Lawatan Ke Pulau Melaka
Assalamualaikum wtb dan salam perjuangan.
Tujuan ke negeri Kelantan pada 24 & 25 Mei mempunyai tujuan yang tersendiri. Selain daripada meraikan ahli keluarga baru besan Mak Chak di Tanah Merah, saya juga menganggap percutian kali ini adalah platform untuk memperkukuhkan hubungan sesama ahli keluarga dan juga agenda saya sendiri, menambah skill memandu dan juga melihat beberapa perkara.
Perjalanan kami ke Kelantan hanyalah ambil masa dalam 6 jam sahaja. Saya memandu dalam 3 jam dan ayah lagi 3 jam. Berehat sebentar di puncak banjaran titiwangsa. Kemudian singgah rumah kenduri di Tanah Merah.
Sebelah petang ke Kota Bharu. Menginap di Ansar Garden (Islamic Hotel), betul2 di pusat Bandaraya Kota Bharu di jalan Tok Pati.Tak sempat nak rehat Mak dah ajak membeli belah di Wakaf Che Yeh. Dapat juga merasa makan apok , kueh tradisi rakyat Kelantan. Sepanjang di Kelantan juga kami sekeluarga pergi ke Pasar Siti Khadijah, Pantai Cahaya Bulan, Pekan Pasir Mas dan juga Rumah MB Kelantan. Walaupun hanya sekejap, amatlah diharapkan dapat kesana lagi. Berikut adalah beberapa pemerhatian ku tentang bumi Kelantan Daru Naim.
Politik
Sebagaimana yang umum ketahui. Kelantan kekal di bawah pemerintahan PAS buat sekian kalinya sejak 1990. Sudah lima penggal. Tuan Guru MB berjaya dalam pilihanraya yang disertainya. Apakah kunci kemenangannya? Sudah tentu umum akan mengatakan pengaruh dari partinya iaitu PAS yang berimej Islam. Saya secara peribadi mengatakan itu hanyalah peratusan yang kecil tetapi yang amat menyumbang ialah peribadi, akhlak dan amanah dalam mentadbir Tuan Guru sendiri. Umum mengetahui, apakah pakaian kebiasaan yang di pakai Tuan Guru. Hanyalah dengan memakai jubah mahupun baju melayu bersampin. Tiada ada pakaian kot, casual mahupun apa2 perhiasan yang lain.
Masih segar masa sekolah rendah dahulu. Sekolah buat lawatan ke Kelantan, dan sekolah minta Pejabat Menteri Besar untuk taja makanan murid2. MB sendiri turun ketika itu. Dia hanyalah pakai baju Melayu lusuh bersampin. Jelas kelihatan bahawa bajunya murah dan tidak berkualiti. Bayangkanlah, hingga nampak baju pagoda yang Tuan Guru pakai di sebelah dalam. Bahkan lawan2 politiknya juga mengakui akan kelebihan Tuan Guru ini. Dato Seri Panglima Anuar Musa ketika di temuramah Utusan Malaysia (kalau tak silap) beberapa tahun yang lalu mengakui bahawa Tuan Guru adalah seorang ulama, Zuhud dan merendah diri. Bahkan ia juga menyarankan bahawa jika hendak tawan Kelantan janganlah diserang peribadi Tuan Guru tetapi seranglah dari segi ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Tepat perkiraannya, Siapa yang akan percaya Tuan Guru akan makan rasuah, tidak amanah atau mencabul pelayan wanita di hotel seperti khabar angin yang mengatakan dilakukan oleh VVIP bekas menteri.
Saya juga merasakan ada benarnya juga saranan ini. Bahkan pada setiap kali pilihanraya, rakyat Kelantan akan melihat pihak lawan siapa ketuanya. Dan mereka akan bandingkan dengan Tuan Guru. Perbandingan meliputi dari segi agama, amalan agama, akhlak, pakaian, bahkan hingga akhlak ahli keluarga sendiri. Saya percaya setiap yang ingin memiliki Kelantan adalah Islam tetapi rakyat Kelantan sudah bersuara, mereka memilih yang lebih Islam sebagai pimpinan. Adalah tidak adil teori ini dugunapakai di Pusat kerana pertempuran di Kelantan adalah Islam dengan Islam atau Melayu dengan Melayu manakala di Pusat rakyat pelbagai kaum menentukan segalanya.
Suasana Islam
Rakyat Kelantan juga melihat betapa dekatnya Tuan Guru dengan Tuhannya. Sentiasa mengajak rakyat Kelantan untuk bertaqwa pada Allah. Bahkan ini turut menjalar kepada rakyatnya. Pengalaman ayah ketika tunggu kami di pakir kereta di Jalan Tok Pati didatangi seorang lelaki yang memberi peringatan agar sentiasa pertingkatkan ketaqwaan pada Allah swt. Bahkan dia memberitahu bahawa ayah adalah orang ke 90 yang sudah diingatkan konsep itu pada pagi tersebut. Mungkin akan kata bahawa lelaki tersebut gila barangkali. Pada saya tidak, inilah amalan yang menjadi rukun pada setiap kali khutbah jumaat yang patut kita amalkan. Sentiasa ingatkan diri kita dan orang2 disekitar kita tentang ketaqwaan pada Allah swt. Bahkan bagi sesiapa yang diberi kelebihan oleh Allah untuk berceramah dan memberi peringatan harus juga selitkan dengan ajakan untuk hadirin bertaqwa pada Allah swt.
Berikut ialah dasar Kelantan yang saya tahu dan ia menjurus ke arah suasana Islam di sana:-
1. Tidak ada aktiviti ekonomi ketika waktu solat.
sejak sekian lama peraturan ini telah dilaksana oleh Majlis Perbandaran Kota Baru Bandar Raya Islam (MPKBBRI), apabila masuk waktu solat peniaga harus tangguh perniagaan mereke sebentar untuk memberi laluan kepada waktu solat. Peraturan ini sama seperti yang dilaksanakan di Mekkah mahupun madinah. walaupun bukan semua peniaga berhenti untuk solat. Tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan yang menjurus dan mendidik mereka ke arah itu. Kerajaan yang bertanggungjawab akan menjalankan amanah sebagai khalifah dan menyeru orang yang mereka pimpin untuk menjadi kahlifah yang sebenar. Jika rakyat tidak ingin bersolat, maka itu adalah urusan mereka dengan Allah dan peraturan ini terus dilaksanakan sebagai didikan dan moga2 mereka sedar.
2. Madrasah dan surau di perbanyakkan.
Boleh dikatakan hampir di setiap pusat membeli belah mahupun bandar2 kecil ada surau. Bahkan dari pemerhatian saya hampir setiap 5km ada wujudnya surau dan madrasah. Ini mampu beri kemudahan pada rakyat dan pengunjung untuk solat. Dan juga untuk didik masyarakat yang masih benak. Bila azan dilaungkan, orang ramai berpusu2 untuk solat. Tidakkah terasa hati yang tidak solat. Pengalaman ketika lalu di Bandar pasir Mas apabila melihat seorang peniaga wanitanya turun dari tangga surau dalam keadaan memakai apron dan mebibit beg kain solat.
3. Kaunter bayaran berbeza.
Kebanyakkan pasaraya besar di Kelantan mempunyai kaunterbayaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Setidak2nya ini mampu untuk mengelakkan ikhtilad.
4. Dasar Hiburan
Hiburan dibenarkan dan haruslah diasingkan kedudukan lelaki dan perempuan dan mesti juga diadakan selepas waktu Isya. Artisnya harus dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan terlebih dahulu. Bahkan hiburan tradisional seperti wayang kulit yang diharamkan satu ketika dahulu juga sudah dihalalkan dengan syarat tiada lagi cerita dewa2 hindu seperti hanuman, Lingam, Krishna dan sebagainya.
5. Taman Rekreasi.
Ketika mengunjung taman Rekreasi di Taman Tungku Anis di Pengkalan Chepa. Tertera peraturan2 bagi pengunjung. Pakaian lelaki bagaimana dan pakaian perempuan bagaimana. Ada syaratnya. Maksudnya sukar untuk lihat perempuan Islam yang mendedah aurat dan pakai pakaian yang menjolok mata.
6. Iklan Di Kelantan.
Nak tengok maya Karin pakai tudung datang la ke Kelantan. Itulah dasar negeri itu. Sebenarnya maya Karin harus gembira.Kerajaan Kelantan jaga aurat dia..Ini sebenarnya satu usaha untuk memartabatkan wanita menurut kacamata Islam.
Sosio Ekonomi milik samarata Melayu dan Cina
Menjadi bangga bila melihat orang Melayu Kelantan. Kerajaannya miskin. Maka siapa yang usaha ia akan berjaya. Kerap kali melihat kereta seperti Perado, Mercedes, Gen 2, Rexton mahupun Pajero yang mana pemandunya adalah orang Melayu. Ekonomi Kelantan di bandarnya seperti pengkalan Chepa dan Kota Bharu dikuasai orang melayu. Perniagaan seperti kedai Emas, Hotel, Batik adalah milik melayu. Orang Cina agak menguasai di Pusat Bandar di Kota Lama, Kota Bharu. Namun tidak ada pergaduhan antara mereka. Lelaki dan perempuan mereka saling tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi keluarga. Tidak seperti bandar2 lain di semenanjung. Orang Cina adalah pendominasi ekonomi setempat. Setidak2nya orang melayu boleh berbangga dengan Melayu Kelantan.

Bersama ayah di Jalan Tok Pati..Depan hotel Ansar Garden

Dan banyak lagi, tak ingat sangat. Tambah2 sendiri la..Sebagaimana yang kata tadi. Rakyat Kelantan tidaklah begitu Islam. Namun inilah usahanya.
Sosio Ekonomi milik samarata Melayu dan Cina
Menjadi bangga bila melihat orang Melayu Kelantan. Kerajaannya miskin. Maka siapa yang usaha ia akan berjaya. Kerap kali melihat kereta seperti Perado, Mercedes, Gen 2, Rexton mahupun Pajero yang mana pemandunya adalah orang Melayu. Ekonomi Kelantan di bandarnya seperti pengkalan Chepa dan Kota Bharu dikuasai orang melayu. Perniagaan seperti kedai Emas, Hotel, Batik adalah milik melayu. Orang Cina agak menguasai di Pusat Bandar di Kota Lama, Kota Bharu. Namun tidak ada pergaduhan antara mereka. Lelaki dan perempuan mereka saling tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi keluarga. Tidak seperti bandar2 lain di semenanjung. Orang Cina adalah pendominasi ekonomi setempat. Setidak2nya orang melayu boleh berbangga dengan Melayu Kelantan.
Sosial Masyarakat
Secara umumnya rakyat Kelantan dari segi ras dan bangsa ialah Melayu, Cina, Siam dan juga India. Kehebatan Kelantan ialah kaum2 lain mampu bercakap dalam bahasa Kelantan kena dari segi lahjah, dialek serta lagunya. Bunyi Kelantan sungguh. Cina di kedah boleh cakap loghat kedah namun lahjahnya tetap cina. Mereka boleh hidup bersama2 dan budaya melayu menyerapi budaya kaum lain tanpa menukar agama anutan mereka. Anda boleh lihat di pasar siti Khadijah, peniaga2 Cina perempuan dengan rileksnya memakai kain batik. Sukar dilihat perkara ini ditempat lain.
Kebanyakkan rakyat Kelantan yang aku jumpa juga adalah mesra. Tidak ada masalah andai kata ketika kita nak tanya tempat yang hendak dituju. Mereka tidak ada masalah untuk menolong dan juga amat murah dengan senyuman.

Pembangunan
Pada saya jika pembangunan diukur dari benda maujud. Kelantan tidaklah maju. Namun saya punya pendapat berbeza. Kelantan adalah maju dan amat maju. Dalam keadaan mereka tidak punya Lapangan Terbang Antara Bangsa seperti KLIA, tidak ada kawasan perindustrian seperti bayan baru mahupun Kulim, tidak ada pelabuhan seperti pelabuhan Klang mahupun Johor dan juga Lebuhraya PLUS. Pelabur tetap masuk ke Kelantan. Sepanjang jalan dari pengkalan hulu, Gerik ke Kelantan. Hampir seratu treler dapat kita jumpa dalam satu2 masa. Samada yang bawa kayu balak, kontena yang pelbagai dan juga bahan dagangan serta buah-buahan yang keluar Kelantan dan juga masuk ke Kelantan.
Bangunan-bangunan besar dan tinggi banya di Kelantan. Dan kebanyakkannya hak milik orang Melayu dan Orang Islam.Pasaraya mereka juga banyak seperti KB Mall. Bahkan pasaraya antarabangsa sudah memasuki Kelantan seperti Pacific, Tesco dan Giant.Kenapa mereka berani mengembangkan perniagaan mereka di sana? Kerana Kelantan rakyatnya mempunyai kuasa membeli dan kuasa ekonomi.
Tahun 2008 adalah Tahun Melawat Kelantan. Sektor perhotelan adalah penting. Banyak Hotel2 besar seperti reinesence ada di Kelantan. Dalam masa yang sama Islamic hotel turut ada seperti Ansar Garden dan Temenggung Hotel. Di tempat penginapan saya dan keluarga di Ansar Garden. Boleh dikatakan perkhidmatannya sederhana, namun cara pengurusan Hotel yang Islam amat menarik minat saya. Sesuai pada yang nak berbulan madu. Didalam bilik disediakan arah Kiblat. Didalam almari ada Quran Tafsir, sejadah dan juga kain sembahyang bagi perempuan. Kemudahannya juga bagus. Ada tv serta peti sejuk.
Rumah2 banglo yang dibina di tanah2 lot juga dapat dilihat disana dan sudah tentunya pemiliknya adalah Islam.
Kesimpulannya Kelantan tidaklah seperti di sangka. Pada rakyat Kelantan anda telah bersuara, kami tidak akan pertikai suara anda. Tahniah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Ini adalah sedikit analisis saya sepanjang lawatan ke Kelantan.
- Harap jangan ada unsur prejudis bahawa artikel ini berunsurkan politik. Ini hanyalah pendapat peribadi dan hasil nilaian saya dari kacamata berbeza.
- Pada saya menjaga kebajikan rakyat adalah tugas semua kerajaan. Jika tidak berpuas hati, rujuk pada kerajaan yang memerintah di sesuatu negeri.

No comments:
Post a Comment