Showing posts with label Aktiviti PPI IPGMKTAR. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PPI IPGMKTAR. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Jelajah 2010 : Kem Man Ana IPTAR

Setiap kumpulan diberi tajuk berkaitan muda mudi untuk membentang... saya meminta pada adik2 yang jarang dengar mereka bercakap untuk membentang terlebih dahulu...Ternyata..mereka mampu bercakap..
Guru Pelatih muslimat juga tidak ketinggalan....
Baru balik dari Santubong, ini sahaja pakaian yang sempat salin... Sedang mengendali sidang pleno antara peserta...
Sesi Riadhah...
Pengisian 3 : Saya di amanahkan untuk memberi pengisian, tajuk "Kehidupan"
Terima kasih pada MC yang banyak berpantun...
Berselirat wayar...
Peserta muslimat
Bersama Ustaz Shubki Hussain...
Bergambar kenangan bersama peserta Muslimin...

Saturday, November 14, 2009

Jelajah 2009 : Moderator Kem Anak Soleh 2009

Menyampaikan Taklimat kepada Waris mengenai perjalanan Kem Anak Soleh 2009.. Jazakallah atas sokongan...
Suasana pendaftaran masih rancak berlangsung...
Kehadiran peserta dan waris ketika taklimat....
Minum petang beramai-ramai
Mulakan dengan suapan pada member sebelah...
Ustaz Hassan Basri selaku penceramah pertama dengan pengisiaannya yang bertajuk Pelajar Gemilang Muslim Cemerlang....
Makan jangan tak makan...
Begitu tekun adik2 pu3 memberikan perhatian...
Ustaz Hassan Basri Abdullah menerima cenderamata daripada Moderator program.. Timbul kekaguman di diri ini, walaupun mempunyai ilmu yang tinggi..Boleh sahaja Ustaz Hassan memberikan pengisian yang tidak membosankan kepada pelajar sekolah rendah
Bersama Team Disiplin dan Keselamatan Kem Anak Soleh 2009
LDK Muslimat...
LDK Muslimin
Slot Hening Malam bersama Ustaz Nazmi
Slot Qiamullail bersama Ustaz Syahid
Kuliah Subuh bersama Ustaz Fazrull
Kuliah Dinihari...
Riadhah pagi bersama Cikgu Saiful...Dengan Modul Tai-Chi, Bunga dan juga Aktiviti penyeimbang otak...
Saya tidak ketinggalan....
Bunga teratai kata mereka...
Kekuatan Minda daripada Badan Yang Sihat
Bersedia Untuk Slot Seterusnya

Lagi LDK....
Ustaz Abdul Rahman Abidin dengan pengisian "Tanggungjawab diri + membentuk diri = ANAK SOLEH".. Syukran atas kedatangan Ustaz...
Ucapan wakil Urusetia Kem Anak Soleh 2009 ketika majlis penutupan...
Ucapan Pensyarah Penyelaras Program....
Sessi penyerahan peserta kepada ibu bapa dikendalikan oleh Ustaz Nazmi
Kasih sayang adalah KUASA Perubahan
Hadirin yang hadir..
Moga kesedaran ini berkekalan...Bukan momentum sementara.. Tetapi Turning Point selamanya...
Terpaksa melayan waris yang ingin berjumpa...maka makan tengah hari saya dan AJK terpaksa dilewatkan....
-----------------
Anjuran
- Persatuan Pengajian Islam, IPGM Kampus Tun Abdul Razak
Tempat
- Pusat Pengajian Islam, IPGM Kampus Tun Abdul Razak.
Bayaran
- PERCUMA
---------------- - Alhamdlulillah..Program yang dirancang dalam masa yang agak singkat ini berjaya dilaksanakan.. Jazakallah buat teman-teman yang bertungkus lumus membantu melancarkannya.. Tidak dilupakan kepada Ibu bapa yang memberi sokongan, kami hanya sasarkan 80 peserta, namun kita menerima lebih 92 orang peserta (Kem sebelum ni sasar 80, terima 130...-pening juga tu) - Buat adik2 persediaan yang banyak membantu juga diucapkan terima kasih. - Terima Kasih juga pada pihak pentadbiran, Baitumal Negeri Sarawak yang menaja sepenuhnya program ini. - Idea melibatkan waris pada majlis penutup tercetus semasa mesyuarat dan saya dipetanggungjawabkan untuk mengendalikannya... Tabik buat para Mahaguru saya di Kedah yang memberikan Idea bagaimana mengandalikan peserta dan juga waris secara serentak (Kredit Buat Cikgu Zulkifli, Ckgu Sukarno, Cikgu Faridah Akma, Cikgu Akmal Puteri)..Juga pada sifu yang sedang menyambung PHD, Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Kassim..Taklama lagi nak jadi doktor dah... - Moga ada manfaatnya daripada pelaksanaan Kem Anak Soleh 2009 ini.
--------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 November 2009
Kota Samarahan 7.48 pm

Friday, October 16, 2009

Diari 2009 : Majlis Khatam Quran

Antara Peserta Khatam dan juga Urusetia program...
Ketika Usai Tarawikh...
Khatam al-Quran bermula...
Menunggu turn untuk membaca...
Ustaz Salah tekun memimpin peserta Khatam..
Doa Khatam di baca
Mendapat cenderamata Imam/Tazkirah
------------
- Majlis ini diadakan pada penghujung Ramadhan yang lalu di Pusat Pengajian Islam (PPI) Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) Kampus Tun Abdul Razak.

Friday, July 31, 2009

MT PERMAI 2009/2010

MAJLIS TERTINGGI

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM IPGM ZON SARAWAK

PRESIDEN

CHE’ MOHAMAD HAFIFI BIN CHE’ MEE

IPGM KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


TIMBALAN PRESIDEN

ABDUL WAHAB BIN ABDUL HAMID

IPGM KAMPUS BATU LINTANG


SETIAUSAHA AGUNG

MOHD SUFRI BIN YAKUP

IPGM KAMPUS RAJANG SARAWAK


BENDAHARI AGUNG

RUSDI RABI

IPGM KAMPUS SARAWAK MIRI


AJK IKHWAH

MOHAMAD IKHWAN BIN RUDI

ALIFAH BIN MOHAMAD

MOHD NAZMI BIN ABDUL GHANI

RAHMAT BIN ALI

HISYAMUDDIN BIN SUHAILI

AHMAD FAIZ BIN MOHAIYAT

JEFFRY BIN ABU BAKAR

ABDUL AIZAT BIN ABU BAKAR


AJK HELWA

NUR HASYIMAYUN BINTI MONGKIN

SUKMAWATI DEWI BINTI MASDUKI

NURFATYN LIYANA BINTI OMAR

NURUL JANNAH BINTI MAT USUF

Tuesday, October 28, 2008

Makluman : Majlis Bacaan Yassin

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA

BERSEMPENA MUSIM PEPERIKSAAN YANG MENJELANG TIBA. PUSAT PENGAJIAN ISLAM MENGANJURKAN MAJLIS BACAAN YASSIN DAN JUGA SOLAT SUNAT HAJAT PERDANA. SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT WARGA IPTAR DI JEMPUT HADIR.

30 OKTOBER 2008
KHAMIS
BERMULA JAM 6.30 PETANG

Tuesday, October 14, 2008

Makluman : Berpisah seketika

Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan

Saya mengambil peluang ringkas ini untuk memperkatakan beberapa perkara sebagai makluman kepada pengunjung blog “Dakwah Itu Perlu Hikmah” ini. Pertama sekali, terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat yang sentiasa hadir, menatap dan membaca blog saya walaupun kekerapan update dah semakin terbatas. Blog saya ini tidak lebih di dalamnya perihal peribadi saya dan juga ulasan saya sendiri terhadap beberapa isu pada kacamata sendiri.

Kedua, kepada sahabat-sahabat yang ingin memberi komen pada sesuatu artikel, klik lah “comments” di penghujung setiap artikel saya. Dan tinggalkanlah komen anda di situ. Pada saya ini adalah langkah yang terbaik daripada anda meninggalkan komen di shoutbox saya kerana komen yang baru akan menolak komen yang lama ke bawah dan begitu jugalah seterusnya dan akhirnya komen anda akan hilang begitu saja ja..Komen anda akan kekal bersama artikel saya dan kita boleh berbincang di situ…

Ketiga, Bitaufiq Wan Najah pada adindaKu Azimah Abdul Ghani yang menduduki peperiksaan PMR. Moga berjaya dengan jayanya dan mampu menjadi Insan yang cemerlang di dunia dan juga akhirat. Insya Allah.

Yang akhirnya, bermula esok blog ini akan berehat buat seketika. Saya akan berada di PULAKO IPR, Bintangor dari esok 15 Okt hinggalah 18 Oktober. Kemudian pulang semula ke IPTAR. Dan pada 20 Oktober hingga 23 Oktober saya akan berada di IPTAA, Kuala Lipis, Pahang. Doakanlah perjalanan saya selamat pergi dan selamat kembali. Moga kita berjumpa lagi. Jika punya batasan waktu yang mencukupi, saya kira, update pada blog ini akan berlaku. Jika tidak, mungkin selepas 23 Oktober kita akan berjumpa lagi. Salam Jihad.. Salam Perjuangan.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 Oktober 2008

Wednesday, September 24, 2008

Jelajah 2008: Ingatan pada yang susah

Memulakan bicara

"Kenapa kita Perlu berjaya ?? "
Hero-hero belaka ni...

Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan.

Seminggu lebih saja lagi dah nak raya, suasana di IPTAR dah macam raya, walaupun banyak tugasan lagi yang perlu disediakan dan dilangsaikan, mood dalam kepala dah tak dak benda lain. Nak Raya. Nak raya. Itulah yang difikir. Ternyata hari ni hari yang cukup sibuk buat saya, begitu juga hari2 seterusnya, bermula dengan urusan peribadi, confirmkan tiket raya di kaunter Air Asia LTAK , kemudian terus sahaja ke JPJ Sarawak, re new lesen dan juga Road Tax buroqku. Jarak yang agak jauh antara satu tempat ke satu tempat cukup meletihkan, hampir 3 jam baru diselesaikan. Pulang sahaja ke IPTAR, ingat nak tidur, musibah melanda, seorang sahabat kehilangan Laptop. Ya Allah, terus sahaja membantu waden dan ketua asrama chek dari bilik ke bilik. Walaupun dalam pemikiran saya, kalau dah di curi, mustahil akan jumpa. Ya lah, takkan dia nak tinggalkan di asrama, andainya pencuri orang dalam. Kepada sahabatku, bersabarlah dlm ujian ini.

Kemudian terus sahaja berbincang dgn alifah mengenai majlis khatam al-Quran yang akan diadakan pada hari esok serta teknikal dan VIP yang akan hadir. Selesai lagi satu bab. Petangnya terus sahaja ke Pusat Islam, uruskan Ifthor, kebetulan minggu ni saya di pertanggungjawabkan oleh KJ JAPIM untuk uruskan dgn caterer, sekalipun batch SMP 07 tidak bertugas, tetapi turun awal untuk memastikan apa yang ditempah sampai, serta kualitinya dan yang paling penting agihannya cukup untuk semua yang akan datang berbuka.

Selepas berbuka rehatkan diri di sambung dengan tarawikh dan tadarus al-Quran. Malam ni dah berjanji dengan adik-adik usrah. Final. Kami nak habiskan juzu 30 dan berjaya pada malam ni. Syukran pada antum, dalam perkiraan abg nazmi, hampir 7 malam abg nazmi tak bertadarus bersama antum, kerana terlibat dengan komitmen dakwah di luar kampus. Namun antum tetap teruskan juga. Tahniah. Esok kita akan khatam bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan lain.

Ramadhan yang sedang dilalui ini bakal pergi. Namun, beberapa target saya ada yang dicapai dan ada juga yang taak tercapai. Masih ada masa untuk capaikan ia. Buat sahabat2, zakat fitrah dah bayar ke belum?? Jangan lambat, ada amil bertugas di Pusat Islam kita. Maka bayarlah segera.

Bagaimana suasana kita di sini?

Antara adik2 Muslimat

Tiga orang nilah yang cukup cergas..
Zakat itu akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga fakir miskin serta bagi mereka yang layak. Masih segar dalam minda saya, saya telah diminta untuk menyampaikan motivasi kepada anak-anak yatik bahagian kuching yang terpilih yang mana mereka akan menduduki UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini. Saya menerima tugas tersebut dengan penuh keberatan, kerana pada saya mereka cukup istimewa. Insan terpilih, insan yang kuat, insan yang hebat.

Berbekalkan modul “Kenapa kita perlu berjaya?”, saya memulakan ucapan untuk merungkaikan beberapa perkara pada adik2 saya tersebut. Soal aqidah, tanggungjawab pada Allah, serta keberjayaan kita di dunia dan akhirat adalah milik semua orang. Jika ada yang perasan, kita bercakap saya melemparkan pandangan jauh ke belakang, sukar untuk saya melihat wajah mulus mereka. Beberapa kali bergenang air mata, slot satu jam setengah menjadi begitu panjang untuk di habiskan. Ya. Cukup sukar buat saya, saya tidak diuji seperti mereka, tetapi bercakap seolah pandai dari mereka.

Ternyata adik2 ini cukup memberikan tumpuan, Dan sesekali diganggu teletah si kecil yang baru berumur 6 tahun terkedek-kedek ke hulu ke hilir, saya berusaha menanamkan pada mereka keyakinan pada Allah beserta tanggungjawab sebagai muslim. Bila mana menyentuh hal ibu bapa, beberapa kali ucapan saya terhenti…Sukar..

Namun ini pengalaman baru buat diri saya. Syukran pada pihak yang menjemput. Syukur juga pada Allah, memberikan pengalaman hidup yang baru buat saya. Berada dalam bidang baru dan suasana baru. Bila melihat semangat mereka. Semakin kukuh keyakinan saya, tidak ada sebab berasa jemu dan ingin berundur dari bidang ini…Buat adik2.. Ustaz doakan berjaya dalam UPSR, PMR dan juga SPM.. Kenapa kita perlu berjaya?? Sebab kita perlu berjaya!

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 23 September

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin