Thursday, May 8, 2008

Antara Psikologi, Pedagogi dan Pukul logi.

..Kenangan 5 Sc 1 (ex-Maahad 2004)..aku juga penah merasai dunia pelajar sekolah..

Assalamualaikum wtb,

Sengaja dalam mood exam ni nak nukil sesuatu buat tatapan sahabat2. Sejak jadi Blogger separuh masa ni umpama ketagih. Sesuatu harus dinukilkan untuk dikongsi dengan sahabat2. Sebagai bakal guru yang bertauliah memang tak dapat nak lari lagi daripada harus menguasai ilmu berkaitan Psikologi mahupun Pedagogi Pendidikan. Walaupun secara realitinya, ketika terlibat dengan program School Base Experience (SBE) samada di SK Mata Parang, Samarahan mahupun di SK Teluk Kechai, Kuala Kedah. Ternyata, guru2 tidak sngat menggunakan ilmu ini. Namun yang utama adalah satu kaedah tradisional digunakan mereka dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lancer ialah “PUKUL LOGI”. Mesti ramai yang tersenyum, saya rasa saya juga adalah hasil produk ini samada dilaksanakan di rumah mahupun di sekolah. Bagi psikologi dan pedagogi barangkali guru tidak melaksanakannya mungkin kerana dua sebab, pertama mungkin kerana biah atau suasana di sekolah tidak menjurus kearah kesesuaian dilaksanakan segala teori itu ataupun memang alas an yang paling mudah, aku malas la nak laksana.

Definisi

Psikologi secara mudahnya didefinisikan sebagai kajian atau ilmu tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan. Ilmu digunakan secara umum dalam membentuk sesuatu benda bernyawa.

Pedagogi pula bolehlah dikonsepkan sebagai kajian atau ilmu tentang kaedah dan prinsip pengajaran yang perlu dikuasai dalam mendidik manusia ataupun secara mudahnya adalah pelajar.

Sementara PUKUL LOGI pula saya definisikan sebagai satu bentuk hukuman yang berbina berbentuk rotan atau penampaq kepada pelajar yang ketegaq, malaih, penyegan, culas dalam menyiapkan tugasan dan kerja rumah. Pukul Logi hanya boleh dilaksanakan dengan setelah guru dah ajar sesuatu benda mahupun perkara dan pelajar sudah di beri masa namun masih tak siap dan disertakan pula alasan2 yang tak munasabah mahupun munasarawak.


..Anak-anak ibarat kain putih..ketika berceramah untuk peserta Kem Bina Insan 4 di Sekolah Agama Integrasi al-Faizin (SAIF)

Kain Putih.

Saya secara peribadi terpaksa menerima, secara teori dunia saya sebagai guru terpaksa menerima fahaman barat dalam mendidik. Teori Skinner, Thorndike, Jacob Kounin dan ramai lagi yang mementingkan kebersamaan dengan murid, peneguhan positif mahupun negative serta system token ekonomi mampu membentuk pelajar kearah yang idealistic berdasarkan garisan ketentuan falsafah pendidikan sesuatu Negara. Ada positifnya daripada teori-teori mereka, namun keberjayaan hanya terjamin dengan peranan tiga factor iaitu Individu memberi (guru), individu penerima (pelajar) dan juga persekitaran. Secara umumnya, unsur teologi (ketuhanan@usuluddin@tauhid) telah dikikis dan dimansuhkan dalam teori2 mereka. Individu hanya akan berguna jika teologi tidak dapat dipisahkan daripada mereka.

Kenyataan saya ini diperkukuhkan oleh hadith Nabi Muhammad saw :-


“…Setiap kelahiran itu adalah fitrah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya samada yahudi, nasrani mahupun majusi…”

Berdasarkan premis saya itu, agama tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Ia ialah fitrah dan kehendak manusia. Jarang sekali kita ketemu dengan manusia yang tidak punya agama yang dalam kebanyakkan agama adanya tuhan mengikut kefahaman masing2. Bahkan bagi kaum2 yang tinggal di pedalaman Sarawak pun mengamalkan animism, dia percaya kepada Tuhan Pokok, Batu dan sebagainya. Itu adalah bukti bahawa ia berkehendak kepada agama atau secara dalamnya lagi ia berkehendak kepada TUHAN. Namun kebatilan dan kesesatan mengasingkan kita.

Nak Bangga Atau Tak..

Teori pedagogi ini kebanyakkannya dari Barat. Kita sedut dan aplikasi kerana kononnya ia telah terbukti berjaya secara santifik(kajian) di barat. Namun persoalannya, barat mempunyai positif dan negative. Kita tabik tahap akauntibiliti mereka yang tinggi. Indeks rasuah, penyelewengan, pecah amanah mereka adalah rendah. Sweeden sebagai contoh Negara berakauntibiliti manakala Switzeland pula sebagai Negara yang berkebersihan.

Kita telusuri pula tahap kemanusian mereka. Negatif dari kita. Indeks buang anak, seks bebas, penceraian, social dan segala hal adalah teruk. Bahkan cabaran kepada agama pun ada, sehingga ada gereja yang sanggup mengahwinkan pasangan yang sama jantina (untuk rekod, Kuching pun dah ada). Namun mereka tutup ini semua dengan perkataan KEBEBASAN.

Asingkan Agama Daripada Kehidupan

Kalau kita pelajari TITAS, dalam bab awal lagi soal tamadun kita akan faham. Islam berada di kemuncak pada zaman Nabi kerana mereka menggabungjalinkan segala hal dalam kehidupan samada siasah, siyahah, Saqofah, Iqtisodiah, Tarbiah dan banyak lagi dengan Islam. Agama dapat, kemajuan pun dapat. Patuhnya mereka dengan Islam dibayar dengan Islam mendidik umat dan rakyat menjadi berakhlak ataupun hari ini kita panggil akauntibiliti. Islam hebat dalam segala hal. Bahkan ketika kemuncak Tamadun Uthmaniah, Islam menguasai serta membuka Negara baru daripada Zin Jang China hinggalah ke Venice Austria. Namun kelumpuhan pemikir Islam serta pemimpin Islam adalah salah satu punca kejatuhan. Kita jatuh bila mengasingkan Islam dengan Negara. Asingkan Islam dengan pentadbiran. Asingkan Islam dengan kehidupan. Bahkan lagi teruk bila dilihat Islam itu bukan sebagai satu Addin.

Ketika kemuncak Islam, eropah mengalami zaman kegelapan mereka. Agama Kristian yang sudah diseleweng mengongkong mereka namun tetap dianuti. Maka mereka mula menganggap bahawa agama perlu diasingkan jika ingin kemajuan. Mereka melakukan pemberontakkan untuk melepaskan diri daripada kongkongan agama. Inilah bibit mula wujudnya reformation dan renaissance di Eropah. Mereka berjaya, meraka capai tamadun yang mereka inginkan. Sebelum perang dunia ke 2, tenyata Eropah menguasai dunia. Sistem mereka ini diimport dan diterapkan di Negara yang mereka tawan. Tetapi, bayaran pada pembaharuan ini sangatlah tinggi. Manusia sudah hilang akhlak dan norma-norma kehidupan.

Asing agama, hilang akhlak dapat kemajuan sementara, pegang pada agama yang benar, dapatlah kedua-duanya. Sebagai mukmin kita harus pilih berpegang pada Islam dalam segala hal agar akidah kita terus dipelihara Allah swt. Berkata Sheik Mustapha Sobri Mufti Kerajaan Islam Uthmaniah:-



“Cara yang paling mudah seseorang Muslim menjadi murtad adalah dengan mengasingkan urusan kehidupan daripada agamanya”


Segala konsep pendidikan haruslah didahului dengan agama..
(Bersama peserta Kem Bina Insan 4 Sekolah Agama Integrasi al-Faizin (SAIF))

Acuan Rasulullah saw

Nabi Muhammad meninggalkan pelbagai kaedah untuk mendidik anak kepada kita. Antaranya dalam hal solat. Ajar anak ketika umur tujuh tahun. Secara psikologi itu adalah usia menerima. Dan rotan pada usia 10 tahun jika enggan. Itu adalah usia manusia sudah dapat menilai dan secara biologi adalah praperubahan kepada akil baligh, pintu remaja sebenar.

Dalam lain, Rasulullah juga menekankan “Addabani Robbi, Fa ahsana Tak Diibi”.. Soal adab. Dan ia haruslah diselaraskan komitmen kita kepada adab bertuhan. Kita rasa bahawa diri kita itu bertuhan. Sebagai guru, cuba empatikan diri kita sebagai murid kita. Adakah dia rasa dia punya tuhan? Tanpa rasa tuhan, maka manusia akan melampaui batas. Itulah punca murid-murid rosak akhlak pada hari ini. Walaupun ia adalah kaedah yang perlu digunakan oleh ibu-bapa tetapi guru juga sebagai ibu bapa kedua murid-murid juga boleh mengaplikasikannya. Menjadi tanggungjawab guru menyahut seruan awaluddin maqrifatullah, awal agama kenal Allah.

Seharusnya...

Tidak ada salahnya. Gabungkanlah psikology, pedagogi mahu pun pukul logi dalam mendidik pelajar. Asalkan biar bertempat. Dan jika mahu menghukum, benarkanlah pelajar bela diri dan pelajar tahu hukumannya andaikata di rotan. Disamping dalam masa yang sama wujudkan satu hubungan yang baik atas nama persaudaraan Islam dalaam mendidik. Perkukuhkan dalam minda mereka peri pentingnya meyakini Islam sebagai penyelamat. Terapkan nilai2 Islam seperti asingkan tempat duduk antara lelaki mahupun perempuan dan kaitkan segala isi pengajaran dan pembelajaran dengan Rabbi.

Akhir kalam, wahai bakal studentku. Akan ku laksanakan psikologi, pedagogi dan pukul logi dalam mentarbiah kalian. Tunggulah kehadiran ku…..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Ini merupakan pendapat peribadi.
-Segala maklumat dan fakta di atas adalah hasil pembacaan dan carian atas talian saya. Sebarang pembetulan fakta dan pendapat amatlah dialu-alukan.

- Penulis merupakan Guru Pelatih Tahun 2 Sarjana Muda Pengajian Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin