Showing posts with label diari 2007. Show all posts
Showing posts with label diari 2007. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Makluman : Ijtima Aidil Fitri


Ijtima Aidil Fitri SPM 04 Maktab Mahmud

Raya ke 4 ( Hari Sabtu)

2pm to 5 pm

Kantin Maktab Mahmud Puteri

Bayaran RM 10

Maklumkan kehadiran anda pada Hafizuddin Abu Hassan (012-498 8910)

* Dengaq habaq gathering kali ini diuruskan oleh sahabatku, Dr Zulfahmi (Jamiah Mansura) , Ust Arief Idzuan (Jamiah al-Azhar Cairo) dan juga geng2 UIA.. Tunggu.. Burung dari Sarawak akan pulang..
------------------------------------------------------------------------------------------------
- gambar beraya 2007 rumah dr zul yang dukung anak menakannya dan pak nap (kini blajar di Korea) yang tak dapat pulang tahun ni kerana tidak ada Air Asia..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 September

Monday, July 28, 2008

Bina Insan Guru Sem 1 : Laut dan darat yang membadai

Semangat Bakal GURU...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Rasanya dah lama tak mencoret sesuatu, kekangan masa dan tugasan ternyata membataskan pergerakan otak kanan dan kiri untuk merencanakan sesuatu di dalam blog ini. Saya baru sahaja pulang dari Bina Insan Guru (BIG) siri 4 : Kembara Sosial beberapa hari yang lalu.

BIG merupakan pengisian yang harus dilalui oleh semua guru pelatih sebelum bergelasr guru. Dan modulnya digubal dan dirancang oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan dilaksanakan di semua IPG dalam Malaysia. BIG dirancang salah satunya adalah sebagai satu medium tambahan untuk persediaan guru2 pelatih menjadi guru yang sebenar guru. Resolusi Konvesyen Pendidikan Guru pada Tahun 2003 menyatakan :-

“….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki ketrampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara".

Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa pengalaman saya sepanjang mengikuti BIG ini yang pada saya positif dan negatifnya ada dan terpulang pada guru pelatih untuk memilihnya.

BIG 1 : The Making

Ternyata untuk BIG 1 ada cabarannya yang tersendiri. Saya (NYDP ketika itu) dipilih untuk menjadi pengarah program. Namun persaingan untuk menjadi pengerusi tetap ada. Kenapa saya kata begitu? Kerana saya hampir kalah di “Parlimen” saya sendiri. Alkisahnya begini. Beberapa minggu sebelum BIG telah diadakan pertandingan futsal. Dan turut diadakan pertandingan futsal wanita. PISMP Pengajian Islam harus menghantar wakil. Saya membantah hasrat tersebut dan berjumpa pihak penganjur dan meletakkan beberpa syarat :-
1. Pertandingan futsal tersebut haruslah melibatkan semua guru pelatih wanita dan haram ada penonton lelaki.
2. Harus diadakan ditempat yang tertutup.
3. Pakaian haruslah menutup aurat sekalipun wanita untuk mengelakkan gambar yang aib.

Saya mengambil keputusan yang sedemikian kerana berpendapat demikian kerana pada saya futsal wanita hanyalah untuk berseronok kerana sukan itu bukannya fitrah wanita. Perempuan fitrahnya bukan main futsal. Sudah tentu sepak bola pun barangkali akan tidak kena. Maka itu akan jadi bahan ketawa penonton lelaki. Kesannya ialah maruah wanita tercemar dan juga program itu hanyalah untuk ketawa dan bahan seronok sahaja. Yang kedua bilamana perempuan bermain, dan berlari, sudah tentu terdapat banyak sudut dibadannya mampu menarik perhatian lelaki. Jika melihat dalam keadaan ghairah atau terfikirkan sesuatu. Itu sudah dikira zina. Maka saya membantah untuk mengelakkan zina.

Namun ternyata, hasrat saya mendapat tentangan, bukan dari penganjur, tapi dari pelatih perempuan sendiri. Bahkan ada yang sudah mula berkempen, pastikan pilihanraya 2007 Ustaz Nazmi kalah. Saya menyedari hakikat itu, menangnya saya pada tahun 2006 dengan majority selesa adalah kerana sumbangan undin yang besar dari batch saya, atau bolehlah saya katakan dari “parlimen” saya yang pengundinya seramai 76 orang.

Aktiviti penerangan terus diadakan, dengan tazkirah dan juga berbual2 dengan rakan2 non muslim untuk memperjelaskan isu tersebut. Walaupun ada penentangan jawatan dalam pemilihan jawatankuasa. Alhamdulillah. Saya terpilih menjadi pengerusi. Dan orang-orang saya turut menang dalam post masing-masing. Bukan kita nak jawatan, tetapi saya dan rakan2 berkayakinan, jika orang agama dan yang faham agaamaa berada di atas, segala maksiat dan aktiviti tidak bermanfaat dapat dielakkan.

Beberapa mesyuarat susulan diadakan selepas itu dan kebanyakkan ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama yang sebaiknya. Ini agak memudahkan saya. Sememangnya dalam menguruskan program sebegini, yang membabitkan pekhemahan dalam hutan untuk satu tempoh yang lama, 5 hari 4 malam, di samping makanan perlu disediakan sendiri, maka perancangan yang rapi amatlah diperlukan. Perlu difikirkan dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar2 perkara. Alhamdulillah, HEP banyak membantu, AJK serta rakan2 turut memberikan komitmen yang sama.

Assolatu I'maduddin...
Sampai di Damai Santubong

Ternyata barang yang dibawa untuk keperluan 5 hari sememangnya banyak. Angkut ke dalam kem , taklimat, memasang khemah, memasak dan seterusnya pada sebelah malam solat berjamaah, solat hajat dan seterusnya bacaan Yassin beramai2. Memohon apa kiranya program yang akan dijalankan ini berada dalam suasana berkat dan juga selamat.

Cabaran Gunung dan Darat.

Ini antara aktiviti yang diadakan pada hari yang ke dua. “Compass Matching”. Setiap kumpulan akan bermula dari beberapa post dan darjahnya berbeza dan harus menuju ke tempat yang sama. Dengar khabarnya air terjun di situ cantik. Dengan diiringi ranjer, selepas berdoa, kami mula melangkah. Jika tidak silap darjah kumpulan saya ialaah 130.

Pergerakan kumpulan saya adalah yang paling lancar sekali kerana dibantu oleh dua orang sahabat saya yang bijak serta pantas bergerak di dalam hutan. Samuel berbangsa Kenyah dan juga Bobby Malembang berbangsa Iban. Pantas sungguh mereka membuat point tu point. Menggunakan kayu bendera kumpulan sahaja. Jalan yang dilalui. Boleh tahan, berakar, berduri, berbukit. Macam tawaf gunung santubong pula.

Beberapa kali kami berhenti kerana keletihan. Ketika sedang berehat. Terdengar bunyi burung yang berkicau. Lain benar bunyinya. Ranjer yang bersama kami adalah ketua ranjer di Damai Santubong. Kami diam. Dan dia menyatakan pada kami satu kumpulan telah sesat dan isyarat tersebut elah dikeluarkan ranjer yang lain. Lalu dengan memberikan beberapa chek point penting sebagai penunjuk arah, beliau meninggalkan kami.

Setelah hampir 1 jam berjalan. Kami sampai tempat yang dituju. Memang diakui air terjun di situ memang cantik, namun agak kurang sesuai untuk mandi manda. Kami berehat dan seterusnya memasak. Memang menjadi tugasan yang perlu kami laksanakan di situ, memasak barang2 yang telah dibekalkan. Satu demi satu kumpulan tiba, namun kumpulan siapakah yang sesat. Kami maaruf, andaikata penunjuk pada kompas di baca silap. Maka silaplah jalannya.

Huh. Kumpulan Che Mo rupanya silap. Hampir satu jam selepas kumulan saya sampai baru kumpulan dia sampai. Memang mereka salah membaca kompas. Arah yang dituju bukan ke air terjun di pinggir gunung tetapi kea rah puncak gunung. Nasiblah…


Kenangan di hadapan Kampung Budaya
Beribadah di mana jua

Kami teruskan perjalanan secara beramai-ramai pula. Tugasannya seorang peserta mesti sakit dan harus aplikasikan kaedah balutan dan juga membuat pengusung. Rakan yang paling ringan dipilih. Namun membawanya diatas pengusung sepanjang 4 km memang menguji kesabaran. Mahu saja dilepaskan agar dia turun berjalan sendiri.

Sampai ke chek point seterusnya, satu kawasan lapang di dalam hutan. Ai yang di bawa dah habis. Kami perlu solat, dan rasa dahaga tak dapat dibendung lagi. Terus saja pergi ke sungai berdekatan yang airnya jernih dan mengalir perlahan. Terus saja minum. Tak fikir lagi bersih atau tak airnya. Kemudian berwudhuk dan terus menunaikan solat dengan rakan2 yang lain.

Allah hu Akhbar. Terasa tenang di dalam huan. Ketika berdoa terasa sunguh damai dan asyik. Selepas itu mahu sahaja direbahkan badan, namun ada sessi refleksi yang dipimpin oleh fasilitator kumpulan saya, Hj Khambali Rukini.

Seterusnya perjalanan diteruskan lagi, kami keluar ke jalan raya, berjalan dan singgah sebentar di hadapan kampung Budaya untuk bergambar dan terus ke tapak Kem. Mau2 5 KM juga tu. Jauhnya berjalan hari ni. Sampai di kem hampir senja. Aktiviti diteruskan dengan kerohanian dan LDK.


Memakai jaket keselamatan selepas water confident..

Berdiri di dalam kayak..Pengalaman baru..
Mujurlah berkayak ramai2...
Memasak ala tentera...
Cabaran Laut China Selatan

Hari ini akan ada aktiviti berkayak di laut. Wah. Gentar juga. Mana la tahu berenang. Selepas memakai jaket keselamatan. Terus saja menanggung kayak ke tepi laut. Dipimpin Hj Musah. Aktiviti water confident dijalankan. Eh, timbul pulak aku dalam laut ni….

Antara tugasan kami ialah, berkayak ke satu chek point yang telah ditetapkan dan dalam perjalanan kami perlu buat aktiviti menterbalikkan kayak, keluar dari kayak dan seterusnya masuk semula. Cara2 nya telah ditunjukkan sebelum turun ke laut. Sudah tentu suasananya tidak sama.

Setelah berkayak ke tengah laut. Kami perlu rapatkan kayak. Arahan diberikan. Saya berkayak di bahagian belakang dan kami yang berada di bahagian belakang pada setiap kayak harus bangun berdiri. Ternyata sukar untuk saya imbangkan badan. Namun berjaya juga. Tiba2 en Abusenie memberikan arahan saya harus berjalan di atas kayak2 menukar posisi dengan asri (kalau tak silap), Sembilan kayak harus saya lintas. Mcmana ni??.. Dengan bantuan kawan2, berjaya saya lakukan. Tak dapat nak cerita betapa seronoknya, manataknya, badan kita yang besar dapat bergerak dengan mudah di atas kayak2 di tengah laut. Bukannya di tepi pantai.

Aktiviti diteruskan dengan kami perlu capsize kan kayak. Terminum juga dua tiga teguk air laut. Seronok juga berenang2 di dalam laut. Mujur ada jaket keselamatan. Setelah berhempas pulas. Berjaya juga naik ke atas kayak dan meneruskan kayuhan ke tempat yang dituju. Di sana kami memasak dan membuat refleksi.


Aktiviti LDK..
Mengiringi VIP ketika Majlis Perasmian Penutup..
Pengalaman Baru

Sememangnya pengalaman berkayak adalah pengalaman yang baru buat saya. Dapat meihat betapa luasnya ciptaan Allah. Dan paling penting saya ada keyakinan baru. Orang selalu bertanya. Dimana datangnya keberanian saya bercakap yang bebnar dan membantah dasar2 yang tidak patut. Saya selalu berkata, “dah depa suruh aku kayak tengah laut, jadi terberani pulak..”..

Membantah sekadar perkara yang zalim dan perkara yang maksiat. Biar tidak ada persetujuan di dunia. Namun Allah adalah matlamat perjuangan kita. BIG siri satu punya seribu nostalgia yang tak akan dapat dilupakan….

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Hj Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 28 Julai

Friday, May 23, 2008

Delima saudara baru

Berkomunikasi dengan non Muslim perlu ada seninya..(gambar, Kumpulan BIG Ustaz Nazmi, Berbilang kaum dan agama)
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.. Sekadar kongsi kisah

Satu hari di bulan Mei..

“Nazmi, kamu senang dak? saya nak jumpa, ada benda nak bincang”, Puan Q bertanya(bukan nama sebenar)
“Ok ja puan, kita plan la kat mana nak jumpa”
Itulah janji Puan Q nak jumpa saya.. Dah banyak kali, namun masing2 sibuk jadi ak dapat juga jumpa hinggalah satu malam selepas solat Isya’.
“Ada apa Puan”
“Mcm ni, saya rasa ada seorang student kita ni nak masuk Islam, Kak S, mcmana prosedurnya? Sekarang dia SBE.. Saya ni tak tau sangat caranya? ”, Tanya Puan Q.
“Bawa ke pejabat agama la, tapi dari pengalaman saya, mcm banyak karenah birokrasinya”, sambil saya menceritakan beberapa pengalaman yang dihadiahkan Allah kepada Puan Q.
“Kalau mcm tu kamu la Islamkan dia kemudian kita g pejabat agama. Boleh?” , cadang puan Q.
“Ish..payah la.. Saya cadangkan Ust Saiful(Naqib saya), mcmna? Dia bnyak pengalaman Islamkan orang ni.”
“Ok. Boleh. klu keadaan dah mengizinkan saya bagitau Nazmi”, Puan Q mengakhirkan perbincangan kami.

Islamnya Saudara Baru pada 2006.

Masih segar diingatanku. Pada suatu malam, Ust Saiful yang ketika tu masih pelatih JQAF IPTAR datang ke bilik ku.

“Ana nak Islamkan Mohan, dia dah setuju, tapi ana perlukan saksi”
“Ok, ana dan Syahid jadi saksi, tapi rasanya baik kita ambil Ust2 KPLI, Mohan pun rapat dengan depa juga”
“OK”
Dan dengan disaksikan oleh Ustaz Adib, Ust Nailan, Ust Azam, dan Ust Nailan. Makan malam itu Ustaz Saiful telah Islamkan sahabatku, Guru Pelatih opsyen Math.. Saudara Mohan Anak Lawat.

Dan keesokkannya kami ke Majlis agama Islam di Kuching untuk daftarkan Mohan. Aku dan Syahid pergi sebagai saksi di boring nanti. Bila tiba di majlis agama. Tak da orang di kaunter, Kebanyakkan pekerjanya hanya sembang di satu sudut lain, hinggalah kami memanggil mereka dan nyatakan hajat kami padaa mereka. Kami di bawa ke suatu bilik. Diperiksa IC Mohan. Mohan dah cukup umur dah.

“Siapa yang bagi kebenaran kamu Islamkan dia?”
“Kena ada kebenaran ka nak Islamkan orang?” Tanya ust saiful
“Tak la, yang nak Islam ni. Kita kena kaunseling dulu dia. Lihat dulu kehendak dan penerimaan Ibu bapa, tak boleh main Islamkan sahaja”
“Jadi kena kaunseling juga ka ? , kami dah Islamkan dia, tak dak kaunseling2. Dia yang nak”
“Itu salahnya”

Semangat "Mohan"(kiri) perlu dicontohi kita yang IC tulis Islam
Berlaku beberapa perbalahan antara kami dengan pegawai tersebut. Malas nak list. Akhirnya Ust Saiful jawab,

“Mcmnilah encik. Kita dah Islamkan dia. Saya tak setuju cara Jabatan Agama. Saya ada saksi dan adakah pengislaman Mohan tak sah? Saya fikir mcm ni. Bila seseorang tu nak masuk Islam, kita wajib islamkan dia. Kaunseling buang masa. Kita bincang, terang apa yang patut dan jika dia setuju Islamkan waktu itu juga, kalu biar dulu, ada tempoh bertenang, tiba2 dia tak nak masuk, mcmana? kita dah hilang satu peluang dak wah dan saudara baru..Itu ok lagi.. Mcmana pula klu dia balik nak pke..kerana kita suruh..Hati dia dah nak pada Islam..cuma tak mengucap, dia eksiden, dan mati..Sapa yang nak tanggung??? Islamkan dulu, bimbing kemudian, Jika dia tak nak dibimbing walaupun dah Islam, sekurang2nya kita dah selamatkan dia dari kekal abadi api neraka Allah.. Setidak2nya.. tapi takkan kita nak tinggalkan dia. Kita akan bimbing dia..”

Akhirnya pegawai tersebut akur, patah hujag barangkali. Dan Mohan selamat didaftarkan pada petang itu. Alhamdulillah. Kami makan di Liza Café lpas tu. Bagi mohan tenang. Dalam peristiwa ni, yang paling tak dapat nak gambarkan bila Mohan lafaz Syahadah depan kami.. Itulah rasanya pengalaman yang paling berharga dan manis.

Mohan rajin belajar, sebelum Islam lagi dah beberapa kali pinjam Quran tafsir, juga tengok2 buku tajwid saya yang ada di dalamnya tulisan jawi. Dia berminat.

“Aku dah dua tahun tak masuk Church ”, Kata Mohan. “Aku mencari kebenaran”

Selepas diIslamkan, Ust Saiful memegang tgjwab ajar Akidah. Ust Nailan dan Ust Azlan al-Quran. Syahid pemerhati dan buat kawalan. Sementara aku pula memastikan mohan Solat Zohor dan Asar secara berjamaah di bilik aku. Mohan iku sahaja apa yang aku buat dalam solat. Kami Sirr kan dulu. Aku berjaya sembunyikan Islamnya mohan begitu lama hatta dari shbt2 sendri, hinggalah satu hari Che Mo masuk bilik aku. Aku dah kunci tapi Che mo tau di mana aku letak kunci. Kami sedang solat masa tu. Lepas solat Che Mo terus peluk Mohan. Aku terangkan pada Che Mo knpa kami rahsiakan dulu.

Semangat Mohan amat kuat. Bayangkanlah. Dia sendiri isytiharkan diri dia Islam. Dengan beraninya dalam keadaan kami menjaga langkahnya untuk keselamatan. Dia hadir solat subuh berjamaah di Pusat Islam . Akhir semakin ramai tahu dan bagi semangat pada dia. Banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah.

Hari ini aku kagum dengan Mohan, dia lebih Islam dari kita yang Islam. Kita dapat Islam dari ayah ibu kita, namun dia dapat Islam dengan mencari Islam itu sendiri. Bahkan keluarganya juga tidak terkejut bila mendapat tahun Mohan memeluk Islam. rezeki Allah untuk Mohan. Allah permudahkan barangkali. Solat Jamaahnya lebih cukup dari saya. Sekarang Mohan sudah boleh Azan, Iqomah dan jug abaca al-Quran dan juga dah join halaqah Ilmu kami. Moga Allah limpahkan rahmat pada kami semua. Selamat berjuang pada sahabat seagamaku yang berbangsa Bidayuh, Mohan Anak Lawat atau nama di IC Mohamad Irfan Mohan Bin Lawat.

Bersama Brother Lim Joi Soon di seminar Yadim.. Hafal Quran dan juga Bible..
Jangan lewatkan pesan Ust Saiful.

Ujian Allah padaku mungkin. Srorang guru pelatih wanita begitu minat pada Islam. Dia perlu diislamkan segera. Cara dan bagaimana dia nak Islam, saya rahsiakan. Sbb muslimat. Tak patut dihebahkan.

Petang 26 Ramadhan 2007 saya berjumpa dengan F di Pusat Islam. Nak dengar sendiri hajatnya. Dia batch 2 tahun bawah saya. Berbangsa Melanau dan beragama Kristian. Dari maklumannya dan muslimat. Dia berpuasa sepanjang ramadhan ini dah hadir berbuka di Pusat Islam. Saya tak perasan sangat kerana uruskan Ifthor Muslimin.

Saya sampaikan khutbah ringkas padanya, apa itu Islam, Jangan terpengaruh andaikata melihat ada org Islam buat benda mungkar, itu bukan ajaran Islam ttp kesilapannya sendiri. Ustaz Saiful tak da. Dah balik untuk beraya. Pensyarah pun tak da. Masih ingat pesan Ust. jgn lewatkan.

Malam itu 27 Ramadhan, selepas tarawikh dan tadarus al-Quran. Saya ajak beberapa sahabat Muslim teman saya dan F ditemani Muslimat. Saya lafazkan Syahadah dan F ikut satu persatu dan Alhamdulillah. Bertambah satu lagi Umat Nabi Muhammad saw yang beriman pada Allah. Selepas dibaca doa. Saya memberi ucapan pada hadirin. Secara mudahnya, kawan kita ni Islam kerana dia cari Islam, bagaimana pula kita yang Islam. Adakah kita mencari Islam.

F begitu semangat Islamnya. Beliau ingin menjadi muslimah yang baik. Keesokkannya terus dia bertudung yang sepatutnya ditambah lagi dengan stoking di kaki. Masya Allah.. Permudahkanlah urusannya.. Dan dia Istiqomah hingga kini. Dengan bantua pensyarahku. Kami daftarkan Pengislamannya Majlis Agama Islam Samarahan. Tidaklah sesusah Islamkan Mohan.

Bersama Brother Shah Kirit Bin Kalkulal Govonji
Realiti.

Inilah hakikatnya sahabat2. Ramai yang ingin pada Islam. Tetapi prosedurnya banyak sngat hinggalah menakutkan Non Muslim. Bila ditanya apa patut saya buat bila masuk Islam? U tak boleh minum arak, kna pakai seluar panjang. U punya kena “potong”, nama U kena tukar, itu dan ini dan banyak lagi. Takutlah dia. Ceritalah yang indah jika melakukan Ibadah dalam Islam

Prosedur ini kena diubah dan perlu lebih mesra saudara baru. Saya amat bersetuju Islamnya saudara baru tidak perlu keluarganya tahu. Bagilah saudara baru kita stabil dan punya kekuatan dan jumpa sendiri ahli keluarganya. Insya Allah, Allah permudahkan.

Bagi Puan Q, saya doakan hasrat murni Puan akan tercapai. Mungkin kita hadapi masalah, moga-moga kita akan dipermudahkanNya nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kefahaman ini bertambah bila saya hadir Kursus Pemantapan Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran YADIM dan dikelolakan oleh saudara Shah Kirit Bin Kalkulal Govinji, Brother Lim Jooi Soon dan juga Yang Mulia Engku Fauzi pada Mac 2007 yang lalu.
- Mereka juga kurang bersetuju Prosedur remeh di Majlis agama. Mungkin ada positifnya tetapi dipersembahkan pada non muslim dengan cara yang tidak berhikmah.
- Sekadar kongsi pengalaman dengan sahabat2ku..

Tuesday, May 20, 2008

Knowledge Untuk Semua...

Janganlah pemuda2 kita jadi lebih teruk dari binatang ternak..
Nabi Muhammad SAW Bersabda yang bermaksud;

“Kamu semua harus hidup dalam jamaah,sesungguhnya rahmat Allah bersama jamaah,siapa yang hidup menyendiri,maka akan berseorangan dalam neraka”

Ulama’ mentafsirkan perkataan jamaah di sini ialah jamaah yang bernaung dibawah lembayung ISLAM dan sudah tentu ia mengamalkan dasar Islam iaitu al-Quran dan As-Sunnah.

Sejak akhir-akhir ini,pelbagai kebejatan social telah menyerang muda-mudi di negara kita.Pelbagai anasir luar telah menyerang umat Islam dan setelah kajian di buat ia adalah propaganda dan rancangan jahat YAHUDI.Benarlah firman Allah yang bermaksud :

“Tidak redha akan Yahudi sehingga kamu mengikut jalan mereka”

Antara rancangan jahat Yahudi ialah mewujudkan beberapa kumpulan yang akan membuatkan para remaja Islam akan mengikut trend yang mereka ciptakan .SKIN HEAD!!! Satu nama yang sudah berjaya menceroboh stand tauhid para remaja Islam pada hari ini.Mereka mula menyebarkan Knowledge2 yang TIDAK BERGUNA kepada remaja Islam. Remaja bodoh ini pula mula terpedaya dan mengikut. Malangnya pada hari ini, remaja yang belajar di sek agama turut terikut budaya laknat ini.Bolehlah kita bayangkan berapa kali mereka lebih Bxxxx!!!drpd yang tak blajar d sek agama.Mereka ini sebenarnya buta.Langsung tak tau bhw yg menubuhkan SKINHEAD TAK BERGUNA adalah orang yahudi.Yang dok ikut ni rasanya tak tau langsung pasai peristiwa Perlarian Shabra Shatila di mana org yg menubuhkan benda laknat ni bersama orang yahudi lain telah menyembelih orang Islam Palestin,perempuan dan bayi2 mereka.Langsung tak guna, sokong benda yg HARAM.
Bila Tanya,kita cerita, habaq,macam2 alasan dok bagi,ada antara pengikut haram ni tau pasai ni tapi saja buat-buat tak tau dan kata bukan2, antaranya:

· Skin Head tak dak pengasas! Di reka oleh media gelap =Bodoh sungguh manusia yang kata macam tu, kereta pun ada kerana ada pencipta,Allah yang bagi Ilham.Takkan Skin Jadah tu tak da pencipta….Tak pikiaq langsung org macam ni.

· Kami skin, skin juga ,time solat kami solat = yang ni lagi satu bangang,kita kalau sembelih BABI baca bismillah,mengadap Qiblat,ikut syarat,potong urat maraih sekalipun, yang haram,Haram juga.

· Nak bebas,tak mau kongkong = Tak tau nak kata apa lagi…masuk agama lain senang…takyah ada batas-batas yg perlu dipatuhi…

Masuk Skin ni habih duit,pahala tak dapat, dosa ceghambah. Nak dressing saja habih duit dah, kasut lagi, baju, pas tu aksesori ntah pa ntah pulak.Beli pakai duit sapa, duit MAK PAK dia juga.Duit sendiri…,ada..,bukan tak dak, tapi dosa juga sebab sumbat duit dia kat benda Haram ni.Lpas tu ada SKIN GIRL pula.Depa dua branak ni dok amal sex bebas.Bila Tanya ..kata dak…kawan saja..Ishhh kalau dah duk skali tu kalau tak pegang tu saja la…Kalau tak buat kira SKIn yang beriman la ..Kita panggil dia Syeikh Skin.Cantik…

Dah la tu, baliklah ke agama Allah. Apa yang hampa dok buat boleh jejaskan aqidah hampa.Mana ada Skin head umuq sampai 50,60.Cuba bayangkan, tua-tua, pakai kasut but skin head lagi.

Ingat la,umuq kita,segala apa yang ada kat kita ni merupakan pinjaman dari Allah,Dia boleh ambil pada bila-bila masa.Penulis rasa tak perlu nak minta maaf krn kat apa yang ditype ni betul.

DENGAN LAFAZ ALLAH HU AKHBAR!!!
KITA LANCARKAN JIHAD HABIS2an KEPADA PUAK MAZMUMAH.

#Risalah ni tak dak hakcipta!!1Kalau sayang Islam sebarkan dalam usrah,kat kawan2 dan puak2 tu.”

Diterbitkan oleh….. Insan yang cintakan ISLAM.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Bersama sahabat aku, Sobri (UM) di Taman Rekreasi Tengku Anis, Pengkalan Chepa Kelantan pada Jun 2007. Masa sama2 bermusafir ziarah kelantan. Mcm Tabligh kami masa tu, main redah ja Pengakalan Chepa, Pasir Mas dan juga Kota Bharu..

- Masa duk studi IBADAH ni.. Tengok folder2 bahan tarbiah aku. Dan jumpa bahan yang aku kumpul dan tulis dari Maahad dulu(2002 pernah karya ku masuk ILHAM-majalah MAahad)

- Fuh.. Kasaq juga bahasa aku. Ni lah artikel aku masa sekolah dulu yang ditampal di papan2 utama sekolah (Maahad Mahmud) bilamana sekolah kena serang dengan budaya skin.. Budak Form 3 ramai yang ikut. Tak tau macam mana nak kawal. Jadi aku taip artikel ni.

- Seingat aku, dengan bantuan pengawas form 3, aku timbalan ketua pengawas masa tu, kumpul dalam 7 org budak skin dan aku buat usrah untuk depa tiap2 hari Khamis lepas sekolah. Aku pun tak pasti berjaya ataupun tidak. Namun itulah usaha yang aku mampu.Terima KAsih juga Sobri (Ketua Pengawas) yang banyak membantu.

- Ketika tingkatan 6 aku duk rumah sewa. Dekat dengan rumah sewa ada pula rumah sewa MR Lons kat Taman Purnama. Budak2 dia hempeh juga. Jadi aku guna kuasa aku masa tu, wajibkan depa usrah dengan aku di rumah sewa aku tiap2 selasa malam. Namun lepas tu aku dapat tawaran Maktab. Jd tertinggal juga budak2 tu. Tapi ok la juga. Ada yang aku jumpa la dah berjaya blajaq di UiTM Sarawak. Harap2 berubah. Mungkin satu masa aku akan tulis pasai Skin Head ni..

- Ada beberapa sahabat yang minta tuliskan sesuatu. InsyaAllah. Ada masa lpas exam akan ditulis. Jika tak kalut dengan perkara lain

Tuesday, May 6, 2008

Terkenang Pada Cikgu Faridah Akma

Kenangan Aidil Fitri 2007, aku, zool, kamil dan firdaus pi ziarah cikgu sekeluarga sempena open house depa...


Assalamulaikum,

Pertama sekali tahniah buat Cikgu Faridah Akma Abdul Wahid (cikgu Biologiku semasa di maahad) atas lantikan Suaminya YB Abdul Ghani Bin Ahmad (Adun Air Hitam Parlimen Jerlun) sebagai timbalan yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kedah. Gambaq ni masa pi ziarah sempena Aidil Fitri 2007. Jadi jangan ada yang wat kontrovesi atau polemic politik pula. Masa tu tak pilihanraya lagi. Rasa bangga juag, tak sangka org yang aku jumpa berjaya dalam pilihanraya. Apapun akta 174 membataskan aku untuk sembang hal ni. Belum sampai masanya. Masih aku simpan msg cikgu pada aku bila minta semangat dari dia:-


“Insya Allah..Selagi lebai ada di kepala, selagi itu insyaAllah akhlak kita terpelihara..kerana itu syiar kita sebagai mukmin. Cikgu doakan kita semua istiqomah..Selamat la anaknda InsyaAllah..”

tak pe2..jadi pejuang mmg masa penuh terisi..suami cikgu pun buat rumah mcm hotel ja sbg tmpat tidor..cikgu syukur sangat suami cikgu di pilihNYA untuk mewarisi perjuangan Rasulullah..”

Itu dalam semangat tarbiah, namun dalam Baitul Muslim, pernah juga cikgu pesan..

“..Qiam adalah ibadah utama untuk di laksana sebagai seorang dae..cinta adalah anugerahNYA..Cuma kekadang manusia tidak tahu meletakkan di tempat yang sewajarnya..apapun Cinta pada Allah dan Rasul adalah paling agung.. jika sudah sampai masenya dan solehah calonnya, eloklah dipanjangkan pada orang tua..kerana jika dibiarkan takut hati tak dapat d jaga, ingatlah bahawa syaitan mampu menyerupai apa sahaja untuk meperdaye kite..”

Itu antara semangat yang pernah dia bagi.. Bab baitul Muslim tu ada hajat di hati nak nukil sesuatu.. Tapi masih tak mampu dan keterbatasan waktu..Moga pesanan cikgu aku dapat ambil ihtimam Jiddan!!!!


Nak tengok cikgu Faridah Akma masuk TV

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080505145313/Article/index_html

Berita YB Abdul Ghani Ahmad

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14279&Itemid=95

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_06.htm

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080505234352/Article/

Friday, May 2, 2008

Ustaz Shubki...

Kotinjen kami ketika Majlis Penutup MTQ 2007 di IP Perlis

Bersama "anak-anak jantan"nya...



Assalamualaikum..

Ntah kenapa malam ni ingat kat Ust Syubki ja..Ust aka pensyarah aku yang sempoi..bnyak tunjuk ajaq ketika ajaq aku lughoh dan yang paling mengagumkan aku adalah keselamberan dia dalam hidup.

Ust Syubki ni org Sik, belajar di agama Kedah, pas tu tak ingat, pas tu di Jordan. Belajar sekali dan serumah juga dgn ust erfino dan ust hasrizal di Jordan . Nasyid pun sama team. Bila pulang dia khawin pas tu posting Sarawak. Sek terakhir SMKA Matang 2 pas tu jadi pensyarah di IPG aku..

Bersama Ustaz Mustapha Kamal..Kini keduanya sambung belajaq..Akan ku turuti gerak langkah mereka..


Banyak la kenangan dengan dia, lawak dia, cara dia nasihat dan ajaq cukup buatkan aku beringat. Cuma agak terkilan, tahun lepas kami kehilangan 3 org pensyarah yang sambung belajar. Ustaz Mus sambung PHD di Universiti Malaya makala ust Jo dan Ust Shubki sambung master di UKM


Posing depan Gua Kelam, Perlis..

Tak banyak masa kami bersama, namun kenangan di Perlis membuatkan aku semakin kenal ust Shubki. Masa tu masuk pertandingan tafsir al-Quran peringkat Kebangsaan yang diadakan di IP Perlis, ust jadi pensyarah pengiring, bnyak tempat yang kami pi bersama. Kedah dekat dengan perlis, jadi aku balik rumah la amik kreta..kami round satu Perlis, bila petang singgah makan di Kuala Perlis, ust belanja. Walaupun tak menang, dia tetap bagi semngat pada aku.

Yang paling tak bleh lupa masa nak daftar masuk asrama di IP Perlis. Kami duk asrama manakala pensyarah duk hotel. Sekali datang pelajar yang bertugas panggil aku ‘ustaz’, dia ingat pensyarah supaya daftar di kaunter pensyarah, manakal ust shubki pula disuruh pi kaunter paljar, apa lagi, ust kata la.”ana ni pensyarah….”
Ketika berceramah di Seminar kecemerlangan Pelajar di IKBN anjuran Felcra..
Inilah jamuan perpisahan yang aku tak sempat hadir kerana dalam masa yang sama ada komimen lain pula...

Ustaz Shubki juga amat mementingkan disiplin serta pegangan pada agama yang kuat. Jika sesuatu program yang ada unsur2 lagho di dalamnya, dia akan singkirkan dari darinya dengan segera. Dia juga dok support kami supaya kawin awal. Tengok la ustaz. Ana tak dapat sahut cabaran tu lagi.

Selepas Ramadhan masa hujung sem tahun lepas (2007), opsyen aku buat la jamuan perpisahan dengan ustaz, aku nak sangat hadir, tapi malangnya aku dah dibooking untuk berceramah di IKBN Kuching. Satu program anjuran Felcra dan Kementerian Luar Bandar. Gabungan Pelajar SMK Lundu, SMK Sains Kuching, SMK St Theresa dan SMU Pasentren Hj Taib Mahmud. Ntah kenapa pas pgram tu, masing2 sibuk, jadi tak sempat juga jumpa ust hingga hari ni. Berhubung guna masej je la.. Cuma satu, kami ni sokong kelab yang sama. Manchester United dan juga Kedah.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai refleksinya, semua pelajar gembira dengan ust, apa kuncinya, ust seorang yang mesra. Aku juga harus begitu dengan anak muridku nanti. Jambatan harus di bina dan dinding penghalang harus diroboh. Bila kita mesra barulah proses pemindahan ilmu dan maklumat antara seorang guru dapat dipindahkan kepada muridnya..Buat Ustaz Shubki, selamat belajar dan moga berjaya!!! (moga dapat makan udang galah bersama lagi)

Friday, April 25, 2008

Lengkaplah aku memusingkan diri seluruh Malaysia..


Flight yang dah nak mendarat di airport KK

Assalamualaikum.

Sekadar nak kongsi pengalaman berjaulah dan bermusafir ke negeri sabah bumi di bawah bayu.

Peringkat dalaman.

Aku masuk pertandingan syarahan sempena Maal hijrah peringkat IPG. Alhamdulillah. Dapat Johan dan akan wakil IPG ku ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di IP Tawau, sabah. Wah! Dapat berjalan aku ke Sabah mcm ni. Tp bayaran untuk perjalanan percuma tu kna perform la kat sana. Aku wakil peserta lelaki, As, wakil pmpuan. Ustazah Saanah pensyarah pengiring kami.

Dari pandangan atas suasana Tawau..


Tiba di airport Tawau
Bertolak

Dalam bulan mei 2007, bertolak ke Sabah. Naik kapal terbang dari Airport Kuching dan Transit di airport Kota Kinabalu. Dalam flight depa bagi roti inti ayam, disebabkan penumpang tak ramai. Dia bagi 3 bungkus sorang. Mcm tau2 ja peramugari tu..Airport KK cantik. Dok tepi laut.Masa nak mendarat tu rasa mcm flight nak terjun dalam laut ja..dia makin rendah, makin rendah, makin rendah..Tup…turun atas landasan. Sampai juga aku ke Sabah. Transit di situ dlm 3 Jam.selepas selesai urusan Imegresen. Aku lepak la kat luaq dulu. Call ayah. Cek ada kat Sabah ni.. Yang bestnya Ustazah Saanah belanja makan KFC..makan nazmi..makan ja bagi kenyang..kita nak berjalan jauh ni.

Pas beberapa ketika, kami naik semula pesawat MAS untuk ke Tawau. Dalam 1 jam baru sampai. Mcm naik flight dari KLIA ke airport Aloq Staq la lebih kurang. Ramai juga wakil IP dari negeri lain yang turut bersama dengan kami dalam flight tu. Dari atas flight sblum mendarat aku dapati Tawau ni mukabumi dia banyak kelapa sawit dan terletak di tepi laut. Bila mendarat. Pas kuar dari airport. Kami di sambut Ust Wan KJ Japim IP Tawau. Naik la bas pi sana. Lama juga. Sejam..Tak tidoq.tengok ja kiri kana jalan ke IP Tawan. Sampai ja ke Apas Balung, nama daerah terletaknya IPTawau. Dah mula Nampak tempat yang dituju. Bila sampai check in. Aku duk sebilik dengan peserta/ust dari Kelantan.


Bersama Hajah Khamsiah(pegawai BPG dah la) di bandar Tawau
Di Bandar Tawau.

Apa? Ptg ni nak bawa kami pi berjalan badar Tawau. Set!ok!.Lawan esok. Jadi hari ni jalan2 dulu. Tawau ni famous dengan mutiara Sabah dia. Bleh kot bli something. Apa lagi, hello. Mak, cek nak pi tawau ni. Mak nak apa?? Cek nak bli.habaq terus kat mak.

Bertolak la kami pi sana. Bandar dia besaq juga. Ala-ala tanjung malim atau slim river. Jalan dengan bekas pensyarah aku Hjh Khamsiah (Sekarang pegawai BPG). Hehe. Bukan apa, aku ni tak pandai membeli. Apatah lagi memilih. Jadi jalan dengan seorang ibu tentu dia tau apa citarasa seorang ibu yang aku sayang yang ada di kedah.
“Brapa ni” (Sebut dengan laju untuk kena tiun dengan lahjah Sabahan)
“60 ringgit bang”
“aiiii, nda dapat kurang ka??”
“nda dapat”
“kau dengan aku pun mau bekira jua, selalu datang tawau ni, kasi kurang la”

Itulah dialog sabah aku, memandangkan dalam kelasaku ramai sabahan, jadi tau la sket2 dialek depa. Runding punya runding dapat la murah. Beli la dua tiga pasang. Kerongsan mutiara untuk mak, untuk adik, untuk kakak, butang baju untuk bang nip dan untuk ayah serta aku la. Pas tu g solat maghrib di masjid jamek tawau, makan kat pasar malam dia. Makan ayam panggang. Kami shet 4 orang bayaq. Pas tu g lepak depan hotel marco polo..marco polo penah pi sabah ka??? Satu persoalan la pulak. Balik IP Tawau pas tu..

Bersama wakil IP Ipoh dan Wakil IP Kota Bharu (Belakang)
Undian

Ust Wan zul nak jumpa semua peserta. Sebelum tu Pn Adzmah dari HEP bagi taklimat dulu. Mai time undi kena pi cabut sendri. Aku pun g la..Kena no last pun ok juga ni. Pas cabut. Ha. No 11.. awal tu..nak buat mcmana. Balik bilik ja terus hafal apa yang patut. Dalil, struktur ayat serta kemantapan suara. Ini bukan debat atau bahas, tapi syarah.lain sket. Ala2 khutbah jumaat je bersuarah ni kata ust Mus. Tp ust, ana klu khutbah jumaat pun, main tibai je. Dah bangsa sora langtang.Sora kuat la… Masa di bilik pun ok ja. Bual-bual dgn ust Kelantan ni. Ok gak la, Dia pun dah khawin. Jadi berkisar kepada hal munakahat ja la.



Dato Noh Omar yang rasmi
Mula bersyarah

Pagi tu bangun awal. Almaklumlah. Malaysia timur ni hujungnya Tawau. Hampa boleh baying la betapa awainya subuh dia. Klu posa tgok tv. Sabah. 5.55 ptg dah buka posa. Sahur kat kedah, bukak kat sabah. Cantik ja. Aku pakai la sut baju hijau aku.Hijau tua ka apa ka tak tau la pula. Pastu apa lg terus g dewan besar IP Tawau. Dato Noh Omar akan rasmi pembukaan. Aku duk kat blakang dengan geng2 yang baru dikenali. Sembang2 dan pasang strategi. Nta tajuk apa? Isi apa? Pnah masuk ka? Rata2 yang aku jumpa semuanya otai2 masa sekolah dulu. Pnah wakil sekolah. Aku?? Hanyalah pendatang baru yang tak tau apa dan main cakap ja.

Pas perasmian, ada rehat. Depa jamu nasi. Aku tak makan. Sebab nanti nak bercakap. Bahaya. Sama juga klu dijemput ceramah mahupun khutbah jumaat. Jarang sekali aku makan. Semput nanti. (Ada masa nak cite pengalaman ceramah).

Saja bagi pudar sikit gambaq ni..malu la org tengok

Masuk dewan balik. Apa lg. Mula la. Sorg demi sorg present. Sampai la turn aku. Tak letak matlamat tinggi. Cuma cukuplah aku nak menguji diri. Bersyarah tajuk yang diberi tanpa ada sebarang bantuan kertas di jari. Alhamdulilah.Aku berjaya. Tengok peserta lepas aku semuanya mcm berpidato. Berpantun. Bersyair. Dalam hati aku kata. Tak tau ka depa. Bersyarah lain pada pidato. Pidato pidato la. Bercakap tak sama dengan berbisik. Nampak ada gaya dan mengagumkan org lain. Tapi, markah aku rasa tak dak. Markah isi dapat la kot.
Habis ja turn aku, terus jumpa Ustazah Saanah yang bagi semnagat. Ustazah Zahiah zaujah ust mus pun ada juga. Kami g ke dewan satu lagi. Untuk lihat muslimat pula. Asmidar di situ. Turn dia pula. Pas tu aku g makan. Lapaq gila ni. Pi tengok pameran dan juga ronda2 di situ. Lbry depa mmg luas. Buku pun boleh tahan.Aku tengok buku sains politik dia satu rak tinggi. Klu la di IPTAR ada mcm tu. Mesti aku baca. D Maktabah IPTAR, buku sains politik hnya ada 12 buah dan semuanya dah habis kau baca. Buku Dato Chamil Wariya dah aku hadam, buku karya Prof Dr Ahmad Atory Hussein pun dah aku telan. Rasanya dah mampu bagi pandangan hubungan antarav etnik dan kaum, unik politik malasysia serta kontrak social dan krisis polti sarawal 1982-1992 dan Semenanjung 1987 dan 1998 dari perspektif akademik secara analitik.



Geng-geng aku di Tawau
Merempit ke tawau lagi.

Masa p tawau kemarin. Depa bli Amplang (makanan atau kerepek depa la). Aku tak bli lagi. Kawan2 di kelas duk tunggu apa buah tangan yang nak di bawa balik. Jadi petang tu dengan secara haram ala2 tabligh kami tahan van sapu dan trus p ke Bandar tawau. Tibai ja. Nak bli amplang punyai pasai. Tiba di pasar basah tawau. Masuk bli. Kami g tiga org. Berkotak2 juga la. Nak bawa balik rumah lagi, opsyen aku lagi, usrah aku lagi, usrah anak buah lagi…Wahhhh.. banyaknya hati yang perlu dijaga. Bila masa nak balik. Van sapu dah tak dak. Kami naik teksi ja. RM 40 dari tawau ke apas balung. Rasanya patut. Hampir satu jam baru sampai. Dalam teksi tu driver dia ramah.Blanja makan cucur pisang lagi. Tapi ckap sabah. Budak dua org y p dgn aku pening. Depa kan semenanjung. Mana nak paham. Aku pun apa lagi. Berkurapak la. Cmpur habis dialek yang aku tau. Skali dia Tanya..kau org kota belud ka??? Hah..punya campuq dialek. Dah jadi bajau aku dah. Bajau banyak di kota belud, jelapang padi Malaysia timur.

Bila sampai IP Tawau. Masih ada lg peserta yang bersyarah bagi sesi malam. Aku nak tidoq. Letih. Bagtau ustazah. Saya dah beli amplang. Ha?? Awat tak habaq(cuba dia cakap kedah wpun srawak), aku terus tepike..la.. awat aku tak habq kat dia tadi. Mesti bleh bli. Tapi tak pa.esok depa bawa p tawau lagi.

Cek Palsu ni.. Yang betul depa simpan


Jalan lagi- jalan ke Semporna

Pagi ni majlis penutup. Aku pakai baju batik ja. Dok dgan geng sekepala di blakang. Pengarah IP Tawau yang rasmi penutup. Lepas dia brucap ada persembahan nasyid yang hempeh. Ni kalu ada gandingan maahad mcm zul, che che mahupun pakdan ataupun gandingan team 4 sc 1 (4 sc sejarah)haha.hnya yang tau ja akan ketawa, lagi baik dari depa. Pas tu diumumkan sapa menang. Aku?? Percubaan yang baik barangkali. Pas tu bergambaq ramai-ramai, makan tengahari dan bersiap untuk solat Jumaat.

Cepat-cepat begambaq..bas nak jalan dah tu..


Solat Jumaat di apas. Masjid dia kecik ja. Tak dak tingkap. Dinding dia paras pinggang ja. Skali khatib cakap bugis da. Apa lagi, aku baca doa tidoq dan tidoq la.


Sudah tiba di semporna, Sabah..Restoran terapung..

Bergambaq di tepi Laut..
Petangnya kami di bawa berjalan-jalan lagi. G semporna. Ada pulau bum2 di situ. Sejam lebih baru sampai. Bandar yang cantik. Laut dia hijau. G ke restoran terapung. Tgok-tengok mutiara. Bli gak la tambah sket2. Bawa balik kat mak. Pas tu makan ikan bakaq ramai2. Masa balik dalam bas sembang dan tidoq ja.


Inilah Garai (Farizal ) kawan aku.. Blakang kami tu dah indon dah tu..


Di pasar basah Tawau..yang aku pegang tu la amplang..

Berjumpa Garai sebelum balik

Hari ni balik. Flight tengahari nanti dari Tawau. Kami g tawau semula atas permintaan depa yang tak cukup bli lagi. Aku tersu call garai (farizal) bekas stud tmpat aku. Pelatih KPLI, skang posting di Kalabakan. Daerah tepi tawau. Jumpa dia depan marco polo. G semula cari mutiara. Ternyata. Jalan dengan orang tempatan bnyak hikmahnya. Mutiara yang aku beli dapat harga yang murah juga. Pas tu g Bandar basah bli amplang tambah. G tepi laut, bukti aku smpai tempat paling hujung di Malaysia. Dari kejauhan nampak Negara indon.. Pas bersamalam aku naik bas ke airport. Sebelum smpai airport, kami berhenti makan dulu. Aku makan sup payau.. Sup daging rusa. Makan daging rusa lah aku. Di dalam flight modop(tidur ) ja. Dah kenyang.

Transit di airport Kota Kinabalu


Transit di KK..Ronda-rondi pasar Filipina

Ustazah saanah berpandangan jauh. Dia dah lewatkan tiket kami dari KK ke Kuching hamper 6 jam. Jadi malam la baru balik. Apa lagi. Kami pusing KK la. Kawan ustazah amik. Kiri ke Papar manakala kanan ke KK. Jadi amik kanan la. Aku call rakan aku, kak fauziana (KPLI 06). Dia posting di Sandakan. Kakak, saya di kk ni.berborak sakan la kami.

Dalam pasar Filipin

Sampai di pasar filipin terus masuk dan bli apa yang patut. Mutiara lagi. Mak tambah duit RM 200. Bli lah ami(panggilan manja mak pada aku-hampa jgn gelak), ramai lagi nak tu..ok..set mak..asaikan duit masuk. Pas tu bergambaq di waterfront KK. Banyak budak filipin situ. Depa pegang plastic. Jika kita bli barang, depa amik upah bawa, jadi dia pegang tangan kita ikut ja ke mana kita pi. Harga makanan laut yang elum dimasak memang murah tapi awas. Yang dah dimasak, mmg mahal.Bertoalak semula ke airport pas makan.

Di tepi laut Kota Kinabalu..

Disana aku buat date dengan Mak Ngah Nor(sedara jauh, anak tokngah) dia pegawai imegresen di sabah. Dia blanja apam balik. Sembang2 la kami sebelum chek in. Dalam Flight pla aku jumpa Tuan Timbalan Pengarah,Tanya khabar dan senyum ja la.. Pas tu aku tidoq..org tak ramai. Jadi 3 sit flight MAS tu aku punya bersama dengan makan malam

Makanan laut di sini murah-murah

Harap dapat ke Sabah lagi, bnyak tempat menarik yang boleh dilawati..

Ustaz Nazmi 25 April 2008
Kota Samarahan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin