Hamba Allah yang dijemputnya dikala sedang sujud di Masjid Nabawi...
Assalamualaikum wtb…
Alhamdulilah..Dah hampir satu minggu berada di bumi jelapang padi. Baru semalam dan hari ni dapat sentuh buku. Untuk bacaan tambah kefahaman, tambah ilmu dan isi masa terluang disamping memperkasakan stand Tauhid pada Allah dengan maklumat yang di baca. Aduhai, hari2 sebelum ini ntah apa diisi.. Bukan sekadar buku tak dibaca bahkan perlembagaan Islam (al-Quran) pun ‘tuang’ di baca. Tidak ada konsistensi. Itulah manusia. Kita sentiasa lalai.
Hasil sembang dengan beberapa orang sahabat, kami mengira satu persatu rakan2 dan sahabat2 saya yang sudah pergi menghadap Rabbul Jalil (Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang beriman), mereka ini terdiri dari batch SPM 2003, SPM 2004 (Batch saya) dan SPM 2005 Junior saya. Sebagai Maahadian, kami seringkali bersemangat waja bila mana mengetahui ada abg2 atau rakan2 bahkan adik2 yang sudah bertunag, berkahwin bahkan ada yang sudah menimang cahaya mata. Siapa yang tak semangat sambil azam giliranku pastikan tiba, tanpa sedari kita sudah mengakui bahawa jodoh di tangan Tuhan. Di Tangan Allah. Dalam masa yang sama kita sering lalai bahawa maut juga adalah janji Allah.
Saya kira dari 3 batch ini sudah hampir 8 orang sahabat2 yang sudah pergi menghadap Allah swt. Antara puncanya sakit, kanser, kemalangan jalan raya, denggi berdarah dan sebagainya. Mungkin kita merasakan bahawa kita masih sihat dan kita yakin bahawa secara adatnya kita akan mati sebagaimana junjungan besar kita Nabi Muhammad saw..Pada umur 63. Sekarang baru awal 20 an. Kita juga sering berasa amat selesa, sabda Nabi yang bermafhum, 1000 umatku, 999 ke neraka dan seorang ke syurga. Sebagaimana biasa, sering terdetik, “akulah yang seorang itu.”
Ketika memberi Tazkirah di ILP Samarahan..
Salah satu daripada modul yang saya bawa jika dijemput ceramah untuk remaja, belia dan mahasiswa, saya tak akan lepas daripada menyentuh aspek pengurusan masa. Saya bawakan buat tatapan sahabat2 isi tazkirah saya di Institut Latihan Perindustrian(ILP) Kota Samarahan yang berkaitan dengan masa. Alhamdulillah, program yang mendapat sokongan warden dan Pengarah ILP (orang kedah-Jitra) adalah antara yang turut hadir.
Tugas saya ialah menyedarkan hadirin tentang peri pentingnya masa disusun dan diakui bahawa masa kita semakin luput. Beberapa analogi pernah saya bawakan dalam memberikan kesedaran tentang masa pada pendengar saya.

Antara student ILP yang hadir
Pertama, analogi yang dipinjam daripada Ustazah Farishana(ajar saya balaghoh semasa di Maahad). Hidup kita umpama bom, yang ada sumbunya, bilamana kita lahir, sumbunya dicucuh dan mula terbakar. Malangnya kita tidak tahu, berapa panjangkan sumbunya dan hari yang sedang kita lalui ini kita tidak tahu, panjang sumbu kita masih banyak mana..
Kedua , analogi hasil perbincangan usrah saya mengenai usia manusia. Bersandarkan hadis Nabi SAW purata umur umatnya adalah sekitar 63 tahun, maka kami membuat beberapa perkiraan matematik mudah. Di bawah makluman kita, 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia dan boleh kita ertikan 24 jam akhirat (1 hari akhirat) bersamaan dengan 1000 tahun dunia.

Di awal muhasabah dijalankan...
Buat perbandingan dengan umur umat Nabi Muhammad yang 63 tahun ni..
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia (kita bahagi dua dan begitulah seterusnya)
12 jam akhirat = 500 tahun dunia
6 jam akhirat = 250 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1 ½ jam akhirat = 62 ½ tahun dunia.
Ini perkiraan mudahnya, jika dengan kuasa Allah, umur kita 63 tahun, maka usia kita mengikut waktu atau jam di akhirat ialah hanya 1 jam setengah. Sekarang katakanlah umur kita 20 tahun. Bermakna kita sudah habiskan setengah jam usia kita di akhirat dan masa yang kita ada hanyalah 1 JAM SAHAJA LAGI. Sebagai ingatan, itu jika kita mati pada usia 63 tahun.
Ketika mengikuti persidangan Parlimen baru2 ini, menteri Kesihatan menjelaskan bahawa purata umur rakyat Malaysia adalah 71 tahun. Saya agak menolak umur tersebut. Pada saya hanya relevan untuk orang yang berusia 50 tahun dan ke atas. Mereka ini adalah antara rakyat yang pernah hidup susah. Mereka makan apa sahaja. Ulaman sudah tentu menjadi pilihan mereka. Purata itu sesuai dengan cara hidup mereka.
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menatapi kesabaran.
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda Teluk Bagan 31 Mei

Namun bagi kita, saya rasa generasi penghujung 80an dan 90 an hinggalah generasi Y2K ini. Usia kita kalau boleh lebih 65 tahun sudah dianggap hebat. Pelbagai benda dan perkara sedang melanda kita yang akan menyebatkan kita pendek umur..:-
1. Generasi kita penghisap rokok tegar. Sebatang rokok mengikut kajian 7 minit nyawa dipotong.
2. Generasi kita makanan asasnya KFC dan sebagainya. Ayam2nya terbukti menerima suntikkan khas yang menyebabkan dalam masa yang disingkat boleh disembeleh. Masa segarnya juga terhad. Rujuk kajian Mastika, wartawan Nasaei Ismail.
3. Generasi kita amat terdedah pada radioaktif dan gelombang2 yang merbahaya. Sudah ada kajian bahawa gelombang yang keluar daripada menara2 telekomunikasi boleh menyebabkan kanser (Kajian UKM) manakala bercakap di telefon bimbit boleh menyebabkan barah Otak ( pendedahan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.)
Namun, segalanya terletak di tangan Allah. Ayuh, persiapkan bekalan kita, agar kita mampu datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Buat sahabat2 yang sudah menyahut panggilan Ilahi, syukur Allah lebih sayangkan kalian, kami sentiasa mendoakan moga2 ditempatkan bersama para anbiya’ dan orang2 yang soleh. Buat yang masih bernyawa..renungilah Firman Allah swt:-
1. Generasi kita penghisap rokok tegar. Sebatang rokok mengikut kajian 7 minit nyawa dipotong.
2. Generasi kita makanan asasnya KFC dan sebagainya. Ayam2nya terbukti menerima suntikkan khas yang menyebabkan dalam masa yang disingkat boleh disembeleh. Masa segarnya juga terhad. Rujuk kajian Mastika, wartawan Nasaei Ismail.
3. Generasi kita amat terdedah pada radioaktif dan gelombang2 yang merbahaya. Sudah ada kajian bahawa gelombang yang keluar daripada menara2 telekomunikasi boleh menyebabkan kanser (Kajian UKM) manakala bercakap di telefon bimbit boleh menyebabkan barah Otak ( pendedahan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.)
Namun, segalanya terletak di tangan Allah. Ayuh, persiapkan bekalan kita, agar kita mampu datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Buat sahabat2 yang sudah menyahut panggilan Ilahi, syukur Allah lebih sayangkan kalian, kami sentiasa mendoakan moga2 ditempatkan bersama para anbiya’ dan orang2 yang soleh. Buat yang masih bernyawa..renungilah Firman Allah swt:-
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menatapi kesabaran.
Mohd Nazmi Abdul Ghani
Teratak Bonda Teluk Bagan 31 Mei
No comments:
Post a Comment