Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Sembah Kotak Hitam?

Umat Islam sembah kotak hitam...???
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
...
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun taka da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya …

Wednesday, June 8, 2011

"kenapa anda rasa Tuhan itu romantis kepada hamba-nya?"


Sedia mendengar

Allah cukup romantis pada kita hambanya….Kesetiaan Allah untuk mendengar rintihan, luahan, dan kegembiraan hambanya membuatkan sang hamba sentiasa merasakan dirinya mempunyai kekasih yang abadi. Kita sedih, luahlah pada Allah…Allah akan mendengarnya. Kita di uji, di fitnah, rintihlah pada Allah, Allah akan mendengarnya. Takala kita gembira kerana berjaya, bersyukurlah pada Allah , Dia pasti mendengarnya. Dalam hadith Qudsi dinyatakan bahawa sepertiga malam terakhir Allah akan turun ke langit dunia.Untuk mendengar hambanya merintih dan meminta…Takala manusia lain sedap, nyenyak dan lena dalam tidur..Kita punya kekasih yang sedia…bukan untuk sehari dua…namun selamanya untuk mendengar rintihan kita…Tidak ada kekasih yang mampu terus mendengar dengan setia sebagaimana Tuhanku Allah…Tiada lagi kekasih seromantis itu yang pernah di jumpai…

Berbicara

Bila sang dara berbungkam rasa, pasti sang aduka akan menenangkan dengan kata-kata, yang manis lagi puitis yang menusuk jiwa…Namun ia hanya seketika…takala di kemuncak rasa, iaitu sebelum dapatnya si dara. Selepas sudah ada amanah di rasa, tiada lagi keseronokkan dunia.. aduka bukan lagi tempat meluah rasa, apatah lagi menenangkan jiwa dengan kata-kata.. Allah cukup romantis, setiap saat, setiap masa, setiap ketika.. Bersama hambanya yang yakin dan setia dengan firmannya. Bila sedih di fitnah, Dia membelai dengan surah Yusoff sebagai pengubat duka, Takala muslimat ingin kembali kepada agamaNya, Dia menyapa lembut lubuk hati dengan surah AnNur sebagai petunjuk jiwa. Takala jiwa pemuda memberontak ingin berjuang, Dia membisik dengan surah al-Kahfi sebagai panduan anak muda.. Oh..Bila Allah berbicara..romantis tidak terkata..Senang Dia menyapa, kita susah Dia bersama..Kata-katanya firmannya membentuk jiwa..buat insan..buat hamba..buat kekasihNya.

Memaafkan

Sama manusia lain rasanya lain ragamnya, Salah sekali maaf diberi, salah berulang kali, Maaf..tiada lagi maaf…Kekasih yang berkasihan juga tak bisa memaafkan berulang kali pria atau pacarnya.. Namun tidak bagi Allah..Dialah Tuhan..Dialah Rabbi..Dialah kekasih sejati, salah sekali dimaafi, salah berulang kali, tetap peluang diberi, untuk memperbaiki diri. Jika terus melakukan salah, bukan salah pada maafnya, salah pada sang hamba yang tidak mengerti. Allah maha pemaaf..memberi peluang..peluang..dan peluang agar manusia terus menjadi insan yang mensyukuri… Bagaimana jika kekasihku manusia..sekalipun dimaafi…pasti tercalar di benak sanubari…pasti tertusuk di dalam hati..pastinya bak kata orang,..dia akan makan hati…Namun Allah, dia Rabbi..Terus memaafkan hambanya…Kekasih yang romantis kekasih yang memberi peluang untuk memperbaiki diri…

4 Rejab 1432/ 6 Jun 2011

Teratak Bonda yang tercinta

9.07pm

Saturday, March 19, 2011

Jelajah 2011 : Tirai di buka di Langkawi

Pada 4 Januari 2011 saya telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar SMU Baqiyatussolihat, Langkawi...Dalam tempoh 2 bulan...Ini sudah kali ke 6 saya berulang alik ke Langkawi untuk berceramah..
Saya begitu tertarik dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar disini...Ceramah hanya berlangsung dalam 1 jam lebih...Namun ia diteruskan lagi 1 jam sebagai taujihad bersama mengenai peranan pelajar agama...
Mereka di lahirkan di Langkawi...Satu pulau yang di kelilingi hiburan...Namun mereka lahir dalam keluarga yang masih mementingkan agama...
Harapnya..Inilah generasi yang akan menentang segala kebejatan dan hedonisma...
Moga ada manfaat buat semua...

Jelajah 2010 : Program terakhir 2010 @ Air Hitam

Program ini dilaksanakan atas jemputan masjid an-Najah, Air Hitam, Jerlun , Kedah... Saya sendiri pun dah tak ingat tarikhnya....kekangan liputan internet membuatkan saya agak lambat update sebarang perkembangan....
Dengan bantuan Fasilitator...Cuba memperbetulkan antara perkara yang paling asas dalam kehidupan Mukmin...Iaitu Solat..
Modul digerakkan secara santai...
Antara peserta yang hadir...
Moga kita semua berjumpa lagi...Insya Allah...

Sunday, January 2, 2011

Jelajah 2010 : Ziarah Langkawi lagi dengan 3 Slot

Amat tidak di sangka...dalam tempoh 5 hari...dua kali saya ke Langkawi...Kali ini juga ke tempat yang sama..Madrasah Baqiyatussolihat juga...Kali ini memenuhi jemputan Kem Bina Insan untuk pelajar Tingkatan 1 sekolah tersebut..Peserta sekitar 70 orang sahaja.
Pada malam yang pertama, 28 Nov 2010 saya menyampaikan Motivasi bertajuk remaja harapan Ummah...Di bawa secara santai memandangkan slot saya ini adalah pada hari ke dua KBI..Rata2 peserta kelihatan agak letih...Jadi pembawakan yang ringan diperlukan...
Antara pelajar lelaki yang hadir.
Keesokkan harinya pula pada 29 Nov 2010 pula diteruskan dengan slot yang kedua yang bertajuk "Kembali Ke Jalan yang Lurus"... Saya sedaya upaya cuba berkongsi maklumat yang sama dengan peserta bahawa hidup di dunia ini adalah persediaan untuk hidup yang lebih abadi selepas mati....
Di sambung dengan sesi "Tanyalah Ustaz" pada tengaharinya...Kebanyakkan soalan yang ditanya pada saya berkisar isu keluarga, perkahwinan dan ibadah...Tepat jam 12 Tengahari saya terus bergerak ke jeti Kuah dan terus pulang ke Alor Setar...Moga dapat ketemu dengan Langkawi lagi selepas ini..Insya Allah...Aminn.

Saturday, January 1, 2011

Jelajah 2010 : Serehan Peserta KAS @ SAIF

Bersama akhi Shuhaimi mengendalikan sesi penyerahan peserta kepada waris selepas majlis penutupan Kem Anak Soleh (KAS) yang dilaksanakan di Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) pada 25 November 2010 yang lalu...
Moga peserta menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka...
Moga ada perubahan yang dilakukan...Janganlah pada hari penutupan sahaja....
30 minit yang bermakna....
Moga kita berjumpa lagi dalam Kem Anak Soleh (KAS) yang akan datang... Terima Kasih buat kerajaan Negeri Kedah atas inisiatif mewujudkan program yang bermanfaat sebegini...

Jelajah 2010 : Motivasi Anak Soleh @ Tikam Batu

Pada 25 November yang lalu telah memenuhi jemputan di Surau Tikam Batu untuk menyampaikan motivasi kepada peserta Kem Anak Soleh anjuran Pihak Surau...Saya dimaklumkan...ini adalah kali yang ke 5 penganjuran..Tahniah kepada pihak surau...
Antara peserta yang hadir....adik umur 6 tahun pun ada....
Bersama peserta
Menulis isi penting...
Nak juga dengar respons mereka....Alhamdulillah...kebanyakkan dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik...Moga kita berjumpa lagi...Insya Allah...

Jelajah 2010 : Motivasi Anak Soleh @ Langkawi

Pada 24 November 2010 yang lalu saya telah memenuhi jemputan Pembangunan Insan, Kerajaan Negeri Kedah untuk menyampaikan motivasi yang bertajuk "anak soleh harapan Ibu Ayah" di Madrasah ad-Diniah al-Baqiyatussolihat, Langkawi..Program ini merupakan sebahagian daripada Kem Anak Soleh yang dijalankan di 4 tempat secara serentak..Alhamdulillah...
Hampir 200 orang peserta sekolah rendah telah hadir...Sememangnya mencabar bilamana berinteraksi dengan pelajar-pelajar dalam umur2 yang sebegini...
Cuba memberikan pendedahan awal mengenai kepentingan aurat kepada mereka...Satu kesilapan masyarakat kita..Isu aurat hanya ditekankan apabila kanak-kanak sudah sampai usia remaja...Itu satu pendekatan yang salah...
Alhamdulillah....mendapat respons yag baik dari peserta..
Sebahagian peserta puteri...Didoakan anda semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga di akhirat...Insya Allah...

Monday, December 20, 2010

Jelajah 2010 : Solat Tugasan Agama @ KAS

Bersama dengan peserta-peserta Kem Anak Soleh (KAS) yang begitu bersemangat sepanjang slot motivasi solat ini dijalankan.....
KAS ini merupakan Kem anjuran Kerajaan Negeri Kedah untuk pelajar yang berada di Tahun 4, 5 dan 6....
Menjadi kebiasaan saya...apabila berinteraksi dengan pelajar sekolah rendah...Ceramah hanyalan 50% dan aktiviti perlu 50%..Ini kerana daya tumpuan mereka agak kurang berbanding pelajar sekolah rendah...Aktiviti sebegini juga dapat membantu saya untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka supaya penyampaian saya tidak terlalu melalut dan boleh diterima dengan tahap pemikiran peserta....
Antara pelajar putera yang hadir,....
Moga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan dan di doakan kita semua dipilih oleh Allah swt untuk menjadi anak soleh harapan ibu ayah....Insya Allah...

Jelajah 2010 : Iman Mutiara @ Kem Bina Insan

Pada 22 November yang lalu saya telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk "Iman adalah Mutiara" kepada peserta Kem Bina Insan (KBI) di Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Kem ini melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3... Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Ibu bapa dan waris.. Inilah salah satu satu program berbentuk "kesejahteraan" yang dianjurkan oleh Exco Pembangunan Insan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman....
Pelajar puteri tidak ketinggalan untuk menyertai KBI kali ini..Mereka datang daripada sekolah yang berbeza..Moga-moga ada perkongsian pintar sesama mereka....
Masih menggunakan Method Teknologi dalam penyampaian....
Moga kita berjumpa lagi dan anda semua menjadi remaja yang istiqomah dalam mengamalkan suruh perintah Allah....Insya Allah

Thursday, December 16, 2010

Jelajah 2010 : Kem RESAM @ Sungai Lumut, Santubong

Program ini merupakan yang terakhir saya sertai di Sarawak sebelum berangkat pulang ke Semenanjung....Dijalankan di Surau Sungai Lumut, Santubong...
Kem RESAM @ Kem Remaja Sayang Masjid ini bertujuan untuk mendekatkan generasi muda dan remaja di kawasan ini dengan surau mereka...Kem RESAM ini dijalankan selama 2 hari 1 malam...
Antara LDK yang dijalankan....membina pulau impian...
Mula mencipta Transfomers...
Pengerusi Surau,...
Tiga Tranfomers yang dah mula siap disolek....
Masa makan pun kita berukhwah juga.....
Riadhah petang....
Anak-anak Santubong....
Motivasi perdana oleh Ustaz Syahid Adam...Jazakallah buat ustaz atas kesudian hadir ke Kem ini.....
Menyampaikan kuliah Subuh pada hari kedua dengan tajuk "Insan yang dikasihi Allah swt"
Moga mendapat manfaat
Ketika riadhah pagi...Kampung Sungai Lumut mempunyai view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Santubong....
Membawa "Bayi'
Riadhah bermodul....Bukan sekadar seronok...
Motivasi 2 yang disampaikan oleh Tn Hj Yasmin....
Menyampaikan motivasi Ibu Bapa dan Peserta pada majlis penutup...
Gunakan setiap peluang yang ada....
Moga menjadi anak yang soleh dan solehah...
Antara Ibu Bapa yang hadir...
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak surau...Moga kita dapat berkerjasama lagi....
Moga berjumpa lagi warga Sungai Lumut....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin