Saturday, May 17, 2008

'Saya tak amal apa-apa ilmu'


HIDUP BAHAGIA: Mohamed Nor (tengah) bersama tiga isterinya iaitu, isteri pertamanya, Wan Rukiah Mat, 52 (kanan), isteri kedua, Noraini Daud, 40 (kiri) dan isteri ketiga, Kalthum (bawah), dan sebahagian daripada anak mereka di rumah isteri ketiga di Kampung Tok Fakir, Mercang, semalam.

KUALA TERENGGANU: "Saya tidak amalkan apa-apa ilmu hinggakan ketiga-tiga isteri mengizinkan hasrat saya untuk berkahwin empat. Bagi saya, persefahaman, pengorbanan dan sikap bertanggungjawab selama ini yang membuka pintu hati mereka untuk memberi keizinan (berkahwin lagi).
"Saya melayan isteri bukan sebagai isteri semata-mata, tetapi sebagai seorang manusia. Mungkin pengorbanan saya menyebabkan mereka tidak kisah berkongsi hidup dengan seorang lagi wanita," kata Mohamed Nor Awang, 57, yang mendapat keizinan tiga isterinya untuk berkahwin empat.
Mohamed Nor yang ditemui di samping tiga isterinya di rumah isteri ketiga, Kalthum Dollah, 39, di Kampung Tok Fakir, Merchang di sini, berkata beliau kesal dengan anggapan orang beliau mengamalkan ilmu yang menundukkan isterinya sehingga sepakat membenarkannya berkahwin lagi.

Khamis lalu, pemandu lori yang memiliki 18 anak itu diminta oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengemukakan afidavit tambahan dengan alasan munasabah untuk berkahwin isteri keempat kerana pendapatan bulanannya rendah (RM1,500) dan dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil kepada semua isterinya.
Hakim Tinggi Syarie, Shaikh Ahmad Ismail yang menyifatkan kes itu sebagai pelik dan bersejarah berkata, mahkamah juga memerlukan bukti kewangan kukuh daripada pemohon termasuk buku bank, selain membawa bersama bakal isteri dan wali untuk persetujuan sebelum membenarkan permohonan Mohamed Nor.
Mohamed Nor yang baru pulang dari menjemput anaknya dari sekolah ketika ditemui petang semalam berkata, laporan media mengenai dirinya yang mahu berkahwin empat menyebabkan tumpuan pelajaran anaknya terjejas, selain ada yang mengadu berasa malu dan dipandang serong.
Maklumat lanjut di sini..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin