Friday, May 15, 2009

Ummu Haram menyeberang lautan


UMMU Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara susuan nabi Muhammad. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam.

Beliau juga merupakan ibu saudara kepada Anas bin Malik. Nabi Muhammad memuliakan Ummu Haram dengan mengatakan, "Kamu termasuk orang yang pertama daripada kalangan mereka".

Ini adalah kerana sifatnya yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan seperti berjihad, menuntut ilmu, mendahulukan kepentingan orang lain dan merendah diri.

Ummu Haram juga melibatkan diri dalam peperangan menentang pihak musuh Islam. Dia membantu merawat luka dan memberikan air kepada pasukan tentera Islam sewaktu peperangan Badar dan Uhud.

Jiwa Ummu Haram yang cekal dan kental memudahkan beliau bergerak di kawasan peperangan yang penuh bahaya bagi membantu dan merawat tentera Islam yang cedera.

Nabi Muhammad selalu mengunjungi masjid Quba yang didirikan oleh beliau atas dasar takwa kepada Allah. Kadangkala, beliau menaiki unta atau berjalan kaki menuju Masjid Quba lalu menunaikan solat sunat dua rakaat.

Kadang kala, Nabi Muhammad singgah di rumah Ummu Haram yang terletak berhampiran masjid Quba bagi melawatnya serta tidur siang di rumahnya. Malahan ada ketika beliau solat di rumah Ummu Haram.

"Assalamualaikum Ummu Haram!" Nabi Muhammad memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Ummu Haram.

"Waalaikumusalam. Silakan masuk," jawab Ummu Haram sambil membuka pintu mempelawa Nabi Muhammad masuk.

"Apa khabar Ummu Sulaim dan Anas? Mari kita solat bersama-sama," kata Nabi Muhammad.

"Khabar baik, Rasulullah," balas Ummu Sulaim dan anaknya.

Mereka menunaikan solat sunat bersama-sama kerana pada ketika itu beliau belum masuk waktu solat wajib.

Kemudian Nabi Muhammad mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dunia serta akhirat untuk Ummu Haram, Ummu Sulaim dan anaknya. Selepas itu, Ummu Haram menjemput nabi Muhammad makan bersama-sama.

"Ummu Haram, saya mahu berehat sebentar," kata Rasulullah selepas menjamah makanan yang disediakan oleh Ummu Haram.

"Baring dan berehatlah," balas Ummu Haram yang sedang mengemas pinggan di dapurnya.

Nabi Muhammad yang baring di ruang tamu tidak lama kemudian tertidur. Ummu Haram, Ummu Sulaim dan Anas berbual perlahan supaya tidak mengganggu baginda yang sedang tidur. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.

"Mengapa kamu tersenyum," tanya Ummu Haram dalam kehairanan.

"Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim," jawab Nabi Muhammad sambil memandang wajah Ummu Haram.

"Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu," pinta Ummu Haram yang berangan-angan supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.

"Baiklah," balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.

Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram yang hairan dengan kelakuan baginda bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa kamu ketawa".

"Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya seketika mereka berperang menentang pihak musuh Islam seperti raja bagi pasukannya," jawab Nabi Muhammad.

"Ya Rasulullah, doakan agar saya termasuk dalam golongan itu," mohon Ummu Haram.

"Kamu termasuk golongan yang pertama dari kalangan mereka," jawab Nabi Muhammad.

Peristiwa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.

Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine.

Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.

Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.

"Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah," bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

Kedatangan kedua kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus.

Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut.

Abdullah bin Qais menghantar perisik untuk meninjau kekuatan pihak musuh sebelum melancarkan serang hendap. Pihak musuh yang terkejut dengan kehadiran pasukan tentera Islam dengan tiba-tiba hanya mampu memandang melihat kem kawalan mereka diambil alih oleh pihak tentera Islam.

"Panglima, saya sebagai ketua penduduk pulau ini sanggup membayar jizyah sebanyak 70,000 dinar setahun kepada kerajaan Islam. Tolong jangan apa-apakan penduduk pulau ini," mohon ketua penduduk pulau Cyprus kepada Abdullah bin Qais.

"Baiklah," balas Abdullah bin Qais dengan tegas.

"Panglima, izinkan saya untuk melihat kawasan sekitar pulau ini," tanya Ummu Hakim kepada Abdullah bin Qais setelah pulau Cyprus telah selamat ditakluk oleh tentera Islam.

"Kamu boleh melawat sekitar pulau ini dengan menaiki kuda ini. Pastikan ada orang temankan kamu," Abdullah bin Qais memberikan kebenaran kepada Ummu Haram yang teringin melawat sekitar pulau itu.

Ummu Haram bersama beberapa orang tentera Islam mula bergerak menaiki kuda mengelilingi kawasan sekitar pulau Cyprus itu.

Pada suatu ketika, seekor binatang buas tiba-tiba muncul dan menyerang kuda yang dinaiki oleh Ummu Haram. Ini menyebabkan Ummu Haram tercampak daripada kudanya lalu jatuh menghempas tanah. Oleh sebab mengalami kecederaan parah, Ummu Haram meninggal dunia di tempat beliau jatuh.

Ummu Haram meninggal dunia pada tahun 27 Hijrah. Kubur beliau masih lagi terdapat dipinggir pantai Cyprus dan dikunjungi oleh umat Islam sehingga kini. Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.
---------------------------
- Rujukan di sini

Thursday, May 14, 2009

Diari 2009 : Persidangan MPP di Miri 2

Bersama Datin Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak
Time makan adalah time yang ditunggu-tunggu...

YDP menerima cenderamata dari penghulu Kg Selanyau

MUHIBBAH..Dari pelbagai IPGM

OPKIM di Kampung Selanyau..

Baju rasmi kursus...

Kekuatan JPP Zon Sarawak...

Merangka rancangan masa depan...

Bersatu padu setiap masa...

Kenangan di Miri...

Gambar Hari Ini : Hotelkopter Masa Depan

Bilik yang selesa..

Ada bilik untuk family lagi...

Macam dalam titanic pula...

Inilah HotelKopter..duduk dalam hotel sambil memusing dunia..

Masa mendarat..nampak macam best..tapi kalau JATUH..habislah....

Kenapa nak belajaq??

Payung Emas - Kesat air matamu

"Insan berkasih kerana Allah ,Bertemu, berpisah kerana cintaNya"

"Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku."

Kesatlah air matamu,wahai wanita.

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.

"Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.
`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.
"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

`'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'
`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. '

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.'

`' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`'
Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.
Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.

`' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.

Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk.

`' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya.
Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna..... sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?


Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`'Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.

"Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`'Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

`'Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya.

'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia- siakan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Diari 2009 : Persidangan MPP di Miri

Persidangan MPP IPTAR sebelum taklimat di lobi hotel..

Bersama Ybhg. Datin Pengarah..

----------------

- Nak menulis..tapi masa tak izinkan..dah dekat nak exam ni...

Wednesday, May 13, 2009

Jadual Exam SMPPA 1107

20 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

21 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Pengurusan Sumber & Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam (PIM 3109)

25 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Penilaian Dalam Pendidikan Islam (PIM 3110)

26 Mei 2009 (8.30-11.00 pagi)
Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Bahasa Arab (BAM 3110)

26 Mei 2009 (2.30-5.00 petang)
Taranum al-Quran (PQE 3103)

Saturday, May 9, 2009

Diari 2009 : Perjalanan



Assalamualaikum wtb salam perjuangan..

Ternyata keterbatasan waktu yang ada membuatkan saya semakin jarang mencoret sesuatu. Hari ini hari yang cukup sibuk. Bermula dengan perbincangan dan pemerkasaan modul KEM RESMI (Kem Remaja Sayang Diri) dengan sebuah NGO Islam.. Program yang turut melibatkan JAKIM dan juga Yayasan Amal. Moga-moga program yang dirancang akan berjaya. Bila pulang terus hadir ke Majlis Doa Selamat di rumah Mertua En Halik (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu). Isterinya sakit. Moga Allag sembuhkan.

Sekarang ni nak kemas baju dan keperluan. Insya Allah esok akan berangkat ke Miri, Sarawak bermula 10-12 Mei 2009 untuk Kursus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Zon Sarawak. Bila pulang terus nak standby dengan exam.. Tangan memang ditadah. Moga Allah permudahkan.

Maaf juga pada yang menghubungi saya, bulan 5 ini memang dibekukan semua program yang melibatkan saya kecuali program yang dah dirancang awal. Fatrah Imtihan.

Mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat bonda tercinta.. Chek sayang mak.. Moga Allah juga mempermudahkan perjalanan yang pada saya terpanjang dan mencabar dalam hidup saya yang jika berpeluang akan di lalui pada tahun ini. Moga akan ada turning point yang bermanfaat pada diri. Ya Allah hamba Mu hanya berserah.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 9 Mei 2009

Thursday, May 7, 2009

Ketagih la pula..


“Yeye, dah dapat lesen ”
“Boleh la drive pi kuching ni”
“Aku tak payah naik kereta sewa lagi”
“Boleh merempit ni, rempit jauh-jauh..”

Itulah antara kata-kata rakan saya yang riang. Bukan apa. Riang kerana baru dapat lesen kereta. Saya tidak rasa sangat. Sebab lama dah memandu kereta. Seingat saya masa tingkatan enam. Menunggang moto pun dah lama. Sedari darjah 3 dah pandai memandu. Masa tu motor Honda C70 ayah lah yang menjadi sasaran. Tahun ini boleh dikatakan tahun lesen bagi rakan-rakan saya samada yang sama batch ataupun yang junior. Semuanya pakat ambil lesen, dan dapat lesen. Maka ramailah yang memandu di dalam kawasan samarahan ni. Tak kurang sampai ke Kuching jauhnya mereka menjelajah.

TAK DIDUGA

Seingat saya, daripada awal tahun, dah hampir 6 orang yang saya kenali di kalangan guru pelatih di sini kemalangan. Alhamdulillah, semuanya selamat. Itu yang penting. Namun kes kemalangannya adalah sama, langgar bontot kereta orang lain. Dan lagi hebatnya, pemandu yang melanggar tu semuanya perempuan. Jadi, apalah yang nak di kato..

Saya juga pernah kemalangan. Sama juga kes, langgar bontot. Namun kemalangan di kedah tu membuatkan saya agak trauma. Sebab dah rasa lama memandu, maka dah terrar la.. Tapi eksiden juga. Habis remuk kereta proton ayah di bahagian hadapan. Ketika itu saya rasalah betapa pentingnya memakai tali pinggang keledar, nyawa saya terselamat kerana saya memakai benda alah tersebut.

Namun saya menulis artikel ini adalah untuk memberi tips kenapa orang yang baru dapat lesen selalu kemalangan. Tak semua, namun ramai yang baru ada lesen, maka ketagih memandu, hmm.. Kemalangan la lepas tu.

KAKI TAK MANTOP

Ya lah, bila kemalangan, banyak yang kita salahkan. Brek tak makan, lampu tinggi, mata silau, jalan lincin dan macam-macam lagi. Untuk kes orang yang baru dapat lesen dan kemalangan pula ni. Saya cuma rasakan ia berpunca dari sikap ketagih memandu dan juga mindset otak yang belum ada sebagai seorang pemandu yang kompeten.

Memandu ini jika nak diumpamakan seperti saya dalam profession perguruan pun boleh juga. Belajar untuk menjadi guru itu mudah. Belajar teori sahaja. Bagi yang ambil lesen, macam belajar teori memandu dan juga peraturan lalu lintas. Untuk faham, tahu dan exam sahaja. Kemudian bagi bakal guru, teori itu akan dipraktikalkan dalam sesi pengajaran mikro dan makro. Kalau ambil lesen, teori itu akan diaplikasikan masa ujian memandu oleh JPJ.

Namun, bagi saya sebagai bakal guru, cabaran sebenar ialah apabila turun ke lapangan keguruan, apabila berada di dalam kelas, segala teori bagaikan tidak berguna dan tidak sempat diaplikasikan. Di sini, guru harus mencipta gaya, pendekatan serta teori sendiri. Tahap kefahaman murid-murid juga berbeza, dan guru bakal terkesima bilamana tajuk yang diajarnya mudah tetapi murid-murid tidak faham.

Bagi yang memandu kenderaan, mereka juga macam guru. Masih kekok dalam memandu. Tetapi ketagih dan ghairahnya tinggi. Apabila memandu, banyak kemungkinan yang berlaku. Punca kemalangan bagi yang baru dapat lesen ini mudah saja, mereka tak boleh terkejut dan masih tak boleh mengkoordinasi kaki mereka dengan betul. Jika terkejut, kaki yang nak tekan brek akan tertekan minya, maka kemalanganlah jawabnya.

NASIHAT SAYA

Bagi yang baru dapat lesen :-
1. Mulakan dengan memandu dalam jarak yang dekat. Dalam kampus. Dalam kampung. Yang dekat-dekat sahaja la.Lepas tu barulah beransur-ansur ke tempat yang jauh.
2. Pastikan di sebelah ada orang yang dah pandai memandu.
3. Chek dulu segala keperluan dan juga tahap keselamatan kenderaan.

-----------------------------

- Nak masuk gambar.. Tapi "berukband" terlalu slow hari ni...

-----------------------------
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 Mei 2009

Wednesday, May 6, 2009

Agenda Jahat : Tukar Nama Babi


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai(binatang yang tidakdisembelih) dan darah (yang keluar mengalir)dan daging babi(termasuk semuanya) dan binatang-binatangyang disembelihkerana yang lain dari Allah".
(Al Maidah ayat 3)


Dari Abu Hurairah,
"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya,dan telah haramkan bangkai dan harganya dantelah haramkan babi dan harganya (jual-belinya)."
(HR Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Dah macam ni pun pulun dok nak pebetui bagi bulih makan jugak - haghu-bighu dunia la ni

Tukar nama Selsema Babi agenda selamatkan maruah pihak tertentu

Selama ini kita sering kedengaran makanan yang disajikan kepada dunia khusus sasarannya ummat Islam sengaja diletakkan unsur babi. Sedarilah ia agenda terancang musuh Islam yang dengki terhadap ummat Islam. Sedangkan ada lagi bahan yang halal bukan?

Sekarang nama babi yang sering diagung-agungkan sebagai bahan bantu terbaik dalam pemakanan ternyata buruk sebenarnya. Agenda memasyarakatkan babi dari barangan gunaan sampailah kepada campuran makanan sebenarnya adalah agenda serangan halus dan sulit musuh Islam terhadap Islam sebagai agama yang mengharamkan babi.

Oleh itu mereka meluaskan produk babi sebagai pembuktian bahawa apa yang Islam nyatakan terhadap konsep pengharaman babi adalah sesuatu yang tersasar. Dakwa mereka " lihatlah tiada apa yang perlu anda was-was rtentang babi".

Tindakan WHO tersirat halus agenda menghalalkan babi

Pelik bukan? WHO bertindak sepakat menukarkan nama virus Selsema Babi kepada virus influenza jenis A (H1N1). Dengar kata ia dicadangkan oleh Amerika. Namun itulah ragam dunia, tukarlah apa nama sekali pun ia tetap dikenang sebagai selsema babi. Kononnya nak jaga perasaan penggemar babi dan bisnes babi.

Tukar nama demi maruah Penggemar babi

Tetapi demi maruah babi dan penggemarnya mungkinlah namanya perlu ditukar. tetapi bukankah ia kerja yang terlalu cetek akal. Namanya perlu ditukar kononnya ia melibatkan simbol makanan bagi golongan tertentu yang merasa tergetik bimbang , malu dan tidak selesa akibat serangan virus yang memalukan itu. Sedangkan sebelum ini mereka bangga memakan babi sebagai simbol bermegah dan sifat ingin menunjukkan bahawa Islam salah percaturan dalam mengharamkan babi.

Lantaran itu negara yang tak ada babi pun berusaha membela dan membiakkan babi untuk makanan sesetengah golongan ini sebagai persaingan dan sebagai bukti kepada Islam bahawa Islam salah walaupun mereka terpaksa menghalalkan yang haram, padahal ada diantara mereka sebelumnya tidak pernah bermimpi untuk makan babi.

Perlukah sampai gunakan agensi WHO hanya untuk tukar nama virus tersebut, apa rasionalnya, ia tetap hal yang yang sama bukan? , andaiannya mungkin orang akan kembali makan babi sebab rasa selamat sikit sebab bukan lagi bernama selsema babi. Tukarlah apa nama sekali pun hakikatnya tetap sama dan ia tetap akan dikenang sebagai virus selsema babi. Apa yang perlu ialah dihapuskan puncanya iaitu babi tetapi tetap nak dibela jugak untuk dimakan hatta arab di padang pasir pun nak makan jugak supaya terbukti mereka adalah bukan Islam.


Fenomena makan babi untuk tunjuk " kami bukan muslim".

Menjadi sesuatu yang agak pelik dan menghairankan negara yang tidak ada khinzir tetapi memiliki ramai penduduk yang makan babi.

Babi seolah menjadi simbol dan sentimen persaingan agama pulak. Bahkan ada si murtad yang sengaja mencuba binatang haram itu sebagai lambang ia bukan lagi muslim sedangkan sebelumnya ia sendiri merasakan amat jijik dan tak terbayang nak cuba makan binatang haram tu. Tetapi akibat nak buktikan makan babi adalah berlawan dengan fitrah konsep pemakanan dalam Islam maka kena cuba makan jugak lah. Pening-pening!

Bukankah Islam itu agama yang fitrah, meraikan semua yang menjadi fitrah manusia. Allah tentu tahu yang mana baik dan yang mana bruk untuk manusia.

lalu Allah menyatakan bahawa babi adalah haram dimakan oleh sesiapa sahaja:


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi,dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Ali Imran ayat 173)

Para Nabi, para Rasul dan para ulamak menjunjung perintah Allah menyampaikan kepada manusia kenapa Allah haramkan babi namun ia dipandang sebagai sentimen agama kononnya ia adalah lambang penghinaan dan diskriminasi agama.

Bukankah pengharamannya jelas adil untuk fitrah manusiawi semua insan tanpa mengira agama?

Perhatikan fakta ini:

1. Babi adalah haiwan yang amat rakus ketika makan . Ia makan semua makanan di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.

2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis manusia,haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri.

3. Ia kencing atas najisya dan memakannya kembali jika berada di hadapannya.

4. Ia memakan sampah, benda yang busuk, dan najis haiwan.

5. Ia adalah hewan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak enak dibau.

7. Penelitian ilmiah moden di China dan Sweden menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser alat kelamin dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).
Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Konferens Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

8.Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.

9. Daging babi adalah tempat persinggahan bagi beberapa jenis cacing yang berbahaya antaranya cacing Pita (Taenia solium), cacing Piral (Trichinella spinalis), cacing Tambang (Ancylostoma duodenale), cacing Paru-paru (Paragonimus), Fasciolepsis busci, Schistosoma japonicum,Chlonorchis sinensis, Erypsipelothrix dan lain-lain.

Kenapa babi haram? Babi haram kerana Allah mengharamkannya
Apabila Allah telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya tetap dimaramkan oleh Allah.

Kemudian jika Allah tidak menghukumkan babi itu haram sekalipun, babi tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.

Allah mengharamkan babi sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya kepada sekalian manusia.

Allah mengharamkan babi untuk semua ummat manusia samaada Muslim, Yahudi , Nasrani atau lain-lain agama.

Al quran:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al Maidah ayat 3)


Dalam Alkitab , kitab Imamat 11:7 :

"Demikian juga Babi, meskipun berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu."

Yang hanya tinggal untuk kita ialah beriman kepada Allah dan melaksanakan ajaranNya
-----------------
- Rujukan di sini

Sheikh Muhammad Abduh bercakap tentang Babi


lalu terbacalah lagi kisah babi yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Abduh akan pengalamannya ketika mengunjungi Perancis, negara Si Napoleon yang pernah menjengahkan meriamnya mengadap masjid Empat Mazhab lalu membedilnya. Pelurunya dimuntahkan dari atas kota Solahuddin Al Ayyubi meluru laju singgah "lembut" di dinding masjid. Bagai tiada kesan langsung , hanya serpih kecil yang sukar dipandang mata.

Kembali membawa anda ke Perancis, ketika Syeikh disoal audien penggemar babi, mengapakah Islam perlu lagi mengharamkan babi sedangkan babi sudah bebas dari bakteria dan cacing pita yang berbahaya . Babi bukan lagi seperti nenek moyang babi dahulu kala, sekarang bangsa babi sudah moden lagi maju, bukan lagi tinggal di hutan malah sudah memiliki ladang ternak yang bersih dan efisyen.

Lalu penggemar dan pembela babi pun duduk puas menanggapi Syeikh tentu kehabisan hujah, kerana ramai yang berhujah sebelum itu babi menjadi haram dek kerana banyak bahaya dan kuman, sekarang babi sudah bebas dari tuduhan itu.

Syeikh tersenyum tenang, seraya Syeikh yang alim berkata, ku pohon kalian sediakan 2 ekor ayam jantan bersama seekor betinanya, datangkan juga 2 ekor babi jantan dan seekor betinanya.

Audien kepelikan lantas bertanya, kenapa?.

"Datangkan saja". Pintas Syeikh.

Lalu dijelmakan apa yang dipinta oleh Syeikh, dilepaskan 2 ayam jantan bersama betinanya maka bertarunglah kedua-dua jantan merebut sang betina yang cantik sehingga terpaksa jaksa pendamai mendamaikan dua jantan yang kuat bertarung, yang pertama ingin merebut sang betina namun dihalang tegas oleh jantan kedua yang gagah mempertahan hak dan maruahnya selaku "Ayam Bapak" yang termasyhur sekalian alam.

Selesai, dilepaskan pulak 2 babi jantan bersama betinanya, pelik sekali ya! kedua-dua jantannya tanpa rasa cemburu membiarkan malah membantu satu sama lain mengerjakan sang betina. Babi jantan yang berpasangan itu langsung tidak cemburu hingga tiada sengketa untuk mempertahan Sang betinanya dari diragut samada rela atau paksa oleh rakan sebabinya.

Waduh! langsung tiada bantahan dan tunjuk perasaan berbanding ayam jantan tadi.

Selesai sandiwara babi yang dayus dan tiada cemburu itu.

Masing-masing penonton terpinga menanti apa yang akan keluar dari mulut syeikh yang alim menyimpulkan kejadian yang memelikkan itu.

lalu Syeikh bersuara tenang namun penuh yakin.

Apakah kalian tahu dan sedar, sikap babi itulah yang melanda dan menjangkiti masyarakat kalian, bapa-bapa kalian tidak lagi merasa cemburu langsung apabila anak gadisnya diusung merata oleh sang jejaka.

Malah suami - suami kalian langsung tidak cemburu melihat isterinya berhubungan intim dengan lelaki lain.

Sumbang mahram memasyarakat, isteri mengundang jantan lain ke bilik tidur ketika ketiadaan suami, suami curang bermain kayu tiga.

Cemburu adalah fitrah insani. Hilang rasa cemburu yang positif mengundang kemusnahan jiwa , lalu binasalah "dada" dan "kepala".

lantaran itu institusi kekeluargaan kalian hancur, banyak perceraian lantaran tiada sikap cemburu yang dicampakkan Allah ke dalam setiap jiwa insan melatari tabiat manusiawinya. Bukankah itu adalah fitrah yang perlu sebagai perisai mengelak sikap dayus lelaki dan kecurangan si isteri.

Sikap cemburu terlalu penting kepada manusia tetapi tidak pada babi bukan?

tetapi itulah hakikatnya apa yang diwarisi kalian akibat gemar memakan Sang babi dan suku sakatnya yang terdiri dari "Babi Hutan" dan "Babi Merah". (ketawa)

Oleh itu wahai sekalian manusia, yakinlah dan bertaqwalah kepada Allah dengan meninggalkan larangannya.

Pesanan ikhlas dari "Pejuang Kecil" yang tidak suka kepada apa jua yang berkaitan dengan babi.

Rujukan di sini

Tuesday, May 5, 2009

Salah Faham Pada Poligami..

"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!" tengking Salmah yang berang. "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas Yusuf mempertahankan diri. Begitulah dialog sepasang suami isteri.

Poligami adalah isu 'evergreen' di dalam agama Islam. Bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, malahan turut tidak disenangi segelintir Muslim. Oleh demikian, isu poligami harus dibincangkan.

MAKSUD POLIGAMI
Sebelum berdiskusi tentang perihal poligami, perlulah seseorang itu memahami maksud poligami. Secara ringkas, poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri. Penulis tidak menafikan kewujudan poligami di dalam Islam.

Dalil yang menyokong wujudnya poligami di dalam Islam tercatit di dalam Al-Quran."Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3

Kini timbul persoalan, mengapa Islam membenarkan poligami? Poligami telah meretakkan banyak rumahtangga. Adakah Tuhan tidak nampak poligami hanya memberi masalah kepada wanita?

SATU PENYATAAN
Ramai orang mempunyai tanggapan bahawa Islam adalah agama yang memperkenalkan poligami. Namun tanggapan ini adalah tidak tepat. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami kepada manusia. Islam hanya meletakkan had kepada poligami.

Sebelum Al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu, masyarakat dunia telah pun mempraktikkan poligami.Lihat sahaja sejarah bangsa Rom, maharaja serta orang atasan dinasti China, dan golongan Arab Jahiliyyah. Mereka telah pun mempraktik poligami sebelum Al-Quran diturunkan, malah sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Pada masa itu, seorang lelaki boleh mempunyai seberapa banyak isteri yang mereka ingini.

Penulis pernah membaca seorang lelaki mempunyai hampir 200 orang isteri semasa zaman pemerintahan Rom. Secara positif, had poligami yang diperkenalkan Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami tanpa had.

SATU-SATUNYA KITAB
Mungkin para pembaca akan terfikir, jika benar poligami sudah lama dipraktikkan, mengapa penganut agama lain hanya dibenar berkahwin seorang sahaja? Ini juga bermakna kitab agama mereka turut tidak membenarkan poligami! Sekali lagi, tanggapan ini kurang tepat. Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama di dunia yang menyarankan agar lelaki berkahwin hanya satu isteri.

"Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3
Al-Quran lebih menyarankan lelaki berkahwin hanya seorang jika berasa risau tidak akan dapat berlaku adil. Kitab agama-agama lain tidak pernah menghalang poligami. Tidak ada satu ayat di dalam Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud atau Bible yang mengarahkan lelaki agar berkahwin hanya seorang. Sebaliknya terdapat banyak ayat yang menunjukkan personaliti di dalam kitab-kitab ini mengamalkan poligami.

"He (Solomon) had seven hundred wives of royal birth and three hundred concubines, and his wives led him astray" - 1 Kings 11:3

"In Jerusalem David took more wives and became the father of more sons and daughters" - 1 Chronicles 14:3

"Rehoboam loved Maacah daughter of Absalom more than any of his other wives and concubines. In all, he had eighteen wives and sixty concubines, twenty-eight sons and sixty daughters" - 2 Chronicles 11:21

Di dalam kitab agama Hindu pula ada memberitahu bahawa, Raja Dasharat mempunyai tiga orang isteri dan Krishna mempunyai 16, 108 orang isteri . Contoh di atas jelas menunjukkan poligami bukanlah satu perkara yang ditegah di dalam agama-agama ini. Mungkin ada pembaca Kristian akan membalas bahawa terdapat ayat di dalam Bible yang mengatakan lelaki hanya dibenarkan berkahwin seorang sahaja. Penulis meminta pembaca Kristian agar menunjukkan ayat tersebut.
TIDAK BERPANDUKAN KITAB
Mungkin persoalan lain akan timbul difikiran para pembaca. Jika benar kitab agama-agama ini membenarkan poligami, mengapa penganut agama-agama ini ditegah berkahwin lebih daripada satu?

Jawapannya mudah; kerana mereka tidak mengikut kitab agama mereka. Tegahan yang dilakukan di dalam agama-agama ini tidak berpandukan kitab agama mereka.Pada zaman awal, ramai lelaki Kristian dibenar untuk mengamalkan poligami kerana tiada larangan daripada kitab Bible. Hanya beberapa abad yang lepas, pihak Gereja telah menghadkan bilangan isteri kepada satu.


Poligami turut dipratik di dalam agama Yahudi sehinggalah Rabbi Gershom Ben Yehudah (960 C.E - 1040 C.E) melarangnya. Malah golongan Yahudi Sephardic yang tinggal di negara Islam turut mengamalkan poligami sehingga tahun 1950-an. Praktik ini diberhentikan apabila 'Act of the Chief Rabbinate of Israel' mengarahkan lelaki hanya boleh berkahwin seorang perempuan sahaja.

Dalam satu laporan yang bertajuk 'Committee of The Status of Woman In Islam', dikeluarkan pada 1975, memberitahu, peratusan perkahwinan poligami antara tahun 1951-1961 adalah - 5.06% dikalangan penganut agama Hindu dan hanya 4.31 peratus dikalangan Muslim. Mengapa penganut agama Hindu mengamalkan poligami lebih daripada Muslim? Pada tahun 1954, Akta Perkahwinan Hindu dikeluarkan, yang memberitahu - adalah satu kesalahan seorang Hindu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini hanyalah undang-undang negara India dan bukanlah undang-undang daripada kitab Hindu.

Seperti yang diterangkan di atas, agama-agama selain Islam turut membenarkan poligami. Penganut merekalah yang mengharamkan poligami tanpa sebab yang pasti dan tidak berpandukan kitab agama mereka. Penulis berasa pelik mengapa mereka melakukan pengharaman sedangkan kitab agama mereka menghalalkan. Bagaikan satu tindakan populis untuk menarik perhatian. Muslim adalah lebih baik kerana mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Cuma akhir-akhir ini wujud gerakan feminis Muslim yang cuba mengatakan tidak wujud poligami di dalam Islam.

UNDANG-UNDANG BARAT

Kebanyakan agama utama di dunia tidak melarang poligami. Lebih menarik, poligami di dalam Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami di dalam agama-agama lain. Rakan penulis pernah ditanya, mengapa Islam tidak mengikut undang-undang Barat? - satu lelaki satu isteri. Sedarkah anda, undang-undang perkahwinan Barat sebenarnya melindungi lelaki? Undang-undang ini langsung tidak memberi hak dan melindungi wanita. Penulis berkata demikian atas beberapa sebab.

1. Seorang lelaki hanya boleh berkahwin seorang wanita sahaja. Wanita ini adalah isteri yang sah menurut undang-undang tersebut. Tiada masalah disini.

2. Lelaki Barat ini, walaupun sudah berkahwin, dia masih boleh mempunyai perempuan simpanan diluar rumahnya. Semakin ramai perempuan simpanan, lebih 'macho' lelaki itu.

3. Perempuan simpanan ini tidak mempunyai apa-apa hak. Dia tidak boleh meminta agar lelaki Barat ini berkahwin dengannya. Jika anak luar nikah dilahirkan, anak tersebut tidak berhak mendapat apa-apa

.4. Jika lelaki Barat ini sudah puas, dia boleh meninggalkan perempuan ini. Lelaki ini tidak perlu untuk bertanggungjawab. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan wanita ini. Habih madu, sepah dibuang.Jika poligami dibenarkan, masalah ini dapat dihapuskan. Perempuan simpanan tersebut boleh menjadi isteri yang sah melalui poligami. Mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Anak yang dilahirkan turut mendapat perlindungan undang-undang. Menjadi pilihan wanita itu sama ada mahu menjadi perempuan simpanan atau isteri yang sah. Penulis tidak dapat memikirkan jika ada wanita yang sanggup menjadi perempuan simpanan daripada menjadi isteri yang sah.

HILANGNYA SALAH TANGGAPAN
Di dalam bahagian pertama ini, diterangkan bahawa Islam tidak pernah memperkenalkan poligami. Turut diberitahu adalah agama-agama lain juga membenarkan poligami. Cuma tangan-tangan penganut mereka yang melakukan perubahan. Di dalam bahagian kedua, penulis akan berkongsi punca mengapa poligami sukar untuk diterima, tanggungjawab seorang lelaki untuk mempraktik poligami dan juga hikmah disebalik poligami. Diharapkan bahagian pertama ini dapat mencerahkan salah tanggapan yang ada pada Islam berkaitan poligami.
Nukilan: Mohd Rahmat -Artikel; Katakan Tak Nak Kepada Poligami
(http://www.mohdrahmat.com/2009/04/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html)
Bacaan Lanjut: Katakan Tak Nak Kepada Poligami II
----------------------
- Sekadar kajian dan hukum.. Rujukan di sini
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 Mei 2009

Monday, May 4, 2009

Bertunang ?


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.




PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.
-----------------------
Rujukan di sini

Letih tak berkesudahan

Bersama ahli diskusi ilmu IPTA Samarahan pada liqo terakhir sebelum exam.. Taufiq wan Najah..


Letih tak berkesudahan

“Akhi..Ana letih la..” beritahu sahabat ana..
“Letih apa?” Jawab ku..
“Letih la hidup sebagai student…” jawabnya
Saya senyum..
-------------------------
Saya rasa saya memahami perkataan letih itu.. Walaupun mungkin bukan cukup faham.. tapi barangkali agak faham.. Saya juga pelajar.. Tapi cara hidup saya lebih dari seorang pelajar.. Hari minggu yang diinfaqkan untuk kepentingan lain.. Malamnya untuk tarbiah.. membuatkan 24 jam saya tidak mencukupi sehari.. Menghadiri sebarang jemputan tarbiah remaja.. Namun bila melihat cara hidup susuk yang menjadi Idola saya… (tersenyum saya kerana mempunyai kenangan peribadi dengannya).. Siapalah saya untuk letih.. Ya.. Siapalah saya.. Dalam saya rasa saya sibuk.. Bila di hisab.. Masih banyak jam dalam hidup saya yang dibazirkan dan terbiar kosong.. Maka saya sebenarnya tidak letih untuk hidup ini, tetapi saya sedang memprogramkan hidup saya menjadi letih.

LETIH BUAT JAHAT

Seorang pencuri juga akan terasa letih. Kena survey dulu, rumah mana nak dirompak.. Terpaksa menunggu seharian bahkan berminggu, untuk mengkaji jadual hidup, jadual keluar masuk rumah yang hendak dirompaknya. Letih dia menunggu. Bila dah merompak. Kena cepat-cepat, tak boleh buat kerja lambat-lambat, nanti orang sedar. Pencuri itu pula akan termengah-mengah.. Letih la tu.. Lepas merompak pun terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat.. Dikejar polis, polis nak tangkap.. Letih lagi.. Kalau nasib tak baik. Kena tangkap. Masuk penjara, kena buat itu ini, nak tunggu kena bebas lagi, letih juga.. Oh.. Letihnya kalau buat jahat.

Bagaimana buat dosa.. Letih juga jawapannya.. Orang yang berzina.. Tak tahu berzina?? Berzina laki pompuan.. Letih, sapa kata tak letih.. letih.. (tanya yang dah kahwin-Cuma dia halal la).. Kena pula hukum dunia, naik turun mahkamah, bayar denda, silap harubalan masuk penjara. Letih juga. Hukuman Allah pula di padang Mahsyar, kena berdiri, kena humban dalam neraka, menahan azab siksa, menahan malu semua manusia tengok.. Letih.. Premis pertama ialah.. BUAT JAHAT MEMANG LETIH…

LETIH BUAT BAIK

“Eh? Kesian mak cik tua tu.. Bawa beras kampit 10 kg..Kena tolong ni..” getus si Muhaimin
“Mak Cik, saya tolong mak cik ya, kesian makcik” Pinta Muhaimin
“Syukran nak” jawab mak cik (wah belajar Arab lagi ni)

Maka memikullah si Muhaimin, bawa beras 10 kg untuk berjalan 5 km.. amacam? Niat nak menolong, ikhlas, tapi letih juga… Mujur dapat pahala, tak masuk lagi kalau tolong tak ikhlas.. sebab ada awek muslimah kat sebelah, maka nak menunjuk… apa pun tak dapat. Yang dapat satu saja.. apadia?? letih. Bila qiam pula, kena bangun awal. qiam + subuh + Matsurat + Kuliah subuh = Letih.. Siangnya mesti tidor 5 atau 6 jam.. sebab apa tidor.. tentulah kerana letih.. Almaklumlah, tak biasa bermujahadah..Namun jika ikhlas.. Balasannya Syurga Allah..

Maka premis saya yang kedua, BUAT BAIK PUN LETIH YOP…
----------------

Begitu juga kehidupan seharian, berkerja, memasak, basuh baju, bersih rumah, basuh kereta dan sebagainya, semuanya membuatkan kita rasa letih.. Maka, kita sebagai mukmin, harus sedar, bahawa hidup ini memang meletihkan..ya.. HIDUP INI LETIH..

Cuma, letih yang bagaimana yang kita nak pilih.. Biarlah kita letih dalam memperhambakan diri kepada Allah swt, Biarlah letih beribadat kepada Allah, Biar letih menjadi manusia yang rajin, Biar letih menjadi anak yang soleh.. Jika kita sanggup.. Kita tidak akan letih di SANA, ya.. Kita tidak akan letih di SANA
-----------------
- Sekitar isu yang didiskusikan oleh Diskusi Ilmu IPTA Samarahan yang dipimpin oleh saya…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 Mei 2009

Rakyat-Merakyat-Kerakyatan????


1. Saya ingin menegur kecenderungan dan keghairahan media kita melabel segelintir pemimpin sebagai berjiwa rakyat atau merakyat.

2. Label merakyat atau berjiwa rakyat ini amat 'sacred' dan sungguh luhur sekali.

3. Tiada pemimpin dari mana-mana kumpulan pun setakat ini berhak disematkan dengan label sedemikian bagus.

4. Sekiranya pemimpin tersebut berjalan kaki 3 kilometer (sekali), atau turun minum (sekali) di Puduraya, atau naik lrt/monorel dari stesen KL Sentral (sekali) ke mana-mana destinasi, ia belum dapat dinilai sebagai merakyat, atau berjiwa rakyat.

5. Contoh terbaik merakyat ialah Rasulullah saw. Kemudian, jika kita membaca buku sejarah, seperti Khilafah wal Mulk karangan Abu Ala al Maududi; antara khulafa ar rasyidin pun yang benar-benar merakyat hanyalah pemerintahan Saidina Ali. Amat sedikit contoh dapat dibuat dari pemimpin-pemimpin Islam atau ummah setelah itu kerana sejak Islam ditadbir secara monarki, istilah merakyat hanya digunakan sebagai propaganda politik. Yang ada hanyalah meraja. Seperti yang telah diperlihatkan secara buruknya oleh Muawiyah dan raja-raja seterusnya. Hatta pemerintahan Turki Othmaniyyah yang diwarwar sebagai pemerintahan Islam terakhir pun tidak merakyat. Sila kunjungi istana-istana sultan tersebut yang masih boleh dikunjungi hari ini.

6. Di zaman moden, pemimpin seperti Mahatma Gandhi layak diberi gelar kudus tersebut, iaitu merakyat. Saya kira belum ada lagi pemimpin dari mana-mana parti politik di Malaysia setaraf dengan Mahatma Gandhi; mencontohi Rasulullah saw atau Saidina Ali, Omar mahupun Abu Bakar jauh sekali.

7. Ini bermakna kempen istilah 'merakyat' yang digunakan oleh sesetengah media hanyalah satu retorik kosong.

8. Pada saya, sekadar satu contoh; pemimpin kita hanya boleh dianggap merakyat jika ikut sama terperangkap dalam kemacetan lalu lintas dari Senawang ke Sungai Besi (di lebuhraya Utara-Selatan) dan turut merasai bagaimana kejang letihnya kaki menukar gear kenderaan, atau merasai bagaimana halnya mahu terkincit atau terkencing ketika kereta hanya bergerak-gerak manja sedangkan tiada kemalangan di hadapan. Rasailah bingung dan geram ini seperti mana rakyat rasai. Gejala ini misalnya kerap berlaku ketika musim perayaan atau cuti panjang. Ia misalnya turut berlaku semalam di lebuhraya Utara-Selatan.

9. Itu hanyalah satu contoh murni dari saya. Saudara mungkin ada contoh lain.

10. Saudara dipelawa mencatat contoh-contoh merakyat yang boleh dicuba oleh pemimpin kita seperti 1) memanjat flat dua puluh tingkat ekoran kerosakan lif sejak berbulan-bulan kerana tidak dibaiki pentadbir, atau contoh lain ialah 2) pemimpin hanya dapat dianggap merakyat apabila setiap hari menggunakan komuter dari Rawang ke Bank Negara seraya terpeleot dengan muka terpenyek di cermin jendela komuter, sambil terpaksa mencium bau bacin ketiak pendatang asing. 3) mengharung banjir kilat yang amat menyeksakan. Atau ya...banyak lagi contoh-contoh merakyat yang kita ini rakyat lalui hari-hari.

11. Saya ulangi, kalimah merakyat itu suci, jangan menggunakannya sesuka hati. Kerana ia mungkin akan makan diri. Kita yang benar-benar rakyat ini, silap haribulan boleh naik meluat!
---------------
Tulisan Faisal Tehrani Rujuk di sini

Saturday, May 2, 2009

Diari 2009 : Sekitar Mini Olimpik

Opsyen Pengajian Islam bersama dengan hadiah yang dimenangi...

Tempat ke 3 - Acara merejam buluh...mcm sukaneka pulak..

Kotinjen kami...

Rejaman yang mendapat tempat...

Pengarah program pun menunjukkan kemahirannya...

Acara pecut...

Keberkatan program di pohon..Insya Allah...

Gambar Hari Ini : Muslimah berkungfu !!!

Tangkas serikandi menerbangkan dirinya...

Kalau macam ni punya terbang.. Amacam.. Brani ka ngorat???

Tetap bersopan walaupun berkungfu...

Sapa brani ragut .. Pedang terbang ni...

Amal Jamae..

Kungfu berjamaah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin