Showing posts with label Akhbar Harian. Show all posts
Showing posts with label Akhbar Harian. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Penceramah perlu ada integriti dan kredibiliti


Seorang penceramah yang baik dan berkesan perlu menjaga tata susila dan etika peradaban dalam percakapan, perbuatan dan perlakuan. - gambar hiasan


PELBAGAI isu yang kita baca di akhbar-akhbar melibatkan penceramah dan integritinya khususnya dalam aspek keagamaan, kemasyarakatan, sosial dan politik yang tidak mendapat pentauliahan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Apabila memperkatakan mengenai pentauliahan, kita akan bercakap mengenai peraturan dan prosedur yang perlu diikuti oleh seseorang penceramah sebelum menyampaikan ceramahnya terutama yang berkaitan dengan isu-isu yang boleh mendatangkan impak kepada masyarakat keseluruhannya.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang penceramah, baik penceramah dalam aspek sosial kemasyarakatan, undang-undang, bahasa dan budaya, keagamaan atau kerohanian. Ini kerana seseorang yang hendak menjadi penceramah perlu mempunyai integriti dan kredibiliti yang mencerminkan apa yang hendak disampaikan dan memikirkan pengaruh dan kesan daripada ceramahnya itu dan bukannya bersikap lepas tangan jika ada permasalahan yang berkaitan dengan topik yang diceramahkan atau hanya merasa seronok bahawa ceramahnya itu telah menarik minat orang ramai.

Tugas dan tanggungjawab sebagai penceramah itu berat dan perlu bergerak seiring dengan kehendak dan keperluan masyarakat atau organisasi yang menjemput penceramah itu agar mendapat manfaat dan perkembangan yang positif daripada ceramahnya. Penceramah perlu memahami apakah maksud 'penceramah' kerana daripada perkataan 'penceramah' itu sendiri membawa maksud yang jelas mengenai tugas, peranan dan kredibiliti penceramah.

Dari aspek personaliti, penceramah perlu menjaga personalitinya sama ada luaran atau dalaman agar dihormati oleh pihak yang mendengar ceramahnya. Keterampilan dan keperibadian perlu dijaga dengan baik seperti sikap yang menyenangkan hati orang ramai, tidak sombong, suka tersenyum, merendah diri dan menjaga penampilan dari segi pakaian dengan menjaga bau badan, pakaian yang kemas dan sopan serta tidak menjolok mata bagi penceramah wanita.

Personaliti penceramah penting kerana sepanjang masa berceramah, diri penceramah akan direnung, dilihat dan dinilai daripada pelbagai sudut oleh penonton. Selain itu, keperibadian penceramah perlulah melambangkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya terhadap bidang yang diceramahkan dan ini akan memberi pengukuhan keyakinan peserta dan penonton terhadap apa yang disampaikan di dalam ceramah tersebut.

Dari aspek etika pula, seorang penceramah yang baik dan berkesan perlu menjaga tata susila dan etika peradaban dalam percakapan, perbuatan dan perlakuan. Langkah awal adalah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkaitan jika menjalankan sesi ceramah secara bebas dan jika dijemput oleh organisasi dan masyarakat serta badan-badan bukan kerajaan, penceramah perlu memastikan semua kod etika pihak yang dijemput dipatuhi dan mengikut protokol serta prosedur dalam penyampaian ceramah seperti kata pepatah, 'masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak'.

Jangan melanggar etika dan berkelakuan yang tidak menyenangkan pihak-pihak yang berkaitan dengan majlis ceramah seperti datang lambat, tidak membuat persediaan ceramah, bercakap melebihi masa yang ditetapkan dan sebagainya.

Jadilah penceramah yang disegani dan dihormati dengan menunjukkan etika diri yang baik. Penceramah juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan nilai positif semasa dan selepas menyampaikan ceramah. Semua penceramah diminta memberikan maksud, objektif, strategi, operasi dan implikasi dari topik yang diberi itu menjurus kepada nilai-nilai positif dalam dunia pekerjaan, kehidupan rumah tangga dan keagamaan. Seorang penceramah yang baik mampu mengungkapkan intipati ceramah kepada kesimpulan yang mantap dan padat dengan nilai-nilai murni yang positif untuk pegangan penonton dan pendengar.

Selain itu, majlis ceramah adalah antara siri cerita-cerita mengenai topik yang berkaitan. Pencerita yang baik perlu mempunyai persediaan dalam usaha untuk memberi penceritaan yang berkesan kepada pendengar. Penceramah perlu membuat persediaan dari segi bahan-bahan, isi kandungan yang mantap dengan fakta dan data serta persembahan visual dan sebagainya bagi memantapkan persembahan isi cerita yang akan didengar oleh peserta yang terlibat.

Penceramah yang baik mempunyai personaliti yang memaparkan kredibiliti padu sebagai penceramah dengan sikap yang prihatin dan empati kepada penonton. Jika topik ceramah yang disampaikan berkaitan dengan ibu bapa dan masalah sosial remaja hari ini, sudah tentunya ada persoalan dan keluhan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terjebak dengan masalah sosial. Penceramah perlu mendekati dan memberi motivasi serta sokongan moral kepada ibu bapa berkaitan. Sikap empati dan simpati yang ditunjukkan memberikan harapan baru kepada penonton atau peserta yang mempunyai masalah.

Seorang penceramah yang efektif perlu memiliki reputasi dan positif dari segi latar belakang pendidikan, pengalaman, pengetahuan, pergaulan dan sebagainya tanpa kontroversi. Kita tidak mahu penceramah mempunyai banyak cerita-cerita sensasi yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan kontroversi yang akhirnya memberikan implikasi yang negatif terhadap ceramahnya. Jagalah reputasi diri dengan baik agar disegani oleh pendengar dan ahli masyarakat.

Seorang penceramah itu sebenarnya memegang amanah yang perlu disempurnakan dengan baik. Amanah untuk menyampaikan ilmu yang benar dan mempunyai data dan fakta yang kukuh dan bukan semberono menyampaikan cerita-cerita penglipurlara yang boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Amanah dalam menjalankan tugas dan membuat tugasan tersebut dengan sempurna dan jujur tanpa dibayangi oleh upah, insentif atau nama yang bakal diperoleh oleh penceramah.

Penceramah juga mampu menyampaikan ceramahnya dengan gaya persembahan yang mampu menarik perhatian pendengarnya. Bahan-bahan penyampaian berbentuk visual berwarna-warni (jika perlu), alat pandang dengar yang baik dan paling penting komunikasi yang berkesan dalam ceramah itulah yang paling menarik perhatian. Selitkan unsur-unsur humor serta kisah dan tauladan dalam bentuk yang spesifik dan mudah difahami.

Komunikasi dua hala dengan penonton, intonasi suara, soal jawab dan komunikasi gerak tubuh dengan penonton amat penting bagi menjadikan ceramah menarik dengan maksud serta objektif ceramah dapat disampaikan dengan berkesan.

Penulis ialah Pensyarah di

Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan

Universiti Tenaga Nasional

Rujukan di sini

Thursday, December 17, 2009

Keistimewaan Buah Kurma

Buah kurma yang baru dipetik dari pokok palma. -Foto REUTERS

JIKA mempunyai pilihan antara air, buah anggur dan buah kurma untuk berbuka puasa, umat Islam disunatkan makan buah kurma terlebih dahulu.

Itu adalah mengikut Sunah Islam.

Ini kerana buah kurma dapat memberikan tenaga segera sekali gus mereka dapat melakukan beribadat dengan lebih bertenaga.

Buah kurma adalah buah yang cukup istimewa. Walaupun saiznya kecil, ia menyimpan banyak zat dan khasiat.

Antaranya, karbohidrat, protein, gula, serat, vitamin A dan C, asid folik, asid amino, riboflavin dan air.

Gholam Attia mendakwa kurma yang ditanamnya berperisa karamel. -Foto REUTERS

Ia juga kaya dengan zat mineral dan galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Orang ramai juga menggemarinya kerana ia manis. Ia boleh dimakan dalam bentuk mentah atau dimasak.

Seorang penanam kurma dari Algeria, Gholam Attia memetik sebiji buah kurma dari sebatang pokok di ladangnya lalu memakannya.

Seorang penanam memungut buah kurma semasa musim tuai di Tolga, kira-kira 450 km (280 batu) dari Algiers pada 5 November lalu.

"Buah-buah kurma saya adalah lazat. Ia berperisa karamel," katanya.

Ini menunjukkan buah kurma mempunyai kemanisan yang luar biasa.

Pokok palma kurma biasanya ditemui di negara-negara Arab kerana iklimnya yang panas.

Ia tidak boleh hidup dengan diselindungi bayang-bayang.

Para pekerja memproses buah-buah kurma yang dikutip.

Buah kurma dipercayai berasal dari kawasan di sekitar Teluk Farsi. Pada zaman lampau, kurma banyak ditemui antara sungai-sungai Nil dan Euphrates.

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang ditanam di seluruh dunia. Misalnya, Zahdi; Sayer; Halawi; Khadrawi; Khastawi, Brem, dan Chipchap.

Buah kurma tersebut telah menjalani "migrasi". Sebagai contoh, buah kurma Barhi dari Basra, Iraq diperkenalkan kepada para penanam buah kurma di California pada 1913

Jelajah 2009 : Moderator Explorace Konvoi Bermotosikal


(Liputan Akhbar Harian mengenai program yang dijalankan)
-Gambar dan aktiviti yang sempat saya rakamkan akan menyusul kemudian-

Tuesday, September 8, 2009

Akibat Polis tak paham undang-undang


Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis.

Sunday, September 6, 2009

Kenapa Kepala Lembu?

Pengalaman praktikum..Berkat ajaran Islam yang menganjurkan toleransi, saya bersama sahabat-sahabat Muslim tidak kisah tinggal sebumbung dengan alex(baju kuning) walaupun dia Cina dan Kristian.. Bahkan perbincangan secara terbuka tentang agama kerap berlaku antara kami.. Keterbukaan itu diterjemahkan dengan alex sendiri menghadiri majlis Bacaan Yassin untuk pelajar UPSR di sekolah..dan kami telah melengkapkan alex dengan pakaian yang dia pakai..Walaupun alex sudah menghafaz kalimah azan dari mula hingga habis.. Hidayah adalah hak Allah...Dan kami tak perlu provokasinya dengan KEPALA LEMBU
--------------------------
Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

Petikan tulisan Zaid Ibrahim

-------------
- Tuan-tuan..pengalaman saya dalam proses mengislamkan non Muslim samada secara direct ataupun sekadar sampingan di tepi.. Tak pernah kita mulakan dakwah dengan mengatakan sebarang kebejatan yang ada dalam agama mereka seperti itu salah, ini salah, verse ini boleh dipertikai... DAKWAH ITU PERLU HIKMAH.. Kita ambil hati dulu.. bincang..ambil masa.. taaruf dan tinggalkan dengan persoalan.. Bukannya provokasi.. Dengan apa yang berlaku ini, saya dengan penuh sedar selaku pengundi yang sah berdaftar MENGHARAMKAN tangan saya dari memangkah Parti yang penuh dengan sentimen perkauman kerana ia bersalahan dengan agama Islam.. Saya sedia berdebat isu parti perkauman dan parti agama ini dengan sesiapa sahaja dan saya bertanggungjawab dengan statement ini.. Terjunlah dengan labu wahai pejuang kaum dan bangsa..aku lebih rela berjuang untuk agama..

------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 September 2009
Kota Samarahan

Wednesday, August 26, 2009

Peluang akhir untuk belajar

BANYAK yang perlu dipelajari oleh Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Pengajaran itu pula bukan baru sebaliknya telah diwarisi sejak tsunami Mac 2008 yang menyaksikan BN tumbang di lima negeri.

Begitu juga dengan kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil lantaran faktor-faktor yang menyumbang kepada tersungkurnya BN di tangan pembangkang adalah sama. Tidak ada formula baru, tidak ada juga faktor baru dan tidak ada juga sentuhan baru.

Baik bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 mahupun pilihan raya kecil, semua isu berkaitan kekalahan adalah sama dan bukan kali pertama dibangkitkan. Malah mahu saja disimpulkan yang BN tidak pernah mahu belajar, enggan belajar dan malas belajar.

Sebab itu mereka mengulangi kesilapan yang sama sekali gus membuka ruang kemenangan kepada calon lawan. Lebih mendukacitakan apabila kemenangan yang dijulang oleh pembangkang itu bukan disebabkan mereka kuat sebaliknya didorong oleh kelemahan BN dan UMNO sendiri.

Dan di Permatang Pasir BN/UMNO sekali lagi membentangkan skrin untuk mengulang tayang satu demi kesilapan yang pernah dibuat sejak bertahun-tahun lalu dan dipertontonkan kepada umum.

BN dan UMNO tanpa rasa malu mengajak rakyat Malaysia berfikir tentang kealpaan, kecuaian dan kadangkalanya kebodohan yang sama sekali tidak sepatutnya dilakukan tetapi terus juga dilakukan dan medan terbaru adalah di Permatang Pasir.

Sedangkan di Permatang Pasir yang menjadi anak Permatang Pauh, BN sepatutnya berusaha meminimumkan kesilapan lantaran cabaran di sini bukan calang-calang.

Hatta sebesar zarah kesilapan yang dilakukan boleh mengundang padah berpanjangan menyebabkan misi untuk mengulangi kejayaan mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai tidak kesampaian.

Sebab itu ramai yang menyifatkan Permatang Pasir adalah peluang terakhir untuk BN belajar.
Jika kekalahan kalinya ini tidak lagi menyentuh hati nurani pemimpin serta ahli-ahli UMNO, maka lupakan impian menyemarakkan gelombang biru pada PRU 13 nanti.

BN mesti belajar. Komponennya terutama UMNO yang meletakkan calon pada hampir setiap pilihan raya kecil dan tewas tidak ada ruang lagi untuk memikirkan soal kroni, poket, sikap sambil lewa dan tindakan mensabotaj parti sendiri.

Biar pun dinafikan wujud perbuatan seumpama itu tetapi apa yang terjadi di Permatang Pasir terutama dalam soal pemilihan calon menunjukkan sebaliknya. Jika calon untuk bertanding pada pilihan raya umum waima pemilihan parti sekali pun terpaksa melepasi pelbagai peringkat saringan tetapi di N11 tidak kelihatan sedemikian.

Calon BN seolah-olah terlepas daripada saringan menyebabkan rekod peribadinya termasuk pembatalan sijil peguam sivil dan perkahwinan kedua dibongkar dan terbongkar dengan cara yang tidak sepatutnya. Timbul persoalan di mana perisikan, di mana cawangan khas dan di mana 'mata-mata' dalam UMNO

Sedangkan seperti yang dimaklumkan oleh beberapa pemimpin UMNO, isu itu telah pun diketahui oleh pasukan petugas yang diberi tanggungjawab memilih calon tetapi ia dipandang ringan.

Seorang pemimpin UMNO di negeri ini berkongsi rasa marahnya apabila diajak berbual perihal calon.

''Beberapa hari sebelum penamaan saya dah maklumkan supaya semak latar belakang calon, tapi mereka tidak peduli. Akhirnya kita terpaksa mempertahankan benda-benda yang sememangnya tidak boleh dipertahankan.''

Lebih daripada itu calon yang bertanding sepatutnya jujur dan berterus terang. Mereka mesti jujur apabila dipilih sebagai calon dengan berterus terang tentang hitam putih yang pernah mewarnai hidup mereka.

Jika telah berterus terang dan parti masih mahu memilihnya maka semestinya pertimbangan semasak-masaknya telah dibuat terutama dalam merangka strategi menangkis dakyah serta tohmahan pihak lawan.

Kejujuran itu sangat penting kerana rakyat mahu seorang pemimpin yang bukan saja dilihat bersih malah benar-benar bersih dan tindakan menyembunyikan kebenaran akhirnya mengundang aib bukan sahaja kepada calon malah parti juga terpalit.

Kecuaian dan sikap tidak kisah atau ada agenda tertentu dalam pemilihan calon itu merupakan antara faktor kemerosotan prestasi BN pada PRU 12 dan ia terus diulang sehinggalah di Permatang Pasir.

Dalam soal pemilihan, seorang pemimpin muda yang juga anggota Kabinet melahirkan rasa hairan tentang tradisi UMNO yang hanya mahu memilih calon berjawatan dalam parti seperti setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian dan macam-macam lagi.

''Apa salahnya turun ke akar umbi, lihat ahli-ahli biasa yang semangat perjuangannya adalah demi UMNO. Tidak salah mereka dipilih sebagai calon asalkan mempunyai nilai-nilai yang diterima masyarakat, cara ini lebih berkesan,'' katanya.

Beliau bersetuju bahawa kekalahan demi kekalahan menunjukkan UMNO tidak belajar sambil menarik perhatian perihal masalah dalaman parti yang antara lain menjadi punca kempen tidak dapat dilangsungkan dengan berkesan.

Kalangan ahli-ahli UMNO masih sibuk dengan agenda peribadi, bermusuhan dalam senyap dan enggan bekerjasama untuk memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat. Mereka seolah-olah tidak kisah akan masa depan UMNO yang memudar perlahan-lahan asalkan hasrat serta keinginan tercapai. Ada kalanya mereka tidak kisah asalkan dendam kesumat terbalas.

Lantaran itu kesungguhan UMNO untuk berkempen tidak dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, diburukkan lagi dengan hakikat calon yang bertanding sarat dengan kontroversi menghasilkan keputusan seperti yang diumumkan ketika masuk waktu berbuka puasa semalam.

BN/UMNO sendiri sangat arif Permatang Pasir adalah kawasan hitam - masalah sikap, hasad dengki, tiada kesungguhan dan calon yang kontroversi menutup peluang BN untuk membuktikan kepada pengundi bahawa parti itu mampu menggantikan Pas yang telah 'bermastautin' selama tiga penggal di situ.

Sisi hitam UMNO dan calonnya menyebabkan calon Pas yang telah enam kali tewas pada pilihan raya mencatatkan rekod kemenangan biar pun undi merosot lebih seribu. Taktik cuba mengheret calon Pas ke kancah 'peperangan peribadi' juga tidak menjadi, menyebabkan beliau dipandang bersih sehingga melayakkannya dipilih sebagai wakil rakyat di Permatang Pasir.

Kempen-kempen pembangkang yang menjadikan antara lain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Mahfuz Omar tidak putus-putus membandingkan antara calon Pas dan BN - memberi peluang kepada pengundi untuk membuat penilaian.

Kesepakatan dan kesungguhan pakatan pembangkang untuk memenangkan calon daripada parti Pas juga mampu menidakkan kerja keras BN untuk memutihkan imej calon yang telah tercalar biar pun kesan serangan peribadi ke atas calon BN dilihat sedikit menjejaskan undi yang diterima calon Pas.

Biar pun keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan kemerosotan undi calon Pas, tetapi calon BN juga tidak terkecuali berhadapan dengan pengenduran sokongan walaupun angkanya dilihat kecil.

Penurunan majoriti dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang menurun sebanyak kira-kira 10 peratus.

Seperti yang diakui Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sikap pengundi Permatang Pasir tidak banyak berubah. Sememangnya begitu.

Tiada elemen baru yang mampu menarik perhatian pengundi untuk memihak kepada BN. BN dilihat oleh banyak pihak memulakan langkah dengan kaki kiri, menyebabkan jejak-jejak seterusnya menjadi sumbang.

BN dilihat kalah sebelum berjuang. BN juga dikatakan menghantar tentera ke medan perang tanpa senjata, lebih daripada itu BN diumpama seperti menghantar atlet paralimpik untuk bersaing di Sukan Olimpik.

Tidak mustahil jika BN/UMNO bermula dengan baik terutama daripada sudut pemilihan calon - keputusan yang diperolehi menawarkan angka berbeza. Dan paling penting BN tidak mempunyai masa lagi untuk bertangguh daripada menghadiri 'kelas dewasa' supaya masalah ketidakpekaan 'deria' terhadap masalah dalaman parti dapat dicari penawarnya.
----------------
Rujukan Utusan Malaysia di sini

Kemenangan yang di duga..

BUKIT MERTAJAM: Kemenangan Pas tetapi majoriti akan berkurangan adalah satu keputusan yang telah diduga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Pada pilihan raya kecil itu, Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man meraih 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menang dengan majoriti 5,433 undi mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib.

Antara faktornya ialah kerana Permatang Pasir telah menjadi kubu kuat Pas selama tiga penggal dan kekuatan itu dikukuhkan lagi apabila Angggota Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DUN Permatang Pasir adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh selain Penanti dan Seberang Jaya dan pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Pas Mohd Salleh Man dan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berikutan kematian penyandangnya Mohd Hamdan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, faktor pengurangan majoriti Pas adalah disebabkan jumlah mereka yang keluar mengundi berkurangan kerana ia diadakan pada hari bekerja.
Katanya, faktor Anwar sememangnya membawa kemenangan kepada Pas dan pemimpin pembangkang itu terus mendapat sokongan pelbagai kaum.

"Anwar dalam ceramahnya sering menjelaskan bahawa satu undi untuk calon Pas adalah sama dengan satu undi kepadanya dan juga satu undi kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang," kata beliau kepada Bernama di sini semalam.

Sivamurugan berkata, kenyataan Anwar itu berjaya meraih undi dari semua kaum kerana rakyat di kawasan Permatang Pauh menyokong beliau.

Katanya, faktor calon kini tidak boleh diambil kira kerana walaupun Rohaizat telahpun membersihkan namanya dari segala tuduhan manakala Mohd Salleh pula tidak popular dan tidak pernah memenangi enam pilihan raya umum sejak 1986 sehingga pilihan raya umum 2008 namun kemenangan masih memihak kepada Pas. Beliau mendakwa, satu lagi faktor penting yang menyumbang kekalahan calon BN ialah anggota parti komponen BN yang tidak mengundi atau menyokong BN sendiri.

Ketidaksetiaan anggota-anggota parti komponen BN itu terbukti apabila jumlah undi yang diperolehi adalah berkurangan daripada jumlah keanggotaan mereka.

Sivamurugan berkata terdapat sebanyak 5,600 anggota dari partiparti komponen BN malah anggota Umno sendiri adalah sebanyak 5,400 tetapi BN hanya mendapat 5,067 undi sahaja.

Penulis terkenal Kassim Ahmad pula berkata, kekalahan Umno telah diduga kerana rakyat masih mahu memberi peluang kerajaan pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda mereka.

"Walaupun jumlah majoriti Pas telah berkurangan tetapi ia tidak sampai 1,000 pun dan ini menunjukkan rakyat masih percayakan pakatan pembangkang dan menolak sistem dan dasar pemerintahan kerajaan sekarang," kata beliau.

Katanya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, isu rasuah, integriti dan moral yang dibawa oleh pembangkang masih mempengaruhi pengundi.

"Terdapat juga rakyat yang mahukan kerajaan memperkenalkan sistem dua parti seperti yang diamalkan oleh negaranegara Eropah dan disebabkan itu mereka menyokong pembangkang supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN," kata beliau. BERNAMA
---------------
Rujukan MStar

Sunday, July 26, 2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

PEMIMPIN JANGAN AJAQ PENGIKUT BUAT BENDA HARAM..
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.


Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.


Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Rujukan di
sini

Saturday, July 18, 2009

Jatuh tingkat 9-Mesti bersepai


Timbul perasaan kemushkilan di benak kepala aku?, apabila tengahari tadi seorang daripda in-charge aku tanya, dan suruh aku berfikir mengenai kisah mangsa siasatan SPRM.

Kalau kita lihat dan baca dari Harian Metro DISINI mangsa dikategorikan jatuh dari tingkat 14 ke koridor tingkat 5.. Ini bererti 9 tingkat ketinggian yang mangsa jatuh.

Mengikut In-Charge aku, biasa seorang anggota TLDM terjun bunuh diri dengan ketinggian 10 tingkat sahaja, mayatnya bersepai jatuh ke bawah, puas anggota bomba memungut dan membersihkannya.

Tetapi mangsa yang ini, yang dikata jatuh, atau membunuh diri, mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar. Jadi sendiri fikirlah…

Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes ini diklasifikasikan kematian mengejut.. (Utusan Malaysia)….pulak dah… belum apa-apa dah macam-macam kenyataan keluar… Sama-samalah kita fikir….


http://manjongmari.blogspot.com/

Thursday, May 28, 2009

Tak Patriotik akhbar tempatan

Alahai nak kata apa pon tak tahu dah... macam nie ke dinakan surat habaq nasional... Cerita yg amat penting untuk tatapan Rakyat Malaysia tetapi cuma keluaq BESAQ TU sahaja... entah laa... siapa laa punya kementerian nie... takan nak jaga ekonomi pon tak reti.. sembang hebat gila... kita tak terjejas la.. ekonomi semakin pulih laa... tetapi kenapa boleh drop sampai menguncup 6.2% nie... patut la hangpa kalut nak tukaq RON sana RON sini.. duit dah tak ada... last nak kikis kat rakyat jugak....alahai....nak salah siapa nie... cuba cerita sat....


cerita pasai bolesepak england pon panjang lagi dari cerita ekonomi negara..

---------
- Media harus adil..Ceritakan pada rakyat benda yang betul.

Sunday, May 24, 2009

Sapa kata tak laku????

Haron dan Imah diarak menaiki motosikal dari masjid ke Balai raya di Kampung Sawah, Sunggala pada majlis kahwin mereka di Port Dickson, semalam.


Bekas tentera temu jodoh ketika kunjungi gerai makan

PORT DICKSON: Doa seorang warga emas berusia 78 tahun di depan Jabal Rahmah, Makkah, supaya dipermudahkan jodohnya, termakbul apabila selamat dinikahkan, di sini semalam, hanya selepas 10 hari menunaikan umrah.

Majlis pernikahan Haron Abdullah dengan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), Imah Abd Hamid, 49, berlangsung penuh meriah di Masjid Kampung Sawah Sunggala dengan bekas tentera itu menyerahkan wang hantaran RM3,000.

Selepas majlis akad nikah, Haron yang juga bekas ketua kampung berkenaan serta kini Penasihat Kelab Motosikal Jaguh Port Dickson, membawa isteri barunya menunggang Jaguh diiringi beberapa ahli kelab ke balai raya kampung itu untuk majlis jamuan.

Haron yang kematian isteri pertamanya 25 Januari lalu, berkata ketika menunaikan umrah awal bulan ini, beliau berdoa agar bertemu pengganti isterinya sebelum terpikat kepada Imah yang ditemui di sebuah gerai makan di kampung berkenaan.

“Ketika terpandang Imah, hati berdetik mungkin inilah jodoh saya. Hasil risikan mendapati dia kematian suami sejak dua tahun lalu. Imah juga mengenali saya, tetapi saya tidak pernah nampak dia sebelum ini," katanya.

Bekas tentera itu yang bukan saja masih sihat, malah aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di kampung itu dengan memegang jawatan Pengerusi Rukun Tetangga dan Tabika Kemas berkata, selepas berhubungan melalui telefon bimbit, beliau menyuarakan hasrat untuk hidup bersama Imah.

Haron yang mempunyai sembilan anak, 30 cucu dan dua cicit serta Imah yang dikurniakan empat anak hasil perkahwinan masing-masing sebelum ini, dinikahkan oleh imam masjid, Kamaruddin Ibrahim.
-Rujukan di sini

Sunday, May 17, 2009

Kampung paling banyak kembar


DI sebuah perkampungan India yang terpencil, Kodinhi di Kerala, terdapat hampir enam kali ganda kelahiran kembar berbanding purata dunia.

Kira-kira 250 pasangan kembar telah didaftarkan di kampung yang dihuni 2,000 keluarga itu.

"Berdasarkan pengalaman perubatan saya, terdapat kira-kira 300 hingga 350 pasangan kembar di Kampung Kodinhi," kata Dr. Krishnan Sribiju yang menambah, masih banyak kelahiran yang belum didaftarkan.

Sebagai doktor setempat dan pengikut setia perkembangan kelahiran kembar, Sribiju sudah menghabiskan masa sehingga dua tahun untuk mengkaji fenomena kembar kampung itu.

"Perkara yang menakjubkan adalah peningkatan jumlah kembar setiap tahun begitu banyak sehingga saya merasakan sejak 10 tahun yang lalu bilangan pasangan kembar di Kodinhi sudah berganda.

"Berdasarkan pengetahuan saya, penemuan perubatan ini bermula sekitar 60 hingga 70 tahun lalu."

Jadi mengapa ada begitu banyak pasangan kembar di kampung itu? Barisan doktor sendiri masih buntu.

Sribiju menolak sebarang cadangan bahawa ia terjadi berikutan faktor genetik atau pencemaran, memandangkan kesemua pasangan kembar di situ dilahirkan dalam keadaan sihat.

Rawatan kesuburan seperti semaian in vitro pula tidak digunakan di kampung itu kerana kosnya yang tinggi.

"Saya fikir ia ada kaitan dengan aktiviti dan makanan serta minuman yang diambil oleh penduduk kampung," kata Sribiju.

"Malah, kembar lazimnya dilahirkan wanita yang lebih berusia, sedangkan di Kodinhi senarionya berbeza. Penduduk di kampung ini kebanyakannya kahwin muda pada usia sekitar 18 hingga 20 tahun dan mereka berkeluarga tidak lama selepas itu."
--------------------
Rujukan di sini

Sunday, April 26, 2009

Amanah Saham Kita di Malaysia

Sedikit sejarah mengenai ASM..ianya dilancarkan pada 20 April 2000..berikut adalah perfomance ASM pada tahun 2006 hingga 2008..

2006=6.75 Net Distribution per unit (sen)
2007=6.80 Net Distribution per unit (sen)
2008=7.80 Net Distribution per unit (sen)


Source: Extracted from annual reports of Amanah Saham Malaysia which were audited by an independent certified ..http://asnb.com.my/english/asm

Disebabkan oleh prestasi yg memberangsangkan tidaklah begitu menghairankan kenapa kaum cina begitu berminat dan sememangnya menunggu utk merebut saham tersebut..

Namun begitu mengikut laporan Utusan Malaysia..daripada 1.665 bilion unit baru yang ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual ....

persoalan disini mengapa senario sebegini terjadi kepada kaum Bumiputera/Melayu ?..adakah promosi yang dijalankan oleh PNB tidak berkesan menarik perhatian Bumiputera utk melanggan ASM..namun begitu semasa pelancaran terbaru di Johor baru-baru ini boleh dikatakan peratusan pengunjung yg hadir majoritinya Bumiputera/Melayu...adakah Bumiputera/Melayu ini hanya berminat utk menghadiri majlis pelancaranya sahaja kerana terdapat berbagai-bagai aktiviti yg dijalankan oleh pihak penganjur dari berminat utk melanggan saham-saham yang ditawarkan kepada mereka...?

Apa yg bermain difikiran saya..apakah punca-puncanya kaum Bumiputera/Melayu tidak mempunyai "nafsu" utk merebut saham ASM..disini ingin saya lontarkan pendapat peribadi yg berlegar difikiran sebaik sahaja habis membaca akhbar Utusan Malaysia...


1) Inilah pendedahan sebenar salah satu faktor kegagalan DEB utk menjulang kaum Bumiputera/Melayu...mereka ini tidak mempunyai dana utk simpanan hari masa depan disebabkan faktor ekonomi yang menekan mereka utk berdiri sama tinggi dengan kaum cina khususnya..

2) Peranan Media cetak/elektronik utk memberi pendedahan berterusan mengenai pelaburan didlm saham-saham amanah amatlah mendukacitakan..ramai golongan kelas pertengahan dan bawahan kaum Bumiputera/Melayu boleh dikatakan hampir tidak mengetahui langsung apa itu saham-saham amanah...media dinegara ini majoritinya hanya menfokuskan hiburan semata-semata..

3)Pendedahan awal yang berterusan di peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti mengenai saham-saham amanah boleh dikatakan tiada langsung...oleh itu utk memupuk minat terhadap saham-saham amanah dikalangan Bumiputera/Melayu sememangnya "tiada".


Cukuplah setakat 3 sebab kenapa Bumiputera/Melayu tiada langsung "nafsu" memiliki saham-saham amanah yang ada di Malaysia..


Di dalam pemikiran kedua saya adakah ini satu propoganda untuk menarik sokongan rakyat Malaysia terhadap UMNO/BN yg kini diterajui oleh kepimpinan "Satu Malayasia.. khususnya kaum bukan Bumiputera?...ini dapat dilihat dengan pelancaran unit baru ASM dan unit baru ASW 2020 yang akan dilancarkan pada 27 April ini.Unit baru ASW 2020 akan diagihkan secara percuma dengan peruntukan sebanyak 100juta..namun begitu terdapat beberapa pendapat yg meragui perlaksanaan pengagihan unit ASW 2020 secara percuma itu..ini dapat dilihat dari laporan Utusan Malaysia;-

Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.

‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.

Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.

Adakah peluang yg ditawarkan ini hanya dinikmati sesetengah golongan sahaja seperti mana telah berlaku kepada Pinjaman Tekun yg mana perlu ditandatangani oleh seseorang yg bergelar Ketua Bahagian parti politik tertentu..?

Ditengah-tengah rakyat cuba melepaskan diri dari belenggu krisis ekonomi global dan dibebani dengan skim pemberhentian pekerja yg mana majoritinya diterima oleh kaum Bumiputera/Melayu sanggupkah mereka mengeluarkan sedikit wang utk jaminan pelaburan di masa hadapan ?..atau menggunakan dahulu wang tersebut utk mengimbangi ekonomi mereka yang semakin menekan dan terus tertekan..?

Ada pendapat yang mengatakan kaum bukan Bumiputera khususnya kaum cina belajar dari krisis matawang Asia yang berlaku pada tahun 1997-1998 dimana menyaksikan mereka mengumpulkan wang/dana utk menghadapi krisis ekonomi yang berkemungkinan akan melanda negara setiap 10 tahun..?...Dengan senario yang berlaku kini telah membenarkan pendapat tersebut dimana unit saham ASM yg diperuntukan oleh kaum cina telah habis dilanggan kini...

Akhir sekali utk menutupkan pemikiran saya ini.......ingin saya melihat satu perubahan yg dapat dilakukan utk menarik minat kaum Bumiputera khususnya utk melanggan unit saham-saham amanah....dan bukan hanya menarik minat utk menghadiri majlis-majlis pelancaranya sahaja...

Pendedahan berterusan untuk memupuk minat yang mendalam dari peringkat awal sekolah menengah sehingga universiti dan juga golongan rakyat kelas menegah dan rendah khususnya Bumiputera/Melayu tentang Unit Saham-Saham Amanah..

http://apadianie.blogspot.com/

Friday, April 17, 2009

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

http://kosmo.com.my

Tuesday, April 14, 2009

Kaji Semula Islam Hadhari


KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, sokongan harus diberikan kepada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Juanda, ia bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya tidak hanya diperakui dari segi teori semata-mata.

“Pendekatan melalui segi teori sahaja tidak cujup dalam memperkasakan umat Islam, malah ia perlu diterapkan dengan konsep praktikal di dalam menghayati ajaran Islam.

“Penerapan Islam dari segi praktikal adalah penting dalam memenuhi arus perubahan masyarakat bukan hanya bergantung kepada program-program stereotaip yang dianjurkan yang tidak dijamin keberkesanannya,” kata beliau lagi.

Menurutnya, banyak program kini yang dianjurkan tidak sampai ke peringkat akar umbi dan kajian semula mengenai konsep ini mampu menambah baik dalam usaha dakwah ini.

“Dalam usaha seperti ini (penerapan Islam) ia tidak perlu dicop oleh apa-apa jenama sebaliknya hanya berasakan al-Quran dan al-Sunnah,” kata beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kajian semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari adalah antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) Guru-Guru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (KAFA) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, kelmarin.

Thursday, April 9, 2009

Senarai penuh anggota kabinet

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Saturday, April 4, 2009

Entri ke 400 Gambar Hari Ini : PM ke 6 dan Pak Lah















KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976 sebelum meninggal dunia akibat leukemia.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.

Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.

Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.

Karisma kepimpinannya dalam politik mula terserlah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976 sebelum mencatat sejarah pada tahun yang sama sebagai anggota Parlimen termuda, pada usia 22 tahun, dengan memenangi tanpa bertanding kerusi Pekan dalam satu pilihan raya kecil apabila ayahanda meninggal dunia.

Bermula dari situ, Najib secara beransur meniti kejayaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan sehingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. - BERNAMA
____________________
- Secara peribadi saya hanyalah meletakkan satu harapan..DS Najib..Laksanakanlah Islam dengan sebaik mungkin.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 April

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin