Showing posts with label Ustaz Shubki Hussein. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Shubki Hussein. Show all posts

Thursday, June 5, 2008

Jelajah 2008 : Ustaz Nazmi di Bendang Man Resort.

Ust Salim..Bagi anak buah dia makan Mee sup berlada di kala dinihari 12 malam...
Assalamualaikum wtb.. Salam Perjuangan..

Alhamdulillah, selepas 2 hari bermusafir di bumi Sik Kedah, pelbagai pengalaman dan sahabat baru telah saya dapat. Ust Salim (guru BADAR MMCP) telah menjemput saya untuk memberi pengisian yang bertajuk “Pengurusan masa” untuk pimpinan Maktab Mahmud Cawangan Pendang (MMCP). Program diadakan di Bendang Man Resort, Sik, Kedah. Dengan ditemani Che Mo dan Nawwar kami pergi sehari lebih awal kerana slot saya pada waktu pagi.. Jadi amatlah dirisaukan jika pergi pada hari yang sama, saya akan lewat di sana. Malam kami tidur di khemah sahaja, di sana juga sempat saya menziarahi pensyarah saya, Ust Shubki yang tinggal di Kampung Sadu (Sik).

Menziarahi Ust Shubki Hussein di rumah mentuanya yang juga setentang dengan rumah ibunya di Sik
Bagi pengisian pula saya menyentuh hanya 3 perkara pokok, pertama sejarah umat Islam dari Zaman Nabi Muhammad saw hinggalah Uthmaniah. Kedua, teori masa seperti artikel sebelum ni dan ketiga pengurusan sikap yang istiqomah akan menghasilkan disiplin masa yang berkualiti, saya selitkan di sana teori Steven Covey mengenai The 7 Habits of Highly Effective People yang di islamkan teorinya oleh Ustaz Hasrizal @ Abu Saif kepada The 7 Akhlaks of Highly Effective Muslims.

Menunggu MC menjemput...

Hari Isnin

6.30ptg Bertolak dari Sungai Daun selepas amik Che Mo dan Nawwar
8.00mlm Sampai di Surau Bendang Man Resort
9.00 Keluar ke Pekan Sik, makan malam, beli ayam panggang
11.00 Berbual dengan guru2 MMCP
1200 Tidur di Khemah yang disediakan


Bersama Peserta menasyidkan Nasyid Tema "Marilah Beramal"

Hari selasa (pagi)

5.00 Bangun-Solat Subuh
6.30 Mengemaskini bahan ceremah dan pembentangan
7.30 Bertolak ke Kampung Sadu, berjumpa dengan Ustaz Shubki
8.30 Bertolak pulang ke Bendang Man Resort.
9.15 Memberi ceramah kepada peserta tentang Pengurusan Masa
11.00 Selesai Ceramah
11.30 Bertolak ke Lata Mengkuang (Air Terjun)-Mandi le
01.00 Makan tengahari di restoran Apollo.
01.30 Bertolak Pulang Ke Aloq Staq


"Pengurusan masa", tajuk yang dibentangkan kepada peserta..

Kita punyalabersemangat, harap adik2 Maahad Pendang pun mcm tu juga...

Generasi Maahad di era berbeza.. dari kiri Shuhaimi, Ustaz Nazmi, Ustaz Syukri, dan Ustaz Nawwar

Hajatku tercapai...Sampai juga di Lata Mengkuang..berguling2 di dalam ayaq..dah tak reti nak berenang..

Depa dua yang mempunyai kemahiran memanjat meninggalkan sahabat mereka di bawah...

Moga2 pengisian yang diberikan di bumi barakah Sik dapat dimanfaatkan bersama.. Agak terkilan tidak sempat menziarahi Tuan Guru Haji Saleh di pondoknya berhampiran Pekan Sik kerana keterbatasan waktu.. Jam 3.00 ptg terus bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk aktiviti seterusnya.

Friday, May 2, 2008

Ustaz Shubki...

Kotinjen kami ketika Majlis Penutup MTQ 2007 di IP Perlis

Bersama "anak-anak jantan"nya...



Assalamualaikum..

Ntah kenapa malam ni ingat kat Ust Syubki ja..Ust aka pensyarah aku yang sempoi..bnyak tunjuk ajaq ketika ajaq aku lughoh dan yang paling mengagumkan aku adalah keselamberan dia dalam hidup.

Ust Syubki ni org Sik, belajar di agama Kedah, pas tu tak ingat, pas tu di Jordan. Belajar sekali dan serumah juga dgn ust erfino dan ust hasrizal di Jordan . Nasyid pun sama team. Bila pulang dia khawin pas tu posting Sarawak. Sek terakhir SMKA Matang 2 pas tu jadi pensyarah di IPG aku..

Bersama Ustaz Mustapha Kamal..Kini keduanya sambung belajaq..Akan ku turuti gerak langkah mereka..


Banyak la kenangan dengan dia, lawak dia, cara dia nasihat dan ajaq cukup buatkan aku beringat. Cuma agak terkilan, tahun lepas kami kehilangan 3 org pensyarah yang sambung belajar. Ustaz Mus sambung PHD di Universiti Malaya makala ust Jo dan Ust Shubki sambung master di UKM


Posing depan Gua Kelam, Perlis..

Tak banyak masa kami bersama, namun kenangan di Perlis membuatkan aku semakin kenal ust Shubki. Masa tu masuk pertandingan tafsir al-Quran peringkat Kebangsaan yang diadakan di IP Perlis, ust jadi pensyarah pengiring, bnyak tempat yang kami pi bersama. Kedah dekat dengan perlis, jadi aku balik rumah la amik kreta..kami round satu Perlis, bila petang singgah makan di Kuala Perlis, ust belanja. Walaupun tak menang, dia tetap bagi semngat pada aku.

Yang paling tak bleh lupa masa nak daftar masuk asrama di IP Perlis. Kami duk asrama manakala pensyarah duk hotel. Sekali datang pelajar yang bertugas panggil aku ‘ustaz’, dia ingat pensyarah supaya daftar di kaunter pensyarah, manakal ust shubki pula disuruh pi kaunter paljar, apa lagi, ust kata la.”ana ni pensyarah….”
Ketika berceramah di Seminar kecemerlangan Pelajar di IKBN anjuran Felcra..
Inilah jamuan perpisahan yang aku tak sempat hadir kerana dalam masa yang sama ada komimen lain pula...

Ustaz Shubki juga amat mementingkan disiplin serta pegangan pada agama yang kuat. Jika sesuatu program yang ada unsur2 lagho di dalamnya, dia akan singkirkan dari darinya dengan segera. Dia juga dok support kami supaya kawin awal. Tengok la ustaz. Ana tak dapat sahut cabaran tu lagi.

Selepas Ramadhan masa hujung sem tahun lepas (2007), opsyen aku buat la jamuan perpisahan dengan ustaz, aku nak sangat hadir, tapi malangnya aku dah dibooking untuk berceramah di IKBN Kuching. Satu program anjuran Felcra dan Kementerian Luar Bandar. Gabungan Pelajar SMK Lundu, SMK Sains Kuching, SMK St Theresa dan SMU Pasentren Hj Taib Mahmud. Ntah kenapa pas pgram tu, masing2 sibuk, jadi tak sempat juga jumpa ust hingga hari ni. Berhubung guna masej je la.. Cuma satu, kami ni sokong kelab yang sama. Manchester United dan juga Kedah.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai refleksinya, semua pelajar gembira dengan ust, apa kuncinya, ust seorang yang mesra. Aku juga harus begitu dengan anak muridku nanti. Jambatan harus di bina dan dinding penghalang harus diroboh. Bila kita mesra barulah proses pemindahan ilmu dan maklumat antara seorang guru dapat dipindahkan kepada muridnya..Buat Ustaz Shubki, selamat belajar dan moga berjaya!!! (moga dapat makan udang galah bersama lagi)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin