ghadafi dan Syafiq Md Nor turut saya temui. Hasil daripada bualan kami. Alhamdulillah, mereka masih komited pada perjuangan agama Allah hasil didikan bumi waqafan Maahad Mahmud. Ada juga jumpa orang kampung yang kini menjadi pelatih KPLI dan juga saudara mara yang kini menjadi pensyarah. Setidak2nya dapatlah mengeratkan perhubungan persaudaraan dan juga ukhwah Islamiah antara kami.

Syafiq Md Nor..Rakanku dalam LPTMM
Kenangan Manis

Selain daripada bertugas sebagai urusetia kerohanian, saya banyak menghabiskan masa bertugas di khemah urusetia dan juga di Klinik Bergerak BSMM dari Ibu Pejabat. Disini banya ilmu yang saya dapat. Antaranya saya dilatih untuk mengukur Blood Pressure (BP). Wah, dah macam doctor dah. Namun rasanya sepanjang bertugas di situ, yang paling manis ialah bilamana ada seorang rakan yang cedera namun tidaklah teruk, dan harus dibawa ke hospital Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.
Paramedik celup yang menjadi tumpuan..
Paramedik yang agak gila2 telah mengajak saya untuk menemaninya menghantar peserta dengan menggunakan ambulan BSMM. Namun disebabkan kami kekurangan masa, paramedic yang bernamai Ijai telah memasang siren ambulan. Bayangkanlah, masa perjalanan yang mengambil masa 30minit telah dapat dikurangkan menjadi hanyalah 8 minit. Mana taknya, beselerak habis kereta, trelar dan bas ke tepi jalan memberi laluan. Itu la gamaknya jadi menteri kot ????
Bersama Ajai (tengah), paramedik yang banyak membantu..ni di Nilai 3...

Dua Blogger kembali bertemu…

Dalam perjalanan pulang pada hari Jumaat, kami singgah sebentar di NIlai 3. Almaklumlah, kotinjen kami ni agak ramai perempuan, Nak beli kain baju, yang lelaki hanyalah lepak2 ditepi jalan saja. Manala nak pandai memilih kain. Tak pandai membeli katakan.

Seterusnya bertolak ke KLIA, flight 850 malam. Ketika Chek in berjumpa dengan Ustaz Hasrizal bersama keluarganya, dia ada program di Terengganu. Alhamdulilah, ust hasrizal masih ingat program TOT di kuching dan juga saya yang banyak berbual dengannya ketika di sana.

Ustaz Hasrizal, Ustaz Nik Zul (pensyarahku) dan Ustaz Nazmi..

Aisyam (kanan) bersama Abu Saif dan Ummu Saif sekeluarga...


Jadi dapatlah juga bertemu dengan Ummu Saif, Saiful Islam, Naurah dan juga Imad, Semua sempoi2 ja. Hasil daripada bualan kami, Insy Allah, Bulan ogos ni Ust Hasrizal akan ke Sarawak untuk handle program anjuran pelajar2 perubatan Irlend yang diketuai oleh Azri Bohari (orng Kuching ni). Program tersebut akan dijalankan di sabah dan juga Sarawak. Saya mungkin akan terlibat di Sarawak sahaja atas keterbatasan waktu.

Baiklah, banyak lagi yang nak ditulis, Tapi mcm malas ja… Apapun, musafir kali ni mengandungi pelbagai hikmah tersembunyi. Semakin banyak mengenali sahabat dan juga kawan serta manusia. Moga2 ada natijahnya. Insya Allah.

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 29 Jun

Sunday, June 8, 2008

JANGAN FIKIR BUKAN-BUKAN

Dua Hati Menjadi Satu...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..
- Artikel ini merupakan karya Presiden GAMIS, Ust Dzulkhairi..
- Saya begitu tertarik dengan corak penulisannya dan tujuan saya paparkan di sini tidak lebih sebagai peringatan kepada diri sendiri yang makin hari makin banyak kekurangan dan kesilapan.
- Kepada sahabat2 yang telah menamatkan zaman bujang..Tahniah!! Antum sudah berada di era berbeza namun perjuangan kita masih sama..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Kawan-kawan sebaya saya, sekarang sibuk bercerita tentang kahwin. Mungkin faktor umur, atau menganggur, atau kerana telah menamatkan pengajian yang memaksa mereka semua memikirkan tentang alam rumah tangga.

Kawan saya di Mesir juga menggesa saya berkahwin. Kata beliau, berkahwin awal adalah sunnah. Kebetulan dia sekarang sedang menanti saat menimang cahaya pertama setelah hamper setahun berkahwin. Kawan saya Syed Faiz juga akan berkahwin bulan Ogos. Nasaei sudah berkahwin. Nurul Izza sudah lama. Amiratul Munirah, Thohirah, dan yang paling menarik adalah, 2008 adalah pesta kahwin bagi pimpinan-pimpinan besar Pmium.

Azlan Presiden Parti Mahasiswa Negara juga berkira-kira untuk berkahwin, Syeikg Umar yang merupakan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia yang serumah dengan saya juga sudah lama mengumpulkan wang untuk tujuan yang murni ini. Sahabat-sahabat saya kalangan muslimat juga sudah mula bersedia menerima pinangan siapa sahaja. Pendek kata, siapa cepat, dia yang dapat

Kahwin, kahwin, kahwin. Ada apa dengan kahwin. Adakah untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat, atau ingin melunaskan cinta kepada si dia, atau menuruti sunnah, atau kerana sudah lama menganggur, atau kerana apa? Jika kita bertanya kepada ramai orang, maka banyaklah beza jawapannya.

Saya juga ada jawapan tersendiri selain daripada menuruti sunnah dan menjaga diri, atau selain dipaksa ibu. Saya ingin berkahwin kerana ingin mencapai kesempurnaan. Kesempurnaan beragama, kehidupan, dan sebagainya.
Kata Abu Saif :- Jangan fikirkan keseronokkan di atas pelamin sahaja jika tidak sanggup sentuh lampin anak-anak...
Imam al-Syafei hanya melakukan survey kalangan isteri-isterinya berkenaan dengan kitaran darah haid untuk mengeluarkan kaedah fiqh berkenaan darah tersebut. Aisyah membantu nabi untuk memberikan kepada seorang wanita yang bertanyakan tentang darah haid apabila nabi malu-malu untuk menerangkan secara lebih dalam. Malah Aisyah dan isteri yang lain menjadi juru cakap kepada beberapa perbuatan nabi.

Saya apabila melihat ceramah-ceramah yang disampaikan oleh orang yang sudah berkahwin dengan yang bujang, ternyata ada bezanya. Walaupun mungkin yang bujang lebih berilmu dan pandai menyusun kata, namun masih belum tampak kesempurnaannya. Ingin menyentuh soal ibu bapa, terasa janggal. Ingin menyentuh soal mendidik anak, diri sendiri belum berpunya. Ingin bercakap tentang berbuat baik kepada isteri dan mentaati suami, tidak kena. Ingin menjawab persoalan darah-darah khusus untuk wanita, rasanya tidak tepat. Malah ingin menyampaikan kuliah dan ceramah di hadapan orang yang sudah berumah tangga, terasa kejanggalannya.

Orang yang tidak mempunyai adik-beradik, akan menjadi penyayang tetapi kurang berkemampuan untuk menjadi ketua kerana ia tidak pernah memimpin dalam keluarga. Orang yang hanya adik-beradik lelaki akan kurang bertoleransi dengan perempuan. Orang sebegini jika dilantik menjadi ketua akan menimbulkan banyak sengketa dengan pihak perempuan. Begitu juga sebaliknya. Manakala bagi sesiapa yang memiliki adik-beradik perempuan dan lelaki, maka ia akan memahai dua situasi dan kehendak yang berbeza. Ia akan memahami emosinya perempuan dan rasionalnya lelaki.

Orang yang sudah berkahwin teruji imannya. Apakah ia lebih mengutamakan ‘kekasihnya’ atau gerak kerja Islam. Orang yang sudah berkahwin akan lebih pandai tentang pengurusan hidup, bagaimana mengambil hati keluarga sendiri dan keluarga sebelah suami atau isteri, termasuklah pengurusan mendidik anak-anak kecil.

Abang Nasaei (wartawan Mastika), banyak membimbing saya ketika mengemudi barisan Fasilitator Kem Bina Syaksiah 2007 yang lalu.. Di hujung program kami sempat menghadiri majlis walimah sebelah pengantin perempuan di Jitra..

Mendidik orang muda tidaklah terlalu susah. Namun mendidik anak kecil merupakan satu cabaran buat ibu bapa. Anak-anak kecil lebih mendengar cakap orang lain atau ustaznya berbanding cakap ibu bapa. Anak-anak kecil juga banyak mainnya, dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban akan lahirnya ‘Adi Putra’ kedua melalui nutfah kita.

Saya penceramah sambilan. Saya kadang-kadang berasa cemburu melihat penceramah yang sudah berkahwin. Ada beberapa perkara sensitive yang tidak boleh disebut penceramah bujang semacam saya tetapi boleh disebut oleh penceramah yang sudah berkahwin. Malah yang berkahwin biasanya lebih terjaga maruah dan diri berbanding yang bujang, sehingga membenarkan cahaya ilmu itu mudah meresap masuk ke dalam hati pendengar.

Nasaie kawan saya berkahwin dengan seorang yang bersifat akademik. Akhirnya, beliau menjadi seorang yang cintakan ilmu manakala isterinya terikutkan perangainya yang kuat dan gigih bekerja dalam lapangan dakwah. Maka seadanya saya memperingatkan kepada pembaca sekalian, berkahwin bukan semata-mata untuk menjaga diri, atau meramaikan umat nabi Muhammad, malah berkahwin untuk kesempurnaan dalam hidup, mengambil yang baik daripada isteri atau suami, dicontohi dan diaplikasikan sebaik mungkin.


Syed pula akan berkahwin dengan orang yang baru menamatkan pengajian di negeri Matahari terbit. Tampaknya, beliau sangat kemas dan bergaya, dan sudah semakin terarah.


Sahabatku bakal Doktor, sudah diijabkabulkan, tunggu hari kenduri sahaja lagi...makin berseri wajahnya...

Rasa sangat seronok sebenarnya. Saya tinggal serumah dengan orang-orang yang hebat, bukan sahaja menjadi tumpuan di kampus, malah Malaysia, malah menteri-menteri pun mengenali. Azlan Presiden Pmn, Umar Smm, Hidayat Mpn, Fauzan bakal orang kaya Malaysia, Naim pemimpin gerakan anak pahang dan antara pelajar terbaik um, dan lain-lain. Semuanya anak-anak muda yang berjiwa besar dan punya keinginan membara.

Tetapi Syed bakal membina kehidupan yang baru yang lebih efektif. Tidak lama lagi, yang lain akan menyusul. Seorang demi seorang meninggalkan saya, sedangkan saya masih setia menjadi penulis yang tidak bernama dan ternama.

Ayah-ayah, ibu-ibu, jangan halang anak untuk berkahwin…

Thursday, June 5, 2008

Jelajah 2008 : Ustaz Nazmi di Bendang Man Resort.

Ust Salim..Bagi anak buah dia makan Mee sup berlada di kala dinihari 12 malam...
Assalamualaikum wtb.. Salam Perjuangan..

Alhamdulillah, selepas 2 hari bermusafir di bumi Sik Kedah, pelbagai pengalaman dan sahabat baru telah saya dapat. Ust Salim (guru BADAR MMCP) telah menjemput saya untuk memberi pengisian yang bertajuk “Pengurusan masa” untuk pimpinan Maktab Mahmud Cawangan Pendang (MMCP). Program diadakan di Bendang Man Resort, Sik, Kedah. Dengan ditemani Che Mo dan Nawwar kami pergi sehari lebih awal kerana slot saya pada waktu pagi.. Jadi amatlah dirisaukan jika pergi pada hari yang sama, saya akan lewat di sana. Malam kami tidur di khemah sahaja, di sana juga sempat saya menziarahi pensyarah saya, Ust Shubki yang tinggal di Kampung Sadu (Sik).

Menziarahi Ust Shubki Hussein di rumah mentuanya yang juga setentang dengan rumah ibunya di Sik
Bagi pengisian pula saya menyentuh hanya 3 perkara pokok, pertama sejarah umat Islam dari Zaman Nabi Muhammad saw hinggalah Uthmaniah. Kedua, teori masa seperti artikel sebelum ni dan ketiga pengurusan sikap yang istiqomah akan menghasilkan disiplin masa yang berkualiti, saya selitkan di sana teori Steven Covey mengenai The 7 Habits of Highly Effective People yang di islamkan teorinya oleh Ustaz Hasrizal @ Abu Saif kepada The 7 Akhlaks of Highly Effective Muslims.

Menunggu MC menjemput...

Hari Isnin

6.30ptg Bertolak dari Sungai Daun selepas amik Che Mo dan Nawwar
8.00mlm Sampai di Surau Bendang Man Resort
9.00 Keluar ke Pekan Sik, makan malam, beli ayam panggang
11.00 Berbual dengan guru2 MMCP
1200 Tidur di Khemah yang disediakan


Bersama Peserta menasyidkan Nasyid Tema "Marilah Beramal"

Hari selasa (pagi)

5.00 Bangun-Solat Subuh
6.30 Mengemaskini bahan ceremah dan pembentangan
7.30 Bertolak ke Kampung Sadu, berjumpa dengan Ustaz Shubki
8.30 Bertolak pulang ke Bendang Man Resort.
9.15 Memberi ceramah kepada peserta tentang Pengurusan Masa
11.00 Selesai Ceramah
11.30 Bertolak ke Lata Mengkuang (Air Terjun)-Mandi le
01.00 Makan tengahari di restoran Apollo.
01.30 Bertolak Pulang Ke Aloq Staq


"Pengurusan masa", tajuk yang dibentangkan kepada peserta..

Kita punyalabersemangat, harap adik2 Maahad Pendang pun mcm tu juga...

Generasi Maahad di era berbeza.. dari kiri Shuhaimi, Ustaz Nazmi, Ustaz Syukri, dan Ustaz Nawwar

Hajatku tercapai...Sampai juga di Lata Mengkuang..berguling2 di dalam ayaq..dah tak reti nak berenang..

Depa dua yang mempunyai kemahiran memanjat meninggalkan sahabat mereka di bawah...

Moga2 pengisian yang diberikan di bumi barakah Sik dapat dimanfaatkan bersama.. Agak terkilan tidak sempat menziarahi Tuan Guru Haji Saleh di pondoknya berhampiran Pekan Sik kerana keterbatasan waktu.. Jam 3.00 ptg terus bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk aktiviti seterusnya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin