Tuesday, July 8, 2008

Malam yang Menjana Hidup

Kuliah Subuh oleh Ustaz Saiful pada Qiam baru2 ini...

Assalamualaikum wtb Salam Perjuangan…

Kehidupan sebagai pelajar di awal usia 20 an memang menuntut pada pengorbanan yang tinggi. Tambahan lagi bilamana kita memilih dan “mengundi” ajaran Islam, Biah Solehah dan Hukum Allah sebagai cara hidup. Tambah lagi fitrah manusia pada masa kini yang sudah lari daripada fitrah sebenar.

Fitrah manusia secara mudahnya adalah rasa untuk beragama. Rasa untuk bertuhan dan rasa untuk melaksanakan kebaikan. Inilah antara tuntutan Nabi Muhamad saw kepada kita penganutnya, namun sejak sekian lama Islam bertapak di muka bumi, khalifah bertukar khalifah, pemimpin bertukar pemimpin, ajaran Islam makin diputar belit, makin ditambah dikurang, makin dikaji dengan niat yang cukup hina, untuk menyesuaikan Islam dengan zaman. Sistem ini system padang pasir, sekarang zaman teknologi, kena sesuaikan.

Akhirnya doktrin demikian, menjadi darah daging, menjadi cara hidup, bahkan menjadi lagu untuk didodoikan pada anak-anak. Dan tanpa disedari, ia telah menjadi fitrah tempelan pada insan dan seterusnya the way of life pada kehidupan manusia.

Seharusnya kita akui dan tidak dapat lari, buat masa sekarang, tugas sebagai pelajar Islam amat memerlukan pengorbanan pada diri kita. Saya cuma ingin berkongsi, kehidupan saya pada semester ini dan semester lepas amat membebankan, amanah Allah yang diuji, Usrah, jawatan, siri jelajah, jemputan pengisian, pimpinan pada adik2 dan group sendiri, membuatkan pengurusan masa saya semakin berterabur dan kadang2 “mencemaskan” saya bilamana terpaksa berhadapan tugasan akademik dan gerak kerja dakwah dalam satu masa.

Pernah satu ketika, dalam 3 hari berturutan, saya perlu memberikan pembentangan di 3 tempat berbeza dan juga tajuk yang berbeza. Sudah tentu ia benar2 menguji saya, kerana pengetahuan sedia ada memang tidak membantu. Maka kajian dan rujukan perlu dibuat. Zaman goreng-menggoreng sudah berlalu. Akhirnya keletihan, bebanan tugas akademik pula menunggu. Dan walaupun berjaya dihantar pada pensyarah, maka akibatnya, demam dan lenguh badan.

Muhasabah ringkas , renungan ringkas pada suatu hari di buat. Lemahnya aku.baru bergerak sket dah lemah, tak larat. Sedangkan tuntutan dakwah masih banyak. Diri juga tak sempurna namun takkan kita nak tunggu diri kita sempurna baru kita nak berdakwah. Saya merujuk dan minta pandangan kawan2 dan juga cikgu2 di Maahad dulu.

Cikgu Faridah Akma menyarankan serah tugas sebentar pada rakan2 dan berkurung di maktabah hingga selesai tugas. Dan dalam masa yang sama jangan putus hubungan pada Allah iaitu selaluh berqiamulaill. Cikgu Akmal Puteri pula membalas masej saya dengan satu masej berbentuk sindiran yang perlu difikir,

“Mungkin terlalu penat, tiap2 hari perlu muhasabah, kadang2 terjadi bgtu bukan apa, ALLAH nak TEGUR KITA, siapa yang beri kekuatan & semangat kpd kita? Allah kata AKU pencipta..”

“Apakah kau ingat kekuatan mu selama ni adalah datang dari diri mu, tidak perlu menghadap Allah sepertiga malam untuk meminta panduan, Apa kau tak perlu minta dari ku”

Selepas Qiam kami sarapan bersama..
Juga diminta juga pendapat rakan2 yang lain. Dan kebanyakkannya menasihatkan perkara yang sama, iaitu intipatinya ialah solat malam sebagai satu sumber kekuatan, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :-

“Hiduplah sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi kamu akan mati, dan cintailah apa sahaja yang kamu cintai, kami akan berpisah dengannya, dan beramalah dengan apa jua amalan, kamu akan menanggung setiap amalan itu, dan ketahuilah, kemuliaan seseorang manusia, pada bangun malamnya, dan kehebatan manusia ialah tidak bergantung kepada manusia yang lain.”

Dari hadis ini dapatlah kita mengetahui bahawa betapa pentingnya qiam dalam menjana kekuatan rohani dan juga kekuatan dalaman bagi seseorang muslim dan tambahan lagi qaul nabi “waqlam” yang bermaksud “dan ketahuilah”, di mana Nabi saw nak sangat2 memberitahu bahawa kehebatan muslim itu adalah pada qiam atau bangun malam.

Apatah lagi jika kita mampu melaksanakan qiam secara menyendiri, di tengah malam hari ketika mana insan lain sedang tidur, kita mampu bangun, berwuduk membasahkan anggota wuduk dan takbir untuk 2 rakaat tahajjud, solat malam, berjumpa, mengadu serta mengharap pada Allah swt.

Terus terang saya katakan, jarang sekali saya mampu lakukan demikian. Bahkan, hanya bila terdesak sahaja. Umpamanya di saat peperiksaan. Itulah sikap manusia, bila terdesak, bila tersangkut. Cepat sekali Allah menjadi rujukan, menjadi tempat aduan. Merujuk pada satu siri kuliah Sheikh Aminuddin Abdul Rahim, paling cantik bagi seorang Muslim ialah mampu qiam paling tidak seminggu sekali.

Tahniah diucapkan pada sahabatku, Ustaz Syahid kerana mengaturkan Qiam untuk Usrah dan opsyen SMPPA 1107 untuk bulan ini. Paling tidak, tak mampu laksanakan seorang diri. Kita laksanakan secara berjamaah.

Moga2 kita mampu ubah paradigma diri kita dan kembali kepada fitrah Islam dan manusia yang sebenar. Kembali pada jalan Allah yang sebenar. Ayuh.. Bangun wahai para pemuda.. Kita sama-sama bangunkan malam kita.. Cari kekuatan untuk memperjuangkan agama Allah swt..

- Dakwah Itu Perlu Hikmah –
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 8 Julai

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin