Assalamualaikum
Alhamdulilah, saya rasa cukuplah artikel Nakbah yang ada di sini. Baca dan sama-sama kita fahami dan kuasai. Peristiwa yang harus kita tahu asal usulnya serta sejarahnya. Berhenti di sini bukan bermakna kita lupakan. Kita akan teruskan perjuangan rakyat Palestine. Palestine merupakan hak milik kita bersama.
Saya secara peribadi tidak mempunyai banyak bahan mengenai Nakbah. Terima kasih pada laman-laman atas talian yang membantu menyediakan artikel yang mudah difahami. Sebagai penghargaan, setiap artikel yang ada saya link kan di blog saya. Ini memudahkan rujukan sahabat2.
Ustaz Zulhafidz (teman sekelas) berjumpa dgn saya untuk berbincang khutbah jumaat esok. Turn dia. Dia mencadangkan untuk membawa tajuk Hari Guru (16 Mei). Namun saya memberi pandangan, tak perlulah. Hari Guru sudah dapat sambutan hangat di RTM, TV 3 dan akhbar. Tetapi peristiwa Nakbah ramai yang tidak tahu. Maka wajarlah isu nakbah di bawa ke mimbar jumaat. Maka saya dipertanggungjawabkan menyediakan teks khutbah yang bersesuaian dengan peristiwa Nakbah ini.
Wahai Shabra dan Shatila, Wahai Gaza, Wahai Masjidil Aqsa, Kami tak pernah lupakan kamu, kami akan terus berjuang untuk kamu.
Allah hu Akhbar!!!!
" Jika aku takut untuk berjuang, apalah nilai aku di sisi Allah " " Maka dengan tekad yang tinggi, akanku gugar apa jua halangan di depanku "
Thursday, May 15, 2008
Semangat yang akan diteruskan
Di tepian sungai Kuching mencari ketenangan dan memikirkan nasib mu wahai Nakbah. Mampukah kamu di sana menghadapi dekad-dekad yang mendatang dengan tabah tanpa tergugahnya tauhidmu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment