Friday, April 17, 2009

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

http://kosmo.com.my

Palestin di ambang bahaya

Nun dari kejauhan, kelihatan tompokan awan kelabu, menyelimut kemas Bandar Gaza. Kami terpinga, lalu terpacul soalan kepada Adnan, si pemandu teksi: "Itulah asap peninggalan dari bom Yahudi..." jawabnya bingkas. Kata-katanya itu membangkit kegusaran. Soalan demi soalan menerjah masuk ke kotak fikiran.

Bahaya masih ada

Awan kelabu itu, apakah sisa-sisa bom kimia? Bom Dime yang mampu menyelinap masuk dalam setiap urat nadi dan menyebabkan pendarahan tidak henti-henti dengan kecanggihan teknologi nanonya itu, masihkah ada sisanya di sana?

Bom sepanjang dua meter, berdinding besi setebal 10 milimeter dan seberat satu tan itu, pastikah tiada yang masih menyala? Sisa bahan radioaktif pembawa kanser untuk satu jangka masa yang lama, pastikah tiada di sana?

Adakah sudah tidak ada lagi ancaman dari Helikopter Apache yang berlegar-legar di udara dengan mesingan beratnya, atau pesawat tanpa pemandu yang mampu mengenal pasti longitud dan latitud sasaran dengan tepat? Dan..bom Fosforus putih buatan Amerika yang amat gemar meratah daging lembut anak-anak kecil yang belum mengenal erti dunia. Sudahkah terpadam semuanya? Tiada siapapun yang mampu memberi jawapan yang benar-benar pasti.

Riehan thoyibah

Pemandangan dahsyat di sana sini, mengalih perhatian kami dari kegusaran dek awan-awan hitam tadi. Malam pertama di bumi Gaza itu, angin bertiup begitu kencang.

Tiga sahabat dalam kamar kecil di Gaza International Hotel itu, telah lama dibalut mimpi. Perjalanan siang sungguh memenatkan. Tekanan perasaan, gelodak jiwa dan mainan minda membuatkan diri lemah lesu tidak bermaya. Sesekali deruan angin menghasilkan siulan demi siulan. Atap zink di rumah berdekatan berkeriut riuh rendah, hingga barisan gigi atas terasa ngilu.
Angin kencang tidak mampu mengejut mereka dari tidur yang sungguh lena. Adakah ini angin rahmat yang menghalau setiap zarah debu-debu beracun yang membentuk awan hitam tadi, atau angin azab yang bakal membadai petualang yang bejat dan zalim itu? Walau apapun, pasti ia angin rahmat. "Ya Allah, kurniakanlah bumi ini riehan thoiyibah (angin rahmat) yang sesuai dengan Samudera Ilmu-Mu yang Maha Luas itu..."

Petikan munajat dari kitab Sheikh Abul Hasan as-Shazili selepas solat tadi seakan terngiang-ngiang kembali... Dan angin semakin kencang..Tentera Allah? Tentera-Nya di mana-mana. Angin, udara, pasir, tanah, air dan api, semuanya patuh kepada kehendak dan perintah-Nya jua.

"Bawakan Rahmat atas umat ini. Nyahkan petaka dari bumi teraniaya ini. Ayuh! Jalankanlah tugasmu, duhai riehan thoyyibah!" Akhirnya, doa dan munajatpun menyatu, berarak pergi bersama angin lalu, bersama detik-detik malam yang penuh rindu.

Rupa Bani Israel

Ini bukan kali pertama berhadapan dengan Yahudi. Tahun lalu, sekumpulan Rabbi berpakaian jaket, seluar dan toga hitam, berbaris melintasi kami semasa transit di Lapangan Terbang Kaherah.

Semasa menziarah Masjid al-Aqsha as-Syarif tahun 1997, seluruh badan diperiksa dengan teliti, selama dua jam sebelum dibenar masuk ke al-Quds melalui Israel.

Pegawai mereka muda belaka. Tubuh mereka tidak sasa. Hanya biasa-biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sederhana, seakan-akan perawakan bangsa Melayu juga. Rangka badan agak lonjong dan kecil. Tidak agam seperti kebiasaan orang Arab.

Kulit mereka putih mulus, kemerah-merahan. Kadang-kadang, sedikit kekuningan. Rambut dan kening mereka hitam, hidung panjang dan mancung.

Namun, ada juga yang berambut keemasan. Bagi yang lebih dewasa, fizikal berubah menjadi lebih bundar. Tidak hairanlah, bukankah mereka cucu cicit Nabi Allah Yusuf yang rupawan itu? Dunia Hollywood tidak pernah sunyi daripada artis berketurunan yahudi.

Bagi peminat dunia hiburan, pasti mereka mengenali Adam Sandler, Nicholas Cage, Elizabeth Taylor, Barbara Streisand dan lain-lain. Siapa tahu, antara idola yang dipuja, rupa-rupanya seorang Yahudi!

Arab dan Israel cucu Ibrahim?

Dahulu mana ada bangsa bernama Israel. Bangsa Arab mahupun Yahudi, keduanya berasal usul daripada zuriat Nabi Ibrahim. Dari Nabi Ibrahimlah maka terbina salasilah keturunan Nabi Muhammad berbangsa Arab, dan salasilah keturunan Nabi Yaakub yang membina susur galur bangsa Bani Israel. Dari Siti hajar lahirnya Ismail. Dari Ismail berjujuran zuriat Adnan hingga ke Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Siti Hajar pula lahirnya Ishak. Dari Ishak lahir pula Yaakub. Dan dari Yaakub lahir nabi-nabi berketurunan Bani Israel seumpama nabi Yusuf nan rupawan, nabi Sulaiman seorang negarawan, nabi Daud seniman dan wirawan, sehingga nabi Isa a.s. yang naik ke langit membawa jawapan kepada seribu satu persoalan.

Justeru, Nabi Ibrahim a.s (juga disebut Abraham, atau Ebram) adalah bapa kepada bangsa Arab dan Bani Israel. Dua bangsa pada asalnya bersaudara inilah, Allah SWT kurniakan amanah untuk memelihara kitab dan agama suci-Nya, iaitu risalah keesaan Allah SWT di sepanjang zaman.

Asal nama Israel

Nama Israel berasal daripada nama nabi Allah Yaakub a.s. Baginda digelar Israel, yang membawa maksud 'Hamba Allah' atau Abdullah. Al-Quran memanggil anak cucu Israel (nabi Yaakub) dengan panggilan penuh belaian kasih sayang, "Wahai Bani Israel..(anak-anak Yaakub), ingatkah kamu ke atas nikmat-nikmat yang telah Ku anugerahi kepada kamu, dan Aku telah melebihkan kamu di atas bangsa-bangsa lain di alam ini..."

Mereka juga popular dengan sebutan Yahudi. Dari mana pula datangnya Yahudi ini? Nama Yahudi lahir dari satu puak daripada 13 puak dalam bani Israel. Di antara terdapat satu puak bernama puak Yahuda. Dari Yahuda lahirlah panggilan Yahudi. Jumlah 13 puak ini pula terbentuk hasil daripada keturunan anak-anak nabi Yaakub seramai 13 orang, termasuklah keturunan nabi Yusuf, Bunyamin, Levi, dan lain-lain.

Benar mereka istimewa, tetapi itu suatu masa dahulu. Keistimewaan mereka tetap ada syarat. Syarat perjanjian dengan Tuhan, mereka mesti memelihara iman dan agama. Sepuluh wasiat firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s. adalah janji yang perlu dipelihara mereka. Termaktub dalam perjanjian, "Tidak akan terkena janji ini, bagi mereka yang menzalimi" sebagaimana maksud Firman Allah SWT.

Negara Israel

Negara Israel bukan lama, baru sahaja berusia 46 tahun. Sebelum ini, tidak ada di mana-mana inci bumi ini sebuah negara bernama Israel. Di saat negara-negara di dunia telah lama berdaulat, Israel baru terkial-kial untuk mencari tempat di atas muka bumi ini. Kini dengan megah ia berdiri sebagai sebuah negara.

Bermula tahun 1947, dengan helah mainan politik barat bersekutu, dan campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara Israel tegak di atas bumi Palestin. Menerusi perjanjian Balfour, Inggeris menyerahkan Palestin untuk dibina penempatan Yahudi.

Kini, yang ada hanya tinggal Tebing Barat dan Tebing Gaza sahaja. Itupun, kedaulatan hanya pada nama. Kuasa legislatif, ekonomi, ketenteraan semua dalam kepungan dan genggaman Yahudi.

Palestin dan mata wang Israel

Baik Gaza maupun Tebing Barat, Palestin tiada mata wangnya sendiri. Semua urusniaga menggunakan mata wang Sheqel, milik Israel. Sebelum ini, rakyat Palestin menggunakan mata wang Lira, Lubnan.


Sejak penguasaan Yahudi, matawang Sheqel telah digunapakai sehingga kini. Semua barangan harus dibeli daripada Israel. Bukan hanya penguasaan politik, Palestin juga dikepung dengan hegemoni ekonomi Israel sehingga kini.

Palestin di ambang bahaya

Lihatlah peta Palestin. Sejak tahun 1947 hingga kini. Apa yang sudah terjadi? Kini, Palestin tidak ubah tahi lalat manis di wajah anak dara sunti. Kelak bakal hilang dari pandangan, jika umat masih leka, ralit dibuai lena.

Adakah Palestin mendapat semula permata yang hilang, atau bakal berputih mata dengan kehilangan tanah yang sekelumit cuma? Tepuklah dada, tanyalah selera. Masing-masing mungkin sudah boleh meneka jawapannya.

Formula yang digunapakai adalah jelas dan mudah. Buat kacau, damai dan serah tanah. Dengan formula inilah negara Israel mendapat kedaulatan. Pepatah Melayu klasik 'Bagai Belanda mendapat tanah' kini mungkin terpaksa diganti 'Bagai Yahudi mendapat tanah'.

Agenda penaklukan Israel

Agenda mereka tertera pada bendera biru putih itu. Menurut Henry Ford dalam bukunya The International Jew, dua palang biru bermaksud Penaklukan di negara-negara yang berada di antara sungai Nil dan sungai Furat.

Jika Palestin berjaya ditakluk sepenuhnya, maka, negara-negara yang terletak di antara dua sungai bersejarah ini harus bersiap siaga.

Ini juga bermakna, Kota al-Quds dengan simbahan cahaya Kubah Keemasan itu, mungkin hanya menjadi foto kenangan. Batu-batu Masjid al-Aqsa, mungkin akan terkubur bersama runtuhan dinding kotanya.


Jika umat masih tidak bersatu, maka percayalah, igauan ngeri ini akan menjadi nyata. Kala itu, kita hanya akan melihat, sambil berkata dengan nada penuh lemah, penuh hina, penuh tidak bermaya, "Apakan daya..kita hanya mampu berdoa..." Na'uuzu billah.

Di mana singa Allah?

Teringat semasa ziarah ke al-Aqsa tahun 1997 itu, dengan nada sinis, bilal tua di Masjid al-Aqsa yang tergagap-gagap itu bersuara, "Wahai umat, teruslah bercakaran. Wahai Arab, teruslah bersahabat dengan mereka (Yahudi). Wahai anak muda, teruslah bermimpi dan hanyut dalam dunia kamu yang indah. Semoga serpih-serpih dari runtuhan al-Aqsa kelak akan menyentap urat leher kamu dan menyentak kamu dari tidur lena nan indah!"

Agaknya, di masa itu, baru kita tercari-cari, di mana saf para pejuang Ilahi. Di mana wira Salahuddin al-Ayyubi? Di mana Tariq Ibnu Ziyad? Di mana Hamzah Singa Allah? Di mana Muhammad Ibni Abdillah?

Namun kala itu, nasi telah menjadi bubur. Semua harapan telahpun hancur. Sesal kemudian, tiada apa lagi yang berguna. Jalan di hadapan hanya dua. Adakah bangun membina saf hadapan atau masih ingin terus dalam dakapan igau lena yang berpanjangan.

Ada akal, fikir. Ada mata, pandang. Ada telinga dengar. Jangan sampai termakan sumpah Summum Bukmun 'Umyum Fahum La Yarj'iuun...! (Mereka itu pekak tuli, bisu, buta dan tidak 'reti' bahasa! Keras, tegas. Bagai jarum tersusuk dalam segenap urat dan nadi. Teruslah wahai Bilal tua. Katakan yang benar, walaupun pahit. Umur kamu tidak lama sahaja yang tersisa. Apa digentar, Tuhan kan ada.

Kami memerlukan orang dewasa seperti dirimu. Di luar masjid, suara-suara bergema, Khaibar-Khaibar Ya Yahud, Jaisy Muhammad Saufa Ya'uud! (Ingat nasibmu dalam peristiwa Khaibar, wahai Yahudi. Tentera Muhammad pasti kan kembali!)

Rujukan Di sini
---------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 17 April 2009

Thursday, April 16, 2009

Diari 2008 : Boleh Bah Kalau Kau (DAY 1)

3 jam penerbangan yang meletihkan segala urat dan sendi....

Pulau Labuan yang kelihatan dari jauh...

Dah nampak daratan dah...


Mendarat sudah!!! Mendarat di Terminal 2 Airport KK


Masjid Likas di kejauhan

Bangunan Yayasan Sabah..Gambar dari Tanjung Lipat ni

Segalanya bermula bila saya call ayah, selepas beberapa ketika berbual…
“Ayah, chek ingat nak pi sabah la hujung taun(tahun) ni, saja, chek nak jalan2..Boleh dak??? ”

Ntah bila bermula, tapi saya rasakan saya lebih teliti hal izin ibu bapa ini berbanding perempuan (mungkin tak kot).. Sepanjang berada di sini, ke mana saja saya pergi saya akan call, bagitau dan minta izin ayah dulu, nak ke Bandar kuching, rehlah, usrah, nak ke tempat ceramah, program rasmi Institut, saya sakit, saya demam, saya sedih, saya seronok, segalanya saya akan bagitau ayah dan mak.. Hati saya tenang begitu, saya berprogram dalam keadaan selesa. Saya memerlukan Dakwah, Saya juga perlukan mak dan ayah dan Alhamdulillah, bila mana izin diminta dan diperkenan, segalanya lancar dan mudah.. Saya ulangi, yang penting hati TENANG..

Selepas saya call ayah, ayah call saya semula,
“Ayah ingat kami nak ikt juga la..lagipun mak ngah nor ad asana, bulih kita ziarah dia”

Wah.. Bercuti sakan kita tahun ni..maka berbincang lah saya dengan ayah tarikh yang sesuai.. Tarikh harus disusun dengan baik..saya tersepit antara KBS,Kem Anak Soleh, dan juga Aidil Adha.. Kami pilih di tengah-tengah. Penerbangan tambang murah saya pilih, Air Asia. Kos yang agak murah. 4 beranak pergi balik RM2000. Kalau MAS, bermimpi 6 kali baru dapat harga serendah itu untuk pergi balik.
---------------------------
Pada cuti hujung tahun, saya pulang ke Kedah dulu, memberi pengisian di beberapa program, seterusnya pulang ke Gunung Semanggol untuk beberapa kenduri dan terus sahaja ke Pulau Pinang. Akan bertolak di sana untuk penerbangan terus ke Kota Kinabalu.

“Ala mak, kasut chek ni getah ja, kita bli kasut baghu la..”, ayat bodek untuk dapatkan sandle baru secara PERCUMA!!
“Ok, jom kita singgah Quennsbay”…

Bermalam di rumah Makchak malam tu….
--------------------------
Sebelum bertolak lagi saya dah mencari beberapa laman web pelancongan Sabah, untuk tahu tempat yang menarik.. Tak dapat tidak..Cari tempat yang ada orkid dulu..Kegemaran mak tu..
------------------------

Berhampiran Pintu Masuk UMS....
Antara jualan yang femous di pasar Filipine iala ayam panggang...
Bergambar dengan laut...
Antara yang di jual di sini...Gambar Bakso tak sempat..sbb dah habis makan baru ingat..
Depa pun bergambaq juga....
Ikan kat sini warna warni...
Penerbangan ke Sabah memang lama..Ya lah..penerbangan terus tanpa transit di mana-mana. Hampir 3 jam perjalanan. Boring??? Mmg boring… mujurlah Peramugaranya bijak berceloteh.. Apabila meLIMPAS (sama makna dengan lintas) Pulau Labuan, penumpang di beritahu, maka sempatlah ambik gambar barang sesnap dua.

Sampai ke Airport ke 2 KK kira2 jam 1 tengahari.. Mak Ngah nor dah tunggu. Maka bertolaklah kami ke rumah dia di Sepanggar. Makan tengahari..Solat..Rehat..dan petangnya terus saja ke Kota Kinabalu (Selepas ini disebut KK). Singgah saja di pasar Filipine..Untuk melihat suasana dulu.. Saya memesan pada Mak..

“Jangan memborong lagi..kita ada banyak hari lagi..kita jalan-jalan dulu”

Di bahagian belakang pasar, ada jual makanan ala-ala pasar malam. Makan la sikit.. Makan Bakso..Kuah toyu(kicap) dia asli dari indon punya..dan beli juga barang dapur..Ya lah, kita duk rumah orang..kena la beli barang sikit..
--------------------------
Dalam pada itu..Saya dah menghubungi Tok Moh (tourist guide a.k.a rakan seinstitut), untuk berbincang tempat yang boleh dilawati di sabah..Tok Moh hanya dapat datang pada hari ke tiga..Esoknya hari isnin..kerja..mak ngah nor tak dapat tolong..maka sayalah yang akan membawa keluarga pusing2 di KK..Alhamdulillah..ada pengalaman datang KK dulu..maka tiada masalah untuk berjalan2…

……bersambung….

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 April

Gambar Hari Ini : Kasih Sayang

Here the swallow's the other half (wife) is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road.
He brought her food and attended to her with love and compassion.

He brought her food again but was shocked to find her dead.He tried to move her......a rarely-seen effort for swallows!

Aware that his sweetheart is dead and will never be with him again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit.

He stood beside her as his heart weeps for his only love . Finally aware that she would never return to him, hestood beside her body with untold pain and despair.?Millions of people cried after watching this picture inAmerica and Europe and even in India . It is said that thephotographer sold these pictures for a nominal fee to themost famous newspaper in France .All copies of thatnewspaper were sold out on the day these pictures were published.And many people think animals don't have a brain or feelings?

Gambar Hari Ini : Semuanya Segera!

Inilah Produk terbaru di pasaran..Burger dalam tin...

Masukkan saja dalam air yang mendidih...

Pastu buka penutup tin...
Pastu..apa lagi.makan la...

Kitab Injil bawa Khadijah kepada Islam

KHADIJAH Emile, wanita warga Jordan yang berasal dari Palestin ini dilahirkan kira-kira 48 tahun lalu. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian dan pernah bekerja sebagai pengurus pejabat.

Menurut wanita ini kepada laman web IslamOnline.net, pegangan agama Kristiannya bertahan sehingga 15 Januari 2006 apabila, dia memeluk agama Islam, tiga tahun lalu.

Akui Khadijah lagi, dia membesar dalam sebuah keluarga yang tidak begitu komited dengan agama Kristian yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Apatah lagi, bapanya berfahaman ateis. Malah bapanya juga tidak pernah mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk mengikutnya atau masuk campur dalam pilihan mereka.

Ibunya memang dilahirkan Kristian dan mewarisinya dari nenek moyang. Sekali gus ibu bertanggungjawab membesarkan dia adik-beradik dengan cara hidup Kristian.

Khadijah menerima pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh para biarawati. Oleh sebab itulah, mempelajari Kristian adalah wajib dan mereka terpaksa menghadiri perjumpaan pada setiap Ahad dengan dihadiri paderi serta perjumpaan khas pada Rabu untuk setiap pelajarnya.

Keluh Khadijah, dia tidak menyukai ritual dalam setiap perjumpaan kerana beranggapan tidak wujud perasaan yang menghubungkan dirinya dengan tuhan menerusi ritual-ritual tersebut. Namun dia berpura-pura menyukainya dengan keyakinan bahawa itulah satu-satunya cara atau peluang untuk merasai dekat dengan tuhan, satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih dan merayu kepada-Nya.

Lantaran itu, jauh di sudut hatinya, Khadijah tidak berapa selesa dengan segala proses itu. Berkemungkinan kerana suasana dan kaedah ia dikendalikan di mana berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan malah perlu kepada orang tengah iaitu paderi yang khusus berkuasa untuk mengampunkan dosa.

Mengapa tidak boleh secara terus?, Kenapa perlu ada pihak ketiga? Apatah lagi orang ketiga itu juga adalah manusia sepertinya.

Menurut Khadijah, sejak kecil lagi mereka sekeluarga mempunyai seorang pembantu (amah) yang datang ke rumah membantu ibu membersih dan mengemas.

Dia seorang Muslim. Saya cukup tertarik apabila melihatnya bersembahyang. Saya dapat lihat keikhlasan dan kekhusyukan si amah, meskipun dia bersembahyang sendirian dan tidak di rumah ibadat.

"Saya pernah bertanyakan kepada amah itu, adakah dia rasa Allah dekat dengannya semasa bersembahyang? Jawabnya, "Ya, bila kita sembahyang, kita akan rasa kehadiran-Nya".

Jawapannya itu menyentuh jauh di sudut hati saya. Sejak itu, setiap kali berkumandang laungan azan, saya iri hati kepada orang Islam. Ini kerana memikirkan saat ini mereka sedang mendirikan sembahyang dan hampir dengan tuhan mereka.

"Pun begitu saya masih dengan agama Kristian sehinggalah pada usia awal 30-an, apabila saya mula menyertai parti komunis dan pada masa sama cuba meminggirkan agama. Ia secara tidak langsung, menjadikan saya berfahaman ateis. Namun saya tidak menolak kewujudan tuhan. Walau bagaimanapun, ia cukup jelas bahawa hubungan saya dengan tuhan sudah terputus dan hanya berlaku pada sambutan Hari Natal, Easter dan semasa menyertai majlis-majlis sosial," katanya.

Lama kelamaan, Khadijah bosan dengan hubungan yang sentiasa terputus-putus itu. Jadi dia membuat kesimpulan bahawa satu cara sahaja untuk mengatasinya iaitu ialah dengan membina semula hubungan dengan agama. Dia yakin dengan kaedah sebegini, akan menguatkan pertalian dengan tuhan.

"Peliknya, semakin saya mendekatkan diri dengan agama dan pengajarannya, saya dihantui dengan soalan-soalan seperti; Siapa itu Tuhan? Adakah dia Ayah, Anak atau Roh Kudus? Sedangkan Tuhan itu Satu. Bagaimana Tuhan itu ada anak dan anak itu pula adalah Dia dan mengapa pula tuhan perlukan anak untuk membuktikan dia tuhan?

"Mengapa sebagai seorang Kristian, saya perlukan Nabi Isa untuk berhubung dengan Allah? Jika Nabi Isa itu nabi dan dia juga manusia seperti saya, sungguhpun dia memiliki tahap kerohanian yang jauh lebih tinggi.

"Tetapi saya tidak perlukan Nabi Isa untuk menghubungkan saya dengan tuhan. Lagipun, Nabi Isa hanyalah pesuruh-Nya. Jadi kalau dia juga tuhan, bermakna saya kena menyembah dua orang tuhan? Ia sesuatu yang tidak masuk akal," akui Khadijah.

Sejak itu, Khadijah mula banyak membaca, lebih-lebih lagi dalam situasi tertekannya itu. Dia berusaha mendekati tuhan menerusi Kristian, agama yang diwarisi sejak dilahirkan.

Sayangnya, hatinya semakin bimbang dan fikirannya semakin berserabut, apa lagi apabila menyentuh aspek amalan dan ajarannya. Khadijah semakin sedar bahawa apa yang ada di dalam kitab Injil itu bukan daripada Allah.

Malah di dalam kitab itu juga banyak ditemui petunjuk bahawa Nabi Isa itu cuma seorang nabi yang diutus oleh Allah untuk menyempurnakan agama yang dibawa oleh nabi sebelumnya.

Contohnya dalam Matthew 18:11, John 12:49, Matthew 5:17, Mark 10:18, Mark 9:37, John 17:3 dan banyak lagi contoh di mana Nabi Isa tidak pernah mengakui bahawa dirinya itu Tuhan.

Jadi, dari mana datangnya idea tentang konsep Triniti, soal Khadijah. Semua persoalan ini membingungkan fikirannya bertahun-tahun lamanya. Sungguhpun pelbagai jawapan yang diberikan oleh paderi bertauliah, seperti ia adalah satu mukjizat, namun semuanya masih boleh disangkal dan dipersoalkan.

Dengan demikian, Khadijah mula membuat penyelidikan sehinggalah beliau mengetahui tentang debat yang bertajuk, Is the Bible the Word of God? oleh Ahmad Deedat, seorang penceramah dari Amerika Syarikat.

Banyak bukti yang diperjelaskan oleh penceramah itu menyedarkan Khadijah akan penyelewengan yang telah dilakukan ke atas kitab Injil. Maka sejak itu, hijrah akidah Khadijah pun bermula.

Serangan menjadi-jadi ke atas Islam merebak di arena antarabangsa, ia telah membantu Khadijah untuk lebih mendalami agama Islam. Umat Islam hanya mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah malah segala sesuatu itu hanyalah datang dari-Nya dan tiada suatu di dunia ini berkuasa menandingi kekuasaan Allah. Rukun ini menjadikan Islam itu agama yang realistik bagi Khadijah.

Menurut Khadijah, Islam adalah agama yang menyeru manusia menyembah Allah dan hanya kepada-Nya tempat meminta. Ini jelas membuktikan tiada perlu ada perantara di antara hamba dan Pencipta iaitu Allah SWT.

Akhirnya, naluri Khadijah merasai dirinya serasi dengan Islam tanpa sebarang penolakan malah minda dan hatinya tenang dengan Islam, seolah-olah dirinya dilahirkan sebagai Muslim.

Tanggungjawab melaksanakan solat itu perlu demi mendekatkan diri dengan Allah, malah dia melaksanakan puasa pada bulan Ramadan dan membaca keseluruhan al-Quran.

"Saya dapati diri ini benar-benar menerima Islam secara lahiriah dan batiniah. Akhirnya saya temui ketenangan dalaman. Saya mengucap dua kalimah syahadah pada sambutan Aidiladha iaitu pada 15 Januari 2006 dengan disaksikan dua teman baik Muslim.

"Sukar untuk digambarkan perasaan gembira ketika itu. Syukurlah saya telah diselamatkan di dunia dan di akhirat oleh Allah di mana telah memilih saya menjadi hamba-Nya," kata Khadijah yang mendirikan solat sunat kesyukuran sebaik bergelar Muslim.

Rujukan di sini

Tuesday, April 14, 2009

Seloka Aurat




Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Dapat Exco Baru

ALOR SETAR – Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau yang diadakan 7 April lalu telah memberi kemenangan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. S. Manikumar, sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Sebagai menunakan janji yang dibuat oleh YAB Menteri Besar terhadap pengundi Bukit Selambau, kini S. Manikumar dilantik pula sebagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Istiadat Pelantikan telah berlangsung di Istana Anak Bukit.
Upacara tersebut diadakan serentak dengan pelantikan Penasihat Undang-undang Negeri Kedah baru, YB. Tuan Anas Ahmad Zakie, menggantikan YB. Dato’ Zakiah Kassim yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.YB. S. Manikumar dan YB. Tuan Anas mengangkat sumpah di hadapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menerima watikah pelantikan daripada baginda.YB. S. Manikumar, 35, menggantikan bekas Exco V. Arumugam yang meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Beliau kini merupakan Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Turut berkenan berangkat pada istiadat itu adalah KDYMM Tuanku Sultanah, Sultan Hajjah Haminah Haji Hamidun. Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kaji Semula Islam Hadhari


KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, sokongan harus diberikan kepada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Juanda, ia bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya tidak hanya diperakui dari segi teori semata-mata.

“Pendekatan melalui segi teori sahaja tidak cujup dalam memperkasakan umat Islam, malah ia perlu diterapkan dengan konsep praktikal di dalam menghayati ajaran Islam.

“Penerapan Islam dari segi praktikal adalah penting dalam memenuhi arus perubahan masyarakat bukan hanya bergantung kepada program-program stereotaip yang dianjurkan yang tidak dijamin keberkesanannya,” kata beliau lagi.

Menurutnya, banyak program kini yang dianjurkan tidak sampai ke peringkat akar umbi dan kajian semula mengenai konsep ini mampu menambah baik dalam usaha dakwah ini.

“Dalam usaha seperti ini (penerapan Islam) ia tidak perlu dicop oleh apa-apa jenama sebaliknya hanya berasakan al-Quran dan al-Sunnah,” kata beliau lagi ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kajian semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari adalah antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) Guru-Guru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (KAFA) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, kelmarin.

Monday, April 13, 2009

Gambar Hari Ini : Perangai Rakyat kita..

Seorang budak telah memerajukkan dirinya akbiat dimarahi ibunya...

Kalau nak mati..kat mana pun mati..tidoq atas tilam pun mati maa..

Sapa berani curi yop...!!!?
Kasih kan anjing....bawa2 kan..
Akibatnya bila mat rempit memandu bas...

Ini tidak termasuk dalam tolong menolong yang menambahkan iman dan taqwa...

Mabruk..Selamat Pengantin Baru..


Moga-moga baitul Muslim yang di bina akan lebih mengukuhkan lagi semangat sahabat berdua yang menuntut ilmu dipelembahan Nil...
-Seorang lagi akhawat Maahad yang di sunting-

Gambar Hari Ini : Sederhananya YDP Agong kita...

Merupakan Payung kepada Negara..
Sanggup merendahkan darjat...
Alhamdulillah..memahami hukum Islam

Bersantai bersama keluarga..

Gemar membawa anakanda ke majlis rasmi
Mencuba Kiosk baru
Dah berjaya...

Saturday, April 11, 2009

Surat Tuan Guru...

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.


Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin