Monday, July 28, 2008

Bina Insan Guru Sem 1 : Laut dan darat yang membadai

Semangat Bakal GURU...
Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan.

Rasanya dah lama tak mencoret sesuatu, kekangan masa dan tugasan ternyata membataskan pergerakan otak kanan dan kiri untuk merencanakan sesuatu di dalam blog ini. Saya baru sahaja pulang dari Bina Insan Guru (BIG) siri 4 : Kembara Sosial beberapa hari yang lalu.

BIG merupakan pengisian yang harus dilalui oleh semua guru pelatih sebelum bergelasr guru. Dan modulnya digubal dan dirancang oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan dilaksanakan di semua IPG dalam Malaysia. BIG dirancang salah satunya adalah sebagai satu medium tambahan untuk persediaan guru2 pelatih menjadi guru yang sebenar guru. Resolusi Konvesyen Pendidikan Guru pada Tahun 2003 menyatakan :-

“….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki ketrampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara".

Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa pengalaman saya sepanjang mengikuti BIG ini yang pada saya positif dan negatifnya ada dan terpulang pada guru pelatih untuk memilihnya.

BIG 1 : The Making

Ternyata untuk BIG 1 ada cabarannya yang tersendiri. Saya (NYDP ketika itu) dipilih untuk menjadi pengarah program. Namun persaingan untuk menjadi pengerusi tetap ada. Kenapa saya kata begitu? Kerana saya hampir kalah di “Parlimen” saya sendiri. Alkisahnya begini. Beberapa minggu sebelum BIG telah diadakan pertandingan futsal. Dan turut diadakan pertandingan futsal wanita. PISMP Pengajian Islam harus menghantar wakil. Saya membantah hasrat tersebut dan berjumpa pihak penganjur dan meletakkan beberpa syarat :-
1. Pertandingan futsal tersebut haruslah melibatkan semua guru pelatih wanita dan haram ada penonton lelaki.
2. Harus diadakan ditempat yang tertutup.
3. Pakaian haruslah menutup aurat sekalipun wanita untuk mengelakkan gambar yang aib.

Saya mengambil keputusan yang sedemikian kerana berpendapat demikian kerana pada saya futsal wanita hanyalah untuk berseronok kerana sukan itu bukannya fitrah wanita. Perempuan fitrahnya bukan main futsal. Sudah tentu sepak bola pun barangkali akan tidak kena. Maka itu akan jadi bahan ketawa penonton lelaki. Kesannya ialah maruah wanita tercemar dan juga program itu hanyalah untuk ketawa dan bahan seronok sahaja. Yang kedua bilamana perempuan bermain, dan berlari, sudah tentu terdapat banyak sudut dibadannya mampu menarik perhatian lelaki. Jika melihat dalam keadaan ghairah atau terfikirkan sesuatu. Itu sudah dikira zina. Maka saya membantah untuk mengelakkan zina.

Namun ternyata, hasrat saya mendapat tentangan, bukan dari penganjur, tapi dari pelatih perempuan sendiri. Bahkan ada yang sudah mula berkempen, pastikan pilihanraya 2007 Ustaz Nazmi kalah. Saya menyedari hakikat itu, menangnya saya pada tahun 2006 dengan majority selesa adalah kerana sumbangan undin yang besar dari batch saya, atau bolehlah saya katakan dari “parlimen” saya yang pengundinya seramai 76 orang.

Aktiviti penerangan terus diadakan, dengan tazkirah dan juga berbual2 dengan rakan2 non muslim untuk memperjelaskan isu tersebut. Walaupun ada penentangan jawatan dalam pemilihan jawatankuasa. Alhamdulillah. Saya terpilih menjadi pengerusi. Dan orang-orang saya turut menang dalam post masing-masing. Bukan kita nak jawatan, tetapi saya dan rakan2 berkayakinan, jika orang agama dan yang faham agaamaa berada di atas, segala maksiat dan aktiviti tidak bermanfaat dapat dielakkan.

Beberapa mesyuarat susulan diadakan selepas itu dan kebanyakkan ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama yang sebaiknya. Ini agak memudahkan saya. Sememangnya dalam menguruskan program sebegini, yang membabitkan pekhemahan dalam hutan untuk satu tempoh yang lama, 5 hari 4 malam, di samping makanan perlu disediakan sendiri, maka perancangan yang rapi amatlah diperlukan. Perlu difikirkan dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar2 perkara. Alhamdulillah, HEP banyak membantu, AJK serta rakan2 turut memberikan komitmen yang sama.

Assolatu I'maduddin...
Sampai di Damai Santubong

Ternyata barang yang dibawa untuk keperluan 5 hari sememangnya banyak. Angkut ke dalam kem , taklimat, memasang khemah, memasak dan seterusnya pada sebelah malam solat berjamaah, solat hajat dan seterusnya bacaan Yassin beramai2. Memohon apa kiranya program yang akan dijalankan ini berada dalam suasana berkat dan juga selamat.

Cabaran Gunung dan Darat.

Ini antara aktiviti yang diadakan pada hari yang ke dua. “Compass Matching”. Setiap kumpulan akan bermula dari beberapa post dan darjahnya berbeza dan harus menuju ke tempat yang sama. Dengar khabarnya air terjun di situ cantik. Dengan diiringi ranjer, selepas berdoa, kami mula melangkah. Jika tidak silap darjah kumpulan saya ialaah 130.

Pergerakan kumpulan saya adalah yang paling lancar sekali kerana dibantu oleh dua orang sahabat saya yang bijak serta pantas bergerak di dalam hutan. Samuel berbangsa Kenyah dan juga Bobby Malembang berbangsa Iban. Pantas sungguh mereka membuat point tu point. Menggunakan kayu bendera kumpulan sahaja. Jalan yang dilalui. Boleh tahan, berakar, berduri, berbukit. Macam tawaf gunung santubong pula.

Beberapa kali kami berhenti kerana keletihan. Ketika sedang berehat. Terdengar bunyi burung yang berkicau. Lain benar bunyinya. Ranjer yang bersama kami adalah ketua ranjer di Damai Santubong. Kami diam. Dan dia menyatakan pada kami satu kumpulan telah sesat dan isyarat tersebut elah dikeluarkan ranjer yang lain. Lalu dengan memberikan beberapa chek point penting sebagai penunjuk arah, beliau meninggalkan kami.

Setelah hampir 1 jam berjalan. Kami sampai tempat yang dituju. Memang diakui air terjun di situ memang cantik, namun agak kurang sesuai untuk mandi manda. Kami berehat dan seterusnya memasak. Memang menjadi tugasan yang perlu kami laksanakan di situ, memasak barang2 yang telah dibekalkan. Satu demi satu kumpulan tiba, namun kumpulan siapakah yang sesat. Kami maaruf, andaikata penunjuk pada kompas di baca silap. Maka silaplah jalannya.

Huh. Kumpulan Che Mo rupanya silap. Hampir satu jam selepas kumulan saya sampai baru kumpulan dia sampai. Memang mereka salah membaca kompas. Arah yang dituju bukan ke air terjun di pinggir gunung tetapi kea rah puncak gunung. Nasiblah…


Kenangan di hadapan Kampung Budaya
Beribadah di mana jua

Kami teruskan perjalanan secara beramai-ramai pula. Tugasannya seorang peserta mesti sakit dan harus aplikasikan kaedah balutan dan juga membuat pengusung. Rakan yang paling ringan dipilih. Namun membawanya diatas pengusung sepanjang 4 km memang menguji kesabaran. Mahu saja dilepaskan agar dia turun berjalan sendiri.

Sampai ke chek point seterusnya, satu kawasan lapang di dalam hutan. Ai yang di bawa dah habis. Kami perlu solat, dan rasa dahaga tak dapat dibendung lagi. Terus saja pergi ke sungai berdekatan yang airnya jernih dan mengalir perlahan. Terus saja minum. Tak fikir lagi bersih atau tak airnya. Kemudian berwudhuk dan terus menunaikan solat dengan rakan2 yang lain.

Allah hu Akhbar. Terasa tenang di dalam huan. Ketika berdoa terasa sunguh damai dan asyik. Selepas itu mahu sahaja direbahkan badan, namun ada sessi refleksi yang dipimpin oleh fasilitator kumpulan saya, Hj Khambali Rukini.

Seterusnya perjalanan diteruskan lagi, kami keluar ke jalan raya, berjalan dan singgah sebentar di hadapan kampung Budaya untuk bergambar dan terus ke tapak Kem. Mau2 5 KM juga tu. Jauhnya berjalan hari ni. Sampai di kem hampir senja. Aktiviti diteruskan dengan kerohanian dan LDK.


Memakai jaket keselamatan selepas water confident..

Berdiri di dalam kayak..Pengalaman baru..
Mujurlah berkayak ramai2...
Memasak ala tentera...
Cabaran Laut China Selatan

Hari ini akan ada aktiviti berkayak di laut. Wah. Gentar juga. Mana la tahu berenang. Selepas memakai jaket keselamatan. Terus saja menanggung kayak ke tepi laut. Dipimpin Hj Musah. Aktiviti water confident dijalankan. Eh, timbul pulak aku dalam laut ni….

Antara tugasan kami ialah, berkayak ke satu chek point yang telah ditetapkan dan dalam perjalanan kami perlu buat aktiviti menterbalikkan kayak, keluar dari kayak dan seterusnya masuk semula. Cara2 nya telah ditunjukkan sebelum turun ke laut. Sudah tentu suasananya tidak sama.

Setelah berkayak ke tengah laut. Kami perlu rapatkan kayak. Arahan diberikan. Saya berkayak di bahagian belakang dan kami yang berada di bahagian belakang pada setiap kayak harus bangun berdiri. Ternyata sukar untuk saya imbangkan badan. Namun berjaya juga. Tiba2 en Abusenie memberikan arahan saya harus berjalan di atas kayak2 menukar posisi dengan asri (kalau tak silap), Sembilan kayak harus saya lintas. Mcmana ni??.. Dengan bantuan kawan2, berjaya saya lakukan. Tak dapat nak cerita betapa seronoknya, manataknya, badan kita yang besar dapat bergerak dengan mudah di atas kayak2 di tengah laut. Bukannya di tepi pantai.

Aktiviti diteruskan dengan kami perlu capsize kan kayak. Terminum juga dua tiga teguk air laut. Seronok juga berenang2 di dalam laut. Mujur ada jaket keselamatan. Setelah berhempas pulas. Berjaya juga naik ke atas kayak dan meneruskan kayuhan ke tempat yang dituju. Di sana kami memasak dan membuat refleksi.


Aktiviti LDK..
Mengiringi VIP ketika Majlis Perasmian Penutup..
Pengalaman Baru

Sememangnya pengalaman berkayak adalah pengalaman yang baru buat saya. Dapat meihat betapa luasnya ciptaan Allah. Dan paling penting saya ada keyakinan baru. Orang selalu bertanya. Dimana datangnya keberanian saya bercakap yang bebnar dan membantah dasar2 yang tidak patut. Saya selalu berkata, “dah depa suruh aku kayak tengah laut, jadi terberani pulak..”..

Membantah sekadar perkara yang zalim dan perkara yang maksiat. Biar tidak ada persetujuan di dunia. Namun Allah adalah matlamat perjuangan kita. BIG siri satu punya seribu nostalgia yang tak akan dapat dilupakan….

- Dakwah Itu Perlu Hikmah -
Mohd Nazmi Bin Hj Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 28 Julai

3 comments:

Nurul S Othman said...
This comment has been removed by the author.
Nurul S Othman said...

assalamualaikum..
artikel ni bjaya tarik minat ana dalam byk2 artikel anta..

alhamdulillah..tahniah ana ucapkan pada anta atas semangat yang ALLAH kurniakan kepada anta..
ana sentiasa mendoakan kejayaan dan redha ALLAH dan setiap langkah perjuangan anta..

samarahan merupakan tanah tumpah darah ana..tempat kelahiran la maksudnya..tp ana tidak berpeluang utk berjuang dalam satu barisan dengan anta2 d samarahan..

ALLAH telah hantar ana untuk berhijrah ke semenanjung MAlaysia..
alhamdulillah ALLAH berikan ana peluang untuk terus menghayati ADDIN dengan hijarh ini..
sekarang ana belaja d UPSI..
InsyaALLAH ana bakal guru sains menjelang posting pada tahun 2010..

setelah baca beberapa artikel anta mengenai ISlam d sarawak dan di IPTAR terutamanya..
ana terharu baca artikel megenai saudar baru kita MOHAN..
ana akui mmg ISlam d sarawak lebh kepada nama pada IC sahaja..
sebagai insan yang membesar d sarawak..
ana tidak tahu di mana mahu mulakan dakwahnya..
alhamdulillah ana diberi peluang hijrah ke perak untuk menimba ilmu..
di sini ana selesa dengan suasana usrah dan Islam yang wujud..
tapi bagaimana bila ana mula menetap d sarawak..
ana amat perlukan bantuan agar Iman dalam hati kekal dan terus subur..

mungkin anta boleh bantu ana untuk cari di mana ana boleh rujuk sekiranya ana hendak mengetahui program Islam...

ana ingin sangat nak mendekati Islam di tempat ana sendiri..

Nazmie Samarahan said...

Wslam.. Syukran atas perhatian..
ana akan komen dan memberi pendapat kemudian... kukuhkan jati diri kita dengan tarbiah Islam..moga itu menjadi benteng buat diri kita...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin