"SAYA kagum dengan rentak permainan yang dipamerkan oleh pemain Kedah."
Demikian jelas jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah selepas terkejut melihat persembahan bertenaga kesebelasan anak buahnya membelasah Kuala Lumpur 4-1 dalam saingan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.
Menurut Azraai, dia tidak menjangka barisan pemainnya mempamerkan permainan yang pantas dan bertenaga pada perlawanan itu kerana dia tidak mengharapkan sebarang kejutan selain memungut tiga mata penuh.
Katanya, selepas melihat pergerakan yang mantap di setiap posisi, dia tidak lagi mengarahkan pemain sebaliknya duduk dan menonton perlawanan yang menarik itu.
"Tanpa khidmat bintang muda seperti Khyril Muhymeen dan Badrol Bakhtiar, saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain lain yang masih cedera untuk mengharungi perlawanan itu.
"Tetapi semangat juang untuk menebus kekalahan lalu telah membuatkan pemain bergerak seperti diserang virus 'gila gol' untuk mengasak kubu lawan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada perlawanan itu jaringan Kedah dihasilkan oleh Fadly Baharom pada minit ke-41 dan 77, Shafizan Hashim (54) dan Marlon Alex James (84) manakala jaringan tunggal Kuala Lumpur dijaringkan oleh Mohd. Hafzairi Azmi pada mint ke-49.
Dalam pada itu, Azraai berkata, kemenangan pasukannya juga hasil daripada sokongan padu penyokong pasukan Hijau Kuning di sekitar lembah Kelang dan peminat setia yang datang dari Kedah.
Jelasnya, sorakan semangat yang dilaungkan oleh penyokong telah memberikan harapan dan semangat untuk pemain terus melakar kemenangan.
Tambahnya lagi, kemenangan 4-1 itu telah memberi nafas baru kepada pasukannya yang tempang tanpa empat tonggak utama.
"Kami telah mendapat kembali rentak dan telah dapat menghadiahkan dua kejuaraan sebelum ini dan saya berharap pemain dapat mengekalkannya selepas ini," ujarnya.

No comments:
Post a Comment