Saturday, May 31, 2008

Demi Masa

Hamba Allah yang dijemputnya dikala sedang sujud di Masjid Nabawi...


Assalamualaikum wtb…

Alhamdulilah..Dah hampir satu minggu berada di bumi jelapang padi. Baru semalam dan hari ni dapat sentuh buku. Untuk bacaan tambah kefahaman, tambah ilmu dan isi masa terluang disamping memperkasakan stand Tauhid pada Allah dengan maklumat yang di baca. Aduhai, hari2 sebelum ini ntah apa diisi.. Bukan sekadar buku tak dibaca bahkan perlembagaan Islam (al-Quran) pun ‘tuang’ di baca. Tidak ada konsistensi. Itulah manusia. Kita sentiasa lalai.

Hasil sembang dengan beberapa orang sahabat, kami mengira satu persatu rakan2 dan sahabat2 saya yang sudah pergi menghadap Rabbul Jalil (Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang beriman), mereka ini terdiri dari batch SPM 2003, SPM 2004 (Batch saya) dan SPM 2005 Junior saya. Sebagai Maahadian, kami seringkali bersemangat waja bila mana mengetahui ada abg2 atau rakan2 bahkan adik2 yang sudah bertunag, berkahwin bahkan ada yang sudah menimang cahaya mata. Siapa yang tak semangat sambil azam giliranku pastikan tiba, tanpa sedari kita sudah mengakui bahawa jodoh di tangan Tuhan. Di Tangan Allah. Dalam masa yang sama kita sering lalai bahawa maut juga adalah janji Allah.

Saya kira dari 3 batch ini sudah hampir 8 orang sahabat2 yang sudah pergi menghadap Allah swt. Antara puncanya sakit, kanser, kemalangan jalan raya, denggi berdarah dan sebagainya. Mungkin kita merasakan bahawa kita masih sihat dan kita yakin bahawa secara adatnya kita akan mati sebagaimana junjungan besar kita Nabi Muhammad saw..Pada umur 63. Sekarang baru awal 20 an. Kita juga sering berasa amat selesa, sabda Nabi yang bermafhum, 1000 umatku, 999 ke neraka dan seorang ke syurga. Sebagaimana biasa, sering terdetik, “akulah yang seorang itu.”

Ketika memberi Tazkirah di ILP Samarahan..
Salah satu daripada modul yang saya bawa jika dijemput ceramah untuk remaja, belia dan mahasiswa, saya tak akan lepas daripada menyentuh aspek pengurusan masa. Saya bawakan buat tatapan sahabat2 isi tazkirah saya di Institut Latihan Perindustrian(ILP) Kota Samarahan yang berkaitan dengan masa. Alhamdulillah, program yang mendapat sokongan warden dan Pengarah ILP (orang kedah-Jitra) adalah antara yang turut hadir.

Tugas saya ialah menyedarkan hadirin tentang peri pentingnya masa disusun dan diakui bahawa masa kita semakin luput. Beberapa analogi pernah saya bawakan dalam memberikan kesedaran tentang masa pada pendengar saya.

Antara student ILP yang hadir
Pertama, analogi yang dipinjam daripada Ustazah Farishana(ajar saya balaghoh semasa di Maahad). Hidup kita umpama bom, yang ada sumbunya, bilamana kita lahir, sumbunya dicucuh dan mula terbakar. Malangnya kita tidak tahu, berapa panjangkan sumbunya dan hari yang sedang kita lalui ini kita tidak tahu, panjang sumbu kita masih banyak mana..

Kedua , analogi hasil perbincangan usrah saya mengenai usia manusia. Bersandarkan hadis Nabi SAW purata umur umatnya adalah sekitar 63 tahun, maka kami membuat beberapa perkiraan matematik mudah. Di bawah makluman kita, 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia dan boleh kita ertikan 24 jam akhirat (1 hari akhirat) bersamaan dengan 1000 tahun dunia.
Di awal muhasabah dijalankan...
Buat perbandingan dengan umur umat Nabi Muhammad yang 63 tahun ni..

24 jam akhirat = 1000 tahun dunia (kita bahagi dua dan begitulah seterusnya)
12 jam akhirat = 500 tahun dunia
6 jam akhirat = 250 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1 ½ jam akhirat = 62 ½ tahun dunia
.

Ini perkiraan mudahnya, jika dengan kuasa Allah, umur kita 63 tahun, maka usia kita mengikut waktu atau jam di akhirat ialah hanya 1 jam setengah. Sekarang katakanlah umur kita 20 tahun. Bermakna kita sudah habiskan setengah jam usia kita di akhirat dan masa yang kita ada hanyalah 1 JAM SAHAJA LAGI. Sebagai ingatan, itu jika kita mati pada usia 63 tahun.

Ketika mengikuti persidangan Parlimen baru2 ini, menteri Kesihatan menjelaskan bahawa purata umur rakyat Malaysia adalah 71 tahun. Saya agak menolak umur tersebut. Pada saya hanya relevan untuk orang yang berusia 50 tahun dan ke atas. Mereka ini adalah antara rakyat yang pernah hidup susah. Mereka makan apa sahaja. Ulaman sudah tentu menjadi pilihan mereka. Purata itu sesuai dengan cara hidup mereka.

Moga2 kita punya kesedaran tentang tanggungjawabkita sebagai Khalifah Allah swt...
Namun bagi kita, saya rasa generasi penghujung 80an dan 90 an hinggalah generasi Y2K ini. Usia kita kalau boleh lebih 65 tahun sudah dianggap hebat. Pelbagai benda dan perkara sedang melanda kita yang akan menyebatkan kita pendek umur..:-

1. Generasi kita penghisap rokok tegar. Sebatang rokok mengikut kajian 7 minit nyawa dipotong.
2. Generasi kita makanan asasnya KFC dan sebagainya. Ayam2nya terbukti menerima suntikkan khas yang menyebabkan dalam masa yang disingkat boleh disembeleh. Masa segarnya juga terhad. Rujuk kajian Mastika, wartawan Nasaei Ismail.
3. Generasi kita amat terdedah pada radioaktif dan gelombang2 yang merbahaya. Sudah ada kajian bahawa gelombang yang keluar daripada menara2 telekomunikasi boleh menyebabkan kanser (Kajian UKM) manakala bercakap di telefon bimbit boleh menyebabkan barah Otak ( pendedahan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.)

Namun, segalanya terletak di tangan Allah. Ayuh, persiapkan bekalan kita, agar kita mampu datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Buat sahabat2 yang sudah menyahut panggilan Ilahi, syukur Allah lebih sayangkan kalian, kami sentiasa mendoakan moga2 ditempatkan bersama para anbiya’ dan orang2 yang soleh. Buat yang masih bernyawa..renungilah Firman Allah swt:-

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menatapi kesabaran.

Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda Teluk Bagan 31 Mei

Rewang rewangan


Bersama Nawwar..nak pi makan ni...


Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Agak sibuk sehari dua ni. Tambahan sudah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah, esok (1 Jun) sepupuku Atikah akan melangsungkan perkahwinannya. Beliau seorang guru yang bertugas di Johor Bharu. Dia tiga hari juga la ke rumah Mak Ngah di aloq mengkudu untuk rewang atau org kedah panggil buat balai. Tolong2 apa yang patut.

Hari ni dari pagi jadi driver. Mula dengan amik Cuna di Kuala Nerang, hantaq dan amik adik tusyen. Letih juga. Ayah dan Mak kalut memenuhi jemputan walimah yang kita semua maklum begitu banyak di musim cuti persekolahan ni.

Petang kemarin Nawwar ajak kluaq makan. Kami pi le makan di medan Simpang Kola. Pekena nasi kandar Madinah. Nawwar ada bgtau, Sholeh Mazlan(tua setahun dari aku) meninggal dunia hari khamis lepas kalu tak silap akibat barah. Bertambah sedih 2,3 hari sebelum meninggal adalah hari dia konvo di UiTM Merbok.

Aku tak punya banyak pengalaman dengan dia walaupun pernah dok asrama. Aku di bilik 4 abh hanis dan abg elyas yang jaga manakala abg sholeh dan abg lah mokhtar pula jaga adik2 di bilik 7. Mungkin yang duk asrama akan lebih ingat dengan dia. Takziah buat keluarganya dan juga pada diriku..Ingatlah wahai Nazmi..Sebagaimana maut boleh menjemput saudaramu itu..ia juga boleh menjemputmu dalam keadaan engkau tak mahu pun menyambutnya…

Thursday, May 29, 2008

Gayu guru gerai nyamai


Dakwah Itu Perlu Hikmah


Untuk orang Sarawak :-

Gayu guru gerai nyamai, Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Buat sahabat2 di Sabah yang Kadazan, Dusun dan Murut dan sewaktu dengannya..

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Assalamualaikum wtb dan salam perjuangan

Rasa2nya 3 tahun yang lalu sebelum saya sampai ke Sarawak, langsung tidak pernah mengambil berat atau ambil tahu tentang pesta Gawai Dayak dan juga Tadau Kaamatan. Perayaan kaum yang di sambut masyarakat Dayak terutamanya Iban di Sarawak dan juga Dusun dan Kadazan di Sabah. Disambut pada setiap 1 jun di Borneo. Namun apabila udah berada di sini untuk bermusafir mencari Ilmu, ini antara perkara yang saya harus tahu, tentang budaya orang tempatan.

Asal-usul

Sambutan gawai dan juga tadau kaamatan adalah sempena menyambut pesta menuai bagi masyrakat peribumi Borneo dan dalam masa yang sama mereka juga akan memuja semangat tertentu supaya rezeki mereka pada musim akan datang akan bertambah. Antara minuman utama sudah tentulah tuak dan air tapai. Orang kata sama dan kata ada beza dua air tu.



AJK Minggu Pengurusan Pelajar Baru(MPPB) 2006 yang banyak membantu..

Hukum sambut.

Saya secara peribadi mengatakan HARAM turut serta sambut hari gawai ni. Kenapa? Bersandarkan pada fatwa yang mengharamkan umat Islam sambut perayaan agama lain. Pada saya ini adalah sambutan agama dan bukannya perayaan kaum. Walaupun hari ini Iban dan dayak sudah beragama Kristian, kita harus tahu bahawa mereka dulunya adalah animism. Menganggap roh orang mati, semangat serta pokok adalah tuhan. Pada saya animism bukan fahaman tetapi sama maknanya dengan beragama kerana ada kepercayaan dan iktiqod mereka pada makhluk2 tertentu dan dianggap sebagai Tuhan.

Peluang Dakwah

Alhamdulillah mendapat rakan2 non muslim yang menghormati kita seperti Uchung Antika, Jack Joannes, Pamela Nyambong, Elvis Z Delton, Beny Madzihi, Thyno, Edi Guyang, Elfy Karen Vanessy, Christine Nangan dan ramai lagi. Mereka inilah yang membuka minda aku akan kepentingan dakwah dalam masyarakat majmuk serta cara berkomunikasi antara Islam dan bukan Islam dalam keadaan masing2 tidak terguris. Harga ilmu ini bukan murah, 3 tahun seberang laut harganya dan juga betapa murahnya hati untuk luang sedikit masa untuk bermualah dengan non Muslim.

Pelbagai pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di samping mereka. Rakan2 di semenanjung secara adatnya mungkin sukar rasa suasana ini kerana komposisi kaum hanya ada tiga iaitu Melayu, Cina dan India tetapi di bumi kenyalang suasananya adalah berbeza sama sekali kerana kaum peribuminya mencecah 48 kaum lebih yang tak terdaya saya sebutkan nama kaumnya satu persatu.

Panglima2 SMPPA yang banyak membantu..

Antara pengalaman saya di sini ialah bagaimana tiga projek besar saya terlibat dengan sokongan non muslim. Pertama, ketika awal 2006, batch saya disuruh untuk handle minggu pengurusan student baru. Ketika bermesyuarat di bilik Mesyuarat Teratai di blok pentadbiran. Uchung telah mencalonkan saya unu menjadi Pengarah program dan diterima rakan2 yang lain. Bermulalah kepimpinan saya yang saya kira tidak akan sempurna tanpa bantuan rakan2 dan kedua, program ini membuka peluang untuk saya bertanding dalam pilihanraya untuk jawatan NYDP, Alhamdulillah mendapat majority terbesar hampir 180 undi. Saya percaya ini adalah hasil muamalah yang baik dengan rakan2 non muslim. Jika dengan bantuan Muslim sahaja, mana mungkin saya akan dapat majority sebesar itu kerana persaingan 2006 adalah sengit.

Ketiga ketika menjadi Pengarah untuk program Bina Insan Guru sem 1 2007. Bukan hendak pada jawatan, tapi atas saranan banyak pihak, pengarah program harus diisi oleh Muslim. Nama saya ketika itu agak kurang mekar dikalangan pelajar non muslim perempuan kerana saya menentang penyertaan Muslimat kelas saya dalam aktvti Futsal wanita. semua kelas hantar wakil, cuma pengajian Islam sahaja berkecuali. Saya meletakkan tiga syarat, antaranya semua yang ada dalam dewan ketika perlawanan adalah wanita. HARAM ada lelaki. Kecoh hinggalah ada wanita non - muslim yang dah mula berkempen pastikan pilihanraya 2007 Ustaz Nazmi tumbang. Namun hasil penjelasan saya kepada rakan2 non muslim lelaki. Mereka dapat menerima dan memberikan kerjasama yang baik pada saya dalam menjayakan BIG bahkan kalau tak silap ada 5 orang Exco Non Muslim bersama dengan saya pada masa itu.

Dan apabila kita sudah mendapat kepercayaan mereka. Inilah peluang kita berdakwah. Tidak perlu tergesa-gesa. rancang dengan teliti dan teruskan bermuamalah. Senjata yang paling ampuh ialah akhlak dan bahasa kita.


Jack dan Uchung (tidak bersongkok) yang tidak kekok hadir ke sambutan Maulidur Rasul

Komunikasi umum.

Jambatan yang baik harus di bina agar mudah untuk bekerja dan berdakwah. Gunakanlah bahasa yang sopan pada mereka. Sesekali gunakan bahasa Ibunda mereka ketika menyapa mereka misalnya UDAH MAKAI NUAN? (Dah makan ke-Bahasa Iban). Mereka akan rasa diri mereka dihargai dah sudah tentunya selepas kita berikan peneguhan ini (Ikut teori Operan Skinner le), mereka akan mula merapati kita. Jangan sesekali mainkan sentiment agama di awal perkenalan. Awas!! Pada hemat saya rakan2 Kristian saya di Sarawak adalah lebih faham Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Mereka boleh huraikan konsep ketuhanan, alam serta Isa dan Nabi Muhammad dengan jelas sekali. Maka jika ingin bercakap soal agama dan dalam hati simpan hajat nak bagi mereka sedar bahawa Kristian salah, lebih baik lupakan.

Itu adalah niat yang baik. Namun kurang berhikmah. Cari ilmu, cari ilmu dan gali ilmu terlebih dahulu. Persiapkan diri. Bak kata Ustaz Shamsuri hj Ahmad. Kita jangan harap hari ni kita cakap benda yang benar, esok lusa terus orang dengar dan amal. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, cari mekanisme yang sesuai untuk anda bina hubungan dengan rakan2 non Muslim. Biah kita berbeza dan dalam kondisi keadaan saya, saya merasakan akhlak dan budi bahasa adalah yang paling boleh digunakan untuk membina jambatan dakwah kita. Dan jika mampu, ini adalah cara bonus yang saya gunakan. Cuba fahami dan tahu sedikit tentang agama mereka (awas!! Kuasai juga agama kita).



Tanpa rasa syak wasangka, rakan2 non Muslim turut serta bersama kami merayakan Sambutan Maulidur Rasul

Memulakan majlis dengan memuji Allah (Motivasi untuk peserta felcra)

Hasil daripada menghadiri kursus pemantapan dakwah, tontonan VCD debat Ahmad Deedat serta pembacaan saya saya gunakan untuk berbual santai dengan mereka. Saya keluarkan term2 yang terdapat dalam Bible seperti Surat(kita panggil Surah la kot) Paulus, 1st Chorinthians, 2nd Chorintians, Hezekil, Luke, Perbezaan antara new tastetemant (perjanjian baharu), old tastetement (Perjanjian lama) dan sebagainya.

Mereka akan lebih terbuka pada kita. Puji agama mereka, berikan persamaan dengan Islam (hakikatnya tak sama pun), kemudian tinggalkan persoalan untuk mereka berfikir. Saya selalu tinggalkan persoalan pada mereka.


“Kamu ada old tastement, namun dah tak boleh pakai kerana di hazaf oleh New tastement. Namun kami Islam ada Last Tastement (al-Quran), jadi last ni dia hazaf yang mana??”


Kita harus beri mereka peluang berfikir selepas bersembang dengan mereka (afala Taq qilun, afala Tubsirun). Inilah hakikatnya, untuk memastikan kamandirian ataupun kebelangsungan dakwah, kita terpaksa juga main tarik tali dan terus berdoa moga Allah beri hidaya pada mereka. Kita berusaha moga asbabnya sudah tentu dari Allah dan barangkali usaha kita terpilih sebagai pinti Hidayah.

Ø “Janganlah kamu memaki tuhan-tuhan mereka kerana atas kejahilan mereka mungkin kembali memaki Allah” – Qur’an 6:108
Ø “Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik” – Qur’an 16:125



Antara peserta non Muslim yang turut di Muhasabahkan..


Ceramah yang hadirinya pelbagai agama

Hari terakhir sem 2 tahun lepas (hari last exam tu), saya telah dijemput untuk memberikan motovasi kepada pelajar2 terpilih dari SMK St Theresa, SM Sains Kuching, SMU Pasentren Taib Mahmud dan juga SMK Bau. Mereka ini adalah pelajar terpilih dari keluarga susah. Dihimpunkan di IKBN Kuching. Dia punya dewan mantap. Hawa dingin marvelous!!. Anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Felcra Sarawak. Lihat pada nama sekolah dah tahu audiennya pelbagai kaum dan agama.

Namun saya tetap berbekalkan satu perkara. Fitrah manusia adalah sama. Ketuhanan, konsep halal haram, dosa pahala, adalah perkara yang tak dapat lari dari kehidupan manusia. Tetap mulakan program dengan puji Allah dan cerita kebesaran Tuhan. Di sini saya mulakan dengan memetik ayat2 al-Quran dan juga bible untuk raikan hadirin. Cerita kebesaran Allah. Perbincangan saya pada ketika itu berpokok pangkal pada masalah yang dihadapi remaja serta harapan Ibu Bapa. Sebelum ceramah saya telah pastikan agar slide saya jangan terlalu Islamic, biarlah ia berciri umum dan boleh diterima atas kosa kata nilai-nilai murni dan sejagat. Atas permintaan penganjur, muhasabah yang di buat berjaya. Muslim non muslim menangis, walaupun itu bukan ukuran kesedaran, namun ini adalah aspek yang tak boleh dinafikan.

Cuma sekelumit pandangan dari saya hasil dari pengalaman di sini. Entah boleh digunakan ataupun tidak. Hakikatnya biah kita berbeza, Mad’u juga berbeza, namun hakikat dakwahnya adalah sama. Syukran bumi Sarawak. banyak mengajar aku erti dakwah dikala Islam hanya minority.

Buat mu..

Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Wednesday, May 28, 2008

Makluman dari Ku

Konvensyen Dakwah dan Tarbiah
Tarikh : 6 Jun 2008 (6 Petang)
Tempat : Sri Mentaloon (Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kedah)
Tajuk2 Kertas Kerja dan Pengisian
- Aplikasi Tarbiyah Dalam Politik
- Musyarokah Tarbiyah
- Siyasah Syaria'ah
- Tarbiyah dalam Mihwar Siyasi
- Dakwah Non-Muslim
- Aplikasi ahl Zimmah dalam kontek Harakah Islam
"SELURUH MAHASISWA ISLAM KEDAH DIJEMPUT HADIR"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- InsyaAllah, lepas ni ada program di Bendang Man, Masjid Padang Lalang dan juga Maahad Merbok.

Tuesday, May 27, 2008

Kain Putih.

Anak-anak umpama kain putih... (gambar ketika SBE di SK Mata Parang, Kota Samarahan)
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan,

Rasa terpanggil untuk mengulas sedikit isu pendidikan yang baru hangat di pasaran akhir-akhir ini berikutan munculnya saranan PKPIM kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa pakaian pelajar perempuan harus ditukar kerana dengan bahasa sopannya ia “mengganggu” warga sekolah yang lain.

Sejak bila.

Secara umumnya warna pakaian (putih)yang dipakai pelajar pada masa kini tidak kiralah yang mengganggu (Perempuan) ataupun yang tidak mengganggu (lelaki) sudah bermula dari era pemerintahan British di Tanah Melayu lagi yang memperkenalkan system pendidikan rasmi negara serta vernacular pada ketika itu (awal 90-an). Persoalannya mudah, selepas beberapa kali negara mengeluarkan penyata seperti penyata Razak, Laporan Barnes dan Fenn Wu, memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) hinggalah wawasan yang terkini Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang bertujuan mentranformasikan system pendidikan negara ke arah melahirkan modal Insan, kita masih gagal untuk mengubah satu doktrin penjajah, iaitu system berpakaian pelajar sekolah kita.

Pendidikan Tradisional.

Jika kita lihat filem2 lama seperti Semerah Padi, Bujang Lapok dan sebagainya itulah system pendidikan tradisi di negara kita. Perempuan berpakaian sopan berbaju kurung berkain batik dan bertudung kepala walaupun berjambul dan yang lelaki berbaju melayu bersongkok mahupun berlebai. Rasanya pada masa itu para pelajar lelaki yang melihat perempuan langsung tidak ada apa2 kerana tiadanya unsur rangsangan. Bahkan daya penarik perempuan untuk dijadikan isteri pada ketika itu benar-benar menurut kacamata Islam iaitu dilihat dari segi akhlak dan juga kesopanan serta amalan ilmunya. Natijahnya gejala sumbang mahram, rogol, seks bebas, haruan makan anak adalah kes terpencil pada masa itu. Tidak seperti sekarang, hasil kajian UKM, 68 gadis di Malaysia 67 pernah melakukan seks. Saya bertanya, macm mana saya hendak mencari satu yang baki itu?

Pakaian masa kini.

Adalah di bawah makluman kita. Pakaian pelajar perempuan pada hari ini berwarna putih. Dan kainnnya juga pelbagai. Ada yang nipis dan tebal. Namun tetap berwarna putih. Saya amat bersetuju dengan saranan seorang ahli akademik yang ditemuramah TV3 bahawa pakaian sekarang memang menjurus ke arah rangsangan seksual dan ganguan samada pada pelajar lelaki mahupun pada guru lelaki. Secara mudahnya, pakaian dalam yang dipakai pelajar perempuan pastinya akan mengetuk rasa ingin tahu dan ingin menjelajah pelajar lelaki. Sebagaimana teori yang dikeluarkan Piaget. Pelajar pada usia menengah adalah kemuncak penyempurnaan perkembangan kognitif bagi manusia. Penyempurnaan ini juga meliputi perkembangan biologi manusia.

Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, pada mereka itu adalah hak peribadi namun jika terangsang itu adalah kesilapan individu itu sendiri yang gagal mengawal nafsunya. Pendapat ini saya tolak kerana langsung tidak berasas.

Pelajar lelaki perkembangan biologinya agak lewat..
Pertama, Islam ini diturunkan untuk mendidik(tarbiah). Islam memperkenalkan dasar pakaian wanita. Bahkan Islam juga mewajibkan syarat bertudung supaya lelaki tidak melihat apa yang tidak perlu dilihat. Bahkan untuk berlaku adil, lelaki juga diarahan untuk menundukkan pandangan(absar).

Kedua, Islam tidak diskriminasi wanita. Ada yang mengatakan jika wanita bungkuskan diri dan tidak menunjukkan kecantikkan dirinya sudah tentu ia tidak akan bertemu jodoh. Jangan bimbang, dengan menutup aurat adalah salah satu tanda bahawa perempuan itu beriman pada Allah dan sudah tentulah ia akan berjodoh dengan lelaki Mukmin. Bahkan lelaki yang beriman dengan al-Quran pastinya akan cantik menarik dan tertarik dengan tips ataupun firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 221 :-

221. Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.

Ketiga, aurat adalah mahalnya wanita. Wanita yang menutup aurat yang sempurna harganya mahal disisi Allah swt. Bagaimana anda (wanita) hendak tahu pakaian anda menutup aurat? Jika pakaian yang andai pakai boleh digunakan untuk solat tanpa guna kain sembahyang maka pakaian itu adalah menutup aurat. Maka kementerian harus tanya pada diri, adakah pakaian pelajar pada hari ini boleh digunakan untuk solat.

Keempat, Prevention is better then cure, mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Jika dah kena kencing manis baru nak makan ubat sudah tidak ada gunanya lagi. Inilah antara hikmah pakai pakaian menutup aurat wanita Islam. Ini adalah untuk mencegah.

Dah usaha untuk tutup aurat dan jaga pergaulan. Masih diganggu, maka wanita itu tidak memegang sebarang saham atas zina yang dilakukan(zina mata). Namun jika seorang mengantuk (nak tengok terdedah) dan disorong bantal (tukang dedah). Maka apalagi nak di kata.

Etika berpakaian harus dididik dengan cara Islam

Cadangan

Saya secara peribadi atas dasar kesedaran dan sayangkan agama dan anak bangsa saya mencadangkan :-

1. Pakaian pelajar wanita haruslah dikuatkuasakan etikanya mengikut panduan quran dan Sunnah.
2. Pakaian pelajar wanita harus dikaji semula warnanya (cadangan warna hitam, kelabu, hijau tua)
3. Dasar kefahaman Islam harus ditingkatkan. Bermula daripada isteri pimpinan negara, para guru dan juga pegawai kerajaan serta pelajar Universiti/sekolah.
4. Asingkan kelas pelajar lelaki dan perempuan agar tidak ada ikhtilad dan pergaulan yang berlebihan (Konsep pencegahan).
5. Sebarang aktiviti luar / lasak / sukan haruslah diasinglan lelaki dan perempuan. Dalam keadaan kita mempunyai kemudahan rekreasi kita yang terhad, gilirkan penggunaan pelajar lelaki dan perempuan


Mungkin akan ada yang fikir susah untuk dilaksanakan, tetapi yakinlah, bila kita berusaha untuk tegakkan syiar Islam dan agama Allah, pasti ada bantuan Allah di situ. Dalam suasana sekarang, kita tidak mampu untuk didik semua manusia baru laksana hukum, tepai haruslah kuatkuasakan sekadar yang mampu dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat menggunakan segala medium perantaraan yang ada.
Pimpinan yang ada harus menunjukkan cara berpakaian yang sebenar, percayalah ikan busuk mula di kepala. Pimpinan wanita yang berjambul, yang tayang rambut teknik rebonding, yang dah berumur namun berkebaya kerengga di pinggang dan sebagainya. Anda harus tahu bahawa anda menyumbang saham pada dosa zina ini kerana anda adalah public figure.

Pada yang bertudung labuh. Silalah berakhlak mulia seiringan pakaian yanga anda pakai. Janganlah anda pula menjadi hujah pada wanita lain yang tidak bertudung dengan mengatakan yang pakai tudung labuh pun buat juga(perkara negative).

Rujukan Berita dan Maklumat

Tukar Baju Elak Gangguan Seks di sini
Baju Sekolah Memang Seksi di sini.
Menghukum Baju Kurung atau Baju Kurang di Sini
Undian Buletin Utama: 73 peratus setuju pakaian seragam putih dinilai di sini
Isu pakaian seragam sekolah: Menteri Pelajaran digesa rujuk mufti, ulama di sini
Guru turut terganggu baju kurung putih yang terlalu jarang di sini
Nota kuliah Perkembangan awal kanak-kanak (SEM 1)
Nota Kuliah Perkembangan Falsafah Pendidikan di Malaysia (SEM 1)
Pedagogi Pendidikan Islam, Ahmad Mohd Salleh

Monday, May 26, 2008

Walimatul Urus

Ketika bersantai-santai di Lobi Ansar Garden Hotel. Dapat satu msg dari sahabatku mahasiswa UTM Skudai..Sabar Afifuddin (Ex Maahad-Bekas exco Tugasan Am LPTTMM) akan membina Baitul Muslimnya dengan Muslimah dari Klang. Atas permintaannya beliau meminta saya menjemput semua sahabat2. Dan dihujung perbualan kami, dia turut mendoakan agar saya cepat2 ikut jejak langkahnya..sabarlah wahai Abg Sabar. Sampai masanya ana akan naik juga taraf nanti.


Tarikh
7 Jun 2008

Tempat
Hadapan Masjid Batu 5, Sik Kedah

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Nak cari bini senang. Nak bagi aku ni mithali dan soleh dan dia pun mithaliah dan solehah tu yang payah. Persiapan diri dengan kelengkapan harus ada..

Kelantan yang berkebajikan

Lawatan Ke Pulau Melaka
Assalamualaikum wtb dan salam perjuangan.

Tujuan ke negeri Kelantan pada 24 & 25 Mei mempunyai tujuan yang tersendiri. Selain daripada meraikan ahli keluarga baru besan Mak Chak di Tanah Merah, saya juga menganggap percutian kali ini adalah platform untuk memperkukuhkan hubungan sesama ahli keluarga dan juga agenda saya sendiri, menambah skill memandu dan juga melihat beberapa perkara.

Perjalanan kami ke Kelantan hanyalah ambil masa dalam 6 jam sahaja. Saya memandu dalam 3 jam dan ayah lagi 3 jam. Berehat sebentar di puncak banjaran titiwangsa. Kemudian singgah rumah kenduri di Tanah Merah.

Sebelah petang ke Kota Bharu. Menginap di Ansar Garden (Islamic Hotel), betul2 di pusat Bandaraya Kota Bharu di jalan Tok Pati.Tak sempat nak rehat Mak dah ajak membeli belah di Wakaf Che Yeh. Dapat juga merasa makan apok , kueh tradisi rakyat Kelantan. Sepanjang di Kelantan juga kami sekeluarga pergi ke Pasar Siti Khadijah, Pantai Cahaya Bulan, Pekan Pasir Mas dan juga Rumah MB Kelantan. Walaupun hanya sekejap, amatlah diharapkan dapat kesana lagi. Berikut adalah beberapa pemerhatian ku tentang bumi Kelantan Daru Naim.
Tajamnya mata.. Menghadiri kenduri di Tanah Merah..

Politik

Sebagaimana yang umum ketahui. Kelantan kekal di bawah pemerintahan PAS buat sekian kalinya sejak 1990. Sudah lima penggal. Tuan Guru MB berjaya dalam pilihanraya yang disertainya. Apakah kunci kemenangannya? Sudah tentu umum akan mengatakan pengaruh dari partinya iaitu PAS yang berimej Islam. Saya secara peribadi mengatakan itu hanyalah peratusan yang kecil tetapi yang amat menyumbang ialah peribadi, akhlak dan amanah dalam mentadbir Tuan Guru sendiri. Umum mengetahui, apakah pakaian kebiasaan yang di pakai Tuan Guru. Hanyalah dengan memakai jubah mahupun baju melayu bersampin. Tiada ada pakaian kot, casual mahupun apa2 perhiasan yang lain.

Masih segar masa sekolah rendah dahulu. Sekolah buat lawatan ke Kelantan, dan sekolah minta Pejabat Menteri Besar untuk taja makanan murid2. MB sendiri turun ketika itu. Dia hanyalah pakai baju Melayu lusuh bersampin. Jelas kelihatan bahawa bajunya murah dan tidak berkualiti. Bayangkanlah, hingga nampak baju pagoda yang Tuan Guru pakai di sebelah dalam. Bahkan lawan2 politiknya juga mengakui akan kelebihan Tuan Guru ini. Dato Seri Panglima Anuar Musa ketika di temuramah Utusan Malaysia (kalau tak silap) beberapa tahun yang lalu mengakui bahawa Tuan Guru adalah seorang ulama, Zuhud dan merendah diri. Bahkan ia juga menyarankan bahawa jika hendak tawan Kelantan janganlah diserang peribadi Tuan Guru tetapi seranglah dari segi ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Tepat perkiraannya, Siapa yang akan percaya Tuan Guru akan makan rasuah, tidak amanah atau mencabul pelayan wanita di hotel seperti khabar angin yang mengatakan dilakukan oleh VVIP bekas menteri.

Saya juga merasakan ada benarnya juga saranan ini. Bahkan pada setiap kali pilihanraya, rakyat Kelantan akan melihat pihak lawan siapa ketuanya. Dan mereka akan bandingkan dengan Tuan Guru. Perbandingan meliputi dari segi agama, amalan agama, akhlak, pakaian, bahkan hingga akhlak ahli keluarga sendiri. Saya percaya setiap yang ingin memiliki Kelantan adalah Islam tetapi rakyat Kelantan sudah bersuara, mereka memilih yang lebih Islam sebagai pimpinan. Adalah tidak adil teori ini dugunapakai di Pusat kerana pertempuran di Kelantan adalah Islam dengan Islam atau Melayu dengan Melayu manakala di Pusat rakyat pelbagai kaum menentukan segalanya.




Bersama ayah di Jalan Tok Pati..Depan hotel Ansar Garden

Suasana Islam

Rakyat Kelantan juga melihat betapa dekatnya Tuan Guru dengan Tuhannya. Sentiasa mengajak rakyat Kelantan untuk bertaqwa pada Allah. Bahkan ini turut menjalar kepada rakyatnya. Pengalaman ayah ketika tunggu kami di pakir kereta di Jalan Tok Pati didatangi seorang lelaki yang memberi peringatan agar sentiasa pertingkatkan ketaqwaan pada Allah swt. Bahkan dia memberitahu bahawa ayah adalah orang ke 90 yang sudah diingatkan konsep itu pada pagi tersebut. Mungkin akan kata bahawa lelaki tersebut gila barangkali. Pada saya tidak, inilah amalan yang menjadi rukun pada setiap kali khutbah jumaat yang patut kita amalkan. Sentiasa ingatkan diri kita dan orang2 disekitar kita tentang ketaqwaan pada Allah swt. Bahkan bagi sesiapa yang diberi kelebihan oleh Allah untuk berceramah dan memberi peringatan harus juga selitkan dengan ajakan untuk hadirin bertaqwa pada Allah swt.


Membeli belah di wakaf Che Yeh
Iklan Di Kelantan

Berikut ialah dasar Kelantan yang saya tahu dan ia menjurus ke arah suasana Islam di sana:-

1. Tidak ada aktiviti ekonomi ketika waktu solat.
sejak sekian lama peraturan ini telah dilaksana oleh Majlis Perbandaran Kota Baru Bandar Raya Islam (MPKBBRI), apabila masuk waktu solat peniaga harus tangguh perniagaan mereke sebentar untuk memberi laluan kepada waktu solat. Peraturan ini sama seperti yang dilaksanakan di Mekkah mahupun madinah. walaupun bukan semua peniaga berhenti untuk solat. Tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan yang menjurus dan mendidik mereka ke arah itu. Kerajaan yang bertanggungjawab akan menjalankan amanah sebagai khalifah dan menyeru orang yang mereka pimpin untuk menjadi kahlifah yang sebenar. Jika rakyat tidak ingin bersolat, maka itu adalah urusan mereka dengan Allah dan peraturan ini terus dilaksanakan sebagai didikan dan moga2 mereka sedar.

2. Madrasah dan surau di perbanyakkan.
Boleh dikatakan hampir di setiap pusat membeli belah mahupun bandar2 kecil ada surau. Bahkan dari pemerhatian saya hampir setiap 5km ada wujudnya surau dan madrasah. Ini mampu beri kemudahan pada rakyat dan pengunjung untuk solat. Dan juga untuk didik masyarakat yang masih benak. Bila azan dilaungkan, orang ramai berpusu2 untuk solat. Tidakkah terasa hati yang tidak solat. Pengalaman ketika lalu di Bandar pasir Mas apabila melihat seorang peniaga wanitanya turun dari tangga surau dalam keadaan memakai apron dan mebibit beg kain solat.

3. Kaunter bayaran berbeza.
Kebanyakkan pasaraya besar di Kelantan mempunyai kaunterbayaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Setidak2nya ini mampu untuk mengelakkan ikhtilad.

4. Dasar Hiburan
Hiburan dibenarkan dan haruslah diasingkan kedudukan lelaki dan perempuan dan mesti juga diadakan selepas waktu Isya. Artisnya harus dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan terlebih dahulu. Bahkan hiburan tradisional seperti wayang kulit yang diharamkan satu ketika dahulu juga sudah dihalalkan dengan syarat tiada lagi cerita dewa2 hindu seperti hanuman, Lingam, Krishna dan sebagainya.

5. Taman Rekreasi.
Ketika mengunjung taman Rekreasi di Taman Tungku Anis di Pengkalan Chepa. Tertera peraturan2 bagi pengunjung. Pakaian lelaki bagaimana dan pakaian perempuan bagaimana. Ada syaratnya. Maksudnya sukar untuk lihat perempuan Islam yang mendedah aurat dan pakai pakaian yang menjolok mata.

6. Iklan Di Kelantan.
Nak tengok maya Karin pakai tudung datang la ke Kelantan. Itulah dasar negeri itu. Sebenarnya maya Karin harus gembira.Kerajaan Kelantan jaga aurat dia..Ini sebenarnya satu usaha untuk memartabatkan wanita menurut kacamata Islam.
Dan banyak lagi, tak ingat sangat. Tambah2 sendiri la..Sebagaimana yang kata tadi. Rakyat Kelantan tidaklah begitu Islam. Namun inilah usahanya.

Molek kalu bertudung..Iklan di Kelantan

Sosio Ekonomi milik samarata Melayu dan Cina

Menjadi bangga bila melihat orang Melayu Kelantan. Kerajaannya miskin. Maka siapa yang usaha ia akan berjaya. Kerap kali melihat kereta seperti Perado, Mercedes, Gen 2, Rexton mahupun Pajero yang mana pemandunya adalah orang Melayu. Ekonomi Kelantan di bandarnya seperti pengkalan Chepa dan Kota Bharu dikuasai orang melayu. Perniagaan seperti kedai Emas, Hotel, Batik adalah milik melayu. Orang Cina agak menguasai di Pusat Bandar di Kota Lama, Kota Bharu. Namun tidak ada pergaduhan antara mereka. Lelaki dan perempuan mereka saling tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi keluarga. Tidak seperti bandar2 lain di semenanjung. Orang Cina adalah pendominasi ekonomi setempat. Setidak2nya orang melayu boleh berbangga dengan Melayu Kelantan.
Suasana Pasar siti Khadijah
Sosial Masyarakat

Secara umumnya rakyat Kelantan dari segi ras dan bangsa ialah Melayu, Cina, Siam dan juga India. Kehebatan Kelantan ialah kaum2 lain mampu bercakap dalam bahasa Kelantan kena dari segi lahjah, dialek serta lagunya. Bunyi Kelantan sungguh. Cina di kedah boleh cakap loghat kedah namun lahjahnya tetap cina. Mereka boleh hidup bersama2 dan budaya melayu menyerapi budaya kaum lain tanpa menukar agama anutan mereka. Anda boleh lihat di pasar siti Khadijah, peniaga2 Cina perempuan dengan rileksnya memakai kain batik. Sukar dilihat perkara ini ditempat lain.

Kebanyakkan rakyat Kelantan yang aku jumpa juga adalah mesra. Tidak ada masalah andai kata ketika kita nak tanya tempat yang hendak dituju. Mereka tidak ada masalah untuk menolong dan juga amat murah dengan senyuman.
Dari atas pasar Siti Khadijah
Pembangunan

Pada saya jika pembangunan diukur dari benda maujud. Kelantan tidaklah maju. Namun saya punya pendapat berbeza. Kelantan adalah maju dan amat maju. Dalam keadaan mereka tidak punya Lapangan Terbang Antara Bangsa seperti KLIA, tidak ada kawasan perindustrian seperti bayan baru mahupun Kulim, tidak ada pelabuhan seperti pelabuhan Klang mahupun Johor dan juga Lebuhraya PLUS. Pelabur tetap masuk ke Kelantan. Sepanjang jalan dari pengkalan hulu, Gerik ke Kelantan. Hampir seratu treler dapat kita jumpa dalam satu2 masa. Samada yang bawa kayu balak, kontena yang pelbagai dan juga bahan dagangan serta buah-buahan yang keluar Kelantan dan juga masuk ke Kelantan.

Bangunan-bangunan besar dan tinggi banya di Kelantan. Dan kebanyakkannya hak milik orang Melayu dan Orang Islam.Pasaraya mereka juga banyak seperti KB Mall. Bahkan pasaraya antarabangsa sudah memasuki Kelantan seperti Pacific, Tesco dan Giant.Kenapa mereka berani mengembangkan perniagaan mereka di sana? Kerana Kelantan rakyatnya mempunyai kuasa membeli dan kuasa ekonomi.

Tahun 2008 adalah Tahun Melawat Kelantan. Sektor perhotelan adalah penting. Banyak Hotel2 besar seperti reinesence ada di Kelantan. Dalam masa yang sama Islamic hotel turut ada seperti Ansar Garden dan Temenggung Hotel. Di tempat penginapan saya dan keluarga di Ansar Garden. Boleh dikatakan perkhidmatannya sederhana, namun cara pengurusan Hotel yang Islam amat menarik minat saya. Sesuai pada yang nak berbulan madu. Didalam bilik disediakan arah Kiblat. Didalam almari ada Quran Tafsir, sejadah dan juga kain sembahyang bagi perempuan. Kemudahannya juga bagus. Ada tv serta peti sejuk.

Rumah2 banglo yang dibina di tanah2 lot juga dapat dilihat disana dan sudah tentunya pemiliknya adalah Islam.

Kesimpulannya Kelantan tidaklah seperti di sangka. Pada rakyat Kelantan anda telah bersuara, kami tidak akan pertikai suara anda. Tahniah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Ini adalah sedikit analisis saya sepanjang lawatan ke Kelantan.
- Harap jangan ada unsur prejudis bahawa artikel ini berunsurkan politik. Ini hanyalah pendapat peribadi dan hasil nilaian saya dari kacamata berbeza.
- Pada saya menjaga kebajikan rakyat adalah tugas semua kerajaan. Jika tidak berpuas hati, rujuk pada kerajaan yang memerintah di sesuatu negeri.

Saturday, May 24, 2008

Kepulanganku

Assalamualaikum wtb.
Alhamdulillah..Setelah Flight delay hampir 6 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam. Dalam jam 10 malam saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Dapat la jumpa keluarga juga..
Balik rumah semalam siap dapat makan durian lagi. Hampir jam 1 pagi baru smpai ke Kedah. Sahabat dari UKM call. Minta hadir ke program perhimpunan mahasiswa Kedah di SAIF.. Tak dapat la sheikh..Insya Allah dalam jam 8 nanti saya akan bertolak ke Kelantan. Mungkin akan ada di Tanah Merah petang, dan di Pasir Mas esok pagi. Saya doakan perjumpaan anak kedah tersebut berjaya. Doakan juga perjalanan saya selamat.
Mata masih mengantuk, semalam tidor lambat, Baca majalah ILHAM, majalah maahad. Saja nak tau perkembangan yang berlaku di Maahad..

Friday, May 23, 2008

Delima saudara baru

Berkomunikasi dengan non Muslim perlu ada seninya..(gambar, Kumpulan BIG Ustaz Nazmi, Berbilang kaum dan agama)
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.. Sekadar kongsi kisah

Satu hari di bulan Mei..

“Nazmi, kamu senang dak? saya nak jumpa, ada benda nak bincang”, Puan Q bertanya(bukan nama sebenar)
“Ok ja puan, kita plan la kat mana nak jumpa”
Itulah janji Puan Q nak jumpa saya.. Dah banyak kali, namun masing2 sibuk jadi ak dapat juga jumpa hinggalah satu malam selepas solat Isya’.
“Ada apa Puan”
“Mcm ni, saya rasa ada seorang student kita ni nak masuk Islam, Kak S, mcmana prosedurnya? Sekarang dia SBE.. Saya ni tak tau sangat caranya? ”, Tanya Puan Q.
“Bawa ke pejabat agama la, tapi dari pengalaman saya, mcm banyak karenah birokrasinya”, sambil saya menceritakan beberapa pengalaman yang dihadiahkan Allah kepada Puan Q.
“Kalau mcm tu kamu la Islamkan dia kemudian kita g pejabat agama. Boleh?” , cadang puan Q.
“Ish..payah la.. Saya cadangkan Ust Saiful(Naqib saya), mcmna? Dia bnyak pengalaman Islamkan orang ni.”
“Ok. Boleh. klu keadaan dah mengizinkan saya bagitau Nazmi”, Puan Q mengakhirkan perbincangan kami.

Islamnya Saudara Baru pada 2006.

Masih segar diingatanku. Pada suatu malam, Ust Saiful yang ketika tu masih pelatih JQAF IPTAR datang ke bilik ku.

“Ana nak Islamkan Mohan, dia dah setuju, tapi ana perlukan saksi”
“Ok, ana dan Syahid jadi saksi, tapi rasanya baik kita ambil Ust2 KPLI, Mohan pun rapat dengan depa juga”
“OK”
Dan dengan disaksikan oleh Ustaz Adib, Ust Nailan, Ust Azam, dan Ust Nailan. Makan malam itu Ustaz Saiful telah Islamkan sahabatku, Guru Pelatih opsyen Math.. Saudara Mohan Anak Lawat.

Dan keesokkannya kami ke Majlis agama Islam di Kuching untuk daftarkan Mohan. Aku dan Syahid pergi sebagai saksi di boring nanti. Bila tiba di majlis agama. Tak da orang di kaunter, Kebanyakkan pekerjanya hanya sembang di satu sudut lain, hinggalah kami memanggil mereka dan nyatakan hajat kami padaa mereka. Kami di bawa ke suatu bilik. Diperiksa IC Mohan. Mohan dah cukup umur dah.

“Siapa yang bagi kebenaran kamu Islamkan dia?”
“Kena ada kebenaran ka nak Islamkan orang?” Tanya ust saiful
“Tak la, yang nak Islam ni. Kita kena kaunseling dulu dia. Lihat dulu kehendak dan penerimaan Ibu bapa, tak boleh main Islamkan sahaja”
“Jadi kena kaunseling juga ka ? , kami dah Islamkan dia, tak dak kaunseling2. Dia yang nak”
“Itu salahnya”

Semangat "Mohan"(kiri) perlu dicontohi kita yang IC tulis Islam
Berlaku beberapa perbalahan antara kami dengan pegawai tersebut. Malas nak list. Akhirnya Ust Saiful jawab,

“Mcmnilah encik. Kita dah Islamkan dia. Saya tak setuju cara Jabatan Agama. Saya ada saksi dan adakah pengislaman Mohan tak sah? Saya fikir mcm ni. Bila seseorang tu nak masuk Islam, kita wajib islamkan dia. Kaunseling buang masa. Kita bincang, terang apa yang patut dan jika dia setuju Islamkan waktu itu juga, kalu biar dulu, ada tempoh bertenang, tiba2 dia tak nak masuk, mcmana? kita dah hilang satu peluang dak wah dan saudara baru..Itu ok lagi.. Mcmana pula klu dia balik nak pke..kerana kita suruh..Hati dia dah nak pada Islam..cuma tak mengucap, dia eksiden, dan mati..Sapa yang nak tanggung??? Islamkan dulu, bimbing kemudian, Jika dia tak nak dibimbing walaupun dah Islam, sekurang2nya kita dah selamatkan dia dari kekal abadi api neraka Allah.. Setidak2nya.. tapi takkan kita nak tinggalkan dia. Kita akan bimbing dia..”

Akhirnya pegawai tersebut akur, patah hujag barangkali. Dan Mohan selamat didaftarkan pada petang itu. Alhamdulillah. Kami makan di Liza Café lpas tu. Bagi mohan tenang. Dalam peristiwa ni, yang paling tak dapat nak gambarkan bila Mohan lafaz Syahadah depan kami.. Itulah rasanya pengalaman yang paling berharga dan manis.

Mohan rajin belajar, sebelum Islam lagi dah beberapa kali pinjam Quran tafsir, juga tengok2 buku tajwid saya yang ada di dalamnya tulisan jawi. Dia berminat.

“Aku dah dua tahun tak masuk Church ”, Kata Mohan. “Aku mencari kebenaran”

Selepas diIslamkan, Ust Saiful memegang tgjwab ajar Akidah. Ust Nailan dan Ust Azlan al-Quran. Syahid pemerhati dan buat kawalan. Sementara aku pula memastikan mohan Solat Zohor dan Asar secara berjamaah di bilik aku. Mohan iku sahaja apa yang aku buat dalam solat. Kami Sirr kan dulu. Aku berjaya sembunyikan Islamnya mohan begitu lama hatta dari shbt2 sendri, hinggalah satu hari Che Mo masuk bilik aku. Aku dah kunci tapi Che mo tau di mana aku letak kunci. Kami sedang solat masa tu. Lepas solat Che Mo terus peluk Mohan. Aku terangkan pada Che Mo knpa kami rahsiakan dulu.

Semangat Mohan amat kuat. Bayangkanlah. Dia sendiri isytiharkan diri dia Islam. Dengan beraninya dalam keadaan kami menjaga langkahnya untuk keselamatan. Dia hadir solat subuh berjamaah di Pusat Islam . Akhir semakin ramai tahu dan bagi semangat pada dia. Banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah.

Hari ini aku kagum dengan Mohan, dia lebih Islam dari kita yang Islam. Kita dapat Islam dari ayah ibu kita, namun dia dapat Islam dengan mencari Islam itu sendiri. Bahkan keluarganya juga tidak terkejut bila mendapat tahun Mohan memeluk Islam. rezeki Allah untuk Mohan. Allah permudahkan barangkali. Solat Jamaahnya lebih cukup dari saya. Sekarang Mohan sudah boleh Azan, Iqomah dan jug abaca al-Quran dan juga dah join halaqah Ilmu kami. Moga Allah limpahkan rahmat pada kami semua. Selamat berjuang pada sahabat seagamaku yang berbangsa Bidayuh, Mohan Anak Lawat atau nama di IC Mohamad Irfan Mohan Bin Lawat.

Bersama Brother Lim Joi Soon di seminar Yadim.. Hafal Quran dan juga Bible..
Jangan lewatkan pesan Ust Saiful.

Ujian Allah padaku mungkin. Srorang guru pelatih wanita begitu minat pada Islam. Dia perlu diislamkan segera. Cara dan bagaimana dia nak Islam, saya rahsiakan. Sbb muslimat. Tak patut dihebahkan.

Petang 26 Ramadhan 2007 saya berjumpa dengan F di Pusat Islam. Nak dengar sendiri hajatnya. Dia batch 2 tahun bawah saya. Berbangsa Melanau dan beragama Kristian. Dari maklumannya dan muslimat. Dia berpuasa sepanjang ramadhan ini dah hadir berbuka di Pusat Islam. Saya tak perasan sangat kerana uruskan Ifthor Muslimin.

Saya sampaikan khutbah ringkas padanya, apa itu Islam, Jangan terpengaruh andaikata melihat ada org Islam buat benda mungkar, itu bukan ajaran Islam ttp kesilapannya sendiri. Ustaz Saiful tak da. Dah balik untuk beraya. Pensyarah pun tak da. Masih ingat pesan Ust. jgn lewatkan.

Malam itu 27 Ramadhan, selepas tarawikh dan tadarus al-Quran. Saya ajak beberapa sahabat Muslim teman saya dan F ditemani Muslimat. Saya lafazkan Syahadah dan F ikut satu persatu dan Alhamdulillah. Bertambah satu lagi Umat Nabi Muhammad saw yang beriman pada Allah. Selepas dibaca doa. Saya memberi ucapan pada hadirin. Secara mudahnya, kawan kita ni Islam kerana dia cari Islam, bagaimana pula kita yang Islam. Adakah kita mencari Islam.

F begitu semangat Islamnya. Beliau ingin menjadi muslimah yang baik. Keesokkannya terus dia bertudung yang sepatutnya ditambah lagi dengan stoking di kaki. Masya Allah.. Permudahkanlah urusannya.. Dan dia Istiqomah hingga kini. Dengan bantua pensyarahku. Kami daftarkan Pengislamannya Majlis Agama Islam Samarahan. Tidaklah sesusah Islamkan Mohan.

Bersama Brother Shah Kirit Bin Kalkulal Govonji
Realiti.

Inilah hakikatnya sahabat2. Ramai yang ingin pada Islam. Tetapi prosedurnya banyak sngat hinggalah menakutkan Non Muslim. Bila ditanya apa patut saya buat bila masuk Islam? U tak boleh minum arak, kna pakai seluar panjang. U punya kena “potong”, nama U kena tukar, itu dan ini dan banyak lagi. Takutlah dia. Ceritalah yang indah jika melakukan Ibadah dalam Islam

Prosedur ini kena diubah dan perlu lebih mesra saudara baru. Saya amat bersetuju Islamnya saudara baru tidak perlu keluarganya tahu. Bagilah saudara baru kita stabil dan punya kekuatan dan jumpa sendiri ahli keluarganya. Insya Allah, Allah permudahkan.

Bagi Puan Q, saya doakan hasrat murni Puan akan tercapai. Mungkin kita hadapi masalah, moga-moga kita akan dipermudahkanNya nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kefahaman ini bertambah bila saya hadir Kursus Pemantapan Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran YADIM dan dikelolakan oleh saudara Shah Kirit Bin Kalkulal Govinji, Brother Lim Jooi Soon dan juga Yang Mulia Engku Fauzi pada Mac 2007 yang lalu.
- Mereka juga kurang bersetuju Prosedur remeh di Majlis agama. Mungkin ada positifnya tetapi dipersembahkan pada non muslim dengan cara yang tidak berhikmah.
- Sekadar kongsi pengalaman dengan sahabat2ku..

Thursday, May 22, 2008

Kedah antara kelab terbaik

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan persembahan cemerlang dalam Pi- ala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabang- sa (IFFHS).

Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.

Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.

Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
Rujuk sini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Bravo Kedah.Tunggu kehadiranku menyokongmu di Separuh akhir piala FA nanti.. Nak cuti dah ni..

Tuesday, May 20, 2008

Kami… Tentera Allah…

Tun Dr M
Assalamualaikum wtb salam perjuangan..

Itu antara lirik lagu ruhul jadid. Sedap juga di dengar. Sehari dua ni ada pelbagai isu yang melanda negara kita. Yang sudah tentunya anda tahu. Dan saya cuma nak ulas sket2 ja. Ni tengah studi dan rehat sekejap tadi.. Ini antara isu semasa yang aku rasa aku smpat ikuti.

Kenangan ketika berjumpa di Masjid Putra Jaya pada tahun 2006
Tun Dr Mahathir Umum Keluar UMNO.

Bagi aku ini tindakan peribadi Tun. Kita kena puji dia ada pendirian. Hari paper semua kecam dan main isu perpaduan Melayu. Sejak aku ada kesedaran tentang isu semasa dari tahun 1999 hinggalah sekarang. Aku tak penah tengok “perpaduan” atas nama Melayu. Di kampung aku, klu ada kenduri kendara rilek ja UMNO dan Pas buat kerja. Mereka bekerja atas nama perpaduan Islam.

Bagi aku yang bukan prof ni, perpaduan melayu sukar dicapai. Pak Lah presiden UMNO. Dia Melayu penang, Sudah tentu Melayu Johor, Melayu Kedah juga akan melobi ketuanan Melayu mereka. Itu baru atas nama Melayu. Blum cabang nya lagi. Klu jadi pemimpin tu Mandelin, mcm mana pula aku yang banjar(ayahku banjar) ni nak terima? Jawa pula mcmana? Itu belum lagi Bumiputera Sabah yang sah-sah bukan Melayu yang diterima jadi ahli UMNO kerana mereka bercakap Melayu? Bajau, Kadazan, Murut. Tu bukan Melayu tu. Bahkan bagi sesetengah kaum, hanya wujud di sabah saja. Tak berumpun pun di ASEAN mcm Melayu.

Secara peibadi, perpaduan hanya akan tercapai atas nama Islam. Mcmana? Tak dak e-Book yang bleh cerita. Pegang dgn hablillah bersungguh2 baru paham. Mcmana nabi Muhamad SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj di Madinah. Mcmana system khlifah yang mempersaudarakan manusia hampir 2/3 dunia. Itulah buktinya. Buat Che Det. Kami ghatyat Kedah bangga dengan tindakan hang. Tindakan letak jawatan. Yang sebelum ni punya tindakan tak setle lagi ha..
Rujuk tentang Tun di www.chedet.com

Adakah tentera kita tentera Allah???

Di lobi Parlimen beberapa hari sudah, YB Tuan Saifuddin Nasution Ismail (PKR Machang) mendedahkan bagaimana penderaan kepada pelatih nak jadi Komando. Dan bagi YB Saifuddin itu satu penghinaan pada mereka. Dia juga Tanya bagaimana kalu TPM @ Menteri Pertahanan dilakukan sedemikian. Bagaimana? Dipijak di kepala dan sebagainya. Boleh terima ka?? Yang aku pasti org besaq2 ni nyamuk nak ketit pun susah.(aku rasa la kot). Putrajaya ada nyamuk ka??

Sebagaimana yang di ketahui. Latihan mcmtu kononnya nak bagi Komando tu lasak. Bila kena tangkap musuh dan kena dera tak rasa apa. Aku tak stuju. Pertama, la dah bukan zaman perang dah. Banyak masalah negara antara negara diselesaikan dengan cara diplomasi dan perbincangan. Jika berkaitan geografi dan hak boleh dibawa di ICJ, The Head , Belanda. Ini system yang diterima pakai satu dunia.

Kedua, pandai la komando tu nak hidup. Ini hasil smbang dgn Najib (kawan aku di ATMA) masa raya tahu sudah. Menjadi fitrah manusia. Bila ada dalam kesusahan dia akan cuba cari jalan untuk hidup. Itu kita panggil semangat juang. Bukan la bila kena tangkap terus mati.Kata najib la…

Ketiga, tak da kesudahannya. Aku percaya komando yang kena dera akan simpan dendam untuk balas. Mungkin dia naik pangkat nanti atupun bila ada junior pula. Siapla. Mcm jadi surat berantai la pula. Dulu aku kena la depa pula mesti kena.

Keempat, Islam mampu menjana Jundullah. Nak tentera hebat dan bersemangat lagi berani mati. Didiklah dengan cara agama. Bagaimana Solehuddin berjaya tawan al-Quds? Umar pun Berjaya? Muhammad al-Fateh di costantiniah dan juga Mujahidin di Afghan? Mereka mementingkan tentera yg punya hubungan berkualiti dengan Allah. Bagaimana tentera kita??

Tringat juga kepada isi ceramah yang aku sampaikan di politeknik Kuching beberapa bulan yang lepas. Kenapa tentera Yahudi tak dapat di tewaskan??? Mereka berjuang atas nama agama. Bukan atas nama kebangsaan mcm kita dan negara Islam yang lain. Kitab Talmud sentiasa di tangan. Bila tak perang mereka akan baca kitab mereka. Iu kelebihan mereka. Bila dasar perjuangan kebangsaan bertemu erjuangan agama. Agama yang akan menang. Kebangsaan bila-bila akan runtuh. Dulu Hong Kong adalaah negara. Tapi sekarang dah jadi sebahagian China. Semangat Kebangsaan Hong Kong dah hilang. Begitu juga kerajaan Temasik. Parameswara mahupun Langkasuka?? Semangat kebangsaan mereka dah di mamah zaman. Bahkan contoh paling mudah. Dulu kerajaan kedah, Penang , perak dan Selangor lain. Sekarang pun dah betukar . Kebangsaan boleh hilang berdasarkan ideology tapi agaa kekal abadi.

Wahai pasukan pertahanan mereka. Jadilah tentera Allah yang sejati moga berjaya dunia dan akhirat mempertahankan Agama Allah.

Klik di sini untuk Video penderaan tentera


Panggilan Santau???

Panggilan santau.

Aku tak nak komen banyak2. Berdasarkan kuliah Ust Saiful beberapa hari lepas. Takut adalah fitrah manusia. Namun di sini nak uji iqtiqod kita pada Allah. Mati bila2 masa pun boleh jika panggilan itu jadi asbabnya, apa masalahnya?? Yakinlah kita pada Allah dan jika benar ada panggilan tu, jangan angkat. Tok Mufti Perlis pun dah buat kenyataan jangan percaya pada panggilan tu. Bincang dengan Taiko Tekno IPTAR. En Zamani yang selalu berjamaah di Pusat Islam, dia pun kata jangan percaya juga. Mmg barangan elektronik seperti handset boleh menyebabkan org mati akibat terkena kesan radiasi mahupun gelombang hypersonic yang melampau. Namun jarang la terjadi.

Rujuk statement mufti Perlis disini.

Ustaznazmi.blogspot.com

Setakat artikel ini ditulis. Blog ini telah diakses 1450 kali. Dan itu bukanlah jumlah sebenar pengunjung yang rasanya lebih kecil. Mungkin ada sehari sampai 4-5 kali buka. Tu yang jadi bnyak. Namun secara puratanya hampir 15-20 orang setiap hari. Syukran atas sokongan anda pada Ustaznazmi.blogspot.com.. Namun setiap pengunjung yang tercatak di “Live traffic feed” rasanya dikenali. Mcm dari KL, Petaling Jaya, Mesir, Akaido, Adelaide mahupun kuching sendiri. Berdasarkan taburan sahabat2 yang ada di sana. Namun pengunjung setia dari Skudai, Miri dan Kota Kinabalu yang berkunjung setiap hari agak kurang dikenali. Klu dapat kita berukhwah. Kenalkan diri di ruangan komentar ataupun email pada saya di ustaznazmi@yahoo.com . Doakan aku berjaya dalam exam yang ditempuh kali ni dan juga yang mendatang.

Knowledge Untuk Semua...

Janganlah pemuda2 kita jadi lebih teruk dari binatang ternak..
Nabi Muhammad SAW Bersabda yang bermaksud;

“Kamu semua harus hidup dalam jamaah,sesungguhnya rahmat Allah bersama jamaah,siapa yang hidup menyendiri,maka akan berseorangan dalam neraka”

Ulama’ mentafsirkan perkataan jamaah di sini ialah jamaah yang bernaung dibawah lembayung ISLAM dan sudah tentu ia mengamalkan dasar Islam iaitu al-Quran dan As-Sunnah.

Sejak akhir-akhir ini,pelbagai kebejatan social telah menyerang muda-mudi di negara kita.Pelbagai anasir luar telah menyerang umat Islam dan setelah kajian di buat ia adalah propaganda dan rancangan jahat YAHUDI.Benarlah firman Allah yang bermaksud :

“Tidak redha akan Yahudi sehingga kamu mengikut jalan mereka”

Antara rancangan jahat Yahudi ialah mewujudkan beberapa kumpulan yang akan membuatkan para remaja Islam akan mengikut trend yang mereka ciptakan .SKIN HEAD!!! Satu nama yang sudah berjaya menceroboh stand tauhid para remaja Islam pada hari ini.Mereka mula menyebarkan Knowledge2 yang TIDAK BERGUNA kepada remaja Islam. Remaja bodoh ini pula mula terpedaya dan mengikut. Malangnya pada hari ini, remaja yang belajar di sek agama turut terikut budaya laknat ini.Bolehlah kita bayangkan berapa kali mereka lebih Bxxxx!!!drpd yang tak blajar d sek agama.Mereka ini sebenarnya buta.Langsung tak tau bhw yg menubuhkan SKINHEAD TAK BERGUNA adalah orang yahudi.Yang dok ikut ni rasanya tak tau langsung pasai peristiwa Perlarian Shabra Shatila di mana org yg menubuhkan benda laknat ni bersama orang yahudi lain telah menyembelih orang Islam Palestin,perempuan dan bayi2 mereka.Langsung tak guna, sokong benda yg HARAM.
Bila Tanya,kita cerita, habaq,macam2 alasan dok bagi,ada antara pengikut haram ni tau pasai ni tapi saja buat-buat tak tau dan kata bukan2, antaranya:

· Skin Head tak dak pengasas! Di reka oleh media gelap =Bodoh sungguh manusia yang kata macam tu, kereta pun ada kerana ada pencipta,Allah yang bagi Ilham.Takkan Skin Jadah tu tak da pencipta….Tak pikiaq langsung org macam ni.

· Kami skin, skin juga ,time solat kami solat = yang ni lagi satu bangang,kita kalau sembelih BABI baca bismillah,mengadap Qiblat,ikut syarat,potong urat maraih sekalipun, yang haram,Haram juga.

· Nak bebas,tak mau kongkong = Tak tau nak kata apa lagi…masuk agama lain senang…takyah ada batas-batas yg perlu dipatuhi…

Masuk Skin ni habih duit,pahala tak dapat, dosa ceghambah. Nak dressing saja habih duit dah, kasut lagi, baju, pas tu aksesori ntah pa ntah pulak.Beli pakai duit sapa, duit MAK PAK dia juga.Duit sendiri…,ada..,bukan tak dak, tapi dosa juga sebab sumbat duit dia kat benda Haram ni.Lpas tu ada SKIN GIRL pula.Depa dua branak ni dok amal sex bebas.Bila Tanya ..kata dak…kawan saja..Ishhh kalau dah duk skali tu kalau tak pegang tu saja la…Kalau tak buat kira SKIn yang beriman la ..Kita panggil dia Syeikh Skin.Cantik…

Dah la tu, baliklah ke agama Allah. Apa yang hampa dok buat boleh jejaskan aqidah hampa.Mana ada Skin head umuq sampai 50,60.Cuba bayangkan, tua-tua, pakai kasut but skin head lagi.

Ingat la,umuq kita,segala apa yang ada kat kita ni merupakan pinjaman dari Allah,Dia boleh ambil pada bila-bila masa.Penulis rasa tak perlu nak minta maaf krn kat apa yang ditype ni betul.

DENGAN LAFAZ ALLAH HU AKHBAR!!!
KITA LANCARKAN JIHAD HABIS2an KEPADA PUAK MAZMUMAH.

#Risalah ni tak dak hakcipta!!1Kalau sayang Islam sebarkan dalam usrah,kat kawan2 dan puak2 tu.”

Diterbitkan oleh….. Insan yang cintakan ISLAM.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Bersama sahabat aku, Sobri (UM) di Taman Rekreasi Tengku Anis, Pengkalan Chepa Kelantan pada Jun 2007. Masa sama2 bermusafir ziarah kelantan. Mcm Tabligh kami masa tu, main redah ja Pengakalan Chepa, Pasir Mas dan juga Kota Bharu..

- Masa duk studi IBADAH ni.. Tengok folder2 bahan tarbiah aku. Dan jumpa bahan yang aku kumpul dan tulis dari Maahad dulu(2002 pernah karya ku masuk ILHAM-majalah MAahad)

- Fuh.. Kasaq juga bahasa aku. Ni lah artikel aku masa sekolah dulu yang ditampal di papan2 utama sekolah (Maahad Mahmud) bilamana sekolah kena serang dengan budaya skin.. Budak Form 3 ramai yang ikut. Tak tau macam mana nak kawal. Jadi aku taip artikel ni.

- Seingat aku, dengan bantuan pengawas form 3, aku timbalan ketua pengawas masa tu, kumpul dalam 7 org budak skin dan aku buat usrah untuk depa tiap2 hari Khamis lepas sekolah. Aku pun tak pasti berjaya ataupun tidak. Namun itulah usaha yang aku mampu.Terima KAsih juga Sobri (Ketua Pengawas) yang banyak membantu.

- Ketika tingkatan 6 aku duk rumah sewa. Dekat dengan rumah sewa ada pula rumah sewa MR Lons kat Taman Purnama. Budak2 dia hempeh juga. Jadi aku guna kuasa aku masa tu, wajibkan depa usrah dengan aku di rumah sewa aku tiap2 selasa malam. Namun lepas tu aku dapat tawaran Maktab. Jd tertinggal juga budak2 tu. Tapi ok la juga. Ada yang aku jumpa la dah berjaya blajaq di UiTM Sarawak. Harap2 berubah. Mungkin satu masa aku akan tulis pasai Skin Head ni..

- Ada beberapa sahabat yang minta tuliskan sesuatu. InsyaAllah. Ada masa lpas exam akan ditulis. Jika tak kalut dengan perkara lain

Monday, May 19, 2008

Keputusan yang tidak selari dengan syarak.

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai orang Islam yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang 7 Mei yang lalu yang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Keputusan Mahkamah Syariah ini amat menarik kerana secara jelas Hakim yang membuat keputusan tersebut mendekati kes tersebut dengan pendekatan yang amat berbeza dengan pandangan para fuqaha’ Islam yang mengklasifikasikan perbuatan murtad sebagai satu jenayah ( jarimah ).

Meskipun para fuqaha’ Islam berbeza pandangan sama ada murtad boleh dikategorikan sebagai jenayah hudud atau ta’zir namun mereka tetap berpandangan murtad adalah satu jenayah. Memandangkan Hakim tersebut memutuskan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah keluar daripada agama Islam (murtad) keputusan tersebut boleh ditafsirkan bahawa wanita tersebut dan secara luasnya mana-mana orang Islam di Pulau Pinang mempunyai hak untuk keluar agama ( murtad ) dan Mahkamah Syariah atau Islam melindungi hak tersebut.

Keputusan tersebut membawa kesan yang amat besar dan mendalam . Ia boleh membuka ruang yang besar kepada orang Islam yang tidak begitu komited dengan agamanya untuk memohon kepada Mahkamah Syariah bagi menukar agamanya atas alasan ia tidak lagi berpegang atau beramal dengan ajaran Islam.

Dengan penuh hormat, saya berpandangan keputusan tersebut adalah tidak tepat dan silap. Kesilapannya bermula apabila Hakim tersebut tidak mendekati murtad sebagai satu jenayah sepertimana yang ditentukan oleh fuqaha’ Islam.

Apabila murtad dikategorikan sebagai satu jenayah tidak timbul seorang Islam itu mempunyai hak untuk membuat permohonan untuk murtad, Sebaliknya Negara yang bertanggungjawab membawa pesalah murtad ke Mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan murtad dan jika didapati bersalah si murtad tersebut boleh dihukum .

Bagaimanapun simurtad tidak boleh dihukum tanpa terlebih dahulu diberi peluang untuk bertaubat.Islam mempunyai sebab tersendiri menjadikan murtad sebagai satu kesalahan jenayah. Menjadikan murtad sebagai satu jenayah adalah selari dengan maqasid syariah yang meletakkan agama sebagai satu perkara asas yang amat perlu dilindungi.

Menjaga agama ( hifz al-deen ) bukan hanya melalui pensyariatan segala bentuk “ibadah ( solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ) dan juga jihad tetapi juga melalui pensyariatan hukum ke atas orang yang murtad.

Penjagaan agama ( al -deen ) diletakkan di tempat yang paling atas dari segi aulawiyatnya kemudiannya barulah diikuti oleh penjagaan nyawa ( al-nafs ), akal, keturunan ( nasab ) dan harta benda ( al-mal ).

Al-Qarafi meletakkan penjagaan air muka ( muruah ) sebagai tambahan daripada lima perkara tersebutBagi menjaga nyawa Islam mensyariatkan hukum qisas dan diyyah. Bagi menjaga aqal ada hukuman ke atas peminum arak.

Bagi menjaga keturunan Islam bukan sahaja menggalakkan perkahwinan tetapi juga mengenakan hukuman ke atas penzina dan bagi menjaga harta benda bukan sahaja zakat diwajibkan malahan pencuri juga boleh dihukum.

Bagi menjaga air muka ada hukuman ke atas jenayah qazaf. Jadi mengapa pula murtad dibiarkan bebas dan tidak perlu dihukum ?

Untuk berlaku adil kepada Hakim tersebut, beliau mungkin tersepit kerana tiada peruntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Pulau Pinang yang membolehkan murtad didakwa di Mahkamah Syariah di Pulau Pinang.

Enakmen yang sedia ada iaitu Enakmen Aturcara Mal 2004 pula membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah. Jika kita mengambil hujah ini bermakna yang silap bukanlah Hakim tetapi pihak Kerajaan yang menggubal undang-undang tersebut.

Bagi saya hakim tersebut tidak terlepas dari tanggungjawabnya untuk memastikan sebarang keputusannya selari dengan hukum Islam. Saya berpandangan hakim tersebut sepatutnya menggunakan kuasa sedia ada ( inherent power ) untuk mengisytiharkan Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah adalah satu undang-undang yang ultra vires ( bertentangan ) dengan undang-undang Islam yang sebenar.

Oleh itu, bagi saya, Hakim tersebut sepatutnya memutuskan bahawa berdasarkan hukum Islam beliau tidak ada bidang kuasa mendengar kes tersebut kerana undang-undang yang dirujuk oleh peguam wanita tersebut adalah ultra vires perundangan Islam yang sebenarnya. Malangnya peguam MAIPP mahupun peguam wanita tersebut tidak membantu Hakim dalam hal ini.

Seorang hakim Islam di Mahkamah Syariah berbeza dengan seorang hakim di Mahkamah sivil. Hakim Mahkamah sivil hanya memutuskan sesuatu perkara tanpa mengambil kira keputusan tersebut selari dengan Islam atau tidak. Sebaliknya hakim Mahkamah Syariah wajib memutuskan sesuatu perkara selaras dengan hukum Islam yang sebenarnya.

Suatu yang tidak begitu pasti mengapakah hakim tersebut tidak mengarahkan wanita tersebut bertaubat. Sepatutnya wanita tersebut sewajarnya diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk dikaunseling dan disuruh bertaubat. Jika ini boleh dibuat mungkin ‘aqidah wanita tersebut dapat diselamatkan.

Saya berharap Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan pihak MAIPP dapat membuat koreksi terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
Rujukan di sini.

Gejala tidak sihat..

Assalamualaikum wtb. Salam Jihad!

Esok akan bermulalah exam semula. Ada lagi 4 paper. Jadi paham2 la kenapa tak diupdate sangat blog ni. Masa untuk membaca dan memahami pelajaran lebih penting dari memblog ni. Yp tengok masa la, skarang ni tumpu imtihan lebih penting dari benda lain. Sabar sebentar sahaja la. Lepas exam, memblog la balik.

Kebiasaan bangsaku

Boleh tengok la dalam TV ka, penulisan dalam blog ka atau apa2 sahaja, bangsaku(bangsaku shj, bgsa len tak tau) ni suka campur bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu. Paling mudah you know aaa.. I know.. But.. I think.. Hempeh betul la.. Saya secara peribadi, apa salahnya, klu nak cakap BI, semua guna BI, klu nak tulis dalam blog BM, smua BM. Sket istilah benda yang memang nama saintifiknya BI oklah.. Nampak mcm nak tunjuk pandai pun ada. Saya suka Panglima Islam menulis. Dia campur juga BI BM, tpi perenggan asing2. Nampak kecerdikannya serta semangat Iktiraf Bahasa Melayunya. Tapi mungkin sesetengah orang yang ‘bukan’ Melayu menulis. Biarlah..

Bahasa Ibunda Bahasa Ilmu

Semua bahasa Ibunda bagi semua kaum di dunia adalah bahasa Ilmu masing2. Saya bangga dengan bahasa Melayu saya, bukan bahasa Inggeris. Itu bukan bahasa Ilmu, tapi bahasa perantaraan. Gunalah ketika yang sesuai sahaja, masa belajar, masa interaksi dengan org yang guna bahasa tu. Tapi sama-sama melayu (sekali lagi bangsa melayu), gunalah bahasa Melayu. Apa salahnya.

Dalam satu kajian, Bahasa Cina adalah bahasa yang paling banyak digunakan dalam dunia. Kedua Bahasa Arab.Kemudian Bahasa Perancis, keempat Bahasa Inggeris dan kelima Bahasa Melayu. Jadi kenapa perlu bahasa Inggeris dalam penulisan seharian. Yang saya maksud adalah campur aduk. Nak tunjuk terra ka??

Bahasa Cina diguna diseluruh dunia, semua Negara ada orang cina. Dan ini adalah Bahasa Ekonomi dunia. Mereka yang monopoli ekonomi dunia. 3% cina dari keseluruhan penduduk di Indonesia kuasai 60% ekonomi. 1% cina dari keseluruhan di Filipina kuasai 80% ekonomi manakala 30% dari keseluruhan penduduk di Malaysia menguasai 87% ekonomi. Laporan DEB untuk tempoh berakhirnya pada abad ke 21 sebagai rujukan.

Bahasa Arab digunakan secara meluas di Timur Tengah Asia dan juga benua afrika serta Imigran Arab di negara2 barat.Perancis pula bahasanya banyak di guna di Benua Afrika. Sebab dia pernah jajah benua itu. Bahasa Inggeris tidak laku di eropah. Hanya digunakan di beberapa Negara seperti Uk, Irlend dan Scotland sahaja. Manakala BM pernah menjadi Lingua Franca atau bahasa utama kepulauan Melayu. Digunakan di Tanah Melayu (Malaysia), Temasik (Singapura), Indonesia, Selatan Filipina, Indonesia, Selatan Thai, kepulauan Australia, komuniti Melayu Cap Town Afrika Selatan, Selatan Myanmar(Burma) serta ada yang kata di phuket Thai pun digunakan BM juga.

Tatacara guna BI..

Saya bukan hina BI. Gunalah kena pada tempatnya. Tak payah lah nak tunjuk pandai. Utamakan bahasa kebangsaan. Jurulatih cina Li mao, bila ditanya soalan dalam bahasa Inggeris, di jawab dalam bahasa Cina. Begitu juga Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinijad, Tanya soklan pada dia dalam BI, di jawab dalam bahasa Kurdish. Begitu juga korea dan Jepun. Utamakanlah bahasa kebangsaan. Mungkin yang bukan bangsa melayu dia tak rasa salah sangat,Dalam perlembagaan Melayu dikaitkan dengan Islam, cakap melayu bahasa utama, Jawa , banjar, mandelin, melayu kedah, Kelantan dan Terengganu adalah Melayu. Sabah Sarawak tak pasti. Ini lain. tapi yang melayu angkatlah martabat bahasa kita. Dan dalam bahasa yang sama kuasai bahasa ilmu yang lain. Dan dalam penulisan kita. Biarlah nampak ilmiah. Klu BI, Bi semua. Kalau dalam BM ada BI... Italic kan dia. Kesimpulan saya..nak guna dalam penulisan tu ok.. Tapi jgn ketara sangat nampak kita.....(anda smbung le)..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Selingan petang...

Moga tabah hadapi exam..untuk Asri (depan sekali)..masa di bahas ala parlimen di miri..

Artikel ni siap pagi tadi. Tapi tak dapat posting. Bergegas ke hospital Kuching untuk ziarah Ibunda kepada sahabat aku saudara ASRI.. (Mantan NYDP 2007) , aku mantan NYDP tahun 2006. Ada ketumbuhan dalam otak. Dah bedah dah. Di bawa dari hospital Sibu ke Kuching dengan helicopter. Moga cepat sembuh dan Asri tabah hadapi ujian ini. Bila mat dan abe ajak pagi tadi. Rasa 50-50, ye lah, esok nak exam. Namun bila pike balik, kawan kita tu perlukan semangat dah sudah tentu kedatangan kami akan bagi semangat. Maka berkonvoilah kami. Mungkin dengan ziarah orang sakit. Akan ada keberkatan pula dalam exam aku..lebih terharu masa peluk asri, dia secara peribadi minta..nazmi..doakan kesihatan mak aku ya..InsyaAllah..Aku doakan..

Lepas tu g Celcom center, bayar bil bulanan broadband aku dan terus ke electra house untuk ambik baju BSMM aku.. Pas tu terus speed buroq aku balik asrama..Letih..mungkin malam ni baru start studi kot.. Doakan examku berjaya ya..Minggu last ni..

Sunday, May 18, 2008

Guru-guruku dalam kenangan

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Teluk Bagan (4-6 tahun)
- Cikgu Zarina (itu ja yang masih ingat)

Sekolah Kebangsaan Dato Wan Mohamad Saman (SKDWMS)(7-10 tahun)
Tahun 1 Jingga-Cikgu Nassem
Tahun 2 Merah-Cikgu Rosiatimah
Tahun 3 Hijau-Cikgu Badriah
Tahun 4 Biru-Cikgu Husaini (Allahyarham)

Sekolah Kebangsaan Tebengau
Tahun 4 Sukses- Cikgu Faridah
Tahun 5 Sukses - Lupa la…sila bantu
Tahun 6 Sukses – Teacher Fadzilah

Maktab Mahmud
Tingkatan 1 Itqon - Ustazah Fatin Hanim (ke SMKA)
Tingkatan 2 Ikram - Cikgu Sahanita / Ustaz Omardi
Tingkatan 3 Ikram - Ustaz Rushdi (Sekarang di Sabah)
Tingkatan 4 Sains 1 - Cikgu Junita Binti Abdul Jamil (TQ atas bantuan)
Tingkatan 5 Sains 1 - Cikgu Norhasni binti Abdul Ghani
Tingkatan 6 Sejarah -( ingat muka lupa nama..bantu oi..)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak

Foundation
Sem 1 - En Mortadza Bin Bohari (Allahyarham)
Sem 2 dan sem 3 - Puan Haniza Binti Bajuri

Degree
Sem 1 hingga kini sem 3 - Puan Haniza Binti Bajuri



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

(Adaptasi dari Puisi Guru O Guru oleh
Usman Awang)

KAIFIAT BERSUCI DAN KAITANNYA DENGAN SOLAT

Pengertian bersuci

Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis

Taharah zahir dan batin.

Taharah batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah zahir/lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:

1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.
2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.
3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.
4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.


Bahagian-bahagian hadas

a) Hadas kecil (Yang membatalkan wuduk)
-mengambil wuduk
- Sekiranya tidak ada air untuk berwuduk hendaklah bertayammumm

b)Hadas besar (Mewajibkan mandi)
Mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh badan dengan niat mengangkat hadas besar, jika tidak ada air hendaklah bertayammum iaitu dengan menyapu muka dan dua tanganhingga ke siku dengan debu tanah yang bersih

Apakah kaitan bersuci dengan solat?

• Dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan
• Menjaga hati supaya khusyuk dengan solat
• Membersihkan rohani dan jasmani ketika hendak solat
• Bersuci adalah lambang kekuatan iman seseorang kepada Allah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Nota ringkas untuk subjek Pengajian Islam (Bahagian Ibadah)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin