Friday, May 23, 2008

Delima saudara baru

Berkomunikasi dengan non Muslim perlu ada seninya..(gambar, Kumpulan BIG Ustaz Nazmi, Berbilang kaum dan agama)
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.. Sekadar kongsi kisah

Satu hari di bulan Mei..

“Nazmi, kamu senang dak? saya nak jumpa, ada benda nak bincang”, Puan Q bertanya(bukan nama sebenar)
“Ok ja puan, kita plan la kat mana nak jumpa”
Itulah janji Puan Q nak jumpa saya.. Dah banyak kali, namun masing2 sibuk jadi ak dapat juga jumpa hinggalah satu malam selepas solat Isya’.
“Ada apa Puan”
“Mcm ni, saya rasa ada seorang student kita ni nak masuk Islam, Kak S, mcmana prosedurnya? Sekarang dia SBE.. Saya ni tak tau sangat caranya? ”, Tanya Puan Q.
“Bawa ke pejabat agama la, tapi dari pengalaman saya, mcm banyak karenah birokrasinya”, sambil saya menceritakan beberapa pengalaman yang dihadiahkan Allah kepada Puan Q.
“Kalau mcm tu kamu la Islamkan dia kemudian kita g pejabat agama. Boleh?” , cadang puan Q.
“Ish..payah la.. Saya cadangkan Ust Saiful(Naqib saya), mcmna? Dia bnyak pengalaman Islamkan orang ni.”
“Ok. Boleh. klu keadaan dah mengizinkan saya bagitau Nazmi”, Puan Q mengakhirkan perbincangan kami.

Islamnya Saudara Baru pada 2006.

Masih segar diingatanku. Pada suatu malam, Ust Saiful yang ketika tu masih pelatih JQAF IPTAR datang ke bilik ku.

“Ana nak Islamkan Mohan, dia dah setuju, tapi ana perlukan saksi”
“Ok, ana dan Syahid jadi saksi, tapi rasanya baik kita ambil Ust2 KPLI, Mohan pun rapat dengan depa juga”
“OK”
Dan dengan disaksikan oleh Ustaz Adib, Ust Nailan, Ust Azam, dan Ust Nailan. Makan malam itu Ustaz Saiful telah Islamkan sahabatku, Guru Pelatih opsyen Math.. Saudara Mohan Anak Lawat.

Dan keesokkannya kami ke Majlis agama Islam di Kuching untuk daftarkan Mohan. Aku dan Syahid pergi sebagai saksi di boring nanti. Bila tiba di majlis agama. Tak da orang di kaunter, Kebanyakkan pekerjanya hanya sembang di satu sudut lain, hinggalah kami memanggil mereka dan nyatakan hajat kami padaa mereka. Kami di bawa ke suatu bilik. Diperiksa IC Mohan. Mohan dah cukup umur dah.

“Siapa yang bagi kebenaran kamu Islamkan dia?”
“Kena ada kebenaran ka nak Islamkan orang?” Tanya ust saiful
“Tak la, yang nak Islam ni. Kita kena kaunseling dulu dia. Lihat dulu kehendak dan penerimaan Ibu bapa, tak boleh main Islamkan sahaja”
“Jadi kena kaunseling juga ka ? , kami dah Islamkan dia, tak dak kaunseling2. Dia yang nak”
“Itu salahnya”

Semangat "Mohan"(kiri) perlu dicontohi kita yang IC tulis Islam
Berlaku beberapa perbalahan antara kami dengan pegawai tersebut. Malas nak list. Akhirnya Ust Saiful jawab,

“Mcmnilah encik. Kita dah Islamkan dia. Saya tak setuju cara Jabatan Agama. Saya ada saksi dan adakah pengislaman Mohan tak sah? Saya fikir mcm ni. Bila seseorang tu nak masuk Islam, kita wajib islamkan dia. Kaunseling buang masa. Kita bincang, terang apa yang patut dan jika dia setuju Islamkan waktu itu juga, kalu biar dulu, ada tempoh bertenang, tiba2 dia tak nak masuk, mcmana? kita dah hilang satu peluang dak wah dan saudara baru..Itu ok lagi.. Mcmana pula klu dia balik nak pke..kerana kita suruh..Hati dia dah nak pada Islam..cuma tak mengucap, dia eksiden, dan mati..Sapa yang nak tanggung??? Islamkan dulu, bimbing kemudian, Jika dia tak nak dibimbing walaupun dah Islam, sekurang2nya kita dah selamatkan dia dari kekal abadi api neraka Allah.. Setidak2nya.. tapi takkan kita nak tinggalkan dia. Kita akan bimbing dia..”

Akhirnya pegawai tersebut akur, patah hujag barangkali. Dan Mohan selamat didaftarkan pada petang itu. Alhamdulillah. Kami makan di Liza Café lpas tu. Bagi mohan tenang. Dalam peristiwa ni, yang paling tak dapat nak gambarkan bila Mohan lafaz Syahadah depan kami.. Itulah rasanya pengalaman yang paling berharga dan manis.

Mohan rajin belajar, sebelum Islam lagi dah beberapa kali pinjam Quran tafsir, juga tengok2 buku tajwid saya yang ada di dalamnya tulisan jawi. Dia berminat.

“Aku dah dua tahun tak masuk Church ”, Kata Mohan. “Aku mencari kebenaran”

Selepas diIslamkan, Ust Saiful memegang tgjwab ajar Akidah. Ust Nailan dan Ust Azlan al-Quran. Syahid pemerhati dan buat kawalan. Sementara aku pula memastikan mohan Solat Zohor dan Asar secara berjamaah di bilik aku. Mohan iku sahaja apa yang aku buat dalam solat. Kami Sirr kan dulu. Aku berjaya sembunyikan Islamnya mohan begitu lama hatta dari shbt2 sendri, hinggalah satu hari Che Mo masuk bilik aku. Aku dah kunci tapi Che mo tau di mana aku letak kunci. Kami sedang solat masa tu. Lepas solat Che Mo terus peluk Mohan. Aku terangkan pada Che Mo knpa kami rahsiakan dulu.

Semangat Mohan amat kuat. Bayangkanlah. Dia sendiri isytiharkan diri dia Islam. Dengan beraninya dalam keadaan kami menjaga langkahnya untuk keselamatan. Dia hadir solat subuh berjamaah di Pusat Islam . Akhir semakin ramai tahu dan bagi semangat pada dia. Banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah.

Hari ini aku kagum dengan Mohan, dia lebih Islam dari kita yang Islam. Kita dapat Islam dari ayah ibu kita, namun dia dapat Islam dengan mencari Islam itu sendiri. Bahkan keluarganya juga tidak terkejut bila mendapat tahun Mohan memeluk Islam. rezeki Allah untuk Mohan. Allah permudahkan barangkali. Solat Jamaahnya lebih cukup dari saya. Sekarang Mohan sudah boleh Azan, Iqomah dan jug abaca al-Quran dan juga dah join halaqah Ilmu kami. Moga Allah limpahkan rahmat pada kami semua. Selamat berjuang pada sahabat seagamaku yang berbangsa Bidayuh, Mohan Anak Lawat atau nama di IC Mohamad Irfan Mohan Bin Lawat.

Bersama Brother Lim Joi Soon di seminar Yadim.. Hafal Quran dan juga Bible..
Jangan lewatkan pesan Ust Saiful.

Ujian Allah padaku mungkin. Srorang guru pelatih wanita begitu minat pada Islam. Dia perlu diislamkan segera. Cara dan bagaimana dia nak Islam, saya rahsiakan. Sbb muslimat. Tak patut dihebahkan.

Petang 26 Ramadhan 2007 saya berjumpa dengan F di Pusat Islam. Nak dengar sendiri hajatnya. Dia batch 2 tahun bawah saya. Berbangsa Melanau dan beragama Kristian. Dari maklumannya dan muslimat. Dia berpuasa sepanjang ramadhan ini dah hadir berbuka di Pusat Islam. Saya tak perasan sangat kerana uruskan Ifthor Muslimin.

Saya sampaikan khutbah ringkas padanya, apa itu Islam, Jangan terpengaruh andaikata melihat ada org Islam buat benda mungkar, itu bukan ajaran Islam ttp kesilapannya sendiri. Ustaz Saiful tak da. Dah balik untuk beraya. Pensyarah pun tak da. Masih ingat pesan Ust. jgn lewatkan.

Malam itu 27 Ramadhan, selepas tarawikh dan tadarus al-Quran. Saya ajak beberapa sahabat Muslim teman saya dan F ditemani Muslimat. Saya lafazkan Syahadah dan F ikut satu persatu dan Alhamdulillah. Bertambah satu lagi Umat Nabi Muhammad saw yang beriman pada Allah. Selepas dibaca doa. Saya memberi ucapan pada hadirin. Secara mudahnya, kawan kita ni Islam kerana dia cari Islam, bagaimana pula kita yang Islam. Adakah kita mencari Islam.

F begitu semangat Islamnya. Beliau ingin menjadi muslimah yang baik. Keesokkannya terus dia bertudung yang sepatutnya ditambah lagi dengan stoking di kaki. Masya Allah.. Permudahkanlah urusannya.. Dan dia Istiqomah hingga kini. Dengan bantua pensyarahku. Kami daftarkan Pengislamannya Majlis Agama Islam Samarahan. Tidaklah sesusah Islamkan Mohan.

Bersama Brother Shah Kirit Bin Kalkulal Govonji
Realiti.

Inilah hakikatnya sahabat2. Ramai yang ingin pada Islam. Tetapi prosedurnya banyak sngat hinggalah menakutkan Non Muslim. Bila ditanya apa patut saya buat bila masuk Islam? U tak boleh minum arak, kna pakai seluar panjang. U punya kena “potong”, nama U kena tukar, itu dan ini dan banyak lagi. Takutlah dia. Ceritalah yang indah jika melakukan Ibadah dalam Islam

Prosedur ini kena diubah dan perlu lebih mesra saudara baru. Saya amat bersetuju Islamnya saudara baru tidak perlu keluarganya tahu. Bagilah saudara baru kita stabil dan punya kekuatan dan jumpa sendiri ahli keluarganya. Insya Allah, Allah permudahkan.

Bagi Puan Q, saya doakan hasrat murni Puan akan tercapai. Mungkin kita hadapi masalah, moga-moga kita akan dipermudahkanNya nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kefahaman ini bertambah bila saya hadir Kursus Pemantapan Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran YADIM dan dikelolakan oleh saudara Shah Kirit Bin Kalkulal Govinji, Brother Lim Jooi Soon dan juga Yang Mulia Engku Fauzi pada Mac 2007 yang lalu.
- Mereka juga kurang bersetuju Prosedur remeh di Majlis agama. Mungkin ada positifnya tetapi dipersembahkan pada non muslim dengan cara yang tidak berhikmah.
- Sekadar kongsi pengalaman dengan sahabat2ku..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin