Saturday, May 10, 2008

Mengislamkan protokol


Tunjuk cara makan yang betul..Seminar Etiket Sosial yang dikelolakan oleh Encik Azhari Ahmad

Assalamualaikum wtb..

Program yang kita wat ni jgn jemput org besaq la.. payah nak anjur. Nak kena ikut protocol la pula. Banyak pula songeh org atas ni..

Itu antara masalah yang selalu kita hadapi. Pada saya pun, mmg susah juga jika tak kena cara. Dalam sibuk-sibuk ni, HEP IPTAR anjur seminar Protokol dan etiket social untuk semua student batch saya. Hmm.. Ramai yang mengeluh, ya lah..dalam suasana nak exam ni pun ada lagi program wajib dan kena buat laporan dan refleksi secara individu pula.

Secara peribadi, pengalam sebagai bekas NYDP di sini dan juga Timbalan Ketua Pengawas 1 di Maahad banyak mengajar saya cara menguruskan majlis dan juga protocol. Seminar ni bukan yang pertama saya sertai, sebelim ni pun dah ada kursus etiket social yang pernah saya sertai di Bukit Saban Resort, Betong, Sarawak. Belajar cara makan, cara pegang garfu dan sudu, cara minum, cara penucapan umum dan sebagainya. Pernah juga di beri taklimat ketika menjadi Usher Majlis Pengisytiharan Maktab Perguruan sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) yang melibatkan VIP seperti Dato Noh Omar, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan juga VVIP utama Dato Seri Najib Tun Razak pada 2006 yang lepas.



Makan bagi betul ya..Ketika menghadiri Kursus Etiket Sosial Perwakilan Pelajar di Bukit Saban Resort..

Definisi

Protokol kalau dikaji sejarahnya bersasal dari perkataan Greek Kuno. Maksudnya lebih kurang yang utama ataupun yang pertama. Secara mudahnya peraturan-peraturan dlm istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dll) adalah protocol. Jika kita Tanya ahli akademik apa perlunya protocol, tidak lain jawapan mereka protocol ialah satu bentuk pengurusan majlis sebagai tanda kita hormat VVIP dan juga untuk memastikan sesuatu pogram itu berjalan lancar kerana ada guidenya ataupun ada aturannya.


Positif Negatif

Itu mungkin yang positifnya, namun ada yang pandang negative. Nak kena sambut tetamu, tuang air, tunjuk jalan, jadi usher, berdiri tak duduk2. Menyusahkan saja. Macam la VVIP tu tak boleh buat sendiri. Bahkan macam terlalu diagung2kan pula tetamu tu, sedangkan sumbangannya pada program bukan banyak pun. Bagi org Islam pula adakah protocol dalam Islam??





Ketika menjadi Usher kepada Dato Seri Hishamuddin..Pemuda bertemu pemuda nampaknya...

Protokol Dalam Islam

Sepanjang hasil pembacaan saya, tak pernah jumpa pula ada Protokol dalam Islam. Dari segi Ibadah pula, cara pelaksanaannya kita tidak panggil sebagai protocol. Tetapi sebagai tatacara atau khaifiat pelaksanaan. Jika protocol kita terjemahkan mengikut definisi hari ini, iaitu untuk meraikan dan menghormati pemimpin serta kelancaran majlis. Rasanya protocol pernah wujud dalam sejarah ketamadunan Islam.

Muawiyah bin Abi Sufian Khalifah Pertama empayar Umaiyah adalah orang yang memulakan protocol dalam Islam. Sebagaimana yang kita ketahui. Era transisi dari Khalifah Othman kepada Khalifah Ali dan daripada Ali kepada Muawiyah adalah zaman fitnah dalam Islam, terdapat sesetengah golongan yang ingin melakukan pemberotakan di zaman muawiyah dan ada juga ingin membunuh Khalifah. Maka Muawiyah telah mempelopori adanya pengawal ataupun polis yang sentiasa mengiringinya. Untuk memastikan keselamatannya terjamin, setiap majlis yang khalifah hadiri perlu ada tatacaranya dan jika ada yang akan berucap juga diberikan sedikit peraturan pengucapan supaya tidak ada ucapan yang menghina Khalifah.

Situasi ini amatlah berbeda sekali dengan Era junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan juga zaman Khulafa Ar-Rasyidin (Rujuk kitab Khulasoh Nurul Yaqin Fis Siroh Khulafa’ Ar-Rasyidin). Zaman di mana sesiapa saja bebas untuk berjumpa serta hormat pada Khalifah. Secara mudanya protocol diperkenalkan pada masa itu untuk menjaga status quo serta kredibiliti seseorang Khalifah.


..Kita ikut protokol (cara hidup) Rasulullah SAW lah lebih mudah..
(Ustaz Nazmi dan Ustaz Syahid dalam posing depan Pusat Islam)

Protokol Masyarakat Kampung.

Tanpa kita sedari, masyrakat kampung juga mempunyai protokolnya yang tersendiri. Ini dapat kita lihat dalam atucara sesebuah kenduri kahwin Sebagai contoh di negeri saya, masyarakat kampung yang masih mementingkan kenduri secara gotong royong mengamalkan protocol kenduri. Perkara yang harus dipenuhi dalam kenduri. Bermula dengan mesyuarat agihan tugas, hari buat balai, kupas bawang, hari kenduri dan ada juga majlis penghargaan yang dikenali basuh balai. Ini pun protocol, cuma orang kampung tak sedar dan ia dipanggil adat. Kebiasaan ini langsung tidak menyusahkan orang kampung dari segi pelaksanaan, berlainan dengan protocol majlis rasmi yang menyusahkan dan adaikata ada yang tersilap maka siaplah di hujung majlis nanti.

Mengislamkan Protokol yang ada

Reformasi tehadaap system protocol pada pendapat saya adalah perlu, antaranya kita Islamkannya semula. Kenapa mesti perlu pembawa bunga manggar adalah perempuan? Kenapa yang nak lekatkan bunga pada VIP mesti perempuan? Penghidang air juga perempuan, pemeberi buku juga adalah perempuan. Segalanya perempuan.

Saya begitu tertarik ketika bermesyuarat di IP Islam Bangi. VVIP ialah pengarah BPG. Tetapi mereka berjaya mengislamkan Protokol. Segalanya daripada smbutan hinggalah usher di pentas utama adalah lelaki. Dan majlis berjalan lancar dan akhirnya berjaya.

Jika menggunakan perempuan. Terdapat pelbagai maslahah yang harus dan mesti difikir. Bagaimana pakaiannya, bagaimana gerak langkahnya, jika dia berwangi-wangian apakah kesan pada VIP, tidak terangsangkah ia? Ini bukan nak cakap lucah. Ini adalah espek yang langsung tidak dititik beratkan oleh insan. Islam datang untuk menjaga maruah. Jika usher perempuan itu senyum pada VVIp dan VVIP itu gila baying hinggalah ke rumaha bagaimana? Ini yang harus kita ubah dan caranya Islam dah tunjuk. Peranan lelaki dan perempuan harus ada had dan takatnya.

Saya secaraa peribadi, dengan menggunakan perempuan sebagai penyambut tetamu, kita dah merendahkan darjat mereka. Kita hantar mereka kepada maksiat dan zina. Adakah boleh mereka bermesra2 dengan lelaki ajnabi di majlis?

Seharusnya…

Secara mudahnya. Jika majlis itu dihadiri VVIP lelaki, cukuplah protokolnya di handle oleh lelaki juga. Dan begitulah sebaliknya. Tanpa disedari jika dilaksanakan, sudah ada masej dakwah di situ. Protokol yang dilaksana pula tidaklah perlu berlebihan hingga kadang2 VVIP pun berasa rimas diperlaku demikian. Kita hanyalah sekadar meraikannya dan ingin memastikan majlis berjalan lancar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Ini merupakan pendapat peribadi.
-Segala maklumat dan fakta di atas adalah hasil pembacaan dan carian atas talian saya. Sebarang pembetulan fakta dan pendapat amatlah dialu-alukan.
- Penulis merupakan Guru Pelatih Tahun 2 Sarjana Muda Pengajian Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin