Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Sajak : Dua Tahun tak bersuara


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus tercengang.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus terkesima.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus terkejut.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus terlompat.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus terasa.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus tak sangka.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara terus berburuk sangka.


Dua Tahun tak bersuara,

Sekali bersuara…..ada juga yang baik sangka.


Alhamdulillah

------------------------------------

Hafidun Amin

11/11/2010 12.37pm

Kota Samarahan

- Berunsur politik dituju khusus buat Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Zaid Ibrahim.

Wednesday, November 10, 2010

Sajak : Menang & Kalah dengan kebenaran


Kemenangan Hakiki?

Itulah kehendak hatiku,

Juga Hati kita semua yang satu,

Kerana ia sangat perlu,


Kemenangan Hakiki?

Dilihat dari pelbagai segi,

Adakah asasnya Agama Nurani,

Atau sekadar Impian Hati,


Kemenangan Hakiki?

Rasulullah pernah memberi saran,

Perjuangan itu harus di sulam dengan kebenaran,

Barulah kemenangan itu enak di telan,


Kemenangan Hakiki?

Menentang mazmumah itu menang,

Menjana Mahmudah itu menang,

Mengalah bertempat juga menang,


Kemenangan Hakiki?

Menang dengan kebenaran itu hakikat,

Kalah dalam kebenaran juga hakikat,

Ingat…Dengan pasak agama kita semua terikat.

-----------------

Hafidun Amin

10/11/2010 1.42 am

Malaysia Timur

Tuesday, November 9, 2010

Sajak : Kemenangan Hakiki

Kemenangan,

Begitu mudah untuk di eja,

apatah lagi untuk disebut,

Bayangannya saja cukup menggembirakan hati yang serabut,


Kemenangan,

Yang bagaimana kau ingini?

Yang Hakiki nan Abadi?

Atau yang sekadar menyedapkan hati?


Kemenangan,

Tiada makna kalau agamamu di tepi,

Yang menang hanyalah nafsu sendiri,

Percayalah, kau takkan tenang di hati,


Kemenangan,

Jika dicapai dengan cara yang salah,

Penuh tipu dan juga helah,

Kemenangan itu kemenangan yang kalah,


Kemenangan,

Tiada gunanya jika dikecapi,

Dengan menzalimi hak orang yang dinafi,

Ingatlah, tiada hijab doa mereka dengan Ilahi,


Kemenangan,

Tinggalkan saja kemenangan duniawi,

Yang nakhodanya nafsu di dalam diri,

Ayuh, mari kita kejar kemenangan Ukhrawi.


Itulah Kemenangan yang HAKIKI.


-------------------

Hafidun Amin

Kota Samarahan, Malaysia Timur,

12.34 pm

Monday, November 8, 2010

Sajak : Di hati kita ini.....


Di Hati Kita Ini,

Pernah tersemat wahyu Ilahi,

Tersimpannya hadis Nabi,

Di didik dengan akhlak dan Nilai Murni,

Namun kenapa begini?


Di Hati Kita Ini,

Ada lompong yang tersembunyi,

Kita tidak isi dengan cahaya Insani,

Lalu di lintasi dengan riak dan bangga diri,

Namun kenapa begini?


Di Hati Kita Ini,

Ada hajat yang tersendiri,

Biar orang lain rebah ke bumi,

Janji kita menang dalam misi,

Namun kenapa begini?


Di Hati Kita Ini,

Harus di semai dengan amanah Ilahi,

Sebagai Khalifah di muka bumi,

Bukan mencari kepuasan hati sendiri,

Namun kenapa begini?


Di Hati Kita Ini,

Janganlah ada hasad dengki,

Tak semuanya kita boleh dapati,

Percayalah pada ketentuan Ilahi,

Maka…Jangan lagi begini.


ITU AKU

Malaysia Timur

11.56 pm

------------------------------------

Saya tujukan secara umum pada semua, tidak khusus pada sapa-sapa….TETAPI, untuk diri ini sepenuhnya.

Sunday, November 7, 2010

Aku sedih kerana hal itu

Aku sedih kerana hal itu,

Kau bukan calang-calang manusia di tempat itu,

Di didik dengan agama untuk beza ini dan itu,

Sepatutnya kau lebih dari itu.


Aku sedih kerana hal itu,

Aku tak sangka kau terlibat hingga tahap itu,

Kau buang agama kerana itu,

Kau gantikan hati kau dengan perkara itu,


Aku Sedih Kerana Hal itu,

Tentu kau tahu apa salahnya itu,

Hati punah hanya kerana itu,

Ambil hati itu juga disebabkan itu,


Aku Sedih Kerana Hal Itu,

Soleh dan Solehahnya kamu kerana agama itu,

Namun kamu buat itu seperti itu,

Mulutku terkunci, tak sangka kau seperti itu.

Itu Aku

Malaysia Timur 10.42 pm

---------------------------------------------------------

- Hatiku gusar..aku tak sangka…aku kecewa…aku macam nak menjerit untuk hilangkan khabar yang aku terima…. aku tak boleh terima andai itu jadi kenyataan… butakah kamu zalimi teman mu itu… Kalau diserang, di ejek…aku jarang membalas… Cuma biarkan ia berlalu saja… Ini bukan ejekan… Aku melihat kemungkaran…… Ya Allah…Tenangkan hatiku….

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin