Karton Hiasan
Wahai empunya diri, di mana kesungguhanmu, adakah engkau permainkan agama?, adakah agamamu hanya pada tudungmu, Yang konon ikut agama, paksi pada anutan,
Wahai empunya diri, dosanya tetap sama, berbual atau hilai tawa, dengan lelaki ajnabi, tanpa maslahah yang perlu.
Wahai empunya diri, alim mu hanya bertempat, si dia kau bual tunduk rapat, susun bicara, namun pada si yang lain, penuh dengan tawamu, seolah-olah itulah abang mu.
Wahai empunya diri, apapun kiraan mu. Dia tetap ajnabi yang tidak punya hubungan dengan mu.
Wahai empunya diri, malulah kamu, Islam yang kamu dokong membuatkan insan yang tidak faqih menjauhimu.
Wahai empunya diri, mereka juga sayangkan Islam, namun kau tunjuk kaulah yang paling faham agama dari mereka, hinanya mereka di sisi mu.
Wahai empunya diri, hanya kerana kau, islam hilang pengikutnya, dilibas kononnya method mu, yang langsung tak pernah kena pada tempatnya.
Wahai empunya diri, tidak ada teguran pada mu, jalan yang engkau sangka betul itu. Betullah pada mu. Biarlah mad’u hilang disebalik tudungmu.

Islam songsang mu..
Wahai empunya diri, biarlah…biarlah..
Wahai empunya diri, biarlah…biarlah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Diambil dari friendsterku..Terima kasih pada yang mengirim..
No comments:
Post a Comment