Showing posts with label Hari Sukan. Show all posts
Showing posts with label Hari Sukan. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Jangan nafikan hak rakyat

Peluang jutaan rakyat jelata untuk menonton Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nampaknya terancam. Hanya mereka yang berlanggan dengan TV berbayar atau TV langganan sahaja yang akan berpeluang menyaksikan temasya itu.

Sebahagian besar peminat bola sepak akan hanya menggigit jari.

Inilah realiti pahit yang dihadapi oleh peminat bola sepak negara menjelang Pesta Bola Dunia kali ini. Sebabnya: TV percuma (terrestrial TV dan free-to-air) tidak mampu membeli hak penyiaran Piala Dunia. Maka TV1, TV2, TV3 dan lain-lain tidak boleh menyiarkan sepenuhnya mana-mana pertandingan dalam masa sebulan itu. Hanya TV berbayar atau TV langganan sahaja yang akan menyiarkannya.

Ini soal ketidakadilan. Ia bertentangan sama sekali dengan semangat badan yang mengawal bola sepak dunia - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - yang menghendaki sekurang-kurangnya sebuah stesen penyiar percuma di mana-mana negara diberikan peluang menunjukkan pertandingan itu.

Ini kerana FIFA mahu memberikan peluang kepada semua penghuni planet ini untuk menikmati temasya "permainan cantik" atau beautiful game itu. Ia merupakan sukan rakyat yang sebenar, bukan golf atau polo yang eksklusif untuk mereka yang mampu dan berada.

FIFA menyedari bahawa bola sepak ialah sukan paling popular di dunia. Berbilion manusia menonton sukan itu. Oleh sebab itu FIFA mahu mendemokrasikan bola sepak.

Setiap penduduk bumi ini sepatutnya berhak menonton bola sepak walau di mana mereka berada. Sukan sahaja yang menyatukan penghuni dunia. FIFA mahukan bola sepak menjadi sukan unggul yang buta bangsa, agama dan kedudukan.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Bayaran yuran untuk hak penyiaran melambung dengan hebatnya. Di Malaysia yuran untuk hak menyiarkan Piala Dunia meningkat daripada RM8 juta pada tahun 2002 kepada RM30 juta pada tahun 2006.

Bagi Piala Dunia 2010, jumlahnya meningkat menjadi RM80 juta, tidak termasuk kos masa tayangan yang berjumlah RM15 juta. Ini merupakan tambahan 300 peratus dari tahun 2006.

Entah berapa pula yuran bagi hak penyiaran empat tahun lagi! Dalam keadaan ini TV percuma tidak akan mampu bersaing dengan TV berbayar atau TV langganan.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat hak siaran 35 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 - 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda.

Malah kita percaya sekiranya RTM membayar jumlah yuran yang tinggi menggunakan wang rakyat, akan menimbulkan kemarahan pada semua pihak.

Bayangkan sekurang-kurangnya 11 juta rakyat kita dinafikan hak menonton Piala Dunia kali ini. Nasib mereka juga sama malangnya bila berhadapan dengan liga terkenal di Eropah seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (Piala UEFA).

Yuran untuk hak menyiarkan EPL selama tiga tahun akan datang bagi Malaysia sahaja meningkat daripada RM336 juta kepada RM875 juta atau peningkatan 161 peratus! Bagi Piala UEFA pula adalah dipercayai lebih RM35 juta diperlukan untuk mendapatkan hak penyiarannya.

Siapa yang mengaut laba keuntungan daripada semua ini? Pemilik hak penyiaran? Ejen bola sepak? Rakyat jelata kecewa!

Dalam masa sebulan pesta itu berlangsung, dunia akan melupakan sengketa dan kemiskinan, kesakitan dan kesusahan serta kebuluran dan perang.

Tumpuan diberikan pada permainan cantik, di mana sebiji bola dikejar oleh 22 pemain yang berbakat. Piala Dunia menjadi mercu tanda kehebatan pemain dan permainan bola sepak. Piala Dunia memperkenalkan pemain baru yang berbakat yang kemudiannya mungkin akan menjadi selebriti bola sepak.

Sukan ini menjadikan anak-anak gelandangan di kawasan miskin atau setinggan menjadi hero bola sepak yang disanjung.

Pesta bola bukan sahaja menunjukkan ketangkasan pemain tetapi juga melambangkan impian manusia. Bola sepak menjadi alat untuk anak-anak muda mengejar impian dan kekayaan.

Bayangkanlah anak-anak muda dari negara paling miskin di Afrika menjadi wira EPL dengan pendapatan mingguan melebihi RM500,000! Ini pendapatan seorang pekerja pejabat selama 333 bulan atau 27 tahun!

Di atas padang di mana berlangsung EPL atau Piala UEFA, kesemua pemainnya ialah jutawan. Hampir kesemua mereka datang dari latar belakang yang susah.

Ini peluang keemasan untuk anak-anak muda mengubah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Pada hari ini, negara-negara seperti Nigeria, Cameroon, Ghana dan lain-lain di Afrika mengeksport pemain bola ke Eropah dengan banyaknya. Negara perkasa hari ini dinilai daripada keupayaan pasukan bola sepaknya.

Melaysia memerlukan suntikan Piala Dunia. Mutu bola sepak kita berada pada kedudukan yang tidak boleh dibanggakan. Memang kita mendapat nafas baru dengan kemenangan pasukan kita dalam Sukan SEA baru-baru ini.

Tapi banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menjaya dan memajukan sukan itu.

Bagi stesen penyiar percuma atau FTA, tentulah sukar untuk mendapat balik wang yang dikeluarkan untuk yuran penyiaran. Syarikat rokok tidak lagi boleh mengiklan. Bagi yuran sebanyak RM80 juta untuk Piala Dunia kali ini, baik RTM atau TV3, tidak mungkin dapat pulangan daripada kos sebanyak itu.

Apa yang menyedihkan ialah ketamakan pemilik hak yang menaikkan yuran sewenang-wenangnya. Apa yang kita harapkan daripada permainan cantik sekarang menjadi gelanggang menunjukkan ketamakan.

Apa yang kita nampak hari ini ialah football greed. Keuntungan segelintir pihak menyebabkan hak rakyat dinafikan.

Sudah sampai masanya FAM menyatakan pendirian jelas dalam soal ini. FAM harus mewakili kepentingan rakyat dalam menyuarakan hak untuk menonton Piala Dunia. FAM tidak boleh berdiam diri kerana mereka akan dituduh membenarkan ketamakan berleluasa dalam sukan ini.

Rakyat Malaysia juga merayu kepada pimpinan negara agar mengambil perhatian serius soal ini. Dalam sukan, rakyat juga harus diutamakan.

Prinsip baru kerajaan yang dibawakan oleh Perdana Menteri kita harus diterapkan dalam sukan. Rakyat mesti diutamakan! Sukan adalah hak rakyat. Sukan harus dikembalikan pada rakyat!

Jangan nafikan hak menonton Piala Dunia pada jutaan rakyat negara ini!

Friday, November 13, 2009

Di Sebalik Final Piala Malaysia 2009

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat.

Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas.

Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?

Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.

Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan.

Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja.

Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut.

Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?

Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?

Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku?

Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.

Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras.

Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,

Managing Director,

LFG Engineering and Services Sdn Bhd

(http://www.lfg- engineering. com)

Hp : 012-2050538

-----------------------
- Link dari sini..
- Apapun yang berlaku, ambillah iktibar darinya...

Friday, May 2, 2008

Temenggung Jugah menewaskan Rosli Dhobi

Tarikan maut dari Nazmi dan Muaz..
Tanam Tenaga di bahagian belakang...

Kenak sidak Ghosli Dhobie sik apat fight kamek orang...??


haha..Pingat Emas..
Akhirnya dalam final tadi kami menang juga..ternyata strategi kami amat menjadi.. dalam perlawanan pertama mengikut pengadil kami hanya henjut 3x sahaja, manakala pusingan ke dua hebat dan sengit, lepas 5 kali henjut baru menang... Ok lah..TQ pada semangat berpasukan Temenggung Jugah, nak bagi seragam cara tarikan 15 orang bukan kerja yang mudah..Adios!!!..




Wednesday, April 30, 2008

Temenggung Jugah ke Final

Engker di belakang tu dah siap sedia...
Suasana Hari sukan

Assalamualaikum.....
Dalam kami dok kalut nak exam ni sempat lagi buat hari sukan, aku team Temenggung Jugah..Tak dak acara yang aku masuk sbb skang sibuk dok buat kelas ganti,, Jadi cuma join tarik tali ja..Mcm Nasib baik, geng2 aku ni bnyak badang2, jadi kami masuk final jumaat ni.. Jumpa di final jumaat nanti..
Kepada team2 aku, sempena hari pekerja esok, kita betapa la baik2 permantapkan strategi kita, buat team perahu maahad, aku pinjam yeel hampa bagi jadi yeel rumah sukan aku.
oliyo !!!.......Oh!
oliyoliyo!!!.... Oh! Oh!
Kesimpulannya, rajin2 lah bersukan....bagi badan ni tuff dan turun sket..minda cergas dan dapat simpan senjata untuk exam nanti..
OK..ADios!!!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin