Friday, May 2, 2008

Chelsea ke Malaysia???

Tal Ben Haim berbangsa Yahudi

Avram Grant..ni pun Yahudi juga...

Drogba dah ramai peminat sekarang...
Assalamualaikum wtb..
Atas permintaan Basyee yang minta saya menulis sesuatu tentang Chelsea, saya akan berikan pendapat saya mengikut kefahaman peribadi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Chelsea yang ku kenal.

Saya mula mengenali Chelsea rasa-rasanya ketika tahun 1998 yang lalu, ketika tu kakak saya membeli CD Game Fifa 1998 sempena world cup 1998 France. Pada saya sebelum ni, Chelsea bukanlah satu pasukan yang kuat sebelum ini, mereka hanya gah dalam 5 tahun kebelakangan ini sahaja. Chelsea merupakan pasukan pertengahan liga dan bintang utama merekan pada tahun 90an hanya satu iaitu Zola, penyerang Itali. Sejarah telah membuktikan pasukan yang mampu Istiqomah dengan kemenangan dalam liga Inggeris adalah Manchester United, Arsenal, dan juga Liverpool. Chelsea hanya naik bila jutawan Rusian Roman Abramnovich mula membeli Chelsea, kuasa wang hasil keuntungan loji minyaknya digunakan dengan sepenuhnya, bahkan dia sanggup anak tirikan pasukan yang sudah dimilikinya sekian lama Sparta Moscow demi memberikan wang yang lebih pada Chelsea.
Bayangkan, hamper 10 star dapat dimasukkan ke dalam Chelsea dalam sekelip mata, antaranya yang saya masih ingat adalah Andrian Mutu, Veron dan lain-lain sambil dibantu star yang sudah ada dalam seperti Desailly, Melchiot, Gudjhonsen, Hesselbaink dan lain-lain.Masa tu Terry dan Lampard masih muda. Mereka tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama. Jurulatih pada waktu itu jurulatihnya Renairi. Namun musim berikutnya sekali lagi kuasa wang digunakan, lebih banyak mutiara hitam afrika dan permata eropah di bawa masuk.Drogba, Schevcenko, Mouluda, Ballack, Cole dan lain-lain adalah pemain baru. Jurulatih Porto FC, Jose Maurinho dari kelab Portugal yang tanpa dijangka memenangi Piala Eropah buat pertama kali juga telah di bawa masuk untuk menguatkan Chelsea.

Mungkin dia seorang yang hebat, namun pemain yang dimiliki sebenar menyumbang peratusan kemenangan yang lebih besar. Baik. Namun setelah sekian lama menjadi pengurus dan ada target pemilik yang tak mampu dicapai. Maka dia disingkirkan. Maka sekarang naikla Avram Grant. Seorang lelaki berbangsa Yahudi. Inilah yang menjadi isu sekarang. Adakah wajar Chelsea datang ke Malaysia atau tidak kerana ada dua orang Yahudi dalam team mereka.

Israel Laknatullah
Sirah dan Palestin

Sekian lama kita di didik, Yahudi tidak pernah redha kepada Islam, tidak akan redha, sampai bila? Sampai bila-bila. Ini janji Allah, ini juga maklumat yang diberikan oleh Allah melalui Nabi Kita Muhammad SAW. Bahkan dalam perkara yang bakal berlaku diakhir zaman, final countdown akan berlaku antara Islam dan Yahudi sekali lagi. Yahudi selalu bermain kotor, adakah kita lupa dalam peperangan Khaibar(rujuk tulisan Ustaz Riduan Mohd Nor) antara peperangn terakhir yang disertai Nabi, walaupun Islam mencapai kemenangan, namun kita jangan lupa, dalam peperangan itu nabi kita diracun dengan Yahudi mendramakan pemberian mereka paha kambing kepada nabi. Namun ulang kambing tersebut memberitahu nabi supaya jangan makan, akan tetapi, nabi sudah mengigitnya sedikit, maka racun itu menular ke dalam diri nabi, akhirnya nabi demam panas dan ini adalah salah satu asbab wafatnya Nabi yang kita Cintai.
Sehingga sekarang Yahudi masih menyimpan azam, mereka akan tuntut bela atas ketewasan mereka dalam Khaibar, hinggakan sentiment itu diubah dalam bentuk kata-kata dan ditampal dalam dewan Parlimen Israel. Mereka malu terhadap ketewasan mereka dalam khaibar. Dalam masa yang sama, pemuda-pemuda Palestin tidak kira samada PLO, Hamas mahupun Fatah, sejak Intifada pertama dan kedua dilancarkan, mereka sentiasa melaungkan :-

“Khaibar-khaibar, khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Wa Saufa Yaud”

Pimpinan Hamas Palestine..teruskan perjuangan...

Ini semangat waja mereka. Wahai Yahudi. Ingat kamu pada peristiwa Khaibar. Kamu pernah tewas pada kami, kamu pernah sembah Nabi kami, kamu pernah melutut pada Nabi kami, kamu bernaung di bawah Nabi kami, kamilah tentera Muhammad, sudah tiba, sudah sedia, sudah datang. Inilah antara punca keberjayaan Intifadha di Palestin. Walaupun keberjayaan itu terpaksa di bayar dengan perginya Almarhum Sheikh Ahmad Yassin, Almarhum Dr Abdul Aziz Rantisi dan ramai lagi para Syuhada. Namun pergi mereka segera diganti Ismail Haniye, Mahmud Zahar dan lain-lain. Mereka berjuang bukan lagi atas nama kebangsaan mahupun Negara, titisan darah mereka adalah untuk Negara.

Advantage Dunia.

Sengaja dititipkan serba ringkas tentang Baginda kekasih kita dan juga Palestin. Yahudi sedang pijak Islam di timur tengah. Kita masih hendak bersahabat dengan mereka. Kita masih bayangkan jika Chelsea dapat datang ke Malaysia dan disertai dua org Yahudi, sudah tentu rakyat akan dapat dihiburkan. Bayangkan keuntungan tiket yang diperolehi, keuntungan penaja yang letak iklan tepi padang, royalty yang bakal Negara dapat hasil siaran langsung, peminat fanatic Negara jiran juga akan datang, sudah tentu mereka akan menetap di hotel-hotel mahal, mana mungkin rumah tumpangan dekat Chow Kit. Pemain Negara juga akan dapat pengalaman baru. Inilah antara advantage yang sedang difikirkan.


Rokok yang dibeli merupakan sumbangan pada peluru Yahudi...

Dasar Negara.

Mudahnya dasar Negara dipancung dan dilondeh hanya kerana nilai 2 orang Yahudi. Kalau anda pernah ke luar Negara. Rujuk visa anda, bahawa kita idak mempunyai sebarang hubungan diplomatic dengan Israel. Dasar Negara menggambarkan pegangan rakyat. Ini bukan soal politik, itulah jawapan mereka. Jadi ini soal sukan lah ya?? Masih ada yang berfikiran jumud lagi. Mengasingkan agama dan urusan dunia. Pegang Islam harus bersungguh, pegang pada semuanya. Boikot Yahudi juga adalah dasar Islam. Islam ini tidak ada itu suku, ini suku.

Mungkin payah nak paham tulisan saya, kita harus berkeras. Tidak benarkan mereka masuk. Hanya dua sahaja. Effectnya cukup besar, masih segar dalam jiwa rakyat Malaysia bagaimana Negara ketika menganjurkan kejohanan Kriket Piala Dunia pada tahun 1997 membenarkan pasukan Israel sertai. Demonstrasi besar-besaran di buat dan kemuncaknya di hadapan masjid ar-Rahman Universiti Melaya berhampiran persimpangan ke IBMM dan juga IPBA. 3 orang termasuk seorang pesakit jantung dipenjarakan.

Kesan oh kesan

Antara kesan yang saya jangkakan ialah pada masa hadapan kita akan semakin tasamuh tak kena gaya dengan yahudi. Dulu Kriket, sekarang bola. Barangkali pada masa hadapan pimpinan mereka juga akan dibenar masuk. Chelsea mempunyai akademi bola sepanya sendiri. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan buka akademi di Malaysia dan hantar jurulatih-jurulatih mereka yang berbangsa Yahudi. Ini soal prinsip, apa guna Islam majority di Negara ini, apa gunanya Perkara 3(a) Perlembagan persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi, jika dengan mudah semua itu dirogol dan dilondeh hanyalah kerana keuntungan yang sedikit. Keuntungan itu mampu diganti dari sumber-sumber yang lain. Tetapi ini soal prinsip dan dasar yang harus menjadi pegangan. Soal Islam laksana atau tidak di Malaysia itu soal kedua. Chelsea juga boleh diganti pasukan EPL yang lain.

Masalah tentang beri pengalaman pada pemain Negara, saya berpendapat, perlawanan persahabatan dengan pasukan yang terlalu Star hanyalah akan membunuh mereka sahaja. Pemain kita juga meminati Chelsea, adakah mereka akan bersungguh menggelecek, bentes serta teackle pemain yang mereka minati?? Perlawanan persahabatan penting, namun kesannya hanyalah sedikit. Disiplin adalah perkara utama untuk berjaya. Sebagai contoh, raja Sepak Takraw di dunia suatu ketika dahulu hanyalah Malaysia dan Thailand . Pingat Emas samada sukan SEAP suatu ketika dahulu dan sekarang Sukan Sea serta sukan Asia sering dicapai silih berganti. Namun sekarang kita lihat Myanmat pula menjadi pesaing Thailand dan “membadek” jauh pasukan Malaysia. Kuncinya satu. Pemain mereka berdisiplin, bahkan bila dikaji, pemain mereka ketika latihan pusat hanya tidur di lantai papan. Pandainya Junta melatih. Bila disiplin cemerlang saya yakin, Malaysia akan mantap dalam segala bidang, ini tidaklah kita hanya dengar pemain kita rasuah (pemain Sarawak dan Polis-masih disiasat), bergaduh (Nizaruddin Yusof), lari dari latihan (coach dan pemain Selangor) dan sebagainya.


Hentikanlah tabiat merokok anda (jika ya..)


Rokok adalah Yahudi, Yahudi adalah rokok.

Boikot Israel juga haruslah menyuluruh. Walaupun kita halang Chelsea masuk, namun rasanya hampir 8 juta penduduk Malaysia masih merokok. Bahkan dalam kajian yang dibuat hampir 5-6 tahun dahulu, setiap 4 perokok seorangnya adalah wanita. Rasanya semua maklum. Rokok adalah haram dan memang terbukti, dana keuntungan rokok secara terang disalurkan kepada Yahudi dan Israel. Merujuk kepada kajian yang dibuat sebuah university di Kelantan. Adalah didapati, khinzir banyak menyerang dan merosakkan tanaman penduduk seperti cili, pokok tembikai serta anak-anak tumbuhan. Namun didapati khinzir langsung tidak menyentuh pokok tembakau. Barangkali khinzir tahu tembakau adalah bahan dalam rokok dan hukumnya adalah haram. Memetik kata-kata seorang penceramah yang membawa isu ini, orang yang merokok adalah lebih teruk dari ba**. Maaf buat insan yang merokok, ini perkara benar yang perlu saya sampaikan. Bukan sekadar majlis fatwa yang membuat keputusan rokok haram pada awal 90an, diikuti mufti Sarawak, mufti Selangor serta ahli majlis fatwa negeri kedah yang turut sepakat mengatakan hukum menjual, membeli serta menghisap rokok adalah haram, bahkan Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama al-Azhar pun turut mengatakan rokok adalah haram.

Hedonisme

Israel juga harus diboikot dari segi hiburan, kita percaya budaya hedonism yang melanda serta membarah di Negara kita pada hari ini ada berakar umbi dan dipelopori oleh yahudi. Budaya Punk, budaya Kuning, Gothik, Skin Head dan sebagainya adalah berasal dari sana. Artis-artis barat yang mengeluarkan album harus ditapis album mereka dari memasuki Malaysia. Saya memuji mufti Perak yang mengharamkan Jom Hebah di Perak, Exco Kedah, Dr Hamdan Kalib yang tidak membenarkan ada konsert hiburan sebuah ekspo di Sungai Petani dan juga yang terbaru adalah Mufti Perlis yang turut tidak membenarkan hiburan di Perlis. Artis yang dinyatakan adalah faizal tahir. Cukuplah sekadar ekspo pertanian dan juga perniagaan yang mampu menjana ekonomi dan hiburan sekadar halwa telinga dan memnuhi fitrah manusia, artis cadangan adalah nasyid dan juga Ramli Sarip yang banyak lagunya berkongsep pengajaran dan ketuhanan.



Wakafkanlah diri untuk agama Allah
Percayalah, hiburan dan unsur luar juga perlu ditapis, jika hiburan menjadi budaya hidup kita, maka berjayalah matlamat konvesyen Yahudi yang diadakan tidak lama dahulu. Umat Islam umpama gergasi yang sedang tidur, maka jangan benarkan mereka bangun, terus pastikan mereka tidur dan caranya kita lalaikan mereka dan cabut al-Quran dan Hadith dari diri mereka.

Yahudi harus diboikot dengan seboikot-boikotnya, jika tidak, bubarkan perlembagaan kita, tukarlah agama kita. Tidak ada gunanya. Chelsea mungkin hanya perancangan Yahudi yang talam dua muka untuk mencari peluang yang dalam bahasa dunia ketiga dipanggil diplomatic. Dalam masa yang sama, mujahid dan mujahidah islam yang ada di Malaysia harus cuba untuk meningkatkan amal dan juga bertafaquh fidden menambah ilmu pengetahuan.

Khaibar-khaibar, khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Wa Saufa Yaud”
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar pendapat peribadi....
Oleh: MOHD RIDZUAN MOHAMMAD
Saya tertarik untuk memberi respon mengenai isu kehadiran pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke Malaysia pada bulan Julai nanti. Lawatan pasukan elit tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.

Sebagaimana yang kita maklum, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk melawat negara tersebut. Tetapi entah kenapa dalam isu ini kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu membenarkan rakyat Israel datang ke negara ini.

Sebelum ini, kita tidak kisah pun mana-mana pasukan ternama luar negara berkunjung ke bumi Malaysia, kerana mereka tidak mempunyai pemain atau pegawai dari negara Israel. Sebagai contoh, sebelum ini dua pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United (MU) dan Arsenal pernah datang ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Cuma dalam isu lawatan pasukan Chelsea ini kita tidak boleh bertolak ansur kerana melibatkan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Pasukan Chelsea dijadualkan akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 29 Julai ini. Pasukan dari barat London ini sememangnya terkenal dengan kehebatan bintang mereka, seperti Didier Drogba, Frank Lampard, Nicolas Anelka, Claudio Pizzaro dan lain-lain. Ketua eksekutif Chelsea, Peter Kenyon mengugut tidak akan hadir ke Malaysia sekiranya Grant dan Ben Haim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Namun begitu, timbul beberapa persoalan dalam isu ini, adakah kerana terlalu minat kepada pasukan Chelsea kita sanggup menggadai maruah umat Islam? Ataupun kerana sikap tolak ansur kerajaan Malaysia ini lahir dari semangat kesukanan yang terlalu tinggi? Mungkin tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia membenarkan atlit kriket Israel memasuki ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) juga atas dasar semangat kesukanan.

Saya ada memetik beberapa kenyataan pemimpin yang menyokong kehadiran dua warga Israel ini. Pertama, kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 31 hb Mac lalu yang menyatakan agak malang sekiranya bidang sukan di campuri unsur politik. Selain Timbalan Perdana Menteri, kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad pada 3hb April lalu juga dilihat mengetepikan soal perasaan umat islam.

Antara kenyataan beliau, “Kita mengharapkan sukan adalah sukan, tidak perlu dicampuradukkan dengan politik”. “Kehadiran Chelsea adalah untuk menghiburkan rakyat dan untuk peminat Chelsea yang ramai di negara ini. Ia adalah salah satu program pembangunan sukan bola negara,”.

Selain itu, kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim pada 14hb April baru-baru ini juga dilihat berpihak kepada dua warga Israel tersebut. Beliau berkata “Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia dan dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka”. “Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,”.

Betulkah urusan politik tidak boleh menganggu bidang sukan? Sebelum ini Amerika Syarikat pernah memboikot kejohanan sukan anjuran negara Russia atas dasar perbezaan politik. Terbaru tindakan aktivis Tibet seluruh dunia menganggu kelancaran perarakan larian obor olimpik Beijing juga kerana membantah sikap China menindas rakyat Tibet.

Bagi saya ini bukan setakat soal politik sahaja, tetapi melibatkan soal agama Islam dan maruah umat Islam di Palestin khususnya. Jangan kita hipokrit terhadap saudara kita di bumi Palestin, membantah pencerobohan Zionis Israel terhadap Palestin tetapi pada masa yang sama membenarkan negara kita di’cerobohi’ oleh rakyat Israel.

Kenapa Malaysia dan FAM berkeras juga mahu membawa pasukan Chelsea ke Malaysia? Sedangkan banyak lagi pasukan-pasukan ternama yang tidak ada warga Israel boleh dijemput datang ke Malaysia seperti Manchester United, Arsenal, AC Milan, Barcelona ataupun Real Madrid. Adakah dengan membawa beberapa orang pemain bola sepak Israel ini boleh meningkatkan mutu bola sepak Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin