Dengan ini saya menjemput semua kenalan utk menghadiri Majlis PErnikahan saya (Hafiz & Nabilah) pada 31 Mei 2009 di 103, Taman RIA, Jalan Inai, Sbrg Perak, Aloq Setar(Nabilah & pada 7 Jun 2009 di 15/3 Taman Bersatu BEdong, Sg Petani, Kedah (Hafiz). Semua dijemput hadir. Sampaikan pada kawan yang lain." Jika aku takut untuk berjuang, apalah nilai aku di sisi Allah " " Maka dengan tekad yang tinggi, akanku gugar apa jua halangan di depanku "
Monday, May 18, 2009
Walimah
Dengan ini saya menjemput semua kenalan utk menghadiri Majlis PErnikahan saya (Hafiz & Nabilah) pada 31 Mei 2009 di 103, Taman RIA, Jalan Inai, Sbrg Perak, Aloq Setar(Nabilah & pada 7 Jun 2009 di 15/3 Taman Bersatu BEdong, Sg Petani, Kedah (Hafiz). Semua dijemput hadir. Sampaikan pada kawan yang lain.Monday, December 15, 2008
Makluman : Jemputan Walimah
---------
“Salam, saya Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail @ Pak Su , berbesar hati menjemput saudara-saudari ke Majlis Walimatul Urus saya pada hari ISNIN-26/01/2009 (Raya Cina Pertama) di no.31, Batu 3 ¼ , Belakang Masjid Telok Cengai, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar , Kedah. Pada yang inginkan kad jemputan boleh mesejkan kepada saya(pak su), saya juga mewakilkan anda untuk sebarkan info ini sahabat2 kita yang lain. Terima Kasih”
----------
Nazimi Zaim @ Pak Su adalah senior saya di Maahad walaupun nama kami hampir sama (walimah ini bukan walimah saya ye). Ketika di Maahad merupakan Ketua Pengawas LPTT Maahad pada era kepimpinan tahun 2000. Meneruskan pengajiannya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Sekarang merupakan pensyarah di Politeknik Kulim. Sentiasa menjadi rujukan saya, sobri dan sahabat2 lain ketika kami berada di Maahad dalam soal urus tadbir pengawas dan juga dakwah serta tarbiah.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 15 Disember 2008
Saturday, October 25, 2008
Friday, October 24, 2008
Makluman : Walimah Kak Faridha
pada 25 Oktober 2008 (sabtu)
349 f, Kampung Kemumbong, Sidam Kiri,
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman.
“Di jemput hadir seisi keluarga”
---------------------------------------
- Maaf la Kak Faridha.. Saya tak dapat hadir..dah berada di Sarawak semula.. Kak Faridha merupakan exmaahadian SPM 2000 (kelas sains) .. Seorang pimpinan pelajar ketika di Maahad .. Sambung belajar di UPM, Serdang juga dalam bidang sains.. Sekarang merupakan tenaga pendidik di Maktab Mahmud Cawangan Langkawi.. Saya mula mengenalinya ketika bertugas sebagai Ketua Fasilitator Kem Bina Shaksiah 4 (KBS 4) yang lalu, Kak Faridha bertugas sebagai Timbalan Kem Komandan yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusan peserta muslimat. Seorang yang lembut namun ada ketegasannya.. Amat bertanggungjawab.. Didoakan bahagia dunia dan akhirat.. Dah beroleh penyambung zuriat yang soleh dan soleheh.. Insya Allah..
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 24 Oktober 2008
Thursday, October 9, 2008
Makluman : Walimah Faisal Hamdi Bin Yop

Walimatul Urus..
Assalamualaikum..w.b.t
Bersemi kasih, cinta dan sayang, sekuntum bunga mekar dihati, kami mengundang selamat datang, semoga majlis diberkati Ilahi,
Salam di hulur tanda mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/encik/cik
Seisi keluarga menyerikan malis perkahwinan kami
Faliyana binti Muda
dengan pasangan
Ahmad Faisal Hamdi bin Yop
Kenduri rumah pengantin perempuan:
SABTU,04 OKTOBER 2008 Bersamaan 04 SYAWAL 1429 Hijrah.
Di kediaman: 228,Block 3, Peringkat 3, Felda Neram 2, Bandar Ceneh Baru,24000 Kemaman Terengganu.
Kenduri rumah pengantin lelaki:
SABTU,25 OKTOBER 2008 Bersamaan 25 SYAWAL 1429 Hijrah.
Di kediaman: 2915-G, Taman Uda, Jalan Sultanah, 05350 Alor Star, Kedah Darul Aman.
Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah s.w.t…
Terima Kasih
*mohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan kerana tidak sempat mengirimkan kad jemputan kerana kesuntukan masa dan tak ada alamat korang..hope sudilah luangkan masa tuk hadirkan di kenduri tu..
------------------------------------------
** Ini merupakan mesej asal yang dihantarkan Faisal kepada saya.. Mabruk!!
Wednesday, August 13, 2008
Walimah Faisal Hamdi : Sahabatku di Maahad yang berhati waja bersemangat jihad
Faisal ketika melawat negeri China...
Dihadapan stadium olimpik sarang burung negara China
Menyarung Cincin PerkahwinanTanpa disedari... Sahabatku Faisal Hamdi telah pun menubuhkan Baitul Muslimnya dengan Faliyana binti Muda pada 28 Julai 2008.. Makin bertambah exMaahadian generasi SPM 2004 mendirikan rumah tangga.. Tahniah dan Mabruk diucapkan.. Faisal yang saya kenali seorang pemuda yang berhati waja.. Cukup sensitif serta peka pada perkembangan mujahidin di Chehnya dan juga Palestine.. Hatinya penuh dengan semangat jihad untuk Islam.. Gaya cakapnya yang kalut2 kadang2 membuatkan kami sahabat2nya kerapkali tertawa.. Namun jarang sekali Faisal meninggikan suaranya.. Itu kelebihannya..
Secara peribadi, agak rapat bilamana kami bersama2 tuisyen Asmi.. Selalu menunggang motor sekali.. dan kerap juga ke rumahnya bertemu ayah dan ibunya di Taman Uda.. Namun agak kurang sekarang bilamana saya berada di kota Samarahan.. Hnya raya dan hujung tahun sahaja berkesempatan.. Faisal akad nikah terlebih dahulu.. Kendurinya kemudian hari akan dimaklumkan.. Tahniah kerana telah membuktikan bahawa Islam mempunyai jalan yang halal.....
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 Ogos
Tuesday, July 29, 2008
Mabruk Buat Ukht Fatimah Syarha..
Sunday, June 15, 2008
Walimah Khairul Fikri..
Alhamdulillah, Tahniah, Mabruk. Diucapkan kepada sahabat ku Khairul Fikri bin Sebri dan juga pasangannya Nurul Husna bin Mat Lazim atas janji yang telah mereka merterai untuk membina baitul Muslim beberapa hari yang lalu. Saya berkesempatan untuk hadir di walimah sebelah lelaki, namun tidak pergi di sebelah muslimat yang agak jauh .
Latar Belakang.
Sudah dimaklumi bersama, pasangan soleh dan solehah ini merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Fikri merupakan pelajar 5 Sc 3 berasal dari Sungai Petani manakala Husna berasal dari Baling adalah pelajar 5 Sc 1 (Kalau tidak silap, mungkin terbalik). Selepas itu menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru. Hafaz 30 Juzuk al-Quran kemudian sambung dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Hebat, dihadapan nama mereka tertera Doktor Perubatan, manakala di belakang nama pula tertera hafiz dan Hafizah.
Nazmi, Abang Hafiz (berkopiah putih), dan Akmal Solihi (baju merah) bersama pasangan Khairul Fikri dan Husna... Reunion.
Walimah kali ini umpama Reunion bagi warga Maahad tanpa mengira generasi. Dengan berteman beberapa orang pimpinan Maahad (masih adik2), kami di sambut oleh adik saudara Fikri, Ihsan yang juga menghafaz al-Quran di Darul Quran JAKIM. Saya terlihat satu wajah yang cukup saya kenal. Ya Allah, cikgu Saad. Cikgu Geografiku yang sudah pencen. Terus pergi berjumpa dengan cikgu dan bertanya khabar.
Rasanya generasi yang paling ua yang saya jumpa ialah DJ yang bertugas iaitu Abg Hafiz Baderuzzaman, bakal Peguam dan juga org Kuat Maaruf Club UIA, Akmal solihi, Aiman Sayuti, pasangan kembar Doktor Iman dan Aiman, Ikmal, Aufa, Akh Ashraf Tajuddin, manakala di batch saya pula hanyalah saya dan Taufiq kelihatan, adik2 yang sudah ex Maahad pula diketuai Sarkawi Salleh, hafizul Amin, geng2 Sofwah dan Islam serta DQ Ittihad. Ramai lagi yang hadir, ada yang saya tak ingat nama serta yang agak kurang dikenali.
Walastu Bikhairrikum…
Seingat saya sudah sekian lama akh Fikri pernah bercerita kepada saya pengalamannya ketika hadir satu walimah anak kepada seorang Ulama terkenal. Apabila pengantin sampai, sebelum makan beradap, seorang ulama yang lain telah memberi tazkirahnya kepada hadirin. Itulah impiannya pada majlis walimahnya (masa tu saya rasa 2 tahun sudah)
Bekas YDP PIBG Maahad adalah yang bertanggungjawabkan menyampai tazkirah pada hari tersebut. Namun rombongan pegantin dari baling yang juga berkenduri hari yang sama agak lewat tiba. Ini kerana mereka berkonvoi terlalu ramai, maka ramailah yang tertinggal dan perlu kerap berhenti untuk tunggu yang lain. Maka HJ Tahir terpaksa pulang awal kerana ada urusan lain. Jam dan hampir 4.30 ketika itu.
“Abg Nazmi, abg nak nta bagi tazkirah sebelum pengantin makan”
“Ana tak mau la, ana bukan kawin pun lagi ”, seloroh saya
“Tak boleh. lewat dah ni”
Saya lihat abg hafiz dan juga Akmal solihi. Keduanya berundur.
“Nta la Nazmi, cakap ja”, Akmal solihi bagi semangat.
Ya Allah, mcmana ni. Hati berbelah bahagi. Apa yang nak dicakap, layakkah saya??? Tambahan lagi bila mana melihat mantan Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Maahad, Akh Ashraf Tajuddin turut berada di situ. Berlaku tolak menolak antara kami dan juga abg Hafiz. Akhirnya saya juga yang kena. Akhirnya, tak pa lah. Terima itu sebagai amanah dan juga peluang dakwah, walaupun diri kita tidaklah yang terbaik, namun peluang dakwah adalah peluang dakwah.
Pilihlah jalan yang halal...
Pilih Yang Halal
“Nta bagi tazkirah, janganlah dituju sangat pada pengantin. Tetapi pada hadirin yang hadir, agar turut mencontohi jalan yang dirintis oleh sahabat kita ni,” Celah Akmal Solihi memberi ide. Syukran, dalam keadaan singkat, dah rangka beberapa perkara yang hendak disebut dalam tazkirah ringkas tersebut.
Saya memulakan ucapan dengan pujian pada Allah serta mengucapkan tahniah kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Saya mengajak hadirin supaya melihat perkahwinan adalah satu sunnah yang harus dilaksanakan dan dipandang positif.
Islam turun dengan pelbagai peraturan serta perlembagaan yang harus ummatnya laksanakan serta patuhi. Ternyata segala peraturan serta hukum itu mempunyai nilai2 positif serta bersesuaian dengan kehidupan manusia buat sepanjang zaman. Bahkan, gejala social yang melanda remaja yang menyebabkan runtuhnya nilai agama dalam diri adalah kerana mereka tidak faham pada agama, tidak faham pada peraturan agama serta tidak melihat hikmah kenapa Islam menghalalkan satu perkara namun dalam masa yang sama ada sekatan serta halangan dalam hal2 yang lain.
Maka saya mengajak hadirin yang ada, terutamanya golongan remaja serta pemuda pemudi muslimin muslimat agar memilih cara yang halal. Nah! Islam sudah menunjukkan jalannya, ada halalnya, ada ibrahnya, ada positifnya serta ada hikmahnya. Bagi yang berkemampuan. Persiapkan diri, bersedia dengan ilmu agama yang istiqomah serta thabat dalam perjuangan, maka dirikanlah baitul Muslim, ini adalah titik permulaan yang baik ke arah melahirkan generasi Muslim Mukmin Muttaqin yang akan mendokong perjuangan agama Allah pada masa hadapan.
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah pada Ibu dan Ayah kedua2 belah pihak kerana memberi dorongan serta semangat pada anak mereka untuk memilih jalan yang halal. Tindakan ini lebih mulia daripada kita menghalang tindakan murni ini dengan halangan serta alasan yang tidak bersesuaian. Seolah2 kita biarkan, kita benarkan anak kita berada dalam keadaan zina dari menunjukkanya jalan yang halal.
Tahniah!!
Alhamdulillah, itu yang pada fikiran saya antara perkara yang saya rasa hadirin perlu ambil berat. Sebagaimana artikel Ustaz Dzulkhairi yang saya masukkan dalam beberapa entri yang lalu. Agak sukar serta berat untuk kita bercakap serta menyampaikan tazkirah perkara yang belum kita lalui. Moga Allah permudahkan gerak kerja dakwah kita serta menyempurnakan kehidupan kita. Saya tutup ucapan saya dengan membaca doa dan diaminkan oleh hadirin.
- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 Jun
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saturday, June 14, 2008
Walimah Sepupuku...
Saturday, June 7, 2008
Monday, May 26, 2008
Walimatul Urus
Monday, May 12, 2008
Jemputan Walimah...

Assalamualaikum...
Kepada yang kenai Kerul Fikri(ex Maahad) sahabat kita ni jemputla datang kenduri beliau pada 14 Jun ni di rumahnya. Bakal zaujahnya Nurul Hayati Husna(gambaq atas).. tapi tak tau ya mana..
Alhamdullillah.. Satu keputusan yang bijak dari sahabatku ini.. Tak bnyak pengalaman masa sekolah. Tapi bila dah pelajar ni, baru ada pglaman. Masih teringat sama2 g rumah abg wan Pie di Yan untuk bncang beberapa perkara penting hal2 dakwah.. Ketika aku berceramah di Maahad Yan (Tamrin Maahadi).. Pernah datang teman dan sama2 tidur di rumah warden (Ust Fadli Antani).. Jarang bincang Hal lagho dgn dia.. Juga dia komen ceramah aku mlm tu.Kira refleksi la..
Apapun.. Didoakan, walimah ini mampu meningkatkan taqwa pada Rabb dan membibitkan kebahagiaan dalam hidup. Ikhlas untuk Dr. Khairul Fikri(Doktor ni beb) dan pasangannya..
_-----------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah catatan seniorku abg hamdan....
Sedikit sebanyak mengenai Khairul FIkri,yang aku kenali..:p
-Orang panggil k-rul atau fikri atau kri atau nama samaran ala2 comel-tapai :p- seorang yang berdedikasi,berkepimpinan tinggi dalam-,pengawas,badan dakwah,kelab kebudayaan,asrama,exco pengakap,dan mcm2 kelab yang beliau telah sumbangkan sebelum ni..-jugak salah seorang pendayung perahu panjang Ma'ahad Mahmud---[tp dia brenti sebelum bertanding,sebab takut hitam,kene panas+ training memang stok2 bg hitam legam ar :P-seorang yang kelakar,dan humor2 ala2 raja lawak-ada moto kriss-ada moto besor,TZM,tapi dia dah pi jual kt org lain,hampeh tul.-penah eksiden naik keta,masa dengan afiq,on d way balik ke sg.petani.-seorg yang rajin study jugak,skorer,dak kelas sains lagik.-skor dalam PMR and SPM.-dia selalu panggil aku pak haji,even aku tk pi haji lagipun :p-sekwn baik jugak dengan akmal yokis, hazwan tikus,Naim Teloi,n Os.-Sama2 ngn dia pi amik KING SCOUT award dr Sultan Kedah,2003-Istana Anak Bukit-Kedah-Suka adventure,masuk hutan,naik gunung jerai,dan jugak expert pi cari buluh.Kebnyakan buluh2 di area2 simpang kuala ngn alor star tu,dia le kepala penebang.:P-Pernah main bola sama2 ngn aku,masa sukan sekolah form 3.Satu team dlm team "kuning",sama2 ngn hazwan tikus.Naib Johan.haha..-Suka sgt basuh baju.-Org yang jaga solah.-Time dia serius,kadang2 boleh jadi lawak.-Rumah dia 2 tingkat,kt sg jagung.-kalo diam sehari tu,bukan fikri la tuh.haha.. atau disini
------------------------------------------------------------------------------------------------
Email dari Dr Fikri..
Assalam
Semoga surat elektronik ini menemui sahabat2sekalian dalam keadaan sihat.
Setelah mengamati keadaan negara Malaysia yang telah agak stabil, lebih2 lagi dengan terdirimya Kerajaan Islam Kedah..
Maka ana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan Walimatul Urus ana,Alfaqir ilaLLAH Khairul Fikri dengan Nurul Hayati Husna pada14 jun 2008 di sungai petani, kedah (lelaki) dan baling, kedah (perempuan) Walimah di rumah kedua2 belah pihak akan diadakan pada hari yang sama, jadi insya Allah kami akan berada di rumah perempuan dari selepas zohor sehingga dalam pukul 3 petang, kemudian akan bergerak ke rumah lelaki selepas itu ( jarak dalam 60km).
Semua sahabat2 dijemput hadir. kalau boleh maklumkan kepada ana fikri 01340xxxx atau husna 019520xxxx bagi memudahkan pengurusan, p/s-takut tersesat ka, nak sediakan tempat bermalam ka..
di sini ana sertakan bersama plan ke rumah kami, dan kad jemputan
Pesanan kepada muslimin:-
Jangan dok main2 dah, kumpul duit dari skrang!! :)Pesanan kepada semua
bagi yang sudah ada pasangan, Jangan 'couple' lama2, dalam islam xdak hubungan lelaki dan perempuan ajnabi yang sah melainkan nikah.
Wassalam.
Alfaqir ila LLAH,
Khairul Fikri Sebri
Nurul Hayati Husna Mat Lazim
















