Showing posts with label Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Show all posts
Showing posts with label Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Buku-bukuku bagi Bulan November 2009

Karya Asli Pak Hamka..Walaupun ditulis berbentuk novel..penuh ulasan sini buat bapak-bapak pemerintah yang zalim buat rakyat yang marhain..Bagaimana Pak Hamka gambarkan semula perjuangan orang seberang memerdekakan diri dari penjajahan Belanda..
Buku ini ditulis oleh Amin Idris..Buku motivasi..saya jarang membaca buku motivasi..namun sekali sekala perlu juga membaca, untuk digunakan sebagai bahan-bahan dalam pengisian yang mendatang..juga untuk keperluan sendiri...
Salah seorang penulisnya ialah Fatimah Syarha...Buku ini tentang pejuang Palestin dan juga asal usul Yahudi Laknatullah.. Juga disertakan dengan fatwa serta ucaptama ulama' terkenal mengenai jihad Palestin serta sumbangan yang perlu diberikan oleh Muslim seluruh dunia...
Nampak mcm tak menarik buku ni pada mulanya..selepas membaca 5 minit di pertengahan dan hujungnya..anggapan saya meleset sama sekali...Buku ini mengisahkan bagaimana datuk nenek kita di zaman pasca kemerdekaan pergi menunaikan haji dengan kapal haji.. Kesukaran 14 hari di pelayaran beserta gambar2 berkaitan dipaparkan untuk membawa pembaca menghayati keadaan pada zaman itu...

Saturday, October 3, 2009

Penawar Hati

Dari lubuk nurani, syukur buat Ilahi,
rahmatnya melimpah tak bertepi,
terjalin mesra dua hati,
mendamba cinta hakiki,
moge kekal ke firdausi
(nukilan Fatimah Syarha dari bukunya pemilik cintaku)

Aku Terima Nikahnya

Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap naik keatas rumah, sekejap masuk bilik air. Habis satu rumah ditawafnya. Jam sudah pun menunjukkan jam 2.30 a.m, namun Ahmad tetap juga tidak dapat melelapkan mata dek kerana teringatkan hari yang akan dilaluinya esok.. Ya.. esok hari..esok hari dimana dia akan dinikahkan dengan bakal pasangannya yang hanya sempat 'ditaaruf' selama dua bulan. Resah, gelisah bersyukur semuanya bercampur baur..

'Ish, kenapa aku ni?'. soal ahmad pada dirinya.

'Astaghfirullahhalazim, baik aku solat tahajud dan solat hajat'. begitulah bisikan Ahmad pada dirinya.

Di dalam solat, Ahmad memohon agar dirinya di beri kekuatan untuk menjalani hari yang mendatang. Dimohon supaya dia diberi kekuatan untuk mengucapkan 'mitsaqan ghaliza' dan bersedia untuk memikul 'amanah baru' yang akan dipertanggungjawabkannya di akhirat kelak.
Di dalam sujud, air mata nya tak berhenti henti mengalir dek kerana teringatkan kasih sayang yang Allah limpahkan padanya.

Mana tidaknya, baru 2 bulan ta'ruf dah bersedia untuk nikah. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga di kedua dua belah pihak benar benar merestuinya, walaupun ada sikit penentangan pada awalnya, tapi alhamdulilah, semuanya dapat di atasi dengan baik dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

2 bulan yang lalu,

'Kamu ni betul ke nak kahwin?, kata nak belajar sampai Master la, PhD la , apa la? '..marah si ayah pada Ahmad. Disangkanya Ahmad sudah tidak berminat belajar.

Ahmad masih mendiamkan diri, di carinya waktu yang sesuai untuk diterangkan kepada ayahnya tentang sebab dari pernikahnnya.

Allahu akbar! Allahu akbar!..Muazzin melaungkan azan maghrib

'Ayah, jom kita solat jemaah maghrib sama sama, mak sekali lah'. ajak Ahmad

Mereka pun solat berjemaah bersama. Ahmad meminta ayahnya untuk menjadi imam, tetapi ayahnya menolak dan memintanya untuk menjadi imam.

'assalamualikim warahmatullah, assalamualikum warahmatullah'..ahmad memberi salam, diikuti ayah dan maknya. Kemudian di bacakan doa, dengan doa terhadap ke dua orang tuanya 'dikeraskan' sedikit dan di ulang beberapa kali.

'Allahumma'firlana zunu bana, wa liwalidaina, war hamhuma kama rabbayana saghira'..demikian lafaz doannya.

Teringat Ahmad yang lafaz doa inilah yang di ajarkan ayahnya ketika dia masih kecil.

Setelah berdoa, Ahmad mula menyusun kata kata.

"Ayah, Ahmad punya cita cita, Cita cita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Cita cita untuk membahagiakan ibu dan ayah, cita cita untuk menjadi seorang yang seperti ayah dan mak harapkan suatu ketika dahulu"..ditenung wajah ayah dan ibunya..
"Perjalanan Ahmad berjaya masih jauh, Ahmad tak pernah melupakan janji Ahmad pada ayah yang pernah Ahmad ungkapkan suatu ketika dahulu. Ahmad janji akan melanjutkan pengajian seperti yang dijanjikan dan seperti yang ayah inginkan, Ahmad janji.." sekali lagi ditenung wajah ayah dan ibunya sedalamnya..

" Ahmad juga berjanji tidak akan pernah mengabaikan ayah dan ibu walaupun sudah berumah tangga, Ahmad sayangkan ayah dan mak.." hatinya mula sebak..

Kelihatan ayah Ahmad sudah tidak dapat lagi menahan air matanya, begitu juga dengan ibunya..

"Jadi Ahmad mohon supaya ditunaikan permintaan Ahmad untuk kali ini, kerana Ahmad rasa inilah jalannya untuk Ahmad mengejar cita cita. Ahmad memerlukan seorang pendamping yang sentiasa memberikan semangat untuk berjaya"...Ahmad menyambung bicaranya.

Dan akhirnya, ayah dan ibunya akur dengan kehendak Ahmad..Alhamdulillah, namun janjinya kepada ayahnya sentiasa tersemat kukuh dalam dadanya..

Dengan restu ibu dan ayahnya, Ahmad mula mengorak langkah seterusnya. Dia mula mengatur persiapan perkahwinan. Dia nekad untuk menikah pada cuti semester ini juga, walaupun cuti semester hanya dua bulan, ditambah lagi untuk cuti semester kali ini, Ahmad terpaksa mengikuti Latihan Industri (praktikal) selama dua bulan di Syarikat Air Melaka.

"Aduh!, pening aku, mana nak cukupkan duit hantaran?, bila nak bertunang?, cincin bertunang?, cincin kahwin?, baju kahwin?, tarikh nikah?, kenduri kahwin?.." celaru sedikit fikiran Ahmad memikirkannya.

Ahmad masih termenung, rungsing untuk mengatur persiapan perkahwinannya. Ada juga cadangan dari keluarga untuk tangguhkan perkahwinan ke cuti semester seterusnya,

"Kau tunang la dulu Mad, nanti nanti la nikahnya, tak lari gunung di kejar", kata saudara Ahmad

"Gunung memang tak lari di kejar, tapi imanku belum tentu 'statik' bila diuji, ", jawab Ahmad dalam hati, tidak mahu mencetuskan kontroversi.

Ahmad nekad juga untuk akad nikah pada cuti semester kali ini. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Syaithan menghanyutkan dirinya dalam buaian cinta seorang wanita tanpa ikatan yang sah. Teringat Ahmad pada pesan murabbinya ketika membahas materi khutuwat as syayatin (langkah langkah syaitan dalam menyesatkan manusia)

" Iblis menjawab, 'kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dai kiri dan dari kanan mereka, Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)" (Al-A'raf 7: 16, 17)

" Syaitan tidak akan pernah jemu cuba menghalangi manusia dari jalan yang sesat, Dia akan berusaha mencari segala titik kelemahan kita untuk dia sesatkan . Mungkin syaitan tidak akan mendatangi kita dengan menghasut melakukan zina, meminum arak, berjudi dsb, kerana dia tahu kita pasti menolak, tetapi kalau didatangkan perempuan, diajak berbicara, ditatap kecantikannya, dilihat senyumannya, belum tentu dapat kita tangkis dari zina hati..." jelas murabbi Ahmad dengan panjang lebar, menghuraikan ayat tersebut.

"Aku mesti berusaha, Tawakal saja, ya TAWAKAL pasti ada jalan" bisik ahmad dalam hati sambil menggenggam jemari tangannya

"...maka apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam dengan bersungguh sungguh), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertawakkal kepada-Nya (Ali-Imran 3: 159)

Ahmad mula menyusun rencana perkahwinannya,

1. Ziarah ibu bapa bakal isteri
2. Sediakan duit mas kahwin
3. Lobi supaya kenduri besar besaran ditangguhkan ke cuti semester yang kedepan, yang penting akad nikah dahulu
4. Tarikh pertunangan
5. Cadangan tarikh nikah
6. Persiapan perkahwinan, baju dan cincin

Masa kian suntuk, Ahmad sudah terpaksa bergerak ke Melaka untuk praktikal dua bulan.
Sewaktu praktikal

Ahmad menyewa rumah di Jasin dengan kos cuma RM 60 sebulan, sesuai dengan kosnya, rumah itu kosong tiada perabut, mujur ada yang simpati menyediakan katil, tilam dan dapur memasak.

Lampu bilik air pun tiada, jadi Ahmad hanya menggunakan lilin supaya kelihatan cerah sedikit. Untuk sarapan, Ahmad menggoreng' nasi telur', nasi yang dicampur dengan sebiji telur dan ditambah kicap untuk menambahkan rasa, itu sahaja.

" Mak Lang kesian tengok Ahmad, duduk rumah macam tu, Kalau ada masalah bagitau Mak Lang, Mak Lang boleh bantu", tanya ibu saudara Ahmad kepadanya, kebetulan ibu saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur datang menziarahinya.

"O.k, semua beres, tiada masalah, Alhamdulillah" balas Ahmad, tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Betul ke aku nak kahwin ni, duit pun tak da, yang ada pun cukup cukup makan aku saja" Ahmad bermonolog sendirian, dia mula ragu dengan keputusannya

Dibacanya Al-Quran untuk menangkis keraguannya, sambil membaca Ahmad merenungi maksud bacaan yang dibacanya, sehinggalah tiba pada satu ayat

" Dan kahwinlah orang orang yang sendirian diantara kamu dan orang orang yang layak berkahwin dari hamba hamba sahayamu yang lelaki dan hamba hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka MISKIN Allah akan meMAMPUkan dengan kurnia-NYA, dan Allah maha luas pemberiannya lagi maha mengetahui (An-Nur 24: 32)

Ahmad mengulang ayat ini beberapa kali sehingga dia merasakan keyakinannya teguh semula.

" Allah pasti akan memampukan aku", desis Ahmad dalam hati sambil megenggam tangannya dengan penuh keyakinan.

Sewaktu menziarahi bakal mertua

"Pak cik nak tanya, sebab apa kamu ni nak kahwin sangat, daruri (terdesak) sangat ke?", soalan provakasi pertama terhadap Ahmad

Ahmad terdiam sebentar, mencari kekuatan untuk menyusun bicara

" Kalau Pak cik tanyakan, ianya daruri atau tidak, saya berani jawab YA, " jawab Ahmad

"Kenapa?", pintas bakal mertuanya

" Pertama, jiwa saya sendiri yang cenderung untuk nikah sehingga meganggu konsentrasi saya belajar dan saya rasa begitu juga dengan anak pak cik. Kedua, saya ingin tunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar Islam lain dan memberikan alternatif kepada masalah couple yang makin meruncing di Universiti", terang Ahmad

" Alah, masalah couple dah lama, sejak dari zaman Pak Cik belajar dulu lagi, terletak atas kita ja, pandai pandai la kita jaga diri", bantah bakal mertuanya, tidak bersetuju dengan hujah Ahmad.

" Jadi, kalau sejak dahulu lagi budaya ni berterusan, apa usaha kita?, adakah kita biarkan sahaja tanpa mencari penyelesaian, setidaknya kita berusaha memberi alternatif?", balas Ahmad, kali ini dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Hilang sudah gementarnya, dia sudah bersedia berhujah, langsung tidak difikirkan soal kahwin lagi untuk sementara waktu.

Terdiam bakal mertuanya, mungkin tidak menyangka Ahmad akan membidas hujahnya.
" O.k pak cik boleh terima yang itu, Pak cik ada soalan ke dua?", bakal mertuanya bersuara semula.

" Soalan apa?", tanya Ahmad

"Kamu ni Jemaah apa?, Pak Cik tak nak anak Pak cik kahwin dengan orang sesat", sekali lagi dia cuba meprovokasi Ahmad

Kali ini Ahmad sudah bersedia, dia memang sudah menyangka soalan ini akan ditanyakan padanya, Ahmad juga sedia maklum yang bakal mertuanya ini aktif berdakwah tika muda sama sepertinya, tetapi sudah ditinggalkan mungkin dek kerana kesibukan masa dan usia.

"Yang paling penting dalam berjemaah adalah keikhlasan niat dan manhaj yang benar sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, manhajnya juga perlu syumul tidak hanya mencakup beberapa aspek sahaja dalam Islam, Islam itu tidak hanya beribadah di Masjid sahaja, tetapi juga mengajak untuk memenuhi tuntutan keduniaan, Oleh itu, saya bukan Al-ARQAM kerana jelas akidah pengganutnya tidak selari dengan Al-Quran dan Sunnah, saya bukan TABLIGH kerana mereka hanya mengajak beribadah di masjid sahaja, saya bukan fanatik PAS kerana mereka cuma cenderung berpolitik, saya juga bukan ahli TARIKAT kerana mereka mengamalkan sesuatu yang diluar sunnah", jelas Ahmad panjang lebar

"Jadi Jemaah kamu ni jemaah apa?" tanya bakal mertuanya, masih tidak berpuas hati dengan penerangan Ahmad.

" Macam saya jelaskan, selagi kita beramal sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, maka kita umat Islam satu Jemaah, Jemaah ISLAM", Ahmad menyambung bicara

" Semua orang mengaku Jemaah dia Jemaah Islam", pintas bakal mertuanya, masih ada keraguan dihatinya

" Saya setuju dengan pak cik, terus terang sahaja, Manhaj yang saya yakini menyeru Islam dengan Syumul hanya satu, manhaj atau sistem yang telah disusun oleh Al Imam As Syahid Hasan Al Banna, adapun manhaj atau sistem sistem lain setakat pengetahuan saya, tidak menggambarkan Islam secara keseluruhan", Ahmad menyambung bicara memberi penjelasan.

"O.k Pak Cik puas hati dengan penjelasan kamu", jelas bakal mertuanya dengan sedikit tersenyum.

"Tapi Pak Cik ada soalan ke tiga", lagaknya seperti seorang penemuduga.

"Apa dia Pak Cik?", tanya Ahmad.

" Bagaimana dengan ekonomi kamu sekarang dan planning kamu ke depan?", tanya bakal mertuanya

" Sekarang, saya guna pinjaman PTPTN, saya juga ada buat bisnes kereta sewa dikongsi dengan beberapa rakan, adalah sedikit penghasilan, untuk planning ke depan, saya bercadang untuk sambung belajar selepas grduate, pembiayaan pelajaran dan duit saku akan dibiayai oleh pihak Universiti, mungkin tak banyak tetapi Insya Allah cukup", Ahmad memberi penjelasan tentang rancangannya ke depan.

"O.k, Pak Cik puas hati, tiada soalan lagi", jelas bakal mertuanya dengan tersenyum lebar

Ahmad pun bersyukur, hatinya menangis bersyukur tetapi wajahnya menunjukkan tanda kegembiraan

" Maha suci Engkau Ya ALLAH yang melancarkan lisanku", desir Ahmad dalam hati.

"Dah, jom pergi makan, dah lewat ini", ajak bakal ibu mertuanya yang sejak tadi hanya diam berbicara.

Ahmad pun menjamah juadah yang disediakn, nasi ayam dengan puding gula hangus.
Agak banyak Ahmad makan, maklumlah sudah lama tidak merasa makanan sebegitu, saban hari hanya dengan nasi goreng telurnya.

Selesai menjamu selera, Ahmad meminta diri untuk pulang.

"O.k lah pak cik,saya minta diri dulu, Insya Allah nanti rombongan keluarga saya akan datang untuk merisik dan meminang 2 minggu lagi", Ahmad mendahului bicara bagi memastikan permohonannya diterima.

Terkejut bakal mertuanya, tidak disangka secepat itu

"Kami turutkan saja, sebab kami sebelah perempuan ", balas bakal mertuanya

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", bisik Ahmad dalam hati.

Keesokannya,

Ada sms masuk ke telefon tangan Ahmad, sms dari ILYANI, bakal isteri Ahmad.

Ilyani adalah seorang gadis cantik, ditambah dengan penampilannya yang sopan tidak seperti gadis lain membuatkannya diminati ramai lelaki yang sekuliah dengannya. Ahmad sedia maklum tentang hal itu, bahkan rakannya sendiri pernah memuji kecantikan rupa paras Ilyani di hadapannya, pernah juga dia melihat beberapa lelaki cuba mengurat Ilyani, namun baginya bukanlah kecantikan semata yang dikejarnya.

Sedikit gemuruh jiwa Ahmad, ada perasaan lain seolah olah hadir ke jiwanya, perasaan yang tdak pernah dirasakannya sebelum ini, perasaan gembira bercampur cinta.

Demikian yang dirasakan Ahmad setiap kali menerima sms atau mendapat panggilan dari Ilyani.

" Ya Allah, Aku tidak tahu apakah perasaan ini baik atau buruk, Ya Allah andai perasaan ini buruk dan dosa, ku mohon ampun kepada-Mu, kerana ianya hadir dengan sendirinya bukan atas kehendakku tetapi andai perasaan ini baik, ku mohon Kau suburkannya dengan cinta-Mu" doa Ahmad dalam hatinnya.

Ahmad pun membaca kiriman sms dari Ilyani,

" Ayah suka enta datang, dia setuju tentang pernikahan ni..walaupun menentang pada awalnya. Ada dua benda yang ayah suka tentang enta, pertama, Islam yang enta nak bawa dan cuba sampaikan, yang kedua, sifat berani dan gentleman sebab datang sendiri minta dan berbincang", kiriman sms dari Ilyani, bakal isteri Ahmad.

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan", Ahmad membalas kiriman sms kepada Ilyani

Persiapan perkahwinan

Tarikh perkahwinan sudah diputuskan, hanya tinggal sebulan, Mas kahwin juga sudah ditetapkan, RM 5 ribu,

Ahmad cuma ada RM 2 ribu sahaja dalam simpanan, itupun dipinjamnya dari saudaranya,

"Macam mana ni?", bisik Ahmad dalam hati

bersambung....

Sebuah Karya Seniorku , Abu Ar-Ridho di sini…

Tuesday, September 1, 2009

Buku-bukuku Ogos-Sept 09

Saya begitu tertarik dengan al-Islam edisi September ini yang membicarakan secara detail isu Natrah dah bertambah menarik lagi bila isu ini dikupas oleh sahabat saya, Akhi Nasaie Ismail. Juga isu yang boleh di baca ialah undang-undang zalim, ISA.
Sebuah buku soal akidah yang ditulis dengan jelas oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Soal keimanan dan apa yang patut ada dalam akidah Muslim. Sebagai bahan rujukan untuk memenuhi keperluan subjek pada semester ini.
Buku rujukan ini digunakan oleh pelajar STPM, namun saya rasa ia juga dapa membantu saya dalam pengajian ijazah ini, ilmu makin di dalami, makin dalam pula ia tanpa disedari...
Karya Fatimah Syarha Mohd Nordin, buah tangannya yang terbaru, saya baca buku ini berulang kali, tertarik, terfikir, berfikir dan terus berfikir.. Fikir tentang diri, tentang hidup, tentang masa depan, tentang generasi, tentang harapan pada diri..tentang kesalahan lalu..dan bermacam lagi...
Solusi ialah satu majalah ilmiah yang terbaru, digarap dengan penuh warna dan ilmu oleh para sifu tarbiah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, Fatimah Syarha, Dato Ismail Kamus, Ustaz Nidzam Kadir dan ramai lagi.. Semuanya ulama dan ilmuan yang saya berminat dengan tulisan mereka...
Lagi-lagi buku sejarah??? Kenapa?? Sebab saya begitu minat sejarah..bahkan sudah berazam, jika ada rezeki, ingin sambung sarjana dalam bidang sejarah.. Menceritakan tentang kemasukkan Islam ke bumi Sepanyol daripada zaman sebelum, semasa dan hinggalah ke zaman keruntuhannya.. Terkandung kehebatan Islam di zaman pembangunannya serta isu serta masalah yang menyebabkan kejatuhannya.. Rasa macam nak berperang pula...
Buku ini saya dapatkan semasa hadir Ko-Spins anjuran GAMIS di Shah Alam. Beli dengan harga promosi, sesuai untuk rujukan serta kata-kata semangat bagi slot tazkiran pendek.
Karya Pak Latip terus memikat saya..Buku terbaru ni.. Saya ulang baca bagaimana Hulagu Khan memusnahkah Kota Baghdad.. Bagaimana orang Islam berjuang mengembalikan sinar Islam dengan bergabungnya Pemerintah Mamalik di Mesir serta Berke Khan Pahlawan Monggol yang beragama Islam, pertempuran dalam bulan Ramadhan yang menyaksikan kemenangan Islam ini berlangsung di Ain Jalut, tempat nostalgik buat Islam kerana di kanannya Medan Hittin dan di kirinya Medan Yarmouk..
Juga di Shah Alam saya dapatkan buku ini, semasa forum perdana di Masjid Negeri, Shah Alam.. Dah lama cari...
Sejarah al-Aqsa dikupas mantap serta kuatnya stand Tauhid Ahmad Deedat di akhir hayatnya juga disentuh...
Pertembungan ideologi dua Ulama Veteran negara.. Antara benar, batil dan juga yang hak...

Friday, January 23, 2009

Ingatan buat semua..

Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat PEMUDA YANG BELM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.

Tuesday, July 29, 2008

Mabruk Buat Ukht Fatimah Syarha..

Mabruk buat :
Fatima Syarha Binti Hj Mohd Nordin
dan
Dr. Farhan Hadi Bin Mohd. Taib


Akhirnya " MAWAR BERDURI " mengikat " TAUTAN HATI " dengan " SYABAB " yang direstui.. Moga2 ikatan Baitul Muslim ini mampu memberikan impak kepada perjuangan Islam, Teruskan berkarya dengan karya2 yang penuh biah solehah dan semangat juang..

Saturday, June 14, 2008

Islam dalam Novel Masakini

Fatimah Syarha bersama sahabat2nya ketika di UIAM..

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam entri2 terawal saya. Antara penulis yang saya kagumi ialah Abu Hassan Morad (Novelnya Cinta Madinah), anaknya Ummu Hani Abu Hassan dan juga Fatimah Syarha Mohd Nordin. Kagum pada mereka kerana mereka tidak mengikut arus di mana penulis hanya menulis kisah2 cinta dan pengajarannya tidak lebih nak ajak manusia untuk bermaksiat pada Allah. Nama yang saya nyatakan ini mampu membawa elemen2 islam, pengajaran Islam, Biah Islam, sunnah dan al-Quran kedalam novel mereka. Walaupun itu semua sudah dirancang dan kelihatan tamam namun itu mampu memberi peringatan pada pembaca apa matlamat sebagai Khalifah.

Seindah Mawar Berduri

Tahniah buat Fatimah Syarha. Saya mula membaca karyanya “Seindah mawar berduri”, Kisah Khazinatul Asrar, seorang muslimah yang berjaya membentuk Baitul Muslimnya. Ranjau yang ada dalam karya pertama ini hanyalah bagaimana ia tolak pinangan saudara terdekatnya dan menghadapi karenah ibu saudaranya serta kematian Ibu nya.

Tautan Hati

Namun dalam karya kedua Fatimah Syarha, beliau menulis dengan lebih matang, bersistem berlatar belakangkan suasana hidup Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau bertindak bijak, menulis pada latar tempat dan waktu yang beliau kuasai kerana pada waktu itu Fatimah ialah graduan UIAM. Novel itu ialah “Tautan Hati”, watak Asiah Yusra, Umar Mujahid, Layyinul Harir dan lain2 nyata memberi paradigm baru kepada pembacanya. Watak Khazinatul Asrar masih ada di sini sebagai Ibu kepada Asiah Yusra. Sudah menjadi tema pada setiap karyanya, kehidupan Islam yang syumul serta indahnya berjamaah serta Usrah menjadi perkara pokok yang cuba di didik kepada pembaca melalui penulisan Tautan Hati .Kelainan novel ini ialah penutupnya yang gagal di agak oleh pembaca pada peringkat awal. Amat jarang filem dan novel melayu mampu melakukan sedemikian.

Antara Novel yang bawa fenomena baru...
Syabab Musafir Kasih

Karya ketiganya yang saya beli beberapa hari lalu ialah “Syabab Musafir Kasih”. Satu lagi novel Islamik yang saya rasakan plot2 cerita serta pengakhirannya yang tak mampu di agak bilamana melihat kulit serta bab 1 dan 2. Anda tidak akan tersangka pengakhirannya sedemikian. Watak Syabab, Nur Mumtazah, Ust Mursyid, Imtiyaz, Nur najihah dan sebagainya pada saya adalah begitu unik. Garapan tema dakwah dan hidup berjamaah masih kekal dan diberi tumpuan yang lebih pada semangat jamaah dan kehidupan berkeluarga.

Ini mungkin kerana pada usia 24 tahun, corak pemikiran Fatimah Syarha sudah berubah dan bertambah matang serta kekeluargaan menjadi satu isu yang ingin diketengahkan. Latar belakang pendidikan pula dalam novel berkisar kehidupan pelajar di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq , Syria yang mana suasana menuntut ilmu secara talaqi di masjid2 serta bacaan al-quran bersanad. Barangkali latar ini dipilih kerana Syarha ialah graduan dari university itu juga.
Karya Terbaru Fatimah Syarha...Novelis yang berkarisma..

Talqis

Apapun tahniah pada Fatimah Syarha. Satu bentuk penulisan yang baik. Moga ini menjadi kerja dakwah yang baik dan teruskan usaha ini. Kepada pembaca, cari dan baca ambil pengajaran dan sebagaimana biasa usahlah hanyut termimpi2 akulah watak itu dan ini. Jadikan itu sebagai lonjakan semangat dan amal yang berterusan adalah perkara yang penting.

Dakwah Itu Perlu Hikmah
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda -Teluk Bagan- 14 Jun

------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kadang2 terasa mual bilamana membaca novel2 atau karya2 penulis muda. Yang pertama , tak paham agama tapi nak tuli hal agama. Yang kedua, suka2 hati ja letakkan nama2 pada watak yang ntah apa2. Kita baca pun tak tau maksud apa. Nabi suruh letak nama anak nama yang elok. Tak mesti bahasa arab (tapi itu yang aula), kalu yang lain pun, pastikan punya makna. Malaslah nak bagi contoh.

Sunday, April 13, 2008

Salam Taaruf


Assalamualaikum wtb
Blog ini di bina pada dasarnya hanya suka-suka…namun setelah diteliti, aku sedari satu benda, aku ni mampu menulis rupanya, walaupun mungkin bukan penulis yang prolific seperti Faisal Tehrani, mohd sayuti Omar, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Fatimah Syarha Mohd Nordin mahupun Abu Hassan Morad (aku minat buku serta hasil tulisan mereka). Aku yakin bahawa penulisan merupakan satu medium yang sesuai untuk berdakwah.
Antara perkara yang aku nak muatkan dalam blog ini ialah pengalaman aku hidup, gerak kerja yang aku jalankan serta tulisan-tulisan santai yang berkaitan dengan isu semasa mahupun tarbiah. Biarlah post yang mula ni aku (rasanya nak guna ‘saya’ tapi mcm mesra aku sebab monolog sendiri) nak taaruf dulu…

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin