Saturday, May 31, 2008

Rewang rewangan


Bersama Nawwar..nak pi makan ni...


Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan..

Agak sibuk sehari dua ni. Tambahan sudah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah, esok (1 Jun) sepupuku Atikah akan melangsungkan perkahwinannya. Beliau seorang guru yang bertugas di Johor Bharu. Dia tiga hari juga la ke rumah Mak Ngah di aloq mengkudu untuk rewang atau org kedah panggil buat balai. Tolong2 apa yang patut.

Hari ni dari pagi jadi driver. Mula dengan amik Cuna di Kuala Nerang, hantaq dan amik adik tusyen. Letih juga. Ayah dan Mak kalut memenuhi jemputan walimah yang kita semua maklum begitu banyak di musim cuti persekolahan ni.

Petang kemarin Nawwar ajak kluaq makan. Kami pi le makan di medan Simpang Kola. Pekena nasi kandar Madinah. Nawwar ada bgtau, Sholeh Mazlan(tua setahun dari aku) meninggal dunia hari khamis lepas kalu tak silap akibat barah. Bertambah sedih 2,3 hari sebelum meninggal adalah hari dia konvo di UiTM Merbok.

Aku tak punya banyak pengalaman dengan dia walaupun pernah dok asrama. Aku di bilik 4 abh hanis dan abg elyas yang jaga manakala abg sholeh dan abg lah mokhtar pula jaga adik2 di bilik 7. Mungkin yang duk asrama akan lebih ingat dengan dia. Takziah buat keluarganya dan juga pada diriku..Ingatlah wahai Nazmi..Sebagaimana maut boleh menjemput saudaramu itu..ia juga boleh menjemputmu dalam keadaan engkau tak mahu pun menyambutnya…

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin