Pengertian bersuci
• Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.
• Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis
Taharah zahir dan batin.
• Taharah batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.
• Taharah zahir/lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.
Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:
1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.
2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.
3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.
4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.
Bahagian-bahagian hadas
a) Hadas kecil (Yang membatalkan wuduk)
-mengambil wuduk
- Sekiranya tidak ada air untuk berwuduk hendaklah bertayammumm
b)Hadas besar (Mewajibkan mandi)
Mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh badan dengan niat mengangkat hadas besar, jika tidak ada air hendaklah bertayammum iaitu dengan menyapu muka dan dua tanganhingga ke siku dengan debu tanah yang bersih
Apakah kaitan bersuci dengan solat?
• Dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan
• Menjaga hati supaya khusyuk dengan solat
• Membersihkan rohani dan jasmani ketika hendak solat
• Bersuci adalah lambang kekuatan iman seseorang kepada Allah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Nota ringkas untuk subjek Pengajian Islam (Bahagian Ibadah)
No comments:
Post a Comment