Sunday, December 7, 2008

Salam Aidil Adha


Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua pengunjung Blog ini..
Moga kita semua berada dalam keredhaan Allah
Hj Abdul Ghani Bin Ali Amin
Hjh Habesah Binti Omar (HBO)
Zainab Binti Abdul Ghani
Mohd Hanif Bin Abdul Ghani
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Azimah Binti Abdul Ghani

Ibadat korban mengikut sunah

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla

Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban

Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).

Gambar Hari Ini : Tragedi 6 Disember
















- Sekitar Bencana Alam, Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor.

------------------------------------------

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::

Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani

Teratak Bonda 7 Disember 2008

Friday, December 5, 2008

Makluman

Assalamulaikum..

Dah lama tak dapat nak update..Terlalu di kekang masa..InsyaAllah..saya akan cuba update secepat mungkin..Berada di sabah minggu lalu, kemudian ke KBS, dan sekarang berada di Pasir Gudang, Johor...Sama2 doakan semuanya berjalan lancar..


:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
TS Hotel, Pasir Gudang 5 Disember 2008

Saturday, November 29, 2008

Kesederhanaan Razali buat beliau disenangi


BERITA kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail kira-kira 6.30 petang semalam memang mengejutkan. Tiada tanda-tanda ahli Parlimen Kuala Terengganu yang berusia 59 tahun itu akan menghela nafas terakhirnya petang Jumaat di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Ini kerana sehingga kelmarin, Allahyarham Razali masih aktif menyempurnakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan keutamaan beliau untuk merapatkan jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar.

Razali juga terkenal dengan kesungguhannya untuk menyelesaikan isu kenaikan pangkat guru-guru yang tertangguh sejak lama dulu. Malah itu adalah antara agenda utama beliau apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008 selepas menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu; dan calon Bebas, Maimun Yusuf.

Antara pengumuman minggu-minggu terakhir Razali melaksanakan tugasnya termasuk langkah kerajaan memperkenalkan mata pelajaran Teknik dan Vokasional bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan empat di sekolah di seluruh negara menjelang 2010.

Begitu juga dengan langkah kerajaan memperkenalkan kurikulum baru Sekolah Agama Rakyat yang telah diambil alih oleh Kerajaan Pusat.

Hakikatnya bidang pendidikan amat sebati dengan anak kelahiran Kuala Berang itu. Latar belakang pengajian tingginya menunjukkan bahawa Razali pernah menerima Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1973 dan kemudiannya melanjutkan ijazah sarjana juga dalam bidang pendidikan di University of Birmingham pada tahun 1986 dan 1987.

Pengalaman sebagai seorang pendidik, pensyarah dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, di Kementerian Pelajaran banyak membantu Razali menjadi seorang pemimpin yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat terutama di kawasan Allahyarham bertanding dalam pilihan raya untuk dua penggal berturut-turut.

Memang tidak dinafikan pengalaman tersebut banyak membantu Allahyarham mendekatkan diri dengan masyarakat dan seterusnya menjadi seorang wakil rakyat yang sederhana dan disenangi semua orang.

Ketika menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu, beliau sering mengadakan lawatan ke sekolah di awal pagi sebelum memasuki pejabat dan rutin itu diteruskan apabila menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu selepas pilihan raya umum 2004.

Jiwa pendidik sememangnya tidak boleh dipisahkan dari hati Allahyarham dan motivasi kepada pelajar menjadi salah satu aktiviti untuk memastikan lonjakan pendidikan di Kuala Terengganu khasnya.

Justeru, adalah menjadi visi beliau untuk memastikan nilai tambah dalam pembangunan dan peluang pekerjaan kepada golongan remaja serta belia di samping meningkatkan pendapatan rakyat.

Allahyarham juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2004 hingga awal tahun ini.

Keprihatinan beliau terhadap tanggungjawab peminjam membayar balik pinjaman daripada tabung tersebut amat jelas.

Razali mahu kitaran pinjaman PTPTN berterusan bagi membolehkan lebih ramai peminjam mendapat manfaat. Perkara itu hanya boleh dilaksanakan dengan adanya rasa tanggungjawab di kalangan peminjam untuk melunaskan hutang mereka.

Sebab itu beliau tampil dengan beberapa idea yang agak kontroversi termasuk mencadangkan bayaran pinjaman balik mulai dua bulan dari tarikh pinjaman dikeluarkan serta memperkenalkan caj 3 peratus bagi pinjaman PTPTN.

Bagaimanapun kedua-dua cadangan itu akhirnya ditarik balik selepas menerima bantahan banyak pihak.

Razali juga pernah mencadangkan kepada peminjam yang telah bekerja membayar menerusi kad kredit serta mengesyorkan majikan membayar separuh hutang bekas peminjam yang bekerja dengan mereka.

Biar pun dilihat kontroversi namun hakikatnya niat Allahyarham membentangkan cadangan tersebut hanya satu iaitu supaya peminjam tidak berlengah dan memandang serius setiap sen yang telah mereka pinjam.

Walaupun baru dua penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat dan merupakan orang baru dalam politik, namun peranan Allahyarham membangunkan Kuala Terengganu menampakkan hasil.

Kejayaan beliau dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan pendidikan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum termasuk Melayu, Cina dan India membuktikan kemampuannya sebagai wakil rakyat untuk semua kaum.

Ini kerana sebagai ibu negeri, pembangunan di Kuala Terengganu yang baru diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan seluruh golongan masyarakatnya.

Nilai tambah dalam bidang pembangunan termasuk infrastruktur sama ada dalam bidang pelajaran dan latihan kemahiran adalah penting dalam usaha melahirkan rakyat yang bestari serta kreatif.

"Apabila rakyat telah memberikan mandat sebagai wakil rakyat, kita seharusnya memperjuangkan hak mereka dengan sebaik-baiknya''. Itu antara pegangan Allahyarham Razali.

Personalitinya yang sederhana dan cukup mesra membuatkan beliau mudah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Allahyarham meninggalkan balu Toh Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima orang cahaya mata. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang soleh.

---------------------
- Rujukan di sini..
- Saya mempunyai pengalaman peribadi ketika mana menyambut Allahyarham yang datang merasmikan majlis penutup KAGUM Unit Beruniform IPG peringkat Kebangsaan yang dijalankan pada bulan Jun lalu yang bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 29 November 2008

Alhamdulillah


Alhamdulilah..sudah sampai di Teratak Bonda di negeri Kedah..Banyak pengalaman yang diperolehi di Negeri Sabah di Bawah Bayu..akan di kongsi kemudian...

Monday, November 24, 2008

Makluman

Assalamulaikum..
Maaf pada semua rakan yag berziarah..
saya berada di negeri sabah bumi di bawah bayu..
Moga selamat segala aktiviti saya dan sahabat2...

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Mc D Jalan KK Sepangar 24 November 2008

Friday, November 21, 2008

Sumbangan hebat


Tanpa rakyat sedari.. Orang no 1 negeri kedah..YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah menyuumbang RM 10000 dari gajinya RM 14 000 untuk rakyat.. Tahniah Ustaz!!
Rujuk sini

Thursday, November 20, 2008

Depa Makin Kurang Ajaq!



Berhati hati muslimin dan muslimat.

Tuan/Puan ,

Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul
"Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.

Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.

Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.

Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang.

Kerajaan telah meluluskan pengunaan perkataan "GOD kepada ALLAH" kepada Kristian untuk penyebaran dakwah mereka di Malaysia. Ini adalah hasilnya...

Mengelirukan orang Islam dan mungkin anak anak kita bakal terpedaya dgn helah mereka.

Buku ini akan diajukan kepada KKDN (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima Kasih.
------------
- Kiriman seorang rakan

::Dakwah Itu Perlu Hikmah::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Teratak Bonda 20 November
Teluk Bagan

Sunday, November 16, 2008

Cinta pandang pertama

BALING 15 Nov. - Cinta tidak mengenal usia, Begitulah yang berlaku ke atas pasangan Osman Jusoh, 85, dan Bedah Hashim, 65, apabila cinta pandang pertama mereka membawa ke jinjang pelamin.

Osman dari Kampung Mengkuang Masjid Kuala Pegang dekat sini menganggap pertemuan pertama kali dengan Bedah sebagai unik. Apatah lagi dia merupakan calon lelaki ke- 40 yang berjaya menambat hati Bedah selepas pasangannya itu menolak lamaran lelaki lain.

Hanya Osman lelaki yang diterima sebagai pasangan hidup Bedah selepas wanita itu kematian suaminya, Hamid Che Hat yang meninggal dunia empat tahun lalu.

Bersaksikan tujuh orang anaknya bersama 34 cucu dan sembilan cicit, Osman yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kelihatan ceria sebelum diiring ke tempat persandingan dengan iringan kumpulan marhaban.

Osman mengambil keputusan berkahwin semula selepas kematian isterinya, Saudah Awang pada tahun lalu.

Pasangan Osman dan Bedah dinikahkan pada 7 November lalu di Masjid Al Ariffin Gua Reban dekat sini oleh imam masjid berkenaan, Ahmad Saidin Ishak.

Osman berkata, dia ditemukan dengan Bedah hasil usaha jirannya dan akhirnya mengambil keputusan untuk memilih wanita yang mempunyai tiga orang anak itu sebagai suri hidupnya.

''Saya gembira kerana anak- anak dan cucu merestui perkahwinan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis bersanding di rumah pengantin perempuan di Kampung Charuk Sikin, Kupang, dekat sini.

Menurut Osman, hantaran sebanyak RM3,445 dan sebentuk cincin menjadi ikatan mereka selepas lebih sebulan mengikat tali pertunangan.

Bagi Osman, walaupun usianya telah lanjut, pendengaran dan penglihatannya masih baik dan mampu membaca tanpa memakai cermin mata.

Malah pengantin lelaki itu memberitahu mampu berjalan di hutan tanpa memakai kasut manakala giginya masih kuat.

Sementara itu, Bedah mengakui bahawa dia memilih Osman kerana yakin lelaki itu seorang yang kuat pegangan agamanya dan mempunyai ciri-ciri suami soleh dan bertanggungjawab.

Bedah yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Hamid berharap untuk hidup bersama Osman hingga ke akhir hayat.

Mengenai rancangan berbulan madu, Bedah berkata, dia berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah dengan suaminya itu.

Pemain 2009


KETUA JURULATIH: Mohd Azraai Khor bin Abdullah
PEN. JURULATIH: Haji Muhamad Radhi bin Haji Mat Din
PEN. JURULATIH: Ahmad Sabri bin Ismail (Jurulatih Penjaga Gol)
PEGAWAI PERUBATAN: Haji Roslan bin Abdul Jalil
PEGAWAI PERUBATAN: Mohd Kamil bin Din
KITMAN: Haji Rashidi bin Haji Ismail
PEGAWAI PERHUBUNGAN: Zahari bin Mat Isa

PEMAIN:
1. Mohd Helmi Eliza bin Elias
2. Victor a/l Andrag
3. Ronny Harun
4. Muhammad Nazmi bin Baharom
5. Mohd Afif bin Amiruddin
6. Shafizan bin Hashim
7. Manopsak a/l Kram
8. Shahrulnizam bin Mustapa
9. Mohd Azrul bin Ahmad
10. Mohd Farizal bin Rozali
11. Ahmad Fauzi bin Saari
12. Mohamad Rozaidi bin Abdul Rahim
13. Samransak a/l Kram
15. Mohd Fadly bin Baharum
16. Mohd Fazliata bin Taib
17. Thirumurugan a/l Veeran
18. Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri
19. Rafiz bin Abu Bakar
20. Khairul Helmi bin Johari
22. Muhammad Al-Hafiz bin Hamzah
24. Mohd Faizal bin Abu Bakar
25. Abdul Hadi bin Abdul Hamid
26. Mohd Sabre bin Mat Abu
27. Baddrol bin Bakhtiar
28. Muhammad Shafiq bin Jamal

1,000 ziarah makam Imam Bukhari sehari

SAMARKAND (Uzbekistan) 15 Nov. - Kira-kira 1,000 pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, menziarahi makam ulama hadis terkenal Imam Al-Bukhari di sebuah kampung bernama Khartang di sini.

Sejarawan tempatan Abdul Ghani Mukmin berkata, bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal makam Imam Al-Bukhari yang ada sekarang telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran.

"Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian Imam Al-Bukhari," katanya semasa ditemui di kompleks Imam Al-Bukhari di sini.

Beliau berkata, kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan.

Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Oktober 1998. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung hanya dibenarkan melawat bangunan itu sahaja, manakala makam asal Imam Bukhari yang terletak di bawah bangunan berkenaan, hanya boleh diziarahi dengan melalui satu pintu khas setelah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus kompleks itu, kata beliau.

Selain makam ulama terkenal ini, kompleks berkenaan mengandungi Masjid Al-Bukhari dan sebuah muzium yang mempamerkan kitab suci al-Quran dari beberapa negara Islam.

Nama sebenar Imam Al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail al Bukhari. Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah, bersamaan 810 Masehi di Poyikent, sebuah kampung di Bukhara.

Abdul Ghani berkata, mengikut sejarah, sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun.

Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun hadis mengikut urutan asalnya.

Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul hadis dan hanya menulisnya setelah meneliti perawi semua hadis terbabit bagi menjamin kesahihannya.

Setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Bukhara untuk mengajar di madrasah.

"Imam Al-Bukhari diperintahkan meninggalkan Bukhara oleh keluarga diraja ketika itu apabila beliau enggan datang ke istana bagi mengajar anak mereka kerana berpegang teguh pada prinsip bahawa bukan guru yang pergi mencari murid, tapi muridlah yang perlu datang kepada guru untuk menuntut ilmu," kata Abdul Ghani.

Ulama hadis ini kemudian membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi.

"Kata mereka (penduduk kampung berkenaan) selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama dan pada waktu malam, sekitar kawasan kubur beliau diterangi cahaya," kata Abdul Ghani.

- Bernama
Rujukan di
sini

Saturday, November 15, 2008

Bawa slip UPSR ke pusara

PAUH – Seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Jelempok menunaikan impian arwah ibunya untuk memperoleh 5A dalam semua subjek pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini.

Roshida Din, 44, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru meninggalkan Massayu Amirah Abd Karim, 12, di saat anaknya itu hampir menduduki peperiksaan tersebut. Massayu ketika ditemui berkata, dia gembira bercampur sedih dengan keputusan cemerlang yang diperolehnya namun dia tetap bersyukur kerana semua ini berkat doa arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

“Arwah emak berpesan walau bagaimana cara sekalipun, saya mesti memperoleh keputusan 5A dalam semua subjek dan mulai saat itu, saya bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

“Kenangan ini tidak dapat dilupakan dan perasaan sedih tetap ada kerana melihat rakan-rakan menunjukkan keputusan kepada ibu masing-masing tetapi sebaliknya saya ke tanah perkuburan untuk menunjukkan keputusan dan meluahkan segala-galanya di sini.

“Arwah sempat berpesan supaya buat elok-elok dan dapatkan 5A untuknya dan mulai saat itu, saya tanamkan amanah emak kuat-kuat dan berusaha mendapatkannya,” katanya.

Massayu berkata, walaupun umurnya masih muda untuk menghadapi semua ini, semangatnya tetap membara kerana masih mempunyai ayah dan nenek yang banyak memberi galakan dan sokongan kepadanya.

Malah, setiap kali pulang dari sekolah, dia akan singgah untuk menziarahi pusara ibunya.

Menurut anak kedua dari tiga beradik ini, arwah pernah menyuarakan hasrat untuk membuat kenduri jika dia mendapat keputusan cemerlang.

“Walau apa pun dugaan melanda, kita perlu tabah dan cuba tunaikan amanat dan harapan ibu bapa kerana mereka sememangnya menanti kejayaan kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Massayu ditemui pada majlis penyampaian keputusan UPSR, pada majlis itu juga seorang dermawan, Jamil Ismail, 57, memberi sumbangan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
-------------------------------
- Buka link ini
- Tahniah kepada semua anak melayu Islam yang berjaya.. Moga dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 15 November 2008

Friday, November 14, 2008

Salamat Bersara wahai Bunda

Moga terus berjuang...


Assalamualaikum wtb Salam perjuangan

Hari ini merupakan hari terakhir bertugasnya emak saya, Hjh Habesah Bt Hj Omar Sebagai seorang pendidik, beliau bersara pilihan pada tahun hadapan. Hampir 30 tahun bertugas sebagai guru, emak hanya pernah mengajar di dua sekolah sahaja. SMK Seri Gunong, di Anak Bukit (Berhampiran gunung keriang) dan juga SMK Tajar hinggalah emak bersara.

Cinta pada Tugas

Graduan Universiti Malaya era 70 an ini amat mencintai profesionnya, pengalaman saya menjadi anaknya adalah bukti. Saban minggu setiap hari minggu, mak akan buat kelas tambahan untuk anak didiknya secara percuma..Paham-pahamlah sekolah kampung, kesedaran “untuk mengaji” masih kurang. Kadang2 yang hadir hanyalah 7 , 8 orang. Mak tak putus asa, ubah strategi, setiap kali kelas tambahan pada hari cuti, mak akan buat sarapan pagi untuk anak muridnya(termasuk juga anak di rumah), kadang2 bihun. nasik lemak dan sebagainya. Alhamdulillah, ada peningkatan kehadiran.

Menyantuni anak didik.

Sedari kecil, saya sentiasa di bawa emak ke sekolahnya jika ada aktiviti. Pernah juga di bawa ke UUM dan Bukit Hijau, Kem Bina Semangat untuk pelajarnya. Apa yang saya perhatikan, emak amat mudah di dekati muridnya..Mungkin kuncinya pada senyuman mak.. Mudah tersenyum.. selalu tersenyum..dan feeling bila melihat filem sedih.. hatta dalam ic mahupun lesen memandu pun gambar mak tersenyum.. Saya pernah tanya masa kecil dahulu.. “awat kat ic mak cek tengok gambaq mak senyum”, mak jawab. “Dulu mak orang susah..payah nak rasa ambik gambaq..jadi gambaq tu kena bagi jadi la..”

Ya, mak mudah tersenyum..amat disenangi rakan2 sekerja..jika ada majlis di rumah.. maka berbondong2 lah rakan-rakannya datang.. ini kerana mak pandai menyantuni rakan sekerjanya..jika tak, masakan mereka boleh datang pada hari cuti, baik berehat bersama keluarga saja. Kalau hari raya, bermotor2 anak didiknya datang ke rumah..Teluk bagan ke Tajar bukannya dekat.. Hampir 20 km.. Tak kira lelaki dan perempuan sanggup datang untuk jumpa cikgu mereka ni..seperti biasa, mak akan tersenyum dan terus akan memasak..

Saya membuat penilaian, mak berjaya membina satu “bangunan muamalah” yang baik dengan anak didiknya..Maka mereka mudah di lentur dan didik serta di beri teguran.. tugas guru mengajar.. yang terbaik.. namun lebih dari itu sebenarnya, membentuk anak bangsa menjadi manusia..

Menjadi “Manusia”

seringkali ikut mak ke pasar malam, pasti aka nada peniaga yang memanggil “cikgu, mai la sini..”, anak-anak muridnya. Ada yang menjadi peniaga buah, ikan, daging.. maka dapatlah harga yang istimewa.. Ketika nak ubat penyakit resdung dulu, mak bawa saya dan adik ke salon, oh ada juga anak didiknya yang membuka salon.. Ada yang jadi cikgu..ada yang sambung PISMP..bahkan ketika pulang berhari raya yang lepas, mak dan ayah pergi menziarahi anak didiknya yang bakal menyambung pengajian peringkat PHD di negara uncle sam.. Alhamdulilah..”menjadi manusia anak didiknya”

Tetamu Istimewa

Sempena hari terakhir bertugas ni..Tentulah mak buat jamuan di sekolah dan juga kenduri di rumah.. Sayang.. saya masih berada di sini..belum bercuti.. Beberapa hari yang lepas semasa menghubungi ayah, majlis kenduri persaraan mak akan di hadiri tetamu istimewa bagi keluarga kami iaitu al-Fadhil Tuan Guru dato Dr Haron Bin Din.. Ulama yang hebat..Moga datangnya orang yang tawadhuk dan berilmu ini.. Membawa rahmat juga ke ahli rumah..

Buat mak.. Selamat bersara.. Mak merupakan IBU, GURU, RAKAN, SAHABAT dan pelbagai lagi buat diri cek…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 November 2008
Kota Samarahan

Thursday, November 13, 2008

Asrama Terbuka dan Majlis Hari Raya

Geng2 senior major sains yang datang berziarah untuk mendapatkan kad raya percuma...
Antara sebahagian adik2 usrah yang hadir.."Tak dak duit raya ka?, Kata depa..

Masa jamuan raya pada malamnya

Geng2 sempoi generasi pertama dan kedua PISMP IPTAR
Assalamulaikum dan salam perjuangan…

Satu lagi berita lambat dari saya. nak buat lagu mana, sibuk menghadapi fatrah imtihan dan alhamdulilah dah selesai.. Dalam seminggu lepas cuti raya, asrama anjur la aktiviti asrama terbuka. kalau hampa yang penah sekolah asrama penuh mmg besa la..Ahli setiap kolej kediaman akan berusaha mencantikkan blog masing2 dan kemudiannya dalam masa yang telah ditetapkan, pergilah melawat tempat kediaman yang lain..Maksudnya pergi ke asrama perempuan..

Saya dan roommate..wan nama dia (ridwan).. kami pun kemas la apa yang patut dan hidangla juga kuih2 lebih raya haritu..Mana tau ada tetamu.. Saya dan wan tak pergi asrama perempuan.. Walaupun ramai jejaka yang ambil kesempatan untuk pi.. Walaupun pgram ni bagus.. untuk diri saya, saya tidak melihat sebarang faedah yang bakal diperolehi..

Ramai juga yang ziarah bilik kami, samada teman2 lelaki dan perempuan.. tak kurang juga bonda2 waden yang masuk ke bilik lalu “terpesona” dengan susun atur bilik kami berdua..Senior saya paling ramai yang datang..Adik2 usrah pun ada yang melawat.. Macam raya betul la..Dan pada yang melawat. Saya hadiahkan sekeping kad raya. Maka ramailah yang hadir..

Sebelah malamnya, jamuan raya.. Bagus juga pgrm mcm ni.. Tambah lagi masa tu sedang mood hendak exam.. Semua tengah speed untuk buat yang terbaik dalam exam…Moga kita semua akan dapat natijah yang baik..Insya Allah..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 13 November 2008
Kota Samarahan

Wednesday, November 12, 2008

Usik-usik Mat Naim

Dah lepas2 exam ni.. Nak juga lepaskan tension...
Kawan kirim ni.. Panduan bagi nama anak dalam bahasa Jepun

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

Oh..Saranan Timbalan Menteri agama di PATUHI

Ibu tunggal lacur diri kepada rakan sepejabat, sanggup dibayar secara ansuran

oleh Jalal Ali Rahim

GOMBAK: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendedahkan dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka.

Seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.

Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil.

"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

---------------
- Rujuk di sini
- Jangan di marah.. Kan dato timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Agama Islam) dalam ruangannya di metro mengizinkan perbuatan ini..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 12 November 2008
Kota Samarahan

Monday, November 10, 2008

Dagangan mereka di beli Allah

Indonesian hardliner Muslims clash with policemen as the dead bodies of Bali bombers Amrozi and Muklas alias Ali Gufron arrive at Tenggulun village near Lamongan, East Java province November 9, 2008. Thousands of people including some hardliners gathered for the funerals of three Indonesians executed on Sunday for the 2002 Bali bombings, sparking clashes between police and emotional supporters. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA)
Indonesian Muslims carry a coffin of Bali bomber Imam Samudra in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo/Achmad Ibrahim)

Indonesian Muslims prepare to pray in front of the coffin of Bali bomber Imam Samudra inside a mosque in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo/Achmad Ibrahim)

CAPTION ADDITION -- The son (C) of the convicted 2002 Bali bomber Amrozi, Mahendra is comforted by relative at Al Islam boarding school in Tenggulun in the early morning of November 9, 2008 as they hear news that the three Bali bombers have been executed. Three Islamists sentenced to death for the Bali bombings which killed 202 people were executed by firing squad at midnight, local television reported. Amrozi, 47, his brother Mukhlas, 48, and ringleader Imam Samudra, 38, were killed with shots to the heart on the island prison of Nusakambangan off southern Java, TV One television reported quoting an official source. AFP PHOTO/ADEK BERRY (Photo credit should read ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

Supporters carry a coffin containing either Mukhlas or Amrozi (unclear) as they arrive at Al Islam boarding school in Tenggulun on November 9, 2008. Grief and religious fervour boiled over into calls for revenge here as two brothers executed for their role in the 2002 Bali attacks were buried amid tight security. A crowd of about 500 supporters briefly clashed with police near the family home of 47-year-old Amrozi -- dubbed the

Indonesian Mobile Brigade Policemen clash with supporters shortly before the funeral of the bodies of Amrozi and Mukhlas in Tenggulun on November 9, 2008. Grief and religious fervour boiled over into calls for revenge here as two brothers executed for their role in the 2002 Bali attacks were buried amid tight security. A crowd of about 500 supporters briefly clashed with police near the family home of 47-year-old Amrozi

Emby Badriyah, center, looks on the coffin of her son, Bali bomber Imam Samudra, arrive at a cemetery in Serang, Banten province, Indonesia, Sunday Nov. 9, 2008. Indonesia executed Samudra, 38, and brothers Amrozi Nurhasyim, 47, and Ali Ghufron, 48, Saturday for helping plan and carry out the 2002 Bali bombings that killed 202 people, many of them foreign tourists. (AP Photo)

-------------------
Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.

“Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak,” kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

“Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut…..
------------------------------
Ya Allah.. Dagangan mereka sudah di beli Allah.. Pembeli yang cukup agung.. Harganya juga amat mahal. Bukan Mereka yang letak harga tetapi kerana kualiti dagangan mereka.. Bagaimana pula dagangan ku.. Adakah berkualiti.. Ya Allah.. aku juga impikan Syahid di jalan Mu Ya Allah….

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 10 November 2008
Kota Samarahan

Saturday, November 8, 2008

Buku-buku ku bagi bulan Oktober dan November

Sebuah buku yang bagus anda miliki.. Mengetahui keadaan terkini murtad dalam negara serta isu-isunya..Dihuraikan juga hukum agama.. Juga terdapat sejarah kes2 murtad dalam Malaysia serta keadaan penyelesaiannya.. Karya Ustaz Riduan Md Nor dan ustaz Asri
Satu lagi karya ust Riduan Mohd Nor.. Sesuai untuk bacaan dan dijadikan motivasi untuk anak-anak muda yang cintakan dakwah, tarbiah dan jihad..

Buku yang ditulis oleh CN al-Afghani(Zainon Ismail)..Menceritakan seorang anak kedah yang berjihad di Afghanistan yang mendapat syahid di jalan Allah..

Buku tulisan Dr Arip Kasmo ketika datang berceramah di Dewan Suarah Samarahan.. Methodologi dakwah yang menarik..

Isu utama ialah pelacuran di Kuala Lumpur

Isu utama : Bersumpah dan adabnya dan juga motivasi perkahwinan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Isu Semasa : Orang Melayu
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 8 November 2008
Kota Samarahan

Thursday, November 6, 2008

Gambar Hari Ini : Kulit Hitam

U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) stands with his wife Michelle and their daughters Malia (2nd R) and Sasha as they face supporters at his election night rally after being declared the winner of the 2008 U.S. Presidential Campaign in Chicago, November 4, 2008.Reuters Pictures
U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) waves with his daughter Sasha as he comes onto stage holding her hand to speak to supporters during his election night rally after being declared the winner of the 2008 U.S. Presidential Campaign in Chicago, November 4, 2008.Reuters Pictures

U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) along with wife Michelle (R) and daughters Sasha and Malia (2nd R) wave during his election night victory rally in Chicago November 4, 2008. Obama captured the White House on Tuesday after an extraordinary two-year campaign, defeating Republican John McCain to make history as the first black to be elected U.S. president. Reuters Pictures


CHICAGO - NOVEMBER 04: Obama supporters react after projections show that Sen. Barack Obama (D-IL) will be elected to serve as the next President of the United States of America during an election night gathering in Grant Park on November 4, 2008 in Chicago, Illinois. If projections are correct, Obama will defeat Republican nominee Sen. John McCain (R-AZ) by a wide margin in the election to become the first African-American U.S. President elect.

A supporter of U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) holds up an Obama t-shirt during his election night rally in Chicago November 4, 2008. Obama captured the White House on Tuesday after an extraordinary two-year campaign, defeating Republican John McCain to make history as the first black to be elected U.S. president.Reuters Pictures

U.S. Republican presidential nominee Senator John McCain (R-AZ) stands with his wife Cindy as he delivers his concession speech after US Sen. Barack Obama (D-IL) defeated him during his election night rally in Phoenix November 4, 2008.Reuters Pictures

CHICAGO - NOVEMBER 04: Obama supporters react after projections show that Sen. Barack Obama (D-IL) will be elected to serve as the next President of the United States of America during an election night gathering in Grant Park on November 4, 2008 in Chicago, Illinois. Obama defeated Republican nominee Sen. John McCain (R-AZ) by a wide/narrow margin in the election to become the first African-American U.S. President elect.Getty Images
Republican presidential candidate John McCain concedes defeat in the 2008 presidential election to Democrat Barack Obama during his election night rally at the Arizona Biltmore Resort & Spa on November 4, 2008 in McCain�s home town of Phoenix, Arizona. McCain congratulated rival Obama and called for Americans to unite behind their new leader.Getty Images

U.S. President-elect Senator Barack Obama (D-IL) and running mate Joe Biden (R) embrace following Obama’s speech to supporters during his election night rally, after being declared the winner of the 2008 U.S. Presidential Campaign in Chicago, November 4, 2008.AP Photo
WASHINGTON: Sah! Dalam tempoh lima jam pertama selepas pengundian ditutup - Senator Barack Obama, yang memulakan cabaran dua tahun lalu dengan slogan “Change”, memenangi pemilihan bersejarah Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House.

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Setakat 12.45 tengah hari tadi Obama memperoleh 338 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 155 undi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia).

Obama hanya memerlukan 270 undi untuk menang jawatan Presiden.

Dengan kemenangan itu beliau akan mengangkat sumpah dan memasuki White House Januari depan.

McCain sebentar tadi mengaku kalah dalam pemilihan sambil mengucapkan tahniah kepada Obama yang berganding dengan Joe Biden sebagai calon Naib Presiden.

Kemenangan Obama mendapat reaksi positif daripada negara-negara besar dan maju termasuk China yang mengalu-alukan pemilihannya sebagai Presiden AS yang ke-44.

Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri lain, Obama merekodkan prestasi yang ‘menarik’ untuk mengatasi McCain dengan mudah.

Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.

Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.

Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.

Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.

Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.

Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.

Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.

Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.

McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin