Saturday, August 8, 2009

Kembara Haramain Syarifain & Perlembahan Nil 4


Lambaian

Pertemuan singkat antara saya dan zul serta ikhwah yang lain terlalu cepat. Saya punya perancangan, selepas dapatkan boarding pass, ingin sekali untuk keluar menghirup udara Kaherah buat kali terakhir sambil melepas rindu dengan Dr. Zul dan juga Sibawaih Maahad si Nasrul.. Namun peraturan lapangan terbang Kaherah, sekali masuk tidak lagi di benarkan untuk keluar. Sudah.. Kesian sekali buat ikhwah yang datang nun jauh dari Tonto , berhempas pulas di Haiyyu Asyir mendapatkan kereta sewa seterusnya membelah kesibukkan kota Kaherah untuk ke lapangan terbang. Saya cuba berunding dengan pegawai imigresen. Saya belum lagi chek in, masalah bahasa membataskan kami. Bahasa Arab saya terhad, kelancaran Bahasa Inggerisnya kurang. Kami hanya fasih dalam bahasa ibunda masing-masing. Ayam dan Itik, Kambing dan Dobb.

“Macam mana ni? Kena jumpa juga depa, barang yang zul pesan belum bagi lagi kat dia”, getus hati saya.

Kami sekeluarga terus keluar seketika, biar chek in lambat sedikit, teman-teman perlembahan nil ini perlu dijumpai terlebih dahulu… Kami berpelukkan.. Rindu terubat.. Dalam keadaan masa yang terhad, kami bertukar-tukar khabar, gurauan dan juga harapan. Barang yang zul pesan saya serahkan, lapang dada, amanah rakan di perantauan berjaya di tunaikan walaupun hanyalah barang keperluan diri.

“Mi, hang masuk dulu, kami follow daghi tepi pas semayang”, Zul menyarankan kepada saya.
“Ok2.. Aku pun dah lambat”, jawab saya.

Saya dan keluarga terus masuk semula ke kawasan pemeriksaan keselamatan. Keadaan rombongan kami memang dah berterabur ketika itu, karenah birokrasi dan nak tunjuk kuasa sememangnya membuatkan jamaah Malaysia semakin penat. Jangan kata sakit hati ujar diri saya, ujian Allah untuk para tetamuNya barangkali.

Selepas semua urusan selesai, saya melambai-lambai kepada sahabat-sahabat saya, kami dipisahkan cermin, tidak kedengaran suara, hanyalah nampak wajah. Saya menggunakan saki baki akaun etisalat yang masih ada. Menghubungi mereka dan bercakap seorang demi seorang.
Jangan di ucap selamat tinggal pada setiap perpisahan, tetapi ucaplah semoga kita berjumpa lagi di lain pertemuan, jika tidak dunia, nun di akhirat sana”
“Ma’assalamah ya Qohirah”

Kenapa aku sangkut?

Kami terus bergerak ke kaunter imigresen, antara halangan terakhir yang harus ditempuhi sebelum berada di perut pesawat. Saya beratur, mengisi boring apa yang patut, menghilangkan penat terkejar-kejar. Seorang demi seorang jamaah Malaysia lepas. Tiba giliran saya, selepas melihat Pasport, pegawai perempuan imigresen meminta saya ke tepi. Sudah… Seorang pegawai lelaki membawa saya dari satu kaunter ke satu kaunter. Ayah dan Mak sudah lepas, kerisauan mereka mengikuti saya dari jauh.

“Janganlah aku sangkut pulak dekat lapangan terbang ni..”, getus hati saya.

Hinggalah ke Kaunter yang terakhir, seorang pegawai, ketua mereka barangkali, ketawa.. dan seterusnya dicop passport saya.. Barulah di benarkan masuk ke bahagian dalam. Ntah apa yang mereka ketawakan dan inginkan dari saya???

Teori Musibah-Sobar-Redha

Terus sahaja menghubungi zul. Nak dapatkan kepastian. Ya la, kita punyalah risau. Di tempat orang. Pegawai imigresen pula sepatah haram tak pandai cakap Inggeris. Fushahnya pula begitu laju. A’mmi jangan di cakap lagi.

“Depa saja ja nak tunjuk kuasa tu mi, oghang Arab memang peghangai dia macam tu. Bila hang mai sini, hang kena tau Mim, Sod, Ro yang membentuk perkataan mesir tu (eja jawi) Mim tu musibah, Sod tu Sobar, Ro tu hang kena redho la banyak-banyak..”, Ulas Zul dengan panjang lebar.


Harap semuanya akan selesai. Saya terlalu keletihan dengan perjalanan sepanjang hari. Terus sahaja bergerak ke pesawat Egypt Air yang menunggu. Perjalanan Kaherah ke Jeddah mengambil masa hampir 2 ½ jam. Melintasi dua benua. Dari benua Afrika, ke benua Asia. Sesekali melihat juga skrin peta yang terdapat di hadapan. Saya sebenarnya sedang melintasi bumi “Barakna Haulah” , bumi Palestine, Bumi al-Aqsa, bumi bergolak… Terus sahaja di buai mimpi.

Gemersik Malam dengan aura “Sudais” & “Masyari”.

Kami selamat mendarat di Lapangan terbang Jeddah. Lebih besar dari Kaherah laluan pesawatnya, namun balai ketibaan dan balai berlepasnya hanyalah sebesar lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu. Keselamatannya ketat. Bukan lagi di kawal oleh polis biasa, tetapi Negara “Kingdom of Saudi Arabia” (KSA) ini menggunakan perkhidmatan tentera daratnya. Urusan imegresen, kastam dan juga bagasi berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Seorang arab mendekati saya, bertanyakan saya dari mana, mungkin pemandu pelancong barangkali, dengan jubah dan kelumbung serban di kepala, mukanya bagaikan sudais mahupun suhraim. Imam Masjidil Haram. Kami masih menunggu kedatangan bas. Saya mengambil peluan berjalan-jalan sekitarnya. Jam masih lagi 3 pagi. Semua orang Arab lelaki di sini memakai jubah dan serban merah berserta “higal”. Dengan wajah putih serta jambang yang kemas. Semuanya Sudai dan Suharim buat saya. Senyum sendirian, begitu asyik orang mengikut sunnah Nabi. Namun bekas PM kita begitu “membenci”kan sunnah nabi yang satu ini. Lain padang lain belalang…..

Jam 430 pagi- Kami mula bergerak dari Jeddah menuju ke Madinah al-Munawwarah. 4 jam lebih kata pemandu bas warga Indonesia yang memandu bas kami. Tiada apa yang hendak di lihat, sekelilingnya gelap gelita, namun samar-samar kejauhan, saya tahu, kami sedang merentas dataran padang pasir yang luas, menuju ke sebuah Negara Islam pertama, menuju ke arah masjid Ussisa a’la taqwa, menuju ke arah maqam kekasih sekalian manusia-Habibullah, menuju ke arah tempat jatuh bangun Islam serta maqam penghulu segala syuhada’..

Menjelang subuh, berhenti solat di surau ala-ala kampong, air yang mengalir panas dari paip terus menyegarkan muka yang keletihan, terus sahaja berkumpul di dalam suarau @ Musolla. Seorang pemuda arab berjambang berada di hadapan. Selesai Iqomah, terus di dirikan solat. Masya Allah.. Suaranya saling tak tumpah bagaikan Imam Masyari Rasyid al-Fasi.. Tak dapat di gambarkan kelunakkannya.. Secara jelas, fasih dan terang sebutannya, meruntun hati yang mendengar.

Pagi menjelang, perjalanan di teruskan, mentari mula memancar. Saya sudahpun maklum, sekarang musim kurma masak, bermakna kami berhadapan musim panas di Saudi. Tirai bas perlu ditutup walaupun bas berhawa dingin. Pancaran matahari benar-benar menyaring muka, sekejap tidur sekejap terjaga. Hati berdebar. Bumi Madinah semakin dekat dan semakin dekat…


(Sajak : Negeri Thaibah, Karya Ustaz Samarahan)

Negeri Thaibah,
Hitam tanahmu menyimpan erti,
Sirah keagungan junjungan ummat,
Sepanjang zaman dikagumi,
Jasa bakti dan sinarnya.

Negeri Thaibah,
Sahifah pertama di pundakmu,
Bukti keagungan dan sistemnya Islam,
Majmuk bersaudara rakyat mu,
Bumi tarbiah para sahabat Rasul junjungan.

Negeri Thaibah,
Ghuzwah demi ghuzwah kau lalui,
Menang kalah menjadi pengajaran,
Bukti keimanan dan kesungguhan,
Para pendokong dan penyokong juang.

Negeri Thaibah,
Babussalam An-Nabawi di tengahmu,
Tumpuan para tetamu dan ilmuan,
Baqi’ serta Uhud medan syuhada,
Najah mereka menggapai janji Allah.

Negeri Thaibah,
Aku rindukanmu,
Rindukan jasad Nabiku yang bersemadi,
Rindukan suasana itu, Ya suasana itu,
Rindukan segalanya buat Thaibah.
……………….

---------------------------------------------
- Sambungan, pengalaman di Madinah menuju Baitullah
--------------------------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Kampung Jaie, Sadong Jaya 6 Ogos 2009

2 comments:

Zulfahmi Haron said...

semoga setiap kembara yang dilalui, diredhai Allah hendaknya..

Nazmie Samarahan said...

Itulah kehendaknya.. Rasa dah bersungguh di sana.. Namun bila pulang ke Malaysia.. Rasa mcm tak bersungguh pulak.. Bahkan boleh buat lebih bail lagi.. Itulah Manusia...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin