Monday, March 9, 2009

Cinta Rasul : Kota-kota Rasulullah

Selusuri sejarah junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. menerusi kota-kota yang dijejaki baginda.
MENYELUSURI sirah Nabi Muhammad s.a.w. selama 63 tahun hayat baginda, kita dapati junjungan mulia ini telah menjejaki beberapa kota sama ada atas tujuan dakwah, hijrah, perjalanan mukjizat mahupun perniagaan.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, barangkali menjadi sesuatu yang menarik andai kita dapat mengimbas kembali kehidupan baginda bukan sahaja dari sudut keperibadiannya, bahkan juga mengekori jejak perjalanannya.

Mengenali lebih dekat kota-kota yang pernah baginda jejaki pastinya akan menambahkan penghayatan kita dalam mendalami sejarah hidup baginda.

Kota pertama yang begitu sinonim dengan Nabi Muhammad s.a.w tentulah kota kelahirannya iaitu Mekah. Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.

Kelahiran putera kepada Abdullah dan Aminah ini membawa lentera ke seluruh pelosok tanah haram dan diriwayatkan penduduk Mekah, mereka melihat sinaran cahaya yang sungguh menghairankan dan menggirangkan saat baginda dilahirkan. Kala itu, api-api yang disembah kaum Majusi turut terpadam.

Dengan kelahiran junjungan mulia itu, bertambah terkenal kota Mekah yang berpasir dan berdebu.

Kini, kota Mekah, tempat terbinanya Kaabah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji, Rukun Islam kelima. Mekah atau Makkah al-Mukarramah terletak kira-kira 73 kilometer (km) dari timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi di ketinggian 277 meter (910 kaki) dari paras laut.

Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan sebagai pengembangan kontemporari bandar raya itu. Ia berpusat di sekitar Masjid al-Haram.

Dianggarkan sejumlah 3.5 juta umat Islam membanjiri tanah suci Mekah khususnya pada bulan Zulhijjah setiap tahun ketika musim haji.

Kota kedua yang dijejaki Nabi Muhammad s.a.w ialah Bosra di Syam (kini, Syria) ketika mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika itu, baginda berusia 12 tahun. Abu Talib yang amat menyayangi Nabi Muhammad merupakan penjaga baginda setelah bapa, ibu dan datuknya, Abdul Mutalib wafat.

Semasa pemergian baginda ke kota itulah, sifat kenabian Nabi Muhammad s.a.w berjaya dikesan oleh seorang pendeta Nasrani, Bahira. Antaranya, Bahira menyaksikan kelompok awan yang menaungi rombongan perniagaan Abu Talib ketika perjalanan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Bahira adalah insan pertama yang meminta agar Abu Talib benar-benar menjaga Nabi Muhammad s.a.w kerana jika diketahui kewujudan baginda, pasti orang Yahudi akan menghapuskannya.

Bosra kini merupakan satu bandar bersejarah mengandungi kota-kota era Rom, Byzantine dan Islam yang telah musnah. Ia telah diiktiraf sebagai kawasan warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
MEKAH kini menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan haji manakala Madinah, Baitulmuqaddis dan Euthopia terus dikenang sebagai kota yang kaya dengan sirah Rasulullah.
Nabi Muhammad s.a.w direkodkan pernah ke Syam sekali lagi ketika membantu memperdagangkan barangan hartawan wanita, Siti Khadijah Khuwailid yang kemudiannya menjadi isteri baginda. Siti Khadijah terpikat dengan keluhuran akhlak dan sifat amanah yang dimiliki baginda yang terkenal dengan jolokan al-Amin dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy.

Setelah diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan dakwah. Antara kota yang pernah dijejaki Rasulullah untuk berdakwah ialah Ta'if yang merupakan sebuah bandar dalam negara Arab Saudi dan terletak kira-kira 97 km dari kota Mekah.

Nabi Muhammad s.a.w memilih kota itu kerana menyangkakan kota subur itu lebih mudah menerima Islam setelah baginda menerima tentangan hebat daripada kaum musyrikin Mekah.

Namun kedatangan baginda telah diejek dan dihina oleh penduduk Ta'if dengan balingan batu sehingga tubuhnya berdarah. Keadaan itu menyebabkan malaikat Jibril turun dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, adakah baginda mahu malaikat menghancurkan kota itu dengan menghempapkan gunung. Namun Nabi Muhammad s.a.w menolak dan sekadar berdoa moga-moga Ta'if melahirkan zuriat yang menyembah Allah yang Esa. Doa baginda dimakbulkan apabila kota Ta'if kemudiannya menerima Islam.

Begitulah terpujinya akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Biar seteruk mana tentangan yang diterima, baginda tidak menyimpan dendam dan tidak akan membalas perbuatan yang jahat dengan kejahatan.

Ta'if kini merupakan satu daerah yang cukup terkenal dengan tanaman anggur dan madu. Padang pasirnya juga ditumbuhi kaktus. Berpopulasi penduduk 521,273 orang, majoriti penduduknya adalah Islam bermazhab Sunni.

Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menjejaki masjid al-Aqsa di kota Baitulmuqaddis (Jerusalem) di Palestin menerusi satu perjalanan mukjizat yang dinamakan Isra' Mikraj. Masjid al-Aqsa disebutkan dalam al-Quran sebagai tempat transit baginda sebelum dimikraj ke langit dalam peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab 620 Masihi.

Kini, Baitulmuqaddis adalah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur) dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan iaitu Islam, Kristian, Yahudi dan Armenia.

Sehingga hari ini, status semasa kota itu masih menjadi konflik dan terus dipertikaikan.

Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w meminta sebahagian pengikutnya berhijrah ke Habsyah (kini Euthopia) untuk mendapatkan perlindungan rajanya, Raja Najasyi yang diketahui tidak berlaku zalim. Najasyi mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.

NABI MUHAMMAD pernah ke Syam atau kini Syria untuk berdagang bersama bapa saudaranya, Abu Talib.

Walaupun Nabi Muhammad s.a.w tidak turut serta dalam hijrah itu, namun peristiwa penghijrahan sekumpulan umat Islam Mekah ke Habsyah tetap menjadi sejarah.

Peristiwa hijrah ke kota Madinah atau nama asalnya, Yathrib pula berlaku pada 622 Masihi. Ketika itulah bermulanya permulaan kalendar hijrah. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut ancaman puak Quraish Mekah tetapi kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Selepas tiba di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Di Madinahlah terletaknya masjid pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba'. Di kota itu jugalah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w, kawasan yang dibina di atas tapak rumah baginda.

Nabi Muhammad s.a.w wafat di Madinah pada tahun 632 Masihi.

Rujukan di sini.

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul



Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.


MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)? Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun! Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu. Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi. Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu. Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai “otak” atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu ‘sudah berjaya’ atau ‘akan berjaya’, para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C). Kalau cara yang ‘mengelat’ ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (‘foreign language’) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah:

10 Rabi’ul Awal 1430 bersamaan 7 Mac 2009.

Gambar Hari Ini : Aku nampak mcm serupa

Eh..Macam pernah tengok...

Sapa kata sama..tak sama aih...

Ni negara org..bukan negara kita...

Polis kita baik..menjunjung al-Quran dan Sunnah..sudah tentu ada akhlak Nabi.. Kalau hampa perasan..di logonya ada tulih Allah dan Muhammad.. tentu hati depa taqarrub dengan Allah..

Gambar Hari Ini : RFC dah dibuka di Aloq Setaq

Bakal menjana ekonomi orang Islam di Malaysia

Menu (Klik untuk besarkan)

Menu (Klik untuk besarkan)

Ahli Unit Amal Kedah yang berjaya...

Bangunan Baru di Shahab Perdana (Tak sabaq nak pi)

Unit Amal menjaga lalu lintas

Ketibaan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk merasmikan pembukaan RFC di Aloq Setaq

Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus


Petikan Buku Sejarah Tingkatan 4, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, cetakan 2005, muka surat 85.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Sebelum lahirnya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia Tenggara diterajui oleh seorang ketua. Pada masa itu gelaran raja belum digunakan. Gelaran tersebut mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Dalam sistem tersebut, raja berada di puncak pemerintahan. Dibawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu, pembesar, termasuk ahli agama, iaitu Brahmin. Kemudian terdapat pula rakyat daripada perlbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba.

Raja berkuasa mutlak dalam semua asperk pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara. Perintah raja menjadi undang-undang wajib dilaksanakan. Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.

Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil. Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan Tuhan. Maka, lahirlah konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu, raja tuhan atau dewa-raja turut dipercayai memiliki kesaktian, maka kemudiannya lahirlah unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.

Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan perlabagai adat istiadat seperti pertabalan raja. Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama Hindu atau Buddha. Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

Selanjutnya baca pula.........

Petikan Buku Sejarah Tingkatan 4, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, cetakan 2005, muka surat 111.

Penentangan Terhadap Islam

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia. Prisnsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahilliyah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Selain itu, mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri, merompak dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

Itulah kenyataan jelas dan terang sebab wujudnya sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara yang mewarisi sistem beraja Hindu yang mengkasta manusia, sedang dalam sistem Islam manusia adalah sama taraf melainkan tahap taqwanya kepada Allah swt yang diakui sendiri oleh Penulis Buku Teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jangan pula selepas ini buku teks itu pula akan diharamkan pelajar membacanya, kerana berlawanan dengan anutan yang dipegang oleh orang yang berkuasa.

Aku tetap memilih sistem pertama yang diketengahkan oleh Junjungan Besar Rasulullah saw, dan tidak akan mengikut sistem yang telah menyimpang yang dilakukan oleh Dinasti Umaiyah, Abassiyah dan berikutnya.

Oleh itu, bagiku, adalah tidak layak kepada sesiapa yang menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Rasulullah saw, tiba-tiba ia seolah-olah mempertahan ajaran agama Hindu.

Semoga pelajar Islam, Tingkatan 4 yang menghadhami buku sejarah Tingkatan 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2005 akan berjaya meletakkan kembali ajaran awal Junjungan Besar Muhammad saw di landasannya Sirathal Mustaqim.

Ingatlah....
Jadi Hamba - akhirnya Mati
Jadi Presiden - akhirnya Mati
Jadi Raja - akhirnya Mati
Jadi Rakyat - akhirnya Mati
Jadi Miskin - akhirnya Mati
Jadi Kaya - akhirnya Mati
Jadi Segak - akhirnya Mati
Jadi Jahat - akhirnya Mati
Jadi Baik - akhir Mati
Jadi UMNO - akhirnya Mati
Jadi PAS - akhirnya Mati

Duduk, berdiri, tidur, jaga, makan, jalan, berak, kencing, demam, sihat, kuat, .... apa-apa je.... akhirnya Mati

Persoalannya.....Bersediakah kita untuk kehidupan selepas Mati, dengan menjadi dunia sebagai Jambatannya???

--------------------------
artikel ini (Rujuk
sini) untuk mengubat hatiku..hari ini Bahasa aku sedang di “romen” dengan rakus..kasarke??? Kan aku diajaq cakap orang putih..aku tak bnyak vocab..

Tokoh Hari Ini

Biaq Gambaq Yang Berceghita..

Saturday, March 7, 2009

Allah permudah perjalanan ke Gaza

Anak kecil itu merintih dan menangis. Jeritan suaranya tersekat-sekat memanggil-manggil "Ummi..Ummi..Ummi." Rambut perang ikal terurai itu dibalut kain putih, sambil di sana sini kelihatan tompok-tompok merah darah. Ia belum menyedari, sebenarnya ibu dan ayahnya sudah tiada lagi.

Ibu dan ayahnya gugur syahid di medan perjuangan. Tinggal anak itu keseorangan. Tangisan dan panggilannya mula menggugat rasa. "Kasihan kau anak, apa yang mampu kulakukan untuk menyeka air matamu, wahai anakku..?" Perasaan sebak yang tadinya ditahan-tahan, kini tak mampu untuk dibendung lagi. Tanpa disedari, airmata mula membasahi pipi.

Doa termakbul

Begitulah senario yang berlaku. Saban hari satu-persatu tersiar di dada akhbar dan tertera di kaca televisyen. Naluri untuk membela dan membantu mereka yang teraniaya tercetus dengan sendiri.

"Ah! Kedurjanaan ini tidak boleh dibiarkan lagi!" Meletus jeritan sekuat-kuatnya, sekeras-keras suara, namun ia hanya suara kecil yang terbit dari relung hati". Jika berpeluang untuk pergi.. aku mesti pergi!!".

Rupa-rupanya, itulah doa di hati kecil yang didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Memang terkedu dan tergamam seketika, apabila kami di Dewan Pemuda Masjid Malaysia diberi kepercayaan membawa pasukan media masuk ke Gaza.

Pengalaman membantu rakyat menderita di Darfur, Sudan ternyata tidak sia-sia. Terasa kecil diri ini di atas kurnia Allah yang begitu bermakna ini.

Tiba di Mesir


Kami tiba di Mesir diiringi 1,001 persoalan. Adakah kami mampu masuk ke Gaza? Bagaimana? Bila? Mengapa? Atau kami hanya mampu memandang sahaja, menggigit jari dan memendam rasa? Kala itu yang ada hanyalah harapan, yang belum tentu akan ternoktah menjadi suatu kepastian.

Hembusan angin Kota Kaherah pagi itu menusuk tulang. Kami mula berurusan dengan pegawai-pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Sikap yang ramah dan profesional, bantuan demi bantuan yang diberikan, amat menyenangkan dan harus diberi pujian.

Kami bertolak ke Rafah berbekal dengan surat Kedutaan Malaysia dan kebenaran daripada Bahagian Media Kementerian Penerangan Mesir. Hati mula diulit bimbang di saat van yang dinaiki meninggalkan kota Kaherah. Dari Ismailiah ke Rafah terdapat 11 sekatan jalan.

Iklim kawasan itu umpama zon darurat, kerana berdekatan dengan zon peperangan yang sebenar. Untuk sampai ke Arisy yang hanya 40 kilometer (km) sahaja ke Rafah, sudah dikira satu kejayaan. Apatah pula untuk tiba di gerbang Rafah yang megah itu.

Namun, perjalanan kami menuju Rafah sebenarnya menjadi perjalanan yang begitu mudah. Setiap pos kawalan keselamatan berjaya dilepasi.

Kebimbangan kami sebelum ini, mula menghilang daripada kotak fikiran. Mungkin juga ia berkat doa-doa makbul yang dipanjatkan oleh mereka yang di Malaysia.

Setiap malam si ibu membaca surah Yasin untuk keselamatan anaknya. Guru dan pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Hulu Langat turut berdoa di dalam perhimpunan demi sebuah perjalanan ke Gaza yang tiada kepastian. Doa demi doa, akhirnya mengundang satu pertolongan Allah SWT di saat-saat yang amat diperlukan.

Perjalanan kami dipermudahkan. Tiada yang mampu diungkapkan, selain kata pujian dan kesyukuran kepada-Nya yang tiada batasan.

Negara Mesir bukan sembarangan. Ia digelar oleh Rasulullah SAW sebagai bumi Kina-nah, iaitu wadah yang menampung anak-anak panah dalam perjuangan pada jalan Allah. Sifat ini akan berterusan hingga ke akhir zaman.

Ia tempat lahirnya deretan nama-nama besar Qari seperti Sheikh Abdul Basith dan Sheikh Mahmud Khalil Khusairi yang terkenal.

Sebagaimana ia juga melahirkan anak seni tersohor seumpama Umi Kalthum dan Omar Sherif. Sungai Nil merentasi buminya merakam pelbagai peristiwa suka dan duka. Ia juga bumi ilmu.

Di sebalik debu-debu jalanan, terdapat mutiara-mutiara berharga jika pandai mencarinya. Bagi kami, Mesir memiliki nostalgia yang tersendiri. Bak kata pepatah, "Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mengutip permata berharga."

Di sinilah tempat mengutip permata ilmu dari guru-guru yang disegani, di antaranya Sheikh Muhammad Mutawalli as-Syarawi dengan keindahan tafsirnya, Muhammad Zaki Ibrahim dari segi hadis dan kezuhudannya, dan Sheikh Nuruddin al-Makkiy al-Banjari dengan keahlian fiqhnya dan keberkatan sanad-sanadnya.

Di sini juga tempat mula terbina istana hidup berkeluarga. Jika tidak, masakan Habiburrahman as-Shirazi mampu melakar lukisan hidup di kota Kaherah dengan penuh indah dalam novel Ayat-Ayat Cintanya. Memang benar, Mesir penuh dengan nostalgia.

"Petugas media diminta beratur!" Tempikan kuat dalam pelat Mesir Baladi (desa) yang pekat dan suara yang garau sekelip mata menghilangkan keasyikan bernostalgia. Baru tersedar, rupa-rupanya dua belah tangan sedang berpaut erat di pagar besi berwarna hitam di gerbang Sempadan Rafah Mesir yang amat terkenal itu!

Gerbang Rafah

Tiba-tiba sahaja Rafah mula terkenal. Ia tempat bersejarah, kerana pernah melalui zaman Firaun (925SM), Assyria (720SM), Byzantin, Yahudi dan Islam (635M). Namun kali ini ia terkenal kerana ia adalah satu-satunya pintu masuk ke Gaza. Kemasyhuran nama pintu gerbang Rafah hampir-hampir menenggelamkan populariti penjara Teluk Guantanamo di Tenggara Cuba dan Abu Ghraib di timur Baghdad.

Pintu gerbang Rafah yang kukuh sepanjang 40 meter (m) dan tingginya 15m ternyata bukan mudah untuk dibolosi. Di sinilah tempat keluar masuk makanan, ubat-ubatan, sukarelawan, wartawan dan penduduk keluar masuk Gaza.

Deretan lori-lori kontena, ambulans, orang ramai yang menunggu berjam-jam lamanya, antara pemandangan biasa di kawasan pintu gerbang itu. memang terdapat pintu masuk yang lain, seperti Kerem Shalom, Sufa, Karni, Nahal Oz dan Erez, namun terpaksa melalui Israel terlebih dahulu.

Justeru Rafah adalah satu-satunya saluran bantuan ke Gaza. Maka penutupan pintu di tengah kegawatan perang amat menimbulkan kemarahan dunia dan rakyat tempatan.

Ia juga menimbulkan persoalan, mengapa pintu untuk bantuan tidak dibuka, sedangkan anak-anak yang tidak berdosa sedang dimamah diratah derita dek rejim Zonis durjana? Hanya pemilik pintu gerbang itu sahaja yang mampu memberikan jawapan. Jika pintu Rafah dibuka, maka Mesir menjadi wira kemanusiaan terulung di mata dunia.

Keprihatinan rakyat Mesir

Rakyat Mesir amat prihatin dengan nasib saudara seagama mereka di Gaza. Kaunter derma darah di Baitul Hikmah, bangunan Kesatuan Kedoktoran Arab-Mesir penuh sesak dengan penderma.

Kaunter sumbangan wang ringgit tidak ubah seperti kaunter tiket perlawanan bola sepak. Anak muda, gadis, pelajar universiti, golongan profesional, peniaga jalanan dan pelbagai lagi bersilih ganti. Pengunjungnya bertali arus tanpa henti.

Aneh, memang aneh, kerana belum pernah dilihat keadaan seperti itu di mana-mana. Masjid dan universiti memainkan peranan penting bagi menyemarakkan kempen bantuan Gaza. Andai dibuka pintu Gaza, mungkin setiap inci bumi Gaza penuh sesak dengan sukarelawan Mesir yang prihatin.

Harapan menjadi kenyataan

Pagi itu berita menggambarkan ada harapan pintu Rafah dibuka. Olmert dengan angkuh mendabik dada, ia adalah keputusan sebelah pihaknya. Berita ini sudah cukup menghidupkan harapan. Kerana masa itu, perang masih bergolak hebat, pintu sempadan juga masih tertutup rapat.

Setelah sekian jam bergelut dalam kepekatan malam, berbalam-balam gerbang Rafah mula kelihatan. Perasaan gembira tidak dapat digambarkan. Kedinginan malam yang menyelinap tulang hitam tidak lagi diendah.

Menjejak kaki di atas tanah Rafah adalah satu anugerah. Namun, kegembiraan itu terpaksa disimpan, kerana pintu telah ditutup. Perjalanan masih panjang. Esok pula belum tentu menjanjikan kemenangan. Kami tiba lagi pagi ini, dan seperti biasa kami terpaksa berbaris dan menanti.

Jeritan pengawal bersuara garau tadi memberikan harapan, kerana ada kemungkinan pintu akan dibuka tidak lama lagi. Kumpulan media diminta masuk seorang demi seorang. Nama pun dipanggil, kaki menapak buat kali pertama, melepasi pintu Rafah yang kebal itu, selangkah demi selangkah.

Selang beberapa jam dalam kompleks imigresen Mesir, melintasi sempadan dengan bas yang terpelohong kosong bahagian simpanan bagasinya. Tidak lama di atas bas yang tambangnya RM100 itu, kami mula melihat papan tanda selamat datang ke Palestin. Kesengsaraan mengharung penjara buatan mula terubat.

Imigresen di Palestin tidak sesukar yang dilalui tadi. Urusan dibuat dengan mudah dan segera. Senyuman manis menghiasi wajah petugas-petugasnya. Wajah yang berseri, mungkin tanda kesabaran dan iman yang terpancar dari dalam dada. Seperti dalam mimpi, kami sudah menjejak kaki kami di atas pasir-pasir dan tanah Gaza!

Inilah bumi para wira dan Syuhada penghuni Syurga. Inilah tanah perjuangan. Inilah medan yang menyingkap wajah-wajah pahit manis dunia Arab dan masyarakat dunia. Inilah bumi yang menyimpan bukti kedahsyatan haiwan yang tertirai di sebalik nama Israel. Tiada perkataan untuk mengungkap perasaan. Syukur tidak terhingga, hanya diungkap melalui rasa. Udara disedut dalam-dalam. Setiap detik di tanahnya adalah mutiara. Setiap detiknya dihayati saat demi saat, kerana amat sayang masa yang berharga ini terbuang tanpa terisi dengan ingatan dan fikiran yang mempunyai makna. Gaza.

Salam ke atas mu duhai Gazzatul Haasyim! Allah Maha Besar!

Artikel ini disumbangkan oleh:

Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) www.pemudamasjid.com Tel: 03-6201 2340
---------------
Rujukan di sini

Terkini dari Masjid Negara..






3.00 petang: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.
2.55 petang: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara.
2.50 petang: Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
2.35petang: pihak polis mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata.
2.30 petang: Dianggarkan lebih 150 ribu orang sedang berusaha untuk menembusi sekatan FRU di jalan menghala ke Istana Negara.
------------------------
- Ya Allah selamatkanlah Bahasa dan Agama ku.. saya menjadi hairan..rasanya yang polisni hanya boleh dibilang dengan jari KAKI yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris...

Thursday, March 5, 2009

Gambar Hari Ini : Gerek Masa Depan

Gerek (basikal) pada hari ini
-----------------------
Gerek masa depan (di mana boleh bli ha???)





:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::

Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani

Markaz Tarbiah Haraki 5 Mac 2009

Kota Samarahan

Wednesday, March 4, 2009

Ustaz Yusof..Mengalir air mata ku..

Assalamualaikum….

Badan tidak berapa sihat..minggu yang panjang dalam keadaan cuaca di Kota Samarahan masih tidak stabil.. Dalam menyelesaikan KKBI untuk semester ni..saya menerobos ke beberapa blog sahabat2.. Terjumpa link manusia antara manusia yang saya hormati..Ustaz Yusof Ahmad..Guru penasihat LPTTMM.. Yang kini bertugas di Majlis Agama..banyak kenangan dengan ustaz..Terus terang.. Mengalir airmata saya..4 tahun tak bersua muka dengan ust akibat kejauhan..Tiap kali cuti cuba untuk berjumpa..namun sentiasa ada halangan..Moga saya berpeluang..

Teringat lagi di kala saya masih memilih samada untuk ke sarawak atau teruskan pengajian di Maahad untuk mengambil STAM dan seterusnya meneruskan harapan ust untuk saya Mesir, saya ikut ust ke sesi Ceramahnya di Gurun..Banyak benda yang kami perbincangkan..walaupun di hujungnya saya berada di IPGM..namun banyak nasihat ustaz yang menjadi pegangan saya.. Bahkan, jika yang menyedari, hasil titipan seorang rakan yang pernah berkata, “gaya anta berceramah ana rasa banyak dipengaruhi oleh gaya Ustaz Shamsuri dan Ustaz Cup (ustaz Yusof)”.. W’alam..kerdil diri dibandingkan dengan mereka..

Membaca Blog Ustaz Yusof..adakalanya saya tertawa..ternyata gaya bahasa yang ditulis itu adalah gaya dia bercakap..penuh hikmah..peneuh ketegasan..penuh prinsip..namun berbudi bahasa.. saya tertarik dengan dua artikel dari ust..mgkin anda boleh membacanya…
-------------
Artikel 1

Kedah FM. 5.30 pm - 21/12/2008

Assalamualaikum....sahabat...

Pertemuan setengah jam di ruang udara KedahFM hari ini 21/12/2008, saya mengulas berkenaan isu Mertua. Insan yang sebenarnya punya jasa yang besar ini kekadang dilihat menjadi penghalang kepada kebahagiaan anak menantu.

Sebagai menantu, kita sepatutnya menghargai kehadiran ibu dan ayah mertua kita. Apa tidaknya..? Bukankah mereka yang menjadi sebab lahirnya suami yang kita cintai atau isteri yang kita sayangi.. Ketika kita menyayangi dan menghormati ayah dan ibu sendiri kenapa tidak kita berikan juga hak ini kepada ayah dan ibu mertua kita? Adalah sangat malang bila melihat dua insan yang sepatutnya diraikan seperti ibu dan ayah sendiri, tiba-tiba dipinggirkan.

Memang tidak kita nafikan terdapat sebilangan ibu atau ayah mertua yang tidak membantu menyelesaikan masalah yang berlaku antara suami isteri, sebaliknya campur tangan mereka lebih memburukkan keadaan. Akibat masing-masing kurang atau cetek ilmu agama, ditambah dengan ego sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam, akhirnya mahligai bahagia yang dibina tersungkur menyembah bumi. Yang menjadi mangsa bukan sahaja kita yang menjadi suami dan isteri yang terpaksa berpisah, tetapi yang lebih perit adalah anak-anak yang tidak berdosa kehilangan kekuatan untuk mendepani cabaran hidup!

Fikir-fikirkan...

-----------------
Artikel 2

KedahFM 18/12/2008 - MEREKA BOLEH MENJADI MUSUH...

Assalamualaikum...

Hari ini, saya menggantikan tempat al-fadhil Ustaz Haji Aminuddin abdul Rahim yang telah menggantikan tempat saya sebelum ini. Hari ini saya bercakap tentang bagaimana sebahagian suami/isteri dan anak-anak kita boleh bertukar menjadi musuh.

Sahabat-sahabat yang dikasihi...
Ketika mereka yang mendirikan rumahtangga mengimpikan pasangan hidup yang sanggup bersama dalam susah dan senang..berkongsi suka dan duka...sanggup menghadapi segala bersama, berapa ramai yang kemudiannya kecewa bila pasangan hidupnya berubah....cinta beralih arah, khianat, berakhlak buruk dan sebagainya. Gejala nusyuz, syiqaq dan dharar menjadi igauan buruk dan mimpi ngeri yang menyeksa tangkai hati!

Ketika mereka yang dikurniakan cahayamata mengharapkan kelahiran orang baru dalam keluarga akan hanya menambah seri keluarga, lahirnya anak soleh penyejuk mata ayah dan bonda, berapa ramai yang kemudiannya kecewa bila anak yang diharap menjadi pembela orang tuanya di hari muka, rupanya petualang yang hanya tahu melukakan!...Malim Kundang! anak derhaka!

Dalam Surah At-Taghabun ayat 14 AllahSWT berfirman:

يا أيها الذين آمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم فاحذروهم

Yang bermaksud : Wahai orang2 yang beriman; sesungguhnya ada di antara isteri2 kamu dan anak2 kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah dan berwaspadalah terhadap mereka.

-------------------
- Boleh kunjungi blog Ustaz Yusof di sini…
-------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Mac 2009
Kota Samarahan

Istana setuju terima memo anti-PPSMI

memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.

Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.

Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddib Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.

Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya.

"Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.

Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.

Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.

MalaysiaKini

EXCO Kedah 2009


ALOR SETAR: Semua sembilan anggota Exco kerajaan negeri sedia ada kekal dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pagi semalam, bagi tempoh setahun.

Ia melenyapkan spekulasi sebelum ini seorang daripada mereka akan digugurkan dan diganti dengan calon lain berikutan dakwaan mengeluarkan perkataan yang mencerca Sultan Kedah seperti terkandung dalam satu surat layang baru-baru ini.

Mereka yang mengangkat sumpah itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Tokai), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Dr Hamdan Mohamed Khalib (Tanjung Dawai), Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka), Dr Ismail Salleh (Alor Mengkudu), Mohammad Radzi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang).

Pelantikan baru itu turut menyaksikan perubahan beberapa portfolio barisan exco, antaranya Mohamed Taulan yang sebelum ini memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan beralih kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi.

Phahrolrazi pula mengisi portfolio dikosongkan Taulan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga yang disandangnya sebelum ini dikekalkan.

Amiruddin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan yang sekali gus menyaksikan portfolio Pembangunan Usahawan yang disandang sebelum ini digugurkan.

Abdullah yang sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyandang satu pertambahan portfolio iaitu Pembangunan Usahawan.

Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan dan portfolio Penerangan yang disandang olehnya sebelum ini diambilalih Amiruddin.

Bagaimanapun, portfolio empat lagi exco kerajaan negeri kekal dengan Mohamad Radhzi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia; Dr Hamdan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan.

Siti Aishah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat manakala Tan, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

KEDAHLANIE

Tuesday, March 3, 2009

Tambah guru lelaki untuk bendung masalah disiplin

Ustaz-ustaz (lelaki) yang akan mula menggempur (praktikum)

MUSIM dera-mendera di sekolah muncul lagi. Selepas isu ini senyap seketika 2008, kini timbul pula masalah yang sama. Tidak cukup dengan isu gengster di dalam dan luar sekolah, pelajar-pelajar senior seolah-olah sedang membentuk gengsterisme di asrama sekolah pula.

Kita tidak tahu siapa yang merekrut atau membentuk kumpulan-kumpulan samseng di sekolah sehingga pelbagai tindakan di luar dugaan atau batas kemanusiaan berlaku di sekolah, sedangkan sekolah sebagai institusi pendidikan yang bakal melahir generasi berilmu bukannya kumpulan samseng.

Bulan lepas, berlaku kes melibatkan pergaduhan di salah sebuah sekolah menengah di Kapar, Selangor dan juga di sebuah sekolah menengah di Mukah.

Belum pun selesai kes buli di Mukah yang mana mendapat liputan meluas sehingga disebarkan di Internet, berlaku pula kes yang seakan-akan sama di Marang, Terengganu.

Kita tidak tahu sampai bila masalah ini akan berterusan yang mampu mencalarkan imej sekolah dan juga institusi pendidikan. Kita juga bimbang ibu bapa akan tawar hati membenarkan anak-anak mereka tinggal di asrama sekolah kerana dikhuatiri akan dibelasah oleh pelajar senior. Hanya kerana kes-kes kecil, keselamatan anak-anak mereka terancam.

Kita juga tentunya bimbang kalau-kalau pihak polis terpaksa pula melebarkan tugas mereka sampai ke sekolah, sedangkan tugas mereka di luar pun berlonggok-longgok.

Kita juga tentunya risau akan masa depan sebahagian pelajar sekolah kerana terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan masalah peribadi dan bukannya terhadap pelajaran. Apa tidaknya, mana-mana pelajar yang terlibat dengan kes disiplin di sekolah, masa mereka banyak terbuang di bilik guru disiplin, bilik guru besar dan juga sampai ke balai polis jika kes-kes tersebut membabitkan kecederaan.

Saya berpendapat, sudah sampai masanya pendekatan baru mesti dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah seperti kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, tiada kompromi dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap masalah yang dicetuskan oleh pelajar di sekolah demi meningkatkan imej sekolah.

Tindakan yang setimpal dengan kesalahan atas dasar mahu membimbing dan mahu memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka tidak berani melakukan kesalahan adalah wajar dilakukan.

Sehubungan itu, guru-guru di sekolah tidak kira sama ada guru biasa mesti mengambil pendekatan proaktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membentuk disiplin pelajar.

Melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru disiplin dan guru besar belum tentu dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pelajar sekolah.

Di samping itu, bagi pelajar di asrama, peranan warden asrama sangat penting dalam menangani setiap salah laku pelajar termasuk membayangkan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di kalangan penghuni asrama. Penting juga menambah jumlah warden dan ketua asrama di kalangan pelajar supaya pelbagai masalah dapat diatasi.

Dalam pada itu, saya juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya jumlah guru lelaki ditambah bilangannya di sekolah untuk membendung masalah disiplin. Senario sekarang adalah di kebanyakan sekolah, jumlah guru wanita lebih ramai sehingga melebihi 70 peratus.

Malah nisbah antara guru dengan pelajar juga sangat tinggi iaitu seorang guru untuk mengawal lebih 30 pelajar. Ada sesetengah sekolah yang mempunyai nisbah hampir 40 atau lebih 40 orang pelajar bagi seorang guru.

Langkah kementerian hendak mengurangkan nisbahnya menjadi 1: 20 tidak lama lagi merupakan satu langkah bijak dan dianggap dapat meringankan masalah disiplin di sekolah di samping memberi kebaikan dalam pelbagai aspek lain.

Kementerian juga mestilah memikirkan kaedah untuk menarik minat golongan lelaki menjadi guru supaya dapat dikurangkan perbandingan ketara jumlah guru lelaki dan wanita bagi setiap sekolah.

Kesimpulannya, masalah disiplin di sekolah merupakan masalah bersama tidak kira oleh guru-guru, ibu bapa, masyarakat sekeliling dan juga pelajar itu sendiri.

Walaupun sedikit sahaja jumlah pelajar bermasalah, tetapi ia mampu menjadi satu masalah dan ancaman kepada institusi pendidikan. Tidak kita nafikan, di setiap sekolah, lebih ramai pelajar yang baik dan mahu belajar. Mereka ini sebenarnya turut memainkan peranan membentuk disiplin di sekolah kerana jika mereka susah belajar kerana di kalangan rakan mereka ada yang bermasalah, masalah itu mampu diatasi oleh mereka, supaya mereka tidak bermasalah hendak belajar.

M. JASNI MAJED
Bukit Kapar, Selangor.
-----------
- Rujukan di sini

Monday, March 2, 2009

Nasrul..kau mendahului ku...


Beberapa Ikhwah mahasiswa Universiti al-Azhar Mesir YM saya semalam..terkejut dengan berita yang mereka khabarkan..Berita tentang sahabat saya.. satu susuk yang Insya Allah.. Warga Maahad di era kami pasti akan mengenalinya.. Seorang yang zuhud dan mempunyai tahap tawakal pada Allah yang cukup tinggi.. Amat kasihkan ilmu Allah.. Sanggup menumpang, berjalan kaki mahupun berlari untuk ke mana-mana majlis ilmu.. Anak Kubang Rotan yang cukup gigih.. sentiasa menjadi rujukan saya dalam bidang ilmu tajwid.. sesungguhnya bacaan al-Quran saya bukan lah molek sangat...Faiz Johan, Azrul, Najih Irsyad.. inilah sahabat2 yang YM saya... Nasrul.. anta dah mendahului ana.. Mabruk.. Nasrul hari ini sudah bergelar sebagai seorang suami, Insya Allah..moga zaujahnya di pelembahan Nil serta bumi anbia itu juga solehah sepertinya.. Moga dengan Baitul Muslim yang di bina itu.. Nta mampu meningkatkan lagi kualiti amal ibadah dan juga taqwa pada Allah.. Di akhir YM, ramai bertanya, Nazmi.. Nta bila.. dah ramai mendahului nta.. Apa yang mampu dijawab melainkan tersenyum dan senyuman itu ada pertanyaan...

Buku-buku ku bagi bulan Februari 2009

Buku mengenai sejarah ummat Islam di Turki yang merupakan tapak pemerintahan terakhir sistem khalifah Islam Uthmaniah.. Boleh melihat juga bagaimana dasar Mustapa Kamal Artaturk yang mengasingkan urusan dunia dan akhirat yang akhirnya menjahanamkan Islam dan dasar sekular itu terus bertakhta di negara lain ummat Islam pada hari ini .
Solahuddin merupakan seorang panglima tentera Islam yang hebat.. Menamatkan kezaliman kristian kepada umat Islam dan bertanggungjawab memerdekakan al-QUDS...

Sekadar kisah sahabat2 Rasul..menariknya, saya semakin mengenali mereka termasuklah sahabat2 yang jarang didengari nama mereka

Sunday, March 1, 2009

Penat

Ya Allah,
Amat penat berjalan di "jalan" Mu,
Amat letih Ya Allah...
Seringkali aku berfikir....
Cemburu benar rasanya hati ini....
Melihat teman yang seumur dan sebaya...
Mereka isi usia muda dengan cara muda..
Aku bagaikan menduhului zamanku..
Entah apa yang ingin aku gapai..
Penat dan letih di jalan Mu Ya Allah...
Tak wajar aku bermonolog begini..
Ampunkan aku Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan...
Tiada sumbangan lain yang dapat ku berikan..
Melainkan perjuangan di jalan ini..
Biarpun berseorangan...
Biarpun tanpa teman dan sahabat perjuangan..
Kenapa perjuangan ini ada letihnya...
ada teruknya..
Kerana syurga itu manis..
Ada RedhaNya...
-Nazmie-
Kota Samarahan
3 Mac

Gambar Hari Ini : Tahniah A. Samad Said

Saya menyarankan jika kita sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda , gunakan undi anda.Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ . Dia tidak tahu bahasa Melayu
Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said

Gambar Hari Ini : Mengantuknya...

Inilah Tuan Kucing...

Atas Pokok pun jadilah...

Penjara dunia...

Maharaja...

Kuasa Yin Dan Yang

Kuih baru...

Kemenangan yang ke empat..


Di Stadium Darulaman, Kedah meneruskan kebangkitan apabila menang 3-0 menundukkan Terengganu. Kedah mendahului 2-0 menerusi tandukan Faizal Abu Bakar pada minit ke-25 dan Khyrill Muhymeen pada minit ke-44 sebelum Badrol Bakhtiar melengkapkan kemenangan dengan gol menerusi tendangan bebas pada minit ke-73.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin