Usai kuliah hari ni. Banyak perkara yang bermain dalam minda. Berkisar pada perkara yang berlaku dalam bulan Julai ni. Teringat kata-kata pensyarah ku tadi, Hjh Noraini Omar untuk subjek Akhlak Islamiah,
“ Hargai sama diri kita, sebulan sekali bagi sesuatu yang istimewa, service diri”
Yang dimaksudkan dia ialah sekali sekala makan di tempat yang hebat, dalam suasana selesa, sebagai penghargaan pada badan kita yang telah berjasa pada kita. Kita adalah kita dan badan kita bukan kita, ia hanyalah makhluk Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, dan akan sedia mendengar cakap kita, arahan kita dalam apa jua keadaan. Satu cadangan yang baik sebenarnya.
Bercerita bab service diri ni.. Banyak benda yang telah dan terpaksa saya service. Khas untuk diri dan juga keperluan diri. Perbelanjaannya ada, namun untuk kebaikan diri. Bermula dengan masalah broadband CELCOM Blue Cube saya yang rosak akibat terjatuh. Terpaksalah di hantar ke kedai. Untuk service dan repair. Mujur ada jaminan lagi. Namun, paham2 lah bila barang ada warranty ni, punyalah lambat duduk dalam “wad”, tiga minggu baru keluar. Cuba kalau saya bayar kos repairnya.. sudah tentu esok lusa pun dah siap.
Buroq EX5 saya pun ternyata perlu di service juga. Tukar minyak hitam, tukar rantai, air bateri, exsober dan macam2 lagi. Ini untuk kemudahan saya di masa hadapan juga. Ya lah. Dah latam guna buroq ni ke merata tempat di bumi Sarawak ni. Kena2 lah juga rai dia yang banyak berhujan panas untuk saya. Membantu saya dalam gerak kerja di bumi Kenyalang.
Akhirnya tanpa disedari, diri saya juga di service. Pelbagai aktiviti, dakwah dan tarbiah yang datang silih berganti, ternyata keringat yang ada bukannya sedikit. Kadang2 jika terlalu padat, badan ini menyerit2 meminta belas kasihan. Namun tidak dilayan dan akhirnya jatuh sakit juga. Signal untuk di service. Lalu bawalah diri untuk ambil ubat. Alang2 dah di klinik, masa pun ada. Mulalah saya service gigi. Cuci apa yang patut. Nasihat dentist, service 6 bulan sekali, namun rasanya saya dah tak buat pemeriksaan gigi ni hampir 5 atau 6 tahun dah. Kira gosok gigi ja tiap2 hari.
Pada itu juga, kadar tekanan darah dan kadar gula dalam darah turut diperiksa. Ternyata, bukanlah pada kadar normal. Namun sederhana pada usia saya. Mulalah saya berfikir. Para dae juga perlu fikirkan soal kesihatan dan pemakanan sihat. Tidak guna kita bergerak ke sana ke sini. Berjuang. Namun kesihatan tidak di jaga. Akhirnya sakit, lalu bermonologlah para dae ini, barangkali ini ujian Allah pada aku. Mungkin ya, namun sakit yang datang itu kerana kita lalai. Lalai dalam menghargai diri. Lalai dalam service diri. Lalai juga dalam mengambil tahu ilmu2 yang sememangnya harus kita tahu seperti kesihatan dan juga pemakanan.
Terima kasih pada penasihat saya, Dr. Abdullah Tahir Abdul Rahim (Jamiah Mansoura, Mesir) dan juga kadang2 dengan Dr Ku Mohd Saifullah (UKM) , bukan dilantik pun. Sekadar bualan sahabat se Maahad dulu. Selalu rujuk mereka dalam bab2 kesihatan. Banyak tips dan juga nasihat dari segi pemakanan, penjagaan kesihatan dan juga service diri diberikan. Untuk itu, wahai para dae dan pejuang, HARGAI DIRI DAN SERVICE DIRI.
-:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::-
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 30 Julai
4 comments:
salam... baru sadar ka akhi? service diri memang satu perkara yang paling Sang Pemikir tekankan dari usia sekolah rendah lagi. sampailah sekarang. jadi, jangan lah hairan andai Sang Pemikir berbelanja lebih untuk elemen yang orang lain fikirkan tidak diperlukan sangat. tpi, itu sebenarnya untuk service diri. takziah, banyak juga berbelanja untuk service diri eh? tak mengapa... asalkan memudahkan diri sendiri. jaga kesihatan tu... jaga tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. lebih2 di usia muda ni...
Hjh Noraini, em, Sang Pemikir, gemar melihat dia berkata2...
wsalam.. Terima kasih pada sahabatku anak genta.. Baru nak sedar akhi.. tak ambil berat pun selama ni.. ini menjadi azam yang kuat untuk meneruskan perjuangan di bumi sarawak ni..
btul tue.. jg lah ksihatan anda...
kalu sakit ssh utk mneruskan dakwah anda..
Insya Allah..kesihatan pasti akan di jaga dengan sebaik mungkin..
Post a Comment