PERHATIAN!!!

Saya perlukan sumbangan anda di sini
Ustaz yang Berselimut, Baca&Komen di Sini

Sekadar Yang Mampu

on Saturday, July 4, 2009

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Sukar untuk saya ungkapkan, tapi demi kebelangsungan dakwah serta gerak kerjanya, saya memohon kepada rakan-rakan para pembaca yang sudi untuk membantu saya. Antara keperluan utama gerak kerja saya di sini ialah:-

- LCD (yang di gunakan selama ini milik individu tertentu mahupun sekolah berdasarkan program)
- Peralatan LDK
- Kos pengangkutan (kereta sewa, tiket penerbangan dll)

Aktiviti ke kampung-kampung dan juga masjid surau akan lebih berkesan dengan penggunaan LCD dan di gabungkan dengan kuliah tradisional. LCD tersebut juga akan digunakan untuk program-program kesedaran remaja di sekolah-sekolah ataupun di mana jua anjuran swasta. Program yang di sertai saya dan rakan-rakan bukanlah program yang membabitkan perniagaan dan keuntungan. Segalanya adalah percuma, sumbangan ikhlas pihak yang menjemput akan digunakan semula untuk menampung kos pada program yang akan datang.

Sumbangan bolehlah di salurkan di :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KOTA SAMARAHAN
11-040-02-019634-6
MOHD NAZMI BIN ABDUL GHANI

Sebarang pertanyaan,
Email :- ustaznazmi(at)yahoo(dot)com
H/phone :- 012 – 847 8847
* Panggilan hanya di luar waktu pejabat, mesej pada bila-bila masa Insya Allah.
---------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Julai 2009

Kembara Lembah Nil dan Haramain Syarifain 3

Makam Saidina Hussain (cucunda Nabi Muhammad SAW) yang terdapat di Masjid Hussain
Rasanya Jabal Mokhattam dan juga Benteng Solahuddin al-Ayubi saya akan ceritakan kemudian dalam satu artikel yang berupa panorama kerana ke dua-dua tempat tersebut saya hanyalah melintasinya dan bukan menjejak kaki dan melawatinya.

Bukan Ajaran Musa tetapi Warisan Fir’aun

Arab Mesir secara fizikalnya tegap dan tinggi. Namun ada juga berbaka rendah. Tiga hari dua malam di Mesir setelah menggauli dan bermuamalah dengan mereka membuatkan saya terpaksa mengiyakan serta me “na’am”kan segala pandangan sahabat-sahabat yang pernah dan sedang berkelana di bumi anbia ini. Ada yang positif namun mata saya lebih cepat menangkap yang negatif. Biarlah saya kemukakan yang negatif dulu kemudian di susuli dengan yang positif. Bukan menghina tetapi untuk mengenali dan juga maklumat awal kepada sahabat-sahabat agar tidak terkena sebagaimana yang saya kena dan yang saya lihat orang lain kena. Namun sesetengah yang negatif tu barangkali ada juga rasionalnya dari kaca mata orang Mesir. Lain padang lain belalang.
Khan el-Khalili.. Bazar yang sentiasa mendapat kunjungan pelancong..
Mazmumah ?

1. Bila saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah. Terdapat 3 orang ahli rombongan yang memerlukan kerusi roda. Petugas lapangan terbang lantas membantu. Hati saya berbunga. Berjumpa keturunan Musa barangkali.. Cikgu Sofi (ketua rombongan) lantas bertanya.. Kami perlu tolak sendiri atau dia (petugas) yang akan tolak.. Dia jawab dia tolak.. Cikgu Tanya lagi perlukan upah atau tidak?? Kami orang susah tak da duit…

“Wa Allahi.. La!”, kata petugas tersebut

Maka bergegaslah kami keluar dari lapangan terbang. Menuju ke Bas. Selepas semua selesai. Tiba-tiba si Arab ni meminta upah. Upah? Tadi kata tak payah.. Saya rasa macam nak turun dari bas saja menumbuk dua petugas tersebut. Mereka ingat orang Melayu semuanya kecik-kecik.. Namun, Alhamdulillah, saya kawal. Dan selepas diberikan duit kami teruskan perjalanan.
Orang Mesir memang manis dengan senyuman serta lidahnya kerap mengucapkan salam.
2. Masih di lapangan terbang. Ketika menunggu bagasi. Kami cuba untuk mengambil “kereta sorong” (saya tak tahu namanya) untuk angkut beg. Tetapi di halau oleh arab yang bertugas menggunakan bahasa Arab a’mmi. Saya cuba menggunakan saki baki fushah arab yang masih lekat di kepala. Sekadar husnuzon. Terus juga di halau mereka. Biarlah. Keturunan Musa belum ku jumpa.. Seketika kemudian, seorang penumpang arab tiba lalu dengan rileksnya mengambil troli (baru jumpa namanya, hehe), Ya Rabbi, dasar Arpathede betul arab ni.. Cucu cicit musa masih belum ku jumpai.

3. Untuk masuk ke tandas masjid adalah percuma. Di mana sahaja, namun bilamana melihat pelancong, berpusu orang tempatan hatta pembersih tandas yang dah bergaji pun tunggu di pintu tandas meminta bayaran masuk. Terkesima saya, arab tak kena. Kita yang pelancong ni yang kena. Sama saja, masjid Hussain, Masjid al-Azhar, Masjid Abbas, masjid Imam Syafie.. Sebagai pelancong poket saya tak da duit kecik dalam jumlah sen-sen. Semuanya berbentuk junaih. Paling kecik 1 junaih. Pada mulanya saya beri juga. Namun hari ke dua di mesir saya dah tak hiraukan. Bila mana di desak, cukuplah saya mengungkapkan di mulut “Allahumma inni a u’zubika minal hubsi wal hobais”.
Perkarangan Masjid Hussain..
4. Peristiwa yang berlaku di Masjid Hussain. Ternyata petua yang diberikan Oleh Ustaz Fadzil Abd Rahman (Bekas Presiden Anak Kedah di Mesir) ternyata menjadi. Ketika hendak masuk ke tandas Masjid Hussain. Terdapat seorang lelaki mesir memberikan kepada saya sebotol minyak wangi. Katanya percuma. Saya ambil. Lalu di mintanya pada saya 1 pound Mesir (1 Junaih). Aik?? Mcmana ni?? Tadi percuma. Saya berikan semula kepadanya. Dia berikan semula. Berlalulah tolak menolak tangan antara kami dan akhirnya botol tersebut jatuh namun belum pecah. Lalu di berika botol baru kepada saya dan meminta juga 1 pound. Untuk tidak membazirkan masa saya memberikannya 5 junaih. Tiada duit kecik. Namun dia hanya memberikan kepada saya semula 50 plaster ( 50 Qirash). Lebih kurang 50 sen sahaja. Patutnya berikan pada saya semula 4 junaih.

“Aina Baqi ??” Saya bertanya. Saya ulang beberapa kali dengan nada suara yang tinggi.
“Ya Akhi, Aina Baqi??” terus bertanya. Dan dia menambah beberapa qirash lagi. Saya tak berpuas hati lalu gunakan petua yang diberikan Ustaz Fadzil.

“Ya Akhi, aina baqi? Anta la takhofullah??” Saya bertanya.
“Wallahi, ana akhofullah..” dia menjawab.
“La, anta la takhofullah.. ana fi safar, baqdin azhabu ila makkah, lu ‘umrah, Hunaka, addu’a ila anta, Wallahi, Anta zolim ”, (Tidak!! Kamu memang tak takutkan Allah. Saya dalam musafir, selepas ini saya akan ke mekkah, untuk umrah, di sana saya akan doakan untuk kamu (perbuatan kamu), demi Allah, kamu memang zalim) Itulah ayat yang saya katakan padanya, mungkin fushah yang saya gunakan tidak beberapa betul. Namun saya yakin, dia dapat memahami.

Terus saja lelaki itu memberikan bakinya kepada saya. Saya ambil dan terus masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhu. Usai berwudhu’ saya keluar dari tandas. Lelaki tadi masih di sana. Terus dia pegang tangan saya. Bersungguh-sungguh beliau tanyakan pada saya. Adakah saya masih marah kepadanya. Bersungguh-sungguh.

Kesesakkan adalah perkara biasa di Kaherah..
Mahmudah Insya Allah

Khan el-khalili memang pasar yang besar. Peniaganya bersaing untuk merebut pelanggan. Hati-hati. Mereka akan “menculik” anda untuk di bawa masuk ke dalam kedai. Bukannya jahat. Namun itu cara mereka untuk menunjukkan barangan mereka. Satu ketika, seorang peniaga memegang tangan saya dan tidak mahu lepaskan, lalu di tarik ke kedainya. Saya katakana padanya. Saya perlu cepat. Makin kuat cekakkannya. Huh , sudah.

“ Limaza akhi?? Anta bihubbin nabi? ” (kenapa ni ? kamu tak sayangkan nabi?)
“naam, Ana bihubbin nabi ” (saya sayangkan nabi)
“anta bihubbin nabi, wa ana bihubbin nabi, maza taqmal ehh?” (kamu sayang nabi, saya juga sayangkan nabi, kenapa buat (paksa-paksa) macam ni).
“Afwan akhi, ya Allah, sollu a’la nabi” (maafkan saya, selawatlah pada Nabi)

Akhirnya saya di lepaskan, dan kami sama-sama berselawat kepada Nabi dan juga berpelukkan. Ini indahnya rakyat Mesir. Mereka amat cintakan Nabi Muhammad dan sedia berselawat di mana-mana sahaja. Ketika melawat Makam Imam Syafie. Petugas di Masjid berulang kali ingatkan kepada kami agar berselawat kepada Nabi dan bertahmid membesarkan Allah.

Hotel tempat menginap...
Cinta Nabi ada untungnya.

Malam pertama di Giza, saya dan ayah berjalan-jalan di sekitar kedai yang ada. Kami mencari 3 way adaptor untuk digunakan di dalam bilik kami. Alhamdulillah. Berjumpa juga kedai elektrik. Harganya 3 junaih dan 50 qirash (3.50 la lebih kurang). Ketika nak bayar, mak cik peniaga tu tanya kepada saya.

“Anta min ehh??, min Bangladesh” (kamu dari mana?? Dari Bangladesh ke?)
“La, la, nahnu min malizi” (tak, tak, kami dari Malaysia) (Muka ni ada rupa bangla ka?? Yaqfur salam)
“Anta Muslim ??”
Na’am, ana muslim, Ya Allah ,sollu a’la nabi” (Ya, Saya Islam, jom selawat pada Nabi) Saja test power. Dah arab suka berselawat.

Hasilnya, untuk barang yang di beli, saya hanya membayar 3 junaih saja. 50 qirash lagi tak perlu. Ntah la. Tak pastilah itu harga sebenar atau pun tidak. Namun saya telah mendapat harga yang lebih murah daripada harga yang dinyatakan pada mulanya.

Berbual-bual dengan rakan-rakan sementara menunggu tempahan sampai..
Budaya al-Quran

Bandar Kaherah satu Bandar yang sibuk. Kapasiti penduduknya melebihi 19 juta. Sentiasa sesak di mana-mana. Pada sebelah pagi keluarlah rakyatnya untu mencari rezeki. Ada yang berkenderaan. Dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas. Namun saya tertarik juga seketika bila melihat ada sebahagiannya membaca al-quran ketika menunggu bas. Allah hu akhbar. Hebat. Keturunan Musa dah di temui.

Menurut Ustaz Faiz Johan. Sahabat saya di Mesir. Perkara tersebut normal di Mesir bahkan bila bulan Ramadhan lebih hebat lagi suasananya hinggakan polis pun membaca al-quran ketika bertugas. Mereka membudayakan al-quran. Suasana ini juga dapat di lihat dengan jelas di mana-mana masjid yang saya lawati. Sentiasa ada jamaah yang membaca al-Quran di dalamnya.

Selepas Minum Ashir Manggo.. Dari Kanan, saya, Ustaz Fadzil Rahman, Ustaz Rasydan, dan juga Ustaz Shohib Arummi

Perkarangan Lapangan Terbang Kaherah bersama sahabat-sahabat Maahad.. Dari Kiri, Ustaz Nassrul, Dr. Zulfahmi Haron, kawan zul, Ustaz Rasydan, Ustaz Nazmi dan Dr. Musaddiq
Maktab Mahmud di Hatiku

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Jazakallah hu Khairan Kathira kepada semua sahabat-sahabat yang datang jumpa dan juga menghubungi saya sepanjang saya berada di bumi anbia. Malam ke dua saya berada Giza, saya telah di lawati oleh Ustaz Fadzil, Ustaz Rasydan, Ustaz Faiz Johan dan juga Ustaz Shohib Arummi. Sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di bumi Maahad. Mereka inilah yang mengajar saya minum Ashir, ayam panggang dan juga kambing panggang. Memang sedap walaupun perut masih tak biasa. Di sini lah mereka memberikan kepada saya beberapa petua bagaimana untuk menghadapi arab mesir jika di tipu.

Tak lupa juga pada sahabat-sahabat yang sempat saya berbual dengan handphone. Dr. Syafi, Dr Abdullah Tahir, Ustaz Hannan, Ustaz Ariff Idzuan dan juga pegawai anak-anak Kedah di Mesir, Syeikh Yusoff Hj Ahmad. Saya guna sim card ETISALAT sepanjang saya berada di Mesir.

Jazakallah juga buat ikhwah yang hantar saya hinggal ke Lapangan Terbang Cairo. Walaupun masih dalam fatrah imtihan. Dr. Zulfahmi Haron, Dr Musaddiq, Ustaz Rasydan dan juga sibawaih Maahad yang terkenal, Ustaz Nassrul.

Jazakallah, Jazakallah, jazakallah. Tak ada lain yang mampu saya ucapkan atas bantuan dan perhatian dari kalian semua. Moga ukhwah kita akan bersemi mekar, menghasilkan semangat dakwah yang mantap. Insya Allah. Kita tanamkan azam, akan kita gegarkan bumi Malaysia dengan cahaya Islam.
TERBANG SEKAWAN BURUNG KETITIR
HINGGAP DI ATAP TIDAK BERSANGKAR
KASIH BAGAI INTAN SEBUTIR
MAKIN DIGILAP MAKIN BERSINAR.....
* Dipetik daro Blog Syeikh Yusoff Ahmad
------------------------------
- Selepas ini saya akan tunjukkan beberapa gambar suasana tanpa cerita sepanjang bermusafir di bumi anbia.
-----------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Julai 2009 5.20pm
Kota Samarahan

Perginya tokoh Islam tersohor Dr. Fathy Yakan


PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.

Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.

Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.

Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.

Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.

Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.

Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.

Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.

Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.

Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:

*The Problems of Da'wah and Du'ah,

*How to Call for Islam?

*Towards a Unified International Call for Islam

*What Does My Commitment to Islam Mean?

*Movements and Doctrines in the Balance of Islam

*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah

*Towards an Islamic Awakening of the Era

*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century

*Islam -Ideology, Movement and Rebellion

*Youth and Change

*Those Left behind on the Path of Da'wah

*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work

*Critical Issues in the Islamic Experience.

Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.

Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:

"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.

"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.

"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.

Rujukan di sini

Bulan Rejab dah tiba !!

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama (Hijrah ke Habsyah) (Ethiopia)
Pihakmusyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab.
Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus
al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh:

Bahagian Falak dan Sumber Maklumat
Jabatan Mufti Negeri Melaka

Gambar Hari Ini : Pembersihan Kelambu Kaabah



Diriku

on Friday, July 3, 2009


Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

------------------------
*Gambar-ketika berfikir dan merenung di dalam masjid an-nabawi berhampiran Raudhah..
- Sajak yang di karang oleh sahabt dari USM.. Untuk renungan saya juga

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 3 Julai 2009
Kota Samarahan

Gambar Hari Ini : Sekitar kuliah TGNA di KB

Seorang Menteri Besar yang bergelar Ulama menyampaikan ilmu buat rakyatnya...
Antara ribuan yang hadir saban minggu...
Doa di hujungh kuliah menjadi kebiasaan Tuan Guru
Di aminkan rakyat yang sayangkan Islam
Juga oleh para pegawai keselamatan...
Mesra dengan semua rakyat...

Post ke 500 : Saya musafir lagi

on Sunday, June 28, 2009

Assalamualaikum WTB...
Nampaknya Blog ini takkan mampu di update sebagaimana biasa untuk tempoh yang panjang.. Hampir 2 bulan bermula dari esok 29 Jun 2009 hinggalah 21 Ogos 2009... Bukan apa.. Saya akan berpraktikum (latihan mengajar) di kawasan Sadong Jaya.. Kawasan kampung yang sememangnya akses 3G untuk CELCOM Broadband saya agak tidak begitu membantu.. Moga segalanya berjalan lancar.. Insya Allah

Undang-undang Dunia

on Wednesday, June 24, 2009


THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum..
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA - ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Kenangan Belasungkawa Mujahid Islam

on Tuesday, June 23, 2009

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Cuma Coretan ringkas pada malam mini. 7 Tahun yang lalu (23 Jun 2002) , seorang Mujahid Agung telah meninggalkan kita, yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan almarhum Dato Fadzil bin Md Nor. Presiden PAS merangkap ahli Parlimen Pendang dan ADUN Anak Bukit. Bekas pelajar Maahad Mahmud. Seorang yang berdedikasi, cekal, zuhud serta hebat. Dihormati kawan dan juga lawan.

Pada rakan-rakan yang pernah datang ke rumah saya. Sudah tentu anda tahu lokasi rumah saya dan benda maujud di sekitarnya yang menyebabkan saya mempunyai kenangan peribadi dengan bekas YDP PAS Kuala Kedah ini bila mana kerap kali pernah hadir makan malam di rumah saya dan bilik studi saya menjadi tempat kepada Almarhum untuk bersolat Isya… Malang kerana ketika itu saya masih di Sekolah Menengah menyebabkan siapalah saya untuk hadir dekat di sisi almarhum yang sentiasa dilingkungi oleh puluhan orang yang lebih dewasa…

Bahan ringkas saya paparkan di bawah ini..

--------------------------------------
Kronologi

10.30 malam- Berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.

1.30 pagi - Keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi - Berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi - Berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi - Jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.
12.30 petang - Jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang - Jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 petang - Rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang - Jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang - Jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang - Maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang - Memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang - Jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang - Dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam - Selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam - Maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam - Jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam - Jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam - Upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

10.30 malam - Rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

11.00 malam - Rakyat keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada yang melalui itu.
--------------------------------------

PILOT peluk Islam : Bawa Jenazah Ulama di lindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.

Santai-menyantai

SIAPA HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.


KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


TIRU

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti cikgu?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda
tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Gambar Hari Ini : Sekitar Muktamar PAS ke 55

on Monday, June 22, 2009

Perwakilan Muslimat daripada Negeri Kelantan
Kelihatan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (dua dari kiri)
Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz dan Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Hadirin Khusyuk mendengar Ucapan Dasar Presiden..
Dari Kiri YAB Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang dan YB Datin Seri Wan Azizah..
Antara pengamal media yang memenuhi ruang muktamar...
Tuan Guru Presiden menyampaikan ucapan dasar...
Bersalam Erat... YB Dato Dr Hassan Ali bermesra dengan YB Dato Tuan Guru Harun Taib
Presiden menyampaikan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Sasterawan Negara Dato A. Samad Said
Tuan Guru Presiden menyampaikan sumbangan kepada wakil HAMAS..
Mesra.. Abg Mat bersama YB Ustaz Nasharuddin Md Isa...
Antara Pimpinan yang hadir....
Pimpinan di pentas..
Antara ribuan hadirin pemerhati yang hadir...
Dua Tuan Guru yang memimpin gerakkan Islam terbesar di Malaysia...
Kehadiran pimpinan di rai...
Pergulungan oleh Presiden...
Lambaian seorang ulama....
Saff kepimpinan baru Jamaah...
Peringatan Tuan Guru untuk semua perwakilan...

Selamat Hari Bapa


SELAMAT HARI BAPA di ucapkan buat Ayahanda yang tercinta. Moga panjang umur, murah rezeki dan terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Allah SWT.. Pengorbanan yang dilakukan tak kan mampu di bayar dan di balas oleh anak-anak..

Kembara Lembah Nil dan Haramain Syarifain 2

on Saturday, June 20, 2009

Sungai Nil mengalir tenang dengan sejuta Kisah yang telah berlaku di sisinya

Hanya di Mesir.. Highway yang ada 4 lorong dan ditentukan kelajuan yang patut di bawa...
Mak & Ayah di samping kanak-kanak Mesir...

Secebis Kisah Nil.

Arakian pernah terdengar satu kisah bagaimana ketika zaman saidina Umar , Sungai Nil pernah mengeringkan dirinya. Di kawasan padang pasir yang tandus seperti bumi mesir. Sumber air amatlah penting. Keadaan itu menyebabkan Mesir tidak lagi stabil dari segi ‘food security’nya kerana ketiadaan air. Maka Umar menulis satu surat dan dicampakkan ke dalam sungai Nil dan sungai Nil terus mengalir hingga ke hari ini dan menjadikan perlembahan ni beserta delta-deltanya kekal subur dengan pelbagai jenis tanaman, sayuran beserta buah-buahan.

Kisah yang kedua kisah dahulu kala. Menjadi adat orang Mesir pada zaman dahulu untuk setiap tahun mengorbankan gadis sunti untuk di jamah oleh sungai nil bagi memastikan sungai Nil terus mengalirkan airnya. Orang dahulu ni tak belajar geografi. Bila di hulu sungai kemarau, maka ia akan menjejaskan isipadu air di hilir sungai. Namun apabila Islam datang. Islam telah pun merawat serta memperbaiki kepercayaan tahyul mereka itu.

Menomun di Iskandariah...
Teksi Awam Mesir...Walaupun nampak lama..tapi boleh tahan kecilokkannya..
Panorama Jalanraya Iskandariah...
Pesisir Pantai Iskandariah...
Bersama Pak Guard berbaju Turki

Iskandariah (Alexandria) Bandar Pelancongan.

Sedari jam 6.00 pagi bertolak meninggalkan daerah Giza bersama Piramidnya menuju ke Lebuh Raya yang bakal membawa saya dan keluarga menuju ke Iskandariah. Bas kami diiringi dengan sebuah kereta peronda polis Mesir. Ia bertujuan memastikan keselamatan pelancong adalah terjamin. Mesir dari segi petanya, adalah bersempadan dengan Palestine di Rafah. Tempias keganasan di sana, kadang-kadang sampai juga di bumi Mesir. Periuk nasi utama kerajaan Mesir ialah sektor pelancongan, maka pelancong akan di jaga dengan sebaik mungkin.

Perjalanan ke Iskandariah mengambil masa hampir 2 jam. Kiri dan kanan jalan hanyalah padang pasir dan juga rumah penduduk tempatan. Sesekali melintasi kawasan yang diubahsuai menjadi wadi (lembah) dapatlah dilihat tanaman yang ditanam oleh petani. Tanaman seperti tembikai, anggur dan juga pokok pisang adalah pemandangan biasa bila bas yang dinaiki melewati kawasan-kawasan wadi ini. Di pertengahan perjalanan singgah sebentar “R&R” mereka untuk urusan tandas dan makan apa yang patut. Di kawasan luas terbentang itu, memang terasa panas membahang, namun angin yang datang adalah sejuk. Seolah-olah berada di tempat yang panas tetapi tidak panas. Perjalanan di teruskan.

Iskandariah merupakah sebuah Bandar yang menghadap ke laut Meditranean di utara Mesir. Untuk sampai ke Iskandariah boleh menggunakan lebuh raya, atau jalan biasa di Tonto mahupun Mansuro mahupun jalan yang lebih panjang di Ismailliya yang juga boleh terus ke Terusan Suez. Betul ke Zul?? (sahabat karib saya di Tonto). Ini hanyalah hasil pembacaan saya. Saya ke iskandariah hanyalah menggunakan lebuh raya 3 lorong yang kejap-kejap menjadi 2 lorong dan juga 1 lorong!!

Suhu di Iskandariah lebih sejuk berbanding Kaherah, mungkin kerana Bandar itu dihembusi oleh angin yang datang dari laut Meditranean. Bila melihat laut itu, teringat saya kepada kisah Toriq bin Ziyad seorang panglima tentera Islam yang bernaung di bawah gabenor Islam Afrika Musa bin Nusair yang merentasinya dalam usaha membebaskan Sepanyol dari belenggu kezaliman Maharaja mereka dan terus menyalakan obor kemenangan dan cahaya Islam di sana.

Pantai di Iskandariah tidak dapat dinafikan kecantikkannya, pantai yang menjulur sepanjang 40km di pesisir Iskandariah sayup mata memandang. Senibina Iskandariah pula di pengaruhi senibina Parsi, Turki dan juga Eropah. Ala-ala dipengaruhi arkitek Sepanyol pun ada. Bangunan-bangunannya kebanyakkannya adalah senibina lama namun terdapat juga senibina moden. Pakaian penduduknya (terutama generasi muda) agak ‘Branded’ dan ‘up to date’. Kalau di Kaherah memang tidak di lihat semua ini. Jalanrayanya juga lebih tersusun dan jarang sekali untuk melihat kuda dan keldai berlumba-lumba dengan kereta seperti di Kaherah. Awas kalau di kaherah, Bila anda melihat sebelah, keldai bersama-sama dengan anda untuk membuat U-Turn. Kalau di sebelah Kedah dahulu kala, bagaikan kerbau yang membawa anok (orang bandar mungkin tak penah tengok) berjalan-jalan di Bulatan Teluk Wan Jah mahupun Bulatan Maal Hijrah.
Inilah Raja Farouk...
Proton Waja dah sampai Mesir.. Namun pemandunya di sebelah kiri...
Bersama pemandu Pelancong bernama Rania dan juga Muslim (kiri-ahli rombongan) di pesisir laut Meditranean...
Istana King Farouk...
Pembangunannya..macam bola ragbi ja...
Tawaq Menawaq sedang berlaku ...
Chek pun tak ketinggalan...

Istana King Farouk

Raja Farouk sebagaimana yang diberitahu Rania (pemandu pelancong-ada gambar bersama dengannya) merupakan Raja Mesir yang terakhir berketurunan Turki. Selepas tamat sistem pemerintahan beraja di Mesir mereka berubah kepada sistem demokrasi (baca sekular) dengan Presiden menguasai negara. Saya tidak begitu mengenali presiden Mesir melainkan yang terkenal seperti Jamal Abdul Naser (Gamal), Anwar Saddat dan juga yang sekarang ini, Husni Mobarak. Semuanya sekular. Kembali kepada Raja Farouk, beliau memiliki istana yang luas. Namun dari penerangan ketua rombongan. Beliau adalah kaki perempuan. Istananya sentiasa dipenuhi oleh perempuan yang tidak berpakaian dan beliau akan kejar mereka bila berkehendakkan mereka. Fuhh. Kat Malaysia pun ada jenis tu. Bawa lari anak raja.

Untuk makan tengahari saya dikhabarkan ahli rombongan akan di hidangkan dengan makanan kegemaran Raja Farouk. Tunggu punya tunggu. Hanyalah ikan bakar rupanya. Ceh, ikan tenggiri bakaq dekat Kola Kedah pun banyak. Namun makan sajalah sambil menikmati hembusan bayu Meditranean. Dan dari jauh kelihatan juga duyung serta dugong (pelancong eropah) bercanda di pantai Iskandariah!
Berani merempit di Iskandariah??? Keretapi selamber je gerak tengah jalan..
Makam Luqmanul Hakim
Pintu masuk utama Masjid Abbas

Kisah dua Imam

Seketika kemudian di bawa ke Masjid Abbas dan di tepinya terdapat Makam Luqmanul Hakim. Walaupun tiada siapa yang dapat mengesahkan kesahihan makamnya. Namun cukuplah kita mengambil pengajaran dari al-Quran kisah Luqman dan juga anaknya. Kami bersolat jamaq di sana. Kisah dua imam ini muncul apabila kumpulan pertama rombongan sedang mendirikan solat dan telah melalui satu rakaat. Datang kumpulan ke dua rombongan, namun mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk masuk (muaffiq & Masbuq). Maka mereka membina satu lagi kumpulan solat betul-betul di belakang kumpulan saya. Apalagi, terus merah padam muka Tuan Imam Masjid Abbas dan seusai solat kami ditegur dan di berikan penerangan oleh Tuan Imam supaya jangan melakukan solat dalam kedaan dua Imam. Dalam hal ini kumpulan yang pertama tidak bersalah, namun kumpulan yang ke dua tidak sepatutnya membina satu lagi jamaah solat. Pengajaran yang bermakna dan hasil selidik, kumpulan ke dua itu majoritinya langsung tidak tahu tentang larangan mengadakan dua imam ini. Bak kata ketua rombongan, bukan jahil, tetapi hari ini Allah nak bagi ilmu baru pada yang tidak tahu.
Pintu masuk ke Makam Nabi Danial
Jalan Nabi Danial

Sebelah petangnya hanyalah di isi dengan aktiviti menghayati panorama Iskandariah dan juga menziarahi makam Nabi Daniel as. Makam yang terletak di pinggir Iskandariah itu harus dilalui bazaar terlebih dahulu sebelum sampai ke kawasan masjid yang menempatkan makam. Sahabat-sahabat boleh mencari kisah Nabi Daniel ini, kisah yang penuh pengajaran. Nak cerita di sini agak panjang, lebih baik tulis artikel baru mengenai Nabi Daniel.

Setelah selesai, terus bertolak pulang ke Kaherah dengan melalui jalan yang di lalui sebelum tadi. Dan sekali lagi mata di jamu dengan tanaman anggur, pisang dan tembikai pada sebahagian tempat dalam perjalanan dan akhirnya mata terlelap sambil hati memikirkan tentang “DATE” penting pada malam kedua di bumi anbia….
Di Masjid Imam as-Syafie....
Makam Imam as-Syafie....
Di bahagian hadapan makam...

Imam Mazhab ku

Hari ketiga di teruskan dengan menjelajah bandaraya Kaherah semula. Lokasi pertama yang diziarahi ialah makam Imam as-Syafie. Imam mazhab kita kebanyakkan mazhab orang Malaysia. Disebelah hadapannya terletak Masjid Imam as-Syafie dan di bahagian belakangnya terletak kawasan makam. Jika tidak silap saya selain makam Imam as-Syafie terdapat juga di situ makam Isteri Solahuddin al-Ayyubi dan juga makam seorang lelaki bernama Hikam. Saya tak pasti namanya hikam atau tak. Ikhwah Azhariyun mungkin dapat betulkan. Makam seorang lelaki yang Imam Syafie tumpang di rumahnya ketika sampai di bumi Mesir dan akhirnya mengabdikan nama sahabatnya itu dalam sebuah kitab yang bernama Kitab Hikam.
Pintu masuk Muzium Mesir...
Sapa ada anak kembaq boleh la beli benda ni...
Berehat-rehat setelah penat melihat tongkoi batu saja..
Tuthankamunth

Pada saya bayaran 60 junaih (hampir RM 40) untuk masuk ke Muzium Negara Mesir amatlah mahal. Semata-mata untuk melihat batu-bata yang diukir pada zaman Mesir Kuno. Muzium Mesir memang besar namun keadaan dalamnya adalah tidak tersusun dan panas. Pelancong Malaysia hanya berjalan-jalan dan terus keluar. Pelancong Eropah barangkali mereka minat pada Fir’aun, mereka boleh berada di dalam muzium berejam-jam sambil mendengar penerangan dari satu ‘tongkoi’ batu ke ‘tongkoi’ yang seterusnya. Kalau saya…alamat kena cari kerusi lah.. Nak duduk.

Di sebelah atasnya pula, terdepat galeri diraja. Bukan raja Mesir. Tetapi galeri mumia Fir’aun. Nak masuk semata-mata untuk melihat mumia Fir’aun pula anda perlu membayar 100 Junaih (hampir RM 70). Maka saya lebih sayangkan duit saya dari dilaburkan semata-mata untuk melihat mumia Tuthankamunth. Walaupun ada yang pergi melihat, barangkali citarasa mereka begitu. Kedengaran juga suara-suara dari ahli rombongan yang berkata :-

“Dari bagi 100 junaih pada Fir’aun, baik beli kurma Nabi bawa balik rumah”
“Fir’aun ni masa hidup menyusahkan Nabi Musa, bila dah mati menyusahkan pula Ummat Nabi Muhammad”

Saya tersenyum kerana bukan sahaja bersetuju, bahkan dah terlebih setuju pula dengan kenyataan mereka. Sebagaimana catatan saya mengenai pyramid sebelum ini. Di muzium juga hanyalah terdapat catatan yang mengagungkan empayar Fir’aun tanpa langsung menyatakan ibrah dan pengajaran daripada al-quran mereka yang di murkai Allah. Surah al-Baqarah merupakan antara surah yang banyak Allah swt rakamkan kisah bani Israel dan juga Fir’aun serta kisah para anbia.
Suasana Lorong-lorong Khal el-Khalili...
Kedai makan di Khan Khalili...
Pelancong yang ramai di bazar ini...
Keluarga berlatarbelakangkan Masjid Hussain....
Terowong bawah tanah menuju masjid Al-Azhar....
Masjid al-Azhar yang tersergam Indah...
Bergambar kenangan di dalam Masjid al-azhar
Bersama syafiq(kiri-mahasiswa al-azhar) dan juga Yassir (kanan-pemandu pelancong saya)
Sejenak menjadi Azhariyyun

“Nta dah sampai belum? ana di Masjid Hussien ni”
“Ana OTW”

Junior saya di Maahad, akhi Syafiq Syarif menunggu saya di masjid Hussain. Lokasi seterusnya lawatan kami. Saya begitu teruja ke sana kerana berhampiran dengan masjid Hussain lah terletaknya sebuah Universiti yang pernah menambat hati saya suatu ketika dahulu dan para ilmuan agama dari seluruh dunia iaitu Universiti al-Azhar.

Saya meminta jasa baik syafiq untuk menjadi pemandu arah saya ketika di Bazar Khan el-Khalili yang terkenal itu. Pengetahuan bahasa Arab saya amat terhad. Namun masih boleh memungkinkan saya berbual dengan penduduk tempatan. Namun tetap masih tak sama, dengan orang yang memang belajar di Mesir. Cayaq Arab kata orang Kedah.

Saya bersolat di masjid Hussain (Orang Mesir sebut Masgid), kemudian terus menziarahi makam Saidina Hussain yang terdapat di dalamnya. Menurut kisahnya saidina Hussain gugur Syahid selepas terbunuh di Karbala, Iraq. Cucunda junjungan besar kita ini bertempur dengan tentera Yazid Bin Muawiyah, anak Khalifah ketika itu Muawiyah bin Abu Sufian semasa dalam perjalanan menuju ke Iraq. Ternyata, episod duka ini menjadi sejarah hitam kepada semangat perpaduan Umat Islam. Kepala Saidina Hussain di penggal dan kepalanya di bawa ke Mesir dan di kebumikan di masjid ini manakala badannya di kebumikan di karbala. Namun terdapat pelbagai lagi pendapat mengenai makam Saidina Hussain. W’alam.

Seketika kemudian Bazar Khan el-Khalili di jelajahi kami sekeluarga sambil di pandu oleh Syafiq. Peniaganya agak peramah dan sesekali saya bergurau dengan mereka. Beberapa buah tangan dan cenderamata di beli sebagai kenang-kenangan. Seterusnya saya melalui terowong bawah tanah untuk menuju ke masjid al-azhar. Jarang sekali untuk melihat jejantas di Bumi Mesir. Kebanyakkannya terowong bawah tanah untuk kesebelah sana. Sesuai barangkali. Negara mereka jarang hujan. payah terowong tu nak tenggalam. Kalau dekat Malaysia. Bukan terowong, yang atas darat ni pun tenggelam kerana banjir.

Ketika saya sampai para azhariyun berada dalam suasana imtihan. Masjid al-Azhar berdiri megah semegah namanya yang telah banyak melahirkan ulama seluruh dunia. Tokoh yang saya kagumi, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas menamatkan pelajarannya di Universiti Deobond, India terus berkelana ke Mesir pula untuk bertalaqqi dan belajar di sini. Dan hasilnya, Tuan Guru adalah ulama yang hebat,zuhud serta di hormati kawan dan juga lawannya. Suasananya agak tenang dan terasa aura al-azhar di dalamnya.

Hampir 3 jam saya berada di sana, saya mengucapkan “semoga berjumpa lagi” buat Syafiq. Saya harus berangkat segera untuk makan malam (namun masih petang) dan akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebagai persiapan untuk perjalanan yang lebih panjang menuju ke Jeddah, Kingdom of Saudi Arabia (KSA).
Saya sukakan gambar ini kerana dalam filem AAC terdapat plot yang suasana padang pasirnya sebegini..

Ayat-ayat Cinta (AAC)

Teringatkan novel AAC karya Habiburrahman berserta Filemnya. Suasana Mesir memang tak tumpah sebagaimana yang digambarkan. Polisnya, suasananya, masyarakatnya, tempatnya serta muslimatnya…
Dua perkataan yang saya suka sebut dari AAC ialah “Suwayya” (sekejap) dan juga “Ashir Manggo” (Jus Mangga). Arab Mesir mungkin lidahnya tebal. Mereka sukar menyebutkan huruf Jim dan akan berbunyi huruf Ga. Perkataan asalnya “manju” akan menjadi “Manggo”. Fahri pernah mengucapkan terima kasih pada maria kerana memberikan kepadanya “Ashir Manggo”. Jadi bila ke kedai minuman. Itulah yang saya minta.. “Ya Akhi, Ashir Manggo Wahid!”

--------------------------
- Seterusnya saya akan mencatatkan Jabal Mukhattam, Benteng Solehuddin Al-Ayubi, Ukhwah Maahad di Bumi Anbia beserta Baik Buruknya Arab Mesir pada kacamata saya.. Zul tentu menunggu catatan saya pada kali ini….. Kisah akhir di bumi Kaherah sebelum catatan kembara saya di Haramain Syarifain (dua tanah haram yang mulia keduanya)
-------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 20 Jun 2009 3.01pm

Buku-buku ku Mei, Jun, Julai 2009

Buku ini dibeli di bazar sebelah Bukit Marwah di Masjidil Haram.. Saya suka sebab penerangannya bergambar.. Sejarah Madinah serta tempat yang sesuai untuk diziarah..ada di dalamnya..
Sejarah ringkas mengenai bumi Mekkah secara bergambar..Asalnya dalam bahasa Arab dan di terjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia..
Suka baca kisah orang lain yang berjaya dengan harapan..kita juga mampu mengukir kejayaan dalam bidang yang diceburi...

Nukilan pengalaman Zaujah Tuan Guru pahit getir menjadi isteri seorang tokoh masyarakat.. Peribadi Tuan Guru dari kacamatanya juga di catatkan di dalam buku ini...

Buku catatan ringkas oleh setiausaha Politik Tuan Guru mengenai peristiwa hidup, Pahit getir, halangan serta kejayaan Tuan Guru sepanjang memerintah Kelantan dari tahun 1990 hinggalah sekarang..

Karya Ustaz Hasrizal yang ke dua.. Kesinambungan ATN 1.. Tak habis lagi baca ni.. Harapnya dapat diselesaikan dengan segera...

Sebuah buku fiqh yang ditulis oleh Guru saya di Maahad, Syeikh Aminuddin Bin Abdul Rahim (Ust Din Tok Guru), penyampai bimbingan Fardhu Ain di Radio Kedah FM. Etika muslimah di luar rumah.. Sesuai untuk semua tak kira lelaki mahupun perempuan.. Setiap isu disertakan hadith beserta pendapat peribadinya..

Pengalaman Ustaz Hasrizal sepanjang perantauannya di Bumi U'rdan (Jordan) beserta bagaimana tarbiah di sana yang membentuk diri serta pemikirannya.
Sebuah lagi Karya Abdul Latip Talip..Kisah sejarah Islam.. Tokoh kali ini panglima tentera Islam zaman Umar al-Khattab..Entah mengapa saya begitu minat terhadap karya tulisannya..

Persiapan untuk menjadi orang dewasa kot..? Namun di dalam buku ini adalah soal tarbiah dan dakwah..Bukan sekadar Cinta...

Kembara Lembah Nil & Haramain Syarifain 1

on Friday, June 19, 2009

Abang dan kakak yang menghantar kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas...
Mimpi Dinihari Bercahaya

Sedari berada di Maahad, saya seringkali hadir ke kuliah bulanan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (kini Dato) di Masjid Sultanah. Dalam membicarakan bab haji, ustaz sering mengingatkan hadirin supaya menyimpan azam dengan kuat untuk hadir ke Mekkah, Kata ustaz :-

“..Kita kena simpan azam untuk tengok baitullah, yang mana selama ni kita dok sujud, kita dok semayang, itulah kiblat kita, mungkin dengan hadir kita kat sana, solat kita akan lebih khusyuk..”
Saya yang hadir pun menyimpan azam. Untuk ke baitullah dan juga ziarah Nabi di Madinah. Alhamdulillah, Allah pilih saya dan keluarga untuk menjadi tetamunya baru-baru ini. Terima kasih juga pada ayah dan bonda yang menaja anakanda ke sana. Siap bonus lagi. Dapat singgah di bumi mesir bumi anbia.
Ketika Tiba di Airport Survanarbhumi, Bangkok.

Suasana Surau di Survanarbhumi..
Perjalanan yang panjang.

Sebaik tamat paper yang terakhir, saya terus melakukan persiapan dan mengemas barang-barang yang perlu. Berlepas pulang dari Kuching ke Pulau Pinang memakan masa hampir 2 jam. Bermalam bersama keluarga di kompleks Tabung Haji Pulau Pinang. Ternyata Tabung Haji menyediakan kompleks hajinya yang begitu selesa. Digunakan secara sepenuhnya pada musim haji dan di buka untuk penginapan orang ramai pada waktu biasa. Harganya pun murah.

Tepat jam 5.00 petang ke esokkannya, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang menuju ke Bangkok. Berdebar juga kerana ini merupakan perjalanan luar negara saya yang pertama dan ia berlangsung dalam tempoh hampir 14 hari. Alhamdulillah hampir 2 jam perjalanan saya dan keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Survanarbhumi, Bangkok. Lapangan terbang yang besar dan juga cantik. Sistem imigresennya juga efisyen dan pemeriksaan yang ketat terhadap kesihatan penumpang juga di jalankan. Maklumlah, musim selesema babi yang sedang melanda(saya tak akan gunakan H1N1).

Sebagaimana yang kita tahu, Thailand merupakan negara Buddha, namun di Survanabhumi anda tak perlu risau akan aktiviti kemusliman anda. Pihak airport menyediakan Surau yang besar dan selesa serta makanan halal juga di jual di sini. Kebab Turki. Ketika solat jamak takhir magrib Isya sempat berkenalan dengan seorang pegawai tentera Thailand yang beragama Islam yang bersolat di situ. Namun keterbatasan bahasa membuatkan kami sukar berkomunikasi. Ukhwah Islamiah tetap terasa sinarnya.
Egypt Air yang selamat mendarat di Kaherah
Jangan terkejut bendera PAS ada di Airport Kaherah
Inilah Ghupanya...
Wajah-wajah orang Mesir
Perlembahan Nil Memanggil

Dari Bangkok ke Kaherah perjalanannya mengambil masa hampir 10 jam. 5,6 kali juga saya bangun tidor di dalam pesawat Egypt Air. Syarikat penerbangan yang kurang mendapat sambutan pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Mana tidaknya, pesawatnya hanyalah ala koboi dan awas, peramugarinya arab, maka adalah perangai arab yang kasar.

Setelah solat subuh di dalam flight, hampir jam 430 pagi waktu Mesir, saya dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo (saya lebih gemar menyebut Kaherah). Setelah selesai urusan Imigresen, selesema babi, kargo dan sebagainya(tandas), maka kami terus ke Bas yang sudah menunggu. Ternyata udara di Kaherah pada sebelah pagi adalah nyaman dan sejuk.

Dalam perjalanan untuk ke Hotel, dapatlah sepintas lalu melihat pembangunan bandaraya kaherah. Ternyata, kalau tanpa tinggalan sejarah dan juga jasa Solehuddin al-ayubi, Kaherah tidak ada apa-apa. Sebuah bandaraya yang padat dan berkapasiti penduduk melebihi 18 juta. Bas bergerak perlahan menuju ke pinggir Kaherah. Hotel saya terletak di daerah Giza. Dari pintu masuk Delta Pyramid Hotel, ternyata hotel ini mendapat taraf 4 bintang dari Kementerian Pelancongan Mesir. Namun bila di lihat pada biliknya, Hotel Telang Usan di Miri lebih selesa.(walaupun tak berbintang).

Ayah dan Mak di hadapan Pintu masuk ke Piramid Giza
Boleh tahan juga besaq batu piramid ni..
Kena tutup hidung...Berdebu..
Polis Mesir yang kawal Piramid menggunakan unta untuk meronda.. Amacam..Polis Malaysia boleh gunaka???
Bergambar kenangan dengan Piramid Fir'aun...
Ingat nak beli sekoq wak balik...
Sphynx berlatar belakangkan Piramid
Fira’un di agung.

Sebelah petangnya terus di bawa melawat Piramid. Bayaran masuknya adalah 60 Junaih (sekitar RM 40). Bayarannya telah termasuk dalam pakej saya dan keluarga sedang ikuti ini. Terdapat 6 piramid di kawasan ini serta ‘seekor’ sphinx. Dari segi pembinaan dan reka bentuk memang mengagumkan. Ternyatad Piramid Giza lebih besar daripada yang saya sangka.

Sedikit kecewa dengan pemandu pelancong berdarah Sudan yang mengiringi kami. Beliau bagaikan mengagungkan Fir’aun dan kehebatannya tanpa langsung menerangkan atau mengambil ibrah dan pengajaran daripada kisah penderhakaan Fir’aun kepada Allah swt serta akibat menolak ajaran Nabi Musa as. Mungkin beliau berketurunan Fir’aun. Suasana ketika itu agak panas terik. Namun angin yang menghempas muka adalah sejuk. Untuk melawat pyramid dari pintu masuk, saya terpaksa berjalan mengikut arah angin dan memastikan angin berada di belakang saya. Berjalan di padang pasir, tanpa pelindung mata, hidung dan mulut. Menyebabkan anda tidak selesa.

Buah tembikai yang besaq2.... Bukti kesuburan perlembahan Nil..
Jangan hairan..di Perlembahan Nil ada sawah padi serta kerbau yang berkeliaran...
Taman-taman di perlembahan Nil...
Piramid dari view Perlembahan Nil...
Macam roti nan ja....
Boleh tahan juga saiz buah Terung di Mesir ni...
Pintu masuk untuk naik Cruise di sungai Nil..
Keluarga bergambar kenangan juga...
Sebelum makan malam di Sungai Nil...
Merenung keindahan Sungai Nil..Merenung juga masa depan...
Keindahan Bandaraya Kaherah pada waktu malam..

Perlembahan Nil

Bagaikan terkesima. Ternyata perlembahan Nil amat subur dengan pelbagai tanaman. Sawah padi, gandum, tembikai, pisang, dan banyak lagi. Ketika bersusur di sekitarnya bagaikan berada di Malaysia. Langsung tidak tersangka. Di luar lingkupnya adalah padang pasir yang membahang. Peluang menaiki Cruise untuk menyusuri Sungai Nil tidak dilepaskan. Sungai Nil lebar dan luas dan mempunyai kedalaman sekitar 14 meter. Bandaraya Kaherah yang berada di sekitarnya bergemerlapan pada sebelah malam. Sesuai juga untuk berehat dan berbual. Makanan di dalam cruise pun boleh tahan juga sedapnya walaupun makanan masakan mesir.

------------------------------------
(Sambungan : Pengalaman saya di Iskandariah, Jumpa Tuthankamunth, Makam Imam Syafie, dan juga ayat-ayat cinta)
------------------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 19 Jun 2009 , 1.33 am

BAGAIMANA SULTAN MUHAMMAD AL FATEH MEMBUKA KOTA ISTANBUL

on Tuesday, June 16, 2009


Oleh : Dato' Husam Musa


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta



Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa


Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab!!!

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis.. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Gambar Hari Ini : Selatan Thailand berdarah lagi

Yang cedera di hantar ke hospital
Lagi yang tercedera di tembak..
Tempat inilah yang menjadi saksi kepada tragedi yang menyayat hati selepas isya itu..
Antara yang terbunuh...
Para syuhada yang dikebumikan beramai-ramai

Gambar Hari Ini : Lawatan Lee Kuan Yew




Kunjungan Hormat Menteri Mentor Singapura kepada Al-Fadhil Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

OCPD kena pantau ni...

on Monday, June 15, 2009

Tuan ,

Saya cuma harap dapat tuan siarkan gambar ini minta komen kekawan tentang apa yang mereka nak kata.

Kalau macam ni , apa kata kekawan semua kalau jenayah berleluasa sekarang ni dan berbagai kes jenayah indek meningkat dari hari kehari.

Walau pun kita tak nafikan PDRM perlu dekati masyrakat, tetapi kalau inlah caranya, bagaimana pandangan msyarakat dengan suasana begini.

Bukankah kalau diadakan majlis dialog atau gotong royong atau buat sambutan hari polis atau tahlil ke atau bantu OKU ke dan bersihkan balai dengan orang awam sebagai tetamu lebih baik dari program diatas tu, minta komen.

Apa yang rakyat nak, kita keluar selamat dan kita duduk dirumah pun selamat.