Assalamualaikum wtb...
Sahabat2. Hari ni cuma nak bagi pendapat mengenai fenomena kegilaan novel pada remaja dan masyarakat. Novel Islamic turut memecahkan pemikiran para lebai dan bertudung labuh
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak bila
Saya bukanlah pembaca novel yang regular. Nak habis sebuah barangkali berhari-hari bahkan berminggu-minggu. Dah kita bukan minat membaca. Rasanya mula kenal dari kecik lagi. Dalam satu almari di rumah, memang mak khaskan untuk bahan bacaan. Pelbagai novel dan bahan bacaan ada di situ. Kisah-kisah nabi, sahabat, bahan bacaan Ilmiah, Islamic dan juga majalah-majalah yang di beli oleh Mak. Peristiwa Karbala merupakan novel yang paling saya suka baca. Ntah dah berapa kali baca. Masih tak puas. Cerita pembunuhan Hassan dan Hussein, kezaliman Khalifah Yazid, tuntut bela daripada Abu Hanafiah dan juga Ali Akhbar, cicit Nabi yang dikatakan wajahnya tak tumpah mcm Nabi.
Bila dah makin dewasa, banyak juga novel yang saya baca. Namun salud saya hanyalah pada penulis2 yang berjaya membuatkan saya baca novel mereka lebih pada sekali. Abu Hassan Morad, Faisal Tehrani, Ahadiyat Akashah, Fatimah Syarha, H.M Tuah Iskandar dan juga Abdul Latip Talib. Penah juga dengar HAMKA pun ada menulis novel dan ia harus dibaca. Namun, masih tak berpeluang lagi. Jadi memang dai kecik lagi dah saya baca dan kenal. Namun, kuantitinya amatlah kecil.
Definisi
Dari sebuah kamus dalam talian, novel bolehlah dinyatakan sebagai satu bentuk cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan social manusia.
Kadang-kadang penulisannya hanyalah rekaan dan khayalan dan ada juga diolah dalam bentuk cerita yang mempunyai dialog mengkisahkan seseorang tokoh misalnya Abdullah Latip Talib dalam novelnya “Khalid memburu Syahid” yang mana dalam novel tersebut bukanlah plotnya landai dengan cerita dan fakta tetapi watak Khalid al-Walid, Ibnu Abbas, Abu Ubaidah dan Ikramah bin Abi Jahal dihidupkan dengan adanya dialog antara mereka.
Fenomena.
Tahniah diucapkan pada novelis2 yang berjaya menghasilkan novel2 berbentuk Islamik. Cinta Madinah dan Julia oleh Tuan Haji Abu Hassan Morad manakala Fatimah Syarha dengan Mawar Berdiri dan Tautan Hati yang jika and abaca keduanya mempunyai kaitan watak asiah Yusra adalah anak kepada Khazinatul Asrar , watak mulia dalam novel sebelum itu. Tahniah juga kepada penulis berbakat Indonesia Habiburahman al-Sherazy yang menghasilkan novel Ayat-ayat cinta dan juga di atas sejadah Cinta.
Wah, dah makin banyak novel2 Islamik. Namun polemiknya tetap sama. CINTA. Itu adalah satu instrument penting yang mesti ada dalam sesebuah novel untuk melariskannya. Dan saya secara peribadinya yakin dan percaya. Penulis-penulis yang saya maksudkan sudah tentu ahdaf utama penulisannya adalah untuk mendidik masyarakat. Menyediakan satu hasil penulisan yang berbentuk plot dan santai yang penuh dengan suasana hidup Islam di dalamnya.
Maka ramailah pak lebai dan penutup aurat bertudung labuh membelinya, membaca, menghadam dan mula membuat komentar sesama sendiri. Namun hasil lihatan saya, bukan mereka sahaja, minah-minah baju sendat pun turut berminat. Novel manakah oppsss!!!, silap, barangkali “kitab” manakah yang wajar dimiliki sebagai bahan rujukan untuk membina Baitul Muslim mahupun wadah aktiviti hidup. Bahkan ada yang terikut2 mengambil novel2 ini sebagai bahan Tanzim dalam Jamaah mereka.
Bagaikan fenomena pula. Mulalah ada yang berubah sikap kononnya, akulah watak xxx dalam tautan hati, akulah watak yyy dalan ayat-ayat Cinta dan sebagainya. Mulalah bagi sesetengan pasangan, engkaulah umar mujahid ku dan sebagainya. Kalau ada anak nanti aku nak beri nama macam dalam novel tu. Segala biah yang ada dalam novel tu terus diphotostat dan diterjemahkan dalam kehidupan semasa. Tahniah! Namun apa yang sya lihat, perkara tu berlaku tidak lama. Syadid hanya seketika dan seketika kemudian jadilah dirinya yang sebenar semula.
Bukan Tujuan
Saya rasakan ini bukanlah tujuan utama penulis novel. Mereka nak mendidik. Biah yang mereka garapkan dalam novel bukanlah 100% sesuai dipraktikkan di tempat kita. Ubahsuaian haus ada. Janganlah terlalu syadid, optimistiklah dalam membuat perubahan.
Realitinya.
Bagi watak-watak samada postif mahupun antagonis. Itu semua hanyalah rekaan dan “diwatakkan” berdasarkan pengalaman penulis. Mereka cuba bentuk watak itu se ideal mungkin agar mampu didik masyarakat. Namun dengan angkat watak2 tersebut sebagai idola adalah silap. Aku nak jadi mcm dia. Suamiku, isteriku mesti macam dia, juga fahaman yang salah. Berpijaklah di bumi nyata, saya sokong watak2 sedemikian namun haruslah disedari, watak itu berjaya kerana biahnya sudah ditentukan, sudah dirancang halangan-halangannya serta disediakan cara-cara terbaik untuk dia mendepani mehnah-mahnah dan tribulasi yang merentangi.
Lebih molek rasanya, watak dan bahan bacaan kita itu hanyalah sebagai pencungkil semangat kita dan pilihlah beberapa tokoh yang secara realiti mereka berjaya mendepani halangan dan ujian sebagai pilihan kita. Mereka ni jelas terbukti tidak ada orang yang merancang kehidupan mereka melainkan Allah, mereka punya kelebihan dan juga kelemahan. Itu lebih praktikal dan layak untuk dicontohi.
Talqisnya, teruskan membaca. Buat penelitian. Ambil yang positif dan teruslah berpijak dibumi nyata dengan mengakui apakah biah kita dan sudah tentu cara mempositifkannya adalah dengan mengikut biah kita juga. Dan kalau nak bagi nama anak pun, rasa-rasanya nama2 pejuang2 Islam dan Serikandi Islam adalah lebih menjadi pilihan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Ini merupakan pendapat peribadi.
-Segala maklumat dan fakta di atas adalah hasil pembacaan dan carian atas talian saya. Sebarang pembetulan fakta dan pendapat amatlah dialu-alukan.
- Penulis merupakan Guru Pelatih Tahun 2 Sarjana Muda Pengajian Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak
- Penulis merupakan Guru Pelatih Tahun 2 Sarjana Muda Pengajian Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak
No comments:
Post a Comment