Thursday, May 29, 2008

Gayu guru gerai nyamai


Dakwah Itu Perlu Hikmah


Untuk orang Sarawak :-

Gayu guru gerai nyamai, Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Buat sahabat2 di Sabah yang Kadazan, Dusun dan Murut dan sewaktu dengannya..

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

Assalamualaikum wtb dan salam perjuangan

Rasa2nya 3 tahun yang lalu sebelum saya sampai ke Sarawak, langsung tidak pernah mengambil berat atau ambil tahu tentang pesta Gawai Dayak dan juga Tadau Kaamatan. Perayaan kaum yang di sambut masyarakat Dayak terutamanya Iban di Sarawak dan juga Dusun dan Kadazan di Sabah. Disambut pada setiap 1 jun di Borneo. Namun apabila udah berada di sini untuk bermusafir mencari Ilmu, ini antara perkara yang saya harus tahu, tentang budaya orang tempatan.

Asal-usul

Sambutan gawai dan juga tadau kaamatan adalah sempena menyambut pesta menuai bagi masyrakat peribumi Borneo dan dalam masa yang sama mereka juga akan memuja semangat tertentu supaya rezeki mereka pada musim akan datang akan bertambah. Antara minuman utama sudah tentulah tuak dan air tapai. Orang kata sama dan kata ada beza dua air tu.



AJK Minggu Pengurusan Pelajar Baru(MPPB) 2006 yang banyak membantu..

Hukum sambut.

Saya secara peribadi mengatakan HARAM turut serta sambut hari gawai ni. Kenapa? Bersandarkan pada fatwa yang mengharamkan umat Islam sambut perayaan agama lain. Pada saya ini adalah sambutan agama dan bukannya perayaan kaum. Walaupun hari ini Iban dan dayak sudah beragama Kristian, kita harus tahu bahawa mereka dulunya adalah animism. Menganggap roh orang mati, semangat serta pokok adalah tuhan. Pada saya animism bukan fahaman tetapi sama maknanya dengan beragama kerana ada kepercayaan dan iktiqod mereka pada makhluk2 tertentu dan dianggap sebagai Tuhan.

Peluang Dakwah

Alhamdulillah mendapat rakan2 non muslim yang menghormati kita seperti Uchung Antika, Jack Joannes, Pamela Nyambong, Elvis Z Delton, Beny Madzihi, Thyno, Edi Guyang, Elfy Karen Vanessy, Christine Nangan dan ramai lagi. Mereka inilah yang membuka minda aku akan kepentingan dakwah dalam masyarakat majmuk serta cara berkomunikasi antara Islam dan bukan Islam dalam keadaan masing2 tidak terguris. Harga ilmu ini bukan murah, 3 tahun seberang laut harganya dan juga betapa murahnya hati untuk luang sedikit masa untuk bermualah dengan non Muslim.

Pelbagai pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di samping mereka. Rakan2 di semenanjung secara adatnya mungkin sukar rasa suasana ini kerana komposisi kaum hanya ada tiga iaitu Melayu, Cina dan India tetapi di bumi kenyalang suasananya adalah berbeza sama sekali kerana kaum peribuminya mencecah 48 kaum lebih yang tak terdaya saya sebutkan nama kaumnya satu persatu.

Panglima2 SMPPA yang banyak membantu..

Antara pengalaman saya di sini ialah bagaimana tiga projek besar saya terlibat dengan sokongan non muslim. Pertama, ketika awal 2006, batch saya disuruh untuk handle minggu pengurusan student baru. Ketika bermesyuarat di bilik Mesyuarat Teratai di blok pentadbiran. Uchung telah mencalonkan saya unu menjadi Pengarah program dan diterima rakan2 yang lain. Bermulalah kepimpinan saya yang saya kira tidak akan sempurna tanpa bantuan rakan2 dan kedua, program ini membuka peluang untuk saya bertanding dalam pilihanraya untuk jawatan NYDP, Alhamdulillah mendapat majority terbesar hampir 180 undi. Saya percaya ini adalah hasil muamalah yang baik dengan rakan2 non muslim. Jika dengan bantuan Muslim sahaja, mana mungkin saya akan dapat majority sebesar itu kerana persaingan 2006 adalah sengit.

Ketiga ketika menjadi Pengarah untuk program Bina Insan Guru sem 1 2007. Bukan hendak pada jawatan, tapi atas saranan banyak pihak, pengarah program harus diisi oleh Muslim. Nama saya ketika itu agak kurang mekar dikalangan pelajar non muslim perempuan kerana saya menentang penyertaan Muslimat kelas saya dalam aktvti Futsal wanita. semua kelas hantar wakil, cuma pengajian Islam sahaja berkecuali. Saya meletakkan tiga syarat, antaranya semua yang ada dalam dewan ketika perlawanan adalah wanita. HARAM ada lelaki. Kecoh hinggalah ada wanita non - muslim yang dah mula berkempen pastikan pilihanraya 2007 Ustaz Nazmi tumbang. Namun hasil penjelasan saya kepada rakan2 non muslim lelaki. Mereka dapat menerima dan memberikan kerjasama yang baik pada saya dalam menjayakan BIG bahkan kalau tak silap ada 5 orang Exco Non Muslim bersama dengan saya pada masa itu.

Dan apabila kita sudah mendapat kepercayaan mereka. Inilah peluang kita berdakwah. Tidak perlu tergesa-gesa. rancang dengan teliti dan teruskan bermuamalah. Senjata yang paling ampuh ialah akhlak dan bahasa kita.


Jack dan Uchung (tidak bersongkok) yang tidak kekok hadir ke sambutan Maulidur Rasul

Komunikasi umum.

Jambatan yang baik harus di bina agar mudah untuk bekerja dan berdakwah. Gunakanlah bahasa yang sopan pada mereka. Sesekali gunakan bahasa Ibunda mereka ketika menyapa mereka misalnya UDAH MAKAI NUAN? (Dah makan ke-Bahasa Iban). Mereka akan rasa diri mereka dihargai dah sudah tentunya selepas kita berikan peneguhan ini (Ikut teori Operan Skinner le), mereka akan mula merapati kita. Jangan sesekali mainkan sentiment agama di awal perkenalan. Awas!! Pada hemat saya rakan2 Kristian saya di Sarawak adalah lebih faham Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Mereka boleh huraikan konsep ketuhanan, alam serta Isa dan Nabi Muhammad dengan jelas sekali. Maka jika ingin bercakap soal agama dan dalam hati simpan hajat nak bagi mereka sedar bahawa Kristian salah, lebih baik lupakan.

Itu adalah niat yang baik. Namun kurang berhikmah. Cari ilmu, cari ilmu dan gali ilmu terlebih dahulu. Persiapkan diri. Bak kata Ustaz Shamsuri hj Ahmad. Kita jangan harap hari ni kita cakap benda yang benar, esok lusa terus orang dengar dan amal. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, cari mekanisme yang sesuai untuk anda bina hubungan dengan rakan2 non Muslim. Biah kita berbeza dan dalam kondisi keadaan saya, saya merasakan akhlak dan budi bahasa adalah yang paling boleh digunakan untuk membina jambatan dakwah kita. Dan jika mampu, ini adalah cara bonus yang saya gunakan. Cuba fahami dan tahu sedikit tentang agama mereka (awas!! Kuasai juga agama kita).



Tanpa rasa syak wasangka, rakan2 non Muslim turut serta bersama kami merayakan Sambutan Maulidur Rasul

Memulakan majlis dengan memuji Allah (Motivasi untuk peserta felcra)

Hasil daripada menghadiri kursus pemantapan dakwah, tontonan VCD debat Ahmad Deedat serta pembacaan saya saya gunakan untuk berbual santai dengan mereka. Saya keluarkan term2 yang terdapat dalam Bible seperti Surat(kita panggil Surah la kot) Paulus, 1st Chorinthians, 2nd Chorintians, Hezekil, Luke, Perbezaan antara new tastetemant (perjanjian baharu), old tastetement (Perjanjian lama) dan sebagainya.

Mereka akan lebih terbuka pada kita. Puji agama mereka, berikan persamaan dengan Islam (hakikatnya tak sama pun), kemudian tinggalkan persoalan untuk mereka berfikir. Saya selalu tinggalkan persoalan pada mereka.


“Kamu ada old tastement, namun dah tak boleh pakai kerana di hazaf oleh New tastement. Namun kami Islam ada Last Tastement (al-Quran), jadi last ni dia hazaf yang mana??”


Kita harus beri mereka peluang berfikir selepas bersembang dengan mereka (afala Taq qilun, afala Tubsirun). Inilah hakikatnya, untuk memastikan kamandirian ataupun kebelangsungan dakwah, kita terpaksa juga main tarik tali dan terus berdoa moga Allah beri hidaya pada mereka. Kita berusaha moga asbabnya sudah tentu dari Allah dan barangkali usaha kita terpilih sebagai pinti Hidayah.

Ø “Janganlah kamu memaki tuhan-tuhan mereka kerana atas kejahilan mereka mungkin kembali memaki Allah” – Qur’an 6:108
Ø “Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik” – Qur’an 16:125



Antara peserta non Muslim yang turut di Muhasabahkan..


Ceramah yang hadirinya pelbagai agama

Hari terakhir sem 2 tahun lepas (hari last exam tu), saya telah dijemput untuk memberikan motovasi kepada pelajar2 terpilih dari SMK St Theresa, SM Sains Kuching, SMU Pasentren Taib Mahmud dan juga SMK Bau. Mereka ini adalah pelajar terpilih dari keluarga susah. Dihimpunkan di IKBN Kuching. Dia punya dewan mantap. Hawa dingin marvelous!!. Anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Felcra Sarawak. Lihat pada nama sekolah dah tahu audiennya pelbagai kaum dan agama.

Namun saya tetap berbekalkan satu perkara. Fitrah manusia adalah sama. Ketuhanan, konsep halal haram, dosa pahala, adalah perkara yang tak dapat lari dari kehidupan manusia. Tetap mulakan program dengan puji Allah dan cerita kebesaran Tuhan. Di sini saya mulakan dengan memetik ayat2 al-Quran dan juga bible untuk raikan hadirin. Cerita kebesaran Allah. Perbincangan saya pada ketika itu berpokok pangkal pada masalah yang dihadapi remaja serta harapan Ibu Bapa. Sebelum ceramah saya telah pastikan agar slide saya jangan terlalu Islamic, biarlah ia berciri umum dan boleh diterima atas kosa kata nilai-nilai murni dan sejagat. Atas permintaan penganjur, muhasabah yang di buat berjaya. Muslim non muslim menangis, walaupun itu bukan ukuran kesedaran, namun ini adalah aspek yang tak boleh dinafikan.

Cuma sekelumit pandangan dari saya hasil dari pengalaman di sini. Entah boleh digunakan ataupun tidak. Hakikatnya biah kita berbeza, Mad’u juga berbeza, namun hakikat dakwahnya adalah sama. Syukran bumi Sarawak. banyak mengajar aku erti dakwah dikala Islam hanya minority.

Buat mu..

Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin