Thursday, December 16, 2010

Jelajah 2010 : Kem RESAM @ Sungai Lumut, Santubong

Program ini merupakan yang terakhir saya sertai di Sarawak sebelum berangkat pulang ke Semenanjung....Dijalankan di Surau Sungai Lumut, Santubong...
Kem RESAM @ Kem Remaja Sayang Masjid ini bertujuan untuk mendekatkan generasi muda dan remaja di kawasan ini dengan surau mereka...Kem RESAM ini dijalankan selama 2 hari 1 malam...
Antara LDK yang dijalankan....membina pulau impian...
Mula mencipta Transfomers...
Pengerusi Surau,...
Tiga Tranfomers yang dah mula siap disolek....
Masa makan pun kita berukhwah juga.....
Riadhah petang....
Anak-anak Santubong....
Motivasi perdana oleh Ustaz Syahid Adam...Jazakallah buat ustaz atas kesudian hadir ke Kem ini.....
Menyampaikan kuliah Subuh pada hari kedua dengan tajuk "Insan yang dikasihi Allah swt"
Moga mendapat manfaat
Ketika riadhah pagi...Kampung Sungai Lumut mempunyai view yang cantik berlatarbelakangkan Gunung Santubong....
Membawa "Bayi'
Riadhah bermodul....Bukan sekadar seronok...
Motivasi 2 yang disampaikan oleh Tn Hj Yasmin....
Menyampaikan motivasi Ibu Bapa dan Peserta pada majlis penutup...
Gunakan setiap peluang yang ada....
Moga menjadi anak yang soleh dan solehah...
Antara Ibu Bapa yang hadir...
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak surau...Moga kita dapat berkerjasama lagi....
Moga berjumpa lagi warga Sungai Lumut....

Wednesday, December 8, 2010

Jelajah 2010 : Kuliah Magrib @ Masjid al-Muhandisin

Setelah 4 tahun..Bermula 2006..Sebentar tadi adalah kuliah Maghrib terakhir
saya di Masjid al-Muhandisin...Boleh dikatakan kuliah Widaq (Perpisahan)..Hati bercampur baur...Saya diberi peluang berada di Masjid yang subur dengan Tarbiah, didalamnya ada Biah Solehah, warganya Sakinah, yang meniti dibibir mereka hanyalah Da...kwah Islamiah...Buat teman2 al-Muhandisin..Patah Tumbuh..Hilang PASTI Berganti...Allahu Akhbar !!
Dengan tajuk 3 Golongan yang di kasihi Allah.

1) Solat pada waktunya
2) Berbuat baik pada Ibu Bapa....
3) Berjihad di jalan Allah...
Bersama teman-teman RAPI yang hebat....

Ibn Kathir qari terkenal Mekah


Qiraat ibn Kathir al-Makki menjadi amalan majoriti penduduk Islam Mekah.

Imam Ibn Kathir adalah tokoh al-Quran di Mekah al-Mukarramah. Nama penuhnya ialah Abdullah Ibn Umar Ibn Abdullah Ibn Zadan. Beliau lahir pada tahun 45 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 hijrah.

Ibn Kathir yang dibincangkan di sini ialah qari yang terkenal di kota Mekah dan bukannya Ibn Kathir yang menulis kitab tafsir yang dikenali sebagai tafsir Ibn Kathir.

Penulis kitab tafsir Ibn Kathir bernama Ismail Ibn Umar Ibn Kathir, lahir pada tahun 700 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 hijrah di Syria.

Penjelasan sebegini amat penting kepada awam supaya tidak terkeliru dengan nama Ibn Kathir. Di mana terdapat Ibn Kathir yang alim dalam bidang qiraat dan Ibn Kathir yang alim dalam bidang tafsir.

Di kalangan Qurra Tujuh, jika dilihat dari sudut tarikh lahir, qari yang paling senior ialah Imam Ibn Kathir.

Beliau sempat berjumpa dengan beberapa sahabat Rasulullah SAW dan meriwayat daripada mereka. Antara mereka ialah Abdullah Ibn al-Zubair, Abu Ayyub al-Ansari, Anas Ibnn Malik dan lain-lain.

Dalam pengajian al-Quran, Ibn Kathir menekuni bacaan al-Quran daripada beberapa guru antaranya ialah Dirbas iaitu hamba Ibn Abbas ra, Mujahid Ibn Jabr, Abdullah Ibn al-Saib dan lain-lain. Jalur sanad Ibn Kathir daripada gurunya Abdullah Ibn al-Saib adalah amat hampir dengan Rasulullah SAW.

Di mana Abdullah Ibn al-Saib mengambil al-Quran daripada gurunya Ubay Ibn Kaab dan Umar Ibn al-Khattab r.a. Dan kedua-dua sahabat r.a ini mengambil al-Quran daripada Rasulullah SAW.

Perlu diberi perhatian bahawa Imam Syafie yang membesar di Kota Mekah telah menjadikan qiraat Ibn Kathir sebagai amalannya.

Beliau memujinya dengan berkata: "Qiraat kami adalah qiraat Ibn Kathir dan aku mendapati ia menjadi amalan penduduk Mekah."

Semasa hayatnya, Ibn Kathir adalah rujukan utama penduduk Mekah dalam permasalahan bacaan al-Quran. Ramai di kalangan mereka yang bertalaqqi al-Quran dan menjadi muridnya.

Antara mereka ialah al-Khalil Ibn Ahmad, Hammad Ibn Salamah, Sufiyan Ibn 'Uyainah, Abu Amru Ibn al-Ala' dan lain-lain.

Abu Amru Ibn al-Ala' pernah menyatakan: "Aku khatam al-Quran di hadapan Ibn Kathir selepas aku khatam di hadapan Mujahid dan Ibn Kathir lebih alim dalam ilmu bahasa arab berbanding Mujahid."

Walaupun Ibn Kathir mempunyai ramai murid namun perawinya mengambil qiraatnya secara perantaraan.

Perawi pertamanya ialah al-Bazzi. Beliau lahir pada tahun 170 hijrah dan meninggal pada tahun 250 hijrah. Beliau bertugas sebagai bilal di Masjid al-Haram dan juga imam selama 40 tahun.

Perawi keduanya ialah Qunbul. Lahir pada tahun 195 hijrah dan meninggal pada tahun 291 hijrah. Jika dilihat tarikh meninggal Ibn Kathir iaitu pada 120 hijrah dan tarikh lahir kedua perawinya iaitu 170 hijrah dan 195 hijrah, satu persoalan bermain di fikiran kita bagaimana al-Bazzi dan Qunbul boleh menjadi perawi kepada Ibn Kathir?

Jawapannya adalah kedua-duanya adalah perawi Ibn Kathir dan mengambil Qiraat Ibn Kathir secara perantaraan atau disebut wasitah.

Kedua-duanya mengamal Qiraat Ibn Kathir dan mengajarnya kepada penduduk Kota Mekah.

Qiraat Ibn Kathir dan perawinya tidak berkembang sebagaimana Riwayat Hafs, Riwayat Warsy, Qalun atau al-Duri. Maskipun begitu, Qiraat Ibn Kathir boleh dipelajari di pusat pengajian al-Quran sama ada dalam atau luar negara.

Rujukan di sini

Jelajah 2010 : Kem KASIH @ Kem Alapong, Lundu

Pada 15 Oktober 2010 yang lalu mendapat jemputan daripada Rakan Pusat Islam (RAPI), Politeknik Kuching untuk menyampaikan kuliah yang bertajuk "Penghayatan Budaya Ilmu" bertempat di Kem Alapong, Lundu, Sarawak...
Antara Rakan Pusat Islam yang hadir walaupun mereka berada di ambang peperiksaan....
Kuliah larut malam
Menekankan konsep "Iqro" dalam kehidupan....
Bersama orang kuat program sebelum bergegas menyampaikan kuliah Dhuha di HPA Cawangan Borneo di Bt. 7, Kuching... Jazakallah atas jemputan dan Jazakallah juga buat akhi Fazrul yang temankan saya sepanjang 2 hari 1 malam perjalanan ini...Alhamdulillah...

Tuesday, December 7, 2010

Jelajah 2010 : Program Remaja @ Mukah

Kenangan sekitar 25 November yang lalu....Dijemput untuk menyampaikan ceramah di Mukah..Pertama kali menaiki pesawat Twin Otter 18 penumpang benar-benar mengujakan....Tiada makanan, tiada peramugari, boleh nampak apa sahaja yang dilakukan oleh juruterbang pesawat....
Tiba di lapangan terbang mukah....Inilah pesawat Twin Otter...
Slot pertama di Kem Belia Mukah....Slot tanyalah ustaz...
Kebanyakkan soalan yang ditanya membabitkan soal hukum solat, makanan dan juga perkahwinan...Standard mana-mana program...Menjawab sekadar yang diketahui...
Slot yang ke dua.. "Remaja Cemerlang"...Program diadakan di Kem Belia Mukah..
Menggunakan analogi gelas kosong...
Terima kasih atas jemputan.....
Sungai bersebelahan kem Belia Mukah...
Apalagi...mengail udang galah setelah penat berceramah....
Bagi menaiki pesawat ringan...Bukan sahaja barang yang ditimbang...tetapi berat badan penumpang juga perlu ditimbang...almaklumlah pesawat kecik...
Berjalan untuk meninggalkan bahagian Mukah...Moga kita berjumpa lagi di lain pertemuan,....

Jelajah 2010 : LDK AADK @ Pusat Kokurikulum Santubong

Pada 23 September 2010 yang lalu saya telah diamanahkan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPN Sarawak di bawah Unit Dakwah untuk mengendalikan LDK 1 satu program untuk pelajar-pelajar terpilih dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)...
Program tersebut telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Negeri, Santubong...
Sedaya upaya menggunakan pengalaman yang ada untuk mendekati adik-adik yang terpilih dalam program ini....
Mereka mampu berubah...
LDK Sepanjang 2 jam setengah yang melibatkan 36 orang peserta ini dapat dijalankan dengan jayanya...Moga Allah membuka hati kita semua untuk melakukan perubahan yang optimum dalam diri kita...Insya Allah...

Jelajah 2010 : Motivasi Kemerdekaan @ PoliKu

Bersama Ayahanda Pegawai HEP Politeknik Kuching Sarawak sempena malam ambang kemerdekaan 30 Ogos yang lalu.....(Lambat posting gambar program ni)
Menyampaikan Motivasi Kemerdekaan sekitar 30 minit sahaja bersesuaian dengan suasana selepas solat tarawikh....
Antara VIP yang hadir
Program di hadiri oleh pelajar Politeknik yang berbilang kaum dan agama
Tahniah buat JPP Politeknik yag berjaya menganjurkan program menyambut kemerdekaan yang mempunyai manfaat dan bukannya hiburan semata-mata

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin