Tuesday, July 29, 2008

Turki ditimpa musibah

ISTANBUL: Polis Turki menahan tiga remaja yang disyaki ada kaitan dengan dua letupan bom di sebuah dataran di bandar ini, lapor akhbar. Letupan itu membunuh 17 orang dan mencederakan lebih 150 orang dalam serangan maut sejak hampir lima tahun. Akhbar The Milliyet melaporkan dalam laman webnya bahawa tiga remaja berusia 16 dan 17 tahun ditemui lewat semalam di tingkat bawah tanah sebuah pangsapuri berhampiran tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada penduduk.


Akhbar melaporkan, ketiga-tiganya mendakwa bersembunyi di tingkat bawah itu kerana ketakutan akibat letupan terbabit. Ia tidak memetik sumber namun polis Turki sering membocorkan maklumat kepada akhbar. Pihak berkuasa menaikkan jumlah kematian akibat letupan kepada 17 orang, semalam. Gabenor bandar itu menggelarnya 'serangan pengganas' namun pihak berkuasa tidak menyalahkan kumpulan tertentu dan tiada seorang pun segera mengaku bertanggungjawab.

Stesen televisyen CNN-Turki, memetik sumber keselamatan sebagai berkata, polis mengesyaki pemberontak Kurdis menjadi dalang di sebalik kejadian itu kerana laporan perisikan mengatakan pemberontak merancang kempen pengeboman di Turki.



Tidak syak lagi ia adalah serangan pengganas," kata Gabenor Muammar Guler kepada media. Bom pertama meletup di kawasan kediaman di Gungoren di dataran sibuk berhampiran lalu lintas di mana penduduk berkumpul pada waktu malam, kata saksi. Sekumpulan penduduk membantu mangsa apabila letupan kedua yang lebih kuat meletup hampir dengan tempat kejadian pertama kira-kira 10 minit kemudian. Kebanyakan yang maut akibat letupan kedua, kata saksi. "Fakta bahawa lebih ramai orang di kawasan itu menyebabkan angka korban meningkat," kata gabenor. Pejabat gabenor berkata 154 orang cedera, 15 daripadanya dalam keadaan parah, kata pegawai kerajaan di tempat kejadian.


Mahkamah Agung Turki akan mengumumkan hari ini sama ada Parti AKP, yang pro-Islam dan mencapai kemenangan besar pada pilihan raya pada tahun lepas akan dibatalkan atau tidak. Menurut pemerhati politik, jika mahkamah memutuskan untuk membatalkan parti tersebut ia boleh menimbulkan huru-hara serta memberi kesan dalam perbincangan negara sekular ini untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menuduh pemberontak Kurdish bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Sedutan Berita Harian atau Utusan Malaysia..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin