Sunday, May 4, 2008

Exam oh Exam


Assalamualaikum

Wah..Malam ni kuliah ganti lagi, bahasa Arab..Penatnya, semalam seorang pimpinan pelajar daripada Kota Kinabalu call, minta boleh hadir atau tak untuk pgram 10 Jun di Kota Kinabalu. Tak dapat la sheikh. Ana cuti time tu. Tu masa untuk keluarga. Lagipun aku memang tak dapat. Dah beli tiket pi balik dah untuk cuti tengah tahun ni. Mungkin aku akan ke KK juga, tapa barangkali hujung Jun atau Julai. Mahasiswa daripada Irlend ajak. Namun masih bincang. Keutamaan aku adalah kuliah. Jadi kena check jadual dulu. Ada rezeki dapatlah kongsi ilmu dengan penduduk Sabah.
Meja aku dah benar-benar berterabur. Ni bukan persediaan exam ni.Cuma kumpul buku2 untuk dikemaskan. Banyak buku yang dah aku beli ni, macam mana nak bawa balik Kedah nanti. Seorang senior pernah teguq, ai..buku2 ni semuanya genrenya hampir sama ja semua..Ya, sama semua, SEJARAH ISLAM dan ada juga tentang TOKOH-TOKOH ISLAM. Itulah bahan yang aku sukan baca. Ntah kenapa. Kalau kat rumah pun buku2 bibliografi tokoh2 banyak juga. Tokoh politik mahupun Ilmuan Agama. Selalunya Pustaka Darul Salam dan Pustaka Union la jadi mangsa tempat aku lepak. Tapi tokey dia tak marah. Depa mcm dah knai, sheikh ni kalau mai. +/- RM100 gak masuk. Tambah lagi jika teman2 di Sarawak pesan buku. Lagi banyak la aku belanja.

Tak lama lagi nak exam. Stakat la baru lepas dua paper. Moga-moga aku akan diberi kemudahan untuk menjawab kertas2 lain pula. Aku punya matlamat pointer sem ni. Harap mampu capai dengan jayanya.


Yang dah lepas

24 April - English
28 April - Hubungan Etnik (HET)

Yang akan Exam

13 Mei - Pengurusan Bilik Darjah & Pengurusan Tingkah Laku (EDU 3104)
20 Mei - Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah (PIM 3105)
21 Mei - Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (PIM 3106)
22 Mei - Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab (BAE 3101)
- Tilawah dan Tafsir al-Quran (ELE 3101)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin