Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Jelajah 2012 : Ziarah Sarawak Bumi Kenyalang.

Buat pertama kalinya dapat juga tiba ke SMK St. Teresa Kuching, antara sekolah yang tertua di Malaysia dengan usia melebihi 100 tahun..

Hanya diberi masa 45 minit sahaja sebagai slot motivasi pagi... Lebih memberi tumpuan kepada sambuatan Maulidur Rasul....
Moga perkongsia ringkas ini mampu memberi manfaat kepada semua....

Buat sekian kalinya... dapat juga kembali ke Masjid al-Muhandisin Politeknik Kuching.. Dengan Tajuk "Ombak Rindu Vs Baitul Muslim".
Menziarahi Ustaz Adni di SM Vokasional Kuching
Menziarahi pensyarah saya... Ustaz Nik dan Ustazah Musliha....
Kuliah Maghrib di Surau Kampung Gersik, Kuching

Lokasi Ziarah Sarawak Feb 2012 yang lalu..

  1. 2 Feb - Sesi Dialog bersama pimpinan Pusat Islam, IPTAR.
  2. 3 Feb - Motivasi Pagi @ SMK St Teresa, Kuching.
  3. 3 Feb - Khutbah Jumaat @ Pusat Pengajian Islam IPTAR.
  4. 3 Feb - Kuliah Maghrib @ Masjid al-Muhandisin, Politeknik Kuching.
  5. 3 Feb - Dialog bersama Mahasiswa @ Matang Jaya.
  6. 4 Feb - Kuliah Dhuha sempena Maulidur Rasul @ PPI IPTAR.
  7. 4 Feb - Moderator Baitul Muslim @ PPI IPTAR.
  8. 4 Feb - Kuliah Zohor Maulidur Rasul @ Kuching anjuran Wanita BN/PBB.
  9. 4 Feb - Kuliah Maghrib @ Surau Kampung Gersik, Kuching
  10. 5 Feb - Kuliah Subuh @ Masjid Darul Husni, Kuching.
  11. 5 Feb - Ceramah Maulidur Rasul @ Surau Kampung Sungai Lumut, Santubong.
* Amat teringin untuk ke Sarawak lagi, berpatisipasi dan berukhwah di sana...

Monday, January 23, 2012

Walimah Sahabat2 Penghujung 2011

Perkahwinan Syahrir Azfar bersama isterinya..... Teman di Maahad Mahmud dulu.. Terlibat dalam Lembaga Pengawas sekali dan juga pernah diam di rumah sewa yang sama.... Graduan UIAM yang petah berkata-kata...
Perkahwinan Akhi Murshid Shafie bersama isterinya bakal doktor... Keduanya masih lagi berada di bumi Mesir untuk menuntut ilmu... Barakallah...
Perkahwinan orang kuat Kem Bina Shahsiah.. Ustaz Kamal bersama pasangannya yang berasal dari Kuala Terengganu...
Perkahwinan Saudara Ahmad Fikri... Rakan di IPTAR, Sarawak...
Perkahwinan Ustazah Farina... Rakan sekuliah di IPTAR, Sarawak.... Dilaksanakan dengan penuh adat tradisi Bajau, Sabah....
Perkahwinan Cikgu Azlan... Rakan guru yang mengajar sekali dengan saya di SK Kedaik....
Perkahwinan Ustaz Izzat Amin... Senior Maahad Mahmud...
Perkahwinan Cikgu Hishamuddin... Teman serumah di SK Kedaik...
Perkahwinan Akhi Ibrahim.... Sahabat yang dikenali di UiTM Kota Samarahan... Moga Allah memberkati kalian semua... Selamat bercinta hingga ke syurga...

Sunday, May 22, 2011

Jelajah 2011 : Motivasi Kaum Ibu @ Masjid Tabuan Tengah

Ketika berkunjung ke Kuching pada penghujung April yang lalu telah di jemput oleh Unit Saudara Kita (USK) untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada kaum ibu di kampung tabuan tengah...Kehadiran pada hari tersebut memang memberangsangkan....
Saya langsung tidak menyentuh bagaimana cara untuk membesarkan anak tetapi isu utama yang saya bawa pada hari tersebut ialah bagaimana menjadikan anak-anak sebagai aset ibu bapa di akhirat....
Ternyata...dialek sarawak saya masih belum hilang...walaupun tidak pro sangat "klaka saghawak"...
Hampir 2 jam bersama dengan kaum ibu...
Anakmu mengundur diri...moga kita berjumpa lagi...Insya Allah...

Thursday, December 16, 2010

Jelajah 2010 : Kem RESAM @ Sungai Lumut, Santubong

Program ini merupakan yang terakhir saya sertai di Sarawak sebelum berangkat pulang ke Semenanjung....Dijalankan di Surau Sungai Lumut, Santubong...
Kem RESAM @ Kem Remaja Sayang Masjid ini bertujuan untuk mendekatkan generasi muda dan remaja di kawasan ini dengan surau mereka...Kem RESAM ini dijalankan selama 2 hari 1 malam...
Antara LDK yang dijalankan....membina pulau impian...
Mula mencipta Transfomers...
Pengerusi Surau,...
Tiga Tranfomers yang dah mula siap disolek....
Masa makan pun kita berukhwah juga.....
Riadhah petang....
Anak-anak Santubong....
Motivasi perdana oleh Ustaz Syahid Adam...Jazakallah buat ustaz atas kesudian hadir ke Kem ini.....
Menyampaikan kuliah Subuh pada hari kedua dengan tajuk "Insan yang dikasihi Allah swt"
Moga mendapat manfaat
Ketika riadhah pagi...Kampung Sungai Lumut mempunyai view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Santubong....
Membawa "Bayi'
Riadhah bermodul....Bukan sekadar seronok...
Motivasi 2 yang disampaikan oleh Tn Hj Yasmin....
Menyampaikan motivasi Ibu Bapa dan Peserta pada majlis penutup...
Gunakan setiap peluang yang ada....
Moga menjadi anak yang soleh dan solehah...
Antara Ibu Bapa yang hadir...
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak surau...Moga kita dapat berkerjasama lagi....
Moga berjumpa lagi warga Sungai Lumut....

Wednesday, December 8, 2010

Jelajah 2010 : Kuliah Magrib @ Masjid al-Muhandisin

Setelah 4 tahun..Bermula 2006..Sebentar tadi adalah kuliah Maghrib terakhir
saya di Masjid al-Muhandisin...Boleh dikatakan kuliah Widaq (Perpisahan)..Hati bercampur baur...Saya diberi peluang berada di Masjid yang subur dengan Tarbiah, didalamnya ada Biah Solehah, warganya Sakinah, yang meniti dibibir mereka hanyalah Da...kwah Islamiah...Buat teman2 al-Muhandisin..Patah Tumbuh..Hilang PASTI Berganti...Allahu Akhbar !!
Dengan tajuk 3 Golongan yang di kasihi Allah.

1) Solat pada waktunya
2) Berbuat baik pada Ibu Bapa....
3) Berjihad di jalan Allah...
Bersama teman-teman RAPI yang hebat....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin