Wednesday, February 18, 2009

Tahniah Datuk Seri..


Gaji anggota exco Kedah dipotong 5 peratus untuk Tabung Tunku Mahmud

SUNGAI PETANI, 18 Feb. — Gaji semua anggota exco kerajaan negeri Kedah akan dipotong lima peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata potongan gaji itu akan dibuat mulai bulan ini sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini, beliau berkata langkah itu adalah sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.

Beliau berkata pejabat Pegawai Kewangan Negeri akan mengeluarkan surat tawaran kepada kakitangan kerajaan di Kedah sama ada ingin turut menyumbang kepada tabung itu menerusi potongan gaji. — Bernama

Tuesday, February 17, 2009

Siapa lagi mahu memperjuangkan bahasa ku...


GMP Menghangatkan Parlimen Pagi Ini
PERJUANGAN Gerakan Memansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI - GMP) kini memasuki fasal ketiga dan lebih kritikal apabila pagi ini jawatankuasa GMP yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad telah melangkah masuk ke lobi parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen bagi mendesak PPSMI dimansuhkan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimne Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamazah, Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub adalah antara ahli-ahli Parlimen yang diserahkan memorandum yang mengandung 12 muka surat berkenaan yang merupakan sinopsis mengenai isu PPSMI.

Kemuncak penyerahan memorandum itu pada sebelah pagi tadi ialah kepada Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein, yang tiba-tiba meminta agar jawatankuasa GMP berjumpa dengan beliau. Hishamuddin menerusi seorang pegawainya meminta Dr Hassan menemui Hishamuddin untuk menyerahkan memorandum berkenaan selepas beliau selesai menjawab soalan di Dewan.

Memorandum itu berjaya diserahkan di muka pintu Dewan sebaik menteri pelajaran itu keluar dari Dewan. Sambil menerima memorandum itu Hishamuddin dalam gelak tawa besar sambil memberi semangat agar ianya diteruskan!

Kata-kata Hishamuddin itu mempunyai konotasi, menteri pelajaran itu seolah-olah memperli usaha GMP berkenaan dan tidak mahu melayani dengan sewajarnya. Sebelum ini GPM sudah beberapa kali minta untuk berjumpa dengan menteri pelajaran itu tetapi tidak dilayani.

Apa yang diharapkan GMP kepada menteri itu semasa penyerahan memorandum kepada Hishamuddin tadi benar-benar mengecewakan ahli GMP dan pendokong bahasa yang lain sehingga seorang ahli GMP mengatakan anak bangsawan tidak layak menjadi menteri pelajaran!

Penyerahan memorandum hari ini adalah sebagai kesenimbungan usaha GMP turun padang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matemetik dimansuhkan serta merta di mana majlis perasmiannya acara turun padang itu bermula di kompleks beli belah di Sogo dua minggu lalu. Kesanggupan GMP menjejaki tangga parlimen pagi ini juga melambangkan kesungguhan dan keprihantinan para pejuang bahasa agar PPSMI dihapuskan.

Antara tokoh bahasa dan sastera yang turut sama mengiringi Dr Hassan menyerahkan memorandu ialah Sasterwan Negara A Samad Said, timbalan pengerusi GPM, Prof Shahril Md Zain, Prof Hassan Abdullah, penulis dan pelopor pemikiran leteral, Ainon Mohd, Setiausaha Peguam Pembela Muslim, Radzi Mustafa, Hasni Abas dan lain-lain.

Satu yang sangat jelas rata-rata yang menerima memorandum hari ini adalah ahli-ahli Parlimen pembangkang saja, sebaliknya ahli Umno semacam cuba mengelak diri daripada terbabit dengan isu berkenaan. Ada juga ahli Parlimen pembangkang hanya sekadar jadi pemerhati sahaja tidak berani atau bersungguh untuk mendokong GMP.

Penyerahan memorandum itu mungkin bukan cerita hangat di parlimen padi tadi, tetapi apa yang hangat dan sempat menjadi perhatian hingga terbawa ke dalam sidang parlimen ialah bagaimana ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar Raden ‘diserang’ oleh ahli jawatankuasa GMP berhubung ucapannya di parlimen yang menyifatkan mereka yang menyerahkan memorandum itu sebagai anasir yang cuba mengeruhkan keadaan.

Kata-kata Bung Mokhtar itu benar-benar menyinggung dan menyakit hati jawatankuasa GMP dan pencinta bahasa lain menyebabkan sebaik mereka melihat Bung Mukhtar keluar dewan mereka menyerbu ke arah Bung Mokhtar.

Serbuan yang berlaku di birai kafeteria ahli parlimen itu mulanya seolah bercanda sahaja apabila ada yang bertanya mengenai rasional Bung Mukhtar yang menggunakan istilah anasir itu kepada para pejuang bahasa. “Apakah Yang Berhomat bermaksud para professor dan ahli akademik ini semua sebagai anasir jahat,” begitulah satu persoalan diajukan kepada Bung Mokhtar.

Bung cuba menjawab dan menenangkan keadaan, dengan berselindung dengan kata-kata; “semua kita sayangkan bahasa Melayu..” Tetapi belum sempat beliau meneruskan kata-kata beliau sudah diserang dengan kata-kata agak keras Bung Mukhtar sebagai kurang ajar oleh Datuk Abu Bakar Chik salah seorang ahli GMP yang begitu tersinggung dengan ucapan Bung Mukhtar.

“Yang berhormat sudah kurang ajar,” kata Abu Bakar Chik sambil menujukkan telunjuk menghampiri ke muka Bung Mokhtar dan meminta ia menarik balik. Muka Bakar Chik kelihatan merah padam dan geram.

Tidak cukup dibelasah dengan kata-kata oleh Abu Bakrt Chik Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad sendiri pula mendekati Bung Mukhtar untuk kali kedua. Sebelum itu Hassan sudah dilihat menghampiri Bung Mukhtar tetapi mundur semula apabila terlalu ramai sangat mahukan penjelasan daripada ahli parlimen dari Sabah itu.

Apabila Bakar Chik mundur, Dr Hassan masuk dan menyoal Bung Mukhtar dengan beberapa persoalan termasuk sejauh manakah penguasaan bahasa Ienggeris di kalangan murid-murid sekolah di Sabah. “Apakah Yang Berthomat pandai berbahasa Inggeris?” tanya Hassan dan menyebabkan Bung Mukhtar terdiam.

Hassan juga mendesak supaya Bung Mukhtar menarik balik ucapannya yang menyifatkan GMP sebagai anasir. “Saya harap Yang Berhormat tarik balik kata-kata itu,” tegas Hassan serius. Bung Mukhtar kelihatan keberatan dan memberi jaminan akan menarik balik.

Sebaik memasuki Dewan selepas itu Bung Mukhtar yang mendapat kesempatan untuk berucap terus melaporkan kepada Dewan apa yang berlaku sekejap tadi. Katanya, “saya telah diserang di luar tadi oleh satu kumpulan. Seorang berpakai kupiah dan saya memanggilnya haji telah mengatakan saya kurang ajar,” cerita Bung Mukhtar merujukkan kepada sikap Abu Bakar Chik.

Ketika ini ahli GMP sudah pun meninggal Parlimen selepas tugasan mereka menyerahkan memorandum itu sudah selesai. Ahli Parlimen terakhir menerima memorandum itulah, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut Tengku Razaleigh isu PPSMI ini sudah lama diperjuangkan beliau hairan kenapa ia tidak diselesaikan lagi. [parlimen 3:00 pm 17/02/09]
Rujukan di sini..
------------------------
Mohd Nazmi ialah pecinta Bahasa Ibundanya serta MEMBENCI Kezaliman..

Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah


Iman, akhlak perlu ditekankan dalam pendidikan agar gejala sosial diatasi secara tuntas

MUTAKHIR ini, kita sering didedahkan dengan tragedi pembuangan bayi di tempat pembuangan sampah, semak dan kaki lima bangunan serta sesetengahnya ditemui mati. Bayi tidak berdosa itu dibungkus dengan plastik atau kain lalu dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan.

Pembuangan bayi itu dipercayai dilakukan insan yang tidak bertanggungjawab antaranya mungkin hasil hubungan luar nikah. Al-Quran dan Sunnah sering memperingatkan nilai hidup setiap makhluk. Kita dilarang mencabut nyawa janin termasuk haiwan kecuali atas ketentuan dibenarkan Allah. Tanpa rasa belas kasihan ibu atau pasangan terbabit sanggup membuang bayi yang dikandung.

Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan ketika bertindak. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan hasil hubungan haram dapat dirasai secara berulang kali.

Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Anak anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan harus lahir daripada ikatan perkahwinan kerana secara fitrah manusia berhajat kepada kurniaan itu.

Justeru, manusia mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman jahiliah apabila membunuh bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.

Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anak, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji untuk menutup malu selepas melakukan zina.

Pasangan yang dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran sehingga melahirkan bayi di luar nikah. Kegawatan sosial adalah permasalahan bersama dan memerlukan penyelesaian bersepadu, kolektif dan terancang. Strategi menanganinya memerlukan pendekatan proaktif termasuk pendekatan aspek keagamaan adalah tunjang kerohanian bagi individu Kefahaman yang tinggi dalam pegangan agama dan nilai kerohanian adalah asas pembentukan sahsiah manusia.

Agama memainkan peranan penting untuk memandu ke arah tingkah laku sesuai dengan pertimbangan dan rasional rutin hidup seharian.

Menurut Prof Dr Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan dua faktor yang saling berhubung iaitu qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

Justeru, setiap anak memerlukan contoh teladan, mentor dan qudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya.

Ibu bapa adalah model terawal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah terbaik. Mereka harus bijak mengawasi persekitaran kekeluargaan dan agar lahirnya situasi yang sihat dan cemerlang ke arah membentuk keluarga harmoni.

Seluruh lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan, khususnya dalam memastikan anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama membabitkan kes pembuangan bayi harus diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil supaya terus merebak menjadi penyakit sosial sukar diubati.

Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.

Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Jika terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap. Sepatutnya sebagai warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan pada era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini.

Arab jahiliah taksub khurafat

PATUNG Hubal yang diperbuat daripada batu akek merah dan berbentuk manusia tidak sahaja memulakan tradisi penyembahan berhala di kalangan masyarakat Arab di zaman pra-Islam malah patung itu turut 'berjaya' merendahkan taraf pemikiran masyarakat itu.

Tidak cukup mereka mengadu nasib dan hal kepada berhala, masyarakat Arab itu juga melakukan pelbagai cara untuk meramal nasib.

Iaitu animisme atau khurafat yang begitu kuat berakar umbi dalam pemikiran dan kuat menjadi amalan.

Antara yang popular, mereka meramal nasib dengan azlam, iaitu anak panah yang belum dipasangkan bulunya yang digunakan ketika mereka hendak bermusafir, berkahwin dan sebagainya berdasarkan.

Jika anak panah yang dilepaskan mengenai perkataan "ya" atau "tidak" semua itu nanti akan mempengaruhi perbuatan mereka.

Mereka juga percaya kepada kepakaran individu yang dikenali sebagai kahin, arraf dan munajjim, iaitu bagi menentukan perbuatan dan cara gaya hidup mereka tanpa sebarang keraguan untuk mereka mempercayainya.

Ini apabila Kahin merupakan individu yang mempunyai kepakaran memberitahu mengenai berita-berita alam semesta yang akan berlaku pada masa akan datang. Kahin juga mendakwa mengetahui banyak perkara ghaib dan rahsia sebagaimana yang diberitahu oleh jin yang menjadi 'sahabat' si Kahin itu.

Arraf pula tidak ubahnya seperti pawang atau bomoh yang tempat mengadu kepada pelbagai masalah termasuk bantuan mencari barang yang hilang atau dicuri.

Munajjim pula yang meramalkan nasib seseorang itu menerusi ilmu-ilmu bintang. Namun yang lebih teruk lagi masyarakat Arab Jahiliah ini sangat mempercayai Al Yiyarah iaitu menganggap sial. Sehinggakan jika perjalanan mereka dipintas atau dihalang oleh binatang liar seperti ular dan sebagainya mereka menganggap ada kesialan dan menyebabkan mereka tidak meneruskan perjalanan.

Segala kepercayaan karut dan amalan-amalan khurafat dan tahyul oleh masyarakat Arab ini menjadi penyakit yang sukar disembuhkan. Menyebabkan turunnya banyak ayat dari Allah agar ramalan atau merenung nasib diharamkan dan menjadi sebahagian ajaran penting Islam agar umat ini tidak mempercayai khurafat.

Namun kehadiran agama lain terutamanya, Kristian (Nasrani atau Masihi), Yahudi, Majusi dan Sabiah memberikan lagi kepelbagaian rupa dan wajah masyarakat Arab.

Kemasukan agama-agama itu dan menjadi anutan kepada sebahagian masyarakat Arab dengan sebahagian lagi mengekalkan amalan menyembah berhala di samping ada sebahagian lagi mempertahankan agama Ibrahim dan sebagainya menjadi naluri mempercayai tuhan ada dalam setiap sanubari masyarakat ini.

Sesuatu yang agak positif walaupun sering terpesong. Mereka menyedari keterbatasan sebagai manusia yang memerlukan yang paling di atas untuk menyempurnakan kehidupan dan memberikan kepada mereka perlindungan.

Agama Kristian berada di tanah Arab khususnya tertumpu di Wilayah Yaman akibat yang dijajah oleh Habsyah (kini Sudan) dengan bantuan tentera Rom pada tahun 340 (SM). Ini menyebabkan gerakan penyebaran Kristian turut meresapi wilayah itu terutama ke Najran.

Dikatakan mereka tertarik memeluk agama Masihi atas faktor seorang lelaki Kristian yang bernama Pabimion yang dikatakan mempunyai pelbagai karamah menyebabkan ajakan beliau untuk memeluk Kristian dapat diterima oleh penduduk Najran.

Apabila Yaman kemudiannya di bawah pemerintahan Yusuf Dhu Nuwas tragedi menimpa umat Kristian. Semasa pemerintahan Dhu Nuwas inilah sebagai seorang penganut Yahudi beliau telah bertindak ganas membunuh penganut-penganut Kristian Najran. Iaitu setelah seruan beliau supaya mereka memeluk agama Yahudi enggan diterima oleh penduduk Najran.

Akibat enggan, beliau telah menggali beberapa batang parit yang besar yang dinyalakan api di dalamnya. Beliau kemudiannya menghumban penganut agama Nasrani itu ke dalam parit yang sedang menyala-nyala api. Lalu meratah sehingga hangus setiap mereka, tanpa mengira mangsa, termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua habis kesemuanya dibakar di dalam parit itu.

Dalam peristiwa ini dikatakan seramai 20 hingga 30,000 penganut Kristian mati di tangan penguasa kejam yang beragama Yahudi ini. Peristiwa disebut dalam surah al Buruj ayat 14, melalui firman Allah yang bermaksud; "Celakalah kaum yang menggali parit...".

Akibatnya, saki baki pengikut Kristian yang ada mengadukan tragedi yang menimpa mereka itu kepada pemimpin-pemimpin atau Maharaja Rom supaya membalas perbuatan Yahudi itu. Sekali lagi bala tentera dari Habsyah yang terdiri daripada hampir 70,000 armada lautnya menyerang Yaman buat kali kedua. Akhirnya mereka menawan wilayah itu pada tahun 525 (SM).

Raja Najashi (Habsyah) meletakkan Ariyat sebagai pemerintah Yaman sehinggalah beliau berjaya dibunuh oleh Abrahah, yang merupakan salah seorang dari panglima perangnya.

Abrahah yang kemudiannya mendapat perkenan daripada Raja Najashi kemudiannya membina bangunan yang hampir serupa seperti Kaabah. Ia bagi mengalihkan tumpuan orang ramai ke Kaabah di Kota Mekah kepada binaannya itu. Namun usahanya gagal kerana penduduk Arab tetap tidak berganjak dari tumpuan yang mereka berikan kepada Kaabah.

Ini menyebabkan Abrahah mengepalai bala tentera yang besar, iaitu terdiri dari tentera bergajah (Ashabul Fil - Angkatan Bergajah) untuk menyerang Kota Mekah. Peristiwa ini seperti yang diketahui umum, Abrahah bukan sahaja gagal menawan malah kalah dengan teruk.

Selain Hasbyah, pengaruh Kristian turut datangnya dari Mesir dan Syria (Syam) ke Tanah Arab.

Namun seperti yang diceritakan kisah sepupu Siti Khadijah Khuwailid (isteri Rasulullah) iaitu Waraqah Bin Naufal. Dia memeluk Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Beliau yang mengesahkan mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagaimana beliau temui dalam Kitab Injil.

Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Nabi Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Nabi Muhammad dikatakan telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.

Dalam masa yang singkat, iaitu di zaman pra-Islam itu, tidak dinafikan Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah. Namun dikatakan ajarannya telah dipenuhi ajaran yang diperbaharui mengikut kepentingan pemimpin agama dan pengikutnya. Ini yang telah melahirkan kelompok-kelompok Kristian yang saling bertentangan antara satu sama lain, iaitu Katolik (Ortodoks), Anglican, Methodist dan Protestan.

Ramai yang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Al-kitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan

Ikuti bagaimana Yahudi melebarkan pengaruhnya sehingga terdapat banyak kabilah di Tanah Arab yang memeluk Yahudi. Adakah benar mereka Yahudi sedangkan agama itu merupakan agama bangsa (Bani Israel).
Rujukan di sini...

Monday, February 16, 2009

Perihal Solat

Assalamualaikum wtb Salam perjuangan..

Solat merupakan antara perkara pertama yang akan di soal oleh Allah.. Namun pada hari ini bukanlah definisi solat yang hendak saya perkatakan.. Cuma nak kongsi kisah diri melihat manusia yang tekun dalam solat untuk mencari redha Allah…Moga apa yang hati saya kagum pada mereka adalah benar..

BERZIKIR DAN BERDOA

Ayah memang seorang lelaki yang saya kagumi..Ya..dia hanya manusia, tidak sempurna..namun bagi saya, ayah adalah hero saya..bukan untuk angkat dirinya..namun saya sebagai anak kadangkala malu dengannya.. Ayah seorang yang menjaga solat di awal waktu..namun sesibuk manapun dia.. solatnya pasti akan bermula dgn iqomah..Jika saya makmum..saya lah yang iqomah.. jika dia solat seorang diri maka dialah yang iqomah..Selepas solat bagaikan sudah di latih diri.. Ada zikir tertentu yang sesibuk mana pun dirinya dia tetap akan ungkapkan dan disudahi dgn doa.. Malu juga, bila berjamaah dgn ayah di kala saya semakin dewasa.. Ayah kerap menyuruh saya yang membaca doa selepas solat.. Doa anak muda.. pendek sajalah..doa ayah panjang dan bersungguh-sungguh…dan selepas itu ia akan berteleku seketika di atas sejadah..klu di rumah, saya dah di depan tv atau laptop dah masa tu..harap, istiqomah ayah mampu turun kpd kami anak2…

DI HUJUNG KANAN DAN HUJUNG KIRI

bagaikan sudah di tempah tempat ini di Pusat Pengajian Islam IPTAR.. Ruang hadapan sebelah kanan dan juga sebelah kiri… Sebelah kiri Pusat Islam sentiasa di isi oleh seorang pak cik yang kudung kaki kanannya.. setiap solat jumaat.. awal sampainya..solat sunatnya banyak sekali..saya sentiasa lihatnya..tidak pernah tidur ketika khutbah..bersusah payah dia alihkan badan..menghadap khatib yang sedang berkhutbah.. selepas solat dia akan memakai semula kaki palsunya… Sebelah kanan pula diisi oleh seorang lelaki yang berbadan gempal..saya cukup kenalnya.. Tuan Haji Azizir.. mantan Ketua Jabatan R&D IPTAR.. Itulah posisi kedudukannya samada solat jumaat ataupun Tarawikh..datang awal..sentiasa tersenyum..badannya yang besar ternyata menyukarkannya untuk pergerakkan tertentu dalam solat..namun tetap dilakukan bersungguh-sungguh.. Allah..saya juga berbadan besar..tetapi solat bagaikan tidak bersungguh-sungguh.

AWAL WAKTU..

Alhamdulilah.. tahun ini bilik kuliah saya di Pusat Islam IPTAR..Bersyukur juga..barangkali tarbiah daripada Allah.. Solat Jamaah saya terjaga..solat dhuha juga dah ada peningkatan..Quran juga kerap.. Saya rasa saya sibuk..ada yang lebih sibuk.namun kagum pada beberapa individu yang saya hormati yang menjaga solat jamaah mereka.. En Mazlan, Hj Khambali, Hj Ahmadi, En Samni, En Zul, En Nasir, En Hasnan, En Kamaruddin dan ramai lagi..mereka ini pensyarah saya..Bukan bidang agama.. Namun..solat Jamaah mereka terjaga..ada hikmahnya ..mereka ini pemurah..wajah bersih..rasanya dengan pengalaman hidup yang ada..hati kita dapat berkata.. “Masya Allah..bersihnya wajah org itu”..

ORANG BESAR

Tuan Haji Mohd Zain, mantan Pengarah IPTAR..saya kagum padanya, pada kelembutannya, pekanya dia pada guru pelatih hingga ingat nama saya, kebetulan mantan NYDP zamannya.. Namun lebih kagum pada komitmennya untuk bersolat berjamaah.. hingga kami guru pelatih menjadi segan padanya.. Ya lah.. Jawatan tinggi..tugasan kerja juga banyak.. bila datang ke Pusat Islam..dia bagaikan bukan pengarah.. Tiada tali leher, tiada blazer..sujud bersama orang bawahan pada tuhan yang ESA..ya Allah.. Perbanyakkanlah pemimpin seperti ini untuk memimpin organisasi umat Islam.

SOLAT DHUHA

Ketika di Maahad..bagaikan di latih..Pimpinan pengawas dan BDK berlumba-lumba mengejakan solat sunat Dhuha..Abg Zul, Abg Shah, Sobri, Nasrul, Ucop dan ramai lagi..rasanya belum pernah saya melihat hari mereka dilalui tanpa Dhuha..dan Alhamdulillah..keberkatan dhuha ada pada mereka..Abg Zul di Yaman, Abg Shah, nasrul dan Ucop di bumi Anbia Mesir, sobri di UM..dan hingga hari ini mereka di bawah pemeliharaan Allah..walaupun jauh..kami berhubung dan berbual..teserlah akhlak Islamiah dikalangan mereka.. Semenjak di IPTAR pula..Ada beberapa individu yang menjadikan dhuha sebagai kewajipan mereka..Hjh Khamsiah (bertukar ke BPG), Hjh Adibah, Hj Khambali, En Brahim, Hj Musah dan beberapa yang lain..dalam kesibukan sebagai pensyarah..mereka memberikan peluang kepada dahi mereka untuk bersujud pada Allah..Allah hu Akhbar..kerdilnya amalan saya dikalangan mereka.

-------
Tulisan ini bukan lah untuk mengangkat mana-mana pihak, namun sebagai renungan kita bersama dan juga renungan diri saya sendiri…W’alam

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 16 Febuari 2009

Sunday, February 15, 2009

Pemimpin mesti boleh baca Quran

KEMAMPUAN membaca Al-Quran dengan fasih kini menjadi salah satu pra syarat untuk menjadi pemimpin di beberapa wilayah di Indonesia.

Langkah tersebut bertujuan melahirkan golongan pemimpin yang patuh dengan ajaran Islam dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama terutamanya rasuah.

Selain itu, ada juga pemerintah wilayah yang mewajibkan kakitangan kerajaan membaca Al-Quran bagi mengelakkan mereka melakukan rasuah ketika menjalankan tugas.

Dari segi politik, apa yang dilakukan di Indonesia itu selaras dengan akhlak berpolitik dalam Islam yang bermula daripada niat dan tujuan memasuki dunia berkenaan.

Seseorang yang ingin berkecimpung dalam dunia politik harus mempunyai niat yang betul iaitu menegakkan keadilan, membela kepentingan rakyat dan menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Langkah mewajibkan mereka yang hendak menjadi pemimpin mampu membaca Al-Quran itu dipelopori oleh pemerintah wilayah Aceh Darussalam.

Calon

Pada September lalu, beratus-ratus calon bagi kerusi Parlimen atau Dewan Perwakilan Rakyat dari Aceh yang mewakili parti politik mengikuti ujian kemampuan membaca Al-Quran.

Ujian berkenaan dikendalikan oleh Sekretariat Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya di Banda Aceh.

Ketua suruhanjaya berkenaan, Yarwin Adidarma berkata, lebih kurang 1,500 calon akan mengikuti ujian tersebut yang merupakan syarat utama bagi melayakkan mereka bertanding dalam pilihan raya.

Di Bogor, pemerintah daerah itu mewajibkan semua pegawai beragama Islam membaca Al-Quran sehingga mereka dapat menjadi imam solat lima waktu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Bogor, Rachmat Yasion dalam satu majlis pada Khamis lalu.

Menurut Rachmat, langkah itu selaras dengan tanggungjawab yang diberikan oleh alim ulama daerah tersebut kepada beliau.

''Saya bertanggungjawab untuk tetap menjaga kepercayaan yang diberikan para ulama dan masyarakat pada umumnya. Oleh itu saya bersedia memberikan komitmen terbaik agar imej ulama tetap terjaga dengan baik," katanya yang juga merupakan salah seorang pemimpin Nahdlatul Ulama (NU).

Apa yang menarik, arahan terbaru itu mendatangkan kesan yang positif apabila ramai pegawai dan kakitangan pemerintah daerah berkenaan mula membaca Al-Quran.

Mereka berbuat demikian kerana bimbang akan disuruh menjadi imam dalam sesuatu majlis. Arahan mampu membaca Al-Quran itu akan turut diperturunkan kepada ketua-ketua kampung dan juga mereka yang berhasrat menjawat jawatan berkenaan.

''Pada awalnya, memang terpaksa tetapi saya berharap lama-kelamaan ia akan menjadi kesedaran,'' katanya.

Berikutan langkah menyerap nilai-nilai itu juga, Rachmat bertekad untuk menghapuskan kegiatan pelacuran yang semakin berleluasa di daerah itu.

Di PADANG pula, Datuk Bandar Padang, Fauzi Bahar mewajibkan semua barisan kepimpinan dan kakitangan kerajaan membaca Al-Quran selama 10 minit setiap pagi sebelum mula bekerja.

Ia menurut Fauzi selaras dengan tekad menghapuskan amalan rasuah di kalangan mereka yang terlibat dalam urusan dengan rakyat.

Rasuah

''Apa pun jalan untuk membanteras terjadinya amalan rasuah harus ditempuh dan penyakit rasuah perlu ditumpaskan dengan berbagai cara,'' kata Fauzi.

Menurut Fauzi, langkah tersebut diyakini mampu menjadi jalan terbaik untuk menggempur pemikiran kotor mana-mana kakitangan kerajaan yang boleh mendatangkan kerugian kepada negara.

''Saya yakin di atas niat kerana Allah SWT, perubahan menuju ke arah fikiran yang dibimbing oleh Al-Quran akan tercapai,'' katanya.

Bagi Fauzi, perbuatan rasuah disebabkan oleh hati dan nafsu yang serakah, sedangkan Al-Quran dapat menjadi ubat untuk menyembuhkan penyakit hati dan menundukkan nafsu.

Harta hasil perbuatan rasuah, kata Fauzi, menurut Al-Quran akan dijadikan "besi api" yang membara dan dibelenggu di leher orang yang rasuah itu ketika manusia berhadapan di pengadilan Tuhan di akhirat kelak.

Sememangnya rasuah menjadi salah satu musuh utama di Indonesia. Bagaimanapun dari semasa ke semasa kesedaran mengenai bahayanya gejala itu semakin meningkat di kalangan rakyat negara republik tersebut.

Apatah lagi dibawa kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, beliau dilihat sentiasa tegas membanteras perbuatan berkenaan tanpa memilih bulu.

Pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah yang mewajibkan kemampuan membaca Al-Quran tersebut berharap ia akan diperluaskan ke seluruh negara kerana itu sahaja jalan terbaik bagi melahirkan pemimpin yang bersih daripada rasuah serta tidak melakukan penyelewengan.
--------
- Oh.. Kalau lah pemimpin Malaysia begitu..ada yang boleh baca quran.. Tapi pegang pula bahu Michele Yeoh..

Thursday, February 12, 2009

Budaya Hari Kekasih bercanggah syariat Islam


TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan - indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ‘sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Renungan Buat Kita..

Allah swt berfirman dalam surah taubat ayat 24 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Sama-samalah kita saling mengingati bahawa hanya ada dua golongan di akhirat kelak, penghuni syurga dan penghuni neraka. Tidak ada istilah pengundi atas pagar. Tidakada yang duduk luar syurga tapi tak masuk neraka. Tidak ada yang duduk luar neraka tapi tak masuk syurga. Sesiapa yang tak dapat masuk syurga akan masuk neraka. Siapa yang tidak berada dalam neraka dialah sebenarnya penghuni syurga.

Dalam keadaan kehidupan dunia hari ini mungkin ada setengah penyokong atau pengundi akan berdiam diri atau sengaja memekak telinga atau membutakan mata atas segala kepincangan yang berlaku disekeliling kita. Namun janganlah kita lupa, setiap detik kezaliman yang berlaku di atas muka bumi sekeliling kita tidak akan terlepas melainkan akan disoal dan diletak dibahu kita. Marilah kita renungkan dan bermuhasabah apakah kita menyayangi keluarga kita lebih dari mencintai ALLAH?, apakah kerja kita lebih kita cintai dari ALLAH? Apakah perniagaan kita lebih kita sayangi dan cintai dari ALLAH. Takut dibuang kerja?Takut tak dapat biasiswa?Takut tak dapat bantuan?Takut?takut?

Ingatlah mula pagi kita celik mata hingga malam kembali pejamkan mata kita senantiasa diberi belas kasihan oleh ALLAH swt. Kita bernyawa, makan minum dan segalanya mampu, selagi diizinkan ALLAH.

Dan ingatlah firman ALLAH surah taubah ayat 38:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Wednesday, February 11, 2009

Kedah kembali ke landasan


Sementara itu, Kedah akhirnya memperoleh kemenangan pertama musim ini, berterima kasih kepada dua jaringan Mohd. Fadly Baharum pada minit kesembilan dan 63.

Kemenangan tersebut menghidupkan kembali peluang skuad Hijau Kuning itu untuk mempertahankan kejuaraan selepas mengalami tiga kekalahan dan satu seri dalam empat perlawanan terdahulu.

Fakta tentang Yahudi

14 juta orang Yahudi di muka bumi
- 7 juta di US, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah, 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100)

Siapa antara manusia Yahudi ini?

Nabi Isa AS beragama Yahudi (asal).

Tetapi di kalangan Yahudi yang ‘murtad’ dan menyembah sekularisme ramai. Mereka jugalah Yahudi zionis yang membuang agama dari kehidupan serta memegang kepercayaan ‘matlamat menghalalkan cara.’ Antaranya

Tokoh Sains dan Falsafah

Albert Einstein, saintis. Sigmund Freud, tokoh psikoanalisis, Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman.Benjamin Rubin(pengasas suntikan pelalian), Johas Salk (vaksin polio), Getrude Elion (ubat lawan leukimia), Baruch Blumbergh (vaksin Hepatitis B), Paul Ehrlich (ubat untuk siflis), Elie Metchnikoff (Hadiah Nobel penyakit berjangkit), Bernard Katz(Hadiah Nobel transmisi neuromuskular), Andrew Schally (Hadiah Nobel sistem endokrin dan kencing manis), Aaron Beck (Rawatan mental dan terapi kognitif), Gregory Pincus (pencipta pil perancang keluarga), George Wald (Hadiah Nobel kajian mata manusia), Standley Cohen (Hadiah Nobel embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis buah pinggang).

Sejak 105 tahun, orang Yahudi telah memenangi 90 kali Hadiah Nobel dan 3 kali oleh orang Islam.

Tokoh Perniagaan

Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbucks’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Komputer), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin&Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Pemimpin-peminpin dunia

Richard Levin (Presiden Univ Yale University), Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright( Bekas SU negara AS), Alan Greenspan (pembantu Presiden AS di zaman Reagan, Bush, Clinton dan G Bush), Maxim Litvinov (Bekas menteri luar Soviet Union), David Marshal (Bekas Ketua menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (Bekas Gabenor Jeneral Australia0, Benjamin Disraeli (Penulis Britain), Michael Howard ( Bekas SU AS), Jorge Sampaio (Bekas Presiden Portugal), Robert Rubin (Bekas SU Perbendaharaan US).

Media Massa

Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua editor Time), Katherine Graham (Penerbit The Washington Post), Joseph Lalyyeld (Editor Eksekutif The New York Times), dan Max Frankel (The New York Times).

Hartawan

George Soros (penyangak mata wang)- menderma AS 4bilion dolar membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Anneberg- menderma 2 bilion dolar AS membina ratusan perpustakaan.

Sukan

Mark Spitz- meraih 7 pingat emas di Olimpik, Lenny Krayzelburg- 3 kali pingat emas Olimpik. Boris Becker dan Spitz Krayzelburg adalah Yahudi.

Hiburan

Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk.

Hollywood diasaskan oleh Yahudi.
Pengarah dan penerbit Yahudi; Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Staesky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), Ivan Reitman (Ghostbusters).

FAKTA LAIN.

Di Washington, terdapat pertubuhan lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi ‘membuat apa saja’ demi Israel.

William James Sidis dikatakan menusia tercerdik (IQ 250-300) adalah Yahudi.

Mengapa umat Islam kini lemah?

Umat Islam dianggarkan 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia adalah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

57 negara anggota OIC dicampur semua, mempunyai 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5758 universiti, India mempunyai 8407 universiti.

Tahap celik umur di negara maju ialah hampir 90 peratus dengan 15 negara mempunyai 100 peratus celik umur. Manakala negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mencapai 100 peratus celik huruf.

Negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap perjuta penduduk. Di AS, 4000 persejuta, Jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya di negara maju, membelanjakan 5 peratus KDNKnya.

Di Pakistan, hanya ada 23 buah akhbar harian per 1000 rakyatPakistan sementara nisbah di Singapura ialah tiga ratus enam puluh. Di UK, jumlah judul buku perjuta orang ialah 2000 sementara di Mesir ialah 20.

Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah bawah AS$2 Trilion. Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 TRilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion, dan Jerman AS$2.4 trilion.

Negara pengeluar minyak, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$500 bilion, berbanding Sepanyol AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Kesimpulannya,

Umat Islam perlu gigih berusaha. Sesiapa yang dirinya adalah Muslim perlu menonjolkan potensi dan kekayaan dirinya demi mempamerkan kemegahan bagi Islam. Zaman ini, manusia menilai kekuatan ilmu, ekonomi dan kepakaran. Kita tidak boleh lagi ‘memendamkan’ kebolehan diri tetapi perlu berani menyatakan pada dunia bahawa kita umat Islam bukan selamanya akan ‘bergelandangan’ di bumi yang Tuhan cipta khusus untuk para hamba dan khalifahNyA.

Ayuh, mulakanlah dengan diri anda sendiri walau di bumi mana anda bernafas. Jangan tidur lepas Subuh dan manfaatkanlah masa yang ada dengan apa sahaja ilmu. Solat jemaah dan tepat pada waktu jangan tinggal. Qiyamulail WAJIB. Jangan terpengaruh dengan budaya hedonisme terutama filem di televisyen.

Kawan, Diri anda adalah ASET UNTUK ISLAM.

Safiyah membunuh musuh Islam


SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar 'Singa Allah' dan digeruni oleh pihak musuh Islam.

Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.

Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.

Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.

"Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri," jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.

Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.

"Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam," kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan.

"Nabi meminta ibu pulang ke rumah." Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya.

"Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan," balas Safiyah dengan nada tenang.

Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.

"Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah," kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.

"Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan," balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.

"Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah," komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri.

"Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua," pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi.

"Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu," balas Hasan dengan muka bersahaja.

"Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita." Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.

"Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan," Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.

"Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu." Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.

Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.

Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.

"Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu," kata Safiyah kepada Hasan.

"Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?" tanya Hasan dengan pantas.

"Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki," balas Safiyah dengan nada sindiran.

"Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya," Hasan menolak permintaan Safiyah itu.

Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.

"Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu," lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.

"Lihat buktinya sekarang!" kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng.

"Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam," ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.

Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

Rujukan di sini

Persoalan suami Isteri..

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

-------------------------
- Sekadar renungan bersama.. Hasil nukilan Ustaz Hasrizal…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 11 Februari 2009
Kota Samarahan

Sunday, February 8, 2009

Demonstrasi bukan budaya kita: Dr M

Demo yang HALALAN TOYYIBA...

Ini Demo HARAM


KUALA LUMPUR: Pembangkang, yang hilang kuasa mentadbir kerajaan Perak, perlu sedar demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku terhadap mereka pada masa depan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri. "Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park, di sini, semalam.
Sambungan di sini...

Saturday, February 7, 2009

Nabi Kita Seorang Yang Benar

Di petik dari info internet. Keadaan dan bilangan Yahudi dalam dunia adalah lebih kecil dari bilangan penganut Islam. Bilangan Zionis, iaitu satu kumpulan dalam Yahudi ( mengikut pengisytiharan dari Zion sendiri) adalah lebih kecil dari bilangan orang Yahudi sendiri.

Yang pasti, SABDA Nabi kita saw adalah benar. Umat Islam di akhir zaman seperti buih di lautan, mereka ramai tetapi tidak memberi kesan apa-apa pun.

Maka kita perlu sedar akan hal ini dan KITA PERLU MEMBUAT SESUATU.

Cuba perhatikan statistik ini.

Demographics:

o World Jewish Population : 14 million
7 M in America
5 M in Asia
2 M in Europe
100 thousand in Africa

o World Muslim Population : 1.5 billion
1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

o Every fifth human being is a Muslim
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims

o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why???

Gambar Hari Ini : Solehahnya Polis Wanita Iran

Pemeriksaan barisan...

Segak berkawad..

Tangkas setiap masa...

Bijak menggunakan senjata..

Penuh berhemah..

Ilmu pertahanan diri..

Memasang senjata dalam keadaan tertutup mata..

Cergas,....

Kalu mcm ni.. mesti selamat punya..

Dalam keadaan sedia...

Polis Malaysia belum tentu boleh...

Latihan menggunakan senjata

Tembakan tepat..

Patik di Dangau.. Tuanku di Istana

Ampun tuanku, sembah patik harapkan diampun. Ampun tuanku kerana patik tidak biasa menyusun patah-patah bahasa istana untuk diucapkan kepada tuanku. Ampunkan patik kerana meluahkan isi hati patik secara maya. Ini kerana patik tidak mungkin berpeluang mengadap tuanku di istana. Patik hanya mampu melihat dari jauh akan kehebatan istana tuanku. Begitu tersergam indah berbanding dengan dangau patik di hujung kampung.

Tuanku, izinkan patik meluahkan rasa sayu dan rasa hiba yang teramat sangat perihal negeri ini pada hari ini. Perihal akan ketentuan yang tuanku telah putuskan. Perihal yang tuanku putuskan atas bicara tuanku. Patik tergamam lesu letih lemah longlai dengan keputusan tuanku. Dan sebentar tadi patik maghrib dan isyak bersama bayangan keputusan tuanku. Patik sayu dan menangis di sejadah Allah. Patik yang begitu sukar mengalirkan air mata boleh menangis kerana keputusan tuanku petang tadi. Patik tidak menyangka begitu sekali keputusan tuanku.

Tuanku, patik teringat zaman sekolah. Cikgu patik semasa mengajar pernah memberitahu bahawa semua rakyat yang berusia atas 21 tahun layak mendapat kuasa menentukan sesebuah kerajaan pusat atau negeri melalui undinya dalam pilihanraya. Rakyat lebih berkuasa daripada pemimpin pada waktu itu. Pemimpin yang menang majoriti akan diistiharkan sebagai wakil rakyat. Kumpulan majoriti wakil rakyat ini akan memilih seseorang di kalangan mereka untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Apabila seseorang Menteri Besar telah dilantik secara sah oleh istana, maka tempoh jawatannya hanya akan berakhir jikalau dia meninggal dunia, meletakkan jawatan, kalah dalam usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri ataupun setelah tuanku memperkenankan pembubaran DUN. Cikgu patik juga memberitahu bahawa budi bicara sultan hanya boleh digunakan apabila terdapat sebarang keraguan yang tidak boleh diselesaikan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jikalau peruntukan undang-undang itu telah sedia ada, maka undang-undang itu hendaklah diguna pakai. Itulah yang dimaksudkan dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berperlembagaan.

Tuanku, setelah patik mendapat perkhabaran akan keputusan tuanku ini, patik menung, patik murung. Cikgu patik mengajar tidak betul. Cikgu patik dangkal ilmunya. Cikgu patik telah membohongi patik dan rakan-rakan patik. Patik dan rakan-rakan patik telah memanjangkan pembohongan cikgu patik ini kepada marhaen di maya ini. Patik malu kerana telah berbohong akan maksud Raja Berpelembagaan itu. Cikgu patik tidak layak menjadi cikgu. Sepatutnya cikgu patik mesti mengajar dan memberitahu patik bahawa sultan berkuasa mutlak menentukan nasib hidup rakyat di negeri ini.

Tuanku, di hati nurani patik terfikir kenapa tuanku tidak izinkan pembubaran DUN seperti yang dipohon oleh memanda tuanku. Jikalau pembubaran DUN boleh disamakan dengan membuang masa atau satu pembaziran, apakah jaminan kerajaan yang mengganti ini akan stabil atau semakin tidak dihormati oleh majoriti rakyat tuanku. Jikalau tuanku berat hati untuk membubarkan DUN Perak, tuanku boleh mengistiharkan kekosongan di tiga DUN Bebas. Ini tentu adil untuk kedua-dua pihak iaitu BN dan PR untuk dihakimi kembali oleh rakyat. Jikalau BN menang, PR akan menghormati kemenangan itu.

Tuanku, keputusan tuanku hari ini seolah-olah memperlihatkan bahawa tuanku lebih menyebelahi BN. Kasihan PR seolah-olah dilihat sebagai rakyat kelas kedua. Tolonglah tuanku. Patik merayu kepada tuanku sementara masa masih ada lagi untuk tuanku mengubah keputusan menangguhkan dahulu perlantikan Menteri Besar baru. Sekiranya tuanku tidak berkenan akan exco bukan Melayu yang lebih ramai bilangannya daripada Melayu, ia boleh diperbetulkan semula. Patik yakin PR akan terus menjunjung kedaulatan tuanku.

Ampunkan patik tuanku. Patik tidak beradab kepada tuanku. Patik sekadar meluahkan isi hati sedih dan kecewa yang entah bila akan kembali ceria.

Patik memohon mengundur diri. Ampun tuanku. Daulat tuanku.
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Februari 2009

Hancurkan Insan yang zalimi ibu tua ini..

"Dia manja dan tak pernah meninggikan suara pada mak" itulah yang sering disebutkan oleh Puan Saoda ibu kepada Mat Sah Mohd Satray ( nenek Suhaib sebelah abahnya). Tahun 2009 ini, Mat Sah ditahan di bawah ISA cukup 7 tahun lamanya.

Setiap kali kami(saya dan Suhaib) menziarahi beliau di Kg Pandan, nenek akan menangis. Beliau selalu bertanya, bila Abah Suhaib akan dibebaskan. Kami tidak dapat menjawab soalan itu dan biasanya hanya meminta beliau bersabar dan berdoa supaya anaknya (Mat Sah) segera di bebaskan.

Sebelum ditahan dibawah ISA 7 tahun yang lalu, setiap kali pulang dari kerja, beliau akan singgah dirumah ibu bapanya di Kg Pandan, kemudian barulah pulang kerumah kami di Keramat.Mat Sah dan ibunya jarang berjauhan. Sudah tentu perpisahan ini amat menyakitkan kerana ibu yang sudah tua itu tidak mampu untuk pergi ke Kemta setiap bulan bagi menziarahi Mat Sah.Keadaan semakin kritikal kerana ibu Mat Sah mengalami kerosakan buah pinggang dan beliau terpaksa menjalani dialisis untuk terus menyambung hidup.

Tidak diketahui, bilakah penyeksaan ini akan berakhir....

Note:Gambar terbaru Mat Sah dan ibunya diambil pada 23 Nov yang lalu di PRC.Ketika itu SB memberitahu ibu Mat Sah bahawa beliau akan dibebaskan dalam bulan itu juga, tetapi ternyata, Mat Sah masih lagi dikurung di Kem kamunting hingga hari ini.....
----------------------
* Saya dengan ini menyatakan bahawa saya 100% membantah kewujudan akta ZALIM ISA kerana bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.. Pada mana2 pihak yang tidak bersetuju.. Luncurkan kepada saya hadis dan ayat al-Quran yang menyokong akta Zalim ini…Adakah salah saya bersuara?? Adakah semua kakitangan kerajaan perlu jadi pak turut dan tukang angguk.. Bila jadi dasar.. kena laksana.. tak boleh bersuara.. Itubukan BODOH tapi Baghal namanya…

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Februari 2009
Kota Samarahan

Berdakwah dengan lagu Nazrey

PENDAKWAH yang bijak akan melakukan apa juga cara bagi menyampaikan ajaran Islam termasuklah dengan menggunakan lagu-lagu nasyid popular sewaktu mereka berdakwah kepada masyarakat.

Abdullah Gymnastiar, pendakwah terkenal dari Indonesia juga menggunakan pendekatan yang sama, antaranya dengan menyampaikan lagu popular bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani berjudul Mengemis Cinta.

Menurut pendakwah berusia 47 tahun ini, lagu itu bukan sahaja menampilkan bait-bait lirik yang mampu menyentuh hati dan kesedaran para pendengar, tetapi ia juga mengetengahkan melodi yang mendamaikan untuk halwa telinga.

"Saya akui tentang keindahan lagu itu dan saya telah meminta kebenaran dan meminjam lagu itu daripada Nazrey untuk menyampaikannya pada ceramah-ceramah agama yang saya adakan di merata-rata tempat.

"Apatah lagi Nazrey merupakan sahabat baik saya sejak enam tahun lalu. Dia memberi kebenaran kepada saya menyanyikan lagu itu sebagai satu alat untuk berdakwah," katanya ketika ditemui di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Abdullah atau nama sebenarnya Yan Gymnastiar dan lebih dikenali sebagai Aa Gym itu, beliau cukup tertarik bukan sahaja kepada lagu tersebut, malah gaya penyampaian Nazrey juga amat dikaguminya.

Ini kerana, katanya, sebagai pendakwah dan juga bekas penyanyi, beliau begitu mementingkan soal penghayatan sama ada ketika berdakwah ataupun menyanyi kerana ia mampu untuk mempengaruhi para pendengar yang menghayatinya.

"Nazrey selalu datang ke Pondok Pesantren (madrasah) saya di Daarut Tauhid di Bandung dan menyanyikan lagu-lagunya termasuklah lagu Mengemis Cinta.

"Saya dapati dia menyanyikan lagu itu dengan penuh penghayatan dan keluar terus dari lubuk hatinya menyebabkan ramai hadirin yang menyaksikannya menitiskan air mata sebagai tanda keinsafan," ujarnya.

Bapa kepada 11 anak ini bersyukur kerana bakatnya sebagai penyanyi telah digunakan untuk tujuan berdakwah bukan setakat di Indonesia tetapi turut merentasi pelbagai negara seperti Australia, Jepun dan United Kingdom.

Kata Abdullah, sebelum menjadi pendakwah dan ahli perniagaan sepenuh masa, beliau lebih banyak menumpukan kerjayanya dalam bidang kejuruteraan elektrik tetapi hatinya tidak pernah tenang.

"Bagaimanapun, Tuhan memberi jalan kepada saya apabila melihat adik lelaki saya yang lumpuh tetapi lebih bahagia hatinya berbanding saya.

"Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama Islam di merata-rata tempat seperti di Pesantren Miftahul Huda dan berguru dengan Ajengan Junaidi iaitu seorang ulama tersohor di daerah Garut.

"Selepas 23 tahun mendalami ilmu-ilmu agama dan berdakwah barulah saya mendapat ketenangan hati," katanya yang merupakan lulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Fakultas Teknik Universitas Jenderal Ahmad Yani yang pernah muncul dengan album berjudul Jagalah Hati pada 2005.

Rujukan di sini.
---------------------
- Tokoh yang amat saya hormati dan ingin berjumpa dengannya..

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 7 Februari 2009
Kota Samarahan

Friday, February 6, 2009

Perjuangan Rakyat


Salam perjuangan,

Amat kurang artikel saya tentang politik.. Namun, golakkan diri ini tidak dapat di tahan lagi.. Sebagaimana saya beritahu dulu.. hak saya untuk menghormati sesiapa yang saya hormati.. Ir Nizar merupakan orang yang amat saya kagumi.. Tambahan lagi semangat banjar serta darah Perak yang mengalir dalam diri membuatkan saya mengutuk sepenuhnya apa yang berlaku di bumi Perak pada hari ini.

* Hormatilah keputusan rakyat.. Berikan hak semuala kepada rakyat..
*Gunakan kaedah sidang tergempar dun untuk bersuara.
* Hentikan kezaliman yang berlaku pada rakyat di masjid Ubudiyyah.. Polis.. kamu pelindung rakyat, bukan anjing kepada sesiapa.. Jangan sakiti rakyat yang membayar gaji buat kamu…
* Jika Islam kalah hari ini..bukan bermakna kita kalah.. Jika kamu nak pada kemenangan.. ambillah menang kami.. Yang kami para pejuang Islam inginkan ialah perjuangan pada KEBENARAN..
* Perkara ini baru tercatat dalam buku sejarah.. Tetapi yakinlah.. Ribuan anak muda ISLAM akan bangun menyatakan pendirian mereka…

- Saya selaku manusia yang bencikan KEZALIMAN, RASUAH serta MAKSIAT.. atas penuh kesedaran, bertanggungjawab terhadap artikel ini.

:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 6 Julai 2008

Monday, February 2, 2009

Tindakan Erdogan patut bangkit keberanian Arab

KEBERANIAN Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan patut mendapat pujian umat Islam bahkan masyarakat antarabangsa.

Tindakan Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland pada salah satu sesi dialog perdamaian diharap menjadi pencetus untuk lebih ramai pemimpin Arab dan dunia Islam bangkit mendedahkan kebiadapan Israel terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza.

Biar apa pun tanggapan negatif blok Barat dan sekutu Israel terhadap Erdogan dalam insiden yang disaksikan di depan mata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa serta ratusan hadirin WEF, ia boleh dianggap bagaikan ledakan bom untuk mengejutkan dunia tentang sesuatu patut disuarakan tentang rejim Zionis di Gaza.

Turki adalah antara kelompok kecil negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Malah Erdogan selama ini turut memimpin usaha sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara Israel dan Syria menjelang hari pertama serangan Zionis ke atas Gaza.

Mungkin 'emosi' Erdogan di Davos boleh menjejaskan kedudukan Turki sebagai perantara proses damai Asia Barat tetapi ia membantu mengukuhkan pengaruh serantaunya dalam jangka masa panjang.

Dunia akan mengingati Erdogan sebagai pemimpin Turki yang mengajar Presiden Israel. Walaupun, daripada sudut pandangan politik, tindakan Erdogan dianggap salah, mungkin juga bodoh. Tetapi seseorang perlu bersuara terhadap Israel.

Pencerobohan Zionis Israel di Gaza yang masih berterusan kini, biarpun diadakan gencatan senjata selepas 22 hari rakyat Palestin diserang, ia langsung tidak mendapat reaksi daripada pemimpin-pemimpin Arab.

Kematian lebih 1,300 orang Palestin dan kemusnahan harta benda termasuk rumah dan kemudahan awam tidak boleh 'dibayar' dengan sumbangan bantuan dalam bentuk wang.

Justeru memang wajar para pemimpin Arab dikritik kerana gagal menghentikan tindak-tanduk Zionis terhadap suku bangsa mereka sendiri.

Jika dunia Arab mahu menyanjungi Erdogan sebagai hero bangsa Arab, ia adalah wajar. Beliau sekurang-kurangnya berani menyuarakan apa yang patut disuarakan oleh pemimpin Arab sejak dulu lagi.

Masyarakat dunia terutama umat Islam telah lama mempersoalkan -- kenapa negara Arab yang mengelilingi Israel tidak dapat melakukan sesuatu yang bermakna terhadap rejim Zionis itu. Paling serius, kenapa pemimpin Arab tiada taring apabila berhadapan dengan kekejaman Israel terhadap Palestin.

Perkembangan itu dapat dikesan selepas beberapa negara Arab mengalami kekalahan berperang dengan Isreal. Malah diburukkan lagi dengan sikap hipokrit pemimpin mereka yang secara tersurat dan tersirat mengiktiraf rejim Zionis, sebaliknya tidak membantu perjuangan rakyat Palestin memerdekakan negara mereka.

Hal ini juga berlaku kerana pemimpin Arab terlampau mahu menjaga 'kuasa'. Sebab itu beberapa ketua kerajaan negara Arab tidak popular di kalangan rakyatnya mendapatkan sokongan Barat untuk mengekalkan kedudukan dan kuasa sejak sekian lama.

Sama ada Erdogan mahu menunjukkan tindakannya di Davos dalam bentuk yang lebih berani dengan memutus hubungan diplomatik dengan Israel, hanya beliau yang tahu. Tetapi Erdogan sudah memberi inspirasi betapa pemimpin umat Islam mesti berani dan tegas terhadap rejim Israel.

Pemimpin Islam di negara- negara Arab digesa bersatu dan tidak mudah tunduk kepada telunjuk Barat lagi. Kalau semua pemimpin Arab bersatu, Israel akan mengkaji tindakan mereka ke atas Palestin.

Rujuk di sini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin