Showing posts with label diari 2006. Show all posts
Showing posts with label diari 2006. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

al-Quran-One 4 All

Pada pagi ini sampainya aku kat tempat keja aku didatangi dengan satu soalan dr kawan aku..Dia menceritakan ada seorang "bukan islam" telah membaca satu petikan ayat al-quran di dalam satu ceramah kempen politik pembangkang.Kemudian disusuli pula dengan komen yg diberikan oleh Mufti Perak yg turut sama mengecam dengan bertanya apa hak "bukan islam"membaca ayat quran kerana dia tidak beriman dengan ISLAM... Laporan polis turut dibuat oleh Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan PEWARIS kerana "bukan islam" tersebut telah mempersendakan ISLAM dengan menyebut ayat al-quran daripada surah AL-A'raf utk tujuan kempen dan menyebutnya dengan cara yg tidak betul..."bukan islam" tersebut tersilap menyebut surah Al-A'raf sebagai Al-A'urah...

Setelah dia menceritakan perkara tersebut dia bertanyakan pada aku ..."Apa kata ang..?"...aku lantas berkata.."Tidak ada salahnya dia baca ayat al-quran..."dia menyoal lagi..."Ang xrasa apa2 ka..dia tue dah menghina Islam..Mufti Perak pon marah .."...aku menambah lagi..."apa kata ang p check dulu..cita yg sebetulnya...kemudian ang bandingkan antara cakap media kerajaan dan pembankang..."

Sebenarnya pada malam tersebut aku dah sekilas pandang tentang perkara ini yg dilaporkan oleh Malaysiakini..namun aku hanya baca tajuknya sahaja...bukan apa xperlu nakbaca isi dah tau apa yg diberitakan..dan apa motif tindakan yg telah dibuat oleh kedua2 pihak..iaitu yg keluarkan ayat al-quran dan juga yg buat laporan polis..

"bukan islam"

tujuan beliau berkempen pakai ayat alquran adalah semata-mata bermotifkan politik utk meraih sokongan pengundi melayu khususnya...

"tukang lapor kat polis"

tujuanya sedikit sebanyak ingin memainkan isu perkaum dan juga agama dlm meraih sokongan politik di dalam kempen yg sedang dijalankan..

Termenung jugak aku dlm memikirkan apa yg berlaku..adakah salah org "bukan islam" membaca al quran...?

Bagaimana pula cerita pasal Cat Steven @ Yusuf Islam sebelum dan sesudah memeluk islam..?bukankah dengan membaca al-quran maka turunya hidayah dr ALLAH kepadanya..?

Bagaimana pula cerita-cerita tentang "Islamnya seorang kafir setelah membaca al-quran..?...oleh itu salahkah "bukan islam" membaca al-quran...

Cuba renungkan cerita Umar Al-Khatab yg begitu digeruni menetang islam sebelum beliau memeluk islam...bukankah setelah mendengar adiknya membaca al-quran dan kemudian beliau turut membacanya dan lantas mengucap syahadah sehinggalah beliau menjadi khalifah Islam yg ke 2...

Oleh itu ..bagi aku xda salahnya "bukan islam" membaca ayat al-quran selagi ianya tidak bertujuan utk menghina dan mempersendakanya....

kes "bukan islam" yg silap menyebut nama surah..marilah kita sama2 mengajarnya cara menyebut dengan sebutan yg betul..kerana dia langsung xberniat utk mempersendakanya.. cubalah mengikuti kesemua teks ceramah beliau..jangan main tuduh2 hentam kromo saja..

Al-Quran diturunkan utk memberi petunjuk ke jalan yg benar dan diredhai ALLAH pada semua umat manusia..bukan hanya untk umat islam sahaja...

Al-Quran...."ONE FOR ALL..."
----------------------------
- Pada saya yang hina dan tak sehebat mufti ini..jangan di halang non muslim membaca al-quran..Jika salah, tegur yang silap, jangan terus diajak berhujah antara hak dan batil..tunjukkan contoh akhlak terlebih dahulu..dampingi dulu..Jika halang, smpai ke mati penjawat awam itu takkan melihat non muslim revert to muslim…Berikan mereka panduan.. Sengaja saya paparkan rakan seusrah saya, Mohan @ Irfan Mohan yang beragama kristian dulunya dan kini beragama Islam dan memperjuangkannya. Kami Islamkan dia pada tahun 2006.. Cintanya berputik apabila ingin belajar jawi dan akhirnya diperkenalkan dengan huruf al-quran lalu melihat tafsirnya… Hidayah hak Allah..berilah mereka peluang untuk membaca dan menyebutya kitab Allah..Jika salah..betulkanlah wahai pemimpin ku..Malaysia akan terus SEKULAR jika Al-quran hanya milik Orang MELAYU..kita kan negara ONE MALAYSIA.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 April 2009

Saturday, September 6, 2008

Antara kemerdekaan dan Pembinaan Taqwa

Kenangan Hari Kebangsaan Ke 49 di Sarawak
Assalamulaikum wtb Salam Perjuangan.

Alhamdulilah.. Kita sudah pun berada pada hari ke 6 Ramadhan, mungkin saya begitu lambat menulis mengenai Ramadhan.Dah hampir ke penghujung fasa rahmah. Maaflah..

Konsert Avril

Ramadhan tahun ini kita sambut dalam suasana Negara kita menyambut kemerdekaan kali ke 51. Saya secara peribadi begitu terkilan, kita menyambut Ramadhan bukan dengan kaki kanan. Rasanya anda sudah tahu. Bermula dengan konsert avril yang dikatakaan oleh media uama Negara sebagai konsert yang “bersopan”. Pada mereka nilai sopan hanyalah kerana penyanyi terbabit memakai t Shirt dan juga jeans. Barangkali itulah nilai sopan pada wartawan hiburan di kala semua malaikat bersiap siaga untuk menyambut ramadhan.

Kumpulan hadapan...
Ini bukan soal sopan ataupun tidak, sejarah hidup dan cara hidup penyanyi terbabit perlulah di lihat terlebih dahulu. Budaya barat seperti seks sebelum nikah adalah perkara biasa, dan itulah yang dilakukan oleh artis terbabit. Adakah ini “sopan” untuk dijadikan contoh tauladan anak-anak muda kita? Itu persoalannya. Keduanya, saya melihat kita tidak konsisten terhadap hukum Allah. Lihatlah, apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka aktiviti berbentuk hiburan, tarian, bahkan konsert dan sebagainya tidak dilakukan atau dianjurkan atas alasan menghormati bulan Ramadhan. Tetapi 11 bulan yang lain tidak ada masalah untuk dilaksanakan.

Kita menghormati ramadhan bermakna menghormati Allah. Bulan lain ada program maksiat bermakna kita tidak menghormati Allah. Itu adalah mantiq mudah untuk memahami Isu ini. Dalam beberapa akhbar yang tidak sealiran dengan akhbar perdana jelas terpampang dalam konsert terbabit, terdapat anak-anak muda perempuan kita yang tanpa segan silu memakai tanduk tiruan yang pada mereka itu adalah simbol Syaitan. Timbul persoalan pada pihak yang memberi lesen, apakah sumbangan intelektual yang dapat diperolehi daripada konsert terbabit? Nampaknya ramadhan kali ini bukan dimasuki dengan kaki kanan.

Formasi yang kami lakukan..

Taqwa pada Merdeka

Pelbagai artikel yang saya baca dan juga penulisan akademik yang saya selidiki, kebanyakkan tokoh-tokoh yang menulis bagaikan bersetuju bahawa kemerdekaan yang diperolehi Negara tidak terlalu “matang”. Kemerdekaan kita dicapai dalam semangat juangnya tidak matang. Sebab itulah semangatnya tidak dirasai hingga hari ini. Kita tidak rasa bahawa kemerdekaan ini kita yang punya.

lagi Formasi yang kami lakukan..
Namun, biar apapun yang dikata, syukur kita pada Allah pada nikmat kemerdekaan hari ini. Pada zaman Nabi, ketika peristiwa pembukaan kota Mekah yang boleh dikatakan peristiwa kemerdekaan kota Mekah, Nabi tunduk ketika memasuki kota Mekkah. Membina semula tamadun bangsa bumi Hijjaz dengan cara Islam. Kemerdekaan itu di isi dengan sebaiknya, Kemerdekaan yang di isi itu akhirnya membuka pintu pada kemerdekaan yang lain pula, Kemerdekaan Mesir di bawah Amr Ibn Al-As, Kemerdekaan Sepanyol di bawah Toriq bin Ziyad, Kemerdekaan sebahagian Afrika di bawah Abu Ubaidah serta Kemerdekaan Pelestine (al-Quds) di bawah Saidina Umar dan banyak lagi.
Antara jurulatih dari Pak Ngah Production
Kenapa mereka berjaya? Kemerdekaan mereka diisi dengan unsur taqwa pada Allah. Di isi dengan unsur Ubudiyyah dan Hukumiyyah Allah. Dalam bahasa akademik hari ini, adanya unsur teologi serta ketuhanan dalam pengurusan kemerdekaan mereka. Mereka yakin bahawa kemerdekaan yang dicari merupakan Ibadah yang akan dinilai pada pemilik teologi mereka. Akhirnya menjadikan kemerdekaan mereka berkualiti. Inilah bukti bila hasil mahsul negara serta kedaulatan Negara di bina dengan cara Islam, maka tamadunnya akan berjaya. Beluam ada sejarah mana-mana negara Islam yang menjalankan hukum Allah akhirnya binasa dan Jatuh. Kebanyakkan negara Islam jatuh dan dijajah kerana bobroknya pemikiran pemimpin dan kerana mereka meninggalkan hukum Allah. Satu talqis yang mudah dicapai oleh pemikiran kita.

Ketika Selesai...
Sambutan Ambang Kemerdekaan

Sudah menjadi amalan “mulia lagi berpahala” bagi negara kita, semuanya akan menunggu detik 12 malam untuk menyambut kemerdekaan. Maka sekoyong-koyongnya, anak muda kita yang “berjiwa besar” ini akan berkumpul bagaikan budak tadika yang baru belajar, membilang secara terbalik 10 hingga 1 kemudian terlolok terlalang bagaikan hysteria. Persoalan saya sahabat-sahabat, apakah unsur taqwa yang ada dan di isi dalam kemerdekaan negara kita yang jelas dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Ini bukan kritikan tetapi suatu persoalan yang harus kita fikirkan bersama.

Apakah sambutan ambang merdeka kita ada nilai taqwa?? Rasanya sudah bagus mengenai pekeliling yang dikeluarkan bagi mengarahkan semua rumah Ibadah mengadakan majlis keagamaan masing-masing untuk sambut merdeka. Kalaulah saya malaikat, saya akan beri “pahala” di situ. Namun malam kemuncaknya, semua berkumpul dipadang, bercampur lelaki perempuan, melihat di pentas adanya artis perempuan dan lelaki yang tertonggeng2 buntutnya, apa lagi, anak muda kita pun terkinja-kinja melompat, orang tua pun sama juga, barangkali inilah caranya mereka menunjukkan rasa “taqwa” mereka. Adakah ini bentuk ketaqwaan ataupun bentuk syukur yang Allah akan terima. Hmm.. Inilah hakikatnya…
En Syah..Pegawai BPG yang mesra...
Kemerdekaan Tubuh di jajah Minda

Ya, kita dimerdekakan tubuh badaan kita serta benda maujud yang lain, tetapi kita masih dijajah minda. Sistem pemikiran kita masih sekular. Ini urusan dunia bukan urusan agama. Siapa yang ajar semua ini?? Kita masih dijajah. Segala urusan di dunia adalah urusan agama, politik, pendidikan,ekonomi, kahwin, jimaq, memasak, pelancongan, semuanya urusan agama. Kenapa kita menafikannya? Kita nafikan kerana bila ada agama, aka nada perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Maka matlamat nafsu tidak akan tercapai. Mudah sahaja “smash” saya.

Sambutan hari kemerdekaan ke 49 dalam kenangan.

Pada tahun 2006, sambutan hari kemerdekaan ke 49 telah diadakan di Sarawak. Maka kami warga IPG dan SMK di Sarawak perlu menyertai skuad koir kebangsaan seramai 2500 orang. Mungkin ini pengalaman berguna buat saya, tak perlu komen lah. Banyak pengalaman manis dan pahit yang diperolehi. Buat penganjur Cuma satu saja saya nak kata. Adakan konsep taqwa dalam sambuta kemerdekaan dan ingat, solat itu kewajipan.


“Selamat menyambut Hari Kemedekaan dan semarakkan Ramadhan ”


:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 Sept

Thursday, May 29, 2008

Gayu guru gerai nyamai


Dakwah Itu Perlu Hikmah


Untuk orang Sarawak :-

Gayu guru gerai nyamai, Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Buat sahabat2 di Sabah yang Kadazan, Dusun dan Murut dan sewaktu dengannya..

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Assalamualaikum wtb dan salam perjuangan

Rasa2nya 3 tahun yang lalu sebelum saya sampai ke Sarawak, langsung tidak pernah mengambil berat atau ambil tahu tentang pesta Gawai Dayak dan juga Tadau Kaamatan. Perayaan kaum yang di sambut masyarakat Dayak terutamanya Iban di Sarawak dan juga Dusun dan Kadazan di Sabah. Disambut pada setiap 1 jun di Borneo. Namun apabila udah berada di sini untuk bermusafir mencari Ilmu, ini antara perkara yang saya harus tahu, tentang budaya orang tempatan.

Asal-usul

Sambutan gawai dan juga tadau kaamatan adalah sempena menyambut pesta menuai bagi masyrakat peribumi Borneo dan dalam masa yang sama mereka juga akan memuja semangat tertentu supaya rezeki mereka pada musim akan datang akan bertambah. Antara minuman utama sudah tentulah tuak dan air tapai. Orang kata sama dan kata ada beza dua air tu.



AJK Minggu Pengurusan Pelajar Baru(MPPB) 2006 yang banyak membantu..

Hukum sambut.

Saya secara peribadi mengatakan HARAM turut serta sambut hari gawai ni. Kenapa? Bersandarkan pada fatwa yang mengharamkan umat Islam sambut perayaan agama lain. Pada saya ini adalah sambutan agama dan bukannya perayaan kaum. Walaupun hari ini Iban dan dayak sudah beragama Kristian, kita harus tahu bahawa mereka dulunya adalah animism. Menganggap roh orang mati, semangat serta pokok adalah tuhan. Pada saya animism bukan fahaman tetapi sama maknanya dengan beragama kerana ada kepercayaan dan iktiqod mereka pada makhluk2 tertentu dan dianggap sebagai Tuhan.

Peluang Dakwah

Alhamdulillah mendapat rakan2 non muslim yang menghormati kita seperti Uchung Antika, Jack Joannes, Pamela Nyambong, Elvis Z Delton, Beny Madzihi, Thyno, Edi Guyang, Elfy Karen Vanessy, Christine Nangan dan ramai lagi. Mereka inilah yang membuka minda aku akan kepentingan dakwah dalam masyarakat majmuk serta cara berkomunikasi antara Islam dan bukan Islam dalam keadaan masing2 tidak terguris. Harga ilmu ini bukan murah, 3 tahun seberang laut harganya dan juga betapa murahnya hati untuk luang sedikit masa untuk bermualah dengan non Muslim.

Pelbagai pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di samping mereka. Rakan2 di semenanjung secara adatnya mungkin sukar rasa suasana ini kerana komposisi kaum hanya ada tiga iaitu Melayu, Cina dan India tetapi di bumi kenyalang suasananya adalah berbeza sama sekali kerana kaum peribuminya mencecah 48 kaum lebih yang tak terdaya saya sebutkan nama kaumnya satu persatu.

Panglima2 SMPPA yang banyak membantu..

Antara pengalaman saya di sini ialah bagaimana tiga projek besar saya terlibat dengan sokongan non muslim. Pertama, ketika awal 2006, batch saya disuruh untuk handle minggu pengurusan student baru. Ketika bermesyuarat di bilik Mesyuarat Teratai di blok pentadbiran. Uchung telah mencalonkan saya unu menjadi Pengarah program dan diterima rakan2 yang lain. Bermulalah kepimpinan saya yang saya kira tidak akan sempurna tanpa bantuan rakan2 dan kedua, program ini membuka peluang untuk saya bertanding dalam pilihanraya untuk jawatan NYDP, Alhamdulillah mendapat majority terbesar hampir 180 undi. Saya percaya ini adalah hasil muamalah yang baik dengan rakan2 non muslim. Jika dengan bantuan Muslim sahaja, mana mungkin saya akan dapat majority sebesar itu kerana persaingan 2006 adalah sengit.

Ketiga ketika menjadi Pengarah untuk program Bina Insan Guru sem 1 2007. Bukan hendak pada jawatan, tapi atas saranan banyak pihak, pengarah program harus diisi oleh Muslim. Nama saya ketika itu agak kurang mekar dikalangan pelajar non muslim perempuan kerana saya menentang penyertaan Muslimat kelas saya dalam aktvti Futsal wanita. semua kelas hantar wakil, cuma pengajian Islam sahaja berkecuali. Saya meletakkan tiga syarat, antaranya semua yang ada dalam dewan ketika perlawanan adalah wanita. HARAM ada lelaki. Kecoh hinggalah ada wanita non - muslim yang dah mula berkempen pastikan pilihanraya 2007 Ustaz Nazmi tumbang. Namun hasil penjelasan saya kepada rakan2 non muslim lelaki. Mereka dapat menerima dan memberikan kerjasama yang baik pada saya dalam menjayakan BIG bahkan kalau tak silap ada 5 orang Exco Non Muslim bersama dengan saya pada masa itu.

Dan apabila kita sudah mendapat kepercayaan mereka. Inilah peluang kita berdakwah. Tidak perlu tergesa-gesa. rancang dengan teliti dan teruskan bermuamalah. Senjata yang paling ampuh ialah akhlak dan bahasa kita.


Jack dan Uchung (tidak bersongkok) yang tidak kekok hadir ke sambutan Maulidur Rasul

Komunikasi umum.

Jambatan yang baik harus di bina agar mudah untuk bekerja dan berdakwah. Gunakanlah bahasa yang sopan pada mereka. Sesekali gunakan bahasa Ibunda mereka ketika menyapa mereka misalnya UDAH MAKAI NUAN? (Dah makan ke-Bahasa Iban). Mereka akan rasa diri mereka dihargai dah sudah tentunya selepas kita berikan peneguhan ini (Ikut teori Operan Skinner le), mereka akan mula merapati kita. Jangan sesekali mainkan sentiment agama di awal perkenalan. Awas!! Pada hemat saya rakan2 Kristian saya di Sarawak adalah lebih faham Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Mereka boleh huraikan konsep ketuhanan, alam serta Isa dan Nabi Muhammad dengan jelas sekali. Maka jika ingin bercakap soal agama dan dalam hati simpan hajat nak bagi mereka sedar bahawa Kristian salah, lebih baik lupakan.

Itu adalah niat yang baik. Namun kurang berhikmah. Cari ilmu, cari ilmu dan gali ilmu terlebih dahulu. Persiapkan diri. Bak kata Ustaz Shamsuri hj Ahmad. Kita jangan harap hari ni kita cakap benda yang benar, esok lusa terus orang dengar dan amal. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, cari mekanisme yang sesuai untuk anda bina hubungan dengan rakan2 non Muslim. Biah kita berbeza dan dalam kondisi keadaan saya, saya merasakan akhlak dan budi bahasa adalah yang paling boleh digunakan untuk membina jambatan dakwah kita. Dan jika mampu, ini adalah cara bonus yang saya gunakan. Cuba fahami dan tahu sedikit tentang agama mereka (awas!! Kuasai juga agama kita).



Tanpa rasa syak wasangka, rakan2 non Muslim turut serta bersama kami merayakan Sambutan Maulidur Rasul

Memulakan majlis dengan memuji Allah (Motivasi untuk peserta felcra)

Hasil daripada menghadiri kursus pemantapan dakwah, tontonan VCD debat Ahmad Deedat serta pembacaan saya saya gunakan untuk berbual santai dengan mereka. Saya keluarkan term2 yang terdapat dalam Bible seperti Surat(kita panggil Surah la kot) Paulus, 1st Chorinthians, 2nd Chorintians, Hezekil, Luke, Perbezaan antara new tastetemant (perjanjian baharu), old tastetement (Perjanjian lama) dan sebagainya.

Mereka akan lebih terbuka pada kita. Puji agama mereka, berikan persamaan dengan Islam (hakikatnya tak sama pun), kemudian tinggalkan persoalan untuk mereka berfikir. Saya selalu tinggalkan persoalan pada mereka.


“Kamu ada old tastement, namun dah tak boleh pakai kerana di hazaf oleh New tastement. Namun kami Islam ada Last Tastement (al-Quran), jadi last ni dia hazaf yang mana??”


Kita harus beri mereka peluang berfikir selepas bersembang dengan mereka (afala Taq qilun, afala Tubsirun). Inilah hakikatnya, untuk memastikan kamandirian ataupun kebelangsungan dakwah, kita terpaksa juga main tarik tali dan terus berdoa moga Allah beri hidaya pada mereka. Kita berusaha moga asbabnya sudah tentu dari Allah dan barangkali usaha kita terpilih sebagai pinti Hidayah.

Ø “Janganlah kamu memaki tuhan-tuhan mereka kerana atas kejahilan mereka mungkin kembali memaki Allah” – Qur’an 6:108
Ø “Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik” – Qur’an 16:125



Antara peserta non Muslim yang turut di Muhasabahkan..


Ceramah yang hadirinya pelbagai agama

Hari terakhir sem 2 tahun lepas (hari last exam tu), saya telah dijemput untuk memberikan motovasi kepada pelajar2 terpilih dari SMK St Theresa, SM Sains Kuching, SMU Pasentren Taib Mahmud dan juga SMK Bau. Mereka ini adalah pelajar terpilih dari keluarga susah. Dihimpunkan di IKBN Kuching. Dia punya dewan mantap. Hawa dingin marvelous!!. Anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Felcra Sarawak. Lihat pada nama sekolah dah tahu audiennya pelbagai kaum dan agama.

Namun saya tetap berbekalkan satu perkara. Fitrah manusia adalah sama. Ketuhanan, konsep halal haram, dosa pahala, adalah perkara yang tak dapat lari dari kehidupan manusia. Tetap mulakan program dengan puji Allah dan cerita kebesaran Tuhan. Di sini saya mulakan dengan memetik ayat2 al-Quran dan juga bible untuk raikan hadirin. Cerita kebesaran Allah. Perbincangan saya pada ketika itu berpokok pangkal pada masalah yang dihadapi remaja serta harapan Ibu Bapa. Sebelum ceramah saya telah pastikan agar slide saya jangan terlalu Islamic, biarlah ia berciri umum dan boleh diterima atas kosa kata nilai-nilai murni dan sejagat. Atas permintaan penganjur, muhasabah yang di buat berjaya. Muslim non muslim menangis, walaupun itu bukan ukuran kesedaran, namun ini adalah aspek yang tak boleh dinafikan.

Cuma sekelumit pandangan dari saya hasil dari pengalaman di sini. Entah boleh digunakan ataupun tidak. Hakikatnya biah kita berbeza, Mad’u juga berbeza, namun hakikat dakwahnya adalah sama. Syukran bumi Sarawak. banyak mengajar aku erti dakwah dikala Islam hanya minority.

Buat mu..

Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Friday, May 23, 2008

Delima saudara baru

Berkomunikasi dengan non Muslim perlu ada seninya..(gambar, Kumpulan BIG Ustaz Nazmi, Berbilang kaum dan agama)
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.. Sekadar kongsi kisah

Satu hari di bulan Mei..

“Nazmi, kamu senang dak? saya nak jumpa, ada benda nak bincang”, Puan Q bertanya(bukan nama sebenar)
“Ok ja puan, kita plan la kat mana nak jumpa”
Itulah janji Puan Q nak jumpa saya.. Dah banyak kali, namun masing2 sibuk jadi ak dapat juga jumpa hinggalah satu malam selepas solat Isya’.
“Ada apa Puan”
“Mcm ni, saya rasa ada seorang student kita ni nak masuk Islam, Kak S, mcmana prosedurnya? Sekarang dia SBE.. Saya ni tak tau sangat caranya? ”, Tanya Puan Q.
“Bawa ke pejabat agama la, tapi dari pengalaman saya, mcm banyak karenah birokrasinya”, sambil saya menceritakan beberapa pengalaman yang dihadiahkan Allah kepada Puan Q.
“Kalau mcm tu kamu la Islamkan dia kemudian kita g pejabat agama. Boleh?” , cadang puan Q.
“Ish..payah la.. Saya cadangkan Ust Saiful(Naqib saya), mcmna? Dia bnyak pengalaman Islamkan orang ni.”
“Ok. Boleh. klu keadaan dah mengizinkan saya bagitau Nazmi”, Puan Q mengakhirkan perbincangan kami.

Islamnya Saudara Baru pada 2006.

Masih segar diingatanku. Pada suatu malam, Ust Saiful yang ketika tu masih pelatih JQAF IPTAR datang ke bilik ku.

“Ana nak Islamkan Mohan, dia dah setuju, tapi ana perlukan saksi”
“Ok, ana dan Syahid jadi saksi, tapi rasanya baik kita ambil Ust2 KPLI, Mohan pun rapat dengan depa juga”
“OK”
Dan dengan disaksikan oleh Ustaz Adib, Ust Nailan, Ust Azam, dan Ust Nailan. Makan malam itu Ustaz Saiful telah Islamkan sahabatku, Guru Pelatih opsyen Math.. Saudara Mohan Anak Lawat.

Dan keesokkannya kami ke Majlis agama Islam di Kuching untuk daftarkan Mohan. Aku dan Syahid pergi sebagai saksi di boring nanti. Bila tiba di majlis agama. Tak da orang di kaunter, Kebanyakkan pekerjanya hanya sembang di satu sudut lain, hinggalah kami memanggil mereka dan nyatakan hajat kami padaa mereka. Kami di bawa ke suatu bilik. Diperiksa IC Mohan. Mohan dah cukup umur dah.

“Siapa yang bagi kebenaran kamu Islamkan dia?”
“Kena ada kebenaran ka nak Islamkan orang?” Tanya ust saiful
“Tak la, yang nak Islam ni. Kita kena kaunseling dulu dia. Lihat dulu kehendak dan penerimaan Ibu bapa, tak boleh main Islamkan sahaja”
“Jadi kena kaunseling juga ka ? , kami dah Islamkan dia, tak dak kaunseling2. Dia yang nak”
“Itu salahnya”

Semangat "Mohan"(kiri) perlu dicontohi kita yang IC tulis Islam
Berlaku beberapa perbalahan antara kami dengan pegawai tersebut. Malas nak list. Akhirnya Ust Saiful jawab,

“Mcmnilah encik. Kita dah Islamkan dia. Saya tak setuju cara Jabatan Agama. Saya ada saksi dan adakah pengislaman Mohan tak sah? Saya fikir mcm ni. Bila seseorang tu nak masuk Islam, kita wajib islamkan dia. Kaunseling buang masa. Kita bincang, terang apa yang patut dan jika dia setuju Islamkan waktu itu juga, kalu biar dulu, ada tempoh bertenang, tiba2 dia tak nak masuk, mcmana? kita dah hilang satu peluang dak wah dan saudara baru..Itu ok lagi.. Mcmana pula klu dia balik nak pke..kerana kita suruh..Hati dia dah nak pada Islam..cuma tak mengucap, dia eksiden, dan mati..Sapa yang nak tanggung??? Islamkan dulu, bimbing kemudian, Jika dia tak nak dibimbing walaupun dah Islam, sekurang2nya kita dah selamatkan dia dari kekal abadi api neraka Allah.. Setidak2nya.. tapi takkan kita nak tinggalkan dia. Kita akan bimbing dia..”

Akhirnya pegawai tersebut akur, patah hujag barangkali. Dan Mohan selamat didaftarkan pada petang itu. Alhamdulillah. Kami makan di Liza Café lpas tu. Bagi mohan tenang. Dalam peristiwa ni, yang paling tak dapat nak gambarkan bila Mohan lafaz Syahadah depan kami.. Itulah rasanya pengalaman yang paling berharga dan manis.

Mohan rajin belajar, sebelum Islam lagi dah beberapa kali pinjam Quran tafsir, juga tengok2 buku tajwid saya yang ada di dalamnya tulisan jawi. Dia berminat.

“Aku dah dua tahun tak masuk Church ”, Kata Mohan. “Aku mencari kebenaran”

Selepas diIslamkan, Ust Saiful memegang tgjwab ajar Akidah. Ust Nailan dan Ust Azlan al-Quran. Syahid pemerhati dan buat kawalan. Sementara aku pula memastikan mohan Solat Zohor dan Asar secara berjamaah di bilik aku. Mohan iku sahaja apa yang aku buat dalam solat. Kami Sirr kan dulu. Aku berjaya sembunyikan Islamnya mohan begitu lama hatta dari shbt2 sendri, hinggalah satu hari Che Mo masuk bilik aku. Aku dah kunci tapi Che mo tau di mana aku letak kunci. Kami sedang solat masa tu. Lepas solat Che Mo terus peluk Mohan. Aku terangkan pada Che Mo knpa kami rahsiakan dulu.

Semangat Mohan amat kuat. Bayangkanlah. Dia sendiri isytiharkan diri dia Islam. Dengan beraninya dalam keadaan kami menjaga langkahnya untuk keselamatan. Dia hadir solat subuh berjamaah di Pusat Islam . Akhir semakin ramai tahu dan bagi semangat pada dia. Banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah.

Hari ini aku kagum dengan Mohan, dia lebih Islam dari kita yang Islam. Kita dapat Islam dari ayah ibu kita, namun dia dapat Islam dengan mencari Islam itu sendiri. Bahkan keluarganya juga tidak terkejut bila mendapat tahun Mohan memeluk Islam. rezeki Allah untuk Mohan. Allah permudahkan barangkali. Solat Jamaahnya lebih cukup dari saya. Sekarang Mohan sudah boleh Azan, Iqomah dan jug abaca al-Quran dan juga dah join halaqah Ilmu kami. Moga Allah limpahkan rahmat pada kami semua. Selamat berjuang pada sahabat seagamaku yang berbangsa Bidayuh, Mohan Anak Lawat atau nama di IC Mohamad Irfan Mohan Bin Lawat.

Bersama Brother Lim Joi Soon di seminar Yadim.. Hafal Quran dan juga Bible..
Jangan lewatkan pesan Ust Saiful.

Ujian Allah padaku mungkin. Srorang guru pelatih wanita begitu minat pada Islam. Dia perlu diislamkan segera. Cara dan bagaimana dia nak Islam, saya rahsiakan. Sbb muslimat. Tak patut dihebahkan.

Petang 26 Ramadhan 2007 saya berjumpa dengan F di Pusat Islam. Nak dengar sendiri hajatnya. Dia batch 2 tahun bawah saya. Berbangsa Melanau dan beragama Kristian. Dari maklumannya dan muslimat. Dia berpuasa sepanjang ramadhan ini dah hadir berbuka di Pusat Islam. Saya tak perasan sangat kerana uruskan Ifthor Muslimin.

Saya sampaikan khutbah ringkas padanya, apa itu Islam, Jangan terpengaruh andaikata melihat ada org Islam buat benda mungkar, itu bukan ajaran Islam ttp kesilapannya sendiri. Ustaz Saiful tak da. Dah balik untuk beraya. Pensyarah pun tak da. Masih ingat pesan Ust. jgn lewatkan.

Malam itu 27 Ramadhan, selepas tarawikh dan tadarus al-Quran. Saya ajak beberapa sahabat Muslim teman saya dan F ditemani Muslimat. Saya lafazkan Syahadah dan F ikut satu persatu dan Alhamdulillah. Bertambah satu lagi Umat Nabi Muhammad saw yang beriman pada Allah. Selepas dibaca doa. Saya memberi ucapan pada hadirin. Secara mudahnya, kawan kita ni Islam kerana dia cari Islam, bagaimana pula kita yang Islam. Adakah kita mencari Islam.

F begitu semangat Islamnya. Beliau ingin menjadi muslimah yang baik. Keesokkannya terus dia bertudung yang sepatutnya ditambah lagi dengan stoking di kaki. Masya Allah.. Permudahkanlah urusannya.. Dan dia Istiqomah hingga kini. Dengan bantua pensyarahku. Kami daftarkan Pengislamannya Majlis Agama Islam Samarahan. Tidaklah sesusah Islamkan Mohan.

Bersama Brother Shah Kirit Bin Kalkulal Govonji
Realiti.

Inilah hakikatnya sahabat2. Ramai yang ingin pada Islam. Tetapi prosedurnya banyak sngat hinggalah menakutkan Non Muslim. Bila ditanya apa patut saya buat bila masuk Islam? U tak boleh minum arak, kna pakai seluar panjang. U punya kena “potong”, nama U kena tukar, itu dan ini dan banyak lagi. Takutlah dia. Ceritalah yang indah jika melakukan Ibadah dalam Islam

Prosedur ini kena diubah dan perlu lebih mesra saudara baru. Saya amat bersetuju Islamnya saudara baru tidak perlu keluarganya tahu. Bagilah saudara baru kita stabil dan punya kekuatan dan jumpa sendiri ahli keluarganya. Insya Allah, Allah permudahkan.

Bagi Puan Q, saya doakan hasrat murni Puan akan tercapai. Mungkin kita hadapi masalah, moga-moga kita akan dipermudahkanNya nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kefahaman ini bertambah bila saya hadir Kursus Pemantapan Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran YADIM dan dikelolakan oleh saudara Shah Kirit Bin Kalkulal Govinji, Brother Lim Jooi Soon dan juga Yang Mulia Engku Fauzi pada Mac 2007 yang lalu.
- Mereka juga kurang bersetuju Prosedur remeh di Majlis agama. Mungkin ada positifnya tetapi dipersembahkan pada non muslim dengan cara yang tidak berhikmah.
- Sekadar kongsi pengalaman dengan sahabat2ku..

Tuesday, May 20, 2008

Kami… Tentera Allah…

Tun Dr M
Assalamualaikum wtb salam perjuangan..

Itu antara lirik lagu ruhul jadid. Sedap juga di dengar. Sehari dua ni ada pelbagai isu yang melanda negara kita. Yang sudah tentunya anda tahu. Dan saya cuma nak ulas sket2 ja. Ni tengah studi dan rehat sekejap tadi.. Ini antara isu semasa yang aku rasa aku smpat ikuti.

Kenangan ketika berjumpa di Masjid Putra Jaya pada tahun 2006
Tun Dr Mahathir Umum Keluar UMNO.

Bagi aku ini tindakan peribadi Tun. Kita kena puji dia ada pendirian. Hari paper semua kecam dan main isu perpaduan Melayu. Sejak aku ada kesedaran tentang isu semasa dari tahun 1999 hinggalah sekarang. Aku tak penah tengok “perpaduan” atas nama Melayu. Di kampung aku, klu ada kenduri kendara rilek ja UMNO dan Pas buat kerja. Mereka bekerja atas nama perpaduan Islam.

Bagi aku yang bukan prof ni, perpaduan melayu sukar dicapai. Pak Lah presiden UMNO. Dia Melayu penang, Sudah tentu Melayu Johor, Melayu Kedah juga akan melobi ketuanan Melayu mereka. Itu baru atas nama Melayu. Blum cabang nya lagi. Klu jadi pemimpin tu Mandelin, mcm mana pula aku yang banjar(ayahku banjar) ni nak terima? Jawa pula mcmana? Itu belum lagi Bumiputera Sabah yang sah-sah bukan Melayu yang diterima jadi ahli UMNO kerana mereka bercakap Melayu? Bajau, Kadazan, Murut. Tu bukan Melayu tu. Bahkan bagi sesetengah kaum, hanya wujud di sabah saja. Tak berumpun pun di ASEAN mcm Melayu.

Secara peibadi, perpaduan hanya akan tercapai atas nama Islam. Mcmana? Tak dak e-Book yang bleh cerita. Pegang dgn hablillah bersungguh2 baru paham. Mcmana nabi Muhamad SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj di Madinah. Mcmana system khlifah yang mempersaudarakan manusia hampir 2/3 dunia. Itulah buktinya. Buat Che Det. Kami ghatyat Kedah bangga dengan tindakan hang. Tindakan letak jawatan. Yang sebelum ni punya tindakan tak setle lagi ha..
Rujuk tentang Tun di www.chedet.com

Adakah tentera kita tentera Allah???

Di lobi Parlimen beberapa hari sudah, YB Tuan Saifuddin Nasution Ismail (PKR Machang) mendedahkan bagaimana penderaan kepada pelatih nak jadi Komando. Dan bagi YB Saifuddin itu satu penghinaan pada mereka. Dia juga Tanya bagaimana kalu TPM @ Menteri Pertahanan dilakukan sedemikian. Bagaimana? Dipijak di kepala dan sebagainya. Boleh terima ka?? Yang aku pasti org besaq2 ni nyamuk nak ketit pun susah.(aku rasa la kot). Putrajaya ada nyamuk ka??

Sebagaimana yang di ketahui. Latihan mcmtu kononnya nak bagi Komando tu lasak. Bila kena tangkap musuh dan kena dera tak rasa apa. Aku tak stuju. Pertama, la dah bukan zaman perang dah. Banyak masalah negara antara negara diselesaikan dengan cara diplomasi dan perbincangan. Jika berkaitan geografi dan hak boleh dibawa di ICJ, The Head , Belanda. Ini system yang diterima pakai satu dunia.

Kedua, pandai la komando tu nak hidup. Ini hasil smbang dgn Najib (kawan aku di ATMA) masa raya tahu sudah. Menjadi fitrah manusia. Bila ada dalam kesusahan dia akan cuba cari jalan untuk hidup. Itu kita panggil semangat juang. Bukan la bila kena tangkap terus mati.Kata najib la…

Ketiga, tak da kesudahannya. Aku percaya komando yang kena dera akan simpan dendam untuk balas. Mungkin dia naik pangkat nanti atupun bila ada junior pula. Siapla. Mcm jadi surat berantai la pula. Dulu aku kena la depa pula mesti kena.

Keempat, Islam mampu menjana Jundullah. Nak tentera hebat dan bersemangat lagi berani mati. Didiklah dengan cara agama. Bagaimana Solehuddin berjaya tawan al-Quds? Umar pun Berjaya? Muhammad al-Fateh di costantiniah dan juga Mujahidin di Afghan? Mereka mementingkan tentera yg punya hubungan berkualiti dengan Allah. Bagaimana tentera kita??

Tringat juga kepada isi ceramah yang aku sampaikan di politeknik Kuching beberapa bulan yang lepas. Kenapa tentera Yahudi tak dapat di tewaskan??? Mereka berjuang atas nama agama. Bukan atas nama kebangsaan mcm kita dan negara Islam yang lain. Kitab Talmud sentiasa di tangan. Bila tak perang mereka akan baca kitab mereka. Iu kelebihan mereka. Bila dasar perjuangan kebangsaan bertemu erjuangan agama. Agama yang akan menang. Kebangsaan bila-bila akan runtuh. Dulu Hong Kong adalaah negara. Tapi sekarang dah jadi sebahagian China. Semangat Kebangsaan Hong Kong dah hilang. Begitu juga kerajaan Temasik. Parameswara mahupun Langkasuka?? Semangat kebangsaan mereka dah di mamah zaman. Bahkan contoh paling mudah. Dulu kerajaan kedah, Penang , perak dan Selangor lain. Sekarang pun dah betukar . Kebangsaan boleh hilang berdasarkan ideology tapi agaa kekal abadi.

Wahai pasukan pertahanan mereka. Jadilah tentera Allah yang sejati moga berjaya dunia dan akhirat mempertahankan Agama Allah.

Klik di sini untuk Video penderaan tentera


Panggilan Santau???

Panggilan santau.

Aku tak nak komen banyak2. Berdasarkan kuliah Ust Saiful beberapa hari lepas. Takut adalah fitrah manusia. Namun di sini nak uji iqtiqod kita pada Allah. Mati bila2 masa pun boleh jika panggilan itu jadi asbabnya, apa masalahnya?? Yakinlah kita pada Allah dan jika benar ada panggilan tu, jangan angkat. Tok Mufti Perlis pun dah buat kenyataan jangan percaya pada panggilan tu. Bincang dengan Taiko Tekno IPTAR. En Zamani yang selalu berjamaah di Pusat Islam, dia pun kata jangan percaya juga. Mmg barangan elektronik seperti handset boleh menyebabkan org mati akibat terkena kesan radiasi mahupun gelombang hypersonic yang melampau. Namun jarang la terjadi.

Rujuk statement mufti Perlis disini.

Ustaznazmi.blogspot.com

Setakat artikel ini ditulis. Blog ini telah diakses 1450 kali. Dan itu bukanlah jumlah sebenar pengunjung yang rasanya lebih kecil. Mungkin ada sehari sampai 4-5 kali buka. Tu yang jadi bnyak. Namun secara puratanya hampir 15-20 orang setiap hari. Syukran atas sokongan anda pada Ustaznazmi.blogspot.com.. Namun setiap pengunjung yang tercatak di “Live traffic feed” rasanya dikenali. Mcm dari KL, Petaling Jaya, Mesir, Akaido, Adelaide mahupun kuching sendiri. Berdasarkan taburan sahabat2 yang ada di sana. Namun pengunjung setia dari Skudai, Miri dan Kota Kinabalu yang berkunjung setiap hari agak kurang dikenali. Klu dapat kita berukhwah. Kenalkan diri di ruangan komentar ataupun email pada saya di ustaznazmi@yahoo.com . Doakan aku berjaya dalam exam yang ditempuh kali ni dan juga yang mendatang.

Thursday, May 15, 2008

Guru Cemerlang Negara Terbilang

Inilah cabaran guru yang posting di pedalaman.. Adakah aku berani???
Assalamualaikum wtb.
Itulah tema hari guru pada tahun 2008 ini, membawa makna yang amat besar pada diri aku. Nampak kerja cikgu ni mcm mudah. Tu kalau kat Bandar mungkin la. Tapi bayangkanlah klu pedalaman. Siaplah. Tambah lagi pedalaman Sabah dan Sarawak ni. Namun ini tetap pekerjaan yang mulia. Ye lah, bakal bergelar guru suatu hari nanti. Bakal mendidik anak bangsa, anak agama satu hari nanti. Tak banyak yang nak saya perkatakan tentang hari guru. Cuma nak cerita beberapa tahap pendidikan yang aku pernah lalui dan guru2 yang pernah aku jumpa.

Dakwah ni kena hikmah sheikh...Jgn Asyik nak makan pree saja..bankrup ana..Pesan ustaz Mus ada anak buah dia..
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak.

Ni lah tempat aku belajar sekarang. Banyak pahit manis yang aku lalui di sini. Sini jugalah aku mula mengenali cara hidup berjamaah. Menjadi pemimpin dalam keadaan tak bersedia. Dan di sini jugalah mula proaktif berceramah (Akan ku nukilkan kemudian).

Ustaz Mustapha dan Ust Shubki merupakan dua orang insan yang mengajar aku hidup berjamaah. Lebih2 lagi Ustaz Mustapha. Kami dikumpul dan di tarbiah. Dalam keadaan biah aku mula masuk di sini sungguh teruk. Masih ingat ketika hujung Ramadhan 2005, kami menangkap seorang ustaz, ustaz tu. KDPM. Tak puasa. Boleh bayang la mentality dan tahap kefahaman orang sini. Aku tak maksudkan semua.

Jamuan perpisahan dengan Ustaz Mus..

Ustaz Mus juga begitu mengambil berat aktiviti Pusat Islam yang aku jadi pengerusi. Kami bermula dengan dua usrah sahaja dan kini berkembang beberapa usrah. Begitu juga dengan Usrah muslimat. Aktiviti PI juga dah berkembang dengan banyaknya pengajian kitab turos dan kitab moden. Ust Mus juga mendidik aku untuk bercakap benar dan memperjuangkan perkara yang benar. Rakan2ku di sini mungkin maqruf dan mengetahui bagaimana aku bangun memperjuangkan beberapa isu sensitive dan isu yang melanggar agama. Bukan nak tunjuk lagak, tetapi kebenaran tetap benar. Biarlah kita tak naik DG masa kerja pun daripada naik kerana mengampu.

Boleh dikatakan dialah aspirasi kehidupan kami di sini. Sekarang dia smbung PHD di UM. Harap tarbiah beliau terus bersama dengan kami.

Inilah wajah para pendidik Maahad...
Ustaz Sofian menunjukkan kemahiran kayuh basikal lambat...

Ketika di Maktab Mahmud.

Inilah tempat yang aku dapat banyak tarbiah permulaan. Pernag memegang amanah penting seperti Timbalan Ketua Pengawas. Yang banyak mengajar aku erti kepimpinan dalam Islam yang aku rasa ada yang aku terapkan di bumi Sarawak ini. Di sini jugalah aku kenal banyak ulama’ feqah, tauhid dan juga ulama serba boleh. Ustaz Aminuddin, ustaz Fauzi Tahir, Ustaz Hamid Tahir dan ramai lagi. Menjadi rujukan kami dalam pelbagai perkara. Walaupun mereka hanyalah guru sandaran, namun kredebiliti mereka mengalahkan pensyarah university. Siqoh yang ada pada mereka begitu tinggi.

Dari kiri, Che Che (Atma), Kamil (German), Nazmi (IPTAR), Zool (Medic Mesir) dan Firdaus Cop (Bukit Jalil)

Pi jumpa pasangan yang bina baitul muslim masa belajaq, cikgu akmal puteri dan suaminya..(raya tahun lepas..kami pi minta duit raya ni..)

Ustazah Farishana juga antara ustzah yang membimbing. Kata2nya sentiasa panas menusuk kalbu. Begitu juga Ustaz Zaini dan Ustaz Yusuf. Bimbingan kalian soal kepimpinan amatlah dihargai.

Bagi mengajar aku erti kemanusiaan pula sudah tentulah tarbiah dan didikan daripada Cikgu Faridah Akma dan juga Cikgu Akmal Puteri. Teguran, nasihat mereka sentiasa di sisi. Tak penah jemu. Mereka tak kondem pelajar dengn suka hati. Wadah perbincangan adalah pilihan utama mereka. Terima Kasih Ustaz. Terima Kasih Ustazah. Terima Kasih Cikgu. Terima kasih Maahadian.
Cikgu Habesah dan Cikgu Ghanie yang di bawa melawat muzium Kucing di Sarawak.. Jauh datang ziarah anak teruna ni..bukan apa..bueh sangat..
Masa konvo Bang Nip di UM.. Wpun best, namun bagi kami sekeluarga, kejayaan ni disambut dengan kembalinya ke rahmatullah dua Insan penting..

Terima Kasih Cikgu Ghanie dan Cikgu Besah

Ketika masuk dalam bilik Ust Syahid beberapa minggu yang lalu. Dia bancuhkan aku air Nescafe. Bila minum terus bnyak nostalgia menimpa-nimpa dalam kepala. Masa sekolah rendah. Mula di sek keb Dato Wan Mohd Saman. Dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tebengau. Setiap pagi cikgu ghanie aku ni akan mancuh air Nescafe, letak dalam botol air. Serika baju aku, seluaq aku. Aku akan pi sekolah dengan dia. Dialah yang masukkan aku ke Maktab Mahmud. Mungkin yakin didikan di sana mampu bentuk aku sebagai manusia. Jarang sekali marah dan pukul aku. Rasanya dalam 5 tahun terakhir ni, dah tak dengaq lagi dia tinggi suara. Kami selesa berbincang bahkan hingga hal peribadi.

Masih aku ingat. Cikgu Ghanie dimasukkan ke Wad masa aku form 5. Buat pembedahan pundi Kencing. Bahkan peringkat awal aku langsung tak tahu. Pelajaran aku terganggu masa exam penggal satu. Dan keputusannya dah dijangka. Aku dapat temat terakhir 5 sains 1. Tekanan ku bertambah bila seorang muslimat kelas mengeluarkan kenyataan jumpa aku di CT Plaza ekori dia. Aku pakai seluar jeans dan pakai cap. Cukup memalukan aku. Dengan jawatan yang aku sandang, bagaimanakah persepsi pengawas yang hampir 60 orang ketika itu (jumlah terbesar yang penah ada di maahad) dan juga sebagai AJK badan Dakwah. Fitnah wanita amat besaq. Tekanan yang amat besaq. Aku pejelaskan pada kepimpinan puteri. Bukan aku org itu.

Dah macam YB dah Cikgu Ghanie ni..


Dalam keadaan cikgu baru sihat. Sekolah buat temu mesra. Sain report card. Cikgu dtg ke sekolah dan lihat keputusan aku. Dia tak marah dan bagi kata2 semangat. Aku rasa mcm nak nangis ja. Cikgu faridah pun bnyak bagi semangat. Aku bangkit semula. Tapi mgkin dah lambat. Dah bulan ogos dah time tu. Namun paling manis bila percubaan SPM aku berjaya skor BIO.. Wpun bukan A1. Tapi peningkatan yang amat baik. Namun Allah punya perancangannya sendiri.

Cikgu Besah (Habesah) pula agak tegas. Selalu juga kena marah. Tiap2 pagi hantaq aku ke sek (maahad). Mmmg hebat. Sentiasa tahu apa yang aku suka makan. Aku pun tak tau apa aku suka. Namun sentiasa kena dengan selera aku. Tiap2 kali balik dari Sarawak bercuti. Pasti ada perut lembu rebus civah ayaq asam. Tanpa aku minta, ini antara menu yang akan ada di rumah.

Melebihi 20 tahun mengajaq di SKT, lebih 31 tahun dalam era perguruan, bayangkanlah berapa ramai murid yang hadir ketika persaraannya.. Kebanyakkan muridnya adalah anak kepada muridnya yang terdahulu.. penulis juga adalah muridnya..


Aku tak pasti adakah aku anak murid yang baik. Jarang dipuji berdepan. Tapi bila berbual dengan adik2 Cikgu Besah. Ternyata, pujian tetap ada pada aku. Pernah dia bagitau. Suka naik kereta yang aku pandu. Cermat bawa mcm Cikgu Ghanie. Bila real punya. Dia teguq. Jgn laju. Jalan kampung gear tiga saja. Banyak pujian dan kata2 kedua2 cikgu ni pada aku. Tapi jarang dengar berdepan. Selalunya dari wan dan tok cik yang akan cerita. Namun la nie, kedua2nya Allah dah ambil. Jadi payah la nak dengan apa cikgu bedua ni komen pasai aku. Selain depa aku hanya rapat dengan wan dan tok cik.

Kedua-duanya adalah cikgu, dan dalam masa yang sama merupakan ayah dan ibu aku. Haji Abdul Ghani Bin Ali Amin dan Hjh Habesah binti Omar. Tak dapat digambarkan betapa sayangnya cek pada ayah dan mak. Rasa sayang ni mula bererti dan amat dirasai bila duk jauh ni. Setiap kali nak berpisah, mak dan ayah akan peluk aku dalam keadaan yang amat erat. Kehangatan kasih sayang tu cukup menjadi bekal pada aku untuk setiap sem. Ya Allah, berilah peluang pada aku ya Allah. Selama ini aku memuhasabah anak org lain untuk jadi anak yang soleh. Aku juga ingin demikian Ya Allah. Aku ingin jadi anak yang soleh. Penyejuk di mata dan penenang di hati ke dua ibu bapa ku. Rahmatilah ke dua ibu bapa aku. Berkatilah mereka. Rahmati juga kesemua guru aku, yang mungkin tak sempat aku nyatakan nama mereka disini…..Amin…
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Selamat Hari Guru, dedikasikan pada semua guru dan bakal guru.
- Banyak lagi nama guru yang hendak disenaraikan. Namun keterbatasan.
- Amatlah berputik hati bila adik2 Maahad dah ada blog, dan blog tu pula untuk dakwah dan tarbiah. Bertambah kembang bila blog abg Nazmi turut di link kan. Terima Kasih!!!

Wednesday, April 16, 2008

Journey To Miri Part 2 (last)



Wajah puas walaupun tewas di Final, kalau semua orang nak menang sapa nak kalah? ye dak(hehe, hnya yang tahu akan ketawa)
Sampai di Miri Bandar Minyak

Akhirnya smpai juga di bandaraya minyak Malaysia. Miri Sarawak.Satu Bandar yang maju. System pengangkutan dan binaan yang teratur. Bersempadan dengan brunei. Dan hari minggu masyarakat brunei akan datang ke miri. Ada kata yang datang tu masyarakat yang tak nak ikut Islam di brunei. Tak semua la kot. Mereka datang kerana di miri ada bnyak tmpat berfoya-foya dan berhibur. Kat brunei tak ada. Jadi Brunei dgn Malaysia mana lebih Islam? Anda jawablah!

Sampai jam 2.30 pagi, chek in di Park Hotel. 3 Bintang la kot. Lepas solat terus modop(bahasa sabah=tidoq). Akhirnya terbangun lambat kerana letih. Solat subuh juga la. Besa waktu solat miri dan Samarahan hamper 15 minit. Klu dalam geografi. Hampir 1 darjah beza kawasan ni (1 darjah sama beza 15 minit waktu GMT). Terus turun sarapan. Aku makan roti canai. Berjaya pujuk Ustaz Azam supaya belanja aku dan ust Nailan belanja aku minum. Jadi percumalah. Walaupun kami dibekalkan tak silap sehari RM15.00 dari BPG dan Maktab.


Perbincangan maut ketika dikuarantin sebelum final. Memperkasakan hujah yang kukuh sebagai kerajaan.
Maktab Perguruan Sarawak, Miri.

Lepas tu kami pi la Maktab Sarawak miri. Maktab yang terletak di tepi laut. Boleh tahan jugalah pantai dia. Kami membuat lawatan ke sekitar kawasan maktab dan juga tempat pertandingan. Nak ambil mood dulu. Sempat jugalah berkenalan dengan debater dari MPBL dan MPR. Aku di maahad dulu bukan pendebat. Tak diberi peluang , tak berpeluang serta tak berminat waktu tu. Ntah kenapa di maktab ni jadi minat pula. Dah dilahirkan untuk bercakap barangkali.

Latihan

Esok dah nak lawan. Saringan. Malam tu punya la kumpul maklumat dan analisis bahan yang berkaitan. Tajuk banyak. Cuma tak tau nak jadi yang berhormat Kerajaan atau Pembangkang. Respect aku pada En Zul. Kami yang muda2 ni kaji sampai jam 2 pagi. Dia masih mampu bertahan untuk bg support. Aku dah mengantok dah time tu.. Kami tekad. Kami datang untuk menang. Dari latihan lagi. Aku sebagai pendebat kedua dan juga bertanggngjawab untuk menggulung hujah. Besar tugas tu. Namun dalam duk bincang tu masing-masing duk wat lawak bodoh pula. Release tension.


Timbalan Perdana Menteri, YB Nazmi menyampaikan hujahnya. Kerap diganggu gadis2 yang menjadi pembangkang
Lawan dan mara Ke Final.

Hari ni saringan. Tension. Debat ni satu aktiviti yang amat meletihkan otak. Berfikir, bercakap, berfikir lagi mamatahkan hujah, tumpuan otak lagi agar apa yang dicakapkan tak terlepas daripada statement yang di bawa pendebat pertama. Jadi bernafsu besar untuk bercakap tanpa berfikir amat tidak digalakkan dalam bahas atau debat ni

Kenangan tak leh lupa masa jumpa MAPERA (Maktab Perguruan Rajang), kami jadi pembangkang. Selepas asri berhujah, sampai turn aku. Aku mulakan dengan pantun,

Enggang sama enggang,
Pipit sama pipit,
Hujah saja panjang,
Namun lojiknya tetap sempit
.

Apalagi, team tarian kami pun terus bersorak. Dari satu segi dah dapat semangat dah tu. Bila aku berhujah dan memperkukuhkan kenyataan ketua pembangkang bangun timbalan perdana menteri minta Izin laluan. Terus aku paku dia, “yang berhormat, loceng izin laluan belum bunyi, tidak faham peraturan dewankah? Duduk dulu yang berhormat!”..ye lah..dah itu peraturan dewan . Tapi aku tak ingat la tajuknya..Kira dapat kemenangan moral la..Akhirnya langsung tak ada izin laluan bila aku becakap pas tu. Pendebat MAPERA diam ja.Pas aku ust azam berhujah and the last aku wat pergulungan.

Dalam tengahari, kami berkumpul di dewan. Gegak gempita dewan bila diumumkan pasukan kami akan menentang tuan rumah dalam final esok. Mesti mencabar ni. Kita lawan dengan Tuan Rumah.


Gambar kenangan di Maktab Perguruan Sarawak, Miri
Malam yang happy @ KFC

Bila balik hotel terus memodopkan diri. Letih. Malam tu sebelum wat latihan en zul blnja kami makan KFC. Makan lah apa nak makan. Saya belanja. Apa lagi balun la. Malam tu juga kami amik kesempatan berjalan-jalan di bandaraya miri dan bergambar sekeping dua.

Bila balik bilik terus bincang strategi dan isi penting. Pembahagian tugas pun buat juga. Terima kasih pada asri yang bnyak membantu. Tak lupa juga kepada EN Zul. Pada malam ni juga team tarian kami wat pesembahan. Aku tak sokong sangat. Depa dapat johan.


My Team Debaters (Dari Kiri YB Ust Nailan (pendebat ke 5), YB Ridzuan (pendebat ke 4), En Zul (Pensyarah Penasihat), Puan Sufiah ( SUG MPTAR), YB Asri Hamden (Perdana Menteri), YB Ustaz Nazmi (YB Timbalan Perdana Menteri) dan YB Ustaz Azam ( Menteri Pendidikan)

Tersungkur kerana bobroknya hakim

Sebenarnya risau juga bila dapat tahu seorang pendepat tuan rumah penah wakil Sarawak dalam pertandingan syarahan peringkat kebangsaan. Takut juga. Aku ni tak wakil mana pun. Bila cabut undi, kami jadi kerajaan. Maknanya aku jadi TPM.

Bila kami di pentas, ternyata aku gugup. Penyokong miri lebih ramai. Namun kami berjaya hadapi. Bnyak hujah mereka kami patahkan. Kami juga berdepan dengan hakim yang berat sebelah. Semua hakim merupakan guru yang buat kursus KDP OUM di situ. Sudah tentu tidak adil!

Bila habis sahaja debat. Team MPBL datang jumpa dan ucap tahniah. Korang pasti menang. Ramai yang cakap begitu. Namun bila keputusan umum. Kami hanya dapat naib johan. Memang tak puas hati. Tapi ok lah. Percubaan pertama pengalaman pertama yang cukup bernilai. Paling best bleh jalan2. Moga satu hari nanti aku berpeluang ke miri lagi. Insya Allah. Nak juga ke Brunei.

Tuesday, April 15, 2008

Journey To Miri Part 1


Bergambar di hadapan masjid al-Mutaqqin Sarikei
(Dari kiri :- Kamaruddin, ucop, aku, Ust Nailan dan Jay)

Assalamualaikum salam mahabbah.

Hari ni aku exam English. Bahagian komunikasi.lebih kepada grammar ja.tp boleh tahan juga. Namun disebabkan aku ni kurang sket dalam bahasa Inggeris, maka jadi payah la ujian tu..
Cuma nak kongsi pengalaman yang pernah aku lalui sepanjang bermujahadah di Sarawak ni. Dalam bulan Mac 2006 aku terpilih untuk mewakili maktab(pada masa tu tak tukar nama lagi) dalam pertandingan bahas ala parlimen bahasa melayu peringkat zon Sarawak yang diadakan di miri. Punya la seronok nak pi, tak tau lagi azab perjalannanya mcmana.

Team aku diwakili pendebat pertama, Asri, aku pendebet ke dua, ust azam(la dah posting di lanang) pendebat ke tiga, ust nailan(posting sibu skang) dan ridzuan masrani sbgai simpanan. Turut bersama kami masa tu team debate English dan juga Team tarian(mungkar tu.aku tak redha).




Sekali sampai di durin nak naik feri, bas maktab tersangkut pula,
krain kena tolong

Bertolak

Kami bertolak jam 6 pagi.punya la seronok, aku ingat perjalanan dia dalam 5 atau 6 jam ja.. macam alor staq pi KL. Tapi jumlah masa perjalanan ni makan masa 22 jam ½ .kul 2.30 pagi esok baru sampai miri. Haha. Tak mau dah pi dengan bas. Perjalanan yang panjang tu Cuma berhenti beberapa kali ja untuk makan dan solat.

Kami singgah sarapan pagi di sri aman.aku tak sedaq sangat , tidoq ja memanjang. Kemudian trus lagi perjalanan. Ada la sembang sket2 dgn rizuan yang duk di tepi aku. Tapi lama2 boring walaupun jack dan uchung(dua2 iban) asyik menyanyi untuk hiburkan yang lain. Akhirnya mataku malap.Pensyarah pembimbing ku En zul pun sama juga.


Posing di trademark bandar sarikei (dari kiri, kamaruddin,aku & ust Azam)
Tengahari kami singgah makan di Bandar sarikei. Trademark dia ada replica nanas besaq di Bandar dia. Bandar yang penuh dengan org cina. Seksa juga nak cari makanan Islam yang Halal di makan. Selepas tu bergambar la sket kat pengkalan bot express. First time aku tengok. Boleh naik dia jika ne ke kawasan pedalaman Sarawak….

Kami terus lagi perjalanan, nak masuk ke sibu kena lintas sungai Rajang. Ada khidmat feri.besar, bas pun muat juga untuk naik dia. Kami melalui pengkalan Durin, satu lagi jalan boleh guna Lanang. Terpaksa la bas berbaris tunggu turn untuk naik feri. Kami tunggu hamper 3 jam baru sampai turn kami. Sementara nak tunggu tu. Aku dengan ucop and d’gang kami pun naik la feri tu pegi balik dua tiga kali sementara nak tunggu turn bas kami. Barulah aku tau, feri hanya akan beroperasi bila air pasang saja. Sungai Rajang tu luas.airnya deras dan kayu balak hanyut pun banyak.

Bot exspress untuk ke Kapit..adakah aku akan di posting di sana????

Sangkut Perjalanan.

Sampai la turn bas kami. Nak dijadikan cerita masa tu air dah mula surut dah, jadi tempat feri rapat ke tebing tu dah semakin rendah.jadi bila bas kami nak naik ke feri. Tiba2 tersangkut, Ya Allah, bas tak dapat bergerak. Pak Haji dang Bang Man derebar Bas menggunakan pelbagai cara. Kami pun bersama penduduk yang lain pakat2 tolak juga. Jika bas tu tak dapat naik ke feri, kereta lain pun tak leh naik jga..

Sampai ada kren bantu. Masih tak berjaya. Hari dah makin gelap. Mati la kami. Akhirnya setelah guna plbagai cara sampi tui(bahasa kedah tu) tayar guna kayu. Baru berjaya. Org semua tepuk tangan. Mana taknya, dari mula smpai kami berjaya tu dah 5 jam sangkut. Lepas lintas sungai kami bergerak ke Sibu jaya untuk makan malam. Dkat jam 10 mlm baru smpai. Kami buat keputusan untuk jamaq takhir ja di Miri. Selepas tu berhenti rehat juga di bintulu. Tapi tak sedaq apa dah. Tidoq ja memanjang. Nak sembang pun dah habis topic dah…

p/s tunggu journey to miri part 2

Sunday, April 13, 2008

Kongsi kisah 2006


Salam pembuka bicara.... kadang2 terdetik di hati ni...kita bukan lah org yang seberapa..tapi bagai di sambut tak kena gaya... itu sebagai muqaddimah bersama.... hari khamis baru ni (12.10.06)...dlm jam 1.30 tghari...en rizal..kj Jbtn Kaunseling Fakulti Sc Kognitif Unimas talefon kita...dia cakap.."Nazmi,nta senang ptang ni??ana nak jemput nta bagi Tazkirah pasai Nuzul quran di Unimas..d kolej Tun Ahmad Zaidi(TAZ)..boleh tak???"kita jawab..boleh lah...
wpun tak nak sebenarnya..sebab tak biasa bagi tazkirah untuk ahli akademik...ya lah..pada pemikiran kita..nak cakap dengan depa tak bleh goreng2...kena ilmiah..ptg tu kita ada plan lain sebenarnya..nak g pjbt MAS bli tket hujung tahun..tp batal la...ptg tu pun mengkaji la bab nuzul quran..menghafaz hadith dan ayat quran yang patut..
alhamdllh..Allah mudahkan...sebagai di janji..ptg tu kita pi TAZ...disambut oleh saudara Hafiz...kemudian d bawa bejumpa pengetua kolej TAZ..dr Shopian...Bila tengok hadirin..Ya Allah..para pensyarah dan mahasiswa...macmana ni..sedangkan kita hanya stud Persediaan untuk Ijazah perguruan..blum tentu lagi bleh wat ijazah ke tak...smua sambut kita...kami berbuka beramai2...makan pun ala kadar ja...ya lah...nak becakap nanti..lps maghrib...mulalah tazkirah...istgfar banyk2..debar tu masih ada..mula agak gugup..semua tumpu dekat kita..tapi akhirnya kita dapat rentak yang di cari..rasa untung juga dok maahad..segala pgram yang kita pnah ikut dan jadi fasi banyak membantu...akhirnya selesai..kita masukkan juga unsur kecindan dalam tazkirah kita...hadirin bleh terima...
Tp tak dapat bayangkan betapa mereka raikan org agama ...wpun secara lumrahnya..kita tak layak di panggil ustaz lagi...harap2 ini langkah pertama kita untuk sebar agama Allah di atas muka bumi ini..jika ini pola penerimaan ahli akademik terhadap agama,,.kita yakin...gelombang besar akan melanda untuk ubah pemikiran masyarakat kita untuk meneria ISLAM y SYUMUL...Islam yang datang dari Allah dan RasulNya..bukan Islam yang hanya dilaungkan dengan slogan...iSlam xkan tertegak dengan slogan..sekadar pengalaman...
Sedikit catatan pada tahun 2006 yang turut dimuatkan di friendster ku
(gambar :- bersama junior maahad ketika handle Kem Anak Soleh di Madrasah at-Taklimiah al-Khairiah, Kedah)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin