Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Baitul Muslim..Mabruk Buat Semua

Senior di Maahad...Mahasiswa Perubatan Urdan..(Jordan le tu)...Mohamad al-Atiq..kalau yang kenal pasti bersetuju..al-atiq mempunyai gerak langkah yang pantas bila berjalan..
Ustaz Os @ Firdaus.. Pimpinan pengakap di Maktab Mahmud dulu..Sekarang sudah melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya di Universiti al-Azhar Mesir.. Seorang yang peramah dan mudah tersenyum....
Tahniah juga buat Husni dan pasangannya...Husni ni teman seguru pelatih dengan saya di sini..Tapi dah posting dulu...
Tahniah juga buat teman saya, Sabren...Graduan UUM yang berasal daripada Tawau, Sabah...
Akhirnya, mabruk juga buat seorang lagi pimpinan Pengakap kumpulan 23 Maktab Mahmud..Akhi Hazwan..

Thursday, December 17, 2009

Tuesday, December 8, 2009

Baitul Muslim : Mabruk buat Antum

Ni nak kata baru pun tak baru juga...tapi tak sempat hadir hari tu..Tahniah buat Aisyah dan pasangannya..Ore Kelate tu...Ustazah Aisyah ni rakan sekelas saya di 4,5 dan 6 Sukses (masa sek. Rendah) di Sekolah Kebangsaan Tebengau dulu.. Alhamdulilah..ada 'orang baru' nanti kena maklumkanlah...
Akmal Solihi merupakan antara figura yang terkenal di Maahad dulu, seorang yang aktif dalam Lembaga Pengawas dan tatatertib, Badan Dakwah, Skuad Harimau Kumbang (Perahu & Bola Sepak) dan lain-lain
Moga Bahagia..
Akad Nikah di Masjid Putra, Putra jaya
sampai juga serunya...
Tahniah juga buat pimpinan Mahasiswa ini...cukup terkenal dengan tazkirahnya yang menusuk jiwa...rasanya semua kenal dengan Ustaz Dzulkhairi (Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-GAMIS)
-------------------------
- Pinjam kata-kata Ustaz Saiful- Bila dah kahwin ni..hilang semua masalah yang dekatkan kita dengan zina....Tajam tu..renung-renungkan dan selamat beramal...

----------------------
::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 8 Disember 2009
Teluk Bagan

Walimatul Urus- Hazwan MMAS


WALIMATULURUS HAZWAN & LAILY TARIKH NIKAH : 1 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 18 DISEMBER 2009 TARIKH KENDURI (P) : 1 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 18 DISEMBER 2009 TARIKH KENDURI (L) : 23 MUHARRAM 1431 HIJRAH BERSAMAAN 9 JANUARI 2010 JEMPUT DATANG SEMUA... TERIMA KASIH DAUN KELADI...

Tuesday, November 24, 2009

Makluman : Sheikh Bakaq Awang Meninggal

ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.

Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.

Malaysia Darul JUDI..Tahniah BN


Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119

Monday, November 23, 2009

Alza ka MyVi ka..Exora ka???





Keluaran Terbaru Perodua...Sapa yang nak anak banyak tu..kenalah usha-usha jugak kereta ni...
(Dalam hati berkenan juga...)

Tuesday, November 17, 2009

Engkau dah di sana..Aku masih di sini


Wahai Sahabatku..Terasa kita bagaikan baru berkenalan..Ya.. Berkenalan, dari jauh kau datang ke bumi Kenyalang..aku masih ingat, akulah yang menyambut mu serta kalian yang lain di Lapangan Terbang Kuching, menjadi warga IPTAR... Sungguh..sungguh nostalgia persahabatan kita.....HINGGALAH..kau terpaksa berpisah sementara dengan kami di sini..Aku masih ingat..tika kau mengemas barang..lalu ku sapa mu...kita berbual ringkas...dan itulah perbualan kita yang terakhir buat selama-lamanya..Paling penting, kau sentuh soal kematian.. sebagai renungan buat kita bersama...

Kini...Kau sudah di sana...di sana..negeri yang kekal abadi..Tentunya engkau sudah menyaksikan kebenaran kata-kata Tuhanmu...Namun bagaimana aku yang masih di sini>????? Giliran ku bila lagi?? Persediaanku pula bagaimana.. Ya Allah..Ku doakan yang terbaik buat sahabatku ini Ya Allah...

------------------
- Najwa merupakan Guru Pelatih di Institut Perguruan Tun Abdul Razak opsyen Sains Sarjana Muda dengan Deakin University, Australia... Setelah disahkan mengidap kanser, ditukarkan pengajian ke Institut Perguruan Tuanku Bainun, Seorang yang ceria dan tabah... Kembali bertemu penciptanya pada tanggal 15 November 2009 di Hospital USM Kubang Kerian..
- Dari Allah kita datang...Kepada Allah kita kembali..

Al-Fatihah
-----------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 November 2009
Kota Samarahan 0053 a.m

Tuesday, November 3, 2009

Jadual Exam Semester 6

12 November 2009 – Khamis – 8.30-11.00 pagi

PIM 3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

17 November 2009 – Selasa – 2.30-5.00 petang

PIM 3112 PENGAJIAN AQIDAH

19 November 2009 – Khamis – 2.30 – 5.00 petang

PQE 3104 HAFAZAN AL-QURAN

----------------------------

- Pada sahabat-sahabat…doakan kemudahan saya menghadapi peperiksaan.. Dan mendapat ilmu yang bermanfaat

Wednesday, October 7, 2009

Makluman " Cara nak masuk Maktab Mahmud




KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2010 KE MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH

1. SYARAT - SYARAT MENGAMBIL BORANG

( menggunakan keputusan peperiksaan percubaan UPSR 2009)
1.1 Warganegara Malaysia & dilahirkan tahun 1997
1.2 Syarat pengambilan borang sekurang-kurangnya LULUS 34 mata. Perkiraan mata seperti berikut : A= 10 mata,B= 8 mata, C= 6 mata & D= 4 mata.

2. PENJUALAN BORANG BERMULA PADA 27.9.2009 HINGGA 15.10.2009
2.1 Setiap borang permohonan dikenakan bayaran RM8.00 tunai.
2.2 Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Maktab Mahmud.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN & PENYERAHAN BORANG IALAH PADA 15.10.2009
3.1 Borang hendaklah diserah dimana borang tersebut dibeli

4. KEPUTUSAN LAYAK @ GAGAL AKAN DIUMUMKAN PADA 16 DISEMBER 2009 DI MANA MAKTAB MAHMUD PELAJAR MENDUDUKI PEPERIKSAAN BERTULIS
-----------
- Saja masukkan gambar di zaman muda

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya


Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri , Maaf Zahir Batin diucapkan pada semua sahabat-sahabat dan juga pengunjung Blog Dakwah Itu Perlu Hikmah...

Saturday, September 12, 2009

Bogel??


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan..

Saya ditanya baru-baru ini dengan soalan yang amat memeningkan saya. Walaupun jawapan dah tahu. Tapi bila membabitkan soal hokum. Maka peninglah saya di situ. Lantas terus menghubungi beberapa ustaz dan sahabat untuk bertanyakan pendapat mereka.
-------------------
Soalan
Ustaz, Apa hukum kalau kita berwudhu’ dalam keadaan bogel? (sudah tentu nak jawapannya wajib atau makruh atau sunat)
------------------

Jawapan

Ramai yang bersetuju hukumnya “Makruh” tanpa membahaskan perkara tersebut lebih panjang.
- Ustaz Mustapha Kamal (Pensyarah IPTeknik, KL, Pelajar PHD UM)
- Ustaz Fauzi Tahir (Pensyarah Kolej Universiti Insaniah,KUIN)
- Ustaz Nasruddin Hassan al-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

Sah Wudhu’nya tetapi Hukum berbogel adalah Makruh
- Ustaz Ahmad Yahya (Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah)
- Ustaz Zaini Hassan (Pendidik Maktab Mahmud Cawangan Baling)
- Sheikh Yusoff Hj Ahmad (Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah Mesir)
- Ustaz Che Mohamad Syakimi (Pendidik JQAF, Kuching)
- Ustaz Afnan Faiz (Guru GPI, Sek Men Teknik Kuching)

Makruh..Hukum asal bagi berbogel sendirian adalah makruh samada dalam bilik atau tandas.. tidak menjejaskan wudhu’ yang diambil
-Ustaz Rasydan Abdul Rahman (Mahasiswa Universiti Al-Azhar Mesir)

Wudhu’nya sah dengan syarat ketika dan selepas wudhuk tidak sentuh kemaluannya. Perbuatan bogel adalah makruh kerana dianggap tiada adab.
-Ustaz Abdul Rahman Abidin (Pendidik SMKA Matang, Kuching)

Sah wudhu’. Tetapi Imam al-Ghazali kata itu suatu yang mungkar.
-Dato Sheikh Fadzil Hj Awang (Pendakwah, Mantan PK HEM Maktab Mahmud Induk)

Berwudhu’ atau mandi bogel, di tempat tertutup adalah harus dalam fiqh.
- Ustaz Hassan Basri (Pendidik Sek Teknik Sejingkat, Kuching)

Wudhuk ketika berbogel adalah Sah, Cuma adab ketika berwudhu’ elok di jaga. Dicadangkan sekalipun mandi berbogel semasa berwudhu’ kena pakai tuala.
- Ustaz Syukri (Guru GPI, SMAP Kajang)

----------------------
- Maka sama-samalah kita amalkan pada kadar yang kita mampu. Walaupun berbogel ketika wudhu itu sah dan tidak membatalkan wudhu’, namun perbuatan menutup aurat itu lebih mulia dan beradab. Kenapa kita tidak memilih yang lebih baik dan mulia. Harap penjelasan ini memuaskan hati yang bertanya dan semakin yakin dalam beribadah. Syukran Jazilan pada ilmuan-ilmuan yang sudi menjawab.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 12 September 2009
Kota Samarahan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin