Showing posts with label Usrati Mahbubah. Show all posts
Showing posts with label Usrati Mahbubah. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Gambar Hari Ini : Aku pun budak kampung

Dulu di Teluk Bagan banyak Kambing kampung...sampai pernah ada orang kemalangan depan rumah langgaq kambing... Teringat masa umur 5, 6 tahun.. Masa tu di rumah Arwah wan Umaq masih ada kandang kambing lagi... Selain dari buat bendang...Dengan bela kambing ni lah Arwah Wan Umaq Besaqkan mak 7 beradik.. Teringat kisah mak, waktu dia kecil perlu halau kambing masuk kandang bila petang...Arwah wan juga pernah tunjuk kat aku mcmana nak masak kepala kambing agar otak dia tak berkecai... La ni?? nak cari sekoq kambing melintas depan rumah pun payah
Semasa bersekolah di SK Dato Wan Mat Saman... Banyak member yang buat gerek depa mcm ni... Aku pernah minta kat ayah nak buat mcm ni...Tapi dia tak bagi... Bila berpindah ke SK Tebengau pun, masih ramai lagi yang naik gerek mcm ni... LA ni??? Budak2 dh jarang naik gerek...Mak Pak Hantaq sampai depan pintu sekolah...
Buah kegemaran... Sekejap musim kampung..sekejap musim siam... Masih ingat masa sekolah rendah... Bila balik Perak.. Mak akan bawa balik durian dusun sedara mara.. Bila sampai rumah.. Aku dan bang nip akan kayuh gerek ke Kedai Cup untuk beli beras pulut.. Kedai Cup tak buka waktu malam..ketuk la pintu rumah dia..sampai dia pun dah tau, kalau mai malam mesti nak beras pulut..Hantaq beras ke rumah, terus berlari (sebab takut malam) pi rumah tok teh, arwah tok cik, mak Njang... Ajak depa mai rumah makan durian... La ni?? Aku dah tak dapat makan durian banyak2...pening....hehe
Permainan ni aku selalu main di PASTI kat rumah lama Mak Njang... Main tarik upih pinang... Kadang2 depan rumah Arwah Tok Ngah Lan... Sebab aku dgn sepupu, Pa'e.. Kami dua badan besar, kami la tukang tarik...Depa ingat lagi ka??? hehe... La ni??? Budak2 lebih suka main PS....
Ni pun penah main juga... dengan Bang Nip, Baop, Islah, Farid, Pae, Piti, dan ramai lagi...masa di rumah lama..sekeliling rumah adalah rumah saudara mara... Bila dah masuk sekolah ni..aku ajaq budak2 main,..depa tak tau....
Ini namanya serkap...time motong padi...inilah kerjanya..walaupun tak pro sangat...tapi pernah buat.. Ikut belakang mesin padi dan kobota...Pernah pi menyerkap dengan Bang Nip dan Pun...Ulaq pun penah lekat...Sampai mak hadiah kan serkap tu... La ni dah tak tau kat mana... Cuma last tengok masa bela ayam katek dulu.. Buat guna kurung ayam...Cuma kalau la ni..orang ajak turun bendang lagi.. Tak mau dah la... Takut kaki terbenam dalam selut....
Mesin padi....kadang-kadang orang paking tepi rumah..apa lagi..naik la atas dia dan berlakon bawa mesin padi...Pengalaman + kenangan = Nostalgia...
Cukup femes di mana-mana kampung dlm negeri Kedah..Kalau time buat balai kat rumah kenduri kena ada bnda alah ni...Tak pernah hisap.. Namun melihat mereka yang menggulungnya... ternyata mereka ada seni....hehe
La nie semua dah moden dah

Monday, April 19, 2010

Kembara Haramain Syarifain & Perlembahan Nil : Siri AKHIR

Ini adalah Sa'e saya yang pertama ketika berada di Masjidil Haram..Ketika ini tempat sa'e masih di dalam pembinaan dan penambahbaikkan...Dijadikan 4 tingkat hingga ke bumbung Masjidil Haram...
Kalau di Malaysia suasana ini tentulah selepas solat Jumaat.. Namun ini adalah suasana selepas solat Subuh... Bersesak-sesak untuk solat subuh....
Usai zohor...Bersama ayahanda menghadap Baitullah....
Suasana pada waktu tengah hari.. Jamaah dari Asia Tenggar sukar untuk tawaf pada ketika ini kerana suhu pada waktu ini 45 darjah celcius..Selalunya saya akan menunaikan Umrah pada waktu malam ataupun awal pagi (sekitar jam 1 pagi)
Bermiqot bersama ahli keluarga di Tan'naim...
Pintu utama Masjidil Haram...
Ziarah....
Jabal Rahmah....
Kenangan....
Bergambar kenangan dengan Akhi Ehsan Nadjafi daripada Iran.. Seorang jurutera Kimia...Persoalan yang kami bincang ialah ukhwah Islamiah, isu semasa dunia, nuklear Iran dan juga kehebatan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan.. Najib?? Sorry, dia tak kenal....
Berjalan-jalan di bazar....
Merpati yang jinak...
Kelas al-Quran di Masjidil Haram...
Suasana Baitullah pada waktu malam....
Sujud menyembah Allah yang esa...
Bonda bergambar kenangan....
Ketika dalam perjalanan pulang...Kenangan Masjid Terapung di Jeddah..
Berlatar belakangkan laut merah...
Bersedia untuk penerbangan pulang ke Malaysia..Akan transit di Kaherah...
Membaca....
Sampai juga di Bangkok dari Kaherah.. Meneruskan penerbangan ke Hatyai dan masuk ke Malaysia semula melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.....
----------------------------
- Sekadar pengalaman saya, tak sempat nak taip panjang-panjang sebagaimana artikel yang lepas... sekadar gambar yang mampu menceritakan pelbagai perkara... W'Alam
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Serian 19 April 2010

Thursday, January 14, 2010

Salam dari Jauh

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Tiada apa lagi yang nak dikatakankan… Blog yang telah berusia 2 tahun ini hamper BERSAWANG kerana tidak di update.. Syukran pada semua yang masih sudi berziarah.. Seingat saya sejak November 2009 saya sudah tidak isi karya di blog ini.. Yang saya update cumalah gambar dan isu yang dikira menarik untuk saya.

November & Disember yang singkat

Saya pulang ke kampung dari Samarahan ni dengan hati yang berdebar. Saya tidak dapat menjawab peperiksaan dengan begitu baik..Apatah lagi ujian Syafawi Hafazan al-Quran juga ada sangkut2.. Di samping itu penghujung 2009 saya telah membuat keputusan yang PENTING dalam hidup saya. Walaupun buruknya macam banyak, namun ia penting untuk hidup saya. Pulang dalam keyakinan diri terganggu seketika, saya memilih untuk bersama keluarga 2 minggu pertama cuti. Habiskan masa berbual dengan ayah dan mak.. Alhamdulillah.. Kami gunakan peluang itu dengan sebaiknya.. Sempat juga berjalan2 dengan keluarga.. Saya sedaya upaya jika mak dan ayah ajak berjalan ke mana-mana saya tidak akan tolak kerana saya tahu, masa yang ada harus dimanfaatkan..Ibu dan ayahlah segalanya dan saya pernah membatalkan program atau jemputan jika ada ajakan dari mak dan ayah.. Sempatlah kami sekeluarga berjalan-jalan di waktu cuti yang lepas.

- Berhari Raya di Bayan Lepas, Gunung Semanggol dan terus ke Seremban 2 beraya di rumah Abang.
- Memasuki wilayah Padang Besar sebelah Thailand untuk membeli belah
- Berkenduri kendara hinggalah ke Ipoh, melawat Muzium Sejarah Pasir Salak dan terus ke Sabak Bernam.

Moga masa yang dihabiskan dengan keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Tahniah juga buat ayah dan mak.. Hampir 30 tahun berkahwin, mereka memilih untuk “Bulan Madu” mungkin di Bukit Tinggi & Padang Indonesia.

Saya Buat Apa Yang Saya Suka

Saya tiada ilmu tentang dakwah, apatah lagi ilmu agama.. Namun keduanya menjadi darah daging saya sekian lama.. Bermula dari saya kecil di bawa ayah ke majlis2 ilmu terutamanya kuliah Ustaz Shamsuri di Masjid Sultanah hinggalah ke majlis2 siasah di Negeri Kedah. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi Mederator program.

- Terima kasih kepada YB Haji Abdul Ghani Ahmad dan Majlis Ketua Kampung (MKK) Dun Air Hitam atas peluang mengendalikan program Explorace Bermotorsikal 2 hari 1 malam di Titi Hayun Yan, juga buat akhbar Sinar Harian yang membuat liputan.

- Terima kasih buat Hj Abdullah, Pengarah Syarikat Abqorisyam Sdn. Bhd serta semua tenaga kerja Belantara Elite Campsite, Kuala Nerang kerana menjemput saya memberi ceramah motivasi penutup untuk ibu bapa dan peserta Kem Anak Soleh Penyejuk Hati Ibu Bapa sebanyak 3 siri berturut-turut.

- Terima kasih juga buat Syarikat Continental Sime Tyres, Biro Agama, Plant Department, IT Department serta pengurusan Hotel Seri Malaysia atas peluang dan kerjasama dalam membentu saya mengendalikan Kem Jiwa Murni yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

- Jazakallah buat semua tenaga kerja Kem Bina Sahsiah Siri 6. Peluang bertindak sebagai Unit Bimbingan sepanjang program digunakan semaksima mungkin. Jazakallah buat YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, YB. Dr Ismail Salleh, Unit Amal Malaysia yang telah meraikan kami tenaga kerja KBS. Hingga beberapa kali jamuan penghargaan di buat.

- Dan ramai lagi..Jazakkallah buat semuanya

Buat yang berkenduri hari tu, selamat berkenduri, yang mana sempat saya sampai tu..sampailah… Dan Alhamdulillah.. Keputusan exam melebihi dari apa yang dijangka…

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 14 Januari 2010
Kota Samarahan
* Internet yang slow x support untuk upload gambar...

Monday, October 5, 2009

Kembara Lembah Nil & Haramain Syarifain 6

Kurma yang sedang masak
Bergambar kenangan di ladang kurma
Mak pun turut sama...
Kurma Kuning ni mcm durian isi kuning jugalah..menjadi rebutan...
Cinta Madinah

…. Setelah penat berjalan di sekitar Jabal Ruman dan juga Jabal Uhud, kami meneruskan perjalanan ke lading kurma yang berdekatan. Inilah kehebatan Allah swt, menciptakan padang pasir yang tandus, namun dalam masa yang sama juga mencipta pepohonan kurma yang mampu hidup dalam keadaan kering kontang. Buah kurma yang kita makan sepanjang Ramadhan yang lalu mengandungi glukosa yang tinggi, dan walaupun glukosa itu umpama gula, namun jika anda biarkan buah kurma terdedah, semut tidak akan menghurunginya kerana gula yang terdapat pada kurma bukanlah yang dikehendaki oleh semut.

Pokok-pokok kurma di ladang tersebut tidak begitu tinggi, bahkan lebih rendah rasanya dari pepohonan kelapa sawit Jengka 7 Tok Su di Pahang. Rombongan kami disambut dengan hidangan teh panas. Bayangkan, dalam cuaca yang panas, diberi pula teh panas, namun redupan pohon kurma mengurangkan segala tekanan tersebut. Sesekali dari jauh, mata terus melirik ke arah jabal Uhud yang dari jauh masih berduyun-duyun diziarahi oleh tetamu yang baru tiba dari segenap pelusuk dunia.

Melihatkan kepada kerendangan pohon kurma di sini, mengingatkan saya dan ayah kepada sebuah drama yang “top” satu ketika dahulu. Cinta Madinah. Terdapat beberapa babak yang dilakonkan dalam suasana di ladang kurma. Barangkali inilah ladang kurma yang digunakan. Sebuah karya Abu Hassa Morad yang melibatkan Wardina, Zul Yahya, Shukeri Hashim dan ramai lagi pelakon yang membintanginya. Sebagai rekod, Cinta Madinah adalah novel pertama yang saya beli dengan duit sendiri sekitar tahun 2002 @ 2003 yang lalu. Zaman bersatira yang telah berlalu.
Masjid Tujuh dari jauh...
Suasana luar Masjid Qiblatain
Di Jabal Sal inilah terletaknya Masjid Fath...
Masjid Qiblatain

Cuaca makin terik, bas kami sampai di pinggir Masjid Qiblatain. Ayah mengajak saya turun, namun atas sebab masalah kesihatan dan juga keletihan saya menolaknya.

“Ayah tughunlah, Chek penat..amik kamera ni, ayah ambiklah gambaq…,” beritahu saya..

Sampai sekarang saya rasa kesal kerana tidak usaha gagahkan diri untuk turun, bukan apa, entah bila lagi nak dapat hadir ke Masjid ini.

Menurut Dr Ilyas Abdul Ghani (2005:67), masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain kerana ayat perintah qiblat yang terdapat dalam surah al-Baqarah, 144 yang bermaksud :

“..Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram..”

Ayat ini turun Nabi Muhammad SAW sedang menunaikan Solat Zohor di tempat ini iaitu Bani Salimah. Maka ketika tengah bersolat Baginda berpaling ke Kaabah. Dari segi lokasi, masjid Qiblatain terletak berhampiran dengan lembah ‘Aqiq di jalan Khalid al-Walid. Telah pun dilakukan baik pulih di era Raja Fahd pada tahun 1987 membabitkan RS 54 juta. (dalam RM 52 juta).

Khandak dan Masjid Tujuh

Inilah keistimewaan Islam barangkali, itupun jika orang Islam mengamalkannya. Perang Khandaq ataupn perang Ahzab mencatatkan sejarah yang jelas buat umat Islam mengenai ajarannya. Bagaimana gabungan tentera ahzab yang berjumlah seramai 10 000 orang hasil gabungan beberapa kabilah ingin menyerang Madinah yang hanya dipertahankan oleh Muslimin yang hanya sekitar 3000 orang dan sesetengah pendapat walaupun lemah menyatakan Madinah hanya dipertahankan oleh 900 orang tentera Muslimin sahaja.

Apakah istimewa yang saya maksudkan?? Keterbukaan Rasulullah SAW dalam bermesyuarat. Berlakunya perbincangan antara Rasulullah SAW dan para sahabat mengenai cara yang wajar digunakan untuk mempertahankan Madinah. Lalu bersuara Salman Al-Farisi seorang hamba, mengenai bagaimana orang Parsi mempertahankan diri mereka semasa perang adalah dengan menggali parit di sekeliling kota. Walaupun cadangan tersebut dikeluarkan oleh orang bawahan, Rasulullah sebagai ketua tidak ada masalah untuk menerimanya. Atas kerjasama semua, rancangan tersebut direalisasikan.

Tentera ahzab yang tiba di Madinah amat kecewa kerana mereka tidak mampu untuk menyeberangi parit yang dibina dan mereka juga berasa hairan, khandaq yang di bina oleh Rasulullah ialah salah satu strategi perang yang baru di tanah Arab. Walau bagaimana pun mereka terus berkubu sekitar Madinah hinggalah Rasulullah bermunajat di atas sebuah bukit yang di beri nama Jabal Sal. Melalui bukit ini juga Nabi dapat mengawal pergerakkan tentera Muslim dan juga mengawasi pergerakkan Musuh. Akhir munajat Nabi diterima dan tentera musuh dibantai dengan rebut dan taufan. Di Jabal Sal ini Nabi bermunajat selama 3 hari dan turunnya kemudian ayat ke 9-25 surah al-Ahzab dan juga ayat ke 26 Ali Imran. (rujuk Dr Ilyas Abdul Ghani di dalam bukunya Sejarah Madinah al-Munawwarah, 101)

Ketika tiba di pinggir Jabal Sal, saya melihat manusia berpusu-pusu memasuki masjid Fath(masjid Kemenangan) yang terdapat di Jabal Sal. Di dalamnya dikatakan tempat Nabi bermunajat kepada Allah. Masing-masing ingin bersolat di tempat Nabi pernah bersolat.

Digunung Sal ini terdapatnya 7 Masjid yang kemudiannya digabungkan menjadi satu masjid yang dikenali sebagai Masjid Sab’ah (Masjid 7), Masjid ini menggabungkan masjid-masjid seperti :-

1. Masjid al-Fath
2. Masjid Salman al-Farisi
3. Masjid Ali
4. Masjid Umar
5. Masjid Sa’ad
6. Masjid Abu Bakar
7. Masjid Sab’ah sendiri.

Pada peringkat ini pun saya hanya melihat dari jauh sahaja. Ternyata cuaca yang panas membuatkan para Jemaah kurang selesa untuk turun menziarahi masjid Sab’ah.
Bila dah sampai di pasar kurma ni...langsung tak letih dah...
Halal...Halal

Pasar Kurma.

Bagi Jemaah Haji mahupun Umrah yang datang berziarah ke Madinah, pasti kurang lengkap ziarah mereka tanpa datang ke Pasar Kurma untuk membeli bekalan kurma dan di bawa pulang ke Tanah Air.

“Halal! Halal !“ itulah jeritan para peniaga. Mereka tanpa jemu akan meminta anda merasai terlebih dahulu kurma yang bakal mereka jual. Pelbagai jenis kurma terdapat di sini dan kurma Nabi sentiasa menjadi rebutan kerana bersandarkan sabda baginda tentang fadhilat kurma berkenaan.

“Assamualikum Abang Nazmi”, saya di sapa dari belakang.
“Waalaikumsalam” jawab saya, tangan kamu berpaut erat. Saya mengenali wajah ini, namun mencari di mana kali akhir bertemu mata....Ah, tak jumpa!! Tak jumpa dari kotak ingatan saya. Wajah saya kenal, namun identitinya lesap sama sekali.

“Maaflah akhi, ana lupa langsung ni, sapa ni?“, saya bertanya.
“Ana Fawwaz, nta tak kenal ???“ jawabnya

Setelah berbicara seketika, barulah saya mengenalinya. Fawwaz merupakan junior saya beberapa lapis di bawah batch saya di Maktab Mahmud dan sekarang menuntut di Universiti Islam Madinah. Wah, hebatnya Fawwaz ni. Setelah bersalaman dan berpelukkan, fawwaz meminta izin untuk meninggalkan saya kerana ada urusan lain. Saya pula terus membantu Mak untuk memilih kurma serta buah tangan yang lain yang boleh dibawa pulang ke tanah air. Bukan setakat kurma sahaja yang dibeli...

Universiti Islam Madinah

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami di bawa melintasi kompleks utama Universiti Islam Madinah. Menurut Dr Ilyas Abdul Ghani (2005:149), universiti ini didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1381 H di lereng Wadi Aqiq dan terdapat beberapa Fakulti di dalamnya seperti Fakulti Syariah, Fakulti Dakwah & Usuluddin serta Fakulti Bahasa Arab.

Mahasiswanya seramai +/- 6000 orang dan mereka terdiri dari 138 negara Islam dan bukan Islam. Atas kekayaan Arab Saudi, mereka memberikan tiket penerbangan kepada mahasiswa, elaun, fasiliti pengajian, perubatan dan pelbagai lagi. Dan untungnya menjadi mahasiswa Universiti Islam Madinah ialah dapat bersolat di Masjid Nabawi pada setiap waktu.
Suasana Pengebumian Jenazah di Baqi'
Menziarahi Baqi Usai bersolat Asar
Emak di pinggir masjid Nabawi

Melawat para Sahabat

Usai solat Asar serta solat di Raudhah, saya dan ayah terus keluar melalui Babussalam. Tidak dapat menziarahi makam Rasulullah kerana manusia yang semakin ramai. Apa yang hendak saya rebutkan. Saya sudah berpeluang ziarah, berikan pula kelapangan pada Jamaah yang baru tiba. Ayah membawa saya berjalan-jalan di bahagian hadapan Masjid Nabawi sambil mengaitkan beberapa bangunan yang masih ada ataupun yang telah dirobohkan dengan pengalamannya menunaikan haji dan umrah tidak lama dahulu.

Pada petang itu terdapat majlis pengebumian di perkuburan Baqi‘ di sebelah Masjid Nabawi. Jemaah lelaki dibenarkan untuk masuk. Wanita-wanita Syiah terdapat ramai disebelah luar, ya lah, di dalam perkuburan ini terdapat ramai ahlu Bait. Saya dan ayah berjalan-jalan seketika di kawasan perkuburan sambil melihat suasana serta kehadiran pelbagai bangsa.

Baqi‘ ialah sebuah perkuburan di Madinah, di mana di situ telah dikebumikan lebih dari 10 ribu orang sahabat, isteri, anak-anak Nabi SAW serta tabi’in dan pengikutnya. Menziarahi perkuburan Baqi‘ adalah sunnah Nabi SAW dan Rasulullah SAW pernah meminta ampun bagi penghuni Baqi‘ melalui doanya. (rujuk Sahih Muslim , 11:974)
Selepas Maghrib di Masjid Nabawi
Diisi dengan ibadah
Tengok apa tu adik???
Merenung masa hadapan...
Dari tiang-tiang sebeginilah keluarnya air cond di Masjid an-Nabawi

Masjid Nabawi di Hati.

Hari ini hari Khamis. Malam ini merupakan malam terakhir saya berada di Madinah. Magribnya diisi berbuka puasa bersama ribuan Jamaah yang hadir. Kemudian pada Magrib dan Isya’nya diisi dengan al-Quran dan juga merenung diri serta sekita masjid Nabi. Terus terang, saya terpukau dengan keindahannya, suasana ibadahnya, harmoninya. Terdapat pengajian di dalamnya. Seorang Sheikh berkulit hitam sedang mengajar tentang hadith Nabi. Yang mendengarnya semuanya arab serta jamaah yang berkulit putih. Langsung tiada rasa janggal dalam mendengar ilmu. An-Nabawi sentiasa di hati....
Bergambar Kenangan di Pintu Umar al-Khattab..
Berduyun manusia berjalan untuk menunaikan solat Jumaat
Bagi yang lambat, boleh berteduh di bawah payung utama..
Selepas membawa turun barang dari bilik...Sudah mula memakai kain Ihram..Namun belum berihram lagi...
Kenangan akhir di Masjid An-Nabawi
Jumaat dan Ihram

Jam 11 pagi saya sudah bergerak ke Masjid an-Nabawi. Walaupun waktu Jumaat masih lewat. Namun untuk mendapatkan tempat yang selesa dan di hadapan, harus bergerak awal ke Masjid. Sementara menunggu Jumaat. Beberapa Ibadah sunat di jalankan. Khutbah Jumaat di sampaikan di dalam bahasa arab dan saya memahami isinya walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

Usai berjumaat, bergerak keluar dari Masjid. Beberapa teguk mak-u zamzam sempat diteguk. Keluar saja dari pintu Umar, Masha Allah.. Ramainya manusia. Saya agak di dataran masjid yang sedang bergerak sahaja melebihi 30 ribu manusia. Harus segera pulang ke hotel, taklimat untuk perjalanan pada petang ini.

Selesai taklimat, saya dan keluarga lantas mengemas barang dari Elaf Tayba, untuk bergerak pada petang ini. Dengan bantuan ayah, Ihram di pakai buat pertama kalinya dalam hidup. Sehelai sebagai kain sehelai lagi sebagai penutup badan. Bergerak ke Masjid Nabawi buat kali terakhir untuk menunaikan solat Asar. Bergenang air mata, bila memikirkan inilah pakaian yang hampir sama bila sampai masanya saya bertemu Allah nanti. Langsung tidak menggambarkan darjat si pemakainya. Semakin sedih meninggalkan Rasulullah SAW.. Semuanya serba akhir....Kaki lantas di hayun..menuju ke Baitullah...

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 Oktober 2009
Kota Samarahan 11.42pm

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin