" Jika aku takut untuk berjuang, apalah nilai aku di sisi Allah " " Maka dengan tekad yang tinggi, akanku gugar apa jua halangan di depanku "
Monday, April 13, 2009
Saturday, April 11, 2009
Surat Tuan Guru...
13 Rabiul Akhir 14309 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Thursday, April 9, 2009
Jamil daripada tentera, ceramah agama ke jawatan menteri
KUALA LUMPUR: Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom memang tidak asing bagi mereka yang sering mengikuti program ceramah agama di kaca televisyen terutamanya rancangan Forum Perdana Ehwal Islam menerusi RTM1 setiap Khamis malam.Ketokohan serta kepetahannya membicarakan perkara bersangkutan hukum agama Islam berjaya menarik perhatian penonton hingga menjadikan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ini cukup dikenali ramai.
Selain kerjayanya dalam tentera, Jamil yang fasih berbahasa Arab adalah aktivis Islam yang aktif dan adalah anggota dalam Jawatankuasa Penasihat bagi Program Agama RTM.
Berkelulusan Sarjana (Masters) dalam Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) pada tahun 2000 daripada Graduate School of Islamic and Social Sciences, Virginia, Amerika Syarikat.
Beliau kini sedang menyiapkan tugasan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jamil juga adalah lulusan Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya (UM) pada tahun 1986.
Justeru tidak hairanlah sekiranya anak kelahiran Yan, Kedah ini mendapat kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membarisi barisan kabinet barunya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam.
Pelantikan Jamil dalam kabinet meneruskan kesinambungan Brigedier Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin yang juga juga Pengarah KAGAT sebelum dilantik memegang portfolio yang sama dalam Jabatan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004.
Jamil, 48 tahun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 23 tahun lalu memulakan kerjayanya dalam Kor Agama ATM dengan ditauliahkan sebagai Kapten (Tugas Iktisas) pada tahun 1986.
Beliau diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan di Jabatan Arah KAGAT daripada Pegawai Staf 3 Hinggalah Pegawai Staf 1 Perkhidmatan.
Jamil kemudian dinaikkan pangkat sebagai Kolonel pada 1 April 2002 dengan jawatan yang sama sebelum memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan KAGAT pada tahun 2004.
Pada Okt 2005, Jamil memegang jawatan Pengarah Kor Agama ATM dengan pangkat Brigedier Jeneral dan seterusnya beliau dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada 16 Januari tahun lalu yang mencatat sejarah apabila muncul sebagai Pangarah KAGAT pertama yang dilantik sebagai Jeneral dua bintang.
Jamil berkahwin dengan Datin Fatmawati Saidin dan mempunyai enam orang anak, lima lelaki dan seorang perempuan.
Mengulas mengenai pelantikannya itu, Jamil berkata, elemen kekuatan dan disiplin ketenteraan yang disemai selama berkhidmat dalam ATM akan menjadi pendorong untuk beliau melaksanakan tugas.
Ketika dihubungi, beliau berkata, pelantikan sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal keagamaan pada dasarnya mempunyai persamaan dengan KAGAT yang diterajui selama ini.
"Ini ialah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan bersama sokongan semua pihak, saya yakin amanat ini dapat dilaksanakan, untuk menerajui aspek hal ehwal keagamaan dalam konteks yang lebih besar berbanding sebelum ini," katanya.
Beliau yang berterima kasih kepada Perdana Menteri, berkata pelantikan secara langsung adalah pengiktirafan dan penghormatan kepada warga ATM.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi KAGAT, Kolonel Kamaruddin Mamat, berkata pelantikan Jamil adalah satu penghormatan kepada KAGAT sebagai institusi keagamaan dan sepanjang menerajuinya terserlah daya kepimpinan dan karisma beliau yang cemerlang. - Bernama
------------------------------
TAHNIAH buat mejar..Sekarang dah ada dua orang lepasan Maahad di Kabinet..Dr Mashitah Ibrahim dan Mejar..Dulu ada juga Zam (zainuddin Maidin)
Senarai penuh anggota kabinet
Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.
Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Tuesday, April 7, 2009
al-Quran-One 4 All
Pada pagi ini sampainya aku kat tempat keja aku didatangi dengan satu soalan dr kawan aku..Dia menceritakan ada seorang "bukan islam" telah membaca satu petikan ayat al-quran di dalam satu ceramah kempen politik pembangkang.Kemudian disusuli pula dengan komen yg diberikan oleh Mufti Perak yg turut sama mengecam dengan bertanya apa hak "bukan islam"membaca ayat quran kerana dia tidak beriman dengan ISLAM... Laporan polis turut dibuat oleh Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan PEWARIS kerana "bukan islam" tersebut telah mempersendakan ISLAM dengan menyebut ayat al-quran daripada surah AL-A'raf utk tujuan kempen dan menyebutnya dengan cara yg tidak betul..."bukan islam" tersebut tersilap menyebut surah Al-A'raf sebagai Al-A'urah...
Setelah dia menceritakan perkara tersebut dia bertanyakan pada aku ..."Apa kata ang..?"...aku lantas berkata.."Tidak ada salahnya dia baca ayat al-quran..."dia menyoal lagi..."Ang xrasa apa2 ka..dia tue dah menghina Islam..Mufti Perak pon marah .."...aku menambah lagi..."apa kata ang p check dulu..cita yg sebetulnya...kemudian ang bandingkan antara cakap media kerajaan dan pembankang..."
Sebenarnya pada malam tersebut aku dah sekilas pandang tentang perkara ini yg dilaporkan oleh Malaysiakini..namun aku hanya baca tajuknya sahaja...bukan apa xperlu nakbaca isi dah tau apa yg diberitakan..dan apa motif tindakan yg telah dibuat oleh kedua2 pihak..iaitu yg keluarkan ayat al-quran dan juga yg buat laporan polis..
"bukan islam"
tujuan beliau berkempen pakai ayat alquran adalah semata-mata bermotifkan politik utk meraih sokongan pengundi melayu khususnya...
"tukang lapor kat polis"
tujuanya sedikit sebanyak ingin memainkan isu perkaum dan juga agama dlm meraih sokongan politik di dalam kempen yg sedang dijalankan..
Termenung jugak aku dlm memikirkan apa yg berlaku..adakah salah org "bukan islam" membaca al quran...?
Bagaimana pula cerita pasal Cat Steven @ Yusuf Islam sebelum dan sesudah memeluk islam..?bukankah dengan membaca al-quran maka turunya hidayah dr ALLAH kepadanya..?
Bagaimana pula cerita-cerita tentang "Islamnya seorang kafir setelah membaca al-quran..?...oleh itu salahkah "bukan islam" membaca al-quran...
Cuba renungkan cerita Umar Al-Khatab yg begitu digeruni menetang islam sebelum beliau memeluk islam...bukankah setelah mendengar adiknya membaca al-quran dan kemudian beliau turut membacanya dan lantas mengucap syahadah sehinggalah beliau menjadi khalifah Islam yg ke 2...
Oleh itu ..bagi aku xda salahnya "bukan islam" membaca ayat al-quran selagi ianya tidak bertujuan utk menghina dan mempersendakanya....
kes "bukan islam" yg silap menyebut nama surah..marilah kita sama2 mengajarnya cara menyebut dengan sebutan yg betul..kerana dia langsung xberniat utk mempersendakanya.. cubalah mengikuti kesemua teks ceramah beliau..jangan main tuduh2 hentam kromo saja..
Al-Quran diturunkan utk memberi petunjuk ke jalan yg benar dan diredhai ALLAH pada semua umat manusia..bukan hanya untk umat islam sahaja...
Al-Quran...."ONE FOR ALL..."
----------------------------
- Pada saya yang hina dan tak sehebat mufti ini..jangan di halang non muslim membaca al-quran..Jika salah, tegur yang silap, jangan terus diajak berhujah antara hak dan batil..tunjukkan contoh akhlak terlebih dahulu..dampingi dulu..Jika halang, smpai ke mati penjawat awam itu takkan melihat non muslim revert to muslim…Berikan mereka panduan.. Sengaja saya paparkan rakan seusrah saya, Mohan @ Irfan Mohan yang beragama kristian dulunya dan kini beragama Islam dan memperjuangkannya. Kami Islamkan dia pada tahun 2006.. Cintanya berputik apabila ingin belajar jawi dan akhirnya diperkenalkan dengan huruf al-quran lalu melihat tafsirnya… Hidayah hak Allah..berilah mereka peluang untuk membaca dan menyebutya kitab Allah..Jika salah..betulkanlah wahai pemimpin ku..Malaysia akan terus SEKULAR jika Al-quran hanya milik Orang MELAYU..kita kan negara ONE MALAYSIA.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 April 2009

Monday, April 6, 2009
Politik Sebahagian diri
POLITIK SEBAHAGIAN DIRI
Politik itu seni.
Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.
Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.
Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.
Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.
Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.
Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.
SEKADAR DI PINGGIRAN
Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran.
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]
Politik dan dakwah bergerak seiringan.
Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.
Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawah circle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.
Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.
Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.
Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.
SEKUNDER KEPARTIAN
Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.
Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.
Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.
Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.
Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.
Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.
Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.
Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.
Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.
Sebahagian Artikel Abu SAIF..Rujuk di sini.

Sunday, April 5, 2009
Mabruk Buat Akh Abdullah Fahmi
MABRUK...!!
Moga bertambah ramai lagi generasi al-Quran

- Berpeluang berjumpa dengan Abdullah Fahmi sekitar tahun 2006, ketika dia menerima jemputan dari Fakrurazi (Juara AQ 3) untuk hadir ke Jitra Kedah. Memandangkan saya mengenali Fakrurrazi(satu sekolah), maka berpeluanglah juga bersembang dengan Abdullah Fahmi.. Sedikit perbualan ringkas yang cukup mengambarkan bahawa di depan saya berdiri orang yang "menjaga" al-Quran. Tahniah buat Abdullah Fahmi atas walimah ini bersama zaujahnya ustazah Nurul Rahmah.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 April 2009
Saturday, April 4, 2009
Jelajah 2009 : Preview ESQ di Pusat Islam Sarawak
Jelajah 2008 : Motivasi @ Kolej Pertanian Malaysia
Arahan Presiden Persada
Presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustafa mengingatkan kepada semua pengundi supaya memilih pemimpin yang adil dan tidak bersifat perkauman.“Kita mahasiswa sebagai pelapis kepada generasi muda Malaysia yang baru, dalam (suasana)politik baru tidak boleh melihat pemilihan pemimpin dari sudut kaum. Malaysia yang baru mesti dipimpin oleh pemimpin yang tepat tanpa tengok (melihat) pada kaum mana dia datang. Yang penting ialah kepimpinan yang telus, jiwa rakyat,” ujar beliau sambil menggesa seluruh mahasiswa Kedah untuk turun mengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.Terdahulu, NGO Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang minggu lepas.Sambil menegaskan bahawa pertubuhan mahasiswa tersebut tidak condong kepada mana-mana parti politik, mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.
-mahasiswakini .
Saya pejuang jawi
Kenapa tajuk ini begitu indah untuk didengar. Lihatlah gambar di atas kerana ia boleh menjawabnya. Paling ketara ejaan AMALAN. Ni baru satu belum yang lain lagi. Saya tambah lagi satu MALAYSIA. Buka kamus, betulke ejaantu? Ni baru dari segi ejaan sudah menunjukkan kedaifan mereka, macamanalah nak mentadbir negara ini?. Dalam hati ini berkata sudah tiadakah ilmuan Islam di dalam UMNO yang boleh mengejanya dengan betul? Inilah padahnya kesan dari penghapusan tulisan jawi dulu.Kesannya sekarang kita nampak jelas betapa Melayu telah hilang JAWINYA. MELAYU TELAH HILANG AKHBAR JAWINYA! Puncanya? Perkara inilah yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa kita melalui perhimpunan 100 ribu PPSMI.Kita tidak mahu BAHASA MELAYU jadi seperti TULISAN JAWI. Wahai BANGSA MELAYU!- Sekadar Pandangan sahaja bukan nak berpolitik...Entri ke 400 Gambar Hari Ini : PM ke 6 dan Pak Lah

KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976 sebelum meninggal dunia akibat leukemia.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.
Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.
Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.
Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.
Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.
Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.
Karisma kepimpinannya dalam politik mula terserlah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976 sebelum mencatat sejarah pada tahun yang sama sebagai anggota Parlimen termuda, pada usia 22 tahun, dengan memenangi tanpa bertanding kerusi Pekan dalam satu pilihan raya kecil apabila ayahanda meninggal dunia.
Bermula dari situ, Najib secara beransur meniti kejayaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan sehingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. - BERNAMA
____________________
- Secara peribadi saya hanyalah meletakkan satu harapan..DS Najib..Laksanakanlah Islam dengan sebaik mungkin.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 4 April
Friday, April 3, 2009
Makluman
Assalamulaikum wtb...
Dah masuk minggu ke dua praktikum...dah jadi pendidik dah..jadi agak sibuk sikit..Insya Allah..akan cuba update sekerap yang mungkin...
Siti bertemu Nik Aziz
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.
Subscribe to:
Posts (Atom)